(Terkini) Anwar Ibrahim: Ulasan Lanjut Ransangan Ekonomi

TANDA AWAL/BIASA JIKA ANDA DISERANG VIRUS COVID-19





Inilah tanda-tanda:

Hari 1-3
1.Biasa Sejuk
2.Tekak gatal
3.Tiada demam, tiada keletihan & makan & minum yang baik seolah-olah normal.
Hari 4
1.Tekak nyeri, lebih gatal / gatal. Tubuh lemah, & kelihatan mabuk
2.Kekeringan (suara serak)
3.Suhu badan 36.5 °
4.Mula mengurangkan selera makan termasuk tidak mahu makan & minum air
5.Sakit kepala / sakit kepala yang ringan
6.Cirit-birit yang ringan
Hari 5
1.Keradangan tekak (Anda mungkin melihat titik putih atau tompok di bahagian belakang kerongkong-mungkin merah & bengkak). Hoarseness sehingga anda kehilangan suara anda.
2.Suhu badan 36.5 ° -36.7 °
3.Tubuh lemah (sakit badan) dan sakit sendi (rasa sakit seperti reumatik atau gout)
Hari 6
1.Suhu badan 37 ° (demam)
2.Batuk kering (batuk tanpa kahak)
3.Tekak nyeri semasa makan, bertambah buruk apabila anda menelan & semasa bercakap
4.Badan malaise, mual atau muntah berulang
5.Masalah pernafasan yang ringan / sesak nafas
6.Sakit tangan & jari
7.Muntah (membuang) dan cirit-birit (peredaran air berair)
Hari 7
1.Demam tinggi dari 37.4 ° -37.8 °
2.batuk berterusan dengan kahak
3.Sakit kepala / sakit kepala bersama-sama dengan cirit-birit
4.Cirit-birit yang berterusan
5.Muntah berterusan
Hari 8
1.Demam 38 ° di atas
2.Masalah pernapasan / Kesan nafas
3.Batuk berterusan
4.Sakit kepala, sakit sendi yang lebih, yang melepasi bahagian bawah belakang seperti sakit di punggung (ketegangan lumbal)
Hari 9
1.Tiada bantuan sama sekali
2.Demam semakin tinggi suhu
3.Batuk berterusan dengan kahak
4.Mengurangkan sesak nafas
Jika anda merasakan semua ini, sila pergi ke Bilik Kecemasan Hospital terdekat untuk kit ujian dan ubat percuma. Tidak perlu takut untuk memeriksa apa yang dirasakan untuk mengelakkan kehilangan nyawa tanpa sebab.
Terima kasih banyak-banyak! Ini sepatutnya menjadi sesuatu yang semua orang harus sedar.
#Covid_19 ðŸ‡²ðŸ‡¾


ROSAK AGAMA ATAU ROSAK OTAK???


MAZUAN BAHRULZAMAN

Allahu... Rosak sngguh metaliti golongan-golongan dia nii....
Kenapa laa kau merosakkan imej islam... Jangan begitu, islam tak mengajar pemikiran secara jumud seperti ini.
Maaf laa... Saya atk setuju kenyataan seperti ini.

COVID-19: Malaysia catat kematian ke-27, 61 telah discaj - KP Kesihatan Firdaus Azil, Astro Awani | Diterbitkan pada Mac 28, 2020 17:15 MYT







KUALA LUMPUR: Seorang lagi lelaki warganegara Malaysia dilaporkan meninggal dunia akibat wabak COVID-19, pada jam 10.50 pagi hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 27 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini, beliau berkata, lelaki berusia 61 tahun itu merupakan kes ke-2,162, dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Beliau dirawat di Hospital Tangkak pada 24 Mac 2020 dan kemudian dipindah ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 25 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 10.50 pagi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, dalam tempoh 24 jam lepas, terdapat 159 kes baharu yang telah dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,320 kes.

“Sehingga kini, seramai 73 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, terdapat 61 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada dalam tempoh 24 jam lepas.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 320 kes,” kata Dr Noor Hisham.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (self quarantine) selama 14 hari.

“Sejumlah kes COVID-19 melibatkan rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara telah direkodkan semenjak kebelakangan ini.

“Oleh itu, KKM memandang serius kepatuhan rakyat Malaysia dalam mengikuti nasihat yang telah dikeluarkan. Setiap lapisan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing secara bertanggungjawab,” katanya lagi.



SOKONG JUGAKAH KERJA KHIANAT NI?


IBRAHIM MAT ISA

Tok Mufti pun sokong kerja khianat, bahasa dulu dengan bahasa sekarang tak sama dah. Lidah bercabang ke kalau macam ni?

SIAPA NAK MASK FREE, JUMPA WAKIL Umno...


Imej mungkin mengandungi: teks yang berkata 'CHINA MENYUMBANG KEPADA MALAYSIA 200 Ventilator 100,000 Kit Ujian Covid-19 Covid- 19 50,000 Pelindung Pakai buang 500,000 Face Mask 3 ply 100,000 N95 BUKIT SAMA DIDAKI, LURAH SAMA DITURUNI'

Dalam keadaan genting macam ini pun sempat juga UMNO BN berkempen kemanakah hati perut mereka?

 Tak tahukah mengambil kesempatan dalam penderitaan rakyat itu perkara yang dilarang agama??

Tapi nak salahkan Bn pun tak boleh juga, sebab parti perkuman macam mereka mana nak fikirkan semua ini...asal dapat pusing dan putar..Tambahan pula kalau bagi ke kawasan pedalaman dan dapat free pula, wah..berebut sakan....kalau dibandar setakat bagi macam gini silap silap orang buang...pasai ada lambang dacing..

Tapi itulah, kadang budaya ndak free ni laku sungguh dikampung kampung kerana apa kita pun tak faham.....

Mungkin yang dapat free punya ni rasanya...yang China bagi untuk rakyat Malaysia...gitulah gamaknya....PH juga nampak bodo, bagi pegang  media pun tak pandai kuasai.

Kononnya nak ajar agar rakyat faham erti demokrasi..faham la sangat , kalau setakat minda kelas 3 ni, mudah saja dibelinya dengan kisah Kiah tertipu..itulah minda dapat dedak dengan mudah...adoiiii...

Lima masjid masih teruskan solat Jumaat, 116 ditahan

 
MGF10052019_HUMAN-INTEREST-RAMADAN10
Foto hiasan
KUALA LUMPUR – Sebanyak 116 jemaah ditahan polis semalam kerana meneruskan solat Jumaat berjemaah di lima masjid yang bersaingan di sebalik penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau difahamkan terdapat lima buat masjid yang berbuat demikian, namun enggan menamakan masjid serta daerah yang terbabit.
“Bayangkan 116 orang dan mereka menunaikan solat berjemaah dalam keadaan rapat-rapat, sedangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengeluarkan kenyataan mengenai solat Jumaat ini,” katanya sambil berharap perkara sedemikian tidak berulang.
Ismail Sabri juga masih tidak berpuas hati dengan pematuhan PKP yang menurutnya walaupun telah mencapai 97 peratus namun masih ramai yang berdegil dan tidak peduli tentang PKP walaupun kes  Covid-19yang dilaporkan setiap hari meningkat. .
Katanya, sekatan jalan raya menerusi Op Covid-19 dan tindakan tegas pihak polis serta tentera telah menyaksikan 320 orang ditahan dan semalam 62 tangkapan lagi dibiuat sehingga pematuhan mencecah 97 peratus.
Ketegasan pihak polis itu juga, katanya, termasuk mereka yang tinggal di komuniti terlindung atau berpagar di mana mereka meneruskan aktiviti jogging tanpa memperdulikan  arahan PKP.
Katanya, semalam sahaja pihak polis telah mengadakan 1046 sekatan jalan raya dengan 240,544 kenderaan telah diperiksa.
Menurutnya angka itu menunjukkan masih banyak kenderaan berada di atas jalan raya tanoa mempedulikan perintah PKP.
“Hari in saya dihantar satu video kesesakan jalan di ibu negara dan Selangor bermakna masih ramai tak mahu mematuhi perintah PKP,” ujarnya.
Dalam pada itu jelas beliau, polis juga berjaya mengenalpasti kemasukan warga asing di jalan-jalan tikus di sempadan negara dan tindakan tegas akan menyusul selepas ini dengan kadar segera.
“Walaupun sempadan ditutup tapi masih terdapat kemasukan warga asing melalui jalan ikus dan polis berjaya kenalpasti serta tindakan lebih tegas akan diambil polis elak kemasukan itu di jalan tikus,” tegas beliau.


Operasi nyah cemar di seluruh negara Isnin ini


 
MGF28032020_PROSES-DISINFEKSI-SERI-PETALING_30
Petugas Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL semasa Operasi Pembersihan Disinfeksi Kawasan Sri Petaling pada hari ke-11 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 di sekitar Sri Petaling, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL 28 MAC 2020
KUALA LUMPUR – Operasi pembersihan atau nyah cemar bagi membendung wabak Covid-19 akan dilaksanakan Isnin ini di seluruh negara dengan memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan berisiko tinggi serta bangunan yang sering dikunjungi orang ramai.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak berkuasa tempatan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan operasi tersebut.
Turut terlibat, katanya, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat di seluruh negara.
“Sejak 23 Mac lalu hingga semalam, 11 proses penyahcemar dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melibatkan 11 pasar dan masih diteruskan iaitu di kawasan Seri Petaling.
“Tumpuan kepada kawasan berisiko tinggi dulu dan ke kawasan lain termasuk rumah ke rumah di perumahan PPR,” katanya dalam sidang media harian hari ini.
Menurut beliau, opersai itu akan dilaksanakan secara serentak untuk memastikan keberkesanan usaha tersebut yang juga akan dilakukan di jabatan-jabatan kerajaan.
‘Ia termasuk pembersihan di dua kawasan di Kluang dan Simpang Renggam yang melalui proses Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan,” katanya.


POST WALAUN DOK TIBAI MUJAHID DILU


Norshidah Md Daud



Post ni punya la ramai dok maki Mujahid dulu
Pastu ramai la konon xnak bayar zakat (padahal bayo zakat fitrah je time posa, zakat lain x penah bayo pun) , hentam Msia baru, sekularkan Mujahid.

Puncanya sebab baru 1st time tau wujudnya pembahagian zakat untuk golongan songsang ni. Cuma xtau ape niat TV time tu, x didetailkan bahawa zakat tu untuk golongan songsang yang dah berubah

Terus Mujahid di cop mesra LGBT. PH sokong LGBT.....

Alhamdulillah harini Menteri Agama pun buat ape yang Mujahid penah buat dulu, bantu golongan songsang yang dah berubah. So kita tau tindakan Mujahid dulu betul.

Mufti pun x penah hentam Mujahid dulu.Acah  pandai yang berkiblatkan parti politik dalam agama ni je yang memandai kuar hukum itu ini.


PAK PANDIR PUN POPULA



Apa mahu hairan kalau "Mak Cik Kiah" sekarang popular?  Pak Pandir pun satu nama lagenda yang popular.  Tetapi popular kerana apa? Kerana ketokohan atau kerana kebodohannya atau jenakanya?

Apabila PM kerajaan pintu belakang bercerita kisah "Mak Cik Kiah" seorang penjual goreng pisang boleh jadi kaya raya sehingga mendapat RM4-8 ribu sebulan ketika wabak COVID-19 melanda kerana dapat bantuan dari kerajaan pintu belakang, sebenarnya hikayat yang diceritakan oleh PM itulah yang menjadi bahan jenaka dan mempopularkan nama "Mak Cik Kiah".

Apa tidaknya, PM bercerita tentang "Mak Cik Kiah" yang ada suami berpencen, kemudiannya suaminya bekerja sebagai pemandu Grab, serentak dengan itu bekerja pula sebagai Rela.  Banyak kerja suami "Mak Ci Kiah" nampaknya dan semuanya dicampur oleh PM untuk menunjukkan "Mak Cik Kiah" yang dapat banyak RM.  Tidak cukup dengan itu, PM berhayal pula anak "Mak Cik Kiah" ada yang bujang, apa yang diperolehi oleh anaknya dicampur lagi atas nama "Mak Cik Kiah" .  Tidak cukup dengan itu, dihayalkan lagi oleh PM bahawa "Mak Cik Kiah" ini kompom dapat "pinjaman" Tekun kerana berniaga goreng pisang.  Dicampurkan lagi, tidak kiralah pinjaman itu sebenarnya kena bayar balik termasuk pinjaman beli kereta oleh "Mak Cik Kiah".

Panjang lagi hikayat "Mak Cik Kiah" yang diceritakan oleh PM yang membuatkan ada guru besar yang berangan mahu berhenti kerja kerana mahu jual goreng pisang seperti "Mak Cik Kiah".  Nasib baik PM tidak sebut "Mak Cik Kiah" ada sepuluh orang anak yang bujang dan kesemua anaknya itu pula jadi Rela.  Kesemuanya dicampurkan, letak atas nama "Mak Cik Kiah" , maka saya rasa "Mak Cik Kiah" boleh dapat pendapatan lebih dari RM 8 Ribu sebulan.  Hikayat moden ini memang popular dan tidak dapat dinafikan.

Anwar popular kerana apa?  Anwar popular bukan kerana menjual cerita hikayat.  Nama Anwar popular sejak dahulu lagi, sejak PM sekarang ini duduk bawah ketiak Anwar lagi sewaktu Anwar di dalam Umno.  Anwar pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia.  Anwar pernah diiktiraf sebagai tokoh popular dunia di dalam senarai 100 tokoh-tokoh hebat seluruh dunia.  Muhyidin pula popular kerana memecah rekod menjadi PM ikut pintu belakang tanpa mandat rakyat.

Saya akui kisah "Mak Cik Kiah" sekarang ini memang popular dan mungkin menjadi buku penglipur lara untuk dibaca oleh pakar2 ekonomi dan kewangan seluruh dunia.  Itulah hebatnya PM.

#NotMyPM
#khianat

WFAUZDIN NS



Kebanyakan bank dah respon arahan BNM..SILA RUJUK SEMULA BANK MASING MASING.INI HANYALAH MAKLUMAT YANG DIHANTAR



MORATORIUM 6 bulan (1 April 2020 hingga 30 Sept 2020) untuk SEMUA LOAN KECUALI KAD KREDIT.

Affin bank - Automatik
Agro Bank - Automatik
Alliance Bank - Automatik
Al Rajhi Bank - Automatik
Ambank - Automatik
Bank Islam - Automatik
Bank Mualamat - Automatik
Bank Rakyat - Automatik
Bank Pembangunan Malaysia Berhad - Automatik
BSN - Automatik
CIMB - Automatik
Citibank - Automatik
Hong Leong Bank - Automatik
HSBC - Automatik
Kuwait Finance House Berhad - Automatik
Maybank - Automatik
MBSB - Automatik
Public Bank - Automatik
OCBC - Automatik
RHB - Automatik
SME Bank - Automatik
Standard Chartered - Automatik
UOB - Automatik

AKPK - Automatik

Toyota Capital - Automatik
Tan Chong Capital - Automatik
LPPSA - belum dapat pa pe inform lagi
Aeon Credit - bukan institusi kewangan
Angkasa - Automatik baca di FAQ Bank Negara.
Parkson Credit - so far kena bayar macam biasa
Sabah Credit - x de info lagi
Chailease Berjaya Credit - x de info lagi
Yayasan Ihsan Rakyat - x de info lagi
Kowaja - x de info lagi
Kowamas - x de info lagi
Petronas - x de info lagi

Amanah Ikhtiar - tangguh 6 bulan
Tekun - Automatik tangguh 6 bulan bermula 1 Mac 2020
KOOP - tangguh 6 bulan

Coway - x de info lagi
Singer - x de info lagi

Links to moratorium announcement:

1) PBB - https://www.pbebank.com/Announcements.aspx?qid=2924#q2924

2) HLB - https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/news-updates/hlb-customer-financial-relief-plan.html?icp=hlb-en-home-banner-bankwide-heretohelp

3) CIMB - https://www.cimb.com.my/en/personal/help-support/covid-19-support.html

4) MBB - https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/announcements/2020/March/announcement_financial_relief_scheme.page

5) UOB - https://www.uob.com.my/default/financial-relief-measures.page

6) Affin - https://www.affinbank.com.my/NewsDetails.aspx?id=965

7) AmBank - https://www.ambank.com.my/eng/covid-19

😎 MBSB - https://www.mbsbbank.com/storage/misc/moratorium_FAQ.pdf

9) OCBC - https://www.ocbc.com.my/assets/pdf/Media/2020/Mar2020/OCBC%20not%20compounding%20interest%20or%20profit%20during%20moratorium%20period.pdf

10) Agro Bank - https://www.agrobank.com.my/announcements/notis-penangguhan-bayaran-bulanan-pembiayaan-moratorium/

11) BSN - https://www.mybsn.com.my/formdownload?formDownloadId=2212

12) Bank Islam - https://www.bankislam.com/wp-content/uploads/QA.pdf

13) RHB - https://www.rhbgroup.com/covid_retail/files/FAQs_Additional_Measures_Handover-250320.pdf

14) Standard Charted Bank - https://av.sc.com/my/content/docs/relief-measures.pdf

15) Bank Rakyat - https://www.bankrakyat.com.my/repository/1596FAQ%20AUTO%20PENANGGUHAN%20Final.pdf

16) Bank Muamalat - https://www.muamalat.com.my/announcement/announcement-2/

17) Al-Rajhi - https://www.alrajhibank.com.my/post/important-notices/financial-relief

18) HSBC - https://www.hsbc.com.my/content/dam/hsbc/my/docs/help/coronavirus/loans-financing-deferment-measure.pdf

19) Maklumat Angkasa - https://www.bnm.gov.my/documents/2020/FAQs_Additional%20Measures.pdf

Kalau ada tambahan nanti Nad tambah.


MUJAHID DIMAKI, MENTERI PN BOLEH PULA?

PELANCONGAN PALING TERJEJAS, MUNGKIN BUANG PEKERJA

MGTV LIVE :"Dari Segi Teknologi Peralatan Masih Kita Keterbelakang .- Annuar Musa



Petugas kesihatan sayu melihat tingkah laku jemaah tabligh

Petugas kesihatan sayu melihat tingkah laku jemaah tabligh



Baru-baru ini Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merayu orang awam agar tidak menyalahkan jemaah tabligh dalam peningkatan kes positif Covid-19 di negara ini.
Malah, beliau juga turut menasihatkan agar mana-mana pihak tidak mendiskriminasikan golongan berkenaan.
Selepas Ketua Pengarah sendiri bersuara, kini petugas kesihatan wad Covid yang hari-hari memantau tahap kesihatan mereka pula, menceritakan situasi sebenar di dalam wad itu.
Menurut seorang petugas kesihatan di salah sebuah hospital, apabila melangkah masuk ke wad pesakit Covid-19, suasananya tidak ubah seperti di dalam masjid.
“Kebanyakan semua berjubah.. ada yang berkopiah dan beserban.. semua tersenyum je.. malah tiada muka yang berkerut dan marah.
“Semua cakap lembut-lembut.. macam mana tak tersentuh hati ini.. tangan masing-masing juga dilihat memegang tasbih.
“Turut kelihatan ada pesakit yang solat sunat, berzikir malah ada yang mengaji al-Quran.. rasa simpati sangat-sangat.”
Itulah luahan seorang petugas kesihatan yang menyaksikan sendiri suasana ‘masjid’ walaupun sebenarnya sedang berada di wad hospital.
Menurut petugas kesihatan itu lagi, jemaah tabligh itu sememangnya golongan yang rajin membantu.
“Wad ini baru sahaja dibuka.. banyak yang kurang, tetapi mereka tak marah.
“Malah, cakap pun baik-baik.. siap tanya lagi.. ada apa-apa lagi ‘nurse’ yang kami boleh tolong?
“Kadang-kadang hati ini terfikir kenapa Tuhan tak gantikan mereka dengan manusia yang jahat-jahat di muka bumi seperti kaki minum, kaki judi dan yang songsang,” luahnya.
Dalam masa sama, petugas kesihatan yang berasa sayu dengan suasana itu, turut mengakui air matanya menitis.
“Tahu tak dalam wad Covid itu, semunya orang yang ilmu agamanya tinggi.. mereka mengaji, solat berjemaah, bertasbih dan azan.
“Merdunya suara, lunak sampai tersentuh hati ini. Kalaulah hilang orang yang beragama, apa yang jadi kepada dunia ini..
“Mereka langsung tidak menyusahkan.. smuanya sangat-sangat baik.. sudah-sudahlah mengecam mereka,” rayu beliau kepada masyarakat.

MEMAHAMI PAKEJ RANGSANGAN MUHYIDDIN – BERAPA DIBELANJA DAN PERLUKAH KELULUSAN PARLIMEN?



Kerajaan persekutuan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bagi berdepan kemelesetan ekonomi disebabkan wabak Covid-19.
Wabak tersebut menyebabkan perintah kawalan pergerakan yang mengehadkan pergerakan rakyat di rumah dan menyebabkan aktiviti ekonomi terhenti.
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan nilai pakej rangsangan berjumlah RM250 bilion, yang merangkumi pakej RM20 bilion yang telah diumumkan oleh pendulunya, Dr Mahathir Mohamad pada 27 Feb.
Panduankini meneliti dari sudut pandangan makro berhubung pakej rangsangan berkenaan dan bagaimana ia akan dibiayai.
Adakah ini bermakna kerajaan membelanjakan RM250 bilion?
Tidak. Itu merupakan saiz pakej rangsangan, antara lain termasuk pinjaman, penangguhan bayaran pinjaman dan pengecualian sewa dan bukan hanya pemberian wang tunai.
Pemberian wang tunai, pinjaman Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), penangguhan bayaran pinjaman dan wang simpanan individu dan perniagaan diharap akan dibelanjakan bagi mengatasi kelembapan ekonomi.
Idea ini adalah untuk mewujudkan kesan berganda bagi meningkatkan kepenggunaan dan perbelanjaan pengguna.
Sebagai contoh, seorang juruteknik kilang dalam industri tidak penting yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji boleh membelanjakan pemberian wang tunai di kedai runcit.
Ini seterusnya menaikkan modal untuk peruncit membuat pembelian daripada pemborong yang perlu pula mendapatkan bahan dari kilang, manakala kilang pula memerlukan sumber bahan mentah daripada pembekal.
Unjuran perbelanjaan kerajaan pada 2020 adalah RM297 bilion. Adakah pakej rangsangan ini akan meluaskan defisif?
Mungkin. Diharapkan penurunan dalam pendapatan kerajaan (cukai, premium tanah dan cukai tak langsung dan lain-lain) bagi tahun 2020 tidak terlalu teruk.
Berapa banyak sebenarnya dibelanjakan kerajaan?
Menurut Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, suntikan fiskal langsung adalah sebanyak RM25 bilion. Ini termasuk pakej rangsangan yang diumumkan oleh perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad pada 28 Feb.
Apa itu “suntikan fiskal langsung”?
Perkataan yang digunakan untuk menggantikan ‘wang tunai’ daripada kerajaan.
Ini termasuk subsidi gaji, pemberian wang tunai secara one-off, insentif untuk petugas kesihatan di barisan hadapan dan pemberian kepada pemandu e-hailing.
Bagaimana besar pakej rangsangan ini berbanding KDNK?
Bergantung. Jawapan ini adalah berdasarkan kepada pengiraan Jabatan Perangkaan bahawa KDNK bagi 2019 adalah RM1.51 trilion.
Ini bermakna pakej rangsangan keseluruhan mempunyai potensi untuk mencapai 16.5 peratus daripada KDNK. 
Tetapi sekali lagi, tidak semua pinjaman yang ditawarkan akan diambil dan bukan semua orang akan mengeluarkan wang daripada KWSP.
Suntikan fiskal juga tidak membantu ekonomi jika penerima wang tunai menyimpan dan tidak melakukan perbelanjaan.
Jika hanya bahagian suntikan fiskal, maka ia adalah 1.65 peratus daripada KDNK.
Jadi di mana kerajaan akan dapatkan RM25 bilion ini?
Ucapan Muhyiddin tidak menyatakan secara khusus, tetapi beliau memberikan beberapa petunjuk.
Beliau berkata kerajaan akan memastikan ruang fiskal dan tidak akan meminjam untuk operasi. 
Beliau berkata, kerajaan perlu menjalani pengukuhan fiskal (baca: pemotongan perbelanjaan) dalam jangka sederhana hingga mewujudkan ruang fiskal dalam jangka panjang.
Muhyiddin juga mendedahkan bahawa beliau telah mengarahkan semua kementerian mengkaji semula perbelanjaan mereka untuk mencari cara-cara bagi menjimatkan wang dalam jangka sederhana.
Biasanya, kerajaan akan mengambil jalan dengan cara mengeluarkan bon.
Butir-butir terbitan bon kerajaan boleh dilihat di laman web Bank Negara.
Selain itu, kerajaan boleh kembali kepada amalan pinjaman di luar imbangan duga untuk mematuhi had undang-undang atau menjual aset seperti tanah, selain menggunakan wang Petronas.
Adakah PM perlu mendapat kelulusan daripada Parlimen?
Menurut Perkara 101 Perlembagaan Persekutuan, ya.
Dari segi amalan, kerajaan membelanjakan dahulu sebelum membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan kemudiannya.
Singapura memutuskan agar pakej rangsangan dibahaskan di parlimen terlebih dahulu dan perbahasan sedang berjalan.
Begitu juga, pakej rangsangan AS diluluskan oleh dewan perwakilan dan sedang menunggu kelulusan senat.
Pemimpin Harapan Pakatan, Anwar Ibrahim yang menyambut baik pakej rangsangan diumumkan Muhyiddin semalam berkata, ia sepatutnya dibahaskan di parlimen terlebih dahulu.