MOHD SHAH RIM
Aku menyokong 100% pendirian RR dalam isu Khemah Besar...biar kalah berdiri dari menang tapi terpaksa melutut..
MOHD SHAH RIM
Aku menyokong 100% pendirian RR dalam isu Khemah Besar...biar kalah berdiri dari menang tapi terpaksa melutut..
NORMAN ADZUAN
Di Malaysia jumpa minyak yg kaya raya geng Tok Dir, Pak Jib ngan Pak Jahid keluarga dan kroni2 mereka. Cybertrooper dibayar puluhan ribu utk melahirkan persepsi perkauman. Pengampu2 yg mendapat laba politik turut memainkan sentimen perkauman akhirnya org Melayu percaya.
HANS BERTANDING KETUA CABANG UNTUK LAKUKAN PERUBAHAN
Ahli politik mungkin seseorang yang begitu berminat dengan pentadbiran negara tetapi tidak kurang juga yang terpaksa menyertai politik untuk memperbaiki keadaan persekitarannya.
Hal itu berlaku kepada tokoh seni Datuk Gerald Hans Isaac.
Menurut beliau, tidak ada dalam kamus hidupnya sebelum ini untuk menjadi ahli politik apatah lagi bertanding sebagai Ketua Cabang Ampang.
Namun perkembangan politik semasa yang bobrok menyebabkan beliau terpanggil aktif bagi membela kampungnya, Ampang.
“Saya pergi ke merata Ampang. Setiap kali saya dengar luahan perasaan. Pada mulanya saya tak fikir apa apa pasal politik. Saya bukan ahli politik. Saya orang sini, kampung saya di Ampang. 40 tahun lebih duduk sini.
“Saya sayang Ampang. Ibu bapa ada di Ampang. Sebab itu saya dan pasukan sedia ada cuba mendapatkan mandat dari akar umbi (untuk buat perubahan). Kami nak suara akar umbi,” katanya.
Kata beliau, bukan sedikit kawan kawan yang menegurnya menceburkan diri dalam politik, apatah lagi bertanding. Namun tegas Hans, masalah tak akan selesai dengan hanya melihat dan membiarkan orang berkuasa berbuat ikut kehendak mereka.
“Kawan kawan kata gila ke Hans nak buat ni (berpolitik), tetapi bila kita di kedai kopi bincang, itu tak betul, ini tak betul tetapi hakikatnya mereka hanya bercakap.
“(Bagi saya) inilah masa untuk berkhidmat kepada negara,” katanya dalam Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bersama calon Ayuh Ampang Baru di Dewan Orang Ramai Taman Seri Ampang, petang semalam.
Bagi beliau, ahli politik yang boleh diyakini adalah yang mengotakan kata kata. Menurut Hans, beliau mahukan sokongan untuk lebih membantu penduduk tetapi tidak pernah merayu undi sebagaimana ahli politik lain.
“Yang penting kita ada misi di Ampang, apa kita nak buat. Banyak orang politik berjanji, dapat undi, lepas itu tidak tahu apa jadi.
“Saya, sekali pun tak cakap undilah saya. Saya hanya nak orang yang ikhlas bersama kami,” katanya.
Seorang lagi pemimpin yang bertanding di Ampang dalam pasukan Ayuh Ampang Baru adalah calon Ketua Wanita KEADILAN Cabang Ampang, Raiyan Abd Rahim Ghouse.
Mantan Exco Wanita KEADILAN pusat dan MPP itu merasakan wanita di Ampang mempunyai potensi yang besar dan setia bersama parti biar pun ketua cabangnya telah berkhianat.
“Saya lihat potensi yang amat besar, kesetiaan tidak boleh dibeli. Wanita KEADILAN masih kukuh di Ampang. Itu menunjukkan komitmen kepada perjuangan sebenar.
“Potensi ini perlulah kita kembangkan lagi. Kita mesti tingkatkan skil dan ilmu wanita Ampang, kita mesti memperluaskan peluang untuk wanita Ampang terlibat dalam politik pilihan raya dan kepimpinan.
“Kalau di peringkat wanita pusat kita ada Biro Pembangunan Komuniti, Biro Keusahawanan, Biro Latihan. Banyak kelebihan dan manfaat,” katanya.
Beliau akan berusaha untuk membawa perubahan kepada wanita di Ampang sementelah cabang tersebut dalam negeri Selangor yang telah diperintah KEADILAN dan Pakatan Harapan sejak 3 penggal lalu.
“Saya akan berusaha memastikan cabang Ampang akan mendapat kelebihan dan manfaat itu. Di peringkat wanita pusat kita selalu fikir bagaimana nak push wanita kita lebih berani untuk cari pemimpin yang berani dan proaktif,” katanya lagi.
Berbicara mengenai inflasi, rungutan demi rungutan diluahkan rakyat ekoran peningkatan kos sara hidup terutama barangan keperluan.
Terbaharu, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus sehingga mencetuskan pelbagai polemik berkaitan situasi ekonomi terkini.
Antara perkongsian dari bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga pakar ekonomi, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali bagi mendapatkan jawapan lanjut.
NOOR AZLAN: Pertama kita harus faham bahawa OPR adalah pelaksanaan berkaitaan polisi moneteri BNM. Jadi ia polisi fiskal dan kawalan harga. Apa yang agak hangat sekarang adalah polisi dasar monetari. BNM dan bank di dunia umumnya mengawal polisi kecairan dalam ekonomi.
Prinsipnya begini. Kerendahan OPR menyebabkan inflasi tinggi kerana banyak yang mampu untuk berbelanja.
Tapi dalam masa sama, ada gangguan kepada bekalan. Sebagai contoh sebelum ini pun saya ada berbincang dengan produk Apple yang mengakui ada gangguan pengeluaran disebabkan bekalan komponen kurang.
Apabila bekalan tidak cukup dan permintaan banyak ia akan jadi inflasi dengan harga terus meningkat.
Walau apa pun, secara asasnya jawatankuasa MPC akan buat penilaian ekonomi dalam negara dan daripada situ barulah keputusan seterusnya dibuat. Yang jadi perdebatan adalah pada kadar sangat rendah sebelum ini, adakah wajar ia dinaikkan? Ia untuk mengurangkan peningkatan ketara kadar inflasi atau harga barangan di samping mengukuhkan semula nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Sebenarnya keputusan menaikkan OPR adalah mencabar kerana ia dibuat dalam tempoh pemulihan dan keseimbangan ekonomi mengikut konteks antarabangsa serta tekanan inflasi.
Kita mahu mencari keseimbangan disamping tidak mahu rencatkan pertumbuhan. Perlu diingat, keputusan negara besar mempengaruhi kedudukan Malaysia .
Di AS mereka berhadapan kadar inflasi yang semakin meningkat. AS dan negara besar dunia turut mengetatkan dasar kewangan dengan menaikkan faedah dan kurangkan penawaran wang. Ia antara faktor untuk kawal inflasi di sana.
Ia mengambil masa lama untuk mengawal inflasi kerana biasanya inflasi yang cuba dikawal ini adalah demand pull (permintaan meningkat). Inflasi kita juga disebabkan sebab kadar tukaran dan import lemah.
Dengan kadar tukaran mata wang Ringgit yang lemah pada masa sekarang adakah wajar jika ia ditambat?
Saya lebih cenderung kadar tukaran asing yang bebas bergerak mengikut kuasa pasaran.
Apabila ditambat, nilai mata wang sebagai tanda kepada kedudukan ekonomi akan hilang.Kadar tukaran wang asing adalah harga.
Sebagai contoh RM6,000 per telefon atau erti kata lain sebuah telefon. Begitu juga dengan RM5 per 1 USD.
Saya berpegang kuat pada harga dan ia perlu bergerak mengikut kuasa pasaran yang adil. Begitu juga dengan harga ayam sebagaimana menjadi isu baru-baru ini.
Ya. Saya cenderung untuk tidak buat kawalan harga. Sebenarnya kita perlu faham mengapa harga naik.
Kerana ia bergerak mengikut pasaran yang adil. Lain ceritanya jika ada manipulasi seperti sorok barang.
Untuk jadi negara maju perlu biasakan rakyat kita hidup dengan harga berubah-ubah (bukan sebab manipulasi).
Di Malaysia kita terperangkap dengan minda yang salah, nak murah.
Pada mereka murah itu bagus. Bila berpaksikan pada murah lihat apa yang terjadi? Kita tidak fikir nak tingkatkan produktiviti.
Halia sebagai contoh. Kita masih mahu import walhal kita boleh tanam. Tapi disebabkan hendak murah kita sanggup import dengan mengetepikan pendapatan lebih tinggi untuk petani. Bagaimana kita mahu jadi negara maju dan pendapatan lebih tinggi tapi dalam konteks nak murah dengan mengikut cara lama?
Adakah Malaysia berkemungkinan akan menjadi seperti Sri Lanka jika hutang negara naik berterusan?
Isu kedudukan fiskal dijadikan modal politik. Hubungan hutang kepada peratus Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) kepada kekayaan ekonomi tidak mutlak. Negara kaya hutang mereka tinggi.
Hutang kita cecah lebih 50 peratus daripada KDNK.Malaysia dulu hutang lagi banyak tapi orang kita tidak lihat data.
Tahun 80-an dulu hutang negara lagi tinggi. Masalahnya ada orang tafsir hutang negara macam hutang peribadi.
Negara kita dulu negara miskin sekarang negara kita hendak ke arah negara berpendapatan tinggi. Negara dan orang berbeza. Negara makin lama makin tinggi kapasiti. Jadi, saya rasa tidak tepat mahu merumuskan secara terus hutang itu buruk.
Kalau sanggup lupakan politik dan melihat kepada keperluan mengapa tidak diperkenalkan? Tapi sebenarnya kaedah pelaksanaan GST yang boleh innovasikan. Kalau di AS setiap negeri kadarnya berbeza-beza. Sebenarnya polisi awam di negara kita perlu lebih inovatif.
Sebab apa? Saya ambil contoh gaji minimum. Kalau gaji RM1500 untuk keseluruhan satu negara ia tak betul. Apa jadi kalau meniaga di kedai runcit di Batu Kurau tapi gaji RM1,500? Sepatutnya perlu ikut kawasan. Begitu juga dengan garis paras kemiskinan dan bantuan selain takrifan golongan berpendapatan rendah (B40) itu sendiri.
Di bandar dan pedalaman kos sara hidup tidak sama. Tapi kita pukul rata. Semua yang gaji dikategorikan B40 dapat bantuan walhal individu itu duduk di pedalaman dan boleh dikategorikan orang senang kerana kos sara hidup.
Lalu bantuan diberikan.
Adilkah diberikan bantuan kepada B40 yang duduk di pedalaman ? Jangan ajar rakyat semuanya akan diberi bantuan. Lagi banyak orang dapat bantuan secara terus lagi banyak kita tahu ia adalah salah.
Macam mana hendak cakap negara maju kalau 40 peratus masih terima lagi bantuan? Jadi, saya berpandangan kalau mahu perkenalkan GST ikut negeri atau kawasan.
Yang penting sistem itu ada. Kadar boleh disesuaikan. Pernah saya cadangkan kenapa tidak gunakan GST ikut wilayah. Ia boleh sebarkan pertumbuhan dan tidak hanya tertumpu kepada bandar besar sahaja. Kawasan yang dikategorikan kurang bagus kita rendahkan GST.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan 60 peratus harga barangan naik. Komen Prof?
Kalau betul-betul mahu meredakan kos sara hidup, kita tumpukan kepada tiga perkara sudah cukup. Pertama makanan, kedua rumah dan ketiga pengangkutan. Ia satu kesilapan apabila kita terjemahkan mereka yang berkereta yang akhirnya menjerat kita dengan hutang selama sembilan tahun.
Di luar negara orang tidak beli kereta dan lebih selesa menggunakan kenderaan awam. Tapi di sana kenderaan awam mereka efisen dan setiap saat dikira.
Begitu juga makanan. Kita terlepas dalam bidang pertanian yang sepatutnya kita beri penekanan sebelum ini, tapi sebaliknya kita tumpu pada perindustrian. Untuk sektor perumahan pula, kita tidak boleh lagi jadikan ia sebagai pelaburan sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi .
Kalau di Hong Kong rumah yang tidak terjual akan dikenakan cukai. Denda pemaju yang tidak boleh jual projek perumahan.
Apa pendapat anda?
Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.
Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.
PUTRAJAYA: Tindakan tegas akan diambil terhadap ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan yang tidak diiktiraf kepimpinan.
Presiden PVATM Sharuddin Omar, berkata sejak kebelakangan ini, terdapat segelintir veteran dilaporkan telah menubuhkan kumpulan untuk memperjuangkan isu kebajikan veteran yang mereka fikirkan perlu diselesaikan oleh kerajaan dengan segera, namun cara perjuangan itu berbeza antara satu sama lain.
“PVATM ingin menegaskan tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan veteran yang memperjuangkan isu kebajikan veteran secara jalanan dan tidak berhemah.
“Konsep perjuangan PVATM sangat jelas sejak dahulu hingga kini dalam memperjuangkan apa sahaja isu kebajikan veteran iaitu kami akan sentiasa mengambil pendekatan dan kaedah rundingan secara berhemah untuk secara bersama mencari keputusan ‘menang-menang’,” katanya kepada pemberita selepas majlis perbarisan Sambutan Ulang Tahun Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-100 tahun, di Dataran Pahlawan Negara, di sini hari ini.
Sharuddin berkata demikian ketika diminta mengulas isu perhimpunan aman yang dijadual pada 6 Jun depan, di ibu negara dengan jangkaan kehadiran kira-kira 5,000 veteran ATM bagi menyuarakan rasa tidak puas hati kepada kerajaan kerana didakwa tidak menjaga kebajikan tentera berpencen, tidak berpencen dan diberhentikan.
Selain itu, beliau berkata, lima isu diperjuangkan PVATM dalam menghargai perjuangan dan pengorbanan ahlinya ialah pelarasan pencen veteran ATM, elaun sara hidup kepada veteran tidak berpencen, Lembaga Pengampunan untuk bekas tentera, menambah baik pencen terbitan kepada balu dan elaun kenangan Pingat Jasa Malaysia.
Sharuddin berkata, kepimpinan dan keahlian PVATM matang dan penuh kewarasan dalam menjunjung denyut nadi veteran berteras kepada tegas dalam mengangkat isu sejagat, berhemah dalam pendekatan dan berlapang dada serta bertoleransi dalam menangani keputusan dan kekangan.
“Ditegaskan PVATM tidak pernah bertindak atau menaja mana-mana kumpulan veteran yang membuat tuntutan isu-isu veteran melalui tindakan tidak berhemah dan keterlaluan,” katanya.
PVATM merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang tertua di Malaysia ditubuhkan pada 20 Mei 1922 dengan nama Ex Services Association of Malaya oleh bekas tentera British di Malaya selepas peperangan dunia pertama.
Persatuan itu telah menjadi ahli gabungan kepada British Empire Services League pada 22 Mei 1922. PVATM kini mempunyai ahli berdaftar seramai 173,000 di seluruh negara.
Perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Veteran ATM ke-100 Tahun hari ini membabitkan 14 kontinjen mewakili 14 negeri dengan 600 peserta.
PETALING JAYA: Seorang rakan kepada Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penularan gambar bekas perdana menteri itu bersama seorang wanita yang memeluk lengan kirinya.
Individu itu yang merupakan rakan akrab keluarga Najib dan Rosmah membuat laporan di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya, petang semalam.
Kata individu enggan dikenali itu, Najib dan Rosmah digambarkan “sangat terkejut” ketika ditunjukkan gambar berkenaan, yang tular di media sosial, baru-baru ini.
“Saya telah menunjukkan gambar dan kapsyen kepada Najib dan Rosmah di mana kedua-dua mereka sangat terkejut memandangkan ia tidak benar sebelum meminta bantuan saya membuat laporan kepada SKMM bagi tindakan selanjutnya.
“Saya membuat laporan ini bagi pihak Najib dan Rosmah, dan seperti yang mereka minta, mereka memohon satu siasatan diambil sekiranya hasil siasatan membuktikan gambar berkenaan diedit dan kapsyen terbabit tidak benar.
Unjuk Rasa :Bantahan Pengambilan Tanah tapak rumah Pok Him di Jalan Kebun Sultan untuk dibuat tempat kumbahan oleh pihak berkuasa kerajaan. Tempat ini merupakan lokasi strategik berhampiran Hotel Crown Garden dan asrama Sekolah Maahad Muhammadi Perempuan.
Paling mengejutkan kerana pengambilannya dibuat secara mencurigakan melalui sebuah syarikat secara tergesa- gesa. Datuk Wan Abdul Rahim dan Datuk Husam Musa memberikan sokongan dengan bantuan khidmat guaman agar kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan buat rakyat marhaen.