PERTEMBUNGAN DALAMAN PAS SEMAKIN TAJAM







Presiden PAS vs Mursyidul Am PAS



🟥 ISU UTAMA


Gugur 3 ADUN PAS Perlis



🗣️ KENYATAAN PRESIDEN PAS


“Bukan arahan peribadi Presiden, gugur 3 ADUN PAS Perlis adalah ketetapan Muktamar”

— Syahir Sulaiman



🗣️ KENYATAAN MURSYIDUL AM PAS


“Keputusan ‘singkir’ 3 ADUN PAS Perlis belum muktamad”

— Hashim Jasin


📌 Kuasa akhir di tangan Majlis Syura Ulama



⚠️ PERCANGGAHAN JELAS


• Presiden: Muktamar buat keputusan

• Mursyidul Am: Majlis Syura penentu akhir

• Hakikat: Keputusan belum muktamad



❓ SOALAN BESAR


SIAPA LEBIH BERKUASA DALAM PAS?


🔴 Muktamar

(Suara Perwakilan)


ATAU


🔴 Majlis Syura Ulama

(Kuasa Tertinggi)



🟡 REALITI POLITIK PAS


• Krisis dalaman makin terbuka

• Kuasa bertindih

• Kepimpinan bercanggah





HATI HATI DALAM BERAGAMA.

Ahmad Mursi


 Hati-hatilah dalam beragama.. jangan sampai Ghuluw.. kerana itu juga penyakit berbahaya yang kita kena sentiasa berdoa agar Allah lindungi kita dan keluarga dari berjangkit..





CERAMAH PANDAI..ITU INI..JADI KERAJAAN APA PUN TAK BUAT....PAS PUPUS CALON PM. NAK UNDI BUAT APA KALAU CALON PM PUN TAK ADA.




 PAS PUPUS CALON PERDANA MENTERI






1. Mursyidul Am kata ada 3-4 lori 


2. Setiausaha Agong Pas kata - Hadi Awang tidak dicalonkan Pengerusi PN.


Nampakkan Qunut Nazilah makan diri




RASUAH KONSESI MENARA KL . JOM JIHAD EKONOMI.


Syam Ghaz


 RASUAH KONSESI MENARA KL 


Pengarah2 Syarikat yang menawarkan RM500,000 setahun selama 15 tahun (total RM7.5 juta) untuk dapat konsesi Menara Kuala Lumpur akan didakwa 7 Mei 2026 








Ia membabitkan pemberian konsesi Menara Kuala Lumpur waktu Annuar Musa jadi Menteri Komunikasi PN 33 bulan hari tu. - Keputusan Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur


Babi itu Haram, Rasuah juga Haram.







ANNUAR MUSA PECAHKAN TELOR PAS? Takziah


Laporan berita terperinci: Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini menetapkan 17 hari bermula pada 7 Mei untuk perbicaraan kes seorang pengarah syarikat yang berdepan dengan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun, bagi faedah Tan Sri Annuar Musa berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.


Rujukan; https://m.malaysiakini.com/news/766569?fbclid=IwRlRTSAPkDn1leHRuA2FlbQIxMQBzcnRjBmFwcF9pZA8xNzM4NDc2NDI2NzAzNzAAAR6f9Bqnyx5ePRKu7HdzAnao4WRd1AcPTz7K_RYMrZuBAKfv8FKqZfFfDxwdAg_aem_FZyU8u4ygelv_GKFa-p9KQ





ADA MP KEPALA BATAS TENGOK ORANG SUSAH..DIA CERITA LAM PODCAST...MINTA KE WALAUN BOLEH JA TOLONG. DULU PI SEDEKAH PADA CINA DAP, TAK KISAH PUN.


 


ANGKARA DIN AYAM.


 

APA PRESIDEN TAK DILANTIK ?


 

LEKEH

 


Pas menamakan calon bukan Presiden sebagai calon Pengerusi Perikatan Nasional. - Datuk Seri Takiyuddin Hassan 


#malaysiagazette #pengerusiPN




KERUSI BUKAN PERKARA YANG BOLEH DIMINTA-MINTA



26 January 2026


Perkara paling penting dalam politik ialah kerusi dan kerusi juga menjadi sebab paling banyak berlakunya perebutan serta perbalahan.


Baik perebutan sesama dalam parti atau antara parti, yang kerap direbutkan ialah kerusi.


Bahkan tujuan diadakan PRU juga adalah untuk berebut kerusi.


Oleh kerana sifat kerusi dalam politik ialah ia mesti direbut, maka janganlah cuba meminta-minta atau mengharapkan ada orang sanggup memberinya secara percuma.


Lebih-lebih lagi jika kerusi itu sudah sedia diduduki, menjadi punca bergaduh saja kalau ada pihak cuba memintanya.


Kadang-kadang dengan orang politik, minta duit lebih senang daripada minta kerusi.


Sebabnya ialah melalui kerusi akan menyusul peluang untuk dapat jawatan dan menimba kekayaan.


Kalau tanpa kerusi, duduk tepi perigi sajalah layaknya.


Lantaran itu, dalam konteks Amanah yang meminta diberi kerusi yang adil (kononnya) dalam PRN Melaka dan Johor yang bakal menjelang tidak lama lagi, ini adalah kerja paling buang masa dan memalukan diri sendiri saja.


Jangan meminta-minta kerana BN yang sudah sedia menang dua pertiga di kedua-dua negeri itu tidak mungkin sedia melepaskan walau satu kerusi.


Hakikatnya, kerusi yang sudah dimenang BN tidak patut diserahkan kepada pihak lain.


Macam juga Amanah, ia juga pastinya tidak sedia menyerahkan mana-mana kerusi dimenanginya kepada parti lain.


Janganlah Amanah cuba meminta-minta kerusi itu dengan menggunakan alasan kerajaan perpaduan, kononnya oleh sebab BN dan PH sama-sama dalam kerajaan perpaduan, maka kerusi juga patut dikongsi.


Ingatlah bahawa kerajaan di dua negeri berkenaan dibentuk sebelum terbentuknya lagi kerajaan perpaduan di pusat.


Tak laku alasan kerajaan perpaduan untuk minta kerusi.


Lagi pun, seperti mana kata Zahid Hamidi dalam PAU baru-baru ini, kerusi mereka yang 30 itulah yang menjadikan 82 kerusi dapat jadi Perdana Menteri.


Mudah kata, UMNO/BN tidak terhutang apa-apa budi kepada PH, lalu jangan harap untuk mereka menyerahkan mana-mana kerusi kepada mana-mana komponen PH.


Sebaiknya, PH khususnya Amanah, hentikanlah kerja meminta-minta kerusi mulai sekarang ini.


Apa yang Amanah sepatutnya buat sejak dulu lagi ialah mengukuhkan parti, menambah ahli dan menjadikan parti itu benar-benar dekat di hati rakyat supaya pengundi lebih suka dan sayang kepada mereka.


Bila tiba masa pilihan raya, tunjukkan kekuatan dan kemampuan untuk menang.


Ini tidak, belum apa-apa sudah nak meminta.


Ahli dah bertambah ke dan parti makin kuat ke?


Dalam konteks Melaka dan Johor, tiada pilihan lain yang wajar bagi PH, terutamanya Amanah, melainkan sekali lagi harus bertanding atas kekuatan sendiri seperti mana PRN sebelum ini.


Lawanlah di mana-mana kerusi yang dikehendaki dan buktikan PH mampu menang lebih banyak kerusi berbanding BN.


Kalau tak mampu nak lawan, duduk saja diam-diam, tetapi amatlah memalukan jika meminta-minta.


Kerusi tidak pernah kenal kawan, ia hanya kenal erti berlawan. – ShahbudinHusin 26Januari2026.


https://shahbudindotcom.net/2026/01/kerusi-bukan-perkara-yang-boleh-diminta-minta/



Isu kewarganegaraan Malaysia dijamin Perlembagaan Persekutuan.



Syam Ghaz







Titah DYMM Sultan Pahang dijadikan panduan dan diambil sebagai prinsip dasar KDN, termasuk keperluan menapis, mengawal dan melindungi kepentingan negara dan masa depan rakyat Malaysia.


Pindaan kewarganegaraan bukan dibuat tergesa-gesa. Sejak awal, isu ini dibawa oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kepada Majlis Raja-Raja (MRR) beberapa kali untuk diperhalusi kerana menyentuh kedaulatan negara, keselamatan, dan kemurnian pemberian kewarganegaraan.


Dengan perkenan Majlis Raja Raja itu, KDN membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat pada 17 Oktober 2024.


Keputusan undian:


 • 212 Ahli Parlimen sokong

 • Muar tolak

 • Selebihnya tidak hadir


Pindaan itu kini bergerak ke fasa pelaksanaan selepas Dewan Negara, pewartaan dan perkenan Diraja. Ia dijangka berkuat kuasa sekitar Jun/Julai 2026.


Ia tidak lain dan tidak bukan, ia bagi memperketatkan, memperbaiki dan menambahbaik semua ruang yang longgar supaya tidak ada ruang untuk manipulasi, salahguna kuasa dan penyelewengan.


Jalan terus Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Dalam Negeri. REFORM




NAK KENA KAPIR KAH ?

 


Hadi adalah seorang ulama.


Begitu juga Hashim Jasin.


Kalau bantah Hadi dikira melawan ulama, kalau ikut fatwa walaun la. Boleh dikira musuh Islam dan jatuh kafir. 


Habis tu kalau bantah Hashim Jasin tak dikira lawan ulama jugak ke? Atau walaun nak kata Mursyidul Am dorang tu bukan ulama?


Walaun pening ke tu?


Ini yang kita cakap selama ni. Betul Hadi tu memang ulama tapi dia ahli politik. Yang kita bantah tu ijtihad politik dia, bukan soal agama.


Dalam perkara berkaitan politik, contohnya isu 3 Adun Perlis tu, tak terkait Islam dan aqidah pun. Itu cuma politik semata-mata. Kalau rasa tak setuju, bantah je la. Bukan dosa pun.


Malah dalam soal berkaitan agama pun, boleh je nak bantah. Tapi kena cara dan kenalah ada dalil. Sebab ulama 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗯𝗶.


Yang haram dibantah cuma Nabi saw sebab Baginda dapat arahan terus dari Allah. Bantah Baginda bererti bantah Allah swt.


Kalau kata ulama tu haram dibantah, dah jadi macam 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗯𝗶𝗸𝗮𝗻 ulama pulak. Itu salah tu. Ulama bukan maksum. Ulama pun boleh silap.


Hari ni, atas kehendak Allah, berbalah dua 𝙨𝙤-𝙘𝙖𝙡𝙡𝙚𝙙 ulama PAS. Hari ni walaun terperangkap dalam game mereka sendiri - fatwa 𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 𝘂𝗹𝗮𝗺𝗮, 𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺.


Kalau ikut aqidah PAS, lawan Hadi jadi musuh Islam, lawan Hashim Jasin pun jadi musuh Islam. Jadi 𝗻𝗼𝗸 𝘄𝗮𝗸 𝗴𝘂𝗮𝗻𝗲 𝗹𝗲𝗿 𝗻𝗶𝗻𝗴?


Mungkin ini sebenarnya satu cara Allah swt menegur. Allah nak beri kefahaman kepada walaun yang selalu berfatwa ikut nafsu sendiri.


Semoga kita semua beroleh hidayah dan kefahaman dari kejadian ini. 𝗚𝘂𝗮𝗻𝗲 𝗯𝗼𝗵?


 

Raja Gelap II


.



PAS KENA BULI dengan BERSATU.!

Amran Jan











Muhyiddin kata 'Pengerusi Parti yang cergas saja yang LAYAK jadi PENGERUSI PN'.

Hadi jadi jem.......Dia sendiri tak sihat.!


Bila BERSATU jumpa Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin terus pertikai Hadi pecat keahlian 3 ADUN PAS, sebab tak rujuk Majlis Syura.


Fadhli Shaari punya statement terbaru suruh MB Perlis jaga parti sendiri, kena gelak aje dengan geng BERSATU.


PAS dah la kena buli.....tak boleh keluar dari PN pulak tu.!(bertanding solo tak ada peluang jadi kerajaan pusat).


PAS dah jadi lemah dan tak mampu nak buat apa2.... memang senang la kena buli dan memang patut dipimpin.!


Tambah parah...Pengerusi GERAKAN pun tak mahu PAS pimpin PN.


🤣🤣




BILA TUAN TAK ADA..DIA BANYAK MERAPU


Norman Daud


 Intellectual arrogance — Isham Jalil memang mempunyai kebolehan dan kecerdikan, tetapi malangnya ia sering disertai sikap meremehkan usaha, kaedah dan pandangan orang lain, seolah-olah hanya pendekatan beliau sahaja yang sah atau “cukup pintar”.


Hari ini, beliau berhujah dengan membina gambaran palsu kononnya kerajaan mahu “menguji” kanak-kanak berusia lima tahun, lalu melabel mereka sebagai bodoh, slow atau bermasalah. Itu bukan sahaja tidak tepat, malah bercanggah dengan kenyataan rasmi dasar pendidikan yang diumumkan.


Faktanya jelas. Di bawah Pelan Pendidikan Kebangsaan 2026–2035, kerajaan menetapkan penyelarasan umur kemasukan prasekolah kepada lima tahun dan Tahun Satu kepada enam tahun bermula 2027. Pelaksanaan ini tidak bersifat paksaan, dan laluan sedia ada kekal dibuka kepada ibu bapa yang merasakan anak mereka belum bersedia. Untuk kemasukan awal ke Tahun Satu pada umur enam tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan keperluan saringan diagnostik kesiapsiagaan, bukan peperiksaan akademik.


Ujian diagnostik ini bukan ujian membaca, menulis atau mengira seperti yang sering dibayangkan. Ia bertujuan menilai tahap kesiapsiagaan kanak-kanak untuk pembelajaran formal, merangkumi kematangan emosi, keupayaan berinteraksi sosial, koordinasi motor halus dan kasar, kefahaman arahan mudah, keupayaan fokus jangka pendek serta perkembangan bahasa lisan. Pendekatan ini selari dengan amalan sedia ada di prasekolah dan tadika KPM, cuma kini ia diselaraskan secara nasional, bukannya dibuat secara terpisah.


Penilaian ini dilaksanakan oleh guru prasekolah terlatih, menggunakan instrumen standard KPM, melalui pemerhatian berperingkat, aktiviti bermain dan komunikasi lisan. Tiada kertas soalan, tiada meja peperiksaan, dan tiada konsep “lulus” atau “gagal”. Hasil penilaian hanyalah cadangan laluan pembelajaran yang paling sesuai , sama ada kanak-kanak tersebut bersedia memasuki Tahun Satu lebih awal, atau wajar meneruskan prasekolah setahun lagi supaya tidak tercicir dan tertekan pada peringkat seterusnya.


Ironinya, hujah bahawa “kanak-kanak lima atau enam tahun belum pandai membaca dan menulis” sebenarnya menguatkan rasional dasar ini, bukan menafikannya. Tepat kerana tidak semua kanak-kanak bersedia pada usia yang sama, maka saringan kesiapsiagaan diperlukan supaya mereka tidak dipaksa masuk ke sistem formal terlalu awal dan akhirnya dilabel “lemah” apabila gagal menyesuaikan diri.


Apa yang berlaku hari ini ialah ramai kanak-kanak memasuki Tahun Satu tanpa sebarang saringan kesiapsiagaan, gagal menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran formal, lalu merekalah yang dipersalahkan. Itu jauh lebih kejam berbanding menilai kesiapsiagaan mereka lebih awal.


Dakwaan bahawa ibu bapa akan diberitahu anak mereka “slow” juga tidak berasas. Dalam bahasa rasmi pendidikan, istilah yang digunakan ialah kesiapsiagaan pembelajaran, bukan kecacatan atau kelemahan. Pendekatan saringan awal ini telah lama diamalkan di negara-negara maju. Malaysia hanya kini menyelaraskannya di peringkat nasional, tetapi terus dituduh melakukan eksperimen ke atas kanak-kanak.

 Dan dasar pendidikan ini bukan ujikaji, tetapi pembetulan struktur yang sepatutnya dilakukan sejak lama.


Jika ada yang benar-benar memerlukan “ujian diagnostik”, ia ialah budaya politik kita sendiri.. budaya mengkritik sebelum memahami, menghukum sebelum membaca, dan menolak dasar hanya kerana ia datang daripada kerajaan hari ini.


Kritik itu perlu.


Tetapi biarlah kritikan yang berpijak pada fakta dan memahami apa yang sedang dikritik. arrogance — Isham Jalil memang mempunyai kebolehan dan kecerdikan, tetapi malangnya ia sering disertai sikap meremehkan usaha, kaedah dan pandangan orang lain, seolah-olah hanya pendekatan beliau sahaja yang sah atau “cukup pintar”.





Hari ini, beliau berhujah dengan membina gambaran palsu kononnya kerajaan mahu “menguji” kanak-kanak berusia lima tahun, lalu melabel mereka sebagai bodoh, slow atau bermasalah. Itu bukan sahaja tidak tepat, malah bercanggah dengan kenyataan rasmi dasar pendidikan yang diumumkan.


Faktanya jelas. Di bawah Pelan Pendidikan Kebangsaan 2026–2035, kerajaan menetapkan penyelarasan umur kemasukan prasekolah kepada lima tahun dan Tahun Satu kepada enam tahun bermula 2027. Pelaksanaan ini tidak bersifat paksaan, dan laluan sedia ada kekal dibuka kepada ibu bapa yang merasakan anak mereka belum bersedia. Untuk kemasukan awal ke Tahun Satu pada umur enam tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan keperluan saringan diagnostik kesiapsiagaan, bukan peperiksaan akademik.


Ujian diagnostik ini bukan ujian membaca, menulis atau mengira seperti yang sering dibayangkan. Ia bertujuan menilai tahap kesiapsiagaan kanak-kanak untuk pembelajaran formal, merangkumi kematangan emosi, keupayaan berinteraksi sosial, koordinasi motor halus dan kasar, kefahaman arahan mudah, keupayaan fokus jangka pendek serta perkembangan bahasa lisan. Pendekatan ini selari dengan amalan sedia ada di prasekolah dan tadika KPM, cuma kini ia diselaraskan secara nasional, bukannya dibuat secara terpisah.


Penilaian ini dilaksanakan oleh guru prasekolah terlatih, menggunakan instrumen standard KPM, melalui pemerhatian berperingkat, aktiviti bermain dan komunikasi lisan. Tiada kertas soalan, tiada meja peperiksaan, dan tiada konsep “lulus” atau “gagal”. Hasil penilaian hanyalah cadangan laluan pembelajaran yang paling sesuai , sama ada kanak-kanak tersebut bersedia memasuki Tahun Satu lebih awal, atau wajar meneruskan prasekolah setahun lagi supaya tidak tercicir dan tertekan pada peringkat seterusnya.


Ironinya, hujah bahawa “kanak-kanak lima atau enam tahun belum pandai membaca dan menulis” sebenarnya menguatkan rasional dasar ini, bukan menafikannya. Tepat kerana tidak semua kanak-kanak bersedia pada usia yang sama, maka saringan kesiapsiagaan diperlukan supaya mereka tidak dipaksa masuk ke sistem formal terlalu awal dan akhirnya dilabel “lemah” apabila gagal menyesuaikan diri.


Apa yang berlaku hari ini ialah ramai kanak-kanak memasuki Tahun Satu tanpa sebarang saringan kesiapsiagaan, gagal menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran formal, lalu merekalah yang dipersalahkan. Itu jauh lebih kejam berbanding menilai kesiapsiagaan mereka lebih awal.


Dakwaan bahawa ibu bapa akan diberitahu anak mereka “slow” juga tidak berasas. Dalam bahasa rasmi pendidikan, istilah yang digunakan ialah kesiapsiagaan pembelajaran, bukan kecacatan atau kelemahan. Pendekatan saringan awal ini telah lama diamalkan di negara-negara maju. Malaysia hanya kini menyelaraskannya di peringkat nasional, tetapi terus dituduh melakukan eksperimen ke atas kanak-kanak.

 Dan dasar pendidikan ini bukan ujikaji, tetapi pembetulan struktur yang sepatutnya dilakukan sejak lama.


Jika ada yang benar-benar memerlukan “ujian diagnostik”, ia ialah budaya politik kita sendiri.. budaya mengkritik sebelum memahami, menghukum sebelum membaca, dan menolak dasar hanya kerana ia datang daripada kerajaan hari ini.


Kritik itu perlu.


Tetapi biarlah kritikan yang berpijak pada fakta dan memahami apa yang sedang dikritik.