Tular sebuah video memaparkan seorang penduduk dipercayai menetap dalam kawasan DUN Gunong Semanggol, Bagan Serai memulangkan semula sumbangan yang diberikan ADUN berkenan, Razman Zakaria.
Jelas penerima tersebut, tindakannya memulangkan semula sumbangan tersebut selepas dimalukan Adun tersebut apabila menularkan sumbangan tersebut dengan niat memalukannya.
Menurutnya lagi, dia nekad untuk memulangkan semula sumbangan tersebut dengan menghantarnya ke markaz Pas Bagan Serai kerana berasa terhina dengan kelaku Adun tersebut.
Warganet ketika menghantar komen menulis bahawa sumbangan yang diberikan Adun itu bukanlah datang dari duit poket, atau duit partinya sendiri tetapi ianya adalah pek ‘Kotak Harapan’ sumbangan kerajaan negeri Perak hasil idea Asmuni Awi, bekas Exco sewaktu kerajaan PH memerintah Perak dahulu.
Rata-rata warganet menghulurkan tanda simpati terhadap penerima tersebut. Malah mereka turut menyelar sikap gilakan publisiti Razman, meskipun setelah menjadi kerajaan sekarang ini.
PETALING JAYA: Ketua pembangkang Anwar Ibrahim membidas tindakan kerajaan memendekkan sidang Parlimen selama lima hari seperti yang diumumkan semalam.
Beliau menyifatkan tindakan kerajaan itu satu bentuk penipuan.
“Memendekkan sidang, menyegerakan kelulusan beberapa undang-undang ordinan termasuk Ordinan Darurat dan tidak ada petunjuk akan ada perbahasan terbuka.
“Untuk apa sidang Parlimen ini?” soalnya di Facebooknya.
Semalam, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata Parlimen akan bersidang untuk suatu “mesyuarat khas”, selama lima hari bagi Dewan Rakyat mulai 26 Julai manakala Dewan Negara pula selama tiga hari mulai 3 Ogos.
PMO memaklumkan kerajaan bersetuju menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 itu.
Dalam pada itu, Anwar mengingatkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan supaya tidak memperalatkan Speaker Dewan Rakyat.
Beliau turut mengingatkan, pembangkang tidak akan pandang ringan soal Covid-19, kebajikan rakyat, peruntukan pada rakyat dan salah guna kuasa.
“Ini bukan soal ringan. Jangan cuba mengguna peraturan cara sesuka hati tanpa menekankan prinsip asas demokrasi Parlimen.
“Iaitu menggunakan Parlimen sebagai medan bahas untuk jaga Perlembagaan negara, menyuarakan aspirasi rakyat dan menentukan pemerintahan itu absah,” katanya.
Timbalan Menteri Pas mengaku menikah Siam, minta maaf
July 6, 2021
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Che Abdullah Mat Nawi memohon maaf berhubung isu perkahwinannya yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu terbabit selepas menyerahkan perkara itu kepada peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang terlibat.
Menurutnya, isu tular itu melibatkan peribadi dan privasi keluarga yang tidak sepatutnya diketahui umum.
“Saya terlebih dahulu memohon maaf sekiranya isu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan saya dalam minggu ini menyinggung mana-mana pihak.
“Isu seperti ini sepatutnya tidak berlaku. Ia seolah-olah berniat mahu mengaibkan atau menjatuhkan maruah saya sekeluarga atau mungkin untuk mengganggu kerja-kerja saya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Jelapang Padi Seberang Perak di sini pada Selasa.
Che Abdullah berkata, isu berkenaan sewajarnya ditangani secara peribadi dan bukan untuk dipertontonkan kepada khalayak ramai.
Beliau turut berharap masyarakat menghormati privasinya dan keluarga.
“Sehubungan itu saya memohon kepada semua pihak supaya memberi keadilan dan ruang kepada saya untuk menyelesaikan isu ini dengan baik.
“Alhamdulillah isu ini tidak mengganggu saya untuk terus melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan ahli Parlimen,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, rakan dan media yang memberikan semangat serta doa untuk berdepan isu tersebut.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui suara di dalam rakaman telefon yang tular bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah suaranya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui suara di dalam rakaman telefon yang tular bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah suaranya.
Menurut sumber Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, presiden parti membuat pengakuan itu semasa pertemuan yang berlangsung selama lebih dua jam di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan pada malam Isnin.
"Selain keputusan mesyuarat yang menolak cadangan menarik semula sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau (Ahmad Zahid) mengaku kepada semua itu suaranya dalam perbualan bersama Anwar yang viral tidak lama dahulu selain telah menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri," kata sumber itu.
Mesyuarat tertutup antara Ahmad Zahid dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama beberapa pemimpin tertinggi termasuk Datuk Seri Najib Razak berakhir sehingga tengah malam Isnin.
Difahamkan, Ahmad Zahid akan membawa cadangan yang sama kepada MKT selepas majoriti Ahli Parlimen UMNO menolaknya dan menyokong kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan.
Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada Mac lalu antara lain menuntut supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan apabila tempoh darurat tamat, sama ada selepas 1 Ogos ini atau tarikh sebelumnya, jika darurat ditamatkan lebih awal.
Selain, keputusan juga dicapai bahawa Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan bersama PN apabila Parlimen dibubarkan.
Sebelum ini, Ahli MKT UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi yakin parti itu akan keluar serta menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN.
Memetik laporan Sinar Harian, kenyakinan itu adalah berdasarkan pendirian setiap ahli MKT UMNO untuk meneruskan langkah tersebut, malah lebih awal iaitu sebelum tamat tempoh darurat pada 1 Ogos.
Ada yang pernah lalui dan tidak pernah lalui zaman pemerintahan
Dari Tunku Abd Rahman hingga kepada zaman sekarang PM Muhyiddin..Kita tahu dari
sudut pembangunan dan kehancuran negara..Dalam era kali ini amat berbeza apabila
krisis kesihatan melumpuhkan semua sektor termasuk ekonomi dan pendapatan
rakyat dibandingkan dengan krisis kewangan dunia dizaman Tun Mahathir..Dalam
keadaan krisis kesihatan covid19 bermula negara dan rakyat menerima tempias
amat dasat termasuklah dari segi politik kehancuran..Pentadbiran negara mula
bertukar penguasa apabila rakyat memberi mandat pada PRU14 hingga berlakunye
pengkhiatan peralihan kuasa baru dalam campuran parti politik yang tewas
menguasai pentadbiran negara akhirnye rakyat malaysia menjadi mangsa kepada
kerangkusan politik kuasa pemimpin-pemimpin politik.
Dalam keadaan sekarang Kerajaan PM Muhyiddin GAGAL bersama BARISAN
KABINET nye utk memacu ekonomi dan membawa jalan keluar masalah kesihatan
pendemik covid19..PM MUHYIDDIN serta BARISAN KABINET perlu
melepaskan/meletakkan jawatan atas KEGAGALAN mentadbir negara serta keluhan
rakyat bawahan..
Negara Malaysia perlu PERDANA MENTERI baru serta BARISAN KABINET
baru yang segar dapat memikir jalan keluar dr pemasalahan ekonomi dan
rakyat..Pelbagai nama diangkat menjdi PM baru ianye seperti
1.Hishamuddin Tun
Hussin
2.Shafie Afdal
3.Tengku Razali Hamzah
Serta Ada mahukan kembali Najib Razak dan Tun Mahathir kembali
menjd PM..Semua ada pandangan masing2 dalam menentukan siapa yang mereka inginkan
akan tetapi hanya 1 nama yang menjadi igauan kepada penyokong dan pemimpin
politik terkini bila nama ANWAR IBRAHIM diangkat sebagai PERDANA MENTERI
pelbagai tohmahan dan pelbagai spekulasi yang melangkaui kuasa tuhan kerana
mereka lebih tahu dan teliti menterjemahkan apa yang akan berlaku jika ANWAR
IBRAHIM menjdi PM MALAYSIA hingga ada yang menyatakan Negara akan MUFLIS, TUNDUK
PADA KUASA ASING, KRONI AKAN MEMBOLOT PROJEK NEGARA dan sebagainye..Mari kita
lihat keadaan negara hingga sekarang ini apakah tomohan yg disebut tadi tidak
berlaku pada zaman PERDANA MENTERI sebelum ini hingga kepada MUHYIDDIN YASSIN ?
Yang pastinye bukan ANWAR IBRAHIM berada dalam jawatan no 1 negara..
Kita buka minda tanpa ada perasaan titik hitam yang menguasai
pemikirkan serta keluar dari spekulasi sikap memandang keburukkan..Beri peluang
dan ruang kepada ANWAR IBRAHIM memimpin NEGARA MALAYSIA dalam menentukan
halatuju EKONOMI NEGARA dan jalan keluar krisis PENDEMIK COVID19..Kita belum
melihat kewibawaan beliau selaku org no 1 yg memimpin negara dan menghukum dan
meletakan kesilapan tanpa beliau diberi peluang menunjukkn bukti..Malaysia
Negara Demokrasi dan Raja Berpelembagaan maka setiap 5 tahun diadakan
PilihanRaya bagi menentu kerajaan memerintah melalui Parti-parti Politik yang
bertanding..Mengapa dlm keadaan skrg ini kita beri peluang dan ruang kepada
ANWAR IBRAHIM menerajui PENTADBIRAN NEGARA utk menyelesaikan pemasalahan
ekonomi,kesihatan,politik dan rakyat yg sedang berlaku ini..Jika beliau GAGAL
maka RAKYAT berhak bertindak atau menghukum mereka pemimpin-pemimpin politik dalam
PILIHANRAYA PRU KE 15..
Nak alihkan isu kecaman ramai rakyat terhadap #kerajaangagal#kerajaanbangsat
dan #kitalawan,
mereka cipta semula api perkauman. Sampai ke mufti pun dah jadi macam walaun
asyik meratib DAP DAP DAP!
Oii.. tangani pandemik tu bagi cantik.. bangang punya penyokong
parti bulan..
Undian
dibuka untuk tempoh 24 jam bermuka jam 2.30 petang semalam hingga jam 2.30
petang ini.
KUALA
LUMPUR – Majoriti rakyat atau netizen di media sosial mahu UMNO menarik
sokongan dan keluar dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk bersama
lima parti politik pada 1 Mac 2020.
Rata-rata
menyifatkan UMNO tidak sesuai berada dalam kerajaan yang tiba-tiba wujud
selepas menumbangkan Pakatan Harapan (PH) yang baharu 22 bulan menjadi kerajaan
pada April 2018 hingga Februari 2020.
Mereka juga menganggap PN bukan kerajaan
yang sah kerana ditubuhkan hasil daripada tindakan segelintir Ahli Parlimen
dari PH dan UMNO melompat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Justeru, apabila UMNO berada dalam kerajaan PN, rakyat merasa
kecewa dan mengharapkan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan secepat mungkin untuk
mereka memilih kerajaan sah dengan suara rakyat.
Bahkan, kebelakangan ini juga timbul suara desakan dari ahli dan
pimpinan akar umbi terhadap pucuk kepemimpinan UMNO agar menarik sokongan dan
keluar dari gabungan kerajaan PN.
Namun, suara akar umbi tidak diendahkan
dan kini keputusan itu terletak pada dewan tertinggi UMNO iaitu Ahli Majlis
Kerja Tertinggi (MKT) yang mempunyai suara pemutus.
Bagaimanapun, dalam kalangan MKT juga wujud sikap berbelah
bahagi antara mereka, apabila ada antaranya terutama yang menjawat jawatan
dalam kerajaan tidak bersetuju dengan keputusan keluar dari kerajaan PN.
Malah, ada sebahagian daripada mereka yang berada di luar
kerajaan beriya-iya mahu UMNO menarik diri, walaupun keputusan untuk tidak
bersama PN telah diputuskan oleh Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Keadaan yang terumbang ambing, antara
setuju dengan tidak setuju ini menyebabkan ahli serta pimpinan akar umbi
termasuk rakyat berada dalam kekeliruan.
Mereka keliru kerana sesetengah pihak dalam parti itu
mengeluarkan kenyataan UMNO akan menarik sokongan terhadap kerajaan PN,
manakala sebahagian lagi mendakwa UMNO tidak akan berbuat demikian, sebaliknya
akan terus kekal bersama kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagi membetulkan keadaan itu dan untuk memberi gambaran awal
kepada keputusan itu, portal MalaysiaGazette mengambil
inisiatif membuka peluang undi kepada orang ramai untuk mengundi sama ada
sokong atau tidak jika UMNO keluar dari kerajaan PN.
Undian 24 jam bermula jam 2.30 petang semalam dan berakhir atau
ditutup jam 2.30 petang ini, menyaksikan sebanyak 76,600 undi telah dikumpul.
Daripada jumlah itu, 82 peratus iaitu 62,812 undi menyokong UMNO
menarik sokongan daripada kerajaan PN, manakala 18 peratus atau 13,788 tidak
setuju, iaitu mahu UMNO terus kekal dalam kerajaan.
Media sosial Facebook Malaysia Gazette yang membuka undian
dengan tajuk dan persoalan, “Majlis Tertinggi UMNO dijangka bermesyuarat untuk
tarik sokongan daripada kerajaan perikatan nasional” itu turut dikongsi 639
netizen dan lebih 1,000 ulasan di ruang komen.
Bermakna, apa yang berbuku di hati ahli, pimpinan akar umbi dan
pemimpin tertinggi sendiri pun sudah terjawab. Cuma tinggal lagi tentangan
daripada mereka yang berada dalam kerajaan.
Malam tadi juga desas desus tersebar mengatakan ada ‘pertemuan
khas’ pimpinan UMNO di Wisma Perwira di ibu negara.
Pertemuan itu dipercayai perbincangan bersama presiden
berhubung keputusan untuk membawa keluar parti itu daripada PN.
Menurut sumber, selain Ahmad Zahid, pertemuan tertutup itu
dikatakan turut dihadiri Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan
beberapa lagi pemimpin tertinggi parti.
“Mesyuarat itu hanya dihadiri oleh beberapa pemimpin tertinggi
UMNO untuk meminta Zahid tidak membuat keputusan terburu-buru mengenai masa
depan parti,” kata sumber yang enggan dikenali kepada MalaysiaGazette.
Namun, pagi ini juga, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr.
Asyraf Wajdi Dusuki tampil menafikan MKT bermesyuarat malam tadi dan telah
membuat ketetapan menarik diri dari kerajaan PN.
“Banyak betul fitnah malam ini, termasuklah menggambarkan MKT
bermesyuarat malam ini dan buat ketetapan menarik diri dari kerajaan PN.
“Selaku Ketua Pemuda UMNO, saya tegaskan belum ada sebarang
notis mesyuarat dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO.
“Kalau adapun mesyuarat bukanan MKT untuk bulai Julai ini. Saya
pasti tiada mesyuarat secara fizikal kerana PKPD dan hanya melalui online,”
tulis beliau menerusi Facebooknya.
Menurut Dr. Asyraf, beliau merasa pelik kenapa ada yang begitu
menggelabah hingga keluar bermacam-macam cerita mengenai MKT?
Katanya lagi, orang ramai termasuk yang ‘mengambil berat’ pasal
UMNO perlu bersabar kerana yang pasti, parti itu tetap berpegang kepada
pendirian dan keputusan PAU, “No Anwar, No DAP, No PKR, No PPBM”. – MG
Umno tinggal satu ‘step’ lagi sebelum keluar
kerajaan PN. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi berkata,
kerajaan Perikatan Nasional (BN) boleh tumbang pada bila-bila masa kerana
keputusan parti itu menarik balik sokongan kepada Putrajaya adalah pasti.
Katanya, Umno sedang menunggu MKT memuktamadkan
keputusan berkenaan.
“Memang ada yang risau Umno ‘pull the plug’.
Mereka ini sama ada di dalam atau di luar Umno risau hilang jawatan dan
keistimewaan.
“Keistimewaan yang paling penting ialah perisai
daripada tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga
Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya di Facebook.
Puad berkata, keputusan itu sudah lama
dinantikan memandangkan usul menarik sokongan itu diluluskan sebulat suara
semasa Perhimpunan Agung Umno 2020 pada Mac lau.
Beliau turut mengakui terdapat beberapa ahli
Umno tidak berpuas hati dengan langkah itu, khasnya mereka yang tidak mahu
pentadbiran PN tumbang.“Mereka akan ‘spin’ kononnya rakyat marah. Mereka tuduh
Umno gila kuasa.
“Tetapi mereka lupa, Umno sokong Muhyiddin
Yassin jadi perdana menteri walaupun dia terlibat dengan Dr Mahathir Mohamad
yang menjatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14.”
Beliau berkata, tiada sebab untuk marah terhadap
Umno kerana ia membenarkan ahlinya dilantik sebagai menteri tanpa mengikut
hierarki parti dan PN diberi peluang mentadbir kerajaan selama 15 bulan.
Katanya, Umno perlu meninggalkan “kerajaan yang
tidak cekap” disebabkan dasar dan caranya terbukti salah.
“Bukan Umno sahaja yang kata kerajaan PN gagal,
tetapi semua pihak, termasuk rakyat. Sebab itu keputusan Umno adalah tepat.”
Semalam, Ahli Parlimen Umno, anggota Kabinet dan
pemimpin lain mengadakan pertemuan sepanjang hari. Pada mulanya di ibu pejabat
parti itu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, sebelum kumpulan lebih kecil
pemimpin berhimpun di Menara Perwira dekat Kementerian Pertahanan.
Difahamkan, perbincangan dalam pertemuan itu
berkisar mengenai rancangan menarik balik sokongan kepada Muhyiddin.
Sumber dilaporkan semalam berkata, dua menteri
Umno dikatakan bersetuju dengan cadangan parti itu keluar daripada kerajaan PN
sebelum 1 Ogos dan sekurang-kurangnya lima lagi Ahli Parlimen yang juga ahli
MKT turut bersetuju berbuat demikian.
1- Sebenarnya sejak awal aku tak faham kenapa begitu rakus
Kerajaan Pahang, pihak berkuasa merampas tanah pengusaha durian Musang King,
Biarpun atas nama pencerobohan.. Sedangkan Kerajaan boleh berunding dengan baik
dan akhirnya Kerajaan kekal mendapat hasil..
2- Dari banyak respon, Aku lihat ramai orang Melayu yang marah
marah hanya kerana ramai dari pekebun Musang King itu dari kalangan berbangsa
Cina biarpun ada yang muslim.. Ini kadang2 kencenderungan, Ashabiyah akhirnya
kita menutup pintu dan menolak neraca Keadilan yang diajarkan oleh islam..Sudah
pasti ada Sejarah disebalik semua ini..
3- Sebenarnya masalah melibatkan hak milik tanah ini banyak
berlaku dari kalangan orang Melayu dan Islam sendiri.. samada melibatkan hak
milik tanah tempat tinggal seperti setinggan, mahupun tanah Kebun tanaman..Aku
sendiri secara peribadi pernah hadapi soal status hak milik tanah atas kerja
Khianat orang dalam dan Kerajaan sendiri..
3- Aku lebih boleh terima satu usaha membangunkan Pertanian,
atau apa pun bentuk Tanaman yang mendatangkan hasil dari Tanah yang diberikan
kepada Tauke tauke Balak, Bauksit yang akhirnya merosakkan Alam sekitar
sebagaimana yg berlaku di Tasik Chini..
4- Kerajaan Boleh saja bertindak matang, Dengan memberikan
keputusan menang menang seperti mengenakan sewaan atau apa saja cukai.. Tanah
itu boleh dikembalikan kepada Kerajaan dan satu perjanjian Pajakan dan sewaan
dikenakan..Bukan bertindak bodoh memusnahkan Tanaman seperti yang berlaku di
Kelantan ketika heboh isu Ladang Rakyat melibatkan tanah hak milik FELCRA dan
Kerajaan negeri..
5- Ummat Islam lebih nampak marah melihat tanah isu tanah Musang
King sebagai satu bentuk kemarahan, berbanding tanah dan Gunung yg digadai
Keturunan Najib Razak dan Hishamuddin di Genting Highland dan akhirnya menjadi
pusat Perjudian antara yg terbesar di Asia tenggara..
6- Inilah Masalah orang Melayu.. Ia bukan hanya berlaku kepada
non Muslim, Sesama Melayu dan saudara sendiri pun berlaku..Bila dah nampak
hasil..Masing masing berebut hak milik tanah, Bekerja malas.. Hanya tahu dapat
wang mudah dari hasil orang lain.. tak kira yang kayangan, atau si Marhaen yg
pemalas..
7-Di dalam Islam, Ada satu konsep dinamakan Ihya' Al Mawat,
Yakni mengusahakan Tanah terbiar atau tanah mati.. Mengikut pandangan mazhab
Shafie ia memberikan makna..
"اصلاح الارض ما لم يكون عامرا ولا حريما لعامر قريب من
العامراو بعد.."
" Memajukan dan mengusahakan tanah atau kebun yang belum
diusahakan orang lain, samaada kebun itu jauh dari pemukiman(Pnempatan)mahupun
dekat..."
8- Apakah Usaha Tanah untuk Pertanian ini perlukan Izin
Imam(Pemerintah) ? Biarpun di dalam Kitab Syarah As Saghir pandangan ini
dikhususkan bagi orang islam, dalam konteks kenegaraan berasaskan kerakyatan
atau Konsep Muwathhanah disebutkan di dalam Kitab tersebut..
" Tindakan (perlaksanaan) pemerintah ke atas rakyat adalah
mesti berkait (terikat) dengan maslahah."
Soalnya bagaimana pemerintah bijak mengurus sumber alamnya.. ?
10- Itu sebab negara kita begitu teruk ketinggalan dalam bidang
Pertanian.. sama seperti kes NFC yg mana beratus Juta diberikan kepada Syarikat
milik ketua wanita UMNO, Bukan hanya pinjaman wang hatta dianugerahkan tanah..
dalam waktu yg sama..ramai Penternak masih ketiadaan tanah dan modal mengusakan
ternakan.. Inilah Jahatnya Kerajaan UMNO dan BN..
Umno tinggal satu ‘step’ lagi sebelum keluar
kerajaan PN. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi berkata,
kerajaan Perikatan Nasional (BN) boleh tumbang pada bila-bila masa kerana
keputusan parti itu menarik balik sokongan kepada Putrajaya adalah pasti.
Katanya, Umno sedang menunggu MKT memuktamadkan
keputusan berkenaan.
“Memang ada yang risau Umno ‘pull the plug’.
Mereka ini sama ada di dalam atau di luar Umno risau hilang jawatan dan
keistimewaan.
“Keistimewaan yang paling penting ialah perisai
daripada tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga
Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya di Facebook.
BERITA DI PINDAH KE ATAS KERANA RUANG YANG TERBATAS
Satu lagi pertemuan diadakan berkenaan krisis UMNO. Kali ini dipercayai sekali lagi dianjurkan oleh Ismail Sabri Yaakob. Portal berita Malaysia Gazette melaporkan pertemuan khas itu dibuat di Wisma Perwira Kuala Lumpur dan ianya perbincangan bersama Zahid Hamidi berhubung keputusan untuk membawa keluar UMNO dari Kerajaan Perikatan Nasional.
YB Arau Dato' Sri Dr. Shahidan Kassim telah dibidas oleh bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, YBhg Dato' Lokman Noor Adam, kerana memberi intepretasi yang salah bahawa Perhimpunan Agung UMNO telah mewajibkan UMNO untuk menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga PRU15 dan MKT UMNO tidak dibenarkan untuk menarik sokongan sebelum PRU15.
Ini ulasan dan laporan kami di YB Viral.
Di ketika ini, ujian bagi semua orang ialah wabak Covid19 yang secara tiba-tiba melanda negara sejak lebih setahun yang lalu.
Akibat daripadanya, ramai yang mati, hilang kerja, hilang pendapatan, hilang ahli keluarga kerana kematian, termasuk hilang ahli keluarga kerana terjun bangunan dan bunuh diri.
Tidak kurang juga ada yang bermasalah dalam rumahtangga, bercerai, bergaduh dan sebagainya kerana tekanan hidup yang datang secara tiba-tiba.
Kesan daripada Covid19 ini bertambah buruk lagi kerana di ketika ia melanda, ia tidak menyebabkan surutnya kerakusan dan rasa tamak terhadap kuasa.
Langkah Sheraton digerakkan pada penghujung Februari 2020 ialah ketika Covid19 baru mula menggila.
Lantaran memikirkan peluang agak terbuka untuk merampas kuasa, maka semuanya dianggap tidak apa.
Ia menyebabkan sebaik saja Mahiaddin Md Yasin berkuasa, perintah PKP terus dikuatkuasakan tidak lama selepas itu.
Kemudian, apabila ia mula sedikit reda, PRN Sabah pula digerakkan, juga dengan tujuan untuk merampas kuasa di sana.
Sejak itu, wabak terus berantai merebaknya sehingga menyebabkan macam-macam jenis PKP, darurat, total lockdown dan akhirnya PPN atau Pelan Pemulihan Negara telah dikuatkuasakan hingga ke hari ini.
Namun, semuanya terbukti telah gagal dan sedang menuju kegagalan, lalu menyebabkan kes tidak pernah berkurangan mengancam nyawa kita semua.
Akhirnya yang sengsara ialah rakyat yang dikurung tak henti-henti, sementara kes mati kian meninggi setiap hari.
Mereka yang rakus dan tamak kuasa tetap juga tak sedar diri, walau kegagalan mereka silih berganti dan tak henti-henti.
Sudah tahu gagal dan tak mampu, sepatutnya segeralah berhenti, ini tidak, PKP, darurat dan PPN terus diperalatkan untuk mengekalkan kuasa sehingga titah Agong pun tergamak diderhakai.
Mujur tiada DAP dalam kerajaan yang derhaka ini, kalau tidak mau terbakar seluruh bumi dibuatnya dengan amukan sentimen kaum dan agama yang direka-reka selang seminit sekali.
Patutnya, dengan macam-macam masalah tanpa henti dalam negara, dirawat pula di hospital, sedar-sedarlah tentang ketidakmampuan mengurus negara ini.
Tetapi, barangkali inilah caranya Tuhan nak mendedahkan tembelang sebuah kerajaan yang mengaku sebagai kerajaan Melayu Islam, namun paling haprak dan tak berguna sekali pernah ada.
Yang berlaku hari demi hari akhirnya ialah negara makin huru-hara, nasib bangsa tetap begitu juga, malah tidak berbuat apa-apa untuk agama sepertimana bergema takbir dan penuh tin milo setiap kali selepas ceramah berakhir ketika belum beroleh kuasa.
Menjadi saksi langit dan bumi, yang diutama dan gila-gila mahu dipertahankan tidak lain hanyalah kuasa, kuasa dan kuasa bersama nikmat dunia yang dapat diraih daripadanya.
Dek kerana sayang kepada kuasa, bukan saja sentiasa berdalih untuk diuji majoriti, bahkan sampai ke tahap sanggup memadam fatwa sesat dan orang yang khabarnya sedang tenat di IJN juga turut henti-henti bersuara ketakutan hilang nikmat dunia.
Dalam masa yang sama, di ketika rakyat sengsara dan ramai yang hanya menunggu mati, selain tidak mengurangkan nafsu terhadap kuasa, ada pula yang tetap ghairah nak menambah bini di sini sana.
Adussss….manusia jenis apakah pemimpin yang kita ada sekarang ini?
Covid19 – menguji manusia dengan kesusahan dan kematian, tetapi dalam masa yang sama, sebilangan yang lain diuji dengan kerakusan kuasa dan nikmat dunia yang nampaknya begitu sayang untuk dilepaskan.
Ketika ini jugalah, tidak kedengaran lagi hujah beserta nas dan hadis pilihan yang mengungkapkan matlamat sebenar perjuangan di dunia ini ialah akhirat dan syurga yang kekal abadi.
Apa yang selalu diperingatkan dalam Al-Quran dan Hadis serta kerap ditemui dalam buku-buku sejarah tentang nafsu dan ketamakan pemimpin atas nama agama kepada dunia dunia akhirnya sedang berlaku di depan mata kita semua.