Dr Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza seorang yang dikenali seluruh Malaysia sebagai seorang alim yg kuat berpegang dengan sunnah.
Pelbagai pandangan beliau menongkah arus kerana rata2 di Malaysia berpegang dgn ajaran Mantiq dan Kalam sedangkan dia sepenuhnya dengan Sunnah.
Namun, sejak akhir akhir ini, dia mula menampakkan warna beliau yang sebenar.
Yakni beliau bukanlah berakidah Sunnah tetapi Assabiyyah Melayu.
Klik Imej
Semalam di Instagram beliau dengan garang mahukan hukuman dikenakan ke atas seorang perempuan Cina yang memaki Polis. Kita tak nafikan perempuan itu bersalah, namun sebelum itu ada banyak kes orang Melayu yang memaki dan mencarut Polis. Tapi, Dr. Maza tidak bersuara sedikit pun.
Posting di bawah ini mungkin dapat memberi pencerahan:
Kes Hina Polis
Nursahira Mizuar kata polis babi. Didakwa di mahkamah. RM10, 000 denda, 3 bulan penjara. MAZA diam.
bharian.com.my/node/671268/amp
Aini Syanina kata polis bodoh. Didakwa di mahkamah. RM6, 000 denda. MAZA diam.
bharian.com.my/node/663466/amp
Mohd Fathi Hasan kata polis beruk. Didakwa di mahkamah. RM8, 000 denda. MAZA diam.
hmetro.com.my/node/558346/amp
Ada amoi kata polis stupid idiots. Belum didakwa di mahkamah. MAZA up status instagram kata patutkah disimpan rakyat sebegini.
https://www.instagram.com/p/B-Y4vS6l-NG/?igshid=1al6npst62vq6
Hakikatnya Dr Maza adalah seorang RASIS dan penganut Assabiyyah Melayu.
Menyanyangi bangsa tidak diharamkan tapi bersikap tidak adil sebegini diharamkan Allah dan memburukkan nama baik Islam.
Sedangkan Al Quran mengajar kita:
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Surah al-Maaidah, ayat 8
Mengikut semua mufassirin, umat Islam tidak dibenarkan berlaku zalim hatta sesuatu kaum itu memusuhi dan mahu membunuh kita. Kezaliman tidak boleh dilakukan atas nama Islam dan jauh sekali atas nama bangsa Melayu.
Tindakan Dr.Maza ini serta beberapa tindakan beliau sebelum ini juga melanggar ayat ini namun Dr. Maza yang sama ke sana ke mari mendakwa dirinya memperjuangkan Sunnah dan menentang Bidaah serta mengagungkan jalan para Salafusoleh.
Kehadiran beliau dalam Perhimpunan Maruah Melayu juga membuktikan beliau bukan seorang pejuang Sunnah Nabi SAW. Beliau menjadikan perjuangan bangsa sebagai asas aqidah beliau sedangkan assabiyyah diharamkan dalam Islam berdasarkan ayat di atas.
Yang lebih menyedihkan adalah kempen #Buy Muslim First beliau yang menghukum semua peniaga-peniaga bangsa Cina seluruh Malaysia sedangkan peniaga2 Cina tersebut tidak pernah menzalimi peniaga2 Melayu dan Islam. Apa dosa mereka mahu dihukum sebegitu oleh Dr. Maza?
Saya tak kesah kalau Dr. Maza secara terbuka mendedahkan beliau adalah pejuang bangssa Melayu dan membenci kaum lain dari Melayu. Namun, Dr Maza menampilkan dirinya sebagai seorang pejuang Islam sekaligus memburukkan nama baik Islam.
TULANG BESI
https://www.malaysiawaves.net/2020/04/aqidah-dr-maza-yg-sebenar-adalah.html