PERUBAHAN2 NAJIB SEJAK BERKAWAN DENGAN PAS



Sejak berkawan dengan Pas, salah satu perubahan paling ketara pada Najib Razak ialah beliau didapati gemar menggunakan perkataan-perkataan Arab dalam ucapannya.

Mula-mula kita mungkin hanya selalu mendengar beliau mengucapkan perkataan "wassatiyah" saja, tetapi lama-kelamaan semakin banyak perkataan Arab yang dilafazkannya.
Untuk mengajak ahli parti setia kepada pemimpin, Najib kemudian beberapa kali menyebut perkataan "wala'" dalam ucapan atau tulisan di blog dan media sosial yang lain.

Sebelum ini, perkataan "wala'" adalah sinonim dengan Pas dan para pemimpinnya hampir tidak lekang daripada bibir menyebut perkataan tersebut setiap kali berdepan dengan isu perpecahan dalam parti itu.

Kini, selain "wassatiyah" dan "wala'", Najib maju setapak lagi dengan sudah pandai menyebut "tabayyun" pula yang bermakna sikap ingin menyelidik atau mencari kepastian terlebih dahulu tentang sesuatu perkara sebelum menyatakan pendirian.
Yang menariknya, dalam menyebut perkataan "tabayyun" itu, Najib juga menujukannya kepada Pas yang dianggapnya memiliki sifat tersebut dalam isu 1MDB kerana sedia mengadakan pertemuan dengan Arul Kanda Kandasamy terlebih dahulu untuk mendapat maklumat sebenar mengenai syarikat pelaburan sarat hutang itu sebelum menyatakan pendirian berpuas hati terhadap pelan rasionalisasinya.

Dalam lawatannya di Kelantan semalam pula, berhubung bantuan kerajaan Pusat terhadap kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang, Najib berkata, beliau tidak memikirkan undi mengenainya, sebaliknya hanya mengharapkan pahala daripadanya.

Sekurang-kurangnya, walaupun tak dapat undi, saya akan dapat pahala di akhirat. Semoga dengan tindakan itu juga lebih memajukan lagi negara ini, tambah beliau.
Dengan tidak mengharap undi, tetapi hanya mengharap akhirat, sekali lagi apa yang dilakukan Najib ini juga mirip dengan tindakan Pas yang selalu menyebut, perhitungan perjuangan mereka ialah untuk menang di akhirat dan bukannya menang pilihanraya semata-mata.

Tetapi, kenapa Najib tiba-tiba saja lebih memikirkan pahala akhirat daripada undi?

Adakah ia petanda beliau sudah menjangka UMNO dan BN akan kalah pilihanraya? (ShahbudinHusin 13/08/2017)

PROGRAM NOTHING TO HIDE KECOH

Ada yang ditangkap dan pihak polis telah memulakan sisatan.Pihak penganjur akan membuat laporan polis  dan pihak polis dijangka akan mengumumkannya.Sidang media sedang berlangsung



.










Akta 164: Apabila yang keliru berbicara



Khalid Samad02
Perbahasan berhubung pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 164 telah selesai beberapa hari lepas. Yang terlibat membahasnya di Dewan Rakyat memahami sebab mengapa pindaan itu dikemukakan.
Malangnya sehari dua selepas selesai perbahasan, timbul pula berbagai tafsiran dan dakwaan dari mereka yang tidak terlibat. Kononnya kepentingan Islam terjejas dengan pindaan yang telah dilulusakn. AMANAH pula dikutuk kerana tidak menolak pindaan tersebut.
Kalau ditolak maka yang sedia ada akan kekal. Baik sangatkah yang sedia ada? Syarie sangatkah yang sedia ada sehingga pindaan yang dibawa wajib ditolak?
Hakikatnya yang sedia ada banyak sangat kelompangannya dan walaupun pindaan yang dibawa tidak sempurna, namun ia dianggap mampu menghasilkan keadaan yang lebih adil berbanding yang sedia ada.
Kelompangan yang sedia ada
Pokoknya pindaan ini bertujuan untuk mengatasi masalah yang timbul apabila salah seorang dari pasangan suami isteri memeluk agama Islam. Asalnya kedua-dua mereka tidak beragama Islam.
Apabila salah seorang dari mereka memeluk agama Islam, dia sudah tidak boleh ke mahkamah sivil kerana dia beragama Islam. Sedangkan perkahwinannya pada zaman dia bukan Islam dan didaftarkan di mahkamah sivil. Ia perlu dibatalkan di mahkamah sivil.
Sekiranya perkahwinannya tidak dibatalkan di mahkamah sivil ia akan terus dianggap sah oleh mahkamah sivil. Maka segala persoalan yang terbabit dengan perceraian yang telah berlaku, sama ada berhubung harta sepencarian, penjagaan dan kos tanggungan terhadap anak-anak (sekiranya ada), dan sebagainya tidak boleh dituntut atau ditetapkan oleh mahkamah sivil. Perkahwinan itu akan tetap dianggap sah oleh mahkamah sivil.
Sekiranya perkahwinan itu dibatalkan di mahkamah sivil oleh pasangan yang kekal dengan agama asalnya, maka mahkamah sivil akan dituntut membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman berhubung segala isu berkaitan perceraian tersebut tanpa kehadiran pasangan yang telah memeluk agama Islam. Sudah pasti mahkamah sivil tidak mampu menentukan kesemuanya secara adil kerana hanya dapat mendengar dari satu pihak.
Pada masa sama, pasangan yang telah memeluk agama Islam akan ke mahkamah syariah. Dia mendaftarkan dirinya sebagai orang Islam dan dengan sendirinya perkahwinan sivilnya dibatalkan sekiranya pasangannya tidak turut memeluk agama Islam. Akan tetapi pembatalan perkahwinan sivil oleh mahkamah syariah tidak diambil kira oleh mahkamah sivil.
Pasangan yang kekal dengan agama asal tidak boleh pula dibawa ke mahkamah syariah untuk menyelesaikan persoalan yang timbul hasil perceraian mereka. Ini adalah kerana dia tidak beragama Islam. Maka segala persoalan berhubung perceraian mereka terpaksa diputuskan oleh mahkamah syariah tanpa kehadiran bekas pasangan yang bukan Islam.
Seperti mana mahkamah sivil, mahkamah syariah juga tidak mampu menjamin keadilan kerana hanya dibenarkan mendengar dari satu pihak.
Akhirnya yang beragama Islam ke mahkamah syariah dan yang bukan lslam ke mahkamah sivil. Dua mahkamah ini mempunyai bidang kuasa dan peraturan mereka masing-masing dan tidak saling berhubung antara satu sama lain. Maka timbullah keadaan di mana mahkamah syariah memutuskan sesuatu dan mahkamah sivil memutuskan sesuatu yang lain. Kedua-dua mahkamah bertindak berdasarkan dakwaan satu pihak.
Apabila hanya pandangan sebelah pihak sahaja didengari, sama ada oleh mahkamah sivil atau syariah, tidak mungkin keadilan terjamin. Hakikat ini difahami semua. Ia keadaan yang bercanggah dengan tuntutan syariah. Malahan ia tidak syarie sama sekali.
Dalam keadaan sebegini, amat malang kalau ada yang ingin terus mempertahankan kelompangan perundangan yang sedia ada ini. Mereka yang ingin mempertahankan kelompangan sedia ada ini tidak mengutamakan keadilan mahupun kewajipan menegakkannya. Sedangkan Islam menuntut supaya keadilan ditegakkan. Amat aneh apabila mempertahankan kelompangan ini dibuat atas nama Islam.
Tujuan pindaan
Pindaan dibuat dengan tujuan membenarkan pasangan yang memeluk agama Islam hadir ke mahkamah sivil untuk membatalkan perkahwinannya dan menyelesaikan tanggungjawabnya secara sebaik mungkin. Maka melalui pindaan ini kedua-dua pihak dapat hadir di hadapan hakim untuk menceritakan keadaan masing-masing. Dalam keadaan ini barulah hakim mampu membuat satu keputusan yang lebih adil dan tepat kerana dapat mendengar kedua-dua pihak.
Ada yang bertanya, mengapa ke mahkamah sivil dan tidak ke mahkamah syariah? Jawapannya adalah perkahwinan mereka didaftarkan di mahkamah sivil. Oleh itu ia mesti dibatalkan di mahkamah sivil.
Kedua, mahkamah sivil adalah di bawah kerajaan persekutuan di mana Parlimen ada kuasa menentukan undang-undang berhubung dengan perjalanannya sedangkan mahkamah syariah adalah di bawah bidang kuasa negeri masing-masing. Ia bukan di bawah Parlimen.

Isu Pindaan 88(A)
Ada juga yang menimbulkan isu pindaan 88(A). Ia telah ditarik balik oleh kerajaan maka ia tidak dibahas.
Kami sememangnya berminat untuk membahas pindaan 88(A) tetapi apabila ia ditarik balik maka tiada makna ia dibahas secara panjang lebar. Hanya ada beberapa Ahli Parlimen meminta penjelasan mengapa ia ditarik balik sedangkan pernah dijanjikan sebaliknya.
Pindaan 88(A) bertujuan untuk menentukan, bagi pihak mahkamah sivil, kaedah untuk menetapkan agama anak-anak pasangan yang bukan Islam selepas salah seorang dari mereka memeluk agama Islam.
Pada dasarnya 88 (A) mencadangkan supaya anak-anak itu dianggap kekal dalam agama asal, ia itu tidak memeluk agama Islam, kecuali dipersetujui oleh kedua-dua ibu bapa mereka. Dalam erti-kata lain, anak-anak berkenaan akan hanya dianggap sebagai memeluk agama Islam sekiranya pasangan yang tidak memeluk agama islam itu turut membenarkannya.
Walaupun ada banyak hujah berkenaan agama anak-anak yang berada dalam keadaan seperti ini yang hendak kami sampaikan, termasuk perbezaan pandangan ulama muktabar zaman lampau dan semasa mengenainya, namun oleh kerana ia telah ditarik balik, maka perbahasannya tidak diberikan keutamaan.
Namun demikian, yang perlu difahami ialah ia isu ijtihad dan bukan hukum yang qat’ii. Dan ijtihad yang dilakukan ulama zaman dahulu bertujuan menjamin keadilan bagi semua dalam keadaan dan suasana politik pada ketika itu.
Dorongan utama ulama lampau, sepertimana juga ulama semasa, semestinya adalah untuk menegakkan keadilan untuk semua apabila ditetapkan sesuatu hukuman atau pandangan. Ini adalah supaya keadilan Islam akan terserlah. Bukan untuk menegakkan ketuanan sesuatu bangsa atau umat ke atas bangsa atau umat yang lain.
Kesimpulan
Tulisan yang mendakwa kelulusan pindaan RUU 164 adalah bala yang menimpa umat Islam boleh diabaikan. Amat jelas penulis keliru dan tidak memahami isu sebenar. Tiada yang berbahas di dewan membuat dakwaan-dakwaan seperti mana didakwa dalam penulisannya.
Yang ditimbulkan sekadar apa yang dilihat sebagai percanggahan dengan artikel tertentu dalam Perlembagaan dan Akta Mahkamah Syariah. Itupun mengikut pandangan mereka sahaja.
Sejauh mana ia benar-benar bercanggah perlu dikaji dan akhirnya diuji di mahkamah sekiranya ianya dilihat isu penting.Namun bagi saya, penyelesaian kelompangan itu adalah lebih diutamakan. Ini adalah supaya memungkinkan keadaan yang lebih adil terhasil. Oleh itu tiada sebab AMANAH menolaknya.

DAP ramal PH ganti BN jika tambah 10% undi Melayu



Lim Kit Siang PH
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang meramalkan Pakatan Harapan (PH) boleh mengambil alih kerajaan persekutuan daripada BN jika berjaya menambah 10% sokongan pengundi Melayu dan 5% peratus kaum Cina dan India dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Kit Siang berkata, jika kemungkinan itu berlaku PH berupaya untuk memperoleh 113 kerusi Parlimen di Semenanjung.
“Unjuran ini menunjukkan dalam PRU14, sekiranya PH dapat menarik 10% pengundi Melayu dan 5% sokongan pengundi Cina dan India dari BN berbanding PRU13, akan ada tsunami politik Malaysia, Umno dan BN akan keluar dari Putrajaya dan PRU14 akan membentuk kerajaan persekutuan PH di Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, sekiranya senario peralihan undi 10% dan 5% itu disaksikan bermakna PH akan memperoleh 113 kerusi Parlimen di Semenanjung, BN 50 manakala Pas pula dua kerusi.
Dua senario lain
Parlimen mempunyai 222 kerusi. Baki kerusi melibatkan Sarawak dan Sabah dan kedua-duanya sering dilihat sebagai ‘deposit’ BN selama ini.
Dengan merujuk itu sebagai senario ke-3, Kit Siang juga menggariskan dua senario lain.
Senario pertama menurut beliau akan menyaksikan Pas bertindak sebagai ‘pemusnah’ sehingga membolehkan BN memperoleh 113 daripada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung.
Bagaimanapun katanya, Pas hanya akan berakhir dengan mengekalkan enam kerusi berbanding 21 yang dimenangi mereka pada 2013. Pada PRU 2013 BN memperoleh 85 kerusi Parlimen di Semenanjung.
Katanya, kemungkinan itu akan menjadi realiti sekiranya BN mengalami penurunan 1% undi dalam kalangan kaum Melayu tetapi memperoleh tambahan 10% masyarakat Cina dan kaum India pula 5%.
Menurut beliau senario itu adalah bersandarkan kepada apa yang berlaku semasa pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Jun 2016yang ditandingi Pas, PH dan BN.
Di bawah senario ke-2, Kit Siang meramalkan kedua-dua BN dan PH akan memperoleh 80 kerusi manakala Pas pula lima.
Senario itu menurut beliau hanya akan berlaku sekiranya BN menyaksikan penurunan 5% undi kalangan orang Melayu, masing-masing 1% undi kaum Cina, India dan lain-lain kaum.
“Kesemua tiga senario juga menganggap DAP dan PKR akan bertanding di kerusi ditandingi mereka sebelum ini dalam PRU13, Amanah dan Bersatu akan bertanding di kerusi yang sebelum ini ditanding Pas dan Pas akan bertanding di semua kerusi Parlimen di Semenanjung," katanya.
PRU14 diramalkan akan diadakan bila-bila masa tetapi ramai meramalkan menjelang November ini ataupun pada suku pertama tahun depan. Mandat semasa akan berakhir Ogos 2018.

P. Pinang hilang identiti bangsa dan agama, fitnah jahat MB Johor



Macam mana identiti bangsa dan agama di Pulau Pinang boleh dihilangkan bila peruntukan Kerajaan Negeri Pakatan untuk hal ehwal Islam dinaikkan 84% kepada RM457 juta untuk tempoh 2008-2015 berbanding dengan tempoh sama 2000-2007 di bawah kerajaan negeri BN Pulau Pinang?
Pengerusi Umno Johor dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, tidah harus mainkan isu perkauman dengan memomokkan rakyat Johor akan jadi Pulau Pinang kedua untuk mengekalkan kuasa. Malah beliau menambah “Johor bukan Pulau Pinang kedua yang kehidupannya dihambat dengan pemikiran liberal yang menghilangkan identiti bangsa dan agama.” Ini fitnah jahat sama sekali.
Macam mana identiti bangsa dan agama di Pulau Pinang boleh dihilangkan bila peruntukan untuk hal ehwal Islam dinaikkan 84% kepada RM457 juta untuk tempoh 2008-2015 berbanding dengan tempoh sama 2000-2007 di bawah kerajaan negeri BN Pulau Pinang? Fitnah jahat seperti ini adalah serupa dengan tuduhan oleh Pengerusi MCA Pulau Pinang terhadap saya sebagai anti-Cina kerana menaikkan peruntukan untuk hal ehwal Islam sebanyak 84% kepada RM457 juta untuk tempoh 8 tahun daripada 2008-2015.
Adakah Mohamed Khaled naikkan peruntukan untuk hal ehwal Islam sebanyak 84% berbanding dengan Menteri Besar Johor sebelum ini, Tan Sri Abdul Ghani Othman? Sebaliknya di bawah kerajaan BN Pulau Pinang, untuk tempoh sama 8 tahun sebelum 2008, peruntukan hanya sekadar RM250 juta jauh berbeza dengan RM457 juta oleh kerajaan negeri Pakatan. Akan tetapi ini tetap mengundang kritikan rasis oleh UMNO bahawa saya anti-Islam dan anti-Melayu serta juga daripada MCA bahawa saya anti-Cina kerana naikkan peruntukan untuk Islam sebanyak 84%?
Apakah maksud jahat bila beliau tekankan Johor moden tetapi Islam? Janganlah lemparkan serangan berunsur fitnah ini ke atas DAP semata-mata kerana Pulau Pinang dipimpin oleh Ketua Menteri yang berbangsa Cina. Saya harap Mohamed Khaled gunakan fakta bukan fitnah untuk lawan DAP, bersikap rasional bukan emosi dan berbudi pekerti bukan benci-membenci.
DAP tidak pernah ada agenda jahat terhadap orang Melayu atau bukan Melayu, kecuali menjaga semua rakyat Pulau Pinang untuk sama-sama maju, selamat dan bermaruah. Kerajaan negeri Pulau Pinang bukanlah anti Melayu, anti Cina atau anti India, kita hanya anti rasuah sahaja. Sekiranya nak membenci, bencilah rasuah, bencilah kemiskinan dan bencilah dadah. Janganlah benci untuk pecah-belahkan rakyat demi mengekalkan kuasa.
Dengan pentadbiran cekap, akauntable dan telus(CAT), Pulau Pinang telah mencatatkan lebihan Belanjawan setiap tahun sejak 2008 dengan lebihan terkumpul sebanyak RM573 juta sejak 2008 selama 8 tahun. Ini jauh lebih besar daripada lebihan terkumpul kerajaan negeri Barisan, dalam tempoh 50 tahun daripada 1957 ke 2007 sebanyak RM373 juta.
Yang lebih menyerlah, rizab kita naik RM 1 bilion kepada RM1.8 bilion daripada RM849 juta pada 2007. Hutang juga dikurangkan sebanyak 90% kepada RM65 juta, yang paling rendah di Malaysia berbanding dengan hutang-hutang Pahang RM3 bilion, Kedah RM2.5 bilion, Kelantan RM1.4 bilion dan Johor RM413 juta. Ini membolehkan kerajaan negeri Pulau Pinang mulakan program emas di mana RM412 juta telah diagihkan kepada rakyat secara wang tunai.
Di antara lebih 300,00 orang penerima di Pulau Pinang termasuklah, warga emas, ibu emas, OKU, ibu tunggal (semua RM100 setahun), wang khairan/pengkebumian(RM1,000), anak emas(RM200), mahasiswa(RM1,000), pemandu teksi dan bas sekolah(RM600 setahun), penarik beca(RM1,200 setahun), nelayan(pukat pantai dua kali setahun) dan menjaminkan setiap keluarga dapat RM790 sebulan dengan imbuhan bulanan. Adakah program ini yang sama dijalankan di Johor?
Jangan pula lupa bahawa Pulau Pinang tidak pernah ada catuan air seperti yang kerap berlaku di Johor. Sungguhpun tak ada catuan air, Pulau Pinang mengenakan kadar tarif air yang paling rendah di Malaysia sebanyak 32 sen untuk setiap 1,000 liter bagi 35,000 liter pertama, berbanding dengan Johor yang mengenakan RM1.32 iaitu 4 kali ganda lebih mahal.
Jelas sekali Johor boleh mengatasi semua masalah ini dan menikmati menfaat yang lebih baik sekiranya ada kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang leibh berkesan daripada Mohamed Khaled bukanlah datang daripada DAP tetapi daripada Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Johor. Jangan cuba kaitkan Johor akan jadi Pulau Pinang kedua kerana di bawah kepimpinan berkesan Pakatan Harapan, negeri Johor dengan sumber asli dan modal insan yang begitu kaya memang boleh lebih maju dan makmur daripada Pulau Pinang.

‘PAS KEMBALILAH KEPADA PH, JANGAN JADI KINGMAKER UNTUK BN’ – KATA MAHFUZ

PRU 14 DITANGGUHKAN HINGGA ISU 1MDB SELESAI?