Menurutnya, jika Khalid dapat menjawab
persoalan itu dengan jawapan yang boleh diterima, munasabah, dan bukti
yang lengkap sebelum 13 Ogos ini, pastinya tuduhan yang dikenakan
terhadapnya akan ditarik semula.

SHAH
ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendesak supaya Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim menjawab hanya satu sahaja daripada
persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh Lembaga Disiplin PKR.
Menurutnya, jika Khalid dapat menjawab persoalan itu dengan
penjelasan yang boleh diterima, munasabah dan disertakan dengan bukti
yang lengkap sebelum 13 Ogos ini, pastinya tuduhan yang dikenakan
terhadapnya akan ditarik semula.
“Jika Khalid dapat memberi jawapan berkenaan hutangnya dengan Bank
Islam, isu Tropicana dan juga Ecoworld dengan baik, pastinya Majlis
Syura turut menyokongnya,” ujar beliau sewaktu sidang media di Pusat
Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam.
Ianya termasuk adakah benar bahawa baki hutang Khalid dengan Bank
Islam yang bernilai hampir RM70 juta pada tahun 2006 dilupuskan setelah
sebahagian yang lain dibayar melalui penjualan saham yang dicagarkan
oleh beliau kepada Bank Islam?
“Selain itu, adakah benar Khalid tidak membayar dan enggan bayar hutang tersebut sehingga dibawa ke Mahkamah?
“Juga, adakah Khalid pernah berhujah bahawa beliau tidak perlu untuk
membayar hutangnya kerana Bank Islam telah melanggar perjanjian yang
menurutnya tidak Islamic,” soal Khalid Samad.
Bahkan, Khalid Samad turut mempersoalkan adakah benar terdapat
‘penyelesaian luar mahkamah’ yang dicapai antara Khalid dan Bank Islam,
pada Februari 2014, itu pun selepas Khalid hampir-hampir kalah?
Bukan itu sahaja, Khalid Samad turut berharap Menteri Besar Selangor
itu mendedahkan butiran penyelesaian luar mahkamah yang telah dicapai
dan rahsia untuk melenyapkan hutang RM66.67 juta.
“Saya juga berminat untuk mengetahui bagaimana Tan Sri menghilangkan hutang hampir RM70 juta itu,” ujarnya.
Dalam pada masa itu, Khalid juga diminta untuk menjawab bahawa adakah
benar penyelesaian luar mahkamah ini telah dirunding dengan bantuan
dari Tan Sri Rashid Manaf dan juga adakah ianya benar bahawa Khalid
Ibrahim berkata Bank Islam telah tarik balik saman atas sebab Khalid
Ibrahim akan saman Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan beliau yakin
akan menang saman bernilai RM300 juta itu.
“Kini, tempoh tiga bulan telah pun luput dan saman Khalid Ibrahim
terhadap PNB masih tidak kelihatan jadi bagaimana Khalid boleh yakin
bahawa beliau akan menang?,” ujarnya.
Kata Khalid Samad lagi, tidak sampai sebulan selepas kes itu ditarik
semula oleh Bank Islam melalui ‘penyelesaian luar mahkamah’, Tropicana
Corporation Berhad telah menjual 308.72 ekar tanahnya kepada Ecoworld
Berhad yang mana Tan Sri Rashid mempunyai kepentingan dan saham dalam
Ecoworld Berhad.
“Adakah 308.72 ekar tanah ini adalah sebahagian dari 1,172 ekar tanah
yang telah dijual oleh PNSB kepada Tropicana dengan harga RM1.3 billion
tetapi melalui satu perjanjian yang amat menguntungkan Tropicana?
“Harap Khalid jelaskan keseluruhan latar belakang penjualan dan
pembelian ini supaya semua pihak memahami sebab-sebab Tropicana
diberikan layanan Istimewa sedemikian rupa dan kenapa jualan Tropicana
ke Ecoworld itu tidak dihalang oleh kerajaan negeri.
“Ini kerana, sambil Tropicana mendapat tempoh bayaran yang begitu
baik, mereka telah mendapat wang segera melalui penjualan kepada
Ecoworld,” ujarnya bagi menerangkan urusan jual beli yang diragui itu.
Juga, selepas sebulan Bank Islam menarik semula kes beliau,maka
Khalid telah menandatangani MOU dengan Ecoworld yang menganugerahkan
projek pembinaan 2,400 unit rumah pangsa mampu milik yang dianggarkan
bernilai RM591juta.
“Adakah pada asalnya projek berkenaan telah ditawarkan melalui tender
terbuka dan adakah Ecoworld merupakan syarikat yang telah disenarai
pendek?
“Harap beliau dapat jelaskan, dan sekiranya ia dapat dijelaskan
dengan munasabah dan baik pastinya pimpinan Pakatan Rakyat akan
bersetuju untuk mengekalkan beliau sebagai Menteri Besar,” ujarnya.
CATATAN : KENAPA BELIAU NAK PEGANG JAWATAN SETELAH PARTI MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KENAPA BELIAU BERKERAS TIDAK MAHU BERJUMPA DENGANPIMPINAN?
BANYAK MAKNA TU......