ANWAR TAK PERLU LAYAN ORANG YANG MENGADA NGADA TABIATNYA



Zuraidah Kamaruddin, wakil Geng Kartel dalam PKR, yang sebelum ini dikatakan telah mengurus tiga pucuk surat kepada Anwar Ibrahim untuk mengadakan “mesyuarat perdamaian” nampaknya terus dengan sikap mengada-ngadanya.
Malah kali ini cuba mengugut Presiden PKR itu pula.
Besarnya kepala beliau ini?
Tegasnya, beliau akan terus mendesak Anwar untuk bertemu dengan mereka sehingga ia menjadi kenyataan.
Beliau berkata, mereka yang mahu bertemu Anwar termasuk Azmin Ali, dua naib presiden termasuk dirinya, 14 anggota majlis pimpinan pusat PKR dan enam yang lain dianggap dari ‘pihak lain’.
Zuraida yang juga Naib Presiden PKR seterusnya mengugut bahawa beliau tidak akan menghadiri mana-mana mesyuarat parti melainkan Anwar bersetuju bertemu beliau dan beberapa pemimpin lain yang memihak kepada Azmin.
Katanya, usaha telah dibuat untuk mendekati Anwar tetapi Ahli Parlimen Port Dickson itu tidak memberi maklum balas kepada cadangannya agar rekonsiliasi atau perdamaian diadakan.
Zuraidah juga membayangkan akan turut memulaukan Kongres PKR yang akan diadakan Disember nanti sambil berkata, “kita akan seberang jambatan apabila kita sampai kepadanya”.
Perlukah Anwar melayan semua tuntutan ini?
Dalam hal ini, Anwar perlu tegas dengan pendiriannya seperti sebelum ini yang meminta Azmin dan Zuraidah agar hadir mesyuarat PKR jika ada apa-apa perkara mahu dibincangkan.
Tidak harus ada mesyuarat lain selain mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan mesyuarat Biro Politik dalam PKR.
Jika sekali Anwar melayan permintaan mereka ini, di lain kali mereka akan terus mengada-ngada untuk menuntut diadakan mesyuarat berasingan kalau ada sebarang masalah yang timbul.
Bayangkan, jika kemudiannya pihak lain juga menuntut perkara yang sama iaitu mesyuarat berasingan dengan Anwar?
Apa jadi kepada PKR akhirnya?
Sudah tentunya akhir PKR akan jadi caca marba dan mesyuarat MPP atau Biro Politik hilang fungsinya.
Lagi pula, sikap Zuraidah mengugut tidak akan menghadiri mesyuarat PKR selagi pertemuan yang diminta tidak ditunaikan hanya menunjukkan sikap biadap dan kurang ajarnya.
Di mana beliau belajar orang bawahan boleh mengugut seorang Presiden?
Kalau tidak berminat lagi dengan PKR, silalah cari wadah lain yang sesuai untuk meneruskan perjuangan.
Anwar harus terus dengan jadual mesyuarat MPP serta Biro Politik seperti biasa dan jika ada sesiapa terus tidak hadir mesyuarat tanpa alasan yang munasabah, tindakan sewajarnya sudah boleh diambil terhadap mereka.
Cukuplah bagi muka kepada mereka yang sudah besar kepala ini.
PKR harus ditekankan dengan disiplin kepada semua ahli dan pimpinannya agar ia terus berwibawa sebagai parti yang memenangi paling banyak kerusi dalam gabungan PH.
Lebih-lebih lagi pentingnya disiplin itu ialah kerana Anwar adalah bakal Perdana Menteri selepas Tun Mahathir Mohamad ini. (Shahbudindotcom 17/09/2019)

PROGRAM FOOD BANK AKAN DIPERLUAS – SAIFUDDIN

MALAYSIA MAHU AKTA JEREBU RENTAS SEMPADAN

BMF : JERUNG BERDANSA BILIS SENGSARA..


Oleh: Miqdad Zakaria


Baru shj BMF dilancarkan sudah byk keluhan dari bangsaku Melayu.  Ada drebar lori di Johor dibuang kerja dan mengeluh dok mintak kerja kat bangsaku yg otak kematu.  Ada petani di Perak mengeluh cabai x laku.  Pasar borong pagi ni aku lihat gerai Melayu sgt kurang ikan mungkin ikan x dibekalkan sbb pemborong ikan adalah keturunan Cina. 

Inilah bahananya berperang tanpa senjata yg cukup.  BMF sebenarnya adalah perang dgn pembekal yg ramainya Cina.  Nak berkempen sediakan dulu rancangan yg rapi.  Berapa byk pembekal Melayu yg sanggup membeli jika Cina boikot barangan Melayu kna diambil kira.  Berapa ramai pulak tokey2 Melayu yg sanggup menyerap entah berapa ribu pekerja yg akan dibuang kerja kerana  tindakbalas senyap depa.  Kalau takat hanya ada kuasa membeli tapi tak ada kuasa menjual jadilah mcm zaman Jepun.  Duit banyak tapi nak beli barang takdak.  Takpalah waktu tu boleh mkn ubi kayu tp skg ubi kayu pun dah 4 rgt sekilo.  

BMF ini adalah mainan tokoh2 parti pembangkang yg kecewa krn kecundang.  Depa mainkan sentimen perkauman yg lain dah tak laku mka mrk mencuba sentimen perkauman dari segi ekonomi.  Depa kata BMF tapi sebenarnya buy malay first yg samalah dgn buy chinese last sbb itulah serangan utama mereka iaitu Cina DAP.  

Depa yg dok kempen pun dah ada pendapatan tetap yg byk.  Ada yg pencen wakil rakyat dan ada yg wang simpanan berjuta2. Cina boikot lagi sepuluh tahun depa tak kisah sbb depa dah kaya raya.  Mereka ini amat suka kalau Msia huru hara sbb depa boleh dpt balik kuasa.  Bila kuasa dah ada depa boleh tambah harta dan yg  sdg didakwa ada peluang terlepas begitu shj.. 

Tapi rakyat bawahan b40 yg miskin dah dhaif ini yg merana.  Kalau depa kna buang kerja adakah tokeh2 Melayu mampu serap semuanya?  Ambil contoh speed99 shj ada 4000 lebih pekerja Melayu.  Melayu mana nak ambik depa ni kerja dgn gaji minima 1200 rgt sebulan?  Tu tak kira lagi segala jenis perniagaan lain.. 

Oleh itu kepada Melayu yg ramainya b40 eloklah parti Melayu yg menimbulkan huru hara ini kita lenyapkan terus dari muka bumi Malaysia.  Kalau setakat ada sorang dua Cina yg hina Melayu dan Islam itu tidak melambangkan keseluruhan pandangan masyarakat Cina.  Cina pun mcm kita jugak.  Depa suka keadaan aman utk depa meniaga tanpa gangguan. Yg ambik Melayu kerja kebanyakannya tokey2 Cina sbb mamak nasik kandaq byk ambil Indon dan Bangla.  Malah Mydin sendiri pun aku tgk byk Bangla.  Jadi apa rasionalnya kita marahkan Cina?  

REZEKI MMG ALLAH BAGI TAPI KENA CARI. 

#celotehhalimcgupencen

C&P

HARI MALAYSIA: TUN MAHATHIR, ANWAR SERU HINDARI PERKAUMAN

SERANGAN DI ARAB SAUDI: JIKA MINYAK NAIK KERAJAAN BERI SUBSIDI

FITNAH MEDIA SOSIAL: AGENDA TERANCANG?

WAHAI PAS. JANGAN LUPA SOKONG NAJIB DI MAHKAMAH



Dulu ketika era Najib Razak, Pas hanya sembunyi-sembunyi tentang hubungannya dengan UMNO.
Walaupun diketahui dan difahami tindakan Pas bertanding sendirian dalam PRU14 adalah untuk memecahkan undi dan memberi kelebihan kepada BN mengekalkan kuasa, mereka tidak pernah mahu mengakuinya.
Dikatakan semua itu fitnah dan dusta belaka serta macam-macam hujah mereka beri untuk menafikannya.
Tetapi, setelah peranan menjadi kuasa ketiga tidak bermakna dan UMNO akhirnya hilang kuasa dalam PRU14 lalu, Pas tidak menunggu lama untuk menjalin hubungan yang rasmi dengan parti itu.
Pada 14 September lalu, kira-kira setahun empat bulan setelah UMNO jadi pembangkang, sama kedudukan dengan Pas – kedua-dua parti mengikat hubungan mereka melalui Piagam Muafakat Nasional yang menjadikan mereka kini satu hati dan satu jiwa dalam politik kuasa.
Terpiagamnya hubungan kerjasama secara rasmi itu dengan sendirinya mengesahkan adanya hubungan belakang tabir dan sembunyi-sembunyi selama ini.
Jika tidak, bagaimanakah hanya dalam tempoh 16 bulan saja suatu ikatan rasmi berjaya ditandatangani tanpa banyak masalah?
Apa pun, sesuai dengan hubungan satu hati dan satu jiwa itu, UMNO dan Pas kini tidak perlu sembunyi-sembunyi atau malu-malu lagi memberitahu dunia tentang ikatan rasmi mereka.
Ibaratnya kini, kalau paha UMNO kena cubit, Pas wajib terasa sama. Jangan buat-buat tak tahu dan malu-malu macam dulu lagi.
Sesuai dengan itu, oleh kerana Najib Razak kini sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah berkaitan skandal 1MDB, Pas tidak harus meletakkan dirinya sebagai penonton semata-mata sebagaimana sebelum ini.
Selepas terjalinnya kerjasama secara rasmi dengan UMNO itu, Pas wajib menunjukkan simpati dan sokongan kepada Najib secara terbuka.
Mulai esok, para pemimpin dan ahli Pas seharusnya mulai mulai hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk tujuan itu.
Dimulai dengan Hadi Awang, kemudian Tuan Ibrahim Tuan Man dan lain-lain pemimpin utama Pas, mereka tidak ada pilihan lagi selain perlu untuk menunjukkan muka mengiringi hari-hari perbicaraan Najib bermula esok hari.
Selepas itu, Pas juga mesti mengerahkan ahli-ahlinya untuk turun seramai yang boleh setiap kali perbicaraan diadakan.
Kalau dalam kes Anwar Ibrahim sebelum ini, pimpinan dan ahli Pas boleh hadir beramai-ramai berpanas dan berhujan ke mahkamah, tiada sebab mereka tidak boleh melakukan perkara yang sama kepada Najib.
Jika itu dapat dilakukan, maka barulah lebih bermakna adanya hubungan kerjasama dan sehati sejiwa dengan UMNO itu.
Janganlah hanya di Dewan Merdeka PWTC yang berhawa dingin saja Pas sanggup hadir beramai-ramai, tetapi tidak pula sedia menunjukkan muka perkarangan mahkamah di Jalan Duta yang terbuka.
Lagi pula, cuaca ketika ini tidaklah panas sangat, cuma hanya perlu memakai topeng penutup hidung saja kerana jerebu sedang melanda negara. (Shahbudindotcom 16/09/2019)