JENIS BACA TAK PAHAM...ATAU JENIS BACA TAJUK...

 


Man Toba


Baca komen kat Mstar penuh komen maki hamun PMX. Padahal PM yang dimaksudkan tu adalah Produktion Manager anat!! Baca jangan baca tajuk aje terus nak tala tak tentu pasal!!







Klikbait tu hanya nak tarik pemaki hamun macam korang masuk melalak je derma pahala kat pmx!


Lenkali baca isi bagi faham dulu deh!




PH BERSATU BAKAL BERGABUNG ?.LAWAN UMNO KEMBALI ?

 


AM DAILY


Spekulasi mengenai kemungkinan Bersatu kembali bekerjasama dengan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim kini semakin kuat berlegar dalam arena politik tanah air. 



Desas-desus itu mula mencetuskan pelbagai reaksi apabila timbul dakwaan wujud pertemuan sulit membabitkan beberapa pemimpin utama yang dikatakan menjurus ke arah penyatuan semula Bersatu dengan Pakatan Harapan (PH). 


Jika benar berlaku, langkah tersebut bakal menjadi antara kejutan politik terbesar menjelang PRU16 dan mampu mengubah keseluruhan landskap politik negara.


Menurut sumber dalaman yang diperoleh, beberapa siri perbincangan dipercayai sedang berlangsung secara tertutup bagi membuka ruang hubungan baharu antara kem Anwar dan sebahagian pemimpin Bersatu. 


Walaupun tiada pengesahan rasmi dibuat setakat ini, perkembangan tersebut mula menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ahli akar umbi dan pemerhati politik.


Ramai melihat situasi itu sebagai petanda bahawa ada pihak mula menyedari perpecahan dalam blok pembangkang mungkin hanya memberi kelebihan kepada lawan politik mereka sendiri.


Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke pernah memberi amaran kepada PH supaya berhati-hati dalam sebarang usaha menjalin semula kerjasama dengan Bersatu dan PAS. 


Kenyataan itu dilihat sebagai gambaran bahawa masih wujud rasa curiga dalam kalangan pimpinan PH terhadap sejarah politik lampau melibatkan kedua-dua parti tersebut. 


Namun dalam politik, tiada musuh atau kawan yang kekal, dan percaturan kuasa menjelang pilihan raya sering memaksa musuh lama kembali duduk semeja demi kelangsungan politik masing-masing.


Apa yang lebih menarik, beberapa suara daripada pihak tertentu mula membocorkan maklumat dan bayangan mengenai gerakan penyatuan itu, sekali gus menguatkan lagi spekulasi yang sedang hangat diperkatakan. 


Ada yang percaya langkah tersebut boleh menjadi strategi besar untuk menstabilkan kerajaan dan mengekang kebangkitan lawan, manakala ada juga melihatnya sebagai pengkhianatan terhadap prinsip perjuangan asal. 


Jika benar Bersatu akhirnya kembali mendekati PH, ia bukan sahaja bakal mengejutkan penyokong di peringkat akar umbi, malah berpotensi mencetuskan gempa politik baharu dalam negara.


EDITORIAL





Bolehkah Islam ditegakkan di atas fitnah?MCMC JANGAN DIAM



Jamzuri Ardani







Tersebar poster kononnya seorang Exco bukan Islam dari DAP hadir mesyuarat berkenaan pengurusan agama Islam di Negeri Sembilan sebagai PEMANTAU. 


Naratifnya mahu membina persepsi bahawa urusan agama Islam DIPANTAU oleh DAP. 


Cerita sebegini memang mudah trigger emosi. Apatah lagi sebelum ini masyarakat Melayu memang sering disajikan dengan cerita-cerita palsu dan fitnah serupa bagi mengukuhkan persepsi politik berasaskan benci dan prasangka. 


Tidak hairanlah  poster ini mudah viral dan disebarkan. Komen netizen pun bukan main. Ayat-ayat maki, hamun, cerca, carut, dan takfir pun dikumandangkan seolah-olah tidak wujud soal dosa pahala, tidak penting adab susila, tidak kisah lagi benar atau dusta. 


Nafsu amarah, benci, dan taksub melulu menjadi nakhoda mengemudi jiwa ... akal dibungkus dan dibuang entah ke mana. 


Padahal majlis itu adalah majlis taklimat yang dihadiri oleh Tuan Yamtuan Besar, dan baginda sendiri menitahkan supaya semua exco termasuk yang bukan Islam hadir ke majlis tersebut. 


It was an innocent event and innocent attendance. In fact it was a commendable attitude for both sides, the invitee and attendees. 


Tapi isu diputar sedemikian rupa hanya untuk membakar emosi marah dan benci. Kononnya ini mencabar sensitivi penganut agama Islam. 


Janganlah jadi dungu atas nama agama. Ia hanya melakar wajah buruk ke atas agama. Padahal Islam itu indah dan mulia. Kamu yang cuba menjadikannya buruk dan hina. 


Anehnya ... ini bukan fitnah dan bohong kali pertama. Sudah acapkali perlakuan serupa tetapi ramai tetap dungu dan alpa. 


Fitnah larangan azan. Fitnah sepupu komunis. Fitnah mahu tegak negara Kristian. Fitnah larangan takbir di sekolah. Fitnah hapuskan Islam sebagai agama persekutuan, fitnah hapuskan persijilan halal ... panjang senarai kalau nak tulis semua fitnah dan bohong. 


Memfitnah dan berbohong kononnya untuk mempertahan agama adalah perbuatan tonggang agama yang keji. Ianya memalukan dan memualkan. 


Cukup-cukuplah. Pandang ke cermin dan malulah pada diri sendiri.





Tajuk khutbah Raya ; Korban ibadah yang ditunggang!!!



Ridzwan Abu Bakar


Di Malaysia, ibadah yang paling teruk ditunggang adalah 'korban', ia adalah tuntutan aini (terhadap individu), tetapi lama dulu menjadi amalan para politikus untuk turut 'berkorban' menggunakan dana awam.
Maka, diumumkan PM beri 70 ekor atau 260 ekor dan sebagainya.
Ya! Betul ada 'helah' fiqh untuk mengabsahkan kerja buat tu, tapi jenuh tergeliat lidah la juga 'Tok Mufti' untuk berikan 'irsyad hukum'.
Sudah²lah tunggang amal ibadah untuk naikkan rating politik, kalau ikhlas sekalipun, syarat kedua 'ittiba' tu tak berlaku.
Dalam hal ni, PMX, Saifuddin Nasution, Amir Selangor, NuC dan Ayah Kaq sama saja ..... Dalam hal lain, depa berbeza banyak !!!!
Bagi subsidi 'lembu korban' pun helah saja !!!
Korban untuk orang yang mampu
Kerajaan kena ramaikan orang yang mampu.... Baru betoi .
Tak tambah iman aihhh, kalau guna dana awam untuk korban.
Tak kurang iman aihh, kalau tak guna dana awam untuk korban.





Mark MK
π™†π™Šπ™π˜½π˜Όπ™‰ π™‹π™€π™ˆπ™„π™ˆπ™‹π™„π™‰
.
Korban dengan binatang korban daripada pemimpin boleh dilaksanakan oleh rakyat melalui beberapa kaedah:
.
1) Binatang diserahkan untuk dikorbankan bagi pihak pemimpin
.
Binatang korban diserahkan oleh pemimpin kepada pihak tertentu untuk disembelih dan diagihkan bagi pihaknya. Dalam keadaan ini, pihak yang menerima binatang tersebut bertindak sebagai wakil untuk melaksanakan sembelihan dan pengagihan daging mengikut mandat yang ditetapkan oleh pemimpin.
.
2) Binatang dihadiahkan/disedekahkan kepada rakyat untuk mereka berkorban
.
Jika binatang itu dihadiahkan atau disedekahkan kepada sebahagian rakyat agar mereka melaksanakan ibadah korban, maka penerima-penerima hibah/sedekah hendaklah ditentukan secara jelas. Dalam situasi ini, korban tersebut menjadi milik penerima hibah/sedekah, manakala pemimpin hanya memperoleh pahala hibah atau sedekah, bukan pahala korban.
.
3) Korban dengan peruntukan khas negara/negeri
.
Mazhab Syafi‘i membolehkan pemimpin melakukan korban untuk rakyatnya (kaum muslimin) menggunakan perbendaharaan negara (baitulmal).
.
“Korban yang dilakukan oleh pemerintah bagi pihak kaum muslimin menggunakan harta baitulmal, iaitu ketika baitulmal berada dalam keadaan mampu dan luas (mempunyai kecukupan harta), maka ia adalah harus sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Mawardi.”
(Mughni al-Muhtaj, 4/368).
.
Dalam keadaan ini, pihak pelaksana bertindak sebagai wakil pemimpin. Jabir RA menceritakan: Nabi SAW pernah mewakilkan Saidina ‘Ali RA untuk menyembelih binatang-binatang korban baginda (Soheh Muslim: 1218).
.
4) Binatang korban daripada syarikat
.
Binatang korban daripada syarikat dianggap sebagai korban pemilik syarikat, lalu pelaksanaannya tertakluk kepada dua kaedah di atas berdasarkan mandat yang ditentukan oleh pemilik syarikat. Namun, jika pemilik syarikat terdiri daripada ramai individu, hendaklah dipastikan setiap seorang memiliki sekurang-kurangnya 1/7 bahagian korban.
.
Rujukan:
1) Islamweb Fatwa 130548
2) Islamweb Fatwa 139487
3) Mughni al-Muhtaj, 4/368.
4) Fiqh Ibadah Korban — Ahmad Adnan Fadzil.
.
Ahmad Adnan Fadzil, AQIS.





Ucapan PM Anwar Ibrahim di Majlis Penyerahan Lembu Korban kepada Masyarakat di DUN Penanti


 

PN AKAN HILANG LEBIH SEPARUH KERUSI


 

GEMPAK! RM7.5 JUTA KES RASUAH PEMIMPIN PAS!KERUSI BERSATU MAHU DIRAMPAS PAS!