VIDEO : SIRI BELASAH OT 95:Mohd Ezam Nor: Mahathir Buat Parti Pejuang, Pejuang Apa? Pejuang Lawan Rasuah, Rasuah Apa?



VIDEO BELASAH OT95: Mohd Ezam Nor: Mahathir Adalah Musuh Reformasi, Kenapa?



MAKHLUK PALING "GUMBIRA" DI ATAS PLANET INI.





ZUBAIDI SUDIN


1) PT95 adalah makhluk yg paling GUMBIRA di atas planet ini. Mahu tidak? Perkara yang paling dihajatinya telah berjaya iaitu mengekang kemaraan DSAI dan DAP.

2) Tapi yang kelakar dan ironinya, puak #K3 Amanah dan DAP diketuai oleh Mat Serabut dan Tokong Lim tetap menjilat-jilat bontot PT95 sambil menjulang makhluk khianat ini. Mereka tidak peduli akan hakikat begitu ramai dari pihak PN dan MN telah membongkarkan bahawa PT95 memainkan peranan dlm kejatuhan PH. Malah fakta juga menjelaskan kedudukan itu.

3) Bagi kita penyokong-penyokong  PH yang tidak buta hati, kita melihat dgn jelas bahawa puak Munafik dan bertaqiyyah tidak lagi boleh dipercayai. Namun, itu bukan apa yg difikirkan oleh Anai-anai PANtuk yang hanya merupaka kelompok MINORITI dlm PH.

4) Sudah terang lagi bersuluh PT95 merancang semuanya sebelum dia sendiri disailang oleh 2 Mat Semb kerana PT95 tidak sanggup menerima musuh-musuh politiknya di kalangan PNyamun yg dia mahu lihat mereka ke penjara. Nampaknya PT95 hanya pernah berjaya memenjarakan DSAI yang menjadi musuh politik yang paling menggugat kedudukannya.

5) Anai-anai  PANtuk dan #K3 terlalu sayangkan habuan, jawatan, pangkat, kegemilangan, kedudukan, harta san CINTAKAN Dunia, menyebabkan mereka ENGGAN menerima hakikat yg PT95 adalah seorg pengkhianat dan penipu besar dan menghabiskan sisa-sisa hidup dia untuk SAILANG DSAI dan DAP.

6) Sangat jelas dalam audia itu PT95 kata dia tidak suka Anwar dan DAP. Sgt jelas tapi puak #K3 DAP tetap mencium bontotnya. Kenapa? Sehingga sekarang PT95 hanya mencabar disiarkan rakaman penuh audio itu TANPA sekali pun menafikan yang dia benci Anwar dan DAP. Sembang KARI tak ingat MATI.

7) Buat anai-anai PANtuk dan #K3, sejarah akan mengukirkan dan memahatkan pengkhianatan mereka terhadap DSAI, PH dan rakyat yang mengundi PH bagi melaksanakan agenda REFORM.

8) Dalam segala "lakonan" dia hari ini PT95 adalah makhluk paling gumbira di atas planet ini ditambah pula anai2 PANtuk dan #K3 sanggup menjadi bidak-budak catur bagi terus menghalang DSAI jadi PM dan menjahanamkan muafakat dlm PH. Zahid Mat Arip bukanlah satu-satunya tokoh yang membongkarkan perbuatan OT95 malangnya #K3 dalam Amanah dan DAP tetap berada dlm DENIAL SYNDROME. Sampai bila? Mgkin juga sehingga parti-parti pembangkang alami byk kekalahan di PRU15.

Wallahualam.

- Zus Din
08 September 2020


Hadiah daripada Perikatan Nasional kepada seluruh Rakyat Malaysia.



SAIFUDDIN NASUTION





Hadiah daripada Perikatan Nasional kepada seluruh Rakyat Malaysia.
Semasa YB

menjadi Menteri KKMM, Kerajaan PH telah mengurangkan harga internet sehingga separuh dan pada masa yang sama, meningkatkan kadar kelajuan internet sehingga dua kali ganda.

Timbalan Menteri KKMM Perikatan Nasional pula mahu mengenakan cukai baharu terhadap Rakyat semasa Negara dilanda pandemik.

Tahniah.



HARI TU DABIK DADA KATA BOLEH KAWAL



RINA HAMZAH


Bukankah menteri-menteri  PN aritu mendabik dada katanya dengan adanya kerajaan PN pandemik COVID-19 akan segera pulih dalam jangkamasa terdekat. Kenapa sekarang tiba-tiba melonjak balik seperti bakal wujud gelombang baru seperti jangkaan KKM baru-baru ini ?

Adakah kerajaan akan melaksanakan semula PKP setelah hari ni kes baru Covid-19 telah melonjak 100 kes..
ADAKAH RAKYAT SUDAH BERSEDIA?
Sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi..
Rujuk:

Bukankah menteri² PN aritu mendabik dada katanya dgn adanya kerajaan PN pandemik COVID-19 akan segera pulih dlm jangkamasa terdekat. Kenapa skrg tiba² melonjak balik spt bakal wujud gelombang baru spt jangkaan KKM baru² ini ?
Adakah kerajaan akan melaksanakan semula PKP setelah hari ni kes baru Covid-19 telah melonjak 100 kes..
ADAKAH RAKYAT SUDAH BERSEDIA?
Sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi..

KANTOI DAH..




Mohd Affendy Abas

Kantoi dah! Kah³

Image may contain: 1 person, text that says "GLOBAL UNIVERSITY globaluniversity.edu/ nformation Academics Re Theology ChristianEducation Church Ministries Request.information BACHELORS BA Bible nd Theology Intercultural Studies ChristianEducation Dalam banyak-banyak banyak universiti untuk 'fake degree', UNIVERSITI MUBALIGH KRISTIAN juga jadi pilihan Zahidi pengajian untuk Master Business Administration'. MENU BERNAMA RADIO BERNAMA Berikut GU GANG UTARA biografi Zahidi Zainul Abidin: Zainui Datuk Pedidikan: ljazah Pentadbiran Perniagaan (MBA), Northen University, Syanikat Semua kursus dari sijil hingga Sarjana Muda adalah berkaitan agama kristian Pendidikan Rujukan: https://globaluniversity.ed Pemuda Bahagian Latihan Pemuda Malaysia Pelajar UMNO Antarabangsa Biro.Antarabangsa UMNO"






Fake degree dah satu hal. Tapi dalam banyak-banyak universiti, GLOBAL UNIVERSITY, Northen California jugak pilihan dia.

Padahal Global University ni tak ada pengajian dalam MBA (Master in Business Administration), sebaliknya, jika dirujuk kepada websitenya di https://globaluniversity.edu, jurusan yang ditawarkan hanya dalam bidang BIBLE dan THEOLOGY (Christian education).

Dalam bahasa lainnya, Global University hanya untuk melahirkan paderi dan pastor kristian!

Mungkin universiti betul, degree yang di fake kan kot. Kot laaaaa...



26 POSTING . LAGI BERITA MENYUSUL






SILA TEKAN > UNTUK BERITA AWAL PAGI

Musa Aman kalah lagi, mahkamah tolak rayuan gantung bubar Dun

Yayasan Sabah tuntut RM872 juta daripada Musa Aman

Tiga penal Hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara hari ini menolak rayuan Tan Sri Musa Aman bersama 32 ADUN bagi menggantung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan dari pihak Tan Sri Musa Aman, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Istana Kehakiman di sini.
Panel yang turut disertai Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Supang Lian menetapkan keputusan itu selepas bersidang selama dua hari, bermula Isnin.
Sebelum ini, Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim menolak permohonan 33 Adun untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Yang Dipertua Negeri membubarkan DUN pada 30 Julai.
Shim menetapkan bahawa responden kedua dalam kes itu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bertindak menurut Perlembagaan Sabah dalam memohon responden pertama, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, membubarkan DUN.
Menurutnya pengisytiharan pembubaran DUN itu juga adalah mengikut perlembagaan dan sah.

Bersatu lantik Azmin, Zuraida Ahli Majlis Tertinggi

Bersatu lantik Azmin, Zuraida Ahli Majlis Tertinggi

Presiden PPBM Muhyiddin Yassin melantik ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin sebagai ahli majlis pimpinan tertinggi (MPT) parti itu.
Setiausaha Agung PPBM Hamzah Zainudin berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Redzuan Yusof yang sebelum ini tewas dalam pemilihan parti turut dilantik sebagai ahli MPT.
“Turut diberi kepercayaan oleh Muhyiddin untuk menggalas tugas sama adalah ahli Parlimen Mersing Abdul Latiff Ahmad, bekas exco Selangor Abdul Rashid Asari dan Dr Muhammad Faiz Na’man,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dikekalkan kedudukannya dalam parti sebagai setiausaha agung, manakala Mohamed Salleh Bajuri pula dilantik sebagai bendahari dan Wan Saiful Wan Jan ketua penerangan PPBM.
Muhyiddin turut melantik ketua dan timbalan ketua PPBM negeri, dengan memilih Hamzah sebagai ketua PPBM Perlis, Mohd Suhaimi Abdullah (Kedah), Ahmad Faizal Azumu (Perak dan Pahang) serta Shabudin Yahaya (Pulau Pinang).


Rina Harun hadapi saman muflis

Rina Harun - Wikipedia

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun dilaporkan berhadapan dengan saman muflis selepas berhutang dengan sebuah syarikat produksi filem dan televisyen yang berpusat di Paris sebanyak RM1.9 juta.
Memetik laporan portal twentytwo13, Rina dikatakan membuat pembelian satu rancangan komedi dan dokumentari hampir 10 tahun yang lalu dari syarikat Sarl Novovision yang terkenal dengan tayangan video lucu, dan gagal membuat bayaran untuk kandungan berkenaan.
Untuk rekod, selain Rina sebagai Pengarah syarikat, seorang lagi wanita Ida Rahayu Md Noor juga salah satu pengarahnya dan telah diisytiharkan bankrup pada 5 October 2015.
Sarl Novovision, diwakili oleh Tetuan Chellam Wong iaitu rakan kongsi firma Mark Ho, ketika dihubungi, berkata: “Saya dapat mengesahkan bahawa tindakan undang-undang telah diambil terhadap Menteri itu dan bahawa proses saman muflis telah dimulai.”
“Ada tarikh pendengaran hakim berhubung dengan saman hutang tersebut yang ditetapkan pada 9 September 2020,” tambahnya seperti dipetik portal berkenaan.


Amin Idris teruk kena label kerana kritik Pas

Biodata Amin Idris, Penceramah Motivasi Terkenal | Iluminasi

Bila kritik orang, semua ok

Bila dikritik walaupun menyuarakan suara rakyat, maka DILABEL:
.
1. Pro PH
2. Tidak ikut saluran
3. Tak tabayyun
4. Tak faham isu
5. Tercicir dari jemaah
.
Bila kita buat inisiatif untuk diskusi & jawab soalan rakyat serta FAHAMKAN saya & orang ramai tentang isu, DILABEL:
.
1. Tak beradab
2. Nak cari populariti
3. Pergilah jumpa MB sendiri
4. Sia-sia ikut usrah dan tamrin
5. Perasan pandai
6. Pegawai-pegawai MB dengan sengaja buat tak layan
7. Terbaru, banding-bandingkan follower. (Dia lupa dalam FB ada fungsi ‘insight’ untuk tengok audience, engagement & aktiviti FB)
.
Bila kita nak tolong nasihat orang ramai JANGAN SEBAR gambar yang memfitnah penyokong mereka, DILABEL
.
1. Takder telur
2. Tak cerdik
3. Tak check akaun fake
4. Tak hormat parti Islam
5. Selebriti poyo
.
Cuma nak bagitau:
.
1. Sebab ikut usrah & tamrinlah maka saya belajar jika berani mengkritik maka bersedialah untuk dikritik. Bukan menghentam orang yang mengkritik
.
2. Kalau nak populariti, well this is not the way. Rakyat Selangor & Kelantan (dapat info Pahang pun ada masalah air) banyak tak puashati. Saya suarakan apa luahan saya & mereka sebagai rakyat
.
3. Selama ni kawan-kawan Pas selalu kata tak diberi ruang di media, bila orang media jemput kenapa diam membisu?
.
4. Jumpa MB sendiri? Susah sangatkah berhadapan rakyat & netizen untuk kongsikan apa usaha yang TELAH & AKAN dibuat untuk rakyat. Jawapan itu untuk orang ramai, bukan untuk saya sahaja
.
5. Syukur juga isu ini jadi panas. Kalau tak, masakan pelbagai jawapan dihidang kepada massa. Emm… selama ni kenapa maklumat tak sampai kepada rakyat yer?
.
6. Saya masih percaya ini bukan sikap sebenar MB Kelantan. Tak mustahil disebabkan masalah pegawai-pegawainya yang menyusahkan rakyat untuk mendekati MB
.
7. Saya juga masih percaya kawan-kawan PAS berpegang teguh dengan prinsip POLITIK MATANG & SEJAHTERA
.
JUJUR KATA, keluhan-keluhan netizen tentang masalah air memberi saya kekuatan untuk teruskan topik ini dalam show esok walaupun tidak disenangi golongan politikus.

AMIN IDRIS


Jentera KEADILAN sedia gempur PRN Sabah - Simsudin Sidek



Jentera KEADILAN dilihat sudah bekerja keras dan bersiap siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Simsudin Sidek berkata ia boleh dibuktikan menerusi pertambahan bilangan ahli, persediaan bahan kempen pilihan raya dan strategi parti di media sosial.

"Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14, angka ahli KEADILAN di Sabah dianggarkan sekitar 130,000 tetapi tahun ini bilangan ahli mencecah lebih 174,000. Ini membuktikan KEADILAN Sabah sudah bersedia.

"Bila ahli cukup ramai, KEADILAN sudah separuh kaki menuju kemenangan dan ahlinya pasti mengundi pada PRN nanti," katanya ketika sesi temubual "APA BAH CERITA?" bersama Yahya Sahri.

Simsudin yang juga Ketua Cabang KEADILAN Labuan berkongsikan dengan terperinci mengenai gerak kerja yang dilakukan oleh jentera parti ketika ini.

"Semua bahan-bahan kempen pilihan raya sudah diserahkan kepada cabang-cabang yang dikenal pasti akan bertanding pada PRN kali ini. Bendera juga sudah diserahkan kepada kesemua 26 cabang termasuk Labuan iaitu sebanyak 3,000 bendera.

"Malah, jentera sudah mulakan persiapan sejak 3 bulan lepas dengan mengadakan pelbagai latihan di DUN yang dijangka bertanding.

"Biro latihan juga menyampaikan maklumat kepada cabang-cabang termasuk bakal calon seperti menyediakan latihan kepada jentera bagi menumpukan strategi siber untuk menjawab segala persoalan di media sosial.

"Dengan keadaan wabak COVID-19, kita juga mengutamakan prosedur operasi standard (SOP) ketika berkempen dan ia mesti dipatuhi oleh jentera bagi memastikan soal keselamatan terjaga," katanya.

Justeru, Simsudin menyeru semua rakyat Sabah supaya menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

"Saya merayu kepada rakyat Sabah supaya turun mengundi, ambil tanggungjawab mengundi sebagai hak bersuara.

"Bila mengundi, banyak perkara yang boleh diubah. Jangan sekadar berbincang dan berkata-kata sahaja di media sosial.

"Ini hak kamu, bukan kerana datuk seri suruh kamu mengundi, tapi kamu sendiri tahu apa itu tujuan mengundi dan apa yang undi boleh lakukan.

"Bila mengundi ditunaikan, apa yang kamu mahukan mungkin terlaksana, sekurang-kurangnya ia jadi penentu ke arah kerajaan yang kamu inginkan," katanya.