https://youtu.be/sHBVTX7XNKc

PH TIDAK BUAT KEPUTUSAN TENTANG KERJASAMA DENGAN MAHATHIR




PH TIDAK BUAT KEPUTUSAN TENTANG KERJASAMA DENGAN MAHATHIR.  MESYUARAT MAJLIS PRESIDEN BARU2 INI TIDAK LANGSUNG BUAT KEPUTUSAN TENTANG HAL TERSEBUT.  KEPUTUSAN MAJLIS PRESIDEN HANYA APA YANG DIKELUARKAN OLEH KENYATAAN MEDIA OLEH PENGERUSI PH BARU2 INI YANG TELAH DITANDATANGI OLEH SEMUA KETUA PARTI DALAM PH.  DI SITU, TIDAK LANGSUNG DISENTUH TENTANG KERJASAMA DENGAN MAHATHIR



[[LIVE]] 14.1.2021 DSAI bersetuju dengan Grand coalition?UMNO bakal lemas?

(Live) Abdullah Sani & William Leong: Darurat Kesihatan Atau Darurat Pol...

LANGKAH SHERATON: DI ANTARA RAHMAH DAN MUSIBAH



Penyokong malah rakan rakan dalam PH ada yang marah, kesal dan kecewa kerana hasrat Anwar menjadi PM belum berjaya. 


Pelbagai tuduhan, kritikan dan tidak kurang juga kutukan dilemparkan kepada Anwar. Sementara yang memusuhinya menuduh Anwar gila kuasa, tidak sabar dan bermacam kata nista diluahkan.


Hadi Awang yang dulu berdakapan dengan Lim Kit Siang, bersanding dengan pakaian sedondon bersama Najib, bersumpah mempertahankan  Mahathir hingga habis penggal dan kini tidur sebantal dengan Muhyiddin, tiba tiba mengigau pasal Anwar. 


Katanya Anwar berada di kapal yang hampir tenggelam. Soal negara yang hampir tenggelam tidak pula beliau pedulikan. Apakah kapal yang Hadi tumpang tidak akan tenggelam? Jangan cepat mengumpat orang lain kalau kapal sendiri bocor di sana sini. 


Mahathir memang kita semua sudah maklum, doa dan zikirnya siang malam agar Anwar tidak jadi PM. Tidak cukup dengan memecahbelahkan KEADILAN, kini beliau menabur umpan kepada MP Amanah dan DAP untuk memecahbelahkan PH pula. Ini memang perangai Mahathir jadi tidak ada yang pelik. 


Tidak mengapa, kita biarkan Hadi dan Mahathir terus  melayani dendam kesumat mereka. Rakyat tahu kerana kedua dua mereka adalah punca  perpecahan umat Melayu, perpecahan Pas dan Umno. Pandang ke belakang, lihat sejarah mereka. 


Kedua-dua mereka memiliki sifat kediktatoran yang sama sebagai Presiden parti. Kedua duanya berasa mereka saja yang pandai, yang betul dan orang lain semuanya jahil, tolol dan bodoh. 


Biarkan kedua-dua mereka terus gelisah kerana  Anwar tetap menyepi  walaupun beliau memiliki banyak peluru untuk membalas serangan. 


Rakyat tentu faham prinsip perjuangan Anwar. Dendam dan menyerang balas bukan sikapnya, kecuali di musim pilihanraya. 

Beliau diajar jangan memusuhi sesiapa - "walatastawil hasanatu walassaiyiah"...tidak sama mereka yang melakukan kebaikan dan kejahatan. 


Sebenarnya Hadi Awang sudah boleh dipenjarakan 35 tahun dulu kerana amanatnya mengkafirkan Umno, mengharamkan solat berimam orang Umno, mengharamkan sembelihan dan berkahwin denga orang Umno. Keluarga berpecah, penduduk kampung bermusuhan dan kemuncaknya ialah Tragedi Memali. Generasi muda perlu baca kembali sejarah perjuangan Hadi.


Mahathir ketika ditanya kenapakah tidak menghantar Hadi ke Kemunting, jawapannya cukup mudah..saya perlukan Hadi untuk mengimbangi tuntutan kaum Cina. 


Bagi Mahathir, kamu boleh buat apa saja dosa dan kesalahan, selagi kamu bermanfaat untukku, undang undang tidak terpakai. Inilah yang berlaku sepanjang pemerintahan Mahathir dan inilah juga punca sebenar kejatuhan Umno. 

Kata Plato “ Justice is useless when situation is useful and justice is useful when situation is useless”. 


Anwar tidak memanfaatkan Mahathir kerana ketegasannya menentang rasuah dan kronisma, justeru undang undang perlu digunakan untuk menghalalkan fitnah. Inilah episod sedih dan malang yang menimpa negara ini. 


Apapun sesuatu kejadian itu pastinya ada sebab musabab dan hikmahnya. Sebab musabab jatuhnya kerajaan PH semua sudah maklum, tetapi 

apakah hikmah bagi Anwar disebalik Langkah Sheraton? 


Hikmahnya banyak, pertama terpancut semua pembelot, penipu dan pencuri dalam KEADILAN. Keduanya,  watak sebenar Muhyiddin yang pura pura menyokong Anwar kini terbukti benar. Ketiga, rakyat boleh melihat siapakah wakil rakyat mereka yang benar benar berjuang untuk rakyat atau untuk perut sendiri. 


Apapun yang paling penting untuk rakyat sedari ialah Allah sebenarnya telah menyelamatkan Anwar daripada menjadi PM ketika diturunkan bala COVID-19 di seluruh dunia.


Selepas Langkah Sheraton, angka jangkitan dan kematian akibat wabak Covid 19 berlipat ganda. Walaupun dalam Perikatan Nasional ada Tuan Guru, Ulama dan Lebai sementara Perdana Menteri pula turut berdoa , namun ujian Allah belum mampu ditangani dengan cekap sehingga terpaksa diisytihar pula darurat. Selepas musibah Covid 19 negara ditimpa pula musibah darurat.


Apakah ini bukan satu musibah yang perlu dilalui oleh PM dan kerajaan PN? Tanyalah Hadi Awang, Muhyiddin dan semua menteri kerajaan PN apakah mereka seronok melihat angka kematian semakin meningkat, ekonomi terus merudum dan rakyat miskin menjadi papa? 

Apakah mereka seronok menerima gaji dan elaun atau dalam istilah kasar “makan gaji buta” kerana banyak berehat daripada bekerja? 


Amanah ini cukup berat terutama buat tuan guru dan Lebai yang lebih banyak bercakap hal orang lain daripada memikul amanah yang diberi. 

Untuk apa berjawatan PM dan Menteri kalau sekadar berkurung di rumah? PM hingga hari ini tidak berani berdepan dengan media massa.


Elaun perjalanan dan keraian tidak boleh dituntut, lawatan ke luar negara tidak boleh dilakukan dan jet eksekutif PM tidak ada apa apa faedah. Malah melawat kawasan sendiri pun susah. 


Seronokkah jadi kerajaan bila setiap hari membilang kerusi berapa yang berbaki? 


Tentu sekali tidak ada apa apa yang hendak dibanggakan. Barangkali kerana bosan tidak banyak kerja yang hendak dibuat, pegawai kerajaan dibiarkan menyebar video meraikan hari jadi pak Menteri. Suatu peristiwa yang amat memalukan ketika rakyat sedang berhempas pulas untuk mencari sepinggan nasi. 


Barangkali juga pegawai Kementerian Pertanian ingin memberitahu rakyat yang Menteri mereka pun tak banyak kerja. 


Dalam tempoh hampir setahun Kerajaan PN memerintah bermacam dugaan terpaksa dihadapi. Banjir di sana sini, tanah runtuh dan jalan terputus berselang seli sementara pelabur pula semakin hari semakin ramai yang lari. Bukankah ini musibah untuk Kerajaan PN? 


Sesiapa yang menyangka Anwar kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri sepatutnya menilai kembali susuk pejuang ini.


Beliau tetap tabah, sabar dan bertenang kerana yang difikirkan bukalah jawatan atau kontrak tetapi agenda bangsa dan negaranya.


Beliau lebih tekun memikirkan sebuah negara impian yang rakyatnya bersatu padu membina negara bangsa yang seutuhnya. 


Beliau mahukan sebuah kerajaan yang kukuh dan bersih daripada sebarang kefasadan. Tentulah ini bukan perkara yang mudah kerana politik Malaysia yang diadun oleh sentimen pekauman dan agama memerlukan kekuatan baru, penjajaran baru dan kerangka penyatuan yang baru. 


Sama samalah kita berdoa dan berikhtiar semoga Allah memelihara kesihatan, semangat dan keimanan Anwar untuk meneruskan perjuangannya. 


Mengakhiri coretan ini, cuba bayangkan apa yang akan terjadi seandainya tidak ada tokoh pejuang seperti Anwar Ibrahim dipersada politik negara hari ini?


WFAUZDIN NS



KENYATAAN MEDIA DAN SURAT KETUA PEMBANGKANG KEPADA DYMM YDP AGONG

 No photo description available.No photo description available.Image may contain: text



APA MOTIF PROKLAMASI DARURAT?

Image may contain: Syed Ibrahim Ledang, text that says "Apa Motif Proklamasi DARURAT? SISNA SISN"


14 Januari 2021

1. Pengumuman PKP 2.0 dan pengisytiharan darurat telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat. Meskipun PKP 2.0 dianggap ada asasnya kerana kes positif Covid-19 yang mencanak namun apa kaitannya dengan pengisytiharan darurat?

2. Saya tidak berniat menimbulkan keraguan atau persoalan apatah lagi untuk menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong tetapi sebagai wakil rakyat saya bertanggungjawab bertanya apa keperluannya darurat sebegini rupa terutama jika ia kemungkinan besar bermotif politik dan dibimbangi boleh tambah menjejaskan nasib dan masa depan rakyat serta negara.

3. Apakah wabak Covid-19 dan bencana banjir seperti kata Perdana Menteri, boleh dianggap ancaman kepada keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam sehingga diisytihar darurat? Dengan rendah diri, saya berpendapat tidak! Saya setuju dengan hujah rakan saya Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang.

4. Secara umumnya, saya tidak ada masalah untuk pihak kerajaan dan pembangkang bekerjasama demi rakyat dan negara dalam mengekang jangkitan wabak dan melandai lengkok Covid-19 sekali lagi. Itu yang sewajarnya kerana memang benar ia terkait kepentingan perlindungan nyawa. Segala sumber dan dana wajib ditumpu kepadanya.

5. Masalahnya ialah kegagalan kepimpinan kerajaan. Strategi menguruskan wabak sepatutya telah dikaji semula. Saya telah bangkitkan dan memberi beberapa saranan dalam rencana saya bertajuk “PKP; KE MANA KITA?” pada 18 Disember 2020 (https://m.malaysiakini.com/news/555727). Banyak pihak telah beri pandangan termasuk pakar-pakar perubatan. Antaranya ialah kepentingan melakukan ujian massa (mass testing), penjejakan kontak yang lebih pantas, pengawalan bersasar dan kaedah mengurus pesakit Covid yang lebih berkesan.

6. Ramai yang mahu tampil ke hadapan membantu seperti doktor perubatan, penolong pengawai perubatan, persatuan bantuan kecemasan dan lain-lain, jika diberi peluang dan insentif yang munasabah. Begitu juga dengan hospital swasta. Apakah hospital swasta tidak boleh dirunding untuk bekerjasama dalam keadaan mendesak sekarang? Apakah hingga perlu kuasa darurat?

7. Selain melaksanakan PKP, PKPB dan PKPP serta strategi menyeluruh menangani fasa baharu pengurusan dan pengawalan wabak Covid-19, maka langkah menguatkuasakan PKP dan bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit serta Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah mencukupi pada pendapat saya untuk menangani pandemik Covid-19. Begitu juga dengan bidang penguatkuasaan Angkatan Tentera dan Polis Diraja Malaysia yang dilihat memadai.

8. Di samping itu, kerajaan perlu telus dan bersungguh-sungguh dalam menguruskan pemberian suntikan Vaksin kepada rakyat. Singapura dan Indonesia sudah mendahului dalam hal ini. Malaysia bila lagi?

9. Pelan Ekonomi juga wajib berjalan selari. Mengambil pengalaman lalu, kerajaan sewajarnya lebih bersedia dengan pelan untuk menangani kemurungan ekonomi dan keyakinan pelabur serta membantu mengatasi masalah pengangguran dan kehilangan pendapatan di kalangan rakyat yang terjejas akibat PKP dan pengisytiharan darurat. Apa pelan konkrit kerajaan?

10. Jadi balik kepada persoalan tadi, apa sebenarnya motif di sebalik kuasa-kuasa darurat selama enam bulan sehingga Ogos 2021? Bukankah semua perkara ini boleh dilaksanakan tanpa kuasa darurat, dengan bidang kuasa yang ada di bawah KKM dan MKN?

11. Memang benar perintah darurat ini tiada perintah berkurung, tiada rampasan tentera serta kerajaan persekutuan dan negeri serta badan kehakiman berfungsi seperti biasa.

12. Tetapi mengapa Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihanraya Negeri (PRN) tidak boleh diadakan sedangkan PRU-15 hanya perlu diadakan menjelang 2023 manakala PRN Sarawak tidak perlu dilakukan sehingga selewat-lewatnya penghujung Ogos 2021? Kuasa darurat bagi Pilihan Raya Kecil seharusnya memadai seperti yang dibuat untuk Batu Sapi dan Gerik.

13. Mengapa Perdana Menteri perlukan perintah pukal begitu melainkan jika beliau tahu kerajaannya telah hilang majoriti dan wajar mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk bubarkan parlimen dan letak jawatan.

14. Juga mengapa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak dibenarkan bersidang seperti biasa? Apa kaitannya dengan mengawal merebaknya wabak Covid-19?

15. Bukankah tindakan menggantung Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri pada ketika pihak eksekutif dan kehakiman masih boleh berfungsi seperti sedia kala menjejaskan proses semak imbang, merencat demokrasi negara dan menafikan suara rakyat?

16. Fungsi wakil rakyat bukan sekadar menghadiri aktiviti mesyuarat Jawatankuasa seperti Jawatankuasa Pilihan Khas (yang belum dilantik dan bermula pun) tetapi yang lebih hakiki ialah membangkitkan permasalahan dan penyelesaian isu rakyat, serta menyemak imbang segala dasar dan pelaksanaan kerajaan. Ini hanya dapat dilakukan jika dewan bersidang.

17. Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam kenyataannya menyifatkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bebas yang dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sebagai proses semak dan imbang Parlimen. Sementara ia dilihat sebagai tindakan terbuka dan inklusif oleh kerajaan, namun saya ingin mengingatkan Speaker dan kerajaan bahawa institusi parlimen ialah sebahagian daripada tiga tiang seri pengasingan kuasa dan tidak wajar dicampuradukkan.

18. Yang pasti Jawatankuasa Bebas ini bukan tertakluk di bawah parlimen kerana ia cetusan idea oleh kerajaan. Ia tidak tertakluk bawah peraturan mesyuarat parlimen. Jika di bawah parlimen maka perlu dibawa ke sidang parlimen untuk dibahas dan diluluskan terlebih dahulu. Apa komposisinya? Apa bidang kuasanya? Masalahnya parlimen telah digantung.

19. Jadi apakah sebab sebenar parlimen dan dewan undangan negeri digantung ialah kerana kerajaan Perikatan Nasional ingin mengelak daripada pengesahan kehilangan sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen terhadapnya?

20. Kesimpulannya, saya syorkan supaya pihak kerajaan menilai semula nasihat mereka berkaitan perintah darurat ini. Ia tidak boleh diterima sama sekali terutama apabila membebankan rakyat dan berselindung di sebalik Covid-19 untuk survival politik.

SYED IBRAHIM SYED NOH

Ahli Parlimen Ledang

Pengerusi KEADILAN Negeri Johor

 


PKP HARI KE DUA

 

PKP hari kedua,


FAEZUDDIN  PUAD


Image may contain: text that says "STATUS TERKINI COVID-19 MALAYSIA 14.1.2021 KES BAHARU MENGIKUT NEGERI Jumlah kes baharu 3,337 KEMONTERIANKESHATANMALAYSIA Jumlah keseluruhan kes 147,855 PERLIS +4 KEDAH +86 KELANTAN +85 P.PINANG +234 TERENGGANU +89 PERAK +92 SELANGOR +1,036 LABUAN PAHANG +34 κ. LUMPUR +113 +257 N. SEMBILAN +169 PUTRAJAYA +24 MELAKA +85 JOHOR +460 SABAH +389 SARAWAK +180 SUMBER: CPRC KEBANGSAAN NEGERI JUMLAH KES BAHARU comms@moh"

Pecahan kes baharu (3,337)

Selangor

458 kluster sedia ada

13 kluster baharu (Jalan Selayang)

324 saringan kontak rapat

239 lain-lain saringan

2 import

Johor

149 kluster sedia ada

55 kluster baharu (Tropika & Pasir Barat)

101 saringan kontak rapat

155 lain-lain saringan

Sabah

10 kluster sedia ada

279 saringan kontak rapat

100 lain-lain saringan

KL

14 kluster sedia ada

18 kluster baharu (Tapak Bina Dutamas & Jalan Pahang)

129 saringan kontak rapat

95 lain-lain saringan

4 import

P.Pinang

166 kluster sedia ada

39 saringan kontak rapat

29 lain-lain saringan

Sarawak

170 kluster sedia ada

9 lain-lain saringan

1 import

N.Sembilan

8 kluster sedia ada

88 kluster baharu (Jalan Rantau-Siliau)

52 saringan kontak rapat

21 lain-lain saringan

Pahang

65 kluster sedia ada

29 saringan kontak rapat

19 lain-lain saringan

Perak

21 kluster sedia ada

1 kluster baharu (Intan Mas)

44 saringan kontak rapat

26 lain-lain saringan

Terengganu

62 kluster sedia ada

21 saringan kontak rapat

6 lain-lain saringan

Kedah

16 kluster sedia ada

45 saringan kontak rapat

25 lain-lain saringan

Melaka

4 kluster sedia ada

47 saringan kontak rapat

34 lain-lain saringan

Kelantan

26 kluster sedia ada

38 saringan kontak rapat

21 lain-lain saringan

Labuan

26 saringan kontak rapat

8 lain-lain saringan

Putrajaya

3 kluster sedia ada

12 saringan kontak rapat

9 lain-lain saringan

Perlis

3 saringan kontak rapat

1 lain-lain saringan

 




DOKTOR APA NIH BAGI PANDANGAN MACAM NI ?


Sham Ghaz


 Doktor ni nak bodek pun biarlah bertempat.


Contoh yang kamu bagi pun tak relevan dengan kegiatan aktiviti ekonomi rakyat Malaysia.


Ada ke patut bagi contoh Perkhidmatan DRONE.





“Sebagai contoh, syarikat-syarikat yang terlibat dalam perkhidmatan dron dapat menawarkan perkhidmatan ke seluruh dunia. Ini mampu meningkatkan pendapatan syarikat mereka sekali gus menjana pendapatan negara semasa situasi sukar ini (penularan COVID-19),”


Baca sendiri lah; 


https://harakahdaily.net/index.php/2021/01/12/pkp-di-enam-negeri-tidak-beri-kesan-ekonomi-ketara/

VIDEO : TERKINI! PEGAWAI MUHYIDDIN BINGAI! PECAH RAHSIA TUJUAN DARURAT!



LAPORAN AWAL SEBELUM INI LINK DIBAWAH.






Seorang pegawai kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengakui bahawa perisytiharan darurat adalah langkah politik bagi menyelamatkan kedudukan Perikatan Nasional.

Menurut Azman Mat Hussin, perisytiharan darurat oleh Muhyiddin telah sekaligus “checkmate” musuh-musuh politik Muhyiddin./




PAS PARTI POLITIK, TAPI BAB NAK CARI UNTUNG DIA SAHAJA YANG BETUL

 

Hamdan Taha


Pandangan saya sebagai rakyat kerdil...


Saya baca kenyataan presiden pas Dato Seri Hadi Awang tentang darurat yang di laksanakan oleh kerajaan PN yang Pas bersama dalam kerajaan ini....


Di pendekan hujah presiden ialah wajib hukumnya berdepan dengan musibah covid kerana kerajaan perlu laksanakan untuk menyelamat rakyatnya dari jangkitan...


Ok tak ada masalah itu hujah beliau....negara kita mengamalkan demokarasi dan dia berhak untuk melahirkan pendapat parti yang beliau wakili....

Tetapi bila beliau dalam masa yang sama menyidir orang lain dan memperkecil pihak lain itu sesuatu bukan juga benda baru....itu lah hadi awang....sebelum pru ke 14 apa yang dia tak sindir tun m....tapi selepas tun m jadi pm beza pula pendekatannya.....itu lah politik PAS....tidak juga satu masalah kerana PAS ialah parti politik...kita wajib bezakan PAS dengan islam....dua perkara yang berbeza...PAS  parti politik di mana ada untung di situ mereka pergi....islam pula agama tidak ada istilah untung dan rugi....ikut islam untung...tak ikut rugi....amalkan islam untung...tak amalkan rugi...

Tetapi saya tenanti nanti kenyataan hadi awang dengan mengajak semua parti bekerjasama terutama Amanah,Pkr dan Dap kerana Pas pernah bersama mereka lebih lama dari umno dan bersatu. Pas tahu siapa pemimpin Dap,Amanah dan Pkr....pelukan ketika berjumpa lebih kerap dari peluk zahid dan muhyuddin. Zahid dan Muhyuddin baru kenal dan bersama pula tu berkerjasama ada covid pula jadi jumpa pun dah tak boleh peluk peluk....berbanding dengan Dap...LKS,PKR ...Anwar Ibrahim....Amanah...mat sabu....puluh tahun berpeluk sakan ni....

Jika pas dan hadi itu cuba mengambarkan mereka itu parti islam ini lah masanya buat temu janji dengan LKS,Anwar Ibrahim dan Mat Sabu buat perundingan dan pendamaian....kerana itu ajaran islam....jika telah di buat mereka tak mahu ikut berdamai itu masalah mereka tapi sebagai parti yang kononnya islam ini dah buat tangungjawap mereka. Kenapa zaman Tun Dr M pm boleh pulak Hadi pi jumpa dr m dengan hujah yang sama...demi islam...bangsa...dan negara...kami parti yang menjaga kepentingan umah...

Kot parti parti di malaysia ni pun duta khas timur tengah tak boleh nak damaikan....macam mana pula di dunia arab tu....gaji tiap bulan besar....sekarang ni tak bole ke arab....tapi pi lah ajak jumpa semua orang politik buat pendamaian.....sebab dah ada isu besar iaitu covid....negara....rakyat lebih penting dari politik...



Darurat taktik elak kerajaan PN tumbang

 

In about-turn, PKR's William Leong says wants to run again | Free Malaysia  Today


Proklamasi darurat yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 12 Januari lalu tidak menepati keperluan melawan Covid 19 sebagaimana yang diperkatakan pemerintah.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen berkata, darurat tidak mempunyai hubungkait dengan pengawalan Covid kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 lalu telah terbukti berhasil membendung jangkitan pandemik.

Katanya, darurat dengan menghalang Parlimen daripada bersidang lebih kepada taktik politik selepas pentadbiran PM Muhyiddin kehilangan sokongan satu demi satu Ahli Parlimen Umno, sehingga kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Parlimen tinggal 109 daripada 220 kerusi.

“Kenyataan Muhyiddin isytihar darurat membuktikan dia tidak lagi mendapat sokongan. Kerajaan PN sebenarnya sudah tumbang dan dengan adanya darurat ia menyelamatkan kedudukan Muyhiddin. Ini adalah politik.

“Mengadakan darurat untuk tangani Covid-19 adalah alasan semata-mata. Kita sudah ada PKP kali kedua. Tidak perlu umum darurat pun,” katanya.

Darurat yang diisytiharkan pada 2 Januari lalu untuk tempoh 7 bulan sehingga 1 Ogos 2021 dan boleh ditamatkan lebih awal sekiranya keadaan pulih lebih awal.

Pemerhati politik menganggap darurat boleh mempertahankan kerajaan Muhyiddin untuk tempoh yang agak lama selepas 3 Ahli Parlimen Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, Ahmad Jazlan Yaakub dan Nazri Aziz mengumumkan menarik balik sokongan dari PN.



QIMAU MENANGIS

 Rozalina Sabar




Kawan yang selalu pergi Danok share rupa sebenar bahagian harimau menangis


80% lemak, 20% daging


Dah settle masalah akak. Selama ni akak fikir ia adalah perkataan marketing hype. Rupa2nya semalam akak baru tahu ia adalah bahagian daging yang sangat sedikit dalam seekor lembu. Nak makan pun kena booking. LOL. 


Bebaskan otak dari kena tipu. Makanlah steak macam biasa tanpa overclaim. 


#worldrider #masalahdunia



POSTING DELETE LEPAS KENA TROLL.....DEPA KATA KALAU BODO SIMPAN DULU

 

SEMALAM.. Wanita PN ni tweet salahkan rakyat pergi bercuti, malah kata rakyat 'STUPID', 'USELESS' !!..

PAGI NI.. tiba² tweet tersebut dah ghaib hilang entah ke mana.

Agaknya dia pikir maki hina rakyat dulu. Rupa²nya geng dia sendiri pun pergi bercuti di Langkawi..

SR


 Image may contain: 1 person, text that says "Wan Noor Nadhilah @nadhilahnad Cukup cukuplah salahkan gov. Kau cuti kat Langkawi gerak naik Genting lepak kat Cameron stay Janda Baik tak fikir pulak. Lepastuh cakap nak bunuh kami sebab buat pkp semua ni? Stupid. Useless. Translate Tweet 4:18 PM 12/01/2021 Twitter for iPhone This Tweet has been deleted."Image may contain: 8 people, including Natrah Ismail, people dancing, text that says "Ifteesham Yusak is with Zack Zaihan Zainal and 9 others at Pantai Cenang Langkawi. 12 Jan at 23:00 Team Building Staff dan Pasukan MP Parlimen Batu Pahat.. GC #bigfamilyParlimenBatuPahat #TeamDRH #kekaltenang #FamilyTYPDR TYPDR VNICOS DICESON"Image may contain: 1 person




DARURAT INI HANYA MENYERLAHKAN MUHYIDDIN PM PALING GAGAL….

 

Berdasarkan dapatan umum, baik di lapangan atau di media sosial, rata-rata rakyat didapati menolak pengisytiharan darurat yang dinasihatkan kerajaan kepada Yang Dipertuan Agong untuk dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan.

Hanya golongan pengampu dan pelahap jawatan dalam kerajaan saja yang beria-ia mempertahankan keperluan darurat, sambil cuba memberi ugutan bahawa mempertikaikannya adalah suatu bentuk penderhakaan kepada Agong.

Pengampu dan pelahap jawatan memang begitulah, mereka sengaja mewujudkan kekeliruan, walhal yang dipertikaikan ialah nasihat Muhyiddin kepada Agong dan bukannya peranan Agong sebagai Raja Berperlembagaan.

Bagi majoriti rakyat, mereka melihat tiada kewajaran darurat dilaksanakan untuk menangani Covid19 memandangkan sehari sebelum pengisytiharan itu dilakukan, PKP dan PKPB sudah pun dilaksanakan sehingga 26 Januari akan datang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah semalam berkata, KKM memerlukan tempoh masa sehingga tiga bulan lagi untuk melandaikan kes-kes baru jangkitan Covid19.

Ini bermakna, PKP dan PKPB yang sedang berkuatkuasa sekarang bakal berlanjutan sekurang-kurangnya sehingga Mac atau April serta tidak mustahil terus disambung lagi selepas itu.

Dengan itu, apa perlunya darurat untuk melawan Covid19?

Lebih menghairankan, jika benar untuk menangani Covid19, kenapa dalam darurat ini Parlimen turut digantung dan PRU tidak dibenarkan, sedangkan banyak perkara lain seperti pasaraya masih bebas dibuka tanpa sekatan?

Tidakkah ini menunjukkan darurat adalah senjata akhir Muhyiddin untuk mengekalkan kuasa di sebalik seorang demi seorang Ahli Parlimen UMNO mula menarik sokongan terhadapnya?

Apakah jika tiada ancaman daripada dijatuhkan, misalnya tahun ini tidak ada usul UMNO bahagian-bahagian untuk putus hubungan dengan Bersatu, nasihat darurat masih mahu dicadangkan oleh Muhyiddin kepada Agong?

Berdasarkan hakikat ini, adalah jelas bahawa darurat yang dicadangkan oleh Muhyiddin adalah semata-mata darurat politik yang bertujuan mempertahankan kedudukannya.

Tambahan lagi, walaupun ada beberapa negara lain turut menguatkuasakan darurat untuk menangani Covid19, hanya Malaysia yang didapati menggantung Parlimen bersekali dengan perlaksanaan darurat itu.

Ini menunjukkan darurat yang dilaksanakan di negara kita adalah petunjuk satu lagi kegagalan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri yang kerjanya ternampak hanya semata-mata ingin mempertahankan kedudukannya walau dengan apa cara sekali pun.

Ketika mula dilantik sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac tahun lalu dengan jumlah sokongan yang diketahui umum agak meragukan, Muhyiddin seterusnya mengelak-ngelak dan menangguhkan Sidang Parlimen kerana bimbang beliau dijatuhkan melalui undian.

Sehingga hari ini, walaupun ada undian berkaitan perlantikan Speaker dan Belanjawan 2021, tetapi ia tentulah berbeza dengan usul undi percaya atau tidak percaya terhadap Perdana Menteri sendiri.

Hanya dalam tempoh 10 bulan, bermula dengan sokongan yang meragukan, ia kini lebih buruk apabila tiga Ahli Parlimen UMNO – Tengku Razaleigh Hamzah, Ahmad Jazlan Yaakob dan Nazri Aziz mengumumkan tidak lagi menyokong Muhyiddin.

Maka, ketika beliau menasihatkan Agong untuk melaksanakan darurat, tidakkah ia bermakna beliau sudah pun kehilangan majoriti?

Apakah keadaan ini boleh ditanggapi bahawa ketika Muhyiddin memberi nasihat kepada Agong berkaitan darurat, sebenarnya kedudukannya sebagai Perdana Menteri sudah pun tidak sah?

Selain itu, bersama kegagalan lain dalam menyatukan rakyat dan meningkatkan ekonomi di mana pelaburan dan pendapatan rakyat terus merosot, malah ramai pelabur yang lari ke Indonesia, Muhyiddin boleh dianggap sebagai Perdana Menteri paling gagal dalam sejarah negara.

Bolehkah ditunjukkan satu rekod kejayaannya sebagai Perdana Menteri?

Keinginannya bertahan dengan mencadangkan darurat tidak lebih kerana keegoaan untuk mempertahankan jawatan semata-mata, walhal negara semakin menuju kehancuran dan moralnya sendiri kian merudum di mata rakyat.

Dalam kes Covid19 saja, kalau mahu dihitung, banyak menunjukkan kegagalan dan flip-flop kerajaan dalam menguatkuasakan peraturan sehingga rakyat biasa dan orang kayangan pun dibezakan hukuman.

Dalam hal ini, benar seperti kata Anwar Ibrahim, Muhyiddin sepatutnya meletakkan jawatan dan bukannya menguatkuasakan darurat bila majoritinya sudah tiada lagi.

Darurat ini hanya menyerlahkan kelemahan dan menambah kegagalannya, selain menunjukkan ketaksuban serta ketamakannya untuk mengelakkan kuasa semata-mata.

Hal-hal lain bukan lagi keutamaannya. Noktah. 


(Shahbudindotcom 14/01/2021)




Anwar ucap Selamat Hari Ponggal

 


POSTED BY AMIR WRLR


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Ponggal kepada semua penganut agama Hindu dan masyarakat Tamil.

Beliau berkata masyarakat Tamil dan penganut Hindu meraikan bulan baharu Tai atau perayaan Pongal yang akan diraikan selama 4 hari berturut-turut.

"Perayaan ini sebagai tanda kesyukuran atas rezeki yang bertambah. Selainnya, hari besar penganut Hindu ini juga menjadi simbol dan pemangkin bagi menolak amalan atau sikap lama dan mengangkat perubahan dan mencipta anjakan baru," katanya.

Anwar juga menyarankan kepada semua masyarakat supaya memberikan ucapan Hari Ponggal kepada yang meraikannya.

"Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan pelbagai ras dan budaya. Justeru perayaan ini bukan asing di sini, dan saya gesa kita semua untuk ambil kesempatan ini untuk beri ucapan yang indah kepada rakan-rakan kita yang beragama Hindu sebagai tanda ingatan dan kasih," katanya.

Pada masa sama, Anwar turut menzahirkan rasa simpati kerana Hari Ponggal terpaksa diraikan ketika musibah Covid-19.

"Simpati saya juga buat penganut-penganut Hindu yang menyambut hari besar mereka dalam keadaan yang terhad dan susah tatkala kita masih dibebankan dengan ancaman marabahaya.

"Semoga tahun ini memberi kesejahteraan, kesihatan yang baik serta rezeki yang bertambah untuk semua.

"Selamat Hari Pongal kepada seluruh masyarakat Hindu di Malaysia," katanya.

 

Apa perlunya darurat jika menjejaskan masa hadapan rakyat?

 



POSTED BY AMIR WRLR

14.01.2021

 

Perisytiharan darurat tidak diperlukan untuk membendung jangkitan Covid 19 kerana telah dibuktikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mampu menangani wabak berkenaan.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, darurat malah akan menyebabkan masa hadapan rakyat lebih terjejas dengan kerana aktiviti ekonomi dan ketelusan pentadbiran.


Di samping itu, Ahli Parlimen Ledang itu juga tidak menolak perisytiharan darurat lebih kepada bermotifkan politik apabila bilangan majoriti kerajaan Perikatan Nasional (PN) semakin berkurangan setelah penarikan sokongan daripada Ahli-ahli Parlimen Umno.

"Saya tidak berniat menimbulkan keraguan atau persoalan apalagi menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong tetapi sebagai wakil rakyat saya bertanggungjawab bertanya apakah keperluannya darurat terutama jika ia kemungkinan besar bermotif politik dan dibimbangi boleh tambah menjejaskan nasib dan masa depan rakyat serta negara.

"Apakah wabak Covid-19 dan bencana banjir seperti kata Perdana Menteri (PM), boleh dianggap ancaman kepada keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam sehingga diisytihar darurat? Dengan rendah diri, saya berpendapat tidak!

"Secara umumnya, saya tidak ada masalah pihak kerajaan dan pembangkang bekerjasama demi rakyat dan negara dalam melandaikan lengkok Covid-19 sekali lagi. Segala sumber dan dana wajib ditumpu kepadanya.

"Masalahnya ialah kegagalan kepimpinan kerajaan. Strategi menguruskan wabak sepatutya dikaji semula. Antaranya kepentingan melakukan ujian massa (mass testing), penjejakan kontak yang lebih pantas, pengawalan bersasar dan kaedah mengurus pesakit Covid yang lebih berkesan.

"Ramai yang mahu tampil ke hadapan membantu seperti doktor perubatan, penolong pengawai perubatan, persatuan bantuan kecemasan dan lain-lain, jika diberi peluang dan insentif yang munasabah. Begitu juga dengan hospital swasta.

"Apakah hospital swasta tidak boleh dirunding untuk bekerjasama dalam keadaan mendesak? Apakah hingga perlu kuasa darurat?" tanyanya dalam satu kenyataan.

Menurut Syed Ibrahim lagi, pelaksanaan PKP, PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan serta strategi menyeluruh menangani fasa baharu pengurusan dan pengawalan wabak Covid-19 dilihat memadai.

Malah, katanya bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit serta Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) amat meluas dan mampu menangani pandemik Covid-19. Begitu juga dengan bidang penguatkuasaan Angkatan Tentera dan Polis Diraja Malaysia yang berjaya membuat rakyat berkurung di rumah ketika tempoh PKP Mac 2020.


Oleh itu, tambah Syed Ibrahim kerajaan PN tidak memerlukan darurat untuk meneruskan perang melawan Covid.


"Apa sebenarnya motif di sebalik kuasa-kuasa darurat selama enam bulan sehingga Ogos 2021? Bukankah semua perkara ini boleh ditangani tanpa kuasa darurat, dengan bidang kuasa yang ada di bawah KKM dan MKN?


"Memang benar darurat ini tiada perintah berkurung, tiada rampasan tentera serta kerajaan persekutuan dan negeri serta badan kehakiman berfungsi seperti biasa.


"Tetapi mengapa Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak boleh diadakan sedangkan PRU-15 hanya perlu diadakan menjelang 2023 manakala PRN Sarawak tidak perlu dilakukan sehingga selewat-lewatnya penghujung Ogos 2021? Kuasa darurat bagi Pilihan Raya Kecil seharusnya memadai seperti yang dibuat untuk Batu Sapi dan Gerik.


"Mengapa Perdana Menteri perlukan perintah pukal begitu melainkan jika beliau tahu kerajaannya telah hilang majoriti dan wajar mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk bubarkan parlimen dan letak jawatan.


"Juga mengapa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak dibenarkan bersidang seperti biasa? Apa kaitannya dengan mengawal merebaknya wabak Covid-19?" tanya beliau lagi.


Bagi Syed Ibrahim, PM Muhyiddin tidak wajar menggantung Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri pada ketika pihak eksekutif dan kehakiman masih boleh berfungsi seperti sedia kala dan menjejaskan proses semak imbang, merencat demokrasi negara dan menafikan suara rakyat.


Mengenai Jawatankuasa Bebas yang akan dibentuk bagi menasihatkan kerajaan PN dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan darurat, beliau menanyakan kebebasannya kerana ahli jawatankuasa dilantik oleh pentadbiran Muhyiddin.


"Yang pasti Jawatankuasa Bebas ini bukan tertakluk di bawah Parlimen kerana ia cetusan idea oleh kerajaan. Ia tidak tertakluk di bawah peraturan mesyuarat Parlimen. Jika di bawah Parlimen maka perlu dibawa ke sidang Parlimen untuk dibahas dan diluluskan terlebih dahulu. Apa

komposisinya? Apa bidang kuasanya? Masalahnya Parlimen telah digantung," katanya lagi.


Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya pihak supaya pihak kerajaan menilai semula nasihat mereka kepada Agong berkaitan perintah darurat. Darurat tidak boleh diterima sama sekali terutama apabila membebankan rakyat dan berselindung di sebalik Covid-19 untuk survival politik.