HUKUMAN SEBAGAI DAYA TARIKAN PELANCONG

 


Bayangkan kalau Enakmen Jenayah Syariah Kelantan tu kekal...


Katakanlah ada seorang lelaki bernama Azmin (bukan nama sebenar) telah meliwat di Kelantan. Kemudian cerita dia kecoh. Tersebar video, contohnya. Ataupun pasangannya mengaku. Contoh la.


Liwat itu merupakan jenayah sivil dan juga jenayah syariah di Kelantan. Bermakna Azmin boleh didakwa di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah Kelantan.


Disebabkan rahsia dah terbongkar, Azmin berpendapat lebih baik dia serah diri. Jadi dia pun menyerah diri di Pejabat Agama Kelantan, bukan di Balai Polis. 


Kenapa?


Sebab kalau dia didakwa di mahkamah sivil, dia boleh dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun. Tapi jika dia didakwa di Mahkamah Syariah Kelantan, hukuman baru 3 tahun penjara, 6 sebaran dan denda RM5,000.


Bab sebat tu memang sakit tapi at least ada diskaun hukuman penjara. Dekat 90% tu.


Dan lepas didakwa di Mahkamah Syariah, dia tak lagi boleh didakwa di mahkamah sivil. Sebab seseorang individu itu tak boleh didakwa di 2 mahkamah yang berasingan atas kesalahan yang sama. Untung tak?


Tadi aku baca komen, jadi aku terfikir. Mungkinkah diskaun hukuman penjara ni sebagai satu daya tarikan buat pelancong? Entahlah.


Itu kesan dari pertindihan. Apa lagi bila pertindihan itu hukumannya jauh berbeza. Jadi pesalah boleh pilih pulak nak kena dakwa di mana. Dapatkah keadilan ditegakkan kalau begitu?


Apa pun, nama dalam posting ini hanyalah sebagai contoh. Tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TAK TAU LA HANG DDKONKEK....SIAP LA KENA KUTIP..BAIK HANG JANGAN TIDOQ...SAHIH LA KENA KUTIP..AWAK MAIN MAIN DENGAN UNDANG UNDANG MALAYSIA

 


Terpalingggggggggg IC BIRU 😏😏




MAJLIS TINDAKAN EKONOMI BUMIPUTERA.

 





Pagi tadi saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bilangan 1 Tahun 2024 seraya dihadiri ahli-ahli MEB terdiri daripada Timbalan-timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri yang berkaitan dan wakil-wakil daripada Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC). 


Mesyuarat telah meneliti kertas cadangan hala tuju agenda Bumiputera yang turut mengambil kira input-input yang diperolehi daripada sesi libat urus yang telah diadakan.  


Hatta, perbincangan turut menyentuh persediaan penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) dijadual pada 29 Februari hingga 2 Mac, waima saya tekankan supaya Kongres ini perlu menjadi pengerak kepada perspektif serta pendekatan baharu ke atas kerangka agenda Bumiputera. 


Ianya perlu melangkau sudut pandang sempit kononnya agenda ini hanya untuk kepentingan Bumiputera, justeru pertumbuhan baharu Bumiputera perlu dikenalpasti selain daripada pengumpulan data yang bersistematik.


Usai mesyuarat, saya turut mengambil kesempatan untuk menyempurnakan Pra-Peluncuran KEB 2024. Kongres ini akan berlangsung pada hujung Februari 2024. 


Kerajaan Madani bertekad untuk memperkukuhkan agenda Bumiputera yang akan memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat dan bukan hanya kumpulan tertentu sahaja.


#MalaysiaMADANI



DDKONKEK TAKUT IC DITAREK.

 

Iswardy Morny...


Abang janji abang delete....


Lepas buat video 3gp, ddkonkek akhirnya delete video dan menyesal takut ic kena tarik balik.


Sekian

NAK KATA APA LAGI – JHO LOW ADALAH PROKSI NAJIB, KATA SAKSI 1MBD

 

Tindakan-tindakan Low Taek Jho, atau Jho Low, dalam 1MDB membuatkan dia dilihat seperti proksi bekas perdana menteri Najib Razak, menurut bekas penasihat undang-undang syarikat itu, Jasmine Loo Ai Swan.

Loo berkata demikian ketika memberi keterangan dalam kes rasuah 1MDB berjumlah RM2.27 bilion terhadap Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Loo yang dahulunya individu yang dekat dengan Jho Low memberi keterangan berhubung penglibatan ahli perniagaan itu dalam keputusan kewangan 1MDB.

“Low sentiasa gunakan pengaruhnya sebagai individu yang dekat dengan perdana menteri ketika itu, Najib.

“Kebanyakan tindakannya untuk membuatkan kami melihatnya sebagai proksi perdana menteri, yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

“Kebanyakan perkara utama yang memerlukan lampu hijau daripada perdana menteri perlu dibincangkan dulu dengan Low, sebelum ia dibawa kepada Najib,” kata Loo.

Saksi pendakwaan ke-50 itu menyifatkan gaya pengurusan 1MDB sebagai “pendekatan atas ke bawah”, dengan anggota pengurusan perlu mendapatkan tanda tangan Najib untuk dokumen berkenaan pelaburan dan kewangan.

Loo berpandangan ia ekoran Perkara 117 Memorandum dan Artikel Pertubuhan 1MDB, yang menyatakan persetujuan Najib diperlukan untuk projek penting dan utama yang memberi kesan kewangan kepada kerajaan.

Ini kerana Najib juga merupakan menteri kewangan pada masa itu, serta mengetuai Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) yang merupakan pemilik penuh 1MDB, katanya.

Katanya lagi, dia selaku penasihat undang-undang pada masa itu akan menyediakan Special Rights Redeemable Preference (SSRP) secara bertulis, dan dokumen itu akan diserahkan kepada Jho Low untuk mendapatkan tanda tangan Najib.

Bagaimanapun dia mengakui tidak tahu bagaimana Jho Low mendapatkan tanda tangan bekas perdana menteri itu.

Loo juga memberitahu yang bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi (gambar) menawarkannya untuk menyertai 1MDB sebagai penasihat undang-undang pada Mei 2011, meninggalkan kerjanya di UBG Group yang bergaji RM45,000 sebulan.

Dia berkata Jho Low, yang juga menjadi pengarah UBG Group, berkata yang dia tidak menghalang jika dia ingin menyertai 1MDB. 

Loo bekerja dengan UBG Group seja 1 Januari 2009 hingga April 2011.

Menurut keterangannya, dia pernah bekerja sebagai sekutu di firma guaman Zain & Co pada 2004 hingga 2008, sebelum dibawa Jho Low untuk menyertai UBG Group.

Perbicaraan di depan hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Najib kini dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.27 bilion dana 1MDB.

 

[[LIVE]] 13.2.24 Tun Mahathir di IJN. Liputan kes 1MDB mengejutkan?


Muda Kelantan tegur Muhyiddin sebagai tidak menunjukkan tauladan baik. Tun Mahathir di masukkan ke IJN. pilihanraya indonesia. Ketua penerangan Bersatu tempelak Fahmi Fadzil. Pendedahan mengejutkan kes 1MDB najib Razak. private bill oleh tetang mengubah perlembagaan mengenai syariah







HOT! Pas-Umno hidupkan MN | Jho Low orang kuat Najib | Datuk Sri dipenja...



Antara yang menarik tengah hari ini; 1. Hashim yakin Pas- Umno akan hidupkan MN 2. Ugut bunuh nik elin: Polis cari tiga pemilik akaun 3. Persenda mahkamah syariah: Pemuda Amanah lapor polis 4. 1MDB: wang derma tak dipulang, masuk akaun Tanore 5. Jho low selalu jadi proksi Najib – saksi 6. Datuk Sri dipenjara tak bayar gaji bola sepak



CERITA SUDAH TUTUP, NGA KOR MING AKHIRNYA ANGKAT BENDERA PUTIH

 

Cubaan mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan Unesco nampaknya tidak lagi menjadi isu kerana ia sudah pun tutup cerita, hanya beberapa hari setelah cadangan dilontarkan.

Menteri berkaitan terlihatnya cepat sedar isu berkenaan adalah tidak relevan, lalu dengan segera bendera putih dikibarkan.

Dipetik sebagai berkata, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dilaporkan enggan memanjangkan isu cadangan untuk menjadikan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Beliau berkata, perkara itu dikhuatiri akan menimbulkan lebih banyak polemik dan salah tafsir oleh pelbagai pihak.

Justeru menurutnya, lebih baik isu berkenaan tidak terus dipanjangkan dan fokus kepada agenda lain yang lebih memberi faedah kepada rakyat.

“Saya tahu, sekali saya komen, satu perkataan (sahaja), jadi lari tajuk.

“Cerita itu pun sudah tutup, tidak ada isu pun sebenarnya, jadi eloklah kita ‘move on’,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan pembangunan landskap persekitaran kehidupan di Taman Rekreasi Woodland di Tambun Baru Tambun, di sini, petang ini.

Hadir sama, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri KPKT itu mencadang untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah penempatan itu.

Cadangan itu bagaimanapun mendapat bantahan keras daripada pelbagai pihak, khususnya UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

Mereka menyifatkan cadangan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan itu akan merosakkan keharmonian Kerajaan Perpaduan dan mencetuskan polemik tidak perlu dalam kalangan rakyat.

Sumber – https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kampung-baru-cina-cerita-sudah-tutup-kor-ming-enggan-panjangkan-isu-458126?amp=1

 

PEMUDA UMNO TOLAK BINCANG DENGAN NGA KOR MING, SEBALIKNYA TAWAR AJAR SEJARAH TANAH MELAYU

 

Ekoran kontroversi permohonan pengiktirafan dunia terhadap perkampungan masyarakat Cina, Pemuda Umno memberitahu mereka menawarkan ‘pembelajaran sejarah’ buat menteri yang berkenaan.

Ketuanya, Dr Akmal Saleh, berkata pada dasarnya sayap parti Umno itu tidak beranggapan perlu ada pertemuan di antara pihaknya dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

“Tiada apa yang perlu dibincangkan lagi. Tiada keperluan untuk cadangan ini dan fullstop (noktah).

“Jika nak jumpa (juga) boleh, tetapi kami nak ajar YB menteri (Nga) mengenai sejarah Tanah Melayu dan Perlembagaan Malaysia sekali,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Akmal berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nga mengenai isu pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) terhadap Kampung Baru Cina di Selangor.

Sebelum ini kementerian terbabit dilaporkan mahu mengemukakan cadangan agar pertempatan berkenaan mendapat perakuan Tapak Warisan Dunia oleh Unesco.

Bagaimanapun langkah tersebut mendapat reaksi yang pelbagai dengan sesetengahnya menentang. 

Ia mendorong Nga menyatakan kesediaan untuk bertemu bagi menjelaskan isu tersebut.

“Kami menjemput mereka untuk bertemu supaya kita boleh berbincang dan memahami fakta supaya mereka tidak diperdaya oleh pembangkang,” kata Nga dipetik New Straits Times.

Kenyataan dibuat Akmal bagi pihak Pemuda Umno Malaysia itu adalah antara reaksi terbaru dibuat Umno.

‘Jika YB setuju, lets find a date (mari cari satu tarikh yang sesuai),” kata Akmal lagi.

Sebelum ini bantahan Umno turut disuarakan setiausaha agung parti itu, Asyraf Wajdi Dusuki.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pula mendakwa cadangan dikemukakan Nga tidak pernah dibincangkan dengan Umno.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/696024

 


RENTASAN 1546 | GEMPAR!! #BLACKFRIDAY: CUBAAN PN GERAKKAN FITNAH YANG SE...




MENARIK DALAM RENTASAN 1546
1. PAS DAN PN SENGAJA BUAT TIDAK FAHAM 2. PROPAGANDA JAHAT, KE MANA PERGINYA KEIKHLASAN MAHIADDIN? 3. MALAYSIA MADANI MAJU TANPA RASUAH 4. ISU KAMPUNG BARU CINA, MODAL POLITIK SEMPIT

[kantoi] INFLUNCER WANITA PAS BERBOHONG? MERABA RABA DALAM KEGELAPAN

KEH KEH KEH.. TAK LAMA KENA CEKUP

 




 
ZUWAIR MD YUSOF


Polis telah mengenal pasti identiti tiga pemilik akaun media sosial yang di percayai mengugut peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid susulan tindakan Nik Elin mencabar peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019. ' 


Lekas hantar KERETE PERONDA serbu tangkap mereka walau di mana dia berada dan tengah buat apa ketika itu.Jangan bagi muka heret sumbat lokap beberapa hari heret ke mahkamah minggu ini juga.Sabun jatuh biar dia meniarap kutip nanti,kehkehkeh.DD CHRONICLES yg terlajak biadap  kurang ajar dan celupar anda juga tidak akan terlepas dari menerima akibat perbuatan anda kali ini.


Ramai triggered bila Bangla ramai kat KLCC,tapi ramai bersorak bila si DD boyan ni memperkotak katikkan mahkamah kita…mmm…




NI SEKOQ LAGI... BUKA MULUT.. MUHONG LA.. WOIIIII.. KUAT MUHONG WOIIK

NI 

 

TENGOK MASA ADA KUASA.. DUADUA EKOQ ADA KUASA LAM KERAJAAN


 

BUKAN CERDIK, TAPI MALAS PIKIR DAN TAK PANDAI BUAT KERJA


 

BEKAS PM LEVEL WALAUN JA


 

MASA ADA KUASA

 


DEWAN Pemuda PAS Malaysia menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Iki Putra Mubarrak v Kerajaan Negeri Selangor dan Anor kelmarin yang memutuskan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 adalah tidak berperlembagaan.


Pemuda PAS menyeru seluruh rakyat Malaysia amnya dan ummat Islam khususnya untuk menerima keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut dan tidak membuat sebarang tindakan yang boleh mencemarkan imej institusi kehakiman Malaysia seterusnya menghormati konsep kedaulatan undang-undang yang menjadi teras Rukun Negara.



TINDAKAN TEGAS TERHADAP MAMAT BOYAN HINA MAHKAMAH SYARIAH

 


Semalam lagi aku dah nampak video mamat syok sendiri tu. Mulanya aku nak share video tu tapi aku fikir buat apa aku nak bagi dia popular.


Videonya itu  merupakan fitnah yang sangat besar kepada undang-undang syariah. Malahan juga satu penghinaan terhadap mahkamah tersebut.


Wajarlah tindakan tegas diambil terhadapnya kerana dia telah menyentuh satu daripada 3R. Harap PDRM dapat segerakan tindakan.


Sebenarnya yang meremehkan mahkamah syariah adalah mereka yang mengatakan mahkamah syariah sudah tak punya kuasa selepas ini.


Kerana hakikatnya mahkamah syariah masih punyai peranan dalam kehidupan muslim negara ini. Masih banyak perbuatan mungkar yang di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.


Contohnya kes zina, judi (berlesen atau tidak), minum arak (di mana saja) dan sebagainya. Undang-undang itu tak pernah dibatalkan pun.


Bukan keputusan kes Nik Elin yang hina mahkamah syariah tapi cara respon lebai dan walaun yang cuba timbulkan persepsi konon mahkamah syariah 'hilang taring' yang buatkan mahkamah syariah dipandang remeh terutamanya oleh masyarakat bukan islam.


Lebih dari itu, mamat ni juga menghina badan autoriti Islam di negara ini. Dia buat seolah pegawai agensi Islam negara kita tak beriman.


Sesungguhnya bukan kecil penghinaan yang dia buat terhadap undang-undang, mahkamah syariah serta para pegawai agensi berkaitan Islam.


Aku cabar mamat syok sendiri tu untuk buat perkara yang dia kata dalam videonya bukan jenayah lagi tu di khalayak ramai di Kelantan. Tengok dia kena tangkap ke tak nanti.


Kalau benar dakwaan dia, tentu dia takkan ditangkap. Tapi kalau ditangkap, aku nak dia tinggalkan Malaysia selamanya. Berani tak?


Kesian walaun. Selain dari mengekalkan diri berada dalam kebodohan, mereka sokong pula orang yang meremehkan mahkamah syariah. Walaun sekarang bertindak seperti orang yang tak punya maruah diri. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MASA JADI KERAJAAN KAU DIAM...PUNYA TAK GUNA PAS NI

 

Rasa kelakar bila aku baca komen walaun cabar DS Anwar dan Kerajaan Perpaduan laksanakan hudud. Buat kalau beriman, katanya.


PMX mengemudi pentadbiran negara cuma baru 15 bulan je lebih kurang, nak dibandingkan dengan PAS yang duduk dalam kerajaan selama 33 bulan. Kenapa tak tanya PAS? Lebai dulu, jangankan buat, usaha pun langsung tak ada.


Lagipun yang main isu hudud ni PAS. PMX tak pernah pun kata nak buat hudud. Yang PMX selalu sebut nak hapuskan rasuah. Dan itulah yang sedang giat beliau buat sekarang ni. Masalahnya PAS. Hudud ke laut, RUU355 ke longkang.


Mudah kerja walaun ni. Lebai buat janji, dia tuntut DS Anwar tunaikan. Sebelum ni janji hapus PTPTN. Yang gatal janji tu Tuan Ibharim, yang disuruh tunaikan, PH pulak. Dah lebai buat apa kerjanya? Setakat makan gaji buta je? Senang hidup!


Bila walaun tu sentuh bab iman, aku pun tanya la kat dia, Hadi Awang, Tuan Ibharim, Mahiaddin dan semua pemimpin PN tu tak beriman ke sebab masa berkuasa dulu tak laksanakan hudud? Dia boleh kata aku spin pulak. Spin celah mana?


Lantak la walaun. Memang kalau walaun cerdik itu dah jadi keajaiban dunia ke-8. Sesuatu yang agak mustahil berlaku. Sebab tu aku jarang layan walaun. Sesekali je kalau rasa nak berhibur baru aku layan. Tengok Upin & Ipin lebih berfaedah dari layan walaun. Serius! Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TERUK DAH PUAK KHAWARIJ NI. KELUAR FATWA IKUT SUKA YA.

 

Che Ibrahim




Sapa yang gerun tu??.

Berapa orang dah golongan liberal dihadapkan ke Mahkamah Syariah???



INI KIRA HUKUM APA LAK NI


Nik Hasyudeen


 Menipu timbangan adalah salah satu dari larangan shariah, kan? Adakah apabila ianya dikuatkuasakan oleh agensi kerajaan persekutuan, ianya tidak dikira sebagai pelaksanaan shariah?


WOIIII....HANGPA KENA MUHONG...PADAN MUKA ...KAH..KAH..KAH...WOIIII..KENA MUHONG WOIII..


 

RAMAI KHAWARIJ TENTUKAN SYURGA NERAKA.



Zainuddin Omar


 Orang yang sudah mati boleh kah kawal sama ada jenazah dia disolat atau tidak? 


Kalau jenazah tidak disolatkan adakah si mati terima dosa atau kepada mereka yang masih hidup? 


Ramai khawarij di Malaysia sekarang ini yang tentukan siapa masuk neraka. 


Penentuan kita di akhirat semua dari rahmat Allah.



DATANG KENDURI BUKAN NAK DENGAR LAGU KUAT KUAT.

 

Ahmad Humaizi


Satu perkara yang paling saya tak berkenan time pergi kenduri adalah buka lagu kuat giler, sampai gegendang telinga cair. Kalau ada karaoke, penyumbang suara boleh menyebabkan gegendang telinga pecah terus.




BUKAN KAH FITNAH MAKANAN KAMU ?

 





KENYATAAN MEDIA




1. Selaras dengan peruntukan Perlembagaan Parti Amanah Negara (Pindaan 2023) yang menyerahkan pelantikan Pengerusi AMANAH Negeri kepada budi bicara Jawatankuasa Pimpinan Nasional (JKP) AMANAH, maka JKP yang bermesyuarat pada hari ini telah bersetuju secara sebulat suara melantik nama-nama berikut sebagai Pengerusi AMANAH Negeri :

 

BIL NEGERI NAMA PENGERUSI

1. JOHOR YB AMINOLHUDA BIN HASSAN

2.  KEDAH MOHD ASMIRUL ANUAR BIN ARIS

3. KELANTAN YB ADLY BIN ZAHARI

4. MELAKA DATUK ASHRAF MUKHLIS BIN MINGHAT

5. NEGERI SEMBILAN YB DATUK MK IBRAHIM BIN ABD RAHMAN

6. PAHANG MOHD FADZLI BIN MOHD RAMLY

7. PERAK DATUK ASMUNI BIN AWI

8. PERLIS WAN KHARIZAL BIN WAN KHAZIM

9. PULAU PINANG MUHAMMAD FAIZ BIN FADZIL

10. SABAH LAHIRUL BIN LATIGU

11. SARAWAK ABANG ABDUL HALIL BIN ABANG NAILI

12. SELANGOR YB IZHAM BIN HASHIM

13. TERENGGANU YB MOHD HASBIE BIN MUDA

14. WILAYAH PERSEKUTUAN KHALID BIN ABD SAMAD


2. Pelantikan yang dibuat ini telah melalui proses syura yang merupakan prinsip utama dalam pentadbiran AMANAH dengan mengambilkira pandangan akar umbi di peringkat Kawasan-kawasan bagi memastikan amalan demokrasi terus subur.


3. AMANAH yakin pelantikan Pengerusi Negeri baharu ini yang melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu akan membantu memantapkan pentadbiran Parti di semua peringkat bagi mengukuhkan jentera menghadapi pilihan raya umum akan datang dan meningkatkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan di seluruh negara.


Sekian, terima kasih.


MENGANGKAT AGENDA PERPADUAN


MUHAMMAD FAIZ BIN FADZIL

Setiausaha Agung


Tarikh: 13 Februari 2024



TAK CERDIK TAPI BUAT BUAT CERDIK

 





Isu seorang influencer yang pergi ke ISTAC, kemudian dikatakan bangunan itu sebagai gereja. Ia satu bukti ramainya orang yang jahil tapi berlagak pandai. Dia sendiri tak pernah sampai tempat tu, tapi dia rasa dia lebih tahu pula.


Tapi yang aku nak tunjuk, bagaimana otak walaun dah dirosakkan oleh lebai hingga lekas dia tudung jari ke DS Anwar dengan menganggap ini agenda pluralisasi agama dan selepas DS Anwar jadi PM maka ia dapat direalisasikan.


Yang walaun tak mahu tahu, ISTAC dah wujud sejak 1987 dan dirasmikan pada 1991 oleh wali walaun iaitu Mahathir Mohammed. Walaun sepatutnya malu sebab ada otak setaraf lembu pawah. Semoga walaun diberi hidayah olehNya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


ANIMASI: Mari fahami kes Nik Elin vs DUN Kelantan.