FIFA SEDANG MENCARI MENTERI MALAYSIA UNTUK BELAJAR TEKNIK KERINGKAN STADIUM

AMRAN JAN

FIFA tengah cari Menteri Sukan kita....depa nak tahu mana dapat 'teknologi canggih' clearkan air hujan dipadang bolasepak tu..!
FIFA berminat nak tiru..!
Kiki










 

LEPAS KELUAR PAS...IKUT PENYAMUN PULAK...


MUKHLIS EDDIE


Lebai cari makan ...
Melekat ngan Najib pulak dh...😁








 

NAK BUAT MACAMANA. MENTERI BELIA DAN SUKAN PUN CAP AYAM : SEUMUR HIDUP AKU NI LAH KALI PERTAMA NEGARA MENJADI NEGARA PALING LEKEH KERANA RASUAH DAN KERAJAAN TEBUK ATTAP. KALAU TANYA PAK LEBAI..MUDAH SAJA KERANA HUJAN LEBAT...

 

AFC mungkin ‘haramkan’ Stadium Nasional jika tiada naik taraf




Setiausaha Agung AFC, Windsor Paul John berkata, jika keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil berterusan, AFC tidak akan meluluskan lagi perlawanan di stadium berkenaan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Stadium Nasional Bukit Jalil mungkin tidak akan mendapat kelulusan bagi penganjuran kejohanan peringkat Asia sehingga padang terbabit dibaikpulih, itu bayangan diberikan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung AFC, Windsor Paul John yang mengakui kecewa dengan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang dilihat rosak selepas empat perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023.

“Kita terkejut melihat keadaan padang dan takkan mahu menyalahkan hujan pula. Tuan punya tempat itu perlu lebih bersedia dan di sini bukannya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kena uruskan perkara itu.

“Jadinya, kita agak kecewa dengan keadaan padang yang masih lagi tidak dibaik pulih malah menggunakan alat yang tidak sesuai pula untuk membuang air atas padang.

“Saya fikir kalau keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil berterusan seperti ini, AFC tidak akan meluluskan lagi perlawanan di stadium berkenaan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Media terdahulu melaporkan hujan lebat yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil sejak petang pada Sabtu lalu menyaksikan permukaan padang ditakungi air.

Ia membuatkan petugas perlawanan terpaksa menggunakan penyodok sampah dan kertas putih keras untuk membuang air yang bertakung di atas permukaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Mohd Faidz Sanusi menjelaskan pihaknya sudah mencadangkan perlawanan antara Malaysia menentang Bahrain itu ditangguhkan bagi tempoh sekurang-kurangnya 30 minit.

Namun Faidz mendakwa penganjur tetap mahu meneruskannya seperti waktu ditetapkan sekali gus menyebabkan padang rosak.

MANUSIA KEJAM INI MASIH TIDAK RASA BERSALAHKAH ?

 


Siti Bainun sumbat nasi goreng cili dalam mulut Bella, kata saksi





 
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali didakwa atas dua
 pertuduhan mengabaikan dan mendera Bella, seorang remaja
 perempuan yang menghidap sindrom Down. (Gambar Bernama) 

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau nampak pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, memegang dagu Bella dan memaksa remaja perempuan sindrom Down itu makan nasi goreng bercampur cili yang banyak.

Pegawai penyelidik undang-undang di sebuah firma guaman Suhana Zam, 40, berkata ketika kejadian, dia duduk di meja makan di sebuah kondominium di Wangsa Maju milik Siti Bainun pada Mei 2021.

“Bella sedang berdiri depan peti ais manakala Bainun berdiri depan Bella, dan depan mereka ada bangku kayu. Saya nampak Bainun letak satu pinggan nasi goreng dan sejumlah cili yang telah dipotong yang mana pada saya nisbah cili itu banyak berbanding nasi.

“Dia (Siti Bainun) gaul-gaul nasi goreng itu, dia pegang dagu Bella dan suapkan Bella dengan nasi goreng berserta cili. Bella elak tak nak makan tetapi dia paksa Bella makan.

“…saya terkejut kenapa buat Bella macam itu, saya tak cakap apa-apa sebab pada waktu itu saya tak nak confront (bersemuka) dengan Siti Bainun sebab saya bimbang kalau confront, saya tidak pasti reaksi dia,” kata Suhana semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad pada perbicaraan kes Siti Bainun.

Pada prosiding sebelum ini, penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood, 18, memberitahu mahkamah bahawa Bella telah diberi makan seperiuk nasi dicurah dengan cuka, kunyit, garam, kicap, cili dan kepingan cili serta ayam goreng busuk, ketika bulan puasa oleh Siti Bainun.

Sementara itu, Suhana berkata, beliau melihat kesan lebam sebesar tapak tangan di bahagian kanan muka Bella, ketika pergi ke rumah Siti Bainun pada 13 Jun 2021.

“Saya ke rumah Siti Bainun sebab dia ajak makan ‘King Crab’ masak ‘Shell Out’. Semasa sampai di rumah itu pada 5 petang, saya nampak rambut Bella dipotong pendek ‘tobek’, pakai baju lengan panjang, muka Bella ketakutan dan terdapat kesan lebam sebesar tapak tangan di bahagian muka sebelah kanan, itulah keadaan Bella paling teruk yang saya pernah lihat,” kata saksi itu.

Saksi pendakwaan kelapan itu berkata, sepanjang berada di rumah berkenaan, beliau melihat waktu makan Bella tidak teratur dan selama remaja itu diminta berdiri berjam-jam oleh Siti Bainun, dia tidak nampak sesiapa memberi makanan dan minuman kepada remaja itu.

Kepada soalan Nor Azizah, bagaimana keadaan Bella semasa remaja itu tidak diberi makanan dan minuman selama berjam-jam, Suhana berkata, remaja itu berdiri sahaja dan tidak boleh bercakap.

“Siti Bainun cakap tak boleh bagi Bella minum nanti dia kencing. Saya rasa nak bagi dia (Bella) makan dan minum, tapi saya tidak pasti tindakan saya itu menimbulkan kemarahan kepada Siti Bainun atau tidak, kalau saya beri (makan dan minum) saya takut tidak ikut peraturan dalam rumah itu, saya tak nak memandai-mandai kerana itu rumah dia (Siti Bainun),” kata Suhana.

Menurut Suhana, rumah Siti Bainun tidak mudah diakses kerana untuk memasuki lobi kondominum berkenaan perlu mendapatkan kod bar.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung.


DS ANWAR IBRAHIM UCAPAN DAN KENYATAAN TERKINI!



BANGSAT ONE! MENHABISKAN WANG, MENCIPTA HUTANG DAN BANYAK LAGI TERBAIK SANGAT UCAPAN PADU DAN BERNAS DARI DS ANWAR IBRAHIM!!

Kes laporan audit 1MDB: Permohonan jadikan Arul Kanda saksi dijangka cur...



Permohonan untuk tertuduh menjadi saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes bekas perdana menteri, Najib Razak didakwa meminda laporan audit 1MDB yang dijadualkan didengar esok dijangka mencuri perhatian ramai.



🎥 EKSKLUSIF Owh!MG | Saya Tak Nak Riak, Hujung-Hujung Tergelincir Kita T...



Ada sahaja ugutan dan pastinya cubaan untuk merasuah. Saksikan temu bual eksklusif bahagian 2 bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay. Beliau mengakui banyak perkara sukar yang harus ditempuhi.


((PANAS)) "BONGKAR" KEJAHATAN NAJIB! RASUAH? DATO ZAHARIN "CABAR" SPRM, ...



((PANAS)) "BONGKAR" KEJAHATAN NAJIB! RASUAH? DATO ZAHARIN "CABAR" SPRM, BERANIKAH SPRM BERTINDAK?

Anwar Ibrahim: TEMPELAK TOMMY THOMAS : Sidang Media Perkenaan Isu Penguasaan Bahasa, Kes Najib, ...


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Tan Sri Tommy Thomas dan meminta bekas Peguam Negara itu melihat diri sendiri ke cermin.

Ia susulan kenyataan yang dikeluarkan Tommy baru-baru ini yang meminta Anwar melihat cermin dan bertanya pada diri, mengapa beliau belum menjadi Perdana Menteri sehingga saat ini.

Jelas Anwar, Tommy seharusnya melihat kembali sikapnya sewaktu menjadi Peguam Negara dengan beberapa keputusan dan kenyataan kontroversinya.

“Beliau harus melihat ke cermin kerana ketika menjadi Peguam Negara dan dalam bukunya (My Story: Justice in the Wilderness), unsur-unsur perkauman menebal, menghina keupayaan penjawat awam termasuk Jabatan Peguam Negara dengan melabel keseluruhannya secara melampau.

“Tak boleh begitu, takkan tak ada seorang pun (penjawat awam) yang layak. Ini pandangan kolonial yang kita tolak,” katanya kepada media selepas Majlis Peluncuran Buku Kombo Merdeka 65 Tahun karya Sasterawan Negara, Datuk Seri A Samad Said di Pusat Dagangan Dunia, di sini pada Ahad.

Sebelum ini, dalam wawancara bersama sebuah akhbar harian berbahasa Cina, Tommy dilaporkan meminta Anwar bermuhasabah dan melihat kembali mengapa beliau masih gagal menjadi Perdana Menteri sehingga kini.

Anwar juga membidas kenyataan Tommy yang didakwa menuduh tanpa bukti yang mengaitkan bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sebagai punca rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

“Sebagai bekas Peguam Negara, beliau tidak tahu apa peranan dia dan menuduh tanpa bukti terhadap Tun Razak. Kalau dia bawa bukti, tak ada masalah.

“Ini termasuk juga kes bunuh yang masih di mahkamah tapi dia bagi pandangan sedangkan beliau Peguam Negara ketika itu.

“Jadi, ada juga kurang bijaknya yang memerlukan dia melihat ke cermin,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kegagalannya menjadi Perdana Menteri sehingga kini, Anwar berkata, dia sudah pasti akan menjadi Perdana Menteri jika berkompromi dengan pendiriannya.

“Saya pasti sudah jadi Perdana Menteri jika saya berkompromi dengan ‘bail out’, katakan ya pada rasuah, katakan ya pada campur tangan dalam mahkamah.

“Adakah ini kegagalan? Pada saya, ia satu pendirian berprinsip untuk menghormati undang-undang,” jelasnya.

 

 


Khairy Jamaluddin terima RM50,000-RM200,000 daripada UKSB - Saksi


Bernama
Menurut saksi, sumbangan untuk Khairy tidak diberi secara terus, hanya mengikut keperluan, dan tidak diberikan secara bulanan. - Gambar fail
SHAH ALAM: Bekas pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin atau KJ, ada menerima sumbangan daripada syarikatnya namun pemberian tersebut tidak diberikan secara terus.
Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani, 42, berkata sumbangan yang diberikan UKSB kepada Khairy antara RM50,000 dan RM200,000 untuk bantuan politik, bencana serta aktiviti kemanusiaan.
Beliau berkata sumbangan itu tidak diberikan secara terus kepada Khairy, sebaliknya disalurkan melalui UMNO Bahagian Rembau kerana ketika itu bekas ketua pemuda UMNO itu, adalah timbalan ketua bahagian itu.
Sebelum ini, saksi pendakwaan ke-15, Harry Lee Vui Khun bekas pengarah UKSB memberitahu mahkamah bahawa catatan 'KJ', dan bomoh antara perkataan yang tertera di dalam buku 'faraid' UKSB yang dikemukakan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Buku faraid UKSB yang juga dikenali sebagai Buku 555 di dalam perbicaraan kes Ahmad Zahid, adalah lejar yang mencatatkan bayaran yang dibuat oleh UKSB kepada beberapa individu antara 2014 dan 2018.
Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin semasa pemeriksaan utama, mengenai cara beliau membantu Khairy, saksi itu menjawab, "Bantuan politik kepada KJ bukan sahaja di peringkat bahagian, ia juga peringkat nasional kerana ketika itu dia adalah ahli politik peringkat nasional.
"Sebagai contoh jika berlaku bencana dan sebagainya saya akan bantu, untuk program bantuan kemanusiaan, kalau ada Pilihan Raya Kecil (PRK) saya akan bantu juga," katanya yang juga kenalan rapat kepada Khairy.
Saksi pendakwaan ke-16 itu juga berkata beliau memberikan bantuan kewangan kepada Khairy mengikut keadaan (keperluan), dan tidak memberikannya secara bulanan.
"Sumbangan untuk KJ, saya tidak bagi terus, saya urus sendiri. Maksudnya, kalau ada program yang perlukan bantuan saya akan bantu, saya boleh kawal dari segi kegunaan kewangan.
"Sudah pasti untuk KJ dia tiada kaitan dengan hal ini (kontrak Visa Luar Negara, VLN) dan tiada peruntukan besar untuknya. Tetapi, VLN berkait dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Zahid (Ahmad Zahid) adalah menteri yang bertanggungjawab masa itu, dan beliau juga adalah timbalan presiden UMNO, saya fikir tanggungjawabnya lebih besar," katanya.
Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri, bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, 15,000 Euro dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.
Beliau didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa.

Kenapa Pas takut dengan PRU15? - Shamsul Anuar

\

Irwan Muhammad Zain
Shamsul Anuar menjelaskan gesaan mengadakan PRU15 bukan kehendak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seperti yang didakwa pemimpin Pas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah mempersoal sikap Pas yang dilihat takut untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Shamsul menegaskan sekiranya Pas tidak mahu PRU15 diadakan dengan segera ia perlu memberi alasan yang menampakkan kematangan parti itu.
"Kalaupun tidak mahu lagi PRU15, berilah alasan yang menampakkan kematangan sebagai parti yang kononnya membawa imej Islam.
"Lupakah kita, Islam mengajar kita mendoakan kebaikan kepada semua?" katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Ahli Parlimen Lenggong itu menjelaskan, gesaan supaya PRU15 disegerakan dibuat kerana ia merupakan pendirian UMNO ketika Perhimpunan Agung parti itu dan Perhimpunan Agung Khas baru-baru ini.
Jelas beliau, gesaan mengadakan PRU15 bukan kehendak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seperti yang didakwa pemimpin Pas.
"Keputusan ini dibuat oleh parti... oleh UMNO.
"Kita mahu kuasa diberikan segera kepada rakyat. Biarlah rakyat pilih parti mana yang akan diberikan mandat melalui proses pilihan raya.
"Kita mesti bentuk kerajaan pilihan rakyat. Supaya kerajaan itu nanti menjadi kerajaan yang stabil dan kerajaan diyakini pelbagai pihak," katanya lagi.
Shamsul Anuar juga menjelaskan, kerajaan yang dibentuk itu perlu dianggotai parti yang sehaluan agar segala dasar, polisi dan agenda negara dapat berfungsi dengan sempurna untuk rakyat dan negara.
Sebelum ini,Pengarah Pilihan Raya Pas Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa kononnya desakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya PRU15 awal kerana takut dipenjara.

MANA DIA MAU MINTA MAAF- SAMAN JA LA APA PAYAH SANGAT


Sanusi perlu minta maaf pada UMNO, BN

Sinar Harian
MOHD ZAIDY: Kenyataan seperti itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang menjadi pemimpin negeri hasil ihsan sokongan daripada UMNO dan BN. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Pemuda UMNO Negeri Sembilan mendesak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memohon maaf secara terbuka kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Ketua Pemudanya, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, tuduhan Muhammad Sanusi mengatakan cadangan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lebih awal bagi mengelakkan sesetengah individu daripada dipenjara adalah tuduhan berniat jahat dan melampau.
"Kenyataan seperti itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang menjadi pemimpin negeri hasil ihsan sokongan daripada UMNO dan BN.
"Bagi menghormati persahabatan di antara parti di dalam Muafakat Nasional, eloklah jika beliau membuat permohonan maaf secara terbuka kepada ahli UMNO dan BN," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Isnin.
Menurutnya, sebagai pemimpin kerajaan negeri, beliau seharusnya tahu bahawa institusi kehakiman tiada kaitan dengan badan eksekutif serta legislatif yang mempunyai pengasingan kuasa masing-masing dan ia harus dihormati semua pihak.
"Janganlah menjadi gunting dalam lipatan yang menjadi punca kepada perpecahan di dalam Muafakat Nasional yang asasnya adalah untuk menyatukan perpaduan politik di kalangan orang Melayu dan Islam.
"Pesan kami di Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, kita boleh berbeza pandangan dan pendapat secara matang. Tetapi bersifat biadap serta menabur tuduhan tidak berasas adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali. Maka kami desak, mohon maaflah," katanya.
Pada Sabtu, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, Malaysia akan hancur sekiranya rakyat memilih ‘satu atau dua pemimpin gila kuasa’ yang hanya mahu menyelamatkan diri mereka untuk mentadbir negara.


PRU15 | Tunggu selepas tamat penggal atau tahun depan - Sanusi
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Pas tidak berminat untuk mengadakan PRU15 awal kerana bimbang kehilangan 18 kerusi yang dimiliki parti itu ketika ini.

TIPU



 

RUU Anti Lompat Parti: PH kecewa PM gagal panggil sidang khas Parlimen

 






Pakatan Harapan (PH) kecewa terhadap kegagalan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang gagal memanggil Sidang Khas Parlimen berhubung perbahasan Rang Undang undang Anti Lompat Parti sebagaimana dijanjikan.


Menurut Majlis Presiden PH, sidang khas Parlimen sepatutnya diadakan pada bulan ini namun tiada sebarang perkembangan lanjut berhubung hal itu.


"Majlis Presiden PH kecewa di atas kegagalan Kerajaan memanggil sidang khas Dewan Rakyat khusus untuk membentang Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.


"Walaupun begitu, PH berharap RUU tersebut akan dapat dibentang, dibahas dan diluluskan pada minggu pertama sidang Dewan Rakyat yang bermula 18 Julai ini," kata mereka dalam satu kenyataan.


Menurut Majlis Presiden lagi, dengan meluluskan RUU tersebut maka 15 dari 18 Perkara dalam Memorandum Persefahaman (MOU) di antara PH dan Kerajaan Persekutuan akan tercapai, bersamaan dengan kejayaan pelaksanaan 83 peratus.


Jelas mereka, terdapat hanya 3 perkara MoU yang masih belum dilaksanakan iaitu, menetapkan had 2 penggal atau 10 tahun bagi Perdana Menteri; membentang RUU Perkhidmatan Parlimen; dan meminda Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.


"Oleh itu, pimpinan utama PH akan mengadakan pertemuan segera bersama PM bagi membincang RUU Anti Lompat Parti ini serta Perkara-Perkara di atas," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook dan Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau

Wanita ini dedah kenapa ramai profesional luar negara tak nak balik Malaysia


Kenapa orang tertanya-tanya ramai profesional tak nak balik Malaysia? Ini saya cerita gaji saya yang tak seberapalah kalau nak banding dengan profesional di sana.

15 tahun lepas, saya dapat lebih kurang £26,000 gaji final saya. Tapi saya kena bayar cukai sekitar £400 setiap bulan.

Tapi saya rasa ok saja sebab itu saja satu-satunya cukai yang saya bayar tapi saya dapat manfaat percuma penjagaan kesihatan. Kalau ada anak dapat pendidikan percuma.

Benefits healthcare saya dapat free medical checkup setiap tiga bulan. Pap smears semua percuma. Mereka call saja suruh kau datang.

Gaji bersih saya lebih kurang £2,000. Tapi saya boleh simpan kira-kira £800 hingga £1,000 setiap bulan sebab perbelanjaan saya biasa saja. Saya bukan jenis keluar malam atau clubbing. Saya suka duduk rumah.

Barang dapur £50 sebulan. Penuh troli. Pengangkutan £45. Ini untuk bas and tram. Anda boleh pilih nak naik apa.Studio £400. Fully furnish 1 bedroom. Shopping £200. Ini pun penuh tangan nak bawa paper bag.

Internet £25. Waktu ini dah merasa 400mbps. Telefon £15. 15 untuk Skype. Saya tak ada hutang Iphone. Beli tunai saja terus.

Belanja harian £5. Makan fish & chips. Kenyang sampai malam. Kedai Pakistan jual kebab pun boleh makan dari pagi sampai malam.

Kalau saya tak jalan-jalan saya boleh simpan 1,000. Kalau saya travel, saya simpan lebih kurang £800. Paling best bab travel, anda boleh dapat tiket kapal terbang serendah €19 untuk pergi Dublin atau pun €30 untuk pergi Paris.

Banyak betul pilihan transport dan semuanya mampu milik. Kalau rasa nak sewa kereta anda boleh sewa serendah £11 untuk sehari Mini Cooper atau Volkswagen Golf.

Saya memang suka sewa kereta sebab kadang-kadang dapat kereta besar. Anda nak travel tak sesusah duduk Malaysia kena simpan duit berbulan-bulan malah bertahun. Di sana, sebulan pun dah boleh berjalan satu Eropah.

Ini perbelanjaan waktu itu. Sekarang, saya tak tahulah. Tapi saya tak rasa naik dia banyak sangat. Tapi masih gaji pun bertambah saya tengok. Sekarang 2022, gaji pereka dalaman (interior designer) boleh dapat sekitar £6,000. Tinggi tu. Eksekutif dulu pun dalam £4,000.

Cleaner di sana pun dapat £800 sebulan boleh travel merata. Kalau pelajar hanya boleh kerja tidak lebih 4 jam sehari. Jadi, pandai-pandailah. Memang senang nak cari duit. Asalkan rajin.

Saya ni kira junior. Tapi saya cakap £1,800 di sana tak sama dengan gaji RM4,600 masa saya mula-mula balik Malaysia. Bayangkan, nak justify balik perbelanjaan saya. Memang struggle. Nasib baik ada simpanan waktu itu.

Anda sendiri boleh kira ‘kan? Sebab itu, masa saya mula kerja gaji £1,300 pun boleh selesaikan baki hutang Bank Rakyat dalam masa dua bulan.

Bukan saya nak cakap duduk Malaysia ni susah. Tapi duduk Malaysia ni memang sangat-sangat susah. Kau gaji RM6,000 pun belum tentu boleh simpan RM1,000 sebulan sebab taraf hidup yang sangat tinggi.

Orang kata, duduk UK mahal. Sebenarnya, kalau anda dapat duit sana, anda tahu betapa murahnya lifestyle yang anda kena bayar.

Sebab itu, apabila saya beli baju Zara £30 orang sana kata mahal. Walhal, kalau nak kira gaji saya 1,300 dengan baju 30 ringgit saya rasa ok lagi. Lainlah kerja di Malaysia. Gaji 1,300 beli baju t-shirt Zara RM200. Itu memang mahal.

Bila saya bercakap pasal migrate ini bukannya saya nak cakap kehidupan di sana tak ada cabaran. Tapi sekurang-kurangnya anda ada work life balance. Anda kerja dan dibayar setimpal dan anda boleh dapat apa yang anda nak dengan mudah.

Hartanah di sana mahal, tapi benda lain murah. Lagi satu, bila anda duduk luar rasa ingin tahu pasal negara tu tinggi dan lagi banyak pengalaman yang anda boleh ceduk daripada masyarakat berbilang kaum.

Saya nak anak saya rasa pengalaman bekerja dan duduk negara orang. Biar mereka boleh belajar budaya dan menjadi lebih bijak.

Asyik duduk tempat sama saja kepala otak anda jem sebab terpaksa ikut acuan orang yang sama. Saya balik masuk kerja dengan semi government. Empat bulan saja, saya terus berhenti 24 jam. Saya semak dengan mentaliti orang di situ.

“Kau tak payah kerja laju sangat. Kau ikut saja pace orang lain. Hujung bulan dapat gaji.”

Itulah sebabnya kenapa kroni korup semakin membimbangkan di Malaysia sebab kepala otak semua orang dah dibasuh oleh mentaliti yang sama.

Kenapa pendatang banyak suka datang Malaysia? Bukan sebab duit dia besar dan mudah. Tapi sebab korupsi banyak dan semua PATI yang masuk dah ada yang dapat untung dari situ.

 




PELAKSANAAN HUKUMAN MATI PERLU MORATORIUM