KENALI PENERBIT MAT KILAU

 

Korang kena kenal orang ni. Ni dia,

Hj Abdul Rahman Mt Dali

Jutawan ummah. Owner Hospital Az Zahrah,Bangi.

Orang kaya yang habiskan 8 juta untuk buat filem dakwah patriotik. Duit Allah bagi dia tak habis. Dia guna pula untuk suntik rasa cinta dan sayang pada agama , bangsa dan tanah air. Kita bukan taksub pada Melayu, tapi tanpa maruah bangsa kita akan dipijak dan hina. Ini mesej besar.

Harap muncul ramai lagi orang kaya bijak berani dan hebat seperti Hj Abd Rahman Mt Dali.

Pada jutawan dan orang orang yang rasa diri tu kaya, berhentilah buat content dan aksi yang mencemarkan maruah anda, kerana itu akan lebih memiskinkan diri anda. Gunalah duit untuk masa depan anak bangsa. Bukan kaya dan merosak keturunan kita. Contohilah jutawan penerbit Mat Kilau ini.

Ini baru betul kaya dunia akhirat.

Inshaallah.

Sumber: PU Amin

 


May be an image of 1 person and text that says "Penerbit Mat Kilau"

KITA TENTANG WAYANG TAPI KITA PEE JUGA TENGOK









Memang tegas pemuda PAS tentang wayang di negeri Kelantan. Katanya tak akan berkompromi bagi membendung gejala maksiat kalau wayang di buka.

Rupanya haram kalau kat negeri Kelantan, tapi wayang di negeri lain tak maksiat. Description: 😂

Kira macam ulamak wajib pakai Mercedes, Un hanya layak pakai Biba ke? Apa jenis kaedah fiqh kasta ni lebai?

Teringat fatwa gulai kawah daging oink MCA, dulu rupanya haram sebab tak jemput Guru. Bila dah jemput MCA kawan kiteeeee.

 

TOK MAT DAN NAJIB – CUBA CERITA HAL SEBENAR TENTANG GERAKAN UNDURKAN ZAHID HAMIDI?


Antara perkara yang didedahkan oleh bekas ahli MT yang dipecat, Tajuddin Abdul Rahman dalam sidang medianya semalam ialah tentang gerakan pemimpin kanan UMNO yang pernah dilakukan pada tahun 2020 untuk memaksa Zahid Hamidi berundur daripada terus memimpin parti.

Katanya, antara pemimpin kanan yang terlibat dalam gerakan itu ialah Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan, bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin.

Bagaimanapun kata Ahli Parlimen Pasir Salak itu, gerakan tersebut gagal kerana Mohamad Najib telah belot di saat-saat akhir.

Tambah beliau, Mohamad atau Tok Mat belot kerana digertak oleh pegawai kanan Zahid Hamidi.

Namun, Tajuddin tidak menghuraikan sebab mengapa Najib juga belot daripada gerakan tersebut.

“Ketuanya siapa? Tok Mat (Mohamad) dan Bossku (Najib).

“Mereka suruh turun buat tinjauan, berapa ramai Ketua UMNO Bahagian yang setuju. Kalau saya tak silap ada 130 bahagian (di seluruh negara) yang setuju.

“Tok Mat setuju, Bossku setuju. Kenapa tak jadi? Sebab Tok Mat sebagai ketua dengan Bossku belot,” tegas Tajuddin lagi.

Sebagai bukti wujudnya gerakan tersebut, Tajuddin turut menunjukkan sekeping gambar pertemuan pemimpin-pemimpin kanan UMNO itu yang dirakam lebih dua tahun yang lalu.

Petang tadi, Zahid Hamidi ketika ditanya mengenai gerakan itu berkata, beliau tidak tahu menahu mengenainya.

“Saya tidak mengetahuinya.

“Kalau ada sesiapa yang tidak berpuas hati dengan kedudukan saya sebagai presiden parti, mereka mesti ikut saluran yang betul,” kata beliau.

Begitu pun, berdasarkan pendedahan Tajuddin itu, satu perkara yang nyata ialah Tok Mat dan Najib pasti tahu mengenai gerakan tersebut.

Kalau tidak, mana mungkin Tajuddin berani menyebut nama mereka.

Sehingga ini pun, setelah lebih 24 jam berlalu setelah pendedahan Tajuddin itu, kedua-dua pemimpin berkenaan belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan dengannya.

Jadi, sekarang bolehkah Tok Mat dan Najib segera memberitahu semua ahli UMNO sama ada benar atau tidak wujud gerakan tersebut?

Apakah sebabnya mereka pada mulanya setuju terlibat dalam gerakan untuk menekan Zahid Hamidi berundur sebagai Presiden UMNO?

Dan mengapa pula mereka kemudian jadi belot?

Apakah perkara yang pegawai kanan Zahid Hamidi gertak kepada Tok Mat sehingga beliau jadi layu, seterusnya setuju untuk belot?

Kepada Najib, apakah sebabnya beliau juga belot setelah setuju pada peringkat awalnya untuk menekan pengunduran Zahid Hamidi?

Lebih menghairankan, mengapa setelah belot, Tok Mat dan Najib sehingga sekarang jadi begitu kuat mempertahankan Zahid Hamidi?

Adakah apa-apa rahsia mengenai kedua-dua pemimpin itu yang disimpan oleh Zahid Hamidi?

Tok Mat dan Najib – tolong munculkan diri dan cerita segala-galanya kepada semua ahli-ahli UMNO? – ShahbudinHusin 28/06/2022.



KISAH PYANHABIB BERGAMBAR DENGAN ANWAR, TAPI ADA KAWAN UNFRIEND



betul atau salah tetapi inilah yang gua terperasan: selepas gua bergambar dengan anwar, gua dapati ada dua tiga makhluk sudah kurang ngam malah unfren gua daripada senarai rakan facebook. jika dulunya rajin tag ke facebook gua macam-macam benda yang melawan dan menghasut, sekarang tidak lagi. diulang: betul atau salah tetapi itulah yang gua terperasan selepas bergambar dengan anwar.

kih kih kih!

Pyanhabib Rahman


KEH..KEH..KEH...AWAT BUAT TERKEJUT..BIASA LA LAM UMNO BENDA TAK ADA KADANG KADANG ADA...PERCAYA KA MUKA MUKA NI BOLEH TERAJUI NEGARA DAN ELABUR NAK MASUK ???

 

Ismail presiden Umno? PRU belum, mana datang senarai baharu, kata Ahmad Maslan



Poster saf kepimpinan Umno yang didakwa akan berlaku selepas pemilihan parti itu mula tersebar dan mendapat perhatian setiausaha agung parti Ahmad Maslan.

PETALING JAYA: “PRU belum, pemilihan belum, mana datang senarai baharu?” itu maklum balas Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berhubung satu poster senarai kepimpinan baharu parti itu tersebar di media sosial.

Senarai yang dinamakan “saf kepimpinan Umno selepas pemilihan” antaranya menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai presiden.

“Pilihan raya pun belum, pemilihan pun belum macam mana sudah ada kepastian,” katanya kepada FMT.

Poster itu dimuat naik pengguna Twitter, @RajamohdShahrim atau Buletin RMS.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Antara pemimpin Umno yang terpapar dalam senarai itu antaranya Annuar Musa sebagai timbalan presiden, Hishammuddin Hussein, Mahdzir Khalid dan Khairy Jamaluddin sebagai naib presiden.

Turut berada dalam senarai itu Shahril Hamdan sebagai ketua Pemuda, Mastura Yazid (ketua Wanita) dan Nurul Amal Mohd Fauzi (ketua Puteri).

Manakala, bagi setiausaha agung, Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim dinamakan menjawat jawatan itu, ketua penerangan pula adalah Noh Omar dan bendahari Umno Tajuddin Abdul Rahman.

MANTELITI YANG MEROSAKKAN MACAI TURUN TEMURUN


Inilah mentaliti yang merosakkan UMNO. Kata Ahmad Maslan, dalam perjuangan, yang penting adalah hasil. Jika dinilai dari tweet Ahmad Maslan ini, maka dapat kita simpulkan yang perjuangan UMNO selama ini bukan nasib orang Melayu tetapi hanyalah kuasa.

Kalau setakat nak memperjuangkan kuasa, maka tidak ada masalah kalau gadai sifat Melayu yang sentiasa terikat kepada akhlak Islam. Boleh rasuah, boleh mencuri, boleh khianat, asalkan dapat kuasa, semuanya halal dibuat.

Parti Keadilan dan PH memperjuangan keadilan dan nasib rakyat. Sanggup tak menang asalkan prinsip mempertahankan keadilan dan hak rakyat tidak digadai. Itu baru boleh dinamakan perjuangan. Tapi kalau matlamatnya kuasa, maka apa yang sucinya perjuangan UMNO?

Cuba lihat yang disenaraikan di bawah ini. Ada disebut tentang nasib orang Melayu? Apatah lagi Islam. Ada? Tak ada langsung. Semuanya cerita kuasa. Bila dapat kuasa, mereka rebut jawatan dan harta. Ahli dan penyokong dapat apa?

Sebab itu sekian lama UMNO memerintah, orang Melayu masih di takuk lama. Masih miskin. Masih ramai merempat. Kepentingan negara tergadai. Dana negara licin dirompak. Sebab mereka hanya mahu kuasa untuk kepentingan diri. Dah jelas dah. Masih mahu sokong UMNO? Gila? Guane boh?

Raja Gelap

Kenyataan Media : Saman Fitnah Oleh Encik Mohd Haffiz Mohd Rasdin




1. Saya hanya menerima writ saman dari Tetuan Syazwan Hasim & Azeel Eskandar yang mewakili Encik Mohd Haffiz bin Mohd Rasdin pada petang 26 Jun 2022, melalui serahan tangan kepada pembantu rumah saya.

2. Saya telah mengarahkan peguam saya memfailkan permohonan untuk mengenepikan saman ini kerana ia merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah dan cubaan untuk menghalang terdedahnya kegiatan yang menyalahi undang-undang pihak yang masih belum ditentukan terlibat dalam kes kecurian balak di kompartmen 25 HSK Nenggiri.

3. Tindakan saman ini adalah pra-matang memandangkan siasatan oleh Jabatan Perhutanan dan Sprm ke atas isu tebangan balak secara haram di kompartmen 25 dan 26 HSK Nenggiri bersebelahan dengan kawasan kerja Plaintif adalah belum lagi konklusif.

4. Saman ini merupakan satu gangguan terhadap tugas-tugas defendan sebagai pemimpin masyarakat dalam menjalankan tugas melindungi kepentingan awam.

5. Saman ini boleh disifatkan menggantung diri sendiri oleh Plaintif dan boleh menjadi pisau dua mata.

6. InsyaAllah saya bertanggung jawab di atas dakwaan dan pertanyaan saya berkaitan kes kecurian balak di kompartmen terbabit, termasuk dua rencana yang dirujuk.

Saya juga InsyaAllah tidak akan berganjak dalam usaha saya menjaga kepentingan Rakyat dan Negeri Kelantan dan mempastikan semua pihak yang terlibat di bawa ke muka pengadilan.

7. Saya tegaskan, sepanjang tulisan saya yang dirujuk dalam saman berkenaan sama sekali tidak bersifat fitnah ke atas Plaintif.

8. Sehingga ini, tiada sebarang kenyataan penafian oleh Kerajaan Negeri atau agensinya mengenai pemberian kontrak pembalakan, perlombongan dan pemaju Bandar Perabot di mana Plaintif mempunyai kepentingan atau mendapat manafaat.

9. Menjadi amalan dalam sistem demokrasi berparlimen atau dewan undangan negeri untuk pihak-pihak yang berkaitan dengan tanggung jawab awam memberikan makum balas atas pertanyaan, kritikan dan urusan berkaitan kepentingan awam.

Maklum balas terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan membolehkan urusan kepentingan awam tidak diabai, diselewengkan atau tidak menepati kepentingan awam secara umum.

Dengan itu juga, pertikaian awam dapat dielakkan.

10. Sekian, terima kasih

Datuk Husam Musa

27 Jun 2022

 

JANGAN JANGAN DAP JUGA DISALAHKAN




 

APA PUN ALASAN, IANYA TETAP HIPOKRIT.





TIKTOK-NAK TUBUH LEMBAGA AYAM 40 ORANG BERMESYUARAT..KAH..KAH


 

TIK TOK DEMI SELAMATKAN UMNO , MEREKA SOKONG ANWAR.TETAPI MEREKA JUGA PEMBELOT


 

TIK TOOK : 1 JULAI HIMPUNAN RAKYAT SAYANGI BN- BN BARANG NAIK DI MASJID KAMPUNG BARU


 

SEMUANYA KERANA ATOK....JAHAT BETOI ATOK YA...MEREKA BELAJAR DARI ATOK YANG LAMA MEMERINTAH..

 

3 Ahli Parlimen Umno lompat ke Bersatu selepas PRU14 demi ‘selamatkan diri’, kata Zahid





Ahmad Zahid Hamidi (tengah) berkata, tiga Ahli Parlimen terbabit
 adalah dari Masjid Tanah, Jeli dan Bagan Serai. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiga Ahli Parlimen daripada partinya berpaling tadah kepada Bersatu sejurus selepas pilihan raya umum ke-14 untuk “menyelamatkan diri” selepas disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya faham mereka mempunyai beberapa kes yang disiasat SPRM,” kata Zahid dalam perbicaraan rasuahnya ketika disoal peguam, Ahmad Zaidi Zainal.

Tanpa menyebut nama Ahli Parlimen itu, beliau berkata, mereka dari Masjid Tanah di Melaka, Jeli di Kelantan dan Bagan Serai di Perak.

Katanya, Ahli Parlimen Masjid Tanah dipertanggungjawabkan dengan dana untuk menguruskan Puteri Umno dalam PRU.

“Sebaliknya, wang itu dipindahkan ke akaun lain untuk kegunaan peribadi,” kata bekas timbalan perdana menteri itu dalam pembelaannya berhubung penganiayaan politik dalam perbicaraannya atas dakwaan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang.

Beliau berkata, perkara itu diketahui oleh pucuk pimpinan parti dan sayap Puteri.

Dalam kes Ahli Parlimen Jeli katanya, individu itu ialah ketua Umno Kelantan yang bertanggungjawab membawa pengundi dari luar negeri untuk mengundi dalam pilihan raya.

“Kira-kira RM30 juta diketepikan, tetapi wang itu tidak dibelanjakan.”

Beliau berkata, adik Ahli Parlimen Bagan Serai yang mengurus dana pembangunan kawasan itu menyalahgunakan wang berkenaan.

“Penyalahgunaan dana itu dilakukan oleh adik dan Ahli Parlimen itu akan didakwa,” katanya selain menambah bahawa beliau mempunyai bukti berhubung dakwaan itu.

Ini disusuli bantahan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran terhadap keterangan Zahid dengan berkata, ia tidak wajar.

“Ia adalah cakap-cakap dan tidak boleh diterima kecuali mereka dipanggil sebagai saksi.”

Peguam utama Zahid, Hisyam Teh Poh Teik berkata, Zahid perlu dibenarkan membuat pembelaannya dan memberitahu kebenaran.

“Dia hadapi tuduhan serius dan perlu diberikan ruang untuk menjelaskan pembelaannya.”

Hakim Collin Lawrence Sequerah mendapati pihak pembelaan ingin memberitahu kisahnya dan “sedikit kelonggaran perlu diberikan”.

Zahid berkata, siasatan terhadap Ahli Parlimen itu turut dimaklumkan kepadanya secara peribadi sebagai presiden Umno.

Katanya, Umno dan Barisan Nasional dijatuhkan pada PRU14 kerana partinya hanya memenangi 54 kerusi Parlimen.

Beliau berkata, BN memenangi 79 kerusi dan tidak cukup untuk membentuk kerajaan kerana sekurang-kurangnya 112 kerusi diperlukan dalam Parlimen yang mempunyai 222 kerusi.

Zahid berkata, beliau tidak bersedia membubarkan Umno, walaupun Dr Mahathir Mohamad mendakwa parti itu tiada masa depan dengan “pemimpin korup” yang ditolak oleh orang Melayu. (Mahathir yang merupakan pengerusi Bersatu ketika itu menjadi perdana menteri buat kali kedua selepas Pakatan Harapan memenangi PRU14.)

“Dia turut meminta saya melompat ke sana, tetapi saya menolak,” katanya dengan menambah bahawa mereka berdua mengadakan pertemuan pada Jun 2018.

Zahid kini dibicarakan atas 47 tuduhan pengubahan wang dan pecah amanah membabitkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi serta menerima rasuah untuk pelbagai projek ketika menjadi menteri dalam negeri.

Dua belas daripada tuduhan itu membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan baki 27 dakwaan pengubahan wang.

Perbicaraan bersambung.


ATOK PUN PUNCA JUGA- ATOK PUNCA BENDA INI BERLAKU KERANA TIDAK MAHU MELEPASKAN JAWATAN KEPADA ANWAR. KALAU IANYA BERJALAN TERATUR , NEGARA INI PUN AKAN BERJALAN ERATUT

 

Kerja mereka tukar PM, bukannya nak tadbir negara, kata Dr M




Dr Mahathir Mohamad berkata, pendedahan Tajuddin Abdul Rahman
 berhubung gesaan menandatangani akuan bersumpah menunjukkan
 ada banyak perkara yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.

PETALING JAYA: Tanpa menamakan mana-mana parti politik, bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad membidas pakatan yang cuba menukar perdana menteri, bukannya hendak mentadbir negara.

Beliau berkata demikian susulan pendedahan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman semalam yang mendakwa beliau adalah saksi bahawa Umno menghantar akuan berkanun (SD) menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kepada Agong.

Mahathir berkata, pendedahan Tajuddin berhubung gesaan menandatangani SD itu menunjukkan ada banyak perkara yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.

“Ada pakatan usaha untuk adakan seorang perdana menteri baharu, jadi mereka main isu tukar perdana menteri.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Itulah kerja mereka…bukan hendak mentadbir negara,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Semalam, Tajuddin mendakwa Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengetuai gerakan menandatangani SD dalam kalangan Ahli Parlimen Umno untuk menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu turut mendakwa hampir 130 ketua bahagian Umno mahu Zahid berundur sebelum ini dan presiden Umno itu tidak berpuas hati dengan kedudukan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri kerana tidak diberi ruang untuk menggalas jawatan itu.

PH ANJUR FLASHMOB JIKA KERAJAAN TIDAK TARIK MANSUH SUBSIDI