Terdesak… Gerabak keretapi dijadikan wad isolasi di India
Susulan peningkatan pesakit Covid-19 di India, gerabak kereta api diubah suai menjadi wad isolasi.
Menurut laporan Gulf News, pekerja membuat semburan nyahkuman di gerabak kereta api yang akan digunakan sebagai wad bagi menempatkan pesakit pandemik itu.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif, Northeast Frontier Railway (NFR) sudah memulakan mengubah gerabak kenderaan itu kepada wad isolasi di Depoh Penyelenggaraan Gerabak di Kamakhya dan Guwahati.
Langkah itu diambil selepas mendapat nasihat pakar perubatan di NFR Central Hospital di Maligaon.
Dalam satu kenyataan rasmi, pihak berkenaan memaklumkan setiap kabin dalam gerabak itu boleh menempatkan seorang pesakit.
“Terdapat 9 kabin di dalam satu gerabak.
“Tempat meletak botol minuman ditambah dan soket elektrik serta beberapa kelengkapan perubatan disediakan,” katanya.
Kata kenyataan itu lagi, langsir plastik dipasang antara dua kabin untuk tujuan pengasingan itu.
“Satu daripada empat tandas dalam gerabak itu diubah kepada bilik mandi.
“Penebat juga diletakkan di atas bumbung dan tepi tingkap gerabak itu bagi mengurangkan suhu di dalam wad berkenaan.
Terdahulu, Menteri Kereta Api Piyush Goyal membuat ciapan menerusi Twitter mengumumkan inisiatif itu dalam usaha memerangi Covid-19.
Sementara itu, Naib Presiden M Venkaiah Naidu merakamkan penghargaan atas inisiatif pihak berkenaan.
“Usaha ini menggambarkan penyelesaian inovatif mampu membantu kita dalam memerangi koronavirus,” katanya menerusi Twtitter.
KLIK VIDEO: Sazzy Falak tiru suara Doraemon, suami tunjuk reaksi bingung
KUALA LUMPUR, 1 April — Saranan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meminta orang ramai melakukan perkara menghiburkan hati dengan meniru gaya percakapan watak animasi Doraemon sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disahut pelakon Sazzy Falak.
Memuat naik video di media sosial, Sazzy dilihat berkomunikasi menggunakan nada Doraemon ketika suaminya Nazril Idrus sibuk memasak di dapur.
“Sayang, potong brokoli bukan macam itu. Nanti saya tunjuk,” katanya sambil diiringi ketawa kecil.
COVID-19: 2 lagi kematian, 66 kes perlu bantuan pernafasan
Terdapat 142 kes baharu yang telah dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,908 kes.
Sehingga kini, seramai 102 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 66 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini terdapat pertambahan dua (2) lagi kes kematian berkaitan COVID-19.
Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 45 kes (1.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Kes kematian ke-44 (kes ke-193) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 80 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.
Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-115). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 13 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 4.30 pagi.
Kes kematian ke-45 (kes ke-1053) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-486). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 10.46 malam.
Aqidah Dr Maza yg Sebenar Adalah Perkauman, Bukan Sunnah
Dr Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza seorang yang dikenali seluruh Malaysia sebagai seorang alim yg kuat berpegang dengan sunnah.
Pelbagai pandangan beliau menongkah arus kerana rata2 di Malaysia berpegang dgn ajaran Mantiq dan Kalam sedangkan dia sepenuhnya dengan Sunnah.
Namun, sejak akhir akhir ini, dia mula menampakkan warna beliau yang sebenar.
Yakni beliau bukanlah berakidah Sunnah tetapi Assabiyyah Melayu.
Klik Imej
Semalam di Instagram beliau dengan garang mahukan hukuman dikenakan ke atas seorang perempuan Cina yang memaki Polis. Kita tak nafikan perempuan itu bersalah, namun sebelum itu ada banyak kes orang Melayu yang memaki dan mencarut Polis. Tapi, Dr. Maza tidak bersuara sedikit pun.
Posting di bawah ini mungkin dapat memberi pencerahan:
Kes Hina Polis
Nursahira Mizuar kata polis babi. Didakwa di mahkamah. RM10, 000 denda, 3 bulan penjara. MAZA diam.
bharian.com.my/node/671268/amp
Aini Syanina kata polis bodoh. Didakwa di mahkamah. RM6, 000 denda. MAZA diam.
bharian.com.my/node/663466/amp
Mohd Fathi Hasan kata polis beruk. Didakwa di mahkamah. RM8, 000 denda. MAZA diam.
hmetro.com.my/node/558346/amp
Ada amoi kata polis stupid idiots. Belum didakwa di mahkamah. MAZA up status instagram kata patutkah disimpan rakyat sebegini.
https://www.instagram.com/p/B-Y4vS6l-NG/?igshid=1al6npst62vq6
Hakikatnya Dr Maza adalah seorang RASIS dan penganut Assabiyyah Melayu.
Menyanyangi bangsa tidak diharamkan tapi bersikap tidak adil sebegini diharamkan Allah dan memburukkan nama baik Islam.
Sedangkan Al Quran mengajar kita:
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Surah al-Maaidah, ayat 8
Mengikut semua mufassirin, umat Islam tidak dibenarkan berlaku zalim hatta sesuatu kaum itu memusuhi dan mahu membunuh kita. Kezaliman tidak boleh dilakukan atas nama Islam dan jauh sekali atas nama bangsa Melayu.
Tindakan Dr.Maza ini serta beberapa tindakan beliau sebelum ini juga melanggar ayat ini namun Dr. Maza yang sama ke sana ke mari mendakwa dirinya memperjuangkan Sunnah dan menentang Bidaah serta mengagungkan jalan para Salafusoleh.
Kehadiran beliau dalam Perhimpunan Maruah Melayu juga membuktikan beliau bukan seorang pejuang Sunnah Nabi SAW. Beliau menjadikan perjuangan bangsa sebagai asas aqidah beliau sedangkan assabiyyah diharamkan dalam Islam berdasarkan ayat di atas.
Yang lebih menyedihkan adalah kempen #Buy Muslim First beliau yang menghukum semua peniaga-peniaga bangsa Cina seluruh Malaysia sedangkan peniaga2 Cina tersebut tidak pernah menzalimi peniaga2 Melayu dan Islam. Apa dosa mereka mahu dihukum sebegitu oleh Dr. Maza?
Saya tak kesah kalau Dr. Maza secara terbuka mendedahkan beliau adalah pejuang bangssa Melayu dan membenci kaum lain dari Melayu. Namun, Dr Maza menampilkan dirinya sebagai seorang pejuang Islam sekaligus memburukkan nama baik Islam.
TULANG BESI
https://www.malaysiawaves.net/2020/04/aqidah-dr-maza-yg-sebenar-adalah.html
DULU KUTUK PH MACAM MACAM...
Sejak menteri Kesihatan buat teori air suam menghapuskan Virus.. selepas itu Muhyidin bertindak bijak, Menteri bukan lagi jadi jurucakap.. walaupun Menteri dibantu dengan 2 Timbalan Menteri, Bukan hanya Kementerian Kesiahatan.. Semua Menteri dilarang mengeluarkan kenyataan.. Suara mereka di Kuaratin..
70 Menteri makan gaji buta ni pun..rehat lah masing2 dirumah, Tiba tiba rakyat tanya lagi..rakyat tengah susah..Mana semua Menteri.. makan gaji buta ker ?
Oleh kerana rasa tercabar..dan membuktkan depa buat Kerja..Sorang sorang Menteri Menyahut cabaran,, Walaupun Menteri Kesihatan hanya berbicara di Facebook..Sekali lagi kena Kritik.. Sebab dedahkan identiti pesakit Corona Virus yang meninggal Dunia..
Tak cukup dengan itu hari ini menambahkan gelak tawa rakyat, Menteri dah siap nyanyi lagu raya.. Biarpun rakyat nak keluar rumah pun tak boleh.. aku sendiri pun belum tonton video dia..
Lepas tu Menteri Perumahan pun mula tunjuk dia pun buat Kerja..Maka dia pun pakai Sut perlindungan yang jadi hak barisan depan negara sambil cuci jalan.. Sekali lagi Menteri tunjukkan Kebodohan mereka dan dikritik rakyat..
Menteri Wanita dan timbalan dia yang tak berapa cerdik itu pula nak tunjuk cakna kepada Wanita.. Sekali lagi dikritik rakyat dan media Antarabangsa kerana saranan Isteri bersuara Doraemon..
Menteri Alam sekitar kali terakhir pula dikesan bicara pasal pokok Durian Musang King.. Mula bangkitkan teori Virus di saluran kumbahan.. dan teori alam sekitar dan udara Bersih sebab PKP...
Menteri Kewangan pula terpaksa tangguhkan bual bicara di TV3 sebab kantoi di siaran Astro Awani.. hatta PM sendiri kantoi, Kononnya membeli belah berseorang..akhir dia sendiri langgar perintah PKP sebab bersama dengan isteri..
Nasib lah Menteri lain tak bersuara.. Kalau tak..tak tahu apa jadi.. Rakyat dah tak perlukan siaran Astro untuk tonton lawak jenaka.. tapi itulah.. Jumlah 70 Menteri ini tak langsung berguna kepada Rakyat....
yang lebih malang, Kita akan berhadapan dengan krisis ekonomi dengan Barisan Menteri seperti ini.. tak tahu lah apa nasib rakyat lepas ini.. tapi ini lah barisan Menteri dikalangan bani Melayu Islam yg dibangga banggakan Mufti Utara kononnya sebagai anugerah Allah.. Sekali lagi malangnya rakyat kita sebab ada Mufti seteruk dan se Asahbiyah seperti Mufti Utara.. :)
Ipohmali
PENDUDUK INDERA MAHKOTA KUTUK SAIFUDDIN ABDULLAH
Beliau mengimbas kembali kesukarannya mempromosikan Saifuddin di Indera Mahkota. Atas bantuan pimpinan akar umbi KEADILAN, akhirnya, Saifuddin menang dan pengundi-pengundi di Indera Mahkota membuat kenduri kesyukuran meraikan kemenangannya. "Rupanya perangai lama dia tak berubah." Kata Wan Fauzdin, belum sempat rakyat di Indera Mahkota puas menikmati kemanisan kemenangan yang membawa kepada wujudnya kerajaan baharu PAKATAN HARAPAN - hanya 22 bulan sahaja. "Termakan dengan hasutan dan umpanan orang yang rakus dan tamak, Ahli Parlimen Indera Mahkota ini tergamak meninggalkan para pengundinya dan mereka yang tidak tidur siang malam membantunya dulu." "Tanpa malu dan rasa bersalah," kata Wan Fauzdin, Saifuddin "khianat tinggalkan parti menyeberang untuk bersekongkol dengan puak yang dulunya beliau gelar kleptokrasi untuk merampas Kerajaan yang terbina dari mandat rakyat."
BUAT MUFTI PERLIS
MOHD SHAH RIM
Kehadapan Dato Mufti Perlis yang dikasihi.. untuk makluman Dato' baru baru ini ada wanita lain yang memaki hamun pihak polis dan telah pun dikenakan hukuman penjara, tapi tak kedengaran pula kritikan Dato masa itu, mungkin masa tu Dato tengah busy kerana menjadi jurucakap kerajaan PN..begitu juga semasa MCA menegaskan kerajaan PN bukan kerajaan Melayu/Islam, Dato seolah takut untuk menegur MCA, tapi jika DAP yang keluarkan kenyataan, sudah pasti Dato akan menulis panjang lebar ibarat panglima perang yang membawa panji panji Islam...jadi persoalan sekarang, wajarkan simpan Mufti sebegini..??
Tradisi tegur-menegur, semak-imbang di waktu genting
Ada kenalan menegur tulisan terbaru saya yang cuba menjejaki punca keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan, akhir Februari lalu. Katanya, di waktu wabak maut Covid-19 mengganas, amat wajar polemik politik yang tidak berkesudahan itu dihentikan atau sekurang-kurangnya ditangguhkan. Kita perlu fokus terhadap agenda lebih mendesak.
Saya akui, memang benar, bukan sahaja negara berdepan ujian maha dahsyat, malah seluruh planet bumi ini merupakan zon perang yang menakutkan. Kita bertempur dengan musuh berbahaya yang tidak kelihatan. Mangsa tumbang seorang demi seorang tanpa kesan peluru. Tiada letupan bom atau ledakan serangan pesawat tempur. Tiada penawar atau ubat yang mampu merawat.
Keutamaan sekarang adalah saling memperkukuh keupayaan dan melengkap persiapan melawan virus, khasnya memutuskan rangkaian penyakit dan menurunkan segera kadar kes-kes baru. Impak sosio-ekonomi yang dahsyat harus diminimumkan. Alhamdulillah, kita saksikan reaksi masyarakat untuk turut sama menyumbang meringankan bebanan begitu baik sekali. Bantuan makanan serta peralatan kesihatanndiusahakan dengan pantas, termasuk oleh NGO dan pemimpin masyarakat. Pihak kerajaan juga segera melancarkan pakej rangsangan ekonomi.
Saya sekadar ingin mengingatkan, menginsafi kita semua berdepan situasi genting umpama menentukan hidup dan mati, tidak bermakna harus menerima begitu sahaja dasar atau program pemerintah yang bertujuan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat. Kritikan balas adalah proses percambahan idea bagi menyaring resolusi terbaik dan mengelak kesilapan polisi berulang. Negara maju sendiri terdedah dengan kealpaan daripada unjuran luar jangka.
Sementara kita mengalu-alukan dan menyambut baik pakej RM250 bilion itu, usaha pengawasan dan penyeliaan yang telus serta bertanggungjawab tidak sesekali boleh diremehkan. Proses semakan Parlimen, apatah lagi membabitkan belanjawan tambahan yang begitu besar, mesti dipatuhi. Malah polemik awal yang mengatakan dana sebenar yang dikeluarkan kerajaan hanya sekitar RM22 bilion (tidak sampai 10 peratus seperti diumumkan Muhyiddin Yassin) menunjukkan ia perlu diperdebatkan di Dewan Rakyat. Tidak bererti program rangsangan ini perlu ditangguhkan. Ia bagi menghasilkan keputusan terbaik dicapai, juga memastikan proses implementasi tidak diganggu kebocoran dan ketirisan.
Sidang Parlimen yang dijadualkan baru-baru ini telah ditangguhkan sehingga pertengahan Mei depan, khabarnya kerana “kerajaan pintu belakang” bimbang untuk berdepan undi tidak percaya kepada perdana menteri. Sewajarnya sidang tergempar dipanggil untuk membahaskan pakej rangsangan ekonomi RM250 bilion itu memandangkan prosedur ini melengkapi amalan demokrasi negara.
Sesuatu yang ironis apabila pihak tertentu berang dan tidak senang dengan mesej yang dilihat sarat politik, terutama mengandungi kritikan atau pandangan kedua terhadap pemerintah. Walhal, dahulu kelompok mereka juga yang mempolitikkan apa juga isu dan insiden bagi menyebar-luaskan tohmahan bahawa kerajaan PH bersikap anti-Islam dan menganaktirikan Melayu. Menteri DAP dituduh kononnnya menguasai Puterajaya, manakala anggota pentadbiran Melayu – malah perdana menteri Dr Mahathir — setakat menjadi khadam ekstremis Cina. Kematian Adib, menteri kewangan DAP, isu Tabung Haji, penjualan aset tertentu, subjek Jawi, bantuan zakat, pembangunan Kampong Baharu, status Jakim, dan rentetan isu-isu sensitif lainnya dipakejkan bagi menggambarkan Melayu dan instutusi berkaitan dalam keadaan terancam. Pakatan Harapan ditohmah sebagai pengkhianat bangsa dan umat.
Sepatutnya di waktu kritikal dan menghampiri darurat ini, semua pihak berkepentingan, khususnya wakil rakyat yang mendapat mandat sah, di peringkat negeri dan persekutuan, digembleng secara sistematik tanpa dipengaruhi sentimen politik kepartian. Dana bantuan yang terputus, wajar disalurkan semula. Eksperimen getir ini tidak pernah berlaku, justeru kita tandus pengalaman, dengan itu segala sumber perlu dikongsi. Sedikit kesilapan mungkin mengundang padah dan bencana lebih buruk. Idea dan buah fikir terbaik, insya Allah membawa manfaat untuk semua, selain tulus mengharapkan Reda dan Rahmat Ilahi.
Wabak Covid-19 yang tidak terduga ini menginsafkan setiap individu tanpa kecuali seorang pun, akan kekerdilan insan yang cukup lemah dan amat bergantung kepada kekuasaan Allah. Masing-masing tidak boleh selamat hanya dengan ikhtiar diri sendiri semata-mata. Dunia ini begitu kecil di bawah genggaman Tuhan Yang Maha Agung. Moga ujian ini segera diangkat, ya Rabb.
Arahan kementerian Rina kepada wanita menjadi berita antarabangsa
Tindakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang diterajui Datuk Seri Rina Harun yang mengeluarkan beberapa panduan kepada suri rumah untuk mengelakkan pergaduhan bersama pasangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi berita antarabangsa.
Media UK, Independent semalam melaporkan, ekoran panduan tersebut kerajaan Malaysia menghadapi kritikan meluas dari kalangan rakyat dan pertubuhan wanita yang menyifatkan ia berbau ‘sexist’.
Antara panduan yang dikeluarkan KPWKM dalam satu hantaran dalam bentuk poster di instagram berkata, wanita perlu mengelakkan dari menyindir pasangan dan sentiasa amalkan sikap bertolak ansur serta menghormati antara satu sama lain.
Dalam panduan tersebut, kementerian itu juga menawarkan tips menegur pasangan dengan menggunakan salah satu suara kartun Jepun yang popular dalam kalangan kanak-kanak.
“Jika melihat pasangan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kehendak kita, elakkan dari berleter – gunakan perkataan ‘humorous’ seperti ‘cara sidai baju macam nilah sayangku’ (tiru nada Doraemon dan diikuti dengan gelak manja!),” nasihat kementerian itu.
Tan Heang Lee dari Women’s Aid Organisation dilaporkan memberitahu media bahawa poster-poster berkenaan secara stereotaip menggambar wanita sebagai kaki leter dan bersikap seperti tuan.
Ia juga katanya, menggambarkan bahawa menjadi tanggungjawab wanita supaya berubah untuk mengelakkan konflik dalam rumah tangga dan ia adalah berat sebelah.
All Women’s Action Society, menurut laporan Independent itu, turut mengkritik panduan dan nasihat KPWKM itu dengan berkata bahawa wanita mempunyai banyak tugas yang perlu diselesaikan dalam tempoh PKP, tidak perlulah dibebani dengan tekanan supaya mengenakan mekap dan perlu kelihatan cantik.
“Wanita juga manusia – bukan objek atau komoditi,” kata pertubuhan itu dipetik.
Semalam KPWKM menarik balik poster beberapa panduan kepada suri rumah untuk mengelakkan pergaduhan bersama pasangan sepanjang tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam satu kenyataan, kementerian berkenaan berkata, pihaknya memohon maaf sekiranya beberapa tips yang dikongsikan tidak bersesuaian dan menyentuh sensitiviti golongan tertentu serta akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
510 gelandang negatif Covid-19
KUALA LUMPUR – Seramai 510 gelandangan telah diselamatkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula bagi membendung penularan Covid-19.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, mereka kini ditempatkan buat sementara waktu di empat pusat penempatan di sekitar Kuala Lumpur sehingga 14 April ini.
Beliau berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif menyelamatkan golongan gelandangan bersama enam agensi lain bermula 26 Mac lalu hingga semalam.
Menurutnya, sepanjang menjalankan operasi itu pihaknya mengenal pasti14 lokasi panas bagi gelandangan menjadikan tempat bermalam.
“Gelandangan ini terdiri warga tempatan dan warga asing dari Indonesia, Myanmar, Vietnam, Jepun, India, Syria, Mesir, Sri Lanka, Korea, Pakistan dan Somalia.
“Mereka diasingkan antara lelaki dan wanita manakala bagi gelandangan yang berkeluarga dan memiliki anak kecil ditempat di Anjung Singgah.
“Mereka yang diselamatkan ini ditempatkan di tempat dewan serbaguna iaitu di Pusat Komuniti Sentul Perdana, Pusat Komuniti Setiawangsa, Dewan Serbaguna Alam Damai dan Dewan Serbaguna Tasik Ampang Hilir,” katanya.
Pendekatan Mujahid selamatkan nelayan, petani sambil bantu yang memerlukan
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), nelayan dan petani adalah antara pihak yang sengsara apabila pemborong tidak dapat membeli hasil tangkapan dan tuaian mereka.
Hasilnya sebahagian dari mereka terpaksa membuang hasil tangkapan manakala sayur-sayuran yang ditanam terpaksa dibuang begitu saja.
Sebahagiannya pula terpaksa memberikan hasil usaha mereka selama ini secara percuma kepada orang ramai kerana ia berlebihan selepas rantaian pengedaran hasil mereka terputus akibat PKP.
Perkara ini turut dirasai oleh nelayan dan petani di Parit Buntar, Perak kawasan di mana ahli parlimen mereka adalah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, mantan Menteri Agama.
80% dari penduduk di kawasan beliau adalah tergolong dalam rakyat luar bandar yang kerja mereka adalah petani dan nelayan.
Menyedari hakikat inilah, Mujahid mengambil inisiatif dengan menyelamatkan mereka dan mempastikan hasil tangkapan dan tuaian petani sampai kepada golongan yang memerlukan.
“Apa yang saya buat adalah saya memborong hasil tangkapan mereka dan sayur-sayuran petani dengan harga biasa dan saya bahagikan kepada pihak yang memerlukan.
“Sememangnya golongan yang memerlukan ikan dan sayuran ini ramai di kawasan saya kerana ramai yang hilang pekerjaan selepas PKP ini,” kata Mujahid dalam wawancara khas dengan Jom Channel, sebuah stesen TV Internet.
Menurut Mujahid, semalam beliau memborong satu lori ikan dari nelayan di Parit Buntar dan diedarkan kepada orang ramai yang memerlukannya.
“Saya tidak hantar terus kepada mereka kecuali yang perlu sahaja. Di bawah saya ada dua Dun. Jadi saya hantar ke pejabat dua Dun ini serta Pusat Khidmat saya.
“Dari situ, wakil-wakil cawangan AMANAH di seluruh Parit Buntar ini akan datang ambil untuk diedarkan kepada orang ramai yang memerlukan di kampung mereka,” kata Mujahid.
Antara pihak yang disantuni secara langsung oleh Mujahid adalah petugas barisan depan termasuk polis, askar dan jururawat.
Mujahid sedar, ketika tugas sebagai ahli parlimen perlu dijalankan, arahan kerajaan melalui PKP juga perlu dipatuhi.
Subscribe to:
Posts (Atom)