KENA BUANG PARASIT



WISATA Roh


 Bongkar scam , dedah ajaran sesat imam mahdi palsu bani melayu tu bagus da.


Tapi tetiba nak serang jabatan mufti nismilan, nak haramkan Tarekat Naqsabandi , bla bla bla...... 🤦


Tidak ada mufti negara islam atau jumhur ulamak feqah yang haramkan sebarang jenis tarekat.


Ini FAKTA.


Hanya wahabi mason pembenci ahlul bait(keluarga nabi) yang anti gila² dengan tarekat atau apa² ilmu dari ahli sufi.


Dorang twist baiknya, GISB sesat, maka camne ngan tarekat Naqsabandi?


Jauh panggang dari api kot nak samakan atau label kesesatan GISB dengan Naqsabandi.


Bila A salah, tak boleh la nak kata B pun salah.


+++++++


Ikut mana sekalipun JAKIM kena rombak habis-habisan macam institusi PDRM.


Walaun PAS dan pendokong PN yang bekap Al-Arqam dan syarikat GISB cukup banyak.


Mereka dah monopoli habis , Hamzah House of Daim kata "budak kita".


Selagi tak dibuang parasit yang menumpang , teratak madani akan menghadapi masalah.


Molek lantik sorang wakil salafi, sorang wakil sunni, sorang wakil syiah, sorang wakil sufi, etc

duduk satu table , macam 19 parti dalam kerajaan perpaduan.


Hanya roh madani terbukti setakat ni dijadikan contoh oleh negara arab middle east dan islam asia tengah.


Kebangkitan islam dari timur sedang disiapkan.


Bacaan geopolitik saya geng sufi centrist yang akan mendominasi blok BRICS new w0rld ord3r.


Tanda-tanda kecil yang nampak skang ni, ramai mason yang dah insaf dan berjaya di-neutral kan.


Trust the process.


GOD works in mysterious ways.


WR



BODOHNYA HANGPA. BAIK JADI MACAM DIA. SILAP SILAP NAIK OANGKAT.

Desa HM


 Korang bayangkan...


Kalau seorang staff, peg kerajaan, kakitangan awam...


Dengan menteri dalam Kementerian yang dia bekerja pun dia biadap, korang bayangkan bagaimana sikap dia terhadap Pengerusi Agensi yang menjadi majikan dia?


Satu lagi... kalau di depan pun dia boleh tunjukkan samseng bukit mak dia ... korang bayangkan bagaimana di belakang?


Tapi... begitulah Amanah. Sebahagian pimpinan atasan yang membolot dan menjawat beberapa jawatan penting dalam agensi2 kerajaan .. memang sengal abadi... 


Sebenarnya... ada dah kawan2 kat bawah2 dlm Amanah Kedah dah tegur... mintak buang jer mamat sengal CEO Madacorp tu... sebab ramai yang kenal... dia tu walaun tegar. Dilantik sewaktu PAS jadi kerajaan. Waktu lebai PAS jadi Pengerusi MADA.. 


Kawan2 cadang.... Lantik lah orang yang sehaluan dengan kerajaan Madani... senang nk susun kerja, dan sudah tentu tak sabotaj... tapi apa Pengerusi MADA jawab..


"Dia buat kerja elok dah... biaq la dia duduk situ"...


Begitulah tuan2...


So... apa yang korang penyokong kerajaan madani nak harapkan? Kalau pengerusi MADA dah jwb lagu tu.... maknanya, yang bodonya hangpa! 


Demikianlah... 


So... tak terkejut lah dengan apa yang berlaku dalam video smlm. Itu di depan umum... korang bayangkan di belakang... aku ingat.. hari2 depa maki Mat Sabu, Mail dan Asmirul....


Silap2 bawah meja dia ada gambar Mat Sabu... hari2 dia pijak2.. 


Walau apa pun... korang jangan expect mamat bukit mak tu akan dibuang... itu tidak akan berlaku sama sekali. 


Silap2 dia naik pangkat lagi jadi Penolong Pengerusi MADA!


Takdir untuk penyokong gomen... Keh.. Keh.. Keh.. Padan muka.. 


🙄🙄🙄🙄🙄🙄



PAS SIGN MOU DGN PERPADUAN ? BERSATU TERSANGKUT SEKARANG ?

TERKINI! PKR tuntut Zuraida RM10 juta | Bersatu bidas 'retorik murahan' ...


1. Ramasamy dakwa kerjasama DAP-UMNO punca kaum Cina jauhkan diri 2. 180 peluru berpandu balistik Iran dilepaskan ke arah Israel 3. anggap mahakaya tidak peduli subsidi pendidikan, Wan Fahysal bidas kenyataan PMX 4. Bersatu sifatkan Gerakan 'tidak layak' kritik soal sokongan pengundi PRK 5. Lahad Datu: Mahkamah jatuhkan hukuman mati terhadap tujuh warga Filipina 6. Mahkamah tetapkan 11 Disember keputusan rayuan Zuraida berkaitan Tuntutan RM10 Juta oleh PKR Ikuti perkembangan semasa isu-isu panas politik Malaysia, setiap hari, hanya di NextStep Malaysia



RAKYAT KELANTAN TERUJA DS ANWAR! DATANG & TINJAU PASAR SITI KHADIJAH SEK...


emalam saya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5.5 juta bagi membaikpulih pasar ikonik Siti Khadijah di Kota Bharu. Sebanyak RM1.5 juta telah diluluskan sebelum ini. Insya-Allah, saya akan pastikan ia siap mengikut jadual dan para peniaga dapat berniaga dengan selesa.

YADIM KEDAH BAGI SUMBANGAN MANGSA BANJIR.

 


BAGI Penduduk Kampung Padang Luar, Kubang Pasu, Kedah, bencana banjir pada tahun 2024 akan sentiasa diingati. 


Masakan tidak, kurang tiga hari pulang dari Pusat Pemindahan Sementara (PPS), mereka terpaksa berpindah semula apabila banjir datang buat kali kedua dalam tempoh seminggu. 


Prihatin dengan nasib mereka, pihak YADIM Kedah dan Perlis telah menyantuni mereka dengan menyampaikan pek Sumbangan Madani pada 2 Oktober. 


Sumbangan telah disampaikan oleh Penolong Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustaz Ahmad Afif Zuhdi Ahmad Zaki kepada lapan keluarga.


Pihak YADIM Negeri Kedah dan Perlis akan meneruskan program YADIM Peduli bagi menyantuni mangsa-mangsa banjir yang terkesan selepas ini.


***


YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.


Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.


Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun  1402 3010 0455 56 (Bank Islam) 


Atau klik link dibawah :


Sumbangan secara potongan bulanan


InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim


Sumbangan secara one-off

InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment-https://infaqpay.my/collection/yadim


#melestarigerakandakwah

#MalaysiaMadani

#PDN2024



SIAPA BAKAL KENA KALI INI.

 


Pendedahan Pertama bersama Dr Maszlee Malik dahulu mendedahkan sejarah Sheraton, isu SPANCO dan 1 Bestarinet yang viral dan akhirnya tangkapan oleh SPRM dan melondehkan Muhyiddin Yassin



Kali ini, kita kembali gegarkan bumi Malaysia dengan pendedahan terkini lagi. Kali ini Isu apa? Siapa bakal kena? Siapa bakal kita dedahkan? 


Tunggu 9 Oktober 10.30 malam hanya di Youtube Iswardy Morni Official. Sekiranya belum subscribe, mohon klik button subscribe:


https://www.youtube.com/@IswardyMorniOfficial



LAMA TAK PERNAH DENGAR PASAR NI KERAJAAN PUSAT BANTU.





 Semalam saya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5.5 juta bagi membaikpulih pasar ikonik Siti Khadijah di Kota Bharu. Sebanyak RM1.5 juta telah diluluskan sebelum ini. Insya-Allah, saya akan pastikan ia siap mengikut jadual dan para peniaga dapat berniaga dengan selesa. 


#MalaysiaMADANI



DAH TERUK KENA BALUN DENGAN NETIZEN BARU WALAUN CARI ALASAN?








Dah kena balun dgn netizen baru kalut cari alasan. Tapi yg lebih kenot brain ada yg nak backup dia atas alasan jgn buat "Cyb*r Bully*ng*. Pi nasihat walaun jangan dok Bul* Siber terhadap PMX dulu. Baru adil.


[UPDATE] : Viral kununnya permohonan maaf dan mamat tu sudah bersalam lebih awal. JIKA BENAR, dia memg TIDAK beradab sebab kali kedua ke atau ketiga ke sebagai menjaga air muka dan tanda hormat, kita patut sambut bila org hulur salam walau pun kali kedua.


Daripada al-Bara’ berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ، فَيَتَصَافَحَانِ، إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَتَفَرَّقَا


Maksudnya: “𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸𝗹𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝘂𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺 𝗶𝘁𝘂 𝗮𝗽𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗺𝘂, 𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻𝗮𝗻, 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝗸𝗲𝗱𝘂𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗶𝘀𝗮𝗵.” 


[Riwayat Ahmad (18547)]


So, yg risau sgt nak bersalam kali kedua apa kejadah? BOLEH jadi salam pertama pun tak ikhlas.

Jenis walaun ni dia buat dulu lepas tu dia minta maaf.


Wallahualam.


-Zus Din

02102024



KALAU BEZA POLITIK SEKALI PUN. ORANG NI JANGAN DIJADIKAN CEO. TAK KAN TAK ADA ORANG LAIN.


 

KARTEL UMRAH KINI DIHAPUSKAN


 

KALI NI HANG BUAT POSTING FITNAH MASUK LOKAP LA.


 

HARAP DIA DIPECAT KERANA TIADA ETIKA HORMAT MENGHORMATI. SOH CARI KWEJA LAIN.. SEBAB IANYA BOLWH MWNGGAGALKAN INATITUSI MADA ITU SEKALI.


 

LAWATAN PMX KE PAKISTAN.


 Kerajaan Pakistan menaik taraf status lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pakistan bermula hari ini, kepada lawatan negara, menandakan persahabatan yang akrab antara kedua-dua negara.



Anwar turut dijangka menerima Anugerah Penghormatan Tertinggi Pakistan kepada Pemimpin Luar iaitu Nishan-e-Pakistan, atas ketokohan beliau memupuk hubungan dua hala antara Malaysia dan Pakistan ke tahap lebih baik. 


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



YELLEK DOK PAHANG MENDE.

 

Benda dan data seperti ini puak Pembangang & Walaun boleh hadam ke??🙆




SANUSI KATA KEPALA BAPAK HANG.


 

LAWATAN PMX KE PASAR SITI KHADIJAH


Dr Hafizah Mustakim


 Hari ini merupakan detik bersejarah buat para peniaga di Pasar Siti Khadijah dan penduduk sekitar. Saya berpeluang mengiringi YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam sesi ramah mesra bersama peniaga-peniaga di sini. Hadir sama YB Nik Nazmi, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, YB Mohd Syahbuddin, ADUN Galas, YB Azmawi Fikri, ADUN Nenggiri, serta pemimpin tempatan lain.








Majlis dimulakan dengan perbincangan antara YB Nik Nazmi dan pihak pengurusan Pasar Siti Khadijah mengenai isu-isu kritikal seperti infrastruktur dan pengurusan. Kehadiran Perdana Menteri yang secara mengejut membuat walkabout di pasar sebelum acara rasmi, menyapa para peniaga dan pengunjung, disambut dengan sangat meriah. Kejutan ini memberi impak yang mendalam, dan peniaga-peniaga tempatan amat menghargai interaksi langsung tersebut.


Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM5.5 juta di bawah RMK-12 untuk membaik pulih Pasar Siti Khadijah, menjadikan jumlah keseluruhan dana projek ini sebanyak RM7 juta. Dana ini akan digunakan untuk membaik pulih tandas, bumbung, dan pendawaian, memberikan manfaat kepada lebih 1,500 peniaga.


Perdana Menteri turut menekankan kepentingan kebersihan dan keselamatan pasar. Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang tidak menjaga kebersihan atau menyewakan premis kepada warga asing. Ini adalah langkah penting untuk memastikan Pasar Siti Khadijah terus menjadi pusat ekonomi yang selamat dan bersih.


Sebagai ADUN Kota Lama, saya berbangga dengan usaha kerajaan dalam memperbaiki infrastruktur pasar yang menjadi nadi ekonomi Kota Bharu. Saya berharap kerja-kerja ini dapat dijalankan segera, seperti yang diarah oleh Perdana Menteri, agar pasar ini lebih selesa dan selamat.


Saya juga menyeru semua peniaga untuk terus menjaga kebersihan dan mematuhi peraturan demi kesejahteraan bersama. Mari kita pastikan Pasar Siti Khadijah kekal sebagai ikon yang mencerminkan identiti dan warisan Kota Bharu. 


Terima kasih kepada semua yang terlibat. Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak, kita akan terus maju bersama.


#DrHafidzahKotaLama

#kitabinabersama



MASING MASING TANDING SENDIRI. KEMUDIAN GABUNG.


 Ridwan Khusaini


Kalau tanya my opinion, better tanding sendirian, lepas dapat keputusan baru bincang untuk bergabung berdasar kerusi masing2. Sebab BN sebenarnya cuma bernasib baik kerana ketika prn negeri 2022 dulu ketika itu negara baru nak recover dari covid serta kadar keluar mengundi pada prn negeri Johor masa tu sekitar 50% je. Lagi satu faktor yg bantu kemenangan BN adalah PM masa tu dari parti mereka. 


Tetapi situasi amat berbeza pada 8 bulan kemudian pada pru 15, BN hanya mampu menang 9 kerusi saja walaupun mereka kuasai 2/3 Dun kerana Kadar keluar mengundi hampir 70%. PH menang 15 kerusi parlimen. Kalau di translate pada dun, PH menguasai dun di Johor. So kalau prn Johor diadakan serentak dengan PRU 15 dulu, belum tentu BN perintah Johor lagi.  


Satu perkara yg perlu di fikirkan, pada prn Johor akan datang kalau sekiranya PH dan BN Nak kerjasama, bagaimana mekanisma nak tentukan jumlah kerusi di tandingi masing2? Adalah berdasar prn Johor 2022 atau berdasar data pru 15? Kalau berdasar prn Johor, PH hanya boleh bertanding 13 kerusi je dan agak tak logik sedangkan PH kuasai kerusi parlimen di Johor. Kalau Nak ikut keputusan prn Johor sebagai asas, ia tak mencerminkan realiti kerana yg keluar mengundi kurang 50% ketika itu berbanding hampir 70% pada pru 15.



TAK MALU TUA TUA PUN TUMMPANG LAGI JASA MAK AYAH...

 Che ibrahim


Sebab tu mereka berpusu pusu ke Selangor Penang untuk cari kerja, rumah yang ada milik mak ayah....



PH SAJAKAH PERLU MINTA MAAF, UMNO TAK NAK MINTA MAAF JUGA KE


1 October 2024


Kalau mahu dibuat persamaan, UMNO sekarang ini tak ubah seperti lelaki yang mudah terangsang dan mudah pula klimaksnya.


Baru menang dua PRK – Nenggiri dan Mahkota – sudah bertebaran kenyataan mengatakan sokongan orang Melayu telah kembali semula kepada parti itu.


Lantaran seronok dengan andaian itu, seorang pemimpin UMNO Johor iaitu Timbalan Speaker Dewan Negara, Nur Jazlan Mohamad, belum pun sempat  lagi Adun Mahkota yang baru, Syed Hussein Syed Abdullah mengadakan kenduri kesyukuran atas kemenangannya, lantas mahu PH meminta maaf kepada parti itu.


Katanya, dengan kembalinya sokongan orang Melayu kepada UMNO kini, PH tiada pilihan lain selain perlu bergantung kepada sokongan parti itu untuk memastikannya kekal sebagai kerajaan.


Sehubungan itu, sarannya, PH harus meminta maaf secara terbuka kepada UMNO atas serangan selama berdekad lamanya kepada parti itu yang kini diketuai Ahmad Zahid Hamidi.


“PH kena sedar dan mungkin kena minta maaf kepada UMNO atas segala tohmahan, tuduhan dan persepsi yang telah mereka cipta sejak berpuluh tahun lalu hingga menyebabkan UMNO dipandang kotor oleh pengundi.


“Hari ini, suka atau tidak, PH amat memerlukan UMNO.


“Tanpa undi Melayu yang dibawa UMNO, PH boleh lupakan harapan untuk kekal berkuasa,” katanya lagi.


Kepada Nur Jazlan, pandang kiri kanan dululah sebelum mahu berkata-kata.


Apakah PH saja yang memerlukan UMNO dan UMNO langsung tidak memerlukan PH?


Apa nasib UMNO hari ini kalau selepas PRU15 lalu, sebagaimana dicadangkan oleh Agong ketika itu, PN sedia bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan?


Selain itu, apakah PH saja yang perlu meminta maaf kepada UMNO dan UMNO tidak perlu meminta maaf kepada PH?


Lupakah Nur Jazlan bahawa UMNO selama puluhan tahun juga lebih teruk mengecam dan menyerang PH, termasuk isu-isu peribadi Anwar Ibrahim ketika BN berkuasa sebelum ini?


Tak nak minta maaf juga ke?


Dalam pada itu, sebagai makluman Nur Jazlan, untuk mengatakan sokongan Melayu telah kembali kepada UMNO hanya semata-mata parti itu baru menang di Nenggiri dan Mahkota, ia masih jauh daripada realiti yang sebenar.


Baru dengar berita Fazura nak bercerai, ia belum membolehkan sesiapa pun untuk pergi ke kedai emas membeli cincin untuk meminang.


Untuk membuktikan sama ada UMNO benar-benar telah diterima semula oleh orang Melayu atau tidak, perlu ada beberapa PRK lagi sebagai ujian penentunya.


Kalah dah menang, misalnya enam atau tujuh PRK, barulah selepas itu boleh mendabik dada mengatakan sokongan orang Melayu telah kembali.


Tetapi, itu pun tidak semestinya tepat seratus-peratus juga sebab sebelum PRU14 dahulu, walaupun UMNO menang dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, tetapi UMNO tetap hilang kuasa akhirnya.


Hakikatnya, banyak faktor perlu diambil kira dan dianalisa sebelum UMNO mahu mendabik dada mengatakan mereka kini telah berjaya mendakap kembali sokongan Melayu.


Jangan stim awal sangat, nanti klimaks pun cepat juga.


Namun, jika terbukti akhirnya sokongan Melayu benar-benar telah kembali kepada UMNO sebelum PRU16 nanti dan parti itu berjaya memenangi lebih banyak kerusi berbanding PKR, atas nama kepentingan Melayu, ia dengan sendirinya akan membuka jalan untuk Zahid Hamidi menuntut kerusi Perdana Menteri.pula.


Ertinya, PKR dan Anwar kena hati-hati juga. – ShahbudinHusin 01Oktober2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/10/01/janganlah-umno-cepat-klimaks.html



CEO MADA CORP KEDAH ENGGAN BERSALAMAN YB MENTERI MAD SABU KPKM.

LIVE : DAIM GUNA BLOOMBERG UNTUK KETEPI PANDORA PAPERS




CEO MADA CORP KEDAH ENGGAN BERSALAMAN YB MENTERI MAD SABU KPKM.



Live Panas Berkaitan Ceo Lembaga Pengarah Mada Corporation Kedah, Apabila Yb Menteri Mohammad Sabu Mahu Bersalaman Bersama Beliau Terus Beliau Buat tidak Tahu Malah Tidak Melayani. beliau Hanya Senyum Sahaja. Sangat Tidak Patut Dibuat Begitu Terhadap Seorang Menteri. Kita yakinkan agarkan Mb Menteri Mohamad Sabu Mengambil Tindakkan Diatas Kebidapan Beliau. Tajuk Seterusnya Berkaitan Politik Tanah Air Dan Perdana Menteri Malaysia Yang Panas dan Hangat Diperkatakan. Jom Tonton Hingga Tamat. Pelbagai Perkongsian Video akan ditunjukkan Didalam Live Solihin Shabudin. Harap Memberi Manfaat Kepada Para Penonton dalam Siaran Ini. Terima Kasih, Teruskan Menonton Hingga Tamat.





IRAN MEMPERTAHANKAN DIRI.

 

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menegaskan, serangan peluru berpandunya ke atas Israel semata-mata untuk mempertahankan kepentingan negara dan rakyatnya.



Dalam masa sama, negara itu memberi amaran kepada Israel, pelancaran peluru berpandu balistik pada Selasa merupakan "hanya sebahagian daripada kuasa kami."


“Tindakan ini adalah untuk membela kepentingan dan rakyat Iran. Untuk memberitahu (Perdana Menteri Israel Benjamin) Netanyahu bahawa Iran tidak berperang, tetapi ia berdiri teguh menentang sebarang ancaman. 


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



LEMBAB BAB NAK UCAP TERIMA KASIH. BAB NGANJING DAN MINTA CEPAT JA.

 

MSO


Dalam masa tidak sampai seminggu negeri Kelantan mendapat peruntukan tambahan bagi kemudahan perasana di negeri berkenaan. 



Sempena kunjungan Perdana Menteri ke Kelantan untuk menerima anugerah darjah kebesaran daripada Al Sultan Muhammad V hari ini, Datuk Seri Anwar mengumumkan peruntukan untuk keceriaan pasar Siti Khadijah RM 5.5 juta.


Tiga hari lepas Menteri Agama Dr Mohd Na’im Mokhtar telah mengumumkan sumbangan untuk pembinaan masjid di Telekong berjumlah RM1.2 juta. 


Tudak sampai seminggu rakyat Kelantan menerima peruntukan atau sumbangan daripada kerajaan Madani bernilai RM6.7  juta.


Setakat ini belum ada ucapan terima kasih bertulis atau bersuara daripada kerajaan Kelantan. Esok kok?


Pemimpin kerajaan Kelantan dan para wakil rakyatnya memang lembab dalam hal hal berterima kasih ini hanya cepat dalam hal menerima sahaja dan menyindir serta menganjing kepada PM. Trims.



KERANG BUSUK NI MULA MULA LATAH NAK SOKONG KERAJAAN PERPADUAN. PAS TU DIAM SEBAB TAK JADI.

Najib Bakar. 


Kesetiaan menghalangi

Ku pindah ke lain hati

Dan tak ingin ku melukai

Mendambakan cinta ini 

Hanya kekalnya denganmu

Tapi kudrat tak di tanganku


 Mohamad Vayuz. 



Ramai rakyat definitely lupa.. tapi Insha'Allah aku takkan lupa... Dari awal era Kerajaan Gagal memang dah proven yang pemimpin macam Taki ni takde hati perut. Kenapa kezaliman Kerajaan Gagal dulu ramai orang mudah lupa ye?


PATUT KALAH.. SIB BAIK UMNO TAK IKUT KELAKU MAMAT NI.

Che Ibrahim


 Patut pun MCA kalah hampir di semua kerusi ketika lawan DAP sebab DAP tidak mahu belajar cara MCA yang bermuka muka dengan UMNO.



ANWAR TANPA SAINGAN.

Nabeil Ahmad


 Ada yang kata PMX akn bertahan tak lebih dari sepenggal (60 bulan). Sy jwb, alhamdulillah. 


Sbb ada yg 22 bulan PM7, ada yang sempat 17 bulan PM8, ada yang 15 bulan PM9. 


Ada yang meramalkan, selagimana PN tidak ubah pendekatan politik yg hanya bergantung kpd 3R dan tidak ubah kepimpinan yg ada, selagi itu DSAI akn bertahan sehingga 2 penggal. 


Hujahnya :


1. Dalam PN siapa calon PM? Hadi? Azmin?

2. Dalam PN siapa yg berpengaruh diperingkat antarabangsa?

3. Dalam PN siapa yg ada track rekod dan benar teruji?

4. Dalam PN siapa yg mampu pulihkan ekonomi negara, selepas 33 bulan terbukti gagal?

5. PN sukar mendapat sokongan dari Sabah dan Sarawak.

6. PN tidak melambangkan wajah Malaysia, sebaliknya membawa imej melayu yg ekstrem.

7. Betapa tak ada yg layak, PN terpaksa perkudakan sang saka tua sbg penasihat SG4.


Jika dibaca penulisan dibawah, penulis bukan lah menyokong PMX. 


Tapi seperti tajuk dibawah :


Anwar tanpa saingan.


Buat masa ini, saya iyakan.



CEO MADA CORP KURANG AJAR BIADAP DAN CELAKA. SIKAP MACAM NI JANGAN ADA PADA BANGSA MELAYU.


 

KALAU YA PUN HANG TAK SUKA. TAK KAN LA TAK MAU SALAM. LAHANAT BETOI.

 Zuz Din


Jom kita singgah page Pengerusi MADA dan beri sedikit nasihat pada beliau agar CEO dia jangan perangai jijik dan biadap tak hormat pemimpin.





MEROYAN BILA HILANG JAWATAN LEPAS TEBUK ATAP KALAH. HARI HARI NAK PILIHANRAYA.

 

Kemaruk betul nak kuasa. Sibuk nak pilihanraya. Dia ingat pilihanraya tu murah macam ayam sekilo zaman Madani? Woi! PRU mahal la woi! Lagi mahal dari harga ayam, telur dan minyak masak zaman PN!.



Lagipun berderetan PRK yang PN kalah. Tempat yang asalnya PN sandang pun 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀. Nak PRU apa lagi? Kalau rasa kuat sangat sokongan, bawa 𝘂𝘀𝘂𝗹 𝘂𝗻𝗱𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮 ke parlimen. Boleh menang tak.


Nak kata rakyat sokong PN pun takde jugak. Tu buat himpunan 𝗧𝗼𝗹𝗮𝗸 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿, berapa kerat je turun? Tu pun entah entah berbayar. Sedar la diri. Rakyat dah tolak kerajaan kayu yang macam 𝘂𝗹𝗮𝗿 𝘀𝗮𝘄𝗮 𝗸𝗲𝗻𝘆𝗮𝗻𝗴.


Sibuk nak kuasa. Tapi dapat kuasa langsung tak buat apa. Tutup ekonomi, tutup industri, 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗽𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻. Rakyat sudah dibiarkan. Doa sebat duit 𝗝𝗮𝗻𝗮 𝗪𝗶𝗯𝗮𝘄𝗮. Lepas tu sibuk nak kuasa lagi. Pigi da! Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.