Ulang balik kes lama


NORSHIDAH MOHD DAUD

Dulu dok maki hamun PH konon punca kemasukan Covid ke Msia

Lepas Yiddin perintah, terpaksa diadakan PKP...

Rakyat patuh dengan arahan & norma baru 

Alhamdulillah kes makin berkurang hingga menghampiri sifar


X lama pastu, anjing-anjing ni semua buat peraturan yang longgar & ada beberapa ekor anjing yang x patuh pada SOP

Lepas berakhirnya PRK Sabah, kes naik mendadak d Semenanjung 

Mana puak-puak yang dok maki hamun PH dulu? 

Meninggal berjemaah? 


Sekarang terpaksa buat semula PKP hampir 1 Malaysia

Yang langgar peraturan tu anjing, kucing terpaksa jadi mangsa 

Yang aku sakit ati, suara-suara pemaki hamun PH dulu dah x kedengaran sekarang ni

Kalau dulu masa mula-mula Yidin memerintah kemahen ada tukang karang post kononnya Yidin pilihan tuhan utk Msia bla bla bla bla bla

Ramai la yang bodo-bodo p share sebab sakit ati ngan PH

Ni x lama lagi JASA muncul kembali, wujud la balik post-post bodo tu kot

Aku harap yang dah meninggal sekarang x idop balik semula nanti p share post-post si bodo tu


UMNO KALAH PRU JIKA SOKONG BELANJAWAN 2021?


Shahbudin Husin

Cadangan asal berkenaan pengeluaran wang sehingga RM10 ribu daripada Akaun 1 KWSP yang dikemukakan UMNO adalah melibatkan 4.7 juta pencarum, tetapi melalui pembentangan oleh Tengku Zafrul tadi, selain jumlah yang dibenarkan hanya RM500 sebulan atau RM6000 setahun, ia juga hanya setakat memberi manfaat kepada 600 ribu pencarum iaitu mereka yang kehilangan pekerjaan saja.

Permohonan lanjutan moratorium tiga hingga enam bulan yang turut diusulkan UMNO dan PH juga diketepikan dalam Belanjawan 2021 ini.

Maknanya, jika UMNO sokong Belanjawan 2021 ini, mereka lebih mungkin ditolak pengundi dalam PRU akan datang kerana seolah-olah bersetuju dengan dasar PN yang tidak pro kepada keperluan sebenar rakyat.



ISU DI MALAYSIA NI BERTAHAN 15 HARI SAHAJA

HAMDAN TAHA

Bagi saya satu tindakan paling bijak Muhyuddin dan Hamzah juga Azmin Ali ialah menghidupkan Jasa dan Memperbesarkanya lagi....kena hentam dan kena kutuk tentang petuntukan 80 juta tu paling lama pun 15 hari setengah....lepas tu hilang la isu tu...ini kan ke Malaysia...isu bukan tahan lama...

Yang bodoh PH masa memerintah pi hapus Jasa dan BTN...ikut sangat DAP punya hujah. Sudahnya bila dua ejensi ni di matikan....dengan PH pun mati...sebab orang atau jentera yang nak pertahan PH tu dah mati...jadi geng PH tak payah serang bab 80 juta tu tak berbaloi..

Bayangkan lepas ni BERSATU ada 3 ribu peluang kerja di sediakan dalam JASA. Berebut orang nak isi jawatan tu....dan dengan 3 ribu orang ini ada Lesen to Kill yang sah untuk buat propaganda terhadap musuh BERSATU...maka BERSATU akan lebih kuat dengan mengunakan wang rakyat....Azmin Ali dan Hamzah akan lebih kuat kerana orang orang mereka yang akan isi jawatan itu....walaupun Jasa akan di jaga oleh menteri tugas tugas khas.....menteri tugas tugas khas ni kot bertanding lagi Pru pun belum tahu boleh menang tu...

Bila parti BERSATU banyak peluang pekerjaan dan ada kuasa maka ramai lah orang akan masuk keahlian dalam bersatu....ketua ketua bahagian pun ada lah kekuatan dan boleh lah gagah sikit...Umno akan ada juga peluang isi jawatan jawatan tu tapi dapat lah 20 persen itu pun geng geng Hisham pula akan tentukan....presiden tak laku juga....PAS tak apa dia dapat 2 persen pun cukup dah....dia orang tak perlu banyak....sebab parti mereka mudah....tak keluar duit tapi masuk duit.....jadi senang....pemimpin PAS dia ceramah pun dapat duit....dia bukan keluar duit....walaupun Nik Amar tu gaji naik...kereta mec...kaya...tapi kot jemput dia datang Perak...PAS kawasan kena sediakan semua kelengkapan termasuk duit minyak....ustaz ustaz dalam PAS ni mudah perjuangan mereka.....tak perlu takut dengan kesusahan....

Jadi 80 juta tu akan menyebabkan Bersatu akan menjadi lebih kuat....rakyat akan di berikan penjelasan oleh 3 ribu jentera Jasa di seluruh negara....tahniah ini satu perkara yang bijak di lakukan oleh TSMY dari segi politiknya tindakan beliau adalah betul dan bijak....


MELOPONG JUGA PH SEBAB TAK HARGAI BLOGGER DAN FACEBOOKERS PERCUMA.



LAGI LAMA ISU MELAYU NI ORANG DAH TAK PEDULI


Hamdan Taha

 Asalamulaikum....sekadar nak kongsi pengalaman dan kefahaman yang benar berlaku tampa emosi melampau...


1. Selama puluhan tahun umno dan bn kuat kerana ada sokongan dari bukan melayu terutama orang cina dan india. Ketika umno di sokong oleh cina dan india Bn dapat 2/3 sepanjang mereka menang pru....


2. Selama puluhan tahun umno di lihat parti yang ada sifat mahu berkongsi kuasa dengan semua bangsa di malaysia termasuk sabah dan serawak. Maka BN menjadi kuat dan sentiasa menang PRU...


3. Pas dari kali awal pru di malaysia mereka telah ujud sehingga sekarang. Kehebatan pas bermula dari menjadi kerajaan kelantan di zaman asri muda. Kemudian kalah dengan BN lepas tu tahun 90 bersama S 46 ambil semula kelantan. Tahun 99 Pas mula bertapak di beberapa tempat termasuk terengganu....kemudian Pas jadi semangkin kuat apabila bukan melayu mula menyokong Pas tahun 2008 dan 2014 sehingga selangor mereka menang. Johor juga mereka dapat beberapa Dun...Perak mereka ada...kedah...penang....dan wilayah persekutuan di parlimen titiwangsa....tapi apabila Pas mula tidak di sokong semula oleh bukan melayu mereka hanya dapat terengganu dan kelantan sahaja....cuma sekarang ini mereka dapat Kerajaan Persekutuan dan kedah kerana gabungan dengan umno dan bersatu....tapi ini tidak boleh kita kata Pas kuat kerana pru 14 adanya pertandingan tiga penjuru...dan dengan berbekalkan 18kerusi maka mereka berkongsi kuasa.....


4. Umno dan Bersatu belum di uji lagi bertanding dalam pru dengan mengunakan serangan anti bukan melayu....ianya jika tak ada perubahan umno buat pertama kali begitu juga Bersatu di lihat anti bukan melayu....dan mereka jadi parti betul betul hanya nak undi melayu sahaja...Bersatu pru 14 menang kerana undi bukan melayu di kawasan johor...melaka dan perak...juga selangor...tapi pru 15 Bersatu dan umno juga Pas nampaknya akan bertanding dengan kaedah tampa memerlukan undi bukan melayu....itu sebab PN di lihat sepertinya parti enti cina dan pro melayu yang amat sangat....(slogan sahaja sebenarnya perbuatan tidak pun,sebabnya bila anugerah datuk cina juga yang dapat banyak,bila bagi projek pun cina juga dapat,tapi dalam ceramah sakan melayu melayu....perbuatan tidak pun)..


5. Jika umno kekal tidak mahu lagi memulakan pendekatan baru untuk berjabat tangan dengan parti yang ada sokongan cina saya dan sahabat saya menjangkan UMNO tu tetap ujud tapi dah Jadi sama macam Pas di zaman tidak jadi kerajaan...pas ujud tapi kekal pembangkang....begitu juga umno mereka kekal ujud tapi hanya kekal sebagai penumpang sampai lah akhirnya mereka pupus...umno terpaksa jadi penumpang kepada bersatu dan pas sebabnya sokongan umno setakat kawasan melayu sahaja....dan dia lebih teruk kerana negeri yang barangkali ada hanya pahang dan perlis sahaja....lain negeri tak lepas....


6. Jika umno nak kembali kuat mereka wajib ambil kira pendekatan baru gerak kerja baru dan gabungan parti baru yang ada kekuatan bukan melayu....baru lah umno akan bergerak ke arah pemulihan. Maaf cakap lah isu melayu...raja raja melayu...tanah melayu paling lama isu ini bole lagi di gunakan sehingga pru ke 16 sahaja....pru ke 17....isu bangsa melayu...raja melayu....tanah melayu saya rasa yakin dan percaya dah tak laku....contoh tanah melayu sekarang pun tinggal 12 peratus sahaja lagi....menjelang pru ke 17 barang kali tinggal 5 peratus sahaja lagi.....nak laku macam lana isu tanah melayu....generasi akan datang sudah tidak ambil peduli isu itu semua kerana masa itu keistimewaan melayu itu sudah benar benar tak ujud dan tak ada....macam mana orang masa itu nak berjuang atas nama melayu....tak ada dah masa itu....jadi bagi saya umno penting berubah strateji yang tepat menjelang pru ke 15....



Sejak PAS JADI KERAJAAN..


Rina Hamzah

Peruntukan untuk jabatan propaganda JASA, 4 kali ganda lebih tinggi daripada bantuan one-off untuk Guru Agama ??!

Peruntukan untuk Sekolah Tahfiz dan Agama pun banyak dipotong ??!

Islam makin terpinggir !!

#BajetKarut

#MuhyiddinOut


SR




Rakyat Kelantan Gembira Exco, Adun Naik Gaji. Lepas ni tukar kereta Lamb...

Anwar Ibrahim: Kenyataan Saya Terkait Pembentangan Rang Undang-Undang Pe...

Permohonan Anwar Mendapat Sokongan Daripada Blok Kerajaan & Pembangkang,...

PKPB di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan, Pahang

 

Ridauddin Daud
PKPB di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan, Pahang
Ismail Sabri Yaakob berkata, tempoh penguatkuasaan adalah selama empat minggu, bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tempoh penguatkuasaan adalah selama empat minggu, bermula 9 November sehingga 6 Disember ini.
“KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) telah melaksanakan penilain risiko dan mendapati terdapat peningkatan bilangan kes COVID-19 dan kadar kebolehjangkitan di negeri-negeri tersebut.
“Pelaksanaan PKPNB ini bagi membolehkan KKM menjalankan saringan secara bersasar dan mengekang penularan COVID-19 dalam komuniti.
“PKPB dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia kecuali tiga negeri iaitu Perlis, Pahang dan Kelantan. Negeri-negeri lain semuanya dikenakan PKPB,” katanya dalam sidang media harian pada Sabtu.
Tambah beliau, prosedur operasi standard untuk PKPB itu sama juga seperti yang dilaksanakan sebelum ini.
Dalam pada itu, Ismail Sabri menegaskan, pelaksanaan PKPB di negeri-negeri di Semenanjung juga akan meliputi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah yang sepatutnya berakhir 9 November 2020.
“Bagi negeri Kelantan, Pahang dan Perlis, yang kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pergerakan rentas negeri juga adalah tidak dibenarkan.
“Walaubagaimanapun, pergerakan rentas daerah di dalam ketiga-tiga negeri ini dibenarkan seperti biasa. Bagi negeri Sarawak, pergerakan rentas negeri dari Semenanjung, Sabah dan Labuan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran daripada PDRM.
“Pergerakan rentas daerah dalam negeri Sarawak dibenarkan kecuali ke daerah Kuching,” ujar beliau lagi.


COVID-19: Lima perkara penting dalam sidang media Dr Noor Hisham hari ini

 

Madiha Abdullah
COVID-19: Lima perkara penting dalam sidang media Dr Noor Hisham hari ini
Berikut adalah lima tumpuan utama daripada sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan 1,168 kes jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam.
Berikut adalah lima tumpuan utama daripada sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.
1. 1,168 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 sebanyak 39,357.
2. Tiga kes kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 282 kes.
3. Kementerian Kesihatan Malaysia juga mengesan empat lagi kluster baharu COVID-19.
4. Kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 11,666 kes.
5. Sebanyak 1,029 kes sembuh dicatatkan, menjadikan kes sembuh keseluruhan sebanyak 27,409 atau 69.6 peratus.

RAKYAT KENA BERKORBAN, YB PAS KELANTAN GUANE?

 

ISU- BELANJAWAN NEGARA

RAKYAT PERLU PIMPINAN BAHARU BERDEPAN NORMAL BAHARU

NORMAL BAHARU MESTI DENGAN GAJI BAHARU?

VIDEO TIDAK DAPAT DI UPLOAD Tempoh Kerajaan PN Sehingga 15 Disember...Biar Betul?

Tempoh Kerajaan PN Sehingga 15 Disember...Biar Betul?

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/RL4x0NIs3tE" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>


https://youtu.be/RL4x0NIs3tE

NAK TAMATKAN KELESUAN PH? INI ADA TIPS BAGAIMANA CARANYA.

 

1. PH perlu kuasai media..MEDSOS

2. Ahkbar parti perlu wujud PKR masih kosong

3. Tinggalkan atok saka

4. Perlu diberi kepercayaan pada Anwar Ibrahim.

5. MP kaki bodek letak tepi

6. Hargai MEDSOS

7. Perlu menyerang kerana pastinya akan diserang bila JASA WUJUD.




Kelesuan PH perlu ditamatkan segera

JASA- BARISAN HADAPAN UNTUK KUKUHKAN GANG KARTEL DALAM PN?

 

Satu isu yang turut menjadi bualan hangat tentang Belanjawan 2021 ialah berkenaan peruntukan besar yang disediakan untuk Jabatan Hal Ehwal Khas atau Jasa.

Jasa adalah unit propaganda kerajaan yang diwujudkan sejak era BN, tetapi telah dimansuhkan pada 2018 sewaktu PH mentadbir negara.

Dalam belanjawan yang dibentangkan Tengku Zafrul Abdul Aziz semalam, Jasa diperuntukkan sebanyak RM85.5 juta, satu jumlah paling besar pernah diperolehinya.

Terdapat dua peruntukan untuk unit di bawah belanjawan Kementerian Komunikasi dan Multimedia – pertama, sebanyak RM4 juta di bawah belanjawan komunikasi strategi dan kedua, sebanyak RM81.5 juta di bawah dasar baru.

Jumlah kedua-duanya iaitu RM85.5 juta adalah peningkatan sebanyak 185 peratus berbanding RM30 juta yang diperuntukkan kepada jabatan itu oleh kerajaan BN pada Belanjawan 2018 lalu.

Sejarah peruntukan untuk Jasa sebelum ini adalah seperti berikut:-

⁃ 2011 – RM21,759,400

⁃ 2012 – RM21,392,000

⁃ 2013 – RM23,127,100

⁃ 2014 – RM24,572,800

⁃ 2015 – RM21,718,100

⁃ 2016 – RM22,801,000

⁃ 2017 – RM22,886,500

⁃ 2018 – RM30, 000, 000

⁃ 2019 – Tiada (dimansuh)

⁃ 2020 – Tiada (dimansuh)

⁃ 2021 – RM85.5 juta

Persoalannya, untuk kerja apa sampai Jasa perlu diberikan wang sebanyak itu dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin ini?

Sebagai makluman, oleh kerana Jasa terletak di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, bermakna ia adalah dalam kawalan menterinya, Saifuddin Abdullah, bekas pemimpin PKR yang kini menyertai Bersatu.

Beliau diketahui sebagai salah seorang Geng Kartel atau penyokong kuat kepada Azmin Ali.

Dengan itu, apakah kewujudan semula Jasa dengan peruntukan besar itu bertujuan untuk mengaktifkan kumpulan propaganda atau barisan hadapan pro Azmin yang bukan saja berperanan untuk menyerang PH, khusus menghadapi PRU15 akan datang, tetapi juga bagi melemahkan UMNO agar Bersatu sentiasa dilihat dominan dalam kerajaan PN?

Mungkinkah juga Jasa bakal diketuai oleh bekas pemimpin PKR yang kini ada bersama dalam Bersatu?

Ketika era BN, memang Jasa diketuai oleh pemimpin UMNO dengan yang terakhir mengetuai jabatan itu ialah Dr Puad Zarkashi, Ahli MT UMNO.

Maka, soalan lain untuk PH dan UMNO, sediakah mereka menyokong Belanjawan 2021 ketika pengundian nanti? 

(Shahbudindotcom 07/11/2020)



BELANJAWAN 2021, RAKYAT KECEWA DAN SEMAKIN SUSAH - NGO


BOB KELANANG


Image may contain: 1 person, standing, text that says "TOPSHOP"




Beberapa kesatuan sekerja dan aktivis NGO meluahkan rasa kecewa dan menyifatkan Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz gagal memenuhi keperluan terdesak masyarakat golongan B40.

“Sangat mengecewakan dan bajet ‘takut-takut’ (timid) dan kebanyakan polisi dikitar semula,” kata Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak MTUC Andrew Lo.

“Selain daripada bayaran fasa ketiga Bantuan Prihatin Nasional (BPN), di mana isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 dan keluarga dengan lebih dua orang anak akan terima RM1,800, yang lainnya semua diabaikan,” kata Lo.

“Pengurangan cukai sebanyak satu peratus hanya berbaloi dalam RM300 selepas mengambil kira pelbagai rebat dan pengurangan caruman KWSP hingga sembilan peratus dan membenarkan pengeluaran akan mengorbankan simpanan persaraan pekerja dan mengundang masalah masa depan,” tambahnya.

Kegusaran wanita tak diambil serius

NGO Empower Malaysia Dorathy Benjamin pula berpendapat belanjawan kali ini gagal memberikan perlindungan yang cukup buat pekerja, khususnya pekerja wanita.

“Secara asas, wanita telah mengalami peningkatan beban untuk menjaga anak, orang tua dan ahli keluarga lain ketika perintah kawalan pergerakan dikuat kuasa. Ini bermaksud peningkatan tenaga kerja asuhan kerana sekolah dan pusat jagaan harian ditutup. Krisis ini tidak diambil serius,” katanya.

Tengku Zafrul telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM95 juta pembiayaan mikro kredit khas bagi memperkasa usahawan wanita.

Program bimbingan terutama dalam aspek pembungkusan dan pelabelan, strategi pemasaran serta bimbingan teknikal perniagaan juga akan diberikan kepada lebih 2,000 usahawan wanita melalui Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (Bizme).

Selain itu, Persatuan Sahabat Wanita Selangor, Irene Xavier turut menggesa kerajaan untuk melihat dalam aspek meningkatkan gaji minimum.

“Perkara utama adalah majoriti wanita yang bekerja di skala gaji terendah - gaji minimum. Jika kerajaan benar ingin membantu wanita, mereka sudah gagal.

“Tiada penyelesaian panjang untuk isu ini. Pelan mikro kredit sangat kecil dan tidak tangani masalah secara luas,” kata Irene.

Jelas Irene, dia juga berharap terdapat peruntukan untuk ibu tunggal.

Tiada peruntukan buat industri terkesan

Presiden Sekretariat Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) Ismail Nasaruddin pula ‘berang’ terhadap pengumuman Belanjawan memperuntukkan RM50 juta yang disediakan buat latihan semula dan penempatan pekerjaan 8,000 pekerja syarikat penerbangan.

“Ini tidak seberapa (peanuts), Industri tengah lemah dan perlukan bantuan kecemasan supaya perniagaan masih dapat dikekalkan,” kata Ismail merujuk keadaan pekerja AirAsia dan Malindo Airways yang dibuang kerja bulan lalu.

Latihan itu, katanya, hanya untuk pulihkan gejala dan bukan satu penawar untuk industri.

“Kita perlukan bantuan khusus untuk industri terkesan dalam pelancongan, khususnya syarikat penerbangan dan hotel.

“Latihan ini tidak bantu dalam situasi genting seperti ini dan hanya akan memberi pendapatan lebih kepada institut latihan, bukan penggangur,” tambahnya.

Turut senada dengan Ismail adalah Pengerusi Gabungan Pembaharuan Undang-Undang Baru, Gopal Kishan.

“Saya tidak lihat penyelesaian pantas terhadap pekerja dan golongan B40. Mereka antara paling rentan sejak Covid-19 dan sedang terseksa sekarang,” katanya.

Bantuan Orang Asli tak jelas

Aktivis Orang Asli Bah Tony pula berkata kesan peruntukan terhadap masyarakat itu tidak jelas kerana bantuan dilihat hanya disalurkan kepada Jabatan Kebajikan Orang Asli (Jakoa).

“Saya rasa kita perlu fokus kepada entiti yang berikan peluang pekerjaan supaya mereka dapat bantu golongan Orang Asli.

“Entiti itu harus merangkumi usaha profesional seperti firma undang-undang yang saya faham telah terkena wabak tersebut,” katanya.

Bah Tony turut mempersoalkan rancangan kerajaan terhadap Orang Asli yang ingin memberi 500 peluang pekerjaan sebagai pemandu pelancong pada ketika itu.

Tak cukup untuk OKU

Aktivis orang kurang upaya (OKU) Anthony Thanasayan turut menyifatkan bantuan yang disalurkan kerajaan buat golongannya tidak cukup.

Dia berkata demikian selepas kerajaan membuat keputusan untuk meningkatkan dana sebanyak RM50 buat golongan OKU (RM450) dan bantuan kepada pihak terbabit yang kerja sebanyak RM300.

“Kita gembira kerajaan berikan bantuan tetapi hakikatnya tak cukup untuk bantuan makanan dan perubatan,” katanya lagi.

 


MASA ZAMAN PH DULU, BUKAN SAHAJA AKHBAR PUN MELINGKUP, NAKBUKA AKHBAR BARU PUN TAK MAMPU , ATAU ONLINE PAPER PUN MACAMERBA?


Masa PH dulu MP PH sibuk juga nak buat projek. Sampai orang yang sama juga boleh projek dan habuan. Tak kan ramai tak perasan???...Tinggallah cybertrooper yang tak berbayar inilah yang sukarela...ya sukarela..tu pun tak berasa nak ucap terima kasih atau penghargaan walau secawan kopi.

Bila PN tebuk atap bagi berjuta peruntukan , hangpa hinggaq nak mampoih..pong pang pong pang..bagi kat hangpa pun hangpa tak boleh buat.....sembang saja lebih...


Belanjawan 2021 'cincai', hanya untungkan pihak tertentu - AMK Sabah

 


Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dianggap 'cincai' dan hanya menguntungkan pihak tertentu, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN Sabah, Razeef Rakimin.

Beliau menganggap Belanjawan 2021 tidak benar-benar membantu meringankan beban rakyat dan wajar ditolak oleh pihak pembangkang.

“Kita perlukan satu belanjawan yang efisyen bagi membantu rakyat serta memulihkan ekonomi.

“Jika blok pembangkang mampu memberikan belanjawan yang lebih baik kenapa kita perlu menyokong belanjawan kerajaan yang dilihat lebih menguntungkan pihak tertentu, bukan rakyat secara keseluruhannya.

“Ini bukan masa untuk bermain politik tapi masa untuk kita berikan yang terbaik kepada rakyat dan negara untuk jangka masa panjang, bukan hanya kelebihan untuk suku pertama 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Razeef juga mempersoalkan mengapa lebih RM81 juta diperuntukkan untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang hanya mempunyai 52 orang kakitangan.

"Jumlah itu tidak setimpal jika dibandingkan dengan peruntukan elaun khas secara one-off untuk petugas barisan hadapan sebanyak RM500 kepada 100,000 petugas kesihatan.

"Berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara sehingga melumpuhkan ekonomi rakyat, negara memerlukan belanjawan jangka panjang dan bukannya pemberian one-off kepada rakyat.

"Maka sekali lagi saya menyeru ahli-ahli parlimen menolak belanjawan cincai yang dibentangkan kerajaan PN," katanya.

 


JANGAN HANYA PANDAI KUTUK PN DENGAN JASA...PH SENDIRI LEMAH DALAM MEDSOS...

 

MAN TOBA


Waktu PH perintah.. takde departmant ini..tutup terus. Sebab tu perihal kerajaan masa PH tadbir dulu rakyat banyak tak tau. Fitnah-fitnah musuh sukar ditangani masa tu. Nak tubuh team cytro pro PH pon taknak. Sebab dah ada RTM, ada Bernama news katanya.


Pada gue, itu bukan soal PH potong baget JASA sebab bukan keperluan, tetapi potong dan di TIADAKAN sebenarnya PM7 Mahakuty masa tu sudah plan nak sabotaj. Supaya PH diserang teruk dan dibenci rakyat.

Kita penyokong PH pon jem nak sebar kebaikan PH pon payah. Manifesto-manifesto PH banyak yang tak ditunai. Pasal mangkok ayun tua kutuk PM7 tu lah!!!  Mentri-menteri PH masa tu pon semua bangang- bangang belaka. Bila situa jahanam tu cakap " Manifesto bukan kitab suci " sekor siamang laut pon tak berani sanggah!!! Agaknya mulut dah disumbat projek-projek kot.

Sebab tulah sampai kini ada bekas-bekas menteri masih dok gilakan situa kutuk pengkhianat PH tu. Sedartak masa jadi PH dulu kalian menteri-menteri dikhaldaikan Pm7 pastu terus teruskan jadi khaldai dia sampai hari ni?

Esok if baget JASA dengan peruntukan besar nih lulus, jangan kamu hairan bila cytro-cytro..page-page FB yang condong sokong PH dah dapat dana dedak PN dan mula mengeji PH pula ya!!!!

( NI KOT ORANG LAIN KOT. KALAU BAB AKU DUIT ADD SENSE BANYAK JUGA DAPAT. TAK MASUK DUIT GAJI DAN ELAUNS PEDALAMAN LAKI BINI...NAK BANDING DENGAN PENGERUSI GLC BOLEH LAH-WRLR)



OWHHHH..BANYAK BELANJA YA

 

Image may contain: text that says "GAJI BULAN OGOS 2020 NAMA YB JABATAN PENDAPATAN PEJABAT MENTERI BESAR DAN SETIAUSAHA KERAJAAN NO ΚΡ/ΝΟ GAJI PTJ SEN ELAUN KERAIAN ELAUN KHAS PERJALANAN PEJ 10,222 2500 POTONGAN RM K/WANG PINJ. KEND. P/PERL ADUN SEN PEMANDU ELAUN TELEFON 972 1,176 KOD BANK BIMBMYKL ASKAW.MACHANG AKAUN JUMLAH PENDAPATAN 27,922 00 CARA BAYARAN KEGUNAANG CUKAI PENDAPATAN JUMLAH POTONGAN GAJI BERSIH 4,805 73 23,116 TARIKH BAYARAN 24-Aug-2020"


Patut la naikkan gaji. Mana cukup nak kasi anak bini makan byk ni. Bini bukan satu beb. Kereta pulak bukan kereta kancil atau Viva. Kereta Merz woo...

Korang jangan dengki tau. Ini Tuhan dah aturkan rezeki untuk mereka selaku wakil rakyat.

Sebab tu tak pelik kalau lebai ni sanggup bersekongkol dengan pengkhianat dan jual agama kerana lagi besar serban, lagi kuat nafsu mereka.


W.FAUDZIN

Dr Afif disebut-sebut calon Ketua Pengarah Jasa

 

Dr Afif disebut-sebut calon Ketua Pengarah Jasa
Dr Afif, dari pengkritik utama Jasa kepada disebut-sebut bakal dilantik menjadi KP Jasa yang baru.

KEH..KEH..,

 


Semenjak kalah dalam pemilihan parti dapat 7 undi je, semakin teruk penyakit meroyan loyar buruk ni.  Hari-hari ratib nama Anwar, sedangkan Anwar tak pernah sentuh pun dia.  Menderita sungguh dia selepas hilang job bila kerajaan PH dikhianati oleh atok.  Aku nak bagi tahu loyar ni, yang bentang Bajet semalam adalah atok hang la, Mahathir.

W.FAUDZIN

TAPI KETIKA PH BERKUASA, MEREKA TIDAK MEMPEDULIKAN PERANAN MESDOS MALAH TIDAK MENGAKUI PERANANNYA .KENAPA HARUS MARAH???

Peranan MEDSOS amatlah penting. Tindakan PN dipertikaikan kerana jelas ianya peruntukan bagi menggerakkan tentera cyber mereka dan secara tidak langsung ianya mewujudkan peluang pekerjaan yang amat besar walau secara dasarnya ianya tidak salah. 

Ketika PH menguasai pemerintahan, mereka bukan sahaja gagal mengawal stesen penyiaran , malah mengabaikan MEDSOS yang pernah menyokong mereka ketika itu. Tidak memperdulikan peranan kecil para penyokong , tidak kisah, tidak mengakui akan peranan para cybertroopers persendirian yang tidak pun meminta sebarang bayaran. Malah nak ucapkan terima kasih pun belum tentu. Benar, kebanyykkannya adalah melakukan secara sukarela, tiada paksaan, tiada bayaran, takkan nak ucapkan terima kasih atau mengakui peranan MEDSOS PH turut membantu kemenangan PH kerika itu???

Kenapa mahu menyalahkan tindakan "cerdik" PN yang betul betul meggunakan khidmat MEDSOS mereka kerana itu bukan sahaja keperluan semasa tetapi demi servival politik kepartian mereka.

Lihat apa yang sedang berlaku pada PKR sendiri. Sudahlah media akhbar melingkup, media MEDSOS mereka semacam hidup segan mati tak mahu. 

Rata rata ahli sendiri melihat bahawa usaha untuk menghidupkan media akhbar parti tersebut tidak dipedulikan , malahan dilihat liat untuk melaksanakan. Bagaimana mahu menguasai pentadbiran jika , akhbar parti sendiri pun tidak mampu untuk diwujudkan???

Mungkin ada yang mempertikaikan? ya namun diketika akhbar suara keadilan mampos suatu ketika itu, wujud akhbar alternatif yang menggerakan usaha usah ke arah itu.Namun kini ianya tidak mampu untuk menggerakkannya kembali. Harakah walau berita sampah, iaya masih wujud. Tetapi PKR,???? langsung tiada. Dimana cerdik pandai dalam PKR ini??LIhat betapa layunya peranan media PKR...dimana silapnya. 

Jika anda tidak menjiwai peranan media sosial atau akhbar, maka jiwa anda tentunya merasa sukar untuk melaksanakannya....



WRLR....