BETOI SANGAT SANGAT

 

MOHD SHAH RIM


Aku menyokong 100% pendirian RR dalam isu Khemah Besar...biar kalah berdiri dari menang tapi terpaksa melutut..

May be a Twitter screenshot of 1 person and text

KISAH JUMPA MINYAK DI MALAYSIA

 

NORMAN ADZUAN

Di Malaysia jumpa minyak yg kaya raya geng Tok Dir, Pak Jib ngan Pak Jahid keluarga dan kroni2 mereka. Cybertrooper dibayar puluhan ribu utk melahirkan persepsi perkauman. Pengampu2 yg mendapat laba politik turut memainkan sentimen perkauman akhirnya org Melayu percaya.

Yg dapat jawatan Pegawai Khas, Ahli Majlis, Ketua Kampung, Pegawai2 yg kaya raya dgn makan rasuah hasut pemikiran org Melayu dgn menakutkan org Melayu… biarlah rasuah asalkan Melayu. Sdgkan berbillion itu boleh bantu anak2 Melayu atau peniaga2 kecil Melayu.
Harapkan lebai dpt duit beratus juta pakat2 beli Mercedes. Kita kena percaya ini akhir zaman di mana mereka yg bergelar Ustaz sdg sibuk mencipta harta dgn ayat suci serta berimej alim. Ini zaman Ustaz2 menggunakan Velfire dan Iphone.
Kamu tidak boleh sanggah. Baca doa talkin dpt duit, baca doa selamat dpt duit, ceramah baca hadis palsu 1/2 jam dpt duit, baca air penawar dpt duit, ajar baca doa umrah dpt duit, panggil ceramah khas dpt ribuan duit, buat rangka bangunan kata nak buat pondok Tahfiz dpt dana puluhan hingga ratusan ribu…kalian sanggah kalian Wahabi
Bila pengundi2 berjaya dibodohkan… pemimpin kaya raya rakyat papa kedana. Bila jadi seperti Sri Lanka barulah mereka sedar mereka dibodohkan mereka2 yg duduk di banglo besar itu.
May be an image of skyscraper and text

WALAUNMANA ..WALAUN..REGA AYAM ZAMAN KERAJAAN MELAYU ISLE


JAMZURI ARDANI


 Harga ayam zaman kerajaan melayu isley

May be an image of 2 people, people standing, food and indoor

KANTOI



 



Hans bertanding Ketua Cabang untuk lakukan perubahan

  HANS BERTANDING KETUA CABANG UNTUK LAKUKAN PERUBAHAN

Bila inflasi akan berakhir? ini penjelasan pakar ekonomi

 


Bila inflasi akan berakhir? ini penjelasan pakar ekonomi



Berbicara mengenai inflasi, rungutan demi rungutan diluahkan rakyat ekoran peningkatan kos sara hidup terutama barangan keperluan.

Terbaharu, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus sehingga mencetuskan pelbagai polemik berkaitan situasi ekonomi terkini.

Antara perkongsian dari bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga pakar ekonomi, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali bagi mendapatkan jawapan lanjut.

Adakah keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) merupakan satu tekanan yang dilihat memberi implikasi kepada ekonomi?

NOOR AZLAN: Pertama kita harus faham bahawa OPR adalah pelaksanaan berkaitaan polisi moneteri BNM. Jadi ia polisi fiskal dan kawalan harga. Apa yang agak hangat sekarang adalah polisi dasar monetari. BNM dan bank di dunia umumnya mengawal polisi kecairan dalam ekonomi.

Prinsipnya begini. Kerendahan OPR menyebabkan inflasi tinggi kerana banyak yang mampu untuk berbelanja.

Tapi dalam masa sama, ada gangguan kepada bekalan. Sebagai contoh sebelum ini pun saya ada berbincang dengan produk Apple yang mengakui ada gangguan pengeluaran disebabkan bekalan komponen kurang.

Apabila bekalan tidak cukup dan permintaan banyak ia akan jadi inflasi dengan harga terus meningkat.

Walau apa pun, secara asasnya jawatankuasa MPC akan buat penilaian ekonomi dalam negara dan daripada situ barulah keputusan seterusnya dibuat. Yang jadi perdebatan adalah pada kadar sangat rendah sebelum ini, adakah wajar ia dinaikkan? Ia untuk mengurangkan peningkatan ketara kadar inflasi atau harga barangan di samping mengukuhkan semula nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Sebenarnya keputusan menaikkan OPR adalah mencabar kerana ia dibuat dalam tempoh pemulihan dan keseimbangan ekonomi mengikut konteks antarabangsa serta tekanan inflasi.

Kita mahu mencari keseimbangan disamping tidak mahu rencatkan pertumbuhan. Perlu diingat, keputusan negara besar mempengaruhi kedudukan Malaysia .

Di AS mereka berhadapan kadar inflasi yang semakin meningkat. AS dan negara besar dunia turut mengetatkan dasar kewangan dengan menaikkan faedah dan kurangkan penawaran wang. Ia antara faktor untuk kawal inflasi di sana.

Bila jangkaan Prof. turunnya inflasi?

Ia mengambil masa lama untuk mengawal inflasi kerana biasanya inflasi yang cuba dikawal ini adalah demand pull (permintaan meningkat). Inflasi kita juga disebabkan sebab kadar tukaran dan import lemah.

Dengan kadar tukaran mata wang Ringgit yang lemah pada masa sekarang adakah wajar jika ia ditambat?

Saya lebih cenderung kadar tukaran asing yang bebas bergerak mengikut kuasa pasaran.

Apabila ditambat, nilai mata wang sebagai tanda kepada kedudukan ekonomi akan hilang.Kadar tukaran wang asing adalah harga.

Sebagai contoh RM6,000 per telefon atau erti kata lain sebuah telefon. Begitu juga dengan RM5 per 1 USD.

Saya berpegang kuat pada harga dan ia perlu bergerak mengikut kuasa pasaran yang adil. Begitu juga dengan harga ayam sebagaimana menjadi isu baru-baru ini.

Maksud harga barangan lain, ayam juga tidak perlu harga lantai?

Ya. Saya cenderung untuk tidak buat kawalan harga. Sebenarnya kita perlu faham mengapa harga naik.

Kerana ia bergerak mengikut pasaran yang adil. Lain ceritanya jika ada manipulasi seperti sorok barang.

Untuk jadi negara maju perlu biasakan rakyat kita hidup dengan harga berubah-ubah (bukan sebab manipulasi).

Di Malaysia kita terperangkap dengan minda yang salah, nak murah.

Pada mereka murah itu bagus. Bila berpaksikan pada murah lihat apa yang terjadi? Kita tidak fikir nak tingkatkan produktiviti.

Halia sebagai contoh. Kita masih mahu import walhal kita boleh tanam. Tapi disebabkan hendak murah kita sanggup import dengan mengetepikan pendapatan lebih tinggi untuk petani. Bagaimana kita mahu jadi negara maju dan pendapatan lebih tinggi tapi dalam konteks nak murah dengan mengikut cara lama?

JADI MACAM SRI LANKA

Adakah Malaysia berkemungkinan akan menjadi seperti Sri Lanka jika hutang negara naik berterusan?

Isu kedudukan fiskal dijadikan modal politik. Hubungan hutang kepada peratus Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) kepada kekayaan ekonomi tidak mutlak. Negara kaya hutang mereka tinggi.

Hutang kita cecah lebih 50 peratus daripada KDNK.Malaysia dulu hutang lagi banyak tapi orang kita tidak lihat data.

Tahun 80-an dulu hutang negara lagi tinggi. Masalahnya ada orang tafsir hutang negara macam hutang peribadi.

Negara kita dulu negara miskin sekarang negara kita hendak ke arah negara berpendapatan tinggi. Negara dan orang berbeza. Negara makin lama makin tinggi kapasiti. Jadi, saya rasa tidak tepat mahu merumuskan secara terus hutang itu buruk.

Dengan nilai tukaran mata wang yang rendah, adakah wajar dilaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) semula dalam masa terdekat?

Kalau sanggup lupakan politik dan melihat kepada keperluan mengapa tidak diperkenalkan? Tapi sebenarnya kaedah pelaksanaan GST yang boleh innovasikan. Kalau di AS setiap negeri kadarnya berbeza-beza. Sebenarnya polisi awam di negara kita perlu lebih inovatif.

Sebab apa? Saya ambil contoh gaji minimum. Kalau gaji RM1500 untuk keseluruhan satu negara ia tak betul. Apa jadi kalau meniaga di kedai runcit di Batu Kurau tapi gaji RM1,500? Sepatutnya perlu ikut kawasan. Begitu juga dengan garis paras kemiskinan dan bantuan selain takrifan golongan berpendapatan rendah (B40) itu sendiri.

Di bandar dan pedalaman kos sara hidup tidak sama. Tapi kita pukul rata. Semua yang gaji dikategorikan B40 dapat bantuan walhal individu itu duduk di pedalaman dan boleh dikategorikan orang senang kerana kos sara hidup.

Lalu bantuan diberikan.

Adilkah diberikan bantuan kepada B40 yang duduk di pedalaman ? Jangan ajar rakyat semuanya akan diberi bantuan. Lagi banyak orang dapat bantuan secara terus lagi banyak kita tahu ia adalah salah.

Macam mana hendak cakap negara maju kalau 40 peratus masih terima lagi bantuan? Jadi, saya berpandangan kalau mahu perkenalkan GST ikut negeri atau kawasan.

Yang penting sistem itu ada. Kadar boleh disesuaikan. Pernah saya cadangkan kenapa tidak gunakan GST ikut wilayah. Ia boleh sebarkan pertumbuhan dan tidak hanya tertumpu kepada bandar besar sahaja. Kawasan yang dikategorikan kurang bagus kita rendahkan GST.

HARGA BARANG NAIK

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan 60 peratus harga barangan naik. Komen Prof?

Kalau betul-betul mahu meredakan kos sara hidup, kita tumpukan kepada tiga perkara sudah cukup. Pertama makanan, kedua rumah dan ketiga pengangkutan. Ia satu kesilapan apabila kita terjemahkan mereka yang berkereta yang akhirnya menjerat kita dengan hutang selama sembilan tahun.

Di luar negara orang tidak beli kereta dan lebih selesa menggunakan kenderaan awam. Tapi di sana kenderaan awam mereka efisen dan setiap saat dikira.

Begitu juga makanan. Kita terlepas dalam bidang pertanian yang sepatutnya kita beri penekanan sebelum ini, tapi sebaliknya kita tumpu pada perindustrian. Untuk sektor perumahan pula, kita tidak boleh lagi jadikan ia sebagai pelaburan sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi .

Kalau di Hong Kong rumah yang tidak terjual akan dikenakan cukai. Denda pemaju yang tidak boleh jual projek perumahan.

Apa pendapat anda?

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.


KALAU IKUTKAN TUNTUTAN TAK BANYAK PUN..MELINGKUP HABIS DUIT NEGARA MASIH BANYAK YANG TAK SELESAI PUN

 


PVATM beri amaran kepada ahli jangan sertai perhimpunan tak diiktiraf





facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Ada segelintir veteran dilapor menubuhkan kumpulan memperjuangkan
 isu kebajikan veteran yang difikirkan perlu diselesaikan segera oleh
 kerajaan, kata Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia
 (PVATM) Sharuddin Omar. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Tindakan tegas akan diambil terhadap ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan yang tidak diiktiraf kepimpinan.

Presiden PVATM Sharuddin Omar, berkata sejak kebelakangan ini, terdapat segelintir veteran dilaporkan telah menubuhkan kumpulan untuk memperjuangkan isu kebajikan veteran yang mereka fikirkan perlu diselesaikan oleh kerajaan dengan segera, namun cara perjuangan itu berbeza antara satu sama lain.

“PVATM ingin menegaskan tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan veteran yang memperjuangkan isu kebajikan veteran secara jalanan dan tidak berhemah.

“Konsep perjuangan PVATM sangat jelas sejak dahulu hingga kini dalam memperjuangkan apa sahaja isu kebajikan veteran iaitu kami akan sentiasa mengambil pendekatan dan kaedah rundingan secara berhemah untuk secara bersama mencari keputusan ‘menang-menang’,” katanya kepada pemberita selepas majlis perbarisan Sambutan Ulang Tahun Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-100 tahun, di Dataran Pahlawan Negara, di sini hari ini.

Sharuddin berkata demikian ketika diminta mengulas isu perhimpunan aman yang dijadual pada 6 Jun depan, di ibu negara dengan jangkaan kehadiran kira-kira 5,000 veteran ATM bagi menyuarakan rasa tidak puas hati kepada kerajaan kerana didakwa tidak menjaga kebajikan tentera berpencen, tidak berpencen dan diberhentikan.

Selain itu, beliau berkata, lima isu diperjuangkan PVATM dalam menghargai perjuangan dan pengorbanan ahlinya ialah pelarasan pencen veteran ATM, elaun sara hidup kepada veteran tidak berpencen, Lembaga Pengampunan untuk bekas tentera, menambah baik pencen terbitan kepada balu dan elaun kenangan Pingat Jasa Malaysia.

Sharuddin berkata, kepimpinan dan keahlian PVATM matang dan penuh kewarasan dalam menjunjung denyut nadi veteran berteras kepada tegas dalam mengangkat isu sejagat, berhemah dalam pendekatan dan berlapang dada serta bertoleransi dalam menangani keputusan dan kekangan.

“Ditegaskan PVATM tidak pernah bertindak atau menaja mana-mana kumpulan veteran yang membuat tuntutan isu-isu veteran melalui tindakan tidak berhemah dan keterlaluan,” katanya.

PVATM merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang tertua di Malaysia ditubuhkan pada 20 Mei 1922 dengan nama Ex Services Association of Malaya oleh bekas tentera British di Malaya selepas peperangan dunia pertama.

Persatuan itu telah menjadi ahli gabungan kepada British Empire Services League pada 22 Mei 1922. PVATM kini mempunyai ahli berdaftar seramai 173,000 di seluruh negara.

Perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Veteran ATM ke-100 Tahun hari ini membabitkan 14 kontinjen mewakili 14 negeri dengan 600 peserta.

MANA TAHU ADIK BERADIK KELUARGA NAJIB. PADAN NAJIB PUN SENYAP.....LAIN KALI CAKAP...CAKAP...CAKAP LAA...

 

Konon bersama ‘isteri baharu’, Najib, Rosmah lapor SKMM

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Tular gambar menunjukkan seolah-olah Najib Razak berada dalam satu majlis persendirian dengan seorang wanita memeluk erat lengan kiri bekas perdana menteri itu, sambil diapit empat individu lain. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang rakan kepada Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penularan gambar bekas perdana menteri itu bersama seorang wanita yang memeluk lengan kirinya.

Individu itu yang merupakan rakan akrab keluarga Najib dan Rosmah membuat laporan di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya, petang semalam.

Kata individu enggan dikenali itu, Najib dan Rosmah digambarkan “sangat terkejut” ketika ditunjukkan gambar berkenaan, yang tular di media sosial, baru-baru ini.

“Saya telah menunjukkan gambar dan kapsyen kepada Najib dan Rosmah di mana kedua-dua mereka sangat terkejut memandangkan ia tidak benar sebelum meminta bantuan saya membuat laporan kepada SKMM bagi tindakan selanjutnya.

“Saya membuat laporan ini bagi pihak Najib dan Rosmah, dan seperti yang mereka minta, mereka memohon satu siasatan diambil sekiranya hasil siasatan membuktikan gambar berkenaan diedit dan kapsyen terbabit tidak benar.


BANTAHAN PENGAMBILAN TANAH

 


Unjuk Rasa :Bantahan Pengambilan Tanah tapak rumah Pok Him di Jalan Kebun Sultan untuk dibuat tempat kumbahan oleh pihak berkuasa kerajaan. Tempat ini merupakan lokasi strategik berhampiran Hotel Crown Garden dan asrama Sekolah Maahad Muhammadi Perempuan.


Paling mengejutkan kerana pengambilannya dibuat secara mencurigakan melalui sebuah syarikat secara tergesa- gesa. Datuk Wan Abdul Rahim dan Datuk Husam Musa memberikan sokongan dengan bantuan khidmat guaman agar kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan buat rakyat marhaen.