PH CABAR BUBAR DUN MELAKA DI MAHKAMAH


PH SOKONG PENUH PINDAAN PERLEMBAGAAN PERJANJIAN MALAYSIA 1963


Majlis Presiden Pakatan Harapan difahamkan Kerajaan berniat untuk membawa usul pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada minggu hadapan.

Malah Kerajaan PH telah berusaha berbuat demikian tetapi tidak berjaya kerana tidak ada majoriti dua pertiga.

Pakatan Harapan pada dasarnya bersetuju menyokong usaha Kerajaan ini memandangkan ia adalah sebahagian dari Perkara 5, Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Pakatan Harapan dan Kerajaan.

Pakatan Harapan tidak akan bermain politik tetapi akan berikan sokongan dua pertiga kepada pindaan Perlembagaan ini agar hak rakyat Sabah dan Sarawak dapat diperkukuhkan.

Kami berharap pindaan ini akan mempergiat usaha melaksana segala perkara yang termaktub di dalam MA63 demi menegakkan keadilan buat Sabah dan Sarawak.

Pendirian ini adalah sebahagian dari usaha pimpinan Pakatan Harapan sejak sekian lama, termasuk dalam mengiktiraf Hari Malaysia seperti yang diangkat oleh DS Anwar Ibrahim pada 2008, serta pendirian DAP menerusi Sdr Lim Kit Siang di Parlimen yang tidak menyokong pindaan Perlembagaan pada 1976 yang telah mengubah dan menurunkan status Sabah dan Sarawak dari ‘wilayah’ menjadi ‘negeri’.

Pakatan Harapan akan sentiasa berusaha memperjuangkan hak dan keadilan buat Sabah dan Sarawak.

Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH)

Lim Guan Eng

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Madius Tangau

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)



OH MALAYSIA KU ...BAB NAK SAKAU..NAK PELINGKUP DUIT RAKYAT MEMANG TERRER- 5G: NEGARA LAIN SWASTA BUAT, MALAYSIA BERHUTANG RM15 BILION KERAJAAN BUAT


Panas! Zahid dakwa lakonan air mata Bersatu dah tak laku ( VIDEO DIDALAM)

 Panas! Zahid dakwa lakonan air mata Bersatu dah tak laku


Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengulangi penjelasan parti yang diterajuinya itu yang menolak kerjasama politik dengan Bersatu.

Katanya, keputusan menolak Bersatu dibuat oleh parti dan bukan keputusan solo yang dibuatnya selaku presiden parti.

“Saya ulangi penjelasan Umno menolak kerjasama politik dengan Bersatu merupakan keputusan parti.

“Ia keputusan akar umbi parti pada Perhimpunan Agung Umno 2020 dan juga oleh Majlis Kerja Tertinggi Umno.

“Ia sebuah ketetapan yang telah pun dimuktamadkan sejak kira-kira tujuh bulan lalu iaitu pada Mac tahun lalu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, lapor Malaysiakini.

Menurut Ahamd Zahid, Bersatu, bukan tidak maklum tentang hal itu, namun menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, parti serpihan itu cuba mengadu domba kononnya ia keputusan solo presiden Umno.

Malam semalam, selepas perjumpaan dengan Umno Bahagian Hang Tuah Jaya di Melaka, dia dilaporkan berkata “Umno tidak akan pernah bekerjasama dengan Bersatu…noktah”

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid mempersoalkan mengapa Bersatu begitu sukar menerima hakikat bahawa ahli Umno bertegas menolak mereka.

“Mungkinkah begitu terdesak mahu mempergunakan ahli Umno sekali lagi seperti mereka lakukan pada PRU-14?

“Memperdaya segelintir ahli Umno menyokong Bersatu dengan ‘kempen’ Bersatu mahu menyelamatkan Umno.

“Tetapi selepas apa yang rakyat alami dan saksikan selepas 9 Mei 2018, masih lakukah lakonan air mata mereka?”soalnya.

Dia juga mempersoalkan sama ada pujuk rayu ke atas ahli Umno seperti apa yang dilakukan hari ini adalah relevan.

“Masih relevankah pujuk rayu ke atas ahli Umno selepas cuba membubarkan dan menghancurkan Umno sejurus berkuasa?

“Justeru, presiden Umno menghormati keputusan parti dan denyut nadi ahli parti iaitu tiada kerjasama politik dengan Bersatu,” kata Ahmad Zahid.

Bersatu dikatakan semakin terdesak apabila ramai para penganalisis politik menjangkakan gabungan Perikatan Nasional (PN) antara parti itu dengan PAS berisiko kalah teruk pada PRN Melaka jika mereka tidak bekerjasama dengan Umno.

UMNO JANGAN TUNGGU PRU15, KETETAPAN PAU PUTUS HUBUNGAN DENGAN BERSATU MESTI DIMULAKAN DI PRN MELAKA

 

Sebagaimana kita sedia maklum dan sedar, UMNO telah menetapkan keputusan untuk tidak mahu bekerjasama dan putus hubungan dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang.

Ketetapan tersebut dimuktamadkan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang bermakna ia adalah kehendak akar umbi parti itu sendiri.

Meskipun PRN Melaka 20 November ini adalah pilihanraya yang terpisah daripada gelombang PRU15 yang entah bila akan diadakan, tetapi sebagai parti yang didokong oleh kekuatan akar umbi, UMNO tidak harus goyah dengan ketetapan yang telah dimuktamadkannya itu.

Malah, UMNO seharusnya menghormati dan sentiasa menjunjung tinggi ketetapan putus hubungan itu, walaupun ada segelintir pemimpin bernafsu buas cuba mengingkarinya.

Untuk itu, sementara ketetapan PAU itu mesti dilaksanakan dan dijadikan kenyataan dalam PRU15 akan datang, adalah mustahak ketetapan itu mula dilaksanakan dalam PRN Melaka ini.

Ia bukan saja untuk menunjukkan UMNO benar-benar serius dengan ketetapan tersebut, malah sebagai bukti ia adalah keputusan yang mampu membuahkan kejayaan kepada BN.

Mahu tidak mahu, UMNO bersama komponen BN harus bekerja keras serta bertungkus lumus memastikan kejayaan tersebut.

Tetapi, jika dalam PRN Melaka ini pun UMNO tidak berani berpegang kepada ketetapan itu, sudah pasti ia turut membuka jalan kepada pemimpin-pemimpin rakus berjiwa petualang dalam parti untuk menggagalkannya dalam PRU15 akan datang.

Kalau itu itu berlaku, di mana maruah UMNO akhirnya?

Di mana juga nilai kekuatan akar umbi jika ketetapan mereka boleh dipadamkan hanya oleh kekuatan segelintir pemimpinnya yang berjiwa rakus yang hanya ingin menyelamatkan nasib kawan-kawan dalam Bersatu berbanding mengangkat martabat perjuangan UMNO itu sendiri.

Selain itu, dengan melaksanakan ketetapan PAU itu dalam PRN Melaka ini lagi, UMNO akan dapat melihat di mana kelemahan, kekurangan serta apa yang perlu dibaiki bila tiba PRU15 nanti.

Dalam apa perkara sekali pun, proses menguji adalah penting untuk menjadikan apa yang disasarkan benar-benar tercapai dan anggaplah PRN Melaka ini sebagai proses ujian kepada ketetapan PAU itu.

Jika tidak berjaya pun ujian itu di PRN Melaka, tidak mengapalah kerana masih ada masa untuk memperbaiki dan melihat di mana kelemahannya sebelum ketibaan PRU15.

Namun, jika terus dalam PRU15 saja baru ketetapan PAU itu hendak dilaksanakan dan ia tidak melalui apa-apa proses ujian sebelumnya, bila masa lagi untuk UMNO mahu melihat ada kelemahan dan memperbaikinya? 


 ShahbudinHusin 22/10/2021.



POLITIK JOHOR SANGAT MENARIK JIKA UMNO TIDAK BERSAMA PN


KH..KAH..KAH..UMNO KENA BULI DENGAN DUA PARTI SAKAU KERUSI- APA PUNYA NAYA UMNO.....

 


Panas! Sumber dedah Pas, Bersatu tuntut banyak kerusi sebagai syarat kerjasama dengan Umno di Melaka


Panas! Sumber dedah Pas, Bersatu tuntut banyak kerusi sebagai syarat kerjasama dengan Umno di Melaka



PAS dan Bersatu masing-masing dilaporkan menuntut lima dan lapan kerusi sebagai syarat bekerjasama dengan Umno dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Sehubungan itu, Umno tidak bersetuju dengan permintaan tersebut dan dijangka bertanding secara solo atas lambang Barisan Nasional (BN) pada PRN tersebut yang dijadual berlangsung pada 20 November ini.

Sumber Majlis Tertinggi (MT) Umno memberitahu Malaysiapost, mustahil parti itu dapat memenuhi tuntutan syarat yang diletakkan Bersatu mahupun PAS jika ingin bekerjasama berhadapan Pakatan Harapan (PH) pada PRN itu.

Katanya, tuntutan kedua-dua parti kompenen Perikatan Nasional (PN) tersebut agak keterlaluan dan melampau.

“PAS nak bertanding lima kerusi, Bersatu pula nak lapan kerusi. Lebih parah Bersatu nak bertanding di kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Masjid Tanah dan Jasin.

“Di Masjid Tanah, BN menang kesemua lima kerusi DUN pada PRU14 lalu, di Jasin pula BN menang empat daripada lima kerusi. Kerusi-kerusi itu adalah kubu kuat Umno, mustahil kita bersetuju bekerjasama dengan PN,” katanya seperti dipetik laporan Malaysiapost.

Untuk rekod, DUN Melaka mempunyai 28 kerusi.

Terdahulu hari ini, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata gabungan itu sedia berdepan saingan tiga penjuru, jika tiada kata putus diberikan Umno berhubung kerjasama menjelang PRN Melaka.

PMuhyiddin berkata PN sedia menjalinkan kerjasama dengan Umno, namun sehingga kini tidak mendapat jawapan jelas mengenainya sedangkan masa semakin suntuk untuk berdepan PRN.

PRN MELAKA: JANGAN KERJASAMA DENGAN PARA PENGKHIANAT


ELOK LAH DUA DUA TAK CERDIK - SAMA SAJA...AKHIRNYA APA PUN HANGPA TAK BOLEH BUAT-TEMBERANG KUAT

 


Pemilihan pemuda Pas: Ahmad Fadhli bakal cabar Khairil untuk jawatan ketua pemuda Pas Pusat



Pemilihan pemuda Pas: Ahmad Fadhli bakal cabar Khairil untuk jawatan ketua pemuda Pas Pusat



Jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) menyaksikan dua pencabar yang disahkan layak bertanding merebut jawatan berkenaan pada persidangan perwakilan sayap parti itu bagi sesi 2021-2023.

Dua calon itu ialah Timbalannya, Ahmad Fadhli Shaari dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Khalil Yahya.

Mereka akan bertanding melawan penyandangnya, Senator Khairil Nizam Khiruddin yang disebut-sebut sebagai bakal calon Pas bagi kerusi Parlimen Temerloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15).

Menurut sumber, sebanyak 110 daripada 185 borang pencalonan yang diterima memenuhi kreteria untuk bertanding bagi semua jawatan daripada Pengerusi Tetap hingga Ahli Jawatankuasa DPPP dan Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP), menurut laporan Malaysia Gazette.

Bagi DPPP, jumlah borang pencalonan diterima ialah 111 daripada 185 kawasan dengan satu borang percalonan ditolak.

Berikut senarai pencalonan pencabar dan penyandang bagi DPPP untuk sesi 2021-2023.

Pengerusi Tetap menyaksikan penyandang, Kamal Shaari yang menang tanpa bertanding pada sesi 2017-2019 dicabar Timbalannya, Riduan Mohd Noor.

Manakala, Riduan dicabar Ketua Pemuda Pas Kawasan Kota Bharu, Nor Azariza Mohd Alawi.

Bagi jawatan Timbalan Ketua DPPP, Ahmad Fadhli selaku penyandang akan dicabar Naib Ketua Pemuda Pas Pusat yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Afnan Hamimi Taib Azamuddin dan bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Farkhan Md. Zain.

Ini diikuti perebutan jawatan Naib Ketua yang menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Ketua Pemuda Pas Selangor, Hanapi Zulkafli dengan Exco Dewan Pemuda Pas Pusat, Mohd Hafez Sabri; Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman dan Ketua pemuda Pas Kawasan Bagan, Zuzalee Ariffin.

Seramai 34 pencalonan diterima dan disahkan untuk perebutan jawatan Ahli Jawatankuasa.

Calon berkenaan ialah Abdul Malik Abd Razak, Abdul Muiz Muhammad, Adlan Mukhtaruddin, Ahmad Bilal Rahudin, Ahmad Nawfal Mahfodz, Akram Ikrami Taib Azamudden, Azlan Alias, Fairuz Azmi dan Hanapi Zulkapli, Hanif Haron, Khairul Azmi Fahmi Jamil, Khairul Nazir Helmi Azhar, Marwan Shukrimun dan Mohamad Omar Adam.

Turut dicalonkan ialah Mohamad Zikrullah Ismail, Mohammad Arifiriazul Paijo, Mohd Afiq Awang Bakar, Mohd Aizat Zakaria, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli, Mohd Faizzudin Mohd Zai, Mohd Hafez Sabri, Mohd Haikal Abdul Mutalib, Mohd Huwaid Soleh, Mohd Labib Abd. Jalil, Mohd Razali Saari dan Mohd Saifuddin Hassan.

Calon lain ialah Mohd Syahir Che Sulaiman, Muhamad Afiq Farhan Mazlan,Muhammad Abdul Malik Abdul Karim, Muhammad Hamdi Harun, Muhammad Hilmi Ismail, Muhd Khidhir Izaidin, Nurul Amin Hamid dan Wan Abu Bakar Wan Mahussin.

POLITIK MELAYU PENUH DENDAM KESUMAT DAN BENCI ATAS KEPENTINGAN NEGARA

 Yusof RamliSokong DSAI dan DSWA




MEMANG PELIK CARA MELAYU BERFIKIR POLITIK, POLITIK DENDAM DAN BENCI ATASI KEPENTINGAN MASA DEPAN NEGARA



Kadang kadang sukar aku mempercayai cara berfikir kelompok bani Melayu... ye lah, aku pun Melayu. Tak perlu kita bicara soal penjual goreng pisang, pemandu teksi, Makcik Kiah atau Pak Mat Tempe. Lihat saja dari dari gambaran 114 MP dalam Kerajaan PN.
Mungkin boleh dilihat dari Agamawan dan gambaran seorang Mufti di Utara. Bertapa kebencian itu betul2 Merosakkan Minda. Benarlah kata Nabi Saw, kebencian itu adalah pencukur/Pemangkas Agama, bukan pencukur rambut. Kadang kadang aku sedih. Cukuplah kita berfikir waras.
Ini bukan soal UMNO, bukan soal Ismail Sabri. Ini soal masa depan negara, pandemik dan bencana yang sedang kita hadapi di depan mata kita. Soal Kegagalan, ini masanya kita perlukan seorang pemimpin yang kompeten. Hanya sebab kebencian kepada Ds Anwar. Kepada DAP? Kita sanggup mementingkan kedudukan sendiri dan memilih orang terbukti gagal.
Mungkin Tun Mahathir, Shafie Afdhal sendiri mereka ada yang tidak setuju dengan Ds Anwar. Namun ketika diberikan pilihan Ismail Sabri yg terbukti gagal dan Ds Anwar mereka masih rasional memilih Ds Anwar. Setidaknya demi kepentingan negara pilihlah calon lain dikalangan UMNO dan Melayu seperti Ku Li.
Bayangkan dari 18 MP PAS yang membawa Perjuangan Agama, nak dapatkan 2 MP yang boleh berfikir untuk masa depan negara pun susah. Kalau Haji Hadi itu kita faham lah. Haji tu dengar saja nama Ds Anwar, jangankan dalam keadaan bertongkat, dalam keadaan merangkak pun sanggup ke Istana. Tapi jangan sesekali Anwar memimpin negara. Begitulah kuatnya kebencian dia kepada Ds Anwar sejak dalam PR lagi.
Begitu juga bekas MP PKR. Setidaknya dari 13 orang yang khianat itu, Azmin dan Zuraidah tu kita tak katalah jahat. Ini sampaikan orang yang dilihat sederhana, rakan Ds Anwar dalam Abim sendiri seperti Kamaruddin Jaffar. Saifuddin Abdullah, Rashid Hasnon pun lebih sanggup menyokong calon UMNO berbanding rakan lama mereka.
Begitu juga dari 35 MP UMNO. Zahid dan Najib tu tak kata lah. Hatta yang terbuka dan dikatakan bijak pandai kononnya seperti Khairy Jamaluddin, Azalina juga gagal melihat kepentingan negara diutamakan. Tapi kita faham lah itulah UMNO.
Sekarang baru aku faham, kenapa TG Nik Aziz cukup bencikan Ashabiyah. Ashabiyah ini lah yang menutup pintu hati mereka. Bayangkan begitu juga kebencian seorang Mufti dari Utara, kalau hanya kepada DAP saja tak mengapa, malah kepada Ds Anwar. Entah apa dosa Anwar pada dia kita tidak tahu.
Tapi itulah kepelikan aku tentang Melayu. Penjajah British sudah membaca karakter Melayu. Maka dia asaskan negara ini dengan sentimen Ashabiyah dan mewujudkan beberapa institusi dan pemisahan pendidikan. Ketuanan yang menjadi fantasi orang Melayu. Sehinggakan mereka merasa tuan biarpun hidup dalam perhambaan.
Inilah juga yang menyesatkan kaum Yahudi. Merasakan diri mereka itu mulia. Bezanya Yahudi itu ramai yang bijak pandai. Menguasai Ekonomi dan Politik. Berbeza dgn ketuanan Melayu hari ni. Hidup teruk dan bangsat macam mana pun, masih bicara soal ketuanan, cukup hanya tengkolok dikepala melambangkan ketuanan mereka.

RETORIK RAKYAT MEMILIH KERJA...

 May be a cartoon of 1 person and text that says "SENYUM KAMBING Malaysia kekurangan pekerja asing. Tak ada isu kalau orang kita suka kerja sektor 3D. Utusan Online Utusan Online Utusan Online"


Kita dah dengar retorik rakyat Malaysia memilih kerja ni dah lama. Berdekad lamanya. Bila ambil pekerja asing, inilah alasan yang mereka beri. Tapi betulkah?
Pendapat peribadi aku, cuma separuh betul. Kenapa?
Pertama, kita boleh lihat berapa ramai rakyat kita yang menceburkan diri dalam perniagaan yang susah. Mereka sanggup bekerja bersusah payah.
Ada yang terpaksa bangun awal pagi dan berniaga sampai larut malam. Ada yang sampai bergelumang dengan najis haiwan peliharaan. Ada yang sampai panjat tempat tinggi, gadai nyawa. Kalaulah mereka memilih kerja, mahukah mereka bersusah payah begitu?
Kalau tak meniaga pun, ada juga yang bekerja di stesen minyak. Selalu saja aku jumpa orang kita yang kerja di sana. Kerja ikut lori sampah pun ada. Jadi di mana betulnya tuduhan orang kita tak mahu kerja yang kasar dan kotor?
Kedua, kalau kita lihat ramai saja rakyat asing yang bekerja bukan dalam bidang 3D pun. Pergi stesen minyak, tengok berapa ramai yang bekerja jadi kashier. Takkanlah kerja kashier pun nak dikatakan kerja 3D? Malah ada yang jadi penyelia. Dia pula jadi boss rakyat Malaysia.
Tapi kenapa aku katakan separuh benar?
Sebab ada benarnya orang kita memilih kerja. Tapi bukanlah sebab kerja itu kotor atau kasar. Tapi kerana gaji. Kerja separuh mati tapi gajinya sedikit sangat, sedangkan tauke hidup bermewah. Siapa yang mahu?
Itulah masalahnya! Orang kita nak gaji besar saja. Cubalah terima gaji macam Bangla tu!
Oi brader… Orang kita tak boleh terima gaji macam pekerja asing. Sebab orang kita ada keluarga di sini. Mereka perlu sewa rumah, perlu sekolahkan anak, perlu macam-macam. Hidup orang kita tak sama macam pekerja asing.
Tengok macam Bangla. Mereka hidup satu rumah berbelas orang. Bersesak dalam rumah. Makan setakat apa yang boleh saja. Sebab anak isteri mereka di negara asal. Anak mereka bersekolah di sana. Belanjanya jauh lebih murah. Malah mungkin percuma. Gaji RM1,000 pun mereka boleh survive.
Tapi rakyat Malaysia tak boleh begitu. Mereka berkeluarga di sini. Takkanlah nak tinggal bersesak 10 orang dalam rumah yang sama. Bukan 10 orang tapi 10 keluarga sebab terpaksa bawa anak isteri sekali. Takkanlah begitu?
Anak-anak kena sekolah juga. Sekolah ni, nama saja percuma. Tapi berapa banyak sekolah haram jadah yang kutip yuran PIBG mahal melantun. Sekolah anak aku pun sama. Padahal hampir setahun tak sekolah. Eh mintak yuran jugaaakkkkk!
Di sekolah pun anak kena makan di kantin. Makan di kantin pun bukan murah. Mahalnya Na’uzubillah. Itu belum kira kelengkapan sekolah. Dan banyak lagi beban lain yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia.
Dalam keadaan begitu, macamana rakyat Malaysia mahu terima kerja yang bayarannya murah? Tapi malangnya, yang kerajaan nampak, rakyat memilih kerja. Jadi jalan penyelesaiannya, ambil pekerja asing. Mana selesai masalah!
Kerajaan sepatutnya bantu rakyat. Sepatutnya kerajaan usaha untuk naikkan gaji dengan cara penetapan gaji minimum yang sesuai. Atau paling tidak pun pastikan harga barangan kekal rendah supaya rakyat boleh survive.
Bukan dengan ambil pekerja asing. Bila ambil pekerja asing, yang selesai masalah majikan. Masalah rakyat tak selesai. Bahkan makin bertambah. Akhirnya rakyat sendiri menganggur, pekerja asing pula dijaga.
Kerajaan ini dipilih oleh rakyat atau para majikan dan pekerja asing?
Rakyat memilih kerja hanyalah cerita palsu yang disebarkan oleh majikan bagi membolehkan pekerja asing diimport. Yang bodohnya adalah kerajaan yang percaya. Tapi aku rasa bukan kerajaan tak tahu kebenarannya.
Kerajaan yang pegang segala bentuk data. Tentulah kerajaan tahu apa yang terjadi di bawah ini. Cumanya lebih menguntungkan kalau bantu majikan. Boleh juga dapat duit kocek. Bantu rakyat, kerajaan dapat apa?
Rakyat kita bukan susah sangat pun. Setahun sekali ke dua kali, bagi duit sikit. Sukalah merereka. Dapat RM1,000 setahun, lupalah mereka hak mereka yang dirampas oleh kerajaan yang berkali ganda nilainya. Bodoh, kan?
Kalau nak selesaikan masalah ini, semua rakyat mesti bersatu hati. Pertama, kerajaan sampah yang bodoh bebal tak faham penderitaan rakyat ini mesti diturunkan dan jangan beri peluang untuk dapat kuasa lagi.
Kedua, sebolehnya elakkan berurusan dengan syarikat yang utamakan pendatang asing. Cari syarikat yang menggajikan rakyat Malaysia. Tapi yang ini susah sikit. Sebab ramai rakyat cakap saja berdegar. Tapi bila sampai nak melaksana, alah lain kali je la…

Raja Gelap

SPRM GAGAL JALANKAN TANGGUNGJAWAB



May be an image of text that says "SPRM GAGAL JALANKAN TANGGUNGJAWAB Siasat Kertas Pandora Paper."


[Admin] Kegagalan SPRM untuk menjalankan siasatan bebas mengenai kebocoran kertas Pandora Paper sungguh mengecewakan. Sebaliknya SPRM hanya akan bekerjasama dengan Bank Negara dan agensi penyiasatan lain. Seharusnya SPRM bertindak secara adil, bebas dan profesional dengan membuka kertas siasatan ini secara bebas, bukannya hanya bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi lain untuk menyiasat pendedahan tersebut.
Skandal Pandora Papers merupakan isu pengeluaran wang negara secara haram ke akaun luar pesisir yang melibatkan berbilion-bilion ringgit. Kertas Pandora Paper merujuk kepada sejumlah dokumen yang dibocorkan kepada Pusat Kewartawanan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ).
Maklumat itu berasal dari sejumlah syarikat yang membantu pelanggan menubuhkan atau menguruskan akaun luar pesisir dan syarikat bagi tujuan mengelak dari dikenakan cukai.Apa yang berlaku ialah, kerajaan dan SPRM kelihatan tidak mengambil tindakan yang tegas memandangkan ia melibatkan kebanyakan pemimpin pro-kerajaan.
Maka, SPRM sewajarnya membuka kertas siasatan yang bebas dan telus bagi meyakinkan semua pihak bahawa isu ini ditangani secara profesional.

ANALISIS PRN MELAKA

May be a cartoon of text
 


MOHD MUKHLIS

Alhamdulillah Majlis Presiden PH mendengar kritikan penyokong bawahan dan menolak pengkhianat untuk di calonkan dalam PRN. Bila penyokong cerdik, pimpinan kena dengar sebab orang cerdik ini, mereka akan lari kalau pemimpin buat tak betul. Lainlah macam satu parti maksum, berbohong depan penyokongpun depa tamsilan dengan Sirah Nabi Ibrahim, masih ramai dengar dan taat sebab takut di kapirkan kalau lawan ulama su'.
Masalah dengan YB yang di lantik ini, satu mereka lupa yang mereka di undi sebab idealogi parti mereka dan bukan sebab sosok tubuh mereka. Itu yang asalnya dulu kerja posmen, driver van, penjual nasi lemak bila dah jadi YB mereka lupa diri, rasa yang mereka sangat entitle dengan jawatan mereka itu. Bab jawatan itupun satu hal, jawatan itu adalah amanah bukan reward.
Calon YB PRN nanti kena ambil dari golongan profesional bukan main ambil bidan terjun sahaja. Berapa lama mereka dalam parti, apa perkerjaan mereka dan paling penting track record mereka. Ini kalau baru masuk parti beberapa bulan sebelum PRN, dan belum di uji dan jadi calon. Bila menang, roh perjuangan pun tak ada itu yang khianat. Nak tengok prisip ke tidak calon yang
terbaik
adalah Mat Sabu, lepas PAS putus hubungan dengan DAP tahun 2015, semua jawatan lantikan politik dia tolak. Bukan macam lebai PAS sekarang, yang penting jawatan, hudud ke laut semua itu bukan masalah mereka. Ingat tanpa prinsip, manusia sama sahaja dengan haiwan.
Masalah bila ambil YB dari golongan yang tidak profesional ialah mereka ini kalau jadi YB nanti, tak ada apa-apa reform atau improvement yang berani buat sebab mereka sendiri pun tak berapa nak cerdik. Lepas itu mereka akan jadikan politik itu sebagai matlamat hidup dan mati mereka, itu yang sanggup khianat sebab kalau mereka hilang jawatan YB, mereka tak mampu hendak balik pada kerja lama mereka jadi pemandu van kilang sebagai contoh. Tapi kalau ambil seorang yang profesional contoh kalau engineer jadi YB, kalau mereka di uji antara prinsip dan jawatan, mereka takkan teragak-agak untuk pilih prinsip sebab even hilang jawatan YB, mereka masih boleh lagi kerja sebagai jurutera.
Contoh kalau nak ambil ustaz misalnya jadi calon, boleh tapi kena pastikan mereka ini juga dari golongan profesional macam contoh penasihat syariah ke, peguam syariah ke. Kalau jadi YB mereka ini akan ada impak pada undang-undang yang akan di gazetkan. Tak adalah nanti di ulang episod penyokong di cucuk hidung di tarik dari padang merbuk ke jirat cina, RUU355 KIV sebab YB yang sembang berapi tadi tak tahu proses nak gazet ordinan.
Secara jujur saya tak tahu outcome PRN Melaka, mungkin ianya adalah persaingan yang ketat? Yang pasti menamakan Adly sebagai calon ketua menteri adalah tindakan yang tepat. Ini kerana banyak bakal pengundi akan mengundi berdasarkan calon ketua menteri. Kalau UMNO letak geng sakau pasir jadi calon ketua menteri, peluang PH akan lebih cerah. Dan track rekod 22 bulan Adly adalah cerminan yang
terbaik
untuk apa yang rakyat Melaka bakal dapat.
Hipothesis saya
1) Kalau UMNO bersendirian dalam BN, lawan dengan PH dan PN, besar kemungkinan akan ada 2 senario. UMNO mungkin boleh menang dan PH akan jadi runner up. PN akan lingkup dan dapat telor ayam. Bila ini terjadi UMNO akan desak supaya PRU15 di percepatkan sebab mereka yakin bertanding sendiri boleh menang besar. Moral PH akan jadi rendah tapi in hindsight PRU15 nanti akan jadi lebih dari 3 penjuru. Jadi PAS akan di dalam delima terpaksa pilih PN atau BN untuk PRU15. Ingat mereka sudah sindir geng kluster mahkamah dan nampak macam sudah berpatah orang, tapi kalau jenis yang tak ada prinsip ini kita bukan boleh kira.
Tapi kalau dengan izin Allah PH menang, PH akan dapat moral boost untuk PRU15, UMNO akan kembali pada drawing board untuk bersama dengan PN untuk PRU15. Jadi ada possiblity PH akan dapat tentangan sengit untuk PRU15 bila dua penjuru PH vs PN/BN.
2) Kalau PN dan BN bergabung, PH akan dapat laluan sukar. Mereka mungkin boleh menang besar dengan syarat mereka kena bersetuju dengan pembahagian kerusi. Tapi dengan separuh dari kerusi itu banyak BN yang menang dan mereka pula runner up ( untuk kerusi yang PH menang), agak sukar untuk mereka berkompromi dengan PN.
Masalah dengan PN terutama sekali mantan PM PDF, dia ini delusional. Dia tak tahu yang dia ini incompetent dan gagal dari semua segi kecuali berkhianat. Itu sahaja yang dia pandai. Dia lupa yang dia menang PRN Sabah itupun masa rakyat belum nampak tembelang dia. Sekarang ini rating dia sudah jatuh, but he should see this coming.
Faktor bendera itu saya bersetuju dengan DAP yang kita kena guna bendera PH, saya tak faham apa yang nak taksub sangat dengan bendera PKR padahal penyokong PH sendiri terdiri dari golongan M40 dan T20. Saya bagi 4 bukti yang bendera ini tak relevent sangat kecuali la geng-geng saluran 1 yang dah memang totok.
1) Anwar menang PRK Port Dickson pakai bendera PH, jadi benda ini non issue pun. PH kalau PRK Tanjung Piai bukan sebab bendera tapi sebab pengundi di sana tolak Mahathir
2) Perikatan Nasional boleh sahaja menang di Sabah walaupun lawan berapa penjuru dan bendera mereka tak ramai pun yang kenal. Tapi yang peliknya Warisan yang sudah di tolak oleh rakyat Sabahpun kata hendak bertanding 222 kerusi parlimen, mungkin dia tak berlajar dengan parti king maker bertanding 158 kerusi menang hanya 18. Dah la menang sikit, jadi pula khadam MCA. Jadi tolong explain macam mana bendera PN boleh menang lawan dengan bendera warisan yang lebih lama establish di Sabah?
3) Kalau undi ikut bendera itu faktor kemenangan, sudah tentu parti lebai menang besar. Mana taknya, bab bendera ini kalau yang taksub mereka sanggup mati di bungkus dalam bendera tersebut tapi kenapa mereka kalah PRU14? Sebab rakyat tak percaya mereka, tambahan pula sekarang bila sudah dapat kuasa, apa yang mereka janji semua mereka tipu.
4) PH adalah PH dan bukan hanya PKR. Bila berani guna bendera PH maknanya kita yakin dengan kesepakatan kita. Itu yang buat parti lain macam UPKO tertarik untuk join. Nak ajak orang masuk rumah kita, kita sendiri kena yakin yang rumah kita kukuh dan selamat. Kalau kita sendiri ragu-ragu, macam mana orang luar terutama pengundi atas pagar nak yakin undi PH? Kalau PRN Melaka tak berani nak pakai bendera PH, PRU15 pun sama, habis tu PRU bila nak pakai bendera PH?
PRN Melaka ini juga adalah litmus test untuk mana-mana parti politik.
Saya alu-alukan parti king maker macam Pejuang, Muda, Warisan, Putra dan PSM untuk masuk bertanding. Sebab bila masuk bertanding baru kita boleh lihat political alignment mereka. Kalau tak ada PRN masing-masing akan play safe. Nanti kita boleh tengok macam mana mereka akan jual undi despite mereka dulu yang kata Melayu Malas dan manifesto bukan kitab suci untuk meraih undi. Nanti boleh kita lihat sama ada mood rakyat akan mengundi sebab sosok tubuh pemimpin atau sebab idealogi dan reform yang parti bawa.
Dan kalau PH menang PRN Melaka, untuk PRU15 nanti kalau PH menang kita kena tumpu pada 3 benda.
1) Buat suruhanjaya di Raja untuk kertas Pandora ( yang pelik hanya PH sahaja yang berbunyi yang lain mulut penuh sagon bak kata Mentega "Bobobobobo")
2) Siasat dakwaan twitter edisi siasat tentang kecurangan pegawai tertinggi negara.
3) Dakwa mereka yang terlibat dengan scheme of things sebagai mengancam sistem demokrasi. Mereka ini yang buat negara dalam huru-hara dan dapat kerajaaan yang tak kompetent sampai kematian rakyat puluh ribu dan di pandang hina di persada antarabangsa.
Wallahualam.