KENAPA IRAN BERJAYA TEMBUSI ISRAEL


 

TAK SEMUDAH LAWAN HIRUK! MEDIA SOSIAL GAGAL BUAT NARATIF & LAWAN NARATIF...

Pi Klinik Swasta kena cukai ??? Mana Penerangan PKR kasi jelas.......

ULASAN PADU DR ABU HAFIZ SALLEH TULISAN TERKINI DARI HADI AWANG!

RAFIZI KEMBALI DALAM PODCAST! YANG BERHENTI MENTERI BAKAL BONGKAR!



Rafizi Ramli berjanji akan “membakar” serta “memberi pencerahan” dalam audio siarnya YBM, kini yang membawa maksud “Yang Berhenti Menteri”. “Saya sekarang tidak lagi terikat dengan etika kerajaan dan kerahsiaan. Jadi saya bebas bersuara. “Insya-Allah, saya akan imbangkan ulasan YBM - bakar pun ada, beri pencerahan pun ada. Yang penting mestilah objektif, berfakta dan memberi pemahaman yang adil kepada semua,” katanya dalam hantaran di media sosial. Dia sebelum ini memulakan audio siar Yang Bakar Menteri - juga dengan akronim YBM. Yang Berhenti Menteri akan disiarkan setiap minggu dengan episod pertama pada Jumaat ini, jam sembilan malam.






ALIM ULAMA.. TAK MAU TEGUR KAH DR MATA NI.


 

LAPORAN POLIS TERHADAP MAT FADLI. TAK RETI BAHASA PUNYA MP.


 

JANGAN KATA TAK ADA PEMALAS SAMPAI TAHAP GINI. ADA.

 


TONTON LAWAK LAMA DULU

 


GELOMBANG KEDUA SERANGAN IRAN


 

ANWAR DOK KEJAR PENYAMUN 4.5 TRILLION.. PEMBANGKANG DOK BAWA ISU REWTER... BENGONG PUNYA PEMBANGKANG


 

SANUSI.. HANG TAK KESIAN KA KE ORANG KAMPUNG. ORANG TUA LAK TU.


 

PRK DI GANU? DOK TUNGGANG ISU RAWTER... TAK KESIAN KAT DIA NI KAH

 


SERANGAN SEKSUAL DAH JADI KES SIVIL?

Che Ibrahim






Sepanjang yang ambo ingat, kes kes yang melibatkan seksual adalah satu kes jenayah samada atas nama rogol, seks luar tabie, mencabul, gangguan seksual atau lain lain lagi. 


Namun dalam kes Yusoff Rawther vs DSAI ini, setelah gagal dalam kes jenayah, maknanya laporan jenayah seksual yang dibuat oleh Yusoff telah diklafikasikan NFA @ tidak ada pendakwaan kes oleh pihak polis, maka Yusoff Rawther telah memfailkan satu tuntutan sivil supaya DSAI membayar sejumlah pampasan kepadanya kerana telah melakukan "serangan seksual" ke atas tubuh badannya. 


Kes ini tentu menarik perhatian umum bukan sahaja kerana ianya melibatkan DSAI sebagai PMX, tetapi barangkali satu satunya kes serangan seksual yang akan dibicarakan sebagai satu kes sivil jika DSAI gagal menolak saman tersebut melalui rayuan permohonan imunitinya. 


Sebagai satu saman sivil, apakah beban pembuktian yang perlu dikemukakan di mahkamah oleh Yusoff Rawther adalah satu perkara yang amat menarik kerana kes kes seperti ini hampir tidak pernah berlaku. 


Pembangkang tentunya seronok dengan kes ini bukan kerana faktanya, tetapi kerana ianya boleh diguna sebagai satu peluru untuk menembak PMX yang amat mereka benci.



PEMBANGKANG HIDUP SEGAN MATI TAK MAU... SEMBANG BERDEGAR LAGI MENYUSAHKAN RAKYAT. BAGI PERUNTAH PULOH TAHUN PUN TAK MAJU MAJU. LEMAH.



 CADANGAN PAS TUBUH JAWATANKUASA DIKETUAI HAMZAH ADALAH JAWAPAN PEMBANGKANG TAK BERMAYA


14 June 2025


Sebagaimana dipetik daripada Malaysiakini, PAS dilaporkan telah mencadangkan rombakan struktur Perikatan Nasional (PN) melalui penubuhan sebuah jawatankuasa eksekutif yang bertujuan memastikan gabungan itu lebih berperanan sebagai pembangkang.


Jawatankuasa eksekutif itu diberitakan dicadangkan untuk diketuai oleh  Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin yang juga merupakan Timbalan Presiden Bersatu.


Dalam cadangan itu, meskipun satu jawatankuasa eksekutif diketuai Hamzah akan ditubuhkan, tetapi Presiden keempat-empat parti komponen dalam PN – PAS, Bersatu, Gerakan dan Parti India Rakyat Malaysia (MIPP)– akan terus memainkan peranan dalam Majlis Tertinggi seperti sedia ada.


Menurut sumber yang dipetik Malaysiakini, penubuhan jawatankuasa itu diusulkan bagi menyediakan Hamzah untuk menerajui tampuk kepimpinan negara sekiranya berlaku pertukaran rejim di peringkat pusat pada  PRU16 akan datang.


“Struktur lain tidak berubah, hanya sebuah jawatankuasa baru dibentuk, macam tubuh biro,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.


Bagaimanapun, difahamkan idea itu masih tergantung susulan dakwaan wujud penentangan daripada kem Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali.


Selama ini sering menjadi bualan ramai mengenai PN sebagai blok pembangkang yang dikatakan tidak cukup berkesan dalam memainkan peranannya.


Ramai yang kecewa, di sebalik begitu banyak isu yang timbul satu demi satu itu, tetapi PN juga ternampak lesu.


Secara umumnya, apabila kerajaan dibelenggu oleh banyak isu dan terlihat bercelaru, harapan rakyat ialah akan muncul suatu alternatif yang diyakini atau setidak-tidaknya wujud suara semak dan imbang yang memberi harapan kepada mereka.


Dalam sebuah negara demokrasi, selain rakyat berhak mendapat kerajaan yang mampu menjaga kepentingan mereka, rakyat juga sebenarnya berhak mendapat suara semak dan imbang meyakinkan daripada pembangkang.


Siapa lagi yang berhak menegur kerajaan, jika bukan pembangkang?


Dengan kedua-dua itu – kerajaan dan pembangkang – saling berperanan dengan baik, barulah akhirnya rakyat mendapat kerajaan yang benar-benar berfungsi,  sesuai dengan pelbagai cukai yang dikenakan ke atas mereka.


Ketika ini, masalah PN paling utama ialah ia sebuah pasukan yang tidak jelas siapa jenderal perang yang sebenar untuk menghadapi PRU16 akan datang.


Dengan Pengerusi PN dan Ketua Pembangkang dipegang oleh dua pemimpin yang berbeza, gabungan pembangkang seolah-olah mempunyai dua ketua.


Dalam apa jua permainan yang ada pertandingan, waima jika main guli sekali pun, hanya seorang ketua saja yang diperlukan jika ingin beroleh kemenangan.


Apatah lagi untuk memenangi PRU, kewujudan dua ketua hanya mencerminkan kecelaruan, tiada perpaduan dan memungkinkan kekalahan ditempah lebih awal sebelum  bermulanya perlawanan.


Dengan itu, cadangan Pas berkaitan penubuhan jawatankuasa eksekutif yang diketuai operasinya oleh Hamzah adalah jawapan kepada kelesuan dan tidak bermayanya PN yang banyak diperkatakan ramai selama ini.


Melalui jawatankuasa itu, PN diyakini mampu bergerak lebih baik, tersusun dan senada dalam berhadapan dengan semua isu dalam negara.


Tiada pilihan, jika benar ada cita-cita ingin mengambil alih kerajaan, semua pihak dalam PN mesti memberi sokongan penuh kepada kewujudan jawatankuasa eksekutif yang dicadangkan Pas itu.


Menolak cadangan itu atau dalam erti kata lain, mahu PN kekal seperti keadaannya sekarang, ia sama seperti memberi laluan mudah kepada Anwar Ibrahim untuk kekal lagi sebagai Perdana Menteri. – ShahbudinHusin 14Jun2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/06/cadangan-pas-tubuh-jawatankuasa-diketuai-hamzah-adalah-jawapan-pembangkang-tak-bermaya/



JANGAN SAMPAI RAKYAT CAKAP KERAJAAN SEMBANG MACAM GAJAH BOLEH TERBANG.



 “Saya memang tak setuju dan tak masuk akal jika buah asas (import) macam epal, oren, pisang dan lain-lain kena SST. Semua ni makanan (golongan) B40." –


 Ameer Ali Mydin


Baca di ⬇️




Saifuddin kelirukan rakyat dalam isu GST-SST



Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah mengelirukan rakyat dalam perbahasan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta cukai jualan dan perkhidmatan (SST).



Ahli Parlimen Sungai Petani, Taufiq Johari berkata, Perdana Menteri dengan jelas telah menegaskan bahawa mengembalikan cukai GST hanya akan membebankan golongan miskin secara tidak adil.

Ini kerana, lanjutan SST kepada barangan import hanyalah menyasarkan golongan berpendapatan tinggi. Berbanding GST, ia dikenakan ke atas barangan asas yang dinikmati oleh semua rakyat seperti gula dan tepung.


“Jadi perdana menteri yang bertimbang rasa terhadap rakyat cuba untuk mendapatkan hasil yang disasarkan sambil menyelamatkan B40 daripada “triple whammy” yang didakwanya.


“Sebagai contoh, rasionalisasi subsidi petrol RON95 tidak akan menjejaskan sebahagian besar rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Taufiq berkata, Perdana Menteri terpaksa menyelesaikan masalah keputusan buruk masa lalu dan kerajaan berdepan kekangan kerana perbelanjaan berlebihan dan rasuah berskala besar di bawah pentadbiran terdahulu.


Namun, Malaysia di bawah MADANI mencatatkan perkembangan yang baik apabila pertumbuhan KDNK meningkat 5.1% pada 2024, dividen KWSP (6.3% adalah yang tertinggi sejak 2017) dan nilai tertinggi bersejarah sebanyak RM378.5 Billion dalam pelaburan langsung asing, menjana lebih daripada 207,000 Pekerjaan pada 2024.


Ringgit juga telah stabil selepas bertahun-tahun jatuh bebas di bawah pentadbiran terdahulu.


“Madani komited dengan perbelanjaan sosial untuk meringankan beban rakyat seperti pemindahan sumbangan tunai (STR) Rahmah, subsidi pendidikan tinggi, subsidi kesihatan dan peningkatan dan pembangunan kemudahan awam.

“Ia melakukan ini walaupun pendapatan berkurangan kerana ia tahu ini adalah kunci untuk menjana pertumbuhan dan pemulihan,” katanya.



AS beri kebenaran perolehan pesawat pejuang F/A-18C/D



Share on facebook
 
Share on twitter
 
Share on whatsapp
 
Share on email
 
Share on telegram
 
Share on linkedin
MOHD. Asghar Khan Goriman Khan dalam sidang akhbar pada Perbarisan Hari Ulang Tahun ke-67 TUDM di Pangkalan Udara Kuantan di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Amerika Syarikat (AS) telah memberi kebenaran bagi membolehkan Malaysia mengadakan perbincangan lanjut dan mendalam berhubung perolehan lebih 30 pesawat pejuang terpakai F/A-18c/D Hornet milik Tentera Udara Kuwait (KAF).

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan berkata, pada masa ini satu jawatankuasa telah ditubuhkan antara Kementerian Pertahanan, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan juga KAF.

“Kebenaran sudah diberikan oleh pihak AS untuk mengadakan perbincangan lanjut dan mendalam, proses akan diadakan dalam masa terdekat. Kita perlu juga melihat KAF perlu mendapatkan pesawat baharu, F/A-18 E dan F Super Hornet yang dibeli dari AS.

“Itu adalah antara faktor utama, Bila mereka (KAF) mula mendapat pesawat-pesawat Super Hornet baharu, ia akan ada pemindahan positif pesawat insya-Allah dari Kuwait kepada Malaysia. Perbincangan sudah mula dilaksanakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Perbarisan Hari Ulang Tahun ke-67 TUDM di Pangkalan Udara Kuantan di sini hari ini.

Walaupun tidak dinyatakan tetapi Kuwait dijangka menerima pesawat Super Hornetbaharu secara berperingkat bermula tahun depan.

Dasar AS menetapkan bahawa kebenaran mesti diperoleh sebelum sebarang aset ketenteraan buatan negara itu dijual walaupun oleh negara pengguna sedia ada.

TUDM sebelum ini mengumumkan cadangan membeli 30 pesawat terpakai jenis F/A-18 C/D Hornet Kuwait sebagai pelengkap sementara sebelum kerajaan melaksanakan pembelian pesawat baharu.

Program pesawat tempur pelbagai peranan (MRCA) TUDM bakal dilaksanakan pada 2040.

Ketika ini TUDM mempunyai lapan pesawat F/A-18D Hornet yang dibuat perolehan pada 1995 dan mula beroperasi pada 1997.

Pada Februari lalu, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari membayangkan pembelian 30 pesawat pejuang terpakai jenis F/A-18 C/D Hornet Kuwait dijangka dimuktamadkan tahun ini. – KOSMO! ONLINE


ANWAR IBRAHIM PANDAI PULAK SURUH LETAK JAWATAN. KINI SUDAH SAMPAI MASANYA ABDUL HADI AWANG LEPASKAN JAWATAN PRESIDEN PAS.

 


Selepas terima enam rawatan sejak 2014, Presiden Pas jalani prosedur rawatan lagi hari ini.



Selepas terima enam rawatan sejak 2014, Presiden Pas jalani prosedur rawatan lagi hari ini

HarapandailyJune 17, 2025

Sudah berusia 77 tahun, Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang akan menjalani prosedur rawatan hari ini.

Anaknya, Dr Muhammad Khalil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu memaklumkan perkara itu melalui laman sosial Facebook.

Dalam masa sama, Ahli Dewan Undangan Batu Buruk berkenaan memohon orang ramai mendoakan kejayaan prosedur rawatan ayahnya yang juga Ahli Parlimen Marang itu.

Semakan Harapan Daily mendapati sekurang-kurangnya enam rawatan telah dijalani Ahli Parlimen Marang itu.

Terkini, pada Januari tahun lalu, Abdul Hadi menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Sejak Jun 2014, beliau dilaporkan menjalani pemeriksaan menyeluruh di Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul, akibat sesak nafas yang disebabkan komplikasi jantung.

Pada 16 Mei 2017, Abdul Hadi menjalani pembedahan pintasan jantung dan terapi fisioterapi selepas injap jantungnya didapati rosak.





Abdul Hadi dan Mahathir dalam Program Munajat Rakyat Kelantan Pakat Pertahan dan Amanah Pimpinan di Stadium Sultan Muhammad IV pada 2023.

Beliau seterusnya dimasukkan ke Hospital Putrajaya kerana sesak nafas pada 16 Februari 2021 sebelum dipindahkan ke IJN dan dibenarkan kembali ke rumah tiga hari selepas itu.

Bekas Menteri Besar Terengganu sepenggal itu kemudian dilaporkan sekali lagi dimasukkan ke IJN pada 6 Jun tahun yang sama.

Menjelang akhir Jun 2021, tahap kesihatannya dilapor bertambah baik dan dijangka boleh dibenarkan pulang pada masa terdekat ketika itu.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkenaan turut pernah dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, beliau dikatakan demam dan bukannya masalah jantung, seperti yang didakwa sesetengah pihak.






KISAH GAJAH DAN ANAK YANG TERPISAH

 

Si Abang Long


Hati mana yang tak tersentuh dengan kisah dari Tamil Nadu ini? Seekor anak gajah berusia baru 5 bulan telah terpisah dari ibunya dan kawanan. 





Bayangkan betapa kecilnya dia, tersesat sendirian di belantara yang luas dan dipenuhi dengan bahaya.


Namun, harapan kembali bersinar bila pegawai hutan berusaha keras mengembalikan anak gajah ini kepada ibunya.


Dengan bantuan dron, mereka gigih mencari jejak kawanan gajah itu dan akhirnya berjaya menemukannya kira-kira 2.5 batu jauhnya.


Sebelum mengangkutnya ke dalam trak dalam isi menyatukan semula si kecil dengan ibunya, dengan teliti para pegawai hutan memandikan anak gajah itu dengan lumpur, satu langkah untuk mengurangkan bau manusia.


Kebiasaannya Induk gajah takkan pernah tenang jika anaknya hilang. Naluri keibuan itu kuat, dan mereka biasanya takkan bergerak.


Namun, di kawasan yang berlakunya konflik antara haiwan dan manusia, kadang kala sang ibu diuji. Dilema yang pedih untuk memilih keselamatan kawanan, atau keselamatan anaknya yang hilang.


Beberapa hari yang penuh debaran berlalu, dan akhirnya, sebuah pemandangan yang mengalirkan air mata.


Pegawai hutan menemui si ibu dan si anak sudah bersatu semula, tidur lena, saling berpelukan.


Kisah ini adalah bukti nyata kekuatan cinta yang tak berbelah bahagi antara ibu dan anak. 


Ia mengingatkan kita bahawa ikatan suci ini melangkaui batas spesies, sentiasa mencari jalan untuk kembali bersatu.



RAFIZI AKAN KEMBALI?


RAFIZI AKAN KEMBALI SWBAGAI AHLI PARLIMEN MELATIH AHLI PKR YANG INGIN BERSAMANYA, DALAM BERBAGAI BIDANG. 


17 June 2025


Semalam adalah hari terakhir Rafizi Ramli sebagai Menteri Ekonomi dan hari ini, 17 Jun 2025, bermakna rasmilah perletakan jawatannya.


Semalam juga beliau membuat hantaran di media sosialnya untuk mengucapkan terima kasih dan rasa terhutang budinya kepada pelbagai pihak di kementerian itu sepanjang perkhidmatannya sebagai anggota kabinet.


Apa yang menarik dalam catatannya terima kasihnya itu ialah perenggan terakhir tulisannya yang berbunyi – Insya-Allah kita akan berjumpa lagi. Dan Insya-Allah bila kita berjumpa lagi, saya akan lebih kurus dan sihat dari sekarang.


Catatan penuh beliau di sini – https://www.facebook.com/share/p/1Dz9Vmijnr/?mibextid=wwXIfr


Apa maksud kata-kata “Inya-Allah kita akan berjumpa lag” itu?


Adakah ia bermaksud Rafizi sebenarnya hanya pergi untuk sementara waktu saja dan akan kembali semula ke dalam kerajaan selepas ini?


Bagaimana beliau mahu kembali semula ke dalam kerajaan?


Bersama PKR atau bakal menyertai parti lain?


Sebelum PRU16 atau selepas PRU16?


Yang pasti, dengan kenyataan ingin berjumpa lagi dengan kakitangan kerajaan dalam perkhidmatan awam, Rafizi ternampaknya tidak ingin bersara terus daripada politik susulan kekalahannya sebagai Timbalan Presiden PKR baru-baru ini dan perletakan jawatannya sebagai anggota kabinet.


Barangkali Rafizi sedar, meskipun tiada lagi jawatan dalam kerajaan dan diketepikan daripada PKR, masih ramai lagi penyokongnya dalam parti itu dan juga di kalangan rakyat biasa.


Dengan itu, beliau nampaknya tidak berhasrat untuk menghampakan mereka yang setia bersamanya.


Maka itulah dikatakannya – Inya-Allah kita akan berjumpa lagi.


Tungguuuu…(ShahbudinHusin 17Jun2025)


https://shahbudindotcom.net/2025/06/rafizi-akan-kembali/



8 MP TOLAK OFFER ABAH ? RAHSIA TERDEDAH ?

ANWAR CAKAP LAIN BUAT LAIN? PMX HILANG PANGLIMA PALING HEBAT

SKANDAL MAJU HOLDING!! - RAFIZI DAH DEDAH SEJAK TAHUN 2012 LAGI

HRC LIVE!! - RAFIZI TETAP PERGI - PMX MASIH LAGI MENGHARAPKAN?

MOVE ON, HENTI DESAK RAFIZI DAN NIK NAZMI KELUAR DARI PRINSIP


Razeef Rakimin


Saya mengambil maklum kenyataan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang meminta Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad untuk mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk melepaskan jawatan dalam kabinet.


Semalam dalam satu ciapan di Facebook, Rafizi memaklumkan telah mengosongkan pejabat dan tidak berganjak dari pendirian beliau. Bagi saya pemimpin Keadilan perlu 'move on' dan berhenti memaksa Rafizi dan Nik Nazmi untuk keluar dari prinsip mereka.


Bagi mereka, kedudukan sebagai pimpinan utama parti adalah asas yang meletakkan mereka dalam kabinet kerajaan Persekutuan. Namun mereka dengan terbuka menerima bahawa mandat itu telah ditarik oleh anggota Keadilan sendiri maka atas dasar prinsip mereka melepaskan jawatan.


Jika Shamsul ingin Rafizi untuk berjiwa besar, sepatutnya perkara itu berlaku di awal sebelum pemilihan parti bila mana YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden Keadilan meminta agar Rafizi diberi laluan mudah dan kekal sebagai Timbalan Presiden. Namun Shamsul sendiri antara yang terawal menggerakkan kenyataan sokongan kepada Nurul Izzah untuk menidakkan gesaan Presiden dan melawan Rafizi.


Jika sudah niat ingin menyingkirkan Rafizi, bagi saya pemimpin Keadilan tidak perlu hipokrit memandangkan Rafizi dan beberapa sekutunya berjaya disingkirkan.


Sepatutnya Shamsul melihat tindakan Rafizi dan Nik Nazmi membuktikan bahawa mereka adalah 'Pemimpin Sinaran' dan bukannya 'Pemimpin Sialan' seperti beberapa ciri pemimpin yang disebut sendiri oleh Shamsul Iskandar sebelum ini.



NEGARA SYIAH: Sebuah Catatan Perjalanan & Pembuka Minda


Zainuddin Hj Omar


Beberapa tahun lalu, saya berhenti sejenak di hadapan sebuah masjid, terdengar ceramah dari corong pembesar suara yang dipasang ke luar. 


Suara penceramah lantang memberi amaran:


“Jangan pergi ke dua negara ini, Iran dan Azerbaijan. Kedua-duanya negara Syiah yang berbahaya.”


Ceramah ini datang dari seorang yang, saya pasti, belum pernah menjejak kaki pun ke mana-mana negara tersebut.


Namun setelah saya sendiri berpeluang menjelajah ke Iran dan Azerbaijan, terutama Iran, segala persepsi yang saya pernah dengar selama ini berubah 180 darjah. 


Ia mengajar saya satu perkara: jangan nilai sesuatu tempat hanya berdasarkan kata-kata orang yang belum pernah ke sana.


1. Iran yang Menakjubkan


Saya menjelajah ke Tehran, Shiraz dan Isfahan, semua kota-kota yang tenang, teratur dan sangat bersih. 


Sistem pengangkutan awam seperti metro bawah tanah mereka efisien, moden dan bersih, lengkap dengan liputan 4G dalam laluan bawah tanah (satu perkara yang masih sukar dicapai di banyak negara Asia Tengah).


2. Tandas awam mereka? 


Bersih, moden, ada toilet duduk dan bidet air. Saya berani katakan lebih bersih dari banyak negara ASWJ termasuk negara-negara Stan (seperti Uzbekistan dan Kazakhstan) dan juga negara kita sendiri.


3. Mereka Tidak Peduli Mazhab Anda


Saya bersolat di masjid-masjid Syiah. Tiada siapa halang, tiada siapa soal. 


Saya solat seperti biasa sebagai seorang Sunni dan mereka tidak kisah pun. 


Di Shiraz, saya lihat ramai penduduk Arab berpakaian tradisional lengkap jubah dan kopiah tetap juga dibiarkan, tidak dicurigai.


Tiada sebarang unsur dakwah untuk “mengajak” saya menjadi Syiah. 


Mereka tahu saya Sunni, tetapi mereka layan saya sebagai tetamu dan saudara Muslim.


4. Isu Sembelihan & Halal


Semua sembelihan di Iran menyebut nama Allah, dan mereka amat menitikberatkan perkara ini.


Namun seperti biasa, isu halal atau tidak sembelihan Syiah adalah terpulang kepada ijtihad dan pegangan masing-masing. Rujuklah guru atau ustaz anda agar tidak timbul was-was dalam hati.


5. Isu Mutaah - Kawin kontrak. 


Saya ada bertanya berkenaan hal ini dan kata mereka ia tidak diamalkan lagi. Tiada ibu bapa merelakan anak mereka berkahwin secara mutaah kata mereka. 


6. Pengangkutan & Kos Sara Hidup


Saya menaiki bas sleeper VIP yang selesa, murah dan menepati masa.

Kos teksi murah, dan kebanyakan pemandu jujur dan amanah. 


Berbanding dengan beberapa negara lain, Iran jauh lebih mesra kepada pelancong.


Kos makanan, penginapan dan pengangkutan juga jauh lebih murah berbanding Turkiye, negara-negara Caucasus mahupun Central Asia.


7. Keselamatan untuk Pengembara Wanita


Saya bertemu ramai pengembara wanita Eropah yang melancong solo. Mereka menyifatkan Iran sebagai negara yang sangat selamat untuk wanita tidak seperti India dan Pakistan yang sering mendapat reputasi buruk dalam hal ini.


8. Warisan, Seni Bina & Sejarah Persia


Iran bukan sekadar negara moden tetapi ia adalah peradaban 2,500 tahun. 


Bagi pencinta seni bina, sejarah dan budaya, kota seperti Tehran, Esfahan, Shiraz, Yazd dan Tabriz adalah khazanah dunia yang perlu dijelajahi.


Yang menarik, Iran tidak pernah dijajah kuasa Barat, justeru identiti bangsanya sangat terserlah dan utuh.


9. Jangan Takut dengan Nama “Negara Syiah”


Orang Iran ramah dan sangat ingin tahu tentang pelancong. Di mana-mana pun saya pergi, ada yang bertanya jika saya perlukan bantuan. 


Saya juga pernah berbual panjang dengan seorang pemuda Iran bernama Ali di Shiraz (gambar pertama) yang begitu berminat nak tahu tentang gadis Melayu kerana katanya dia mahu berkahwin dengan wanita Malaysia! 😄


Penutup: Buka Minda, Buka Hati


Stereotaip seperti “jangan pergi negara Syiah” hanya akan mengehadkan wawasan dan pengalaman kita. 


Realitinya, orang Syiah tidak semuanya seperti yang digambarkan oleh segelintir golongan yang ekstrim. 


Setelah pulang mengembara ke Iran dan Azerbaijan negara Syiah, saya tetap seorang Ahli Sunnah Wal Jamaah. 


Jangan biarkan diri kita hidup dalam ketakutan yang dicipta oleh mereka yang tidak pernah keluar dari zon selesa.


“A mind is like a parachute. It doesn’t work if it’s not open.”


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 

FB: Zainuddin Omar




Malaysia Lonjak Tangga Daya Saing Dunia!💪🇲🇾


Man Toba





Hoi geng!

Korang tahu tak berita best apa hari ni? Malaysia dah lonjak 11 anak tangga terus ke tempat ke-23 dalam Penarafan Daya Saing Dunia! 😍🔥


Tahun lepas kita kat tangga ke-34 je tau. Tapi tahun ni, zassss naik ke-23! Ni bukan naik 2-3 anak tangga je… tapi terus 11 tangga! 😱


Maknanya pelabur luar nampak Malaysia makin power 💼💹

Ekonomi makin kukuh 💪

Urus tadbir makin mantap 🧠


Haaa sapa kata negara kita takde kemajuan?

Ni bukti jelas Malaysia on track bro!

Tahniah team kerajaan & semua yang bantu jadikan ni kenyataan!


ManToba Ori  @ King Jason

Penulis blok dulu dulu



FATWA MENGARUT LAGI


Zainuddin Omar


 Ada tak mana-mana hadith kata memperjuangkan Arab itu adalah memperjuangkan Islam?




SEJARAH TIDAK PERNAH MENIPU KITA. IRAN TIDAK LAYAK DIJULANG SEBAGAI HERO UMAT ISLAM



Di saat Israel dibidas kerana kekejamannya ke atas Palestin, ada pula yang tiba-tiba mengangkat Iran sebagai ‘wira umat Islam’ semata-mata kerana keberaniannya melawan Zionis. 


Namun, umat yang celik sejarah tidak lupa tangan yang sama jugalah yang berlumuran darah umat Islam di Syria, Iraq dan Yaman.


Apakah semata-mata kerana Iran menembak ke arah Israel, maka segala jenayah lampau ke atas umat Islam boleh dimaafkan dan dilupakan..?


Syria: Lebih 600,000 nyawa melayang, Iran di barisan hadapan dalam misi pertumpahan darah.


Sejak 2011, rakyat Syria bangkit menentang pemerintahan zalim Basyar al-Asad. Namun kebangkitan mereka dibalas dengan bom, gas kimia, dan penyeksaan yang tidak dapat digambarkan.


Iran bukan sekadar menyokong, tetapi membantu secara langsung rejim Asad dengan menghantar pasukan elit Quds Force dan IRGC.


Membiayai dan melatih militan Syiah dari Hizbullah Lubnan, Fatemiyoun (Afghanistan), dan Zainabiyoun (Pakistan)


Bukan itu sahaja,


Bahkan menyediakan senjata, dana dan kepakaran teknologi dron serta komunikasi ketenteraan.


Jumlah korban: Lebih 600,000 rakyat Syria terbunuh, termasuk hampir 30,000 kanak-kanak.


Majoriti yang terbunuh adalah umat Islam Sunni, yang dianggap ancaman ideologi oleh Tehran dan sekutunya.


Iraq: Sekatan, penjajahan dan pemburuan tokoh-tokoh Ahlus Sunnah.


Selepas penjajahan AS pada 2003, Iran mengisi kekosongan kuasa di Iraq dengan menyokong militan Syiah dan parti pro-Tehran seperti Da’wa dan Badr Brigade.


Antara 2006-2008, serangan militan Syiah seperti Jaysh al-Mahdi (disokong Iran) menyebabkan ribuan ulama, imam masjid dan aktivis Sunni dibunuh.


Bandar-bandar Sunni seperti Fallujah dan Ramadi menjadi sasaran serangan kejam militia Syiah.


Penjara dan pusat tahanan dikuasai oleh pihak pro-Iran, menyaksikan penyeksaan sistematik terhadap tahanan Sunni.


Jumlah korban Iraq sejak 2003 dianggarkan lebih 1 juta terbunuh, sebahagiannya akibat konflik sektarian yang dicetuskan oleh kuasa luar termasuk Iran.


 Yaman: Iran bantu pemberontak Houthi sehingganya rakyat menderita.


Kumpulan Syiah Houthi mendapat sokongan langsung dari Iran.


Iran membekalkan peluru berpandu balistik, dron dan senjata canggih.


Houthi menyerang kawasan Sunni dan kubu pemerintah yang sah.


Serangan Houthi ke atas wilayah Sunni mengakibatkan pengusiran paksa, sekatan bantuan makanan dan ubat.


Jumlah korban perang Yaman sejak 2015 lebih 377,000 nyawa, sebahagian besarnya akibat kesan sampingan seperti kelaparan dan wabak.


Palestin..? Iran bantu, tetapi bukan tanpa kepentingan.


Benar, Iran membantu kumpulan tertentu seperti Hamas dan PIJ. Tapi, apakah bantuan itu benar-benar ikhlas untuk umat Islam..?


Iran hanya membantu pihak yang selari dengan kehendaknya seperti Hamas (yang cenderung kepada Iran sejak 2007), bukan Fatah dan kumpulan² Islam lain.


Bantuan Iran kepada Palestin adalah alat geopolitik untuk menambah pengaruh di dunia Arab, bukan atas dasar prinsip Islam yang menyeluruh.


Oleh itu, 


Keadilan sebenar tidak pilih kasih..!


Umat Islam yang jujur tidak akan memejam mata kepada kezaliman, walau siapa pun pelakunya. 


Kita menentang Zionis kerana menindas Palestin dan kita juga menentang Iran kerana menindas Syria, Iraq dan Yaman.


Sifat adil yang ditetapkan oleh Islam sangatlah pahit, tapi itulah aturan dan kehendal Tuhan.


Berlaku adillah atas asas prinsip Islam, bukan menyokong siapa yang "musuh kepada musuh kita". Kezaliman tetap zalim walaupun dilakukan atas nama agama atau kumpulan.


 “Dan janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah Al-Ma’idah: 8)


Miqdad Zakaria 

🙏🙏



SST DAN GST


 

MEMBELA RAKYAT MARHAEN

 

Kami Viral


"Saya beri contoh di Kuala Lumpur, ada puluhan projek (pembangunan) seperti ini, ada Twin Towers, KL Towers, tapi gerainya bobrok seperti tahun-tahun 50an...



SELEPAS AMAL HIDUP SIHAT



 Kisah pasangan suami isteri yang juga pengusaha keropok lekor di Sungai Choh, Rawang tular selepas kejayaan mereka menurunkan berat badan dalam tempoh lima bulan mendapat perhatian ramai di media sosial.





Mohd Razif Sani, 51, atau lebih dikenali sebagai Ajib yang pernah menjadi kartunis terkenal menerusi siri komik Anak-Anak Sidek, bersama isterinya, Nordiana Abu Hassan, 40-an, kini tampil lebih sihat hasil konsisten mengamalkan gaya hidup sihat.


Menurut Nordiana, keputusan untuk menurunkan berat badan dibuat selepas mereka mula berdepan masalah kesihatan seperti cepat letih dan paras kolesterol yang semakin tinggi.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



IRAN BERI MASA SEMINGGU

 


AS TAK CAMPUR URUSAN RUPANYA SELAGI RAKYATNYA TIDAK MATI


 Nazeri Hamdan


Dalam laporan Reuters, Trump didakwa tolak mentah-mentah cadangan Israel untuk bunuh Ayatollah Ali Khamenei, pemimpin tertinggi Iran. 





Alasannya simple: “Orang Amerika belum mati lagi. Jadi kita takkan serang pemimpin politik Iran.” Maksudnya, selagi Iran tak bunuh rakyat Amerika, Trump tak nak libatkan AS dalam pembunuhan pemimpin asing. Satu keputusan yang nampak macam “cool-headed”, walaupun situasi tengah panas.


Tapi dalam masa yang sama, kenyataan ni menunjukkan betapa tegangnya komunikasi antara Israel dan AS sejak Israel lancar serangan besar-besaran ke atas Iran. 


Israel dakwa mereka ada peluang ‘emas’ untuk bunuh Khamenei, tapi Trump halang. Bila ditanya, Netanyahu pula buat ayat selamat kata banyak laporan palsu. 


Jadi jelas di sini, walaupun AS dan Israel sekutu rapat, dalam isu sebesar ni pun tak semua mereka setuju. Dan dunia kena bersedia, sebab bila kuasa besar mula tak sehaluan, risiko salah langkah tu makin tinggi.