Pasca PRU14, buat pertama kalinya Parti PAS menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan.

 

LIYANA MARZUKI

Pejam celik, dah nak masuk 3 kali raya dah PAS dan sekutunya memerintah negara.
Dalam tempoh ini, banyak “kejayaan” yang mereka tempa dan banyak juga buah tangan yang diberikan kepada ummah.
Mari kita senaraikan:
i. Dua tahun berturut2, judi naik dari 8 kali ke 21 kali.
ii. Dua tahun berturut2, kos haji makin mahal dan kuota haji kita makin berkurang.
iii. Dua tahun berturut2, jutawan kosmetik buat video tak senonoh dan tiada tindakan.
iv. Dua tahun berturut2, tak nampak pembelaan ke atas kes Adib yang teruk dilaungkan dulu.
v. Dua tahun berturut2, Zhong Dong masih sihat walafiat siap dapat peruntukan Kerajaan.
Banyak lagi sebenarnya buah tangan mereka kepada umat Islam Malaysia.
Tapi saya biar walaun pulak buat kerja, tambah lagi senarai di atas.
Bukan apa, sebab masa zaman PH, mereka2 ni lah kerja overtime nak porak perandakan masyarakat dengan politik kaum dan agama.
Sekarang, bila dah banyak “buah tangan” diberi kepada ummah, mereka senyap pula.
Banyak makan sagon gamaknya…

Dedah deliberasi RUU anti-lompat parti kepada umum, gesa Bersih

 


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih menggesa agar ‘budaya berahsia’ dalam penggubalan undang-undang ditamatkan.

PETALING JAYA: Deliberasi mengenai cadangan undang-undang anti-lompat parti oleh jawatankuasa pilihan khas Parlimen perlu didedahkan kepada umum, kata kumpulan reformasi pilihan raya Bersih.

Sambil menggesa jawatankuasa itu menamatkan “budaya berahsia” dalam penggubalan undang-undang, Bersih mengingatkannya bahawa penglibatan orang ramai adalah perlu kerana undang-undang tersebut memberi kesan kepada mereka.

“Bersih menggesa Jawatankuasa Pilihan Khas Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti untuk melibatkan dan memaklumkan rakyat dengan maksimum agar rang undang-undang (RUU) yang terhasil mencapai kehendak rakyat dan sebarang kompromi yang diperlukan akan mendapat sokongan rakyat,” kata jawatankuasa pemandunya dalam kenyataan.

Kumpulan itu turut menyeru jawatankuasa itu agar tidak mengguna pakai undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi untuk menyekat deliberasi perundangan dan pengetahuan orang ramai tentang perkembangan RUU tersebut.

Walaupun minit mesyuarat dalaman jawatankuasa boleh dirahsiakan, ia sekurang-kurangnya perlu mendedahkan kepada umum keputusan penting mesyuarat dan perkembangan RUU, katanya.

“Perbahasan Parlimen pada 11 April menunjukkan satu punca ketidaksetujuan dengan RUU Anti-Lompat (parti) adalah berkenaan sama ada ahli Parlimen yang dipecat oleh parti akan turut terpecat daripada Dewan (Rakyat).

“Rakyat perlu dimaklumkan berkenaan persoalan mustahak ini dan cadangan penyelesaiannya bagi memastikan RUU anti-lompat tidak akan tergendala, tidak berkesan atau merosakkan demokrasi berparlimen,” katanya.

Bersih mengingatkan jawatankuasa berkenaan bahawa RUU tersebut “tidak boleh didraf secara tertutup dan terburu-buru” menerusi Parlimen.

Cadangan pindaan Perlembagaan itu dibentangkan di Dewan Rakyat pada 11 April tetapi kemudiannya diputuskan ia dirujuk kepada jawatankuasa pilihan khas Parlimen untuk penelitian lanjut.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata, RUU itu akan dibentangkan dan diluluskan di Parlimen sebelum akhir Mei.


Isu buruh paksa di Malaysia sejak 2006, mengapa salahkan pentadbiran kerajaan PH?






Sindiran Menteri Sumber Manusia M Saravanan kononnya isu buruh paksa di Malaysia gagal diselesaikan akibat pengurusan tidak cekap kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir negara sejak beberapa hari lalu dianggap sebagai mengarut.



Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, hakikatnya isu buruh paksa telah ditimbulkan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) sejak 2006. Kerajaan AS memasukkan sektor tekstil (garment), sektor elektrik dan elektronik (E&E) Malaysia sebagai sektor yang menghasilkan barangan menggunakan buruh paksa



Katanya, Malaysia diletakkan dalam senarai YVPRA (Trafficking Victims Protection Reauthorization Act) yang dikeluarkan secara tahunan.



"(Hal itu berlaku) zaman BN, bukan PH. Kemudian mulai 2009 sektor sawit Malaysia pula dimasukkan dalam senarai YVPRA dan masih dikekalkan dalam senarai tersebut hingga ke hari ini



"Pada 2014 sektor sawit bukan sahaja disenaraikan sebagai sektor yang menggunakan buruh paksa tetapi juga buruh kanak-kanak di ladang ladang. Ini juga di zaman BN, bukan zaman PH," katanya menjawab menteri dari BN itu.


Dokumen kerajaan mengesahkan isu buruh paksa berlarutan sejak sedekad lalu



Hassan yang juga Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kebebasan Asasi Dan Hak-hak di Bawah Perlembagaan, Parlimen Keempat Belas berkata, sumber berkenaan tercatat dalam rekod Kementerian Perusahaan, Perdagangan dan Komoditi sebagaimana yang dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa itu pada 24 November tahun lalu.



Oleh itu, katanya, amat tidak masuk akal apabila Saravanan berkata semua yang berlaku adalah kelemahan kerajaan PH.



"M Saravanan sebagai Menteri Sumber Manusia cuai dan reckless jika kata dia tak tahu. Nampaknya dia bekerja secara silo seorang diri. Sedangkan isu buruh paksa ini melibatkan kabinet dan lain lain Kementerian seperti MITI dan KDN.



"Manakala Kementerian Sumber Manusia adalah Kementerian terpenting dalam isu ini sebab buruh adalah di bawah bidang kuasa Kementerian itu," kata Hassan lagi.



Baru baru ini, mantan menteri sumber manusia era PH M Kulasegaran berkata tindakan Saravanan yang meminta Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia untuk memaklumkan sebarang siasatan berhubung buruh paksa di negara ini dianggap sebagai "melucukan."



Kulasegaran berkata, permintaan itu satu cubaan yang lemah untuk menutup ketidakmampuannya dalam mengekang isu buruh paksa di Malaysia.



"Saravanan mesti tidak tahu cara siasatan berfungsi. Jika, siasatan didedahkan sebelum tindakan diambil, apakah kebaikan penyiasatan itu?



“Mungkin dia fikir masyarakat antarabangsa boleh 'dibeli' dan terpengaruh,” kata Kulasegaran.



Namun Saravanan membalas dalam Twitter berkata, kerjaan BN perlu mengambil sedikit masa untuk membersihkan ‘sampah’ yang ditinggalkan PH dalam tempoh 22 bulan memerintah.

 


 

‘Pengasingan kuasa’ bermakna hakim Nazlan boleh disiasat, kata Zaid

 


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Zaid Ibrahim menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
 (SPRM) segera mendedahkan dapatan siasatan terhadap Hakim
 Mahkamah Rayuan Nazlan Mohd Ghazali.

PETALING JAYA: Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim berkata prinsip “pengasingan kuasa” tidak menghalang pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap hakim.

Beliau berkata, pelbagai pihak – daripada ahli Parlimen dan badan bukan kerajaan (NGO) – mengkritik Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki, yang dilaporkan sudah membuka kertas siasatan terhadap dakwaan RM1 juta “tidak dapat dijelaskan” milik Hakim Mahkamah Rayuan Nazlan Mohd Ghazali, dalam akaun banknya.

“Sekiranya itu yang rakyat faham berkenaan ‘pengasingan kuasa’, jadi ahli Parlimen tidak boleh disiasat (jika timbul dakwaan) tuduhan rasuah atau kesalahan lain

“Badan kehakiman mempunyai mekanisme dalaman sendiri untuk menyiasat hakim hanya bagi perkara tertentu sahaja, seperti salah laku.

“Ini tidak bermakna polis atau SPRM tidak boleh menyiasat dakwaan terhadap hakim,” kata Zaid.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Lim Guan Eng, membidas SPRM yang tidak segera menyiasat Azam berhubung dakwaan pemilikan saham dan waran bernilai jutaan ringgit, seperti dilakukan terhadap Nazlan, manakala Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bimbang berlaku tekanan politik dan campur tangan, sekali gus melanggar prinsip pengasingan kuasa.

Presiden Badan Peguam Malaysia Karen Cheah, juga senada dalam kritikannya kepada SPRM, sambil menyatakan lunas Perlembagaan perlu diikuti.

Nazlan, sebelum ini merupakan hakim Mahkamah Tinggi, mensabitkan dan menjatuhi bekas perdana menteri Najib Razak bersalah terhadap tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International, pada 28 Julai 2020.

Blogger dalam buruan, Raja Petra Kamarudin, yang mendedahkan siasatan minggu lalu, juga mendakwa kaitan wang berkenaan membabitkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho (Jho Low), yang dikatakan menjadi dalang skandal 1MDB.

Nazlan membuat laporan polis berhubung dakwaan terhadapnya, dengan menyatakan dakwaan itu “palsu, tidak berasas dan berniat jahat” dan bertujuan menjatuhkan kredibilitinya sebagai hakim.

Dalam pada itu, Zaid turut merujuk kepada tindakan Nazlan membuat laporan polis terhadap Raja Petra.

“Sekiranya, beliau tidak yakin terhadap badan penyiasat, mengapa beliau membuat laporan (awal-awal lagi) dan menjadi subjek kepada siasatan? Beliau berkemungkinan besar tidak melakukan apa-apa kesalahan,” katanya mempertahankan hakim itu.

Zaid adalah pengasas firma guaman, Zaid Ibrahim & Co dan Nazlan pernah menjadi bosnya.

Sementara itu, Zaid berkata, Azam sepatutnya mendedahkan dapatan siasatan SPRM secepat mungkin.

“Buat kerja anda dan tidak perlu bimbang dengan kritikan,” katanya.


JIKA 307 ALASAN TELAH GAGAL DI MAHKAMAH RAYUAN, APAKAH 94 ALASAN DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN MAMPU MEMBEBASKAN NAJIB?


Bekas Perdana Menteri, Najib Razak mengemukakan 94 alasan dalam petisyen rayuannya di Mahkamah Persekutuan berhubung mengapa beliau harus dibebaskan daripada tuduhan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Rayuan di Mahkamah Persekutuan ini adalah proses terakhir Najib sama ada beliau akhirnya akan dibebaskan atau menerima hukuman sebagaimana yang telah dijatuhkan sebelum ini.

Hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi dan kemudian disahkan oleh Mahkamah Rayuan ialah penjara selama 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta.

Hukuman itu bagaimanapun dibenarkan ditangguhkan sehingga rayuan selesai.

Antara alasan yang dibangkitkan dalam petisyen itu ialah Mahkamah Rayuan telah tersilap dalam fakta dan/atau undang-undang dalam mengesahkan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap perayu (Najib) atas kesemua tujuh pertuduhan dan memanggilnya untuk membela diri.

Alasan lain yang disebut ialah bahawa kedua-dua Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Mahkamah Rayuan telah menggunakan logik dan rasional sendiri yang bercanggah dengan bukti yang dikemukakan berhubung dakwaan tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram.

Dalam petisyen rayuan yang difailkan melalui Tetuan Shafee & Co, semalam, Najib, 68, mendakwa beliau terkilan dengan kesilapan serius dalam fakta dan undang-undang yang diputuskan oleh kedua-dua mahkamah dalam alasan penghakiman yang dikemukakan.

Sebelum ini, dalam proses rayuan di Mahkamah Rayuan, pasukan peguam Najib telah mengemukakan 307 alasan mengapa bekas Perdana Menteri itu harus dibebaskan daripada hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi.

Peguam Harvinderjit Singh, yang mewakili Najib, mengesahkan petisyen rayuan merangkumi 307 alasan itu difailkan pada 19 Oktober tahun lalu.

Antara alasan petisyen rayuan tersebut, Najib mendakwa beliau gagal mendapatkan perbicaraan yang adil dan saksama kerana kekhilafan hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan tindakan pihak pendakwaan yang menafikan haknya di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Begitu pun, Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Najib yang disabit dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta itu.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan tersebut diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama-sama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Panel hakim Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi adalah betul apabila mendapati bahawa tiga pertuduhan pecah amanah terhadap Najib telah dibuktikan tanpa keraguan munasabah.

Panel hakim juga bersetuju dengan keputusan hakim perbicaraan bahawa Najib selaku Perdana Menteri ketika itu mempunyai kepentingan peribadi dalam Kabinet apabila meluluskan jaminan kerajaan sebanyak RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) kepada SRC.

Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Karim Abdul Jalil memutuskan bahawa Najib mempunyai kuasa penuh ke atas SRC International serta pengetahuan mengenai kemasukan RM42 juta ke akaunnya di antara tahun 2014 dan 2015.

Beliau turut memutuskan bahawa RM42 juta aliran wang keluar dari SRC dan ke beberapa syarikat dilakukan bagi menyukarkan pengesanan dan mengelak dikesan pihak berkuasa.

Mahkamah juga bersetuju dengan hakim perbicaraan bahawa terdapat penyelewengan jelas sebanyak RM42 juta oleh Najib untuk kegunaannya sendiri.

Abdul Karim berkata dakwaan pembelaan kewujudan derma dari Arab yang masuk ke akaun Najib adalah tidak boleh dipertahankan.

Beliau menambah, tidak ada sebab untuk wang itu terlebih dahulu dideposit ke akaun SRC yang merupakan entiti milik penuh Kementerian Kewangan jika ia sememangnya derma dari Arab.

Kes rayuan Najib ini adalah kes yang paling ditunggu-tunggu, bukan saja di negara kita, tetapi juga di seluruh dunia.

Di beberapa negara, Amerika Syarikat, Singapura dan UAE misalnya, sudah ramai yang dihukum bersalah berhubung skandal 1MDB dan SRC International adalah anak syarikat 1MDB pada asalnya sebelum dipindahkan ke Kementerian Kewangan.

Di Mahkamah Rayuan sebelum ini 307 alasan dikemukakan oleh pasukan peguambela Najib dan ia gagal membebaskan beliau, apakah pula nasib beliau melalui 94 alasan yang dibentangkan di Mahkamah Persekutuan ini?

Sama-samalah kita tunggu pengakhirannya. – ShahbudinHusin 26/04/2022.



Gempa bumi lemah landa Kundasang

 

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Gempa bumi dikesan pada jarak 14km barat laut Ranau, menurut
 MetMalaysia.

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah dengan magnitud 3.7 pada skala Richter melanda Kundasang, Sabah pada 9.28 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu dikesan pada jarak 14km barat laut Ranau.

Gegaran akibat gempa yang berlaku pada kedalaman 10km itu turut dirasai di Ranau, katanya.