ORANG MELAYU NI KALAU ISTANA PANGGIL LEKEH SANGAT TAK DATANG.. MERANGKAK PUN SANGGUP

 


Orang melayu biasanya kalau sultan panggil, merangkak pun dia pergi lagi.... Jarang anak melayu berani buat alasan dengan Tuanku....






KITA TUNGGU APA PLOT TWIST DI N9


 

WOII MELAYU... FAHAM KA DOK


 

BAGUS.... KO HADAP LAH... DAH BAGI MENANG KECOH... JANGAN SALAH DAP LAK.


 

KAH KAH KAH


 

PADAN MUKA.. MELAYU SUKA GINI.. BEREBUT LAH KAMU.

 

Norman Daud



Bila saya baca statement abg jalal yang kata tak dapat hadir majlis angkat sumpah MB baru sebab ada utusan lain dan statement dari pengerusi parti wawasang Rais Yatim, hati saya terdetik.. saya dah lakukan perkara yang betul mempertahankan Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun tempoh hari.






Kini jelas.. segala tomahan yang kononnya Tok min gagal menguruskan hal adat dan sebagainya hanyalah satu komplot dari pihak tertentu untuk memjatuhkan tok min sebagai MB Negeri sembilan.


Tapi saya tetap menghormati suara demokrasi rakyat Negeri sembilan.


Takperlah Tok min.. biarlah mereka terus berebut kuasa. Kita tengok je lah kelaku masing masing.


Kifarah tu tetap ada.. tak sekarang..akan datang.





TANGKAP JA USTAZ MUALAF NI. CUBA AJAR DIA NI KATA BARUA MELAYU

 

Tergamak Ridhuan Tee gelar ‘Mujahat’ selepas panggil ‘barua Melayu PH’

Pendakwah kontroversi, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mencetuskan kemarahan netizen apabila mengeluarkan sindiran mengaitkan ‘Mujahid’ dengan ‘Mujahat’.

“Jadilah seorang yang bernama Mujahid benar-benar Mujahid bukan Mujahat.”

Demikian hantaran ringkas bekas pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berkenaan di Facebook petang ini yang kemudian dihujani kecaman orang ramai.

Walaupun tidak menyebut nama mana-mana individu secara langsung, permainan perkataan “Mujahid” dan “Mujahat” itu difahami ramai sebagai sindiran terhadap seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Sehubungan itu, rata-rata menyifatkan tindakan Ridhuan Tee yang pernah heboh dengan isu video aksi panas anak lelakinya itu mempermainkan nama seseorang sebagai melampau dan tidak mencerminkan akhlak seorang pendakwah.

Sebelum ini, Ridhuan menggunakan ungkapan berbaur penghinaan terhadap pemimpin dan penyokong Melayu Pakatan Harapan (PH) ketika mengulas kekalahan gabungan berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

“Sedih tengok, bila kalah, barua Melayu PH ni la duk depan, pertahankan kekalahan ultra kiasu harbi di N9. Harbi relaks je duk rumah rangka strategi baru.

“Beza jika harbi menang besar, dengan bangganya, harbi akan duk depan bercakap akan kekuatannya, barua Melayu duk belakang menikus, sanggup perlekeh lagi sesama saudara seagama sebangsa.

“Bilalah barua ni nak sedar? Kembalilah ke jalan yang benar,” tulisnya.

Permusuhan

Penghinaan daripada bekas moderator dan ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam terbitan RTM itu dilihat bukan sahaja merendahkan pihak yang berbeza pandangan politik, malah terus menyuburkan sentimen perkauman dan permusuhan dalam masyarakat.

Warganet turut menyifatkan kenyataan Ridhuan itu sebagai contoh bagaimana sentimen agama dan kaum dieksploitasi bagi menyerang PH.

“Malu sungguh dengan posting begini. Kalau pun tak bersetuju, ini bukan caranya. Tindakan yang tak mencerminkan akhlak Islam. Mungkin bukan Islam lebih menjauhi Islam sebab kenyataan sebegini.

“Titik terendah seseorang apabila suka gelar itu, ini atau panggil yang tak elok pada orang lain.

“Dari kau memekak tu baik pergi tarbiyah anak sendiri.

“Kau dah kenapa Tee? Kau ada termakan benda haram ke?

“Nama Mujahid itu diletakkan oleh seorang bapa, kenapa kita perlu nak main-mainkan nama orang?” demikian antara nasihat dan sindiran orang ramai di ruangan komentar hantaran Ridhuan Tee.



Tali Barut Warga Tempatan Punca PATI Berleluasa Di Selangor

 


Penempatan haram Rohingya di Selangor didalangi warga tempatan yang menyembunyikan mereka di tanah persendirian sejak berbelas tahun lalu.

SHAH ALAM, 3 Ogos – Antara cabaran terbesar yang dikenal pasti dalam menangani penempatan haram dan aktiviti warga asing di Selangor ialah kewujudan ‘tali barut’ di kalangan rakyat tempatan yang melindungi serta bersekongkol dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk etnik Rohingya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keadaan itu berlaku apabila segelintir rakyat tempatan mengambil keselamatan terhadap golongan berkenaan yang terdesak untuk tinggal dan mencari rezeki di negeri ini.

Malah katanya, ia berlarutan apabila masih terdapat individu tempatan yang bersimpati dalam membeli barangan serta menjual lesen perniagaan kepada mereka.

“Sebahagian komuniti kita bekerjasama dengan mereka. Di kawasan saya (Sungai Tua, Gombak) berapa kali kita buat operasi, penjualan barangan di kawasan pasar,ada peniaga tempatan bising.

“Ada ‘local element’ yang mempertahan dan melindungi mereka, inilah cabaran yang besar. Jadi penguatkuasaan harus juga dilibatkan bukan hanya kepada yang terbabit tetapi kepada mereka yang terlibat dan bersekongkol dan mengambil kesempatan daripada keterdersakan mereka untuk tinggal, hidup.

“Keterdesakan itu telah membuat mereka terlibat dengan kerja kotor, bahaya,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Johan Abd. Aziz (BN – Dusun Tua) mengenai kebanjiran PATI dan etnik Rohingya.

Amirudin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua memaklumkan berkemungkinan terdapat rangkaian tertentu yang menyokong aktiviti mereka dengan laporan perlu dikemukakan perlu dikemukakan agar tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan.

“Saman-saman itu mereka boleh bayar, tidak mungkin mereka yang menjadi pelarian di sini, mampu membayar jumlah saman yang besar. dan saya anggarkan mungkin ada rangkaian yang tidak wajar dekat belakang yang menyokong mereka,” katanya.

Beliau menegaskan pendirian kerajaan negeri kekal jelas iaitu tidak pernah membenarkan PATI memiliki aset atau memperoleh lesen perniagaan.

Bagaimanapun, katanya, terdapat kes mereka menyewa tanah atau premis daripada pemilik tempatan, sekali gus menyukarkan tindakan penguatkuasaan.

“Kita ambil tindakan terhadap tuan tanah dan mengarahkan tanah dipulihkan mengikut status asal. Kadang-kadang kita ambil tindakan seperti meroboh, esok dia bina balik. Itu antara kekangan kita,” jelasnya.



Dakwaan ADUN Muflis: Status Semua ADUN Selangor Disemak

 


Speaker DUN Selangor, Lau Weng San berkata, sehingga kini beliau belum dapat mengesahkan identiti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dimaksudkan sehingga kesemua semakan dan siasatan selesai dilakukan.

SHAH ALAM, 3 Ogos – Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kini dalam proses semakan status selepas wujud dakwaan salah seorang daripadanya hilang kelayakan dipercayai akibat muflis.

Speaker DUN Selangor, Lau Weng San berkata, sehingga kini beliau belum dapat mengesahkan identiti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dimaksudkan sehingga kesemua semakan dan siasatan selesai dilakukan.

Katanya, semakan tersebut dibuat berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor (UUTKS) sebelum kepastian diperolehi dan keputusan dibuat.

“Kena semak sebab ada macam-macam kemungkinan. Kena semaklah, saya akan beritahu selepas mendapat maklumat (lengkap) nanti. (Semakan) Sebab ia ambil masa, semua semakan (pelbagai aspek turut dibuat),” katanya ketika ditemui pemberita pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat DUN Selangor Ke-15 di sini, hari ini.

DUN Selangor dijangka memaklumkan kedudukan seorang ADUN dipercayai hilang kelayakan sebagai wakil rakyat dalam sidang yang bermula hari ini.

ADUN tersebut didakwa hilang kelayakan selepas dikatakan berdepan tindakan muflis.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara tersebut akan ditentukan sendiri oleh Speaker DUN Selangor, Lau Weng San sebelum dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sementara itu dalam Sidang DUN Selangor yang bermula hari ini, terdapat beberapa orang ADUN dilihat tiada di tempat duduknya.

Bagaimanapun, Weng San menegaskan ketidakhadiran ADUN berkenaan pada sidang tersebut tidak semestinya beliau adalah individu yang dimaksudkan.

“(Betul ke tidak) Kita kena tanya dialah, saya tak boleh kendak kata (sahkan) apa-apa. Tak hadir tak semestinya dia ada masalah (seperti didakwa).

“Itu terpulang kepada dia, kita tidak boleh paksa ADUN untuk hadir. Tetapi kalau ikut UUTKS, kalau seseorang ADUN itu tidak hadir sidang mesyuarat dalam masa enam bulan tanpa sebarang maklumat rasmi, maka kerusi itu perlu dikosongkan,” tambahnya.

Katanya lagi, isu berkaitan hilang kelayakan pernah berlaku pada penggal-penggal terdahulu seperti ADUN Kuang dan Pelabuhan Klang.

“Tetapi (dalam sidang-sidang sebelum ini) ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari dan ADUN Meru, Mariam Abdul Rashid pun pernah memberikan surat (alasan) tidak hadir seperti cuti sakit.

“Jadi tak semestinya kalau seseorang ADUN itu tidak hadir, maksudnya dia ada masalah (berdepan isu hilang kelayakan). Jangan, jangan ada prasangka. Tetapi, kita tetap semak, ambil masa sikit. Kita tak boleh buat apa-apa andaian,” ujarnya.

Dalam pada itu, Weng San turut menjelaskan, keputusan untuk mengadakan pilihan raya kecil (PRK) atau tidak adalah bergantung kepada SPR.




UMNO MADU 3


 

TANGKAP JA ANJING YANG TAK ADA LESEN


 

@jasonyew_ Join "Dulu seluruh sistem pukul, hina saya. Kini,


 

BOIKOT ISTANA? Alasan "Notis 4.50 Pagi" Tok Jalal Dicabar! Syahredzan: "Rumah Siap Pahat Berbunyi"!


 

KEJUTAN N9: Rais Yatim Tempelak Zahid Hamidi? Kebijaksanaan Istana Padamkan "Api" Tok Jalal!


 

@thekapitanMY SEJAK KAWAN DENGAN PAS MAKIN KUAT


 

DAH MENANG PUN NAK FITNAH LAGI...APA LA NASIB N9.


Che Ibrahim


 Ada yang kata yang tak hadir tu Adun PH..... Habis ruang fitnah belaka, padahal yang tak hadir tu Adun BN








DALAM HAL NI TAK DAPAT DAH NAK SALAHKAN DAP


Fjor


 Sebab itu aku tak setuju DAP diharamkan. Kan dah pening tak dapat nak salahkan DAP. Berentap la sesama korang..

Bergaduhlah korang sesama sendiri 🤣🤣🤣





MANA USTAZ MUALAF TU..TAK TEGUR.

 









(1)

Lucu melihat cara kita berhujah.


Bila konvoi RXZ, kita kata "eratkan silaturahim".


Bila Pesta Air Rainwave, kita kata "pesta maksiat", "boleh ditimpa bala", "merosakkan akidah".


Macam satu terus suci, satu lagi terus berdosa.


Hakikatnya, kalau kita benar-benar mahu bercakap atas dasar agama dan maslahat, ukurannya bukan siapa yang kita suka. Ukurannya ialah manfaat dan mudarat.


(2)

Dalam Islam, apa sahaja aktiviti yang membawa kepada kemudaratan perlu ditegur.


Kalau di Rainwave berlaku percampuran bebas, aurat tidak dijaga, hiburan melampau dan perkara yang bercanggah dengan syariat, maka tegurlah. Itu memang kewajipan.


Tetapi kalau dalam konvoi motosikal pula berlaku budaya menunggang berbahaya, berlumba di jalan raya, melanggar undang-undang dan akhirnya meragut nyawa, mengapa lidah menjadi kelu?


Jangan kerana ia dibungkus dengan nama "silaturahim", semua mudarat dianggap halal.


(3)

Setiap tahun, statistik menunjukkan penunggang dan pembonceng motosikal merupakan penyumbang terbesar kematian jalan raya di Malaysia. Angkanya mencecah lebih 4,000 kematian setahun mengikut data keselamatan jalan raya negara. 


Ini bukan angka kecil.


Ini ribuan anak, suami, isteri dan bapa yang tidak pulang ke rumah.


(4)

Malah setiap kali himpunan atau konvoi motosikal berskala besar berlangsung, hampir setiap tahun akan muncul berita kemalangan.


Dalam himpunan RXZ Members 8.0 baru-baru ini, beberapa peserta dilaporkan maut dalam nahas berasingan ketika dalam perjalanan ke program tersebut. 


Sudah bertahun-tahun perkara ini berulang.

Jadi, kalau benar kita menilai sesuatu berdasarkan mudarat, mengapa hanya sebelah pihak sahaja yang dihukum?


(5)

Jangan salah faham.


Saya bukan mempertahankan Rainwave. Kalau ada unsur maksiat, saya menolaknya.


Tetapi saya juga tidak akan mengangkat konvoi motosikal seolah-olah tiada langsung mudarat hanya kerana ia membawa slogan persaudaraan.


Silaturahim itu ibadah. Tetapi silaturahim bukan lesen untuk mengabaikan keselamatan.


(6)

Masalah kita hari ini bukan tidak tahu membezakan halal dan haram.


Masalah kita ialah kita menilai berdasarkan siapa yang melakukannya. Kalau kumpulan sendiri, kita cari seribu alasan. Kalau kumpulan orang lain, kita cepat sangat kaitkan dengan bala.


(7)

Kalau benar kita cintakan agama, tegurlah kedua-duanya. Mungkin event akan datang akan ada penambahbaikan dalam penganjuran. Tak salah nak buat konvoi dan kumpul ramai ramai. 


Yang ada unsur maksiat, kita tegur. Yang mengundang bahaya kepada nyawa, kita juga tegur.


Kerana dalam Maqasid Syariah, menjaga agama itu penting. Tetapi menjaga nyawa juga adalah tuntutan syarak.


Jangan sampai kita begitu ghairah bercakap tentang bala kepada orang lain, sedangkan mudarat yang nyata di depan mata kita sendiri sengaja dipalingkan wajah.


Mohd Fadhli Othman 

Tak da pula 'Ustaz Mualaf' tu nak tegurkan ? Agaknya kenapa ?






Entah siapa Penulis ini. Tapi kandungannya jelas. Saya bersetuju hampir semua perkara.

 

C&P

Entah siapa Penulis ini. Tapi kandungannya jelas. Saya bersetuju hampir semua perkara.


PMX. Buat Total Reform. Tak payah kesian2 lagi. 


SURAT TERBUKA KEPADA YAB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM


Perdana Menteri Malaysia


Daripada:  Rafiki Rashid


YAB Dato' Seri,


Saya menulis ini bukan sebagai musuh, bukan juga sebagai penyokong fanatik. Saya menulis ini sebagai anak Malaysia yang masih percaya bahawa negara ini mampu berubah – tetapi hanya jika pemimpinnya berani mengambil risiko.


1. Pengakuan Pertama: PH Sudah Kalah 2 Kali Berturut-turut


Kita tidak boleh lari dari fakta. PRN di Sabah, Johor, dan baru-baru ini N9 – semuanya menunjukkan penolakan rakyat terhadap narasi yang kita bawa.


Bukan kerana ekonomi kita buruk. Bukan kerana PMX gagal. Tetapi kerana:


· Kita kalah dalam narasi.

· Kita kalah dalam organisasi.

· Kita kalah dalam semangat.


Dan yang paling menyedihkan:


"Kita ditikam oleh musuh. Dan kita juga ditikam oleh kawan sendiri."


Itulah realiti pahit yang perlu YAB terima.


1. Pengakuan Kedua: UMNO Bukan Sekutu, Ia Parasit


YAB, saya minta maaf kerana berkata terus terang:


UMNO dalam Kerajaan Perpaduan bukan untuk membantu PH. Mereka ada untuk menyelamatkan diri sendiri.


· Mereka guna PH untuk kekuatan kewangan.

· Mereka guna PAS untuk undi Melayu.

· Dan mereka guna kedua-duanya untuk kembali berkuasa sepenuhnya.


Ini bukan konspirasi. Ini strategi politik yang terbukti di N9 dan Johor.


Jadi, YAB, jangan lagi bersikap naif.

UMNO bukan kawan ideologi. UMNO adalah musuh dalam selimut.


1.  Pengakuan Ketiga: "Bermain Selamat" Tidak Lagi Berkesan


YAB, selama hampir 4 tahun memerintah, pendekatan YAB adalah menyenangkan semua pihak.


· Terlalu banyak kompromi.

· Terlalu banyak bertolak ansur.

· Terlalu banyak "main aman" dengan puak-puak tertentu.


Hasilnya?


· Rakyat tidak rasa perubahan.

· Pengundi muda tidak teruja.

· Pengundi Cina mula menjauh.

· Pengundi Melayu terus terpengaruh dengan narasi perkauman.


YAB, "main selamat" sudah membunuh semangat reformasi PH.


1. Apa Yang YAB Perlu Buat SEKARANG?


YAB, saya tidak minta YAB bubar Parlimen. Saya minta sebaliknya:


"Jangan bubar. Gunakan baki masa untuk reformasi total."


Ini bukan lagi masa untuk reformasi separuh hati. Ini masa untuk "Drop the Bombs" – perubahan radikal dalam semua bidang:


💥 Reformasi Institusi


· Bebaskan SPRM, PDRM, dan badan kehakiman daripada cengkaman politik.

· Jadikan semua pelantikan berasaskan merit, bukan kroni.


💥 Reformasi Ekonomi


· Hapuskan subsidi pukul. Gantikan dengan bantuan bersasar.

· Jual GLC bermasalah. Jangan simpan untuk "gah" semata-mata.

· Buka pasaran radikal untuk tarik pelaburan asing.


💥 Reformasi GLC


· Lantik CEO profesional, bukan ahli politik.

· Wajibkan dividen tahunan. Jika gagal, CEO diganti.


💥 Reformasi Tatakelola


· Kurangkan kementerian yang tidak perlu.

· Wajibkan open tender untuk semua projek >RM50 juta.


💥Reformasi Perkhidmatan Awam


· Sistem penilaian prestasi yang ketat.

· Auto-persaraan untuk prestasi rendah 3 tahun berturut-turut.


💥 Reformasi Politik


· Akta Anti-Lompat Parti yang lebih ketat.

· Pendanaan politik telus – semua sumbangan diumumkan.


1. YAB, Ini Mungkin Penggal Terakhir YAB


Saya tidak mahu kedengaran pesimis, tetapi politik adalah realiti.


Jika PRU akan datang PH kalah lagi, YAB mungkin tidak lagi menjadi Perdana Menteri.


Jadi, apa yang YAB mahu tinggalkan?


· Sekadar "Perdana Menteri yang stabil"?

· Atau "Perdana Menteri yang mengubah negara"?


"History rarely remembers leaders who played safe. It remembers those who had the courage to change the course of a nation."


YAB, pilih sekarang.


1. Mesej Terakhir: Jangan Takut Jadi "Villain"


YAB, saya tahu reformasi total akan menimbulkan musuh baru.


· Kumpulan yang akan rugi.

· Puak yang akan terancam.

· Klan yang akan menentang.


Tetapi YAB, itulah harga yang perlu dibayar.


”Either you die a hero, or you live long enough to become the villain."


Jika YAB terus bermain selamat, YAB mungkin hidup lama sebagai Perdana Menteri yang dilupakan.


Jika YAB berani buat perubahan, YAB mungkin jatuh politik – tetapi YAB akan dikenang sebagai pahlawan pembaharuan.


Penutup


YAB Dato' Seri,


Saya tidak menulis ini untuk menjatuhkan. Saya menulis ini kerana saya masih percaya bahawa Malaysia boleh berubah.


Tetapi perubahan itu tidak akan berlaku jika pemimpinnya takut mengambil risiko.


Inilah masanya, YAB.

Inilah saatnya.

Lepaskan segala-galanya.


Saya dan jutaan anak muda Malaysia bersedia untuk berdiri di belakang YAB – jika YAB berani menjadi pemimpin yang mengubah sejarah.


Yang benar,


Rafiki Rashid

Anak Malaysia yang masih percaya pada reformasi




LAST:NASIHAT AKHIR KEPADA PH.



Che Nin



1. Lepas ni kalau boleh tak nak sebut pun pasal PH dah. Kat sini cuma nak senaraikan apa yang patut PH ni sedar diri. Kalau nak menang PRU 16.PRN Melaka nanti bungkus, PRN Sarawak nanti bungkus, PRN mengejut Perlis Perak dan Pahang nanti pun confirm bungkus ikat mati. Bukan lagi ikat tepi. PRU 16 ada la masa sikit lagi kalau nak buat sesuatu kalau bawak sampai akhir penggal awal 2028. Kalau korang beramuk ngan BN pastu nak bubar bulan 2 tahun depan tu korang punya pasal la. PRU 16 nanti pun Bersama tak menang banyak kerusi pun. Nasib baik menang la 2 atau 3 kerusi. Itu pun hebat sangat dah. Yang akan bertanding banyak cuma PH.


2. Nasihat dari orang yang menyokong pembangkang sejak 1990 sebagai ahli pas hingga 2015 dan kemudian jadi ahli PKR sehingga 2025 ni Ikhlas sebab niatnya nakkan sesuatu yang berbeza dan hati memang tak berkenan kepada Umno BN dari dulu. Masa Anwar dalam BN pun aku tak berkenan kat dia.


3.Apa yang perlu PH perbetul???


a) kalau bab komunikasi dan penerangan kena ada orang macam arwah Tok Mat Bulat aka Tok Mat Rahmat. Dia betul2 menteri penerangan yang menguntungkan partinya. Budak2 sekarang tak kenal pun sape Tok Mat Bulat. Buang je beruk Fahmi Gol & Gincu tu.


b) bab kakitangan awam, soal pencen kena di perjelas dan dibetulkan balik. Pencen ni sensitif bagi orang Melayu. Melayu dengan makan gaji ni dah sebati. Kacau hal pencen memang akan bunuh PH. Perjawatan kena ditambah bagi semua skim. Jangan dok jaja alasan masalah kewangan tu. Kau sembang pelaburan berbiliuuuuuuuun, ekonomi berkembang tapi masa yang sama kata takde duit. Mana logiknya??


c) masalah pimpinan PH. Aku kasi contoh mudah je la, orang senior macam kami kenal Anwar sebagai pemimpin, islamis dan macam2 hal yang baik. Tapi anak anak yang mula mengundi sekarang ni kenal Anwar sebagai bekas banduan, kes liwat, gila nak jadi PM. Tentu tanggapannya berbeza. 

Dan jumlah mereka ini cukup ramai. So yang tua tua ni berenti aje lah. Mundur selangkah dan sedia untuk handover.


d) isu harga minyak ni tetap kena sebut kerana tetap jadi ejekan pembangkang. Ada yang tak tau ni duk dalam manifesto lama. Terangkan pada rakyat. Buat info dalam TV dan media sosial. Naikkan balik kuota jadi 300L setiap orang. Soal diesel pulak nape jadi mendadak mahal???Pekebun yang ada hilux, bawak barang, bawak durian, bawak sawit semua marah. Diaorang baru nak senang sikit dah kembali di susahkan kerajaan. Bila minyak naik, repercussion dia banyak. Barang mahal. Bila barang dah mahal, dia takkan turun balik walau harga minyak turun. 


e) isu PTPTN. Tayang balik ucapan Tuan Brahim dan tunjuk balik manifesto Pas PN yang kata nak hapus hutang PTPTN tu. Kalau tak selagi tu la walaun dok pusing isu ni. Lebai Kemetot tu selagi tak kena smash muka dia selagi tu la walaun tak sedar diri.


f) kebajikan ahli dan penyokong kena jaga. Projek atau program kerajaan yang kontrol geng BN. Yang ambik manfaatnya Umno. Bila penyokong minta korang buat dia macam pengemis. Pastu korang suruh dia setia pada parti?? Semalam aku tengok dekat bangunan umno N9, orang BN yang datang dapat baju, vest, topi dll.Pilih je saiz, penyokong dan jentera akan dapat. Benda ni simple tapi mengikat penyokong. Apa lagi kalau penyokong dibantu dalam hal lain. Dalam PH ada buat camtu? Bagi kertas buat ape??


g) pengundi bukan melayu jangan take for granted. Bila nampak Cina semua akan kata akan undi PH. Realiti tu laku 2008 sampai 2022 je. Lepas ni tak lagi. Peniaga marah dengan e-invois


h) e-hailing  dan p-hailing pun salah satu sebab ramai orang marah. Isu sebenar aku tak tau sangat nak cerita tapi kawan2 yang buat kerja ni takde sorang pun yang tak marah. Kalau tak nampak pun dia marah, dia oendam dalam hati dan hasilnya diterjemah di peti undi.


i) PROMO YB PH media sosial terlalu sendu. Tak banyak YB PH menonjol macam YB Helmi, YB Dira. Ada bukan tak ada macam YB Steven Sim YB Lee Khai Loon. Yang Melayunya hanya keluar gambar pergi mesyuarat dan rasmi atau hadir  majlis. Pengundi melayu ni nak visibility dikalangan rakyat. Bukan gambar pegi pejabat. Sebab tu bila tiap kali mengundi, akan keluar perkataan 'tak pernah nampak muka', '5 tahun baru nampak batang hidung'.


j) Trend selfie dengan pimpinan/YB/Menteri tiap kali turun PRN, PRK tu rentikan la. Semua tu Tu jalan nak membongak je. Konon kau buat kerja. Yang jantan perasan terpaling jentera dan yang pompuan perasan terpaling komited. Belajar dengan wanita K10 umno tu. Diam diam dia gerak pegi rumah ke rumah.Agih kelompok2 kecil dan pegi jual cerita dongeng diaorang. Ni jentera PH bila turun sibuk tayang muka depan pimpinan. Pooorah. Tu belum kira pasal nak sebat duit belanja yang ada  sikit tu. 


k) muka2 yang di benci rakyat kena ditukar posisi. Contoh, Sani Hamzan mungkin orang Langat tau kerja buat dia tapi pengundi luar semua menyampah dengan dia. So muka yg org tak suka ni jangan duk ke depan. Buat kerja belakang takbir je. Keje yang depan kamera, keje jumpa pengundi pass kat muka baru. Aku dah listkan ramai dari PKR, tapi dalam Amanah dan DAP pun ada jugak. Kalau ceramah pun biar berpada2. Jangan menekan nekan dan meneran neran.


l) pengisian penerangan kepada rakyat zaman susah ni kena berbeza sikit. Kena selaraskan ikut tempat dan keadaan. Jangan pakai bahasa dan cara Anwar tu, orang tak faham dan sebenarnya orang menyampah bila dia bercakap. Dia je tak sedar diri, perasan masih lagi pemidato hebat. Cakap pun dah tergagap2 sekarang sampai orang troll dalam TikTok.


m) koordinasi PH dari Pusat sampai ke Parlimen tu pulihkan la balik. Ada tempat tak pernah ada mesyuarat PH pun sejak jadi kerajaan lepas tu bila PRN kau nak datang sebagai gabungan??? Tak caya? Tanya Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Johor. Patutnya semua parlimen ada lantikan ajk PH dan cantik lagi kalau ada surat pelantikan dengan tandatangan Pengerusi PH. Baru la tersusun.


n) perkhidmatan kepada rakyat kena ditambah baik. Samada pendidikan tinggi dan rendah, kesihatan, kebajikan bandar dan luar bandar, jangan dok perkenal benda pelik pelik yang menyusahkan rakyat. 


o) ni last. Aku boleh je tulis sampai Z. Tapi nanti kata tak boleh move on pulak. Part last ni paling penting iaitu sikap. PH ni poyo. Konon dia la terpaling dalam semua hal. Bila dia jadi terpaling ni dia lupa diri. Lupa hakikat sebenarnya PH tak kuat. Contoh PKR ada 1 kerusi di Johor tapi berlagak macam dia MB Johor. Last2 sekali kerusi tu ghuyup. Amanah parti paling kecik dan paling lemah, ada 1 je kerusi di N9 tapi dok perasan macam banyak kerusi last sekali ghuyup jugak. Dah kata, dah cakap, dah nasihat banyak kali tak dengar jugak. Degil. Bebal. Bangang. PKR dengan Amanah ni hanya perlu fokus untuk tambah 2-3 kerusi je dari jumlah yang ada. Bukannya tamak nak bolot semua. Bertanding ikut pembahaguan tu takpe la. Bertanding la ikut kesepakatan. Kang BN menang free pulak. Realitinya PKR dan Amanah TAKKAN MENANG semua kerusi yang dia bertanding. Maka gerak kerjanya mesti kepung habis habisan kerusi yang menang dan cuba penatrate 2-3 kerusi potensi. Buat kerja tu biar berfokus dan sedar diri sikit.


4. Tu je buah last utk PH. Lepas ni tak sebut dah pasal PH. PH nak post mortem ke nak kaji ke, nak wacana ke ikut korang la. Nampak macam tabiat denial tu datang balik. Tengok la komen Amir Pendek-politik identity konon pastu ada dah yg spin pasal undi popular. Tak payah pusing la. Jumlah 55% lagi banyak dari 40%. Noktah. SEKIAN. PALUAN BERUNDUR.





AKHIRNYA DIA TAK JADI


 

SAMBUNG TUGAS SAMPAI SIAP. DULU KONA SANA KONA SINI .....SEBAB APA ?





 Empat set EMU ECRL di KPC Depot, sedang menunggu masa untuk menjalani ujian Faultless Free Run sejauh 8,000km. 


Sebanyak 11 set EMU akan digunakan untuk mengangkut penumpang apabila beroperasi nanti.





PULAK..KENAPA JADI GINI ?






 Nampaknya DUN N9 belum aman. Dulu Datuk Jalal ni berjawatan exco kanan bertaraf Timb MB. Sekarang belum tau nasib lagi. Yg pasti jawatan MB dah melepas. Tak aman lagi N9 nampaknya. Tu belum lagi potensi kacau bilau pepuak PN-PAS lagi nanti tu. Kalau diorang tak dapat jawatan, tarik sokongan, PRN lagi. 


Ingat, PAS ni parti yg tak boleh campur dgn parti lain. Dia jenis kera sumbang. Kalau PAS sorang², PAS tak cari pasal mcm Kedah, Terengganu, & Kelantan. Tapi kalau campur parti lain mcm kt Perlis, PAS akan jadi beruk. Suka goyang pokok. Kacau sana kacau sini. Tak stabil. Dulu dalam PR pun sama huru hara.





FATWA SOLAT DUA IMAM ..NIKAH KAHWIN. ZAMAN NI SIAPA YANG NAK TANGGUNG DOSA UMAT ISLAM


 

REUNION GANG PENJARAKAN NAJIB


 

UNTUNG UMNO


 

BETUL..SEBAB RAMAI CARI MAKAN DAN BERHIJRAH DI NEGERI ORANG CARI MAKAN.

 


SEMBANG





Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata pengalaman mentadbir Kelantan selama lebih 30 tahun membuktikan negeri itu mampu kekal aman dan harmoni walaupun dihuni masyarakat berbilang kaum.


Menurut beliau, sepanjang tempoh tersebut, tiada masalah besar melibatkan hubungan antara kaum yang berlaku sehingga menggugat keamanan negeri.


Abdul Hadi berkata, pengalaman di Kelantan sepatutnya menjadi pengajaran bahawa masyarakat pelbagai kaum boleh hidup bersama jika saling menghormati antara satu sama lain.


Beliau menegaskan pentadbiran negeri sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua rakyat tanpa mengira sama ada Melayu, Cina, India atau kaum lain.


Katanya, keamanan yang dinikmati di Kelantan bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya hasil pendekatan yang mengutamakan keadilan dan keharmonian dalam pentadbiran.


Beliau turut menolak tanggapan bahawa pemerintahan PAS akan menindas masyarakat bukan Islam, sebaliknya mendakwa pengalaman di Kelantan menunjukkan keadaan yang berbeza.


Menurut Abdul Hadi, masyarakat bukan Islam di Kelantan bebas menjalankan aktiviti harian serta mengamalkan budaya dan kepercayaan masing-masing tanpa gangguan.


Beliau berkata, rekod pentadbiran negeri itu boleh dijadikan rujukan oleh rakyat untuk menilai sendiri kemampuan sesebuah kerajaan mewujudkan kehidupan yang aman.


Tambahnya lagi, pengalaman mentadbir Kelantan selama tiga dekad menjadi bukti bahawa perpaduan dan kestabilan boleh dicapai jika semua pihak mengutamakan sikap saling menghormati.


Beliau menyampaikan perkara itu ketika berucap pada Ceramah Mega Birukan Seremban sambil mengajak rakyat menilai rekod pentadbiran yang disifatkannya sebagai contoh keharmonian masyarakat pelbagai kaum.




SIAPA MENANG ATAU KALAH...TAPI KERUSI TETAP JELASKAN KALAH.


 

MEREKA BUAT BOLEH. ASSL SERONOK SAJA. EKONOMI LAIN.


Pengerak Keadilan




 Sah sah hampir kesemua melayu Islam di campurkan lelaki perempuan?pesta air mereka melalak siang malam walaupun kehadiran orang bukan Islam.


Mereka bukan perjuangkan Islam sebenarnya tapi kuasa!!!

sedar lah wahai bangsa ku,sebelum kamu di jajah pemikiran yang akan membuat negara ini lebih mundur Dari Negara2 jiran.




JAHAT KA DAK DIA NI. DIA SANGKA DIA MELAYU GAMAKNYA

 [Harbi Yang Ditunggang]





Sedih juga melihat apabila ada agamawan menunggang istilah “harbi” sewenang-wenangnya dalam polemik politik.


— Saya bukan ahli politik, dan saya tak berniat nak backup mana-mana parti politik. Letak tepi sat bab politik. —


Sahabat-sahabat, dalam kitab-kitab fiqh rentas mazhab, istilah harbi dibincangkan dalam konteks kafir harbi, iaitu bukan sekadar gelaran kepada orang bukan Islam yang tidak kita sukai atau lawan politik. 


Antara takrif yang diberikan oleh para fuqaha ialah:


1. Orang kafir yang berada dalam keadaan peperangan dengan negara Islam serta tidak mempunyai perjanjian damai atau jaminan keselamatan.


2. Orang kafir yang berasal daripada negara yang tidak mempunyai hubungan perjanjian (ʿahd) atau jaminan keamanan (aman) dengan negara Islam.


Kaedah para ulama menyebutkan taktig itu berbeza-beza tetapi akhirnya kedua-dua inilah definasi yang disebutkan dalam kitab-kitab Fiqh. Anda boleh rujuk sendiri. 


Dalam konteks Malaysia, penggunaan istilah ini terhadap rakyat Malaysia adalah sangat bermasalah kerana:


Pertama, Malaysia tidak berada dalam keadaan peperangan antara orang Islam dan bukan Islam. Perbezaan pandangan atau persaingan politik sama sekali tidak boleh menjadikan seseorang itu berstatus harbi.


Kedua, individu yang dilabel itu ialah warganegara Malaysia yang hidup di bawah sistem perlembagaan dan undang-undang yang sama, bukannya warga negara asing yang berada dalam hubungan peperangan dengan negara Islam.


Dr Yusuf al-Qaradhawi rahimahullah dalam bukunya Khitabuna Islami fi Asry al Aulamah menyatakan dengan jelas bahawa Istilah Harbi dan Zimmi sudah tidak relevan. Lebih baik digunakan istilah Watani = Rakyat. 


Ia adalah kenyataan yang boleh dipertimbangkan.


Sahabat-sahabat,


Menjaga ketepatan penggunaan istilah syarak adalah sebahagian daripada amanah ilmu. Jangan sampai istilah fiqh yang dibahaskan secara teliti oleh para ulama selama berabad-abad akhirnya dijadikan sekadar label politik untuk menyerang lawan.


Wallahualam.


—-

Tahniah kepada kerajaan baru Negeri Sembilan. Semoga Allah mudahkan MB baru untuk menerajui Negeri Sembilan yang lebih maju, makmur dan sejahtera. 

—-


Syihabudin Ahmad.




MELAYU NAK DENGAR DAN BACA KAH JIKA INI DITERANGKAN ?

 

Norman Daud





Kita selalu marah pada DS Anwar Ibrahim kerana polisi dasar yang beliau perkenalkan. 


Kita marah bila petrol/diesel kena catu, kita marah bila harga barangan meningkat, kita marah hutang negara tinggi, kita marah bila kita takdek duit tengah bulan pada kita kerajaan tak tolong kita. Kita marah kat DAP sebab kita rasa DAP ni kontrol negara. Kita tuntut janji PRU yang dah berpuluh tahun, kita marah bila kerajaan nak laksana e- invoice, kita marah semua perkara dan kita letakkan salah tu pada beliau.


Takperlah nak marah tu.. nak buat camner kan.


Tapi pernahkah kita fikir bebanan tanggungjawab yang beliau tanggung untuk negara?


Beliau masuk ke PMO ketika negara sedang baru hendak pulih dari kesan COVID-19 yang menghamput ekonomi negara kita.  Defisit fiskal negara melonjak kepada 6.2% daripada KDNK pada tahun 2020 (berbanding 3.4% pada tahun 2019).


Untuk membolehkan kerajaan membuat pinjaman tambahan bagi membantu rakyat dan perniagaan, Parlimen Malaysia telah meluluskan kenaikan had statutori hutang negara beberapa kali, iaitu daripada 55% dinaikkan kepada 60%, dan seterusnya 65% daripada KDNK. 


Ini semua berlaku semasa beliau bukan perdana menteri.


Apabila mengambil alih Kerajaan pada November 2022, kadar defisit fiskal tahunan bagi 2022 berada pada kadar 5.5% daripada KDNK (atau peminjaman baharu tahunan sebanyak RM99.5 bilion). Sejak itu, fokus utama Kementerian Kewangan adalah untuk mengurangkan nisbah defisit ini secara beransur-ansur setiap tahun dan berjaya.


Bila defisit dikurangkan daripada 6.2% (2020) menuju ke sasaran 3.5%, ia memberi "ruang bernafas" (fiscal space) kepada kewangan negara. Jika berlaku lagi krisis global atau bencana pada masa depan, kerajaan baharu ada ruang untuk membuat pinjaman kecemasan semula.


Sebab tu beliau bersungguh sungguh mencari pelaburan baru supaya KDNK kita naik supaya kita boleh bernafas. Kerajaan dah nak lemas semasa beliau ambil alih negara.


Setiap tahun, berbilion ringgit hasil negara terpaksa digunakan hanya untuk membayar faedah/bunga hutang (debt service charges), bukannya untuk membina sekolah atau hospital.


Untuk Kerajaan mengurangkan beban perbelanjaan mengurus adalah dengan mengubah kaedah subsidi pukal kepada subsidi bersasar.


Ni subsidi petrol dan diesel ni makan besar perbelanjaan negara. Setahun dekat RM15bilion dibelanjakan menampung subsidi ni je. Belum campur subsidi lain.


Boleh tengok gambar dibawah.. mungkin kita boleh nampak macam mana keadaan kewangan negara kita sekarang.  


Saya tahu akan ada suara suara yang akan cakap " kalau dah tahu susah, membebankan.. jangan la jadi PM" 


Masalahnya.. isu ni dah berpuluh tahun negara kita tanggung, tapi siapa yang berani melakukan perubahan? Yang paling berani dulu DS Najib.. dia apungkan harga petrol dan diesel, dia perkenalkan GST. Yang tu saya akui dan beliau bernasib baik ketika langkah langkah itu dilaksanakan takdek konflik dunia seperti mana yang PMX hadapi sekarang dan beliau mewarisi negara yang berada didalam keadaan yang elok hasil pemerintahan sebelum beliau. 


Cuma tulah.. malas la nak cerita, semua orang tahu apa yang berlaku 


Saya tahu apa yang saya tulis ni tak akan memberi apa apa impak tapi saya nak tulis juga..


Kita tak nampak apa yang PMX cuba lakukan untuk negara ketika ini. Kita rasa kerajaan ini jahat sebab buat dasar dasar yang menekan kita. Tapi percayalah.. apa yang beliau buat ini adalah untuk kebaikkan negara kita. Saya tahu jika diberi pilihan beliau pun tak nak buat semua ni. Tapi apa pilihan yang beliau ada? Negara dah nak tenggelam masa beliau ambil alih dulu.. beliau terpaksa.


Saya tidak meminta semua orang bersetuju dengan setiap dasar kerajaan. Mengkritik kerajaan itu hak rakyat dalam sebuah negara demokrasi. Tetapi kritikan juga wajar dibuat dengan memahami keadaan sebenar yang diwarisi dan matlamat di sebalik setiap keputusan.


Mungkin hari ini kita hanya nampak kesusahan yang terpaksa ditanggung. Namun jika usaha membaiki kedudukan fiskal negara ini berjaya, manfaatnya bukan untuk kerajaan hari ini, tetapi untuk anak-anak kita yang akan mewarisi negara ini nanti.