Pas perlu hentikan politik fitnah, perguna agama, tak hormati wartawan - Fahmi (VIDEO DERIS KOYAK DIDALAM )

 


Pas diminta menghentikan politik yang sering mentohmah parti lawan dengan perkara yang tidak berasas.


Menurut Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan, taktik lapuk Pas itu semakin tidak diyakini oleh rakyat yang kini terbuka kepada pelbagai maklumat.


Katanya, dakwaan terbaharu oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad kononnya PH terkait dengan perjuangan komunis dilihat hanya untuk mengelirukan pengundi di Melaka dan Pas dinasihatkan agar menggunakan taktik yang lebih bermaruah untuk menang pilihan raya


"Kalau kita lihat kenyataan yang dibuat Kamaruzaman ini memang betul betul ditujukan kepada pengundi di Melaka.


"Juga kita dengar di Kedah misalnya berlaku tindakan tidak lagi akan memperbaharui lesen perjudian. Persoalan yang saya pohon pengundi Melaka fikirkan, adakah Pas berniat untuk melakukan perkara yang sama di Melaka kalau Pas pegang kuasa?


"Jadi Pas perlu henti menggunakan agama sebagai gimik politik. Hentilah menyebarkan fitnah dan maklumat palsu," katanya dalam sidang media di Parlimen, tengah hari tadi.


Selain itu, Fahmi turut membacakan beberapa nama pemimpin Pas yang kalah saman fitnah bagi membuktikan parti berkenaan sering menggunakan politik tohmahan dalam perjuangan mereka.


Antara nama yang disebut adalah Hassan Ali yang kalah saman terhadap Khalid Samad pada 2017, Pesuruhjaya Pas Perak kalah saman fitnah terhadap Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ahli Dewan Ulama Pas kalah saman finah terhadap Husam Musa pada 2018 dan terbaharu Mahfuz menang saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah.





Menjawab soalan wartawan mengenai sikap Menteri Agama dari Pas Idris Ahmad yang kasar terhadap wartawan dalam isu polisi tidak menyambung permit premis judi di Kedah, Fahmi mendakwa mungkin itulah 'wajah sebenar' pemimpin Pas yang selama ini tidak kelihatan.


"Saya kesal kenyataan yang dibuat oleh menteri dan timbalan menteri, ini adalah kenyataan yang angkuh dan riak dan tidak sepadan dengan kedudukan agama serta timbalan menteri yang memperjuangkan Islam.


"Bila dengar rakaman audio dia seolah-olah menggunakan kuasa dan kedudukan ke atas wartawan. Mempersoal seakan-akan memperlekehkan kredibiliti wartawan. Saya kenal wartawan ini, dia berdedikasi dan tidak main politik.


"Saya harap Pas akan meninjolkan ketrampilan yang lebih baik, tidak bermain politik. Bagi saya saat itu (insiden memperlekeh) telah menunjukkan kepada rakyat Malaysia wajah sebenar pemimpin bila berkuasa dan berjawatan tinggi.


"Maka kita perlu muhasabah adakah mereka ini seperti yang mereka sebut selama ini atau adakah wajah lain di sebalik kedudukan mereka sekarang," katanya.

 

Larangan kedai judi faktor muncul lebih banyak premis haram, kata Saravanan

 

M Saravanan berkata, secara peribadi beliau turut berpendapat bahawa penutupan kedai judi akan memberi kesan kepada peluang pekerjaan.

PETALING JAYA: Penutupan kedai judi berlesen akan menjadi faktor kemunculan premis judi haram di negara dan juga berisiko menyebabkan masalah pengangguran, kata Menteri Sumber Manusia, M Saravanan.

Saravanan memberi maklum balas berhubung soalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang membangkitkan isu tersebut dengan berkata, secara peribadi beliau turut berpendapat penutupan kedai judi akan memberi kesan kepada peluang pekerjaan.

Namun ujarnya, larangan penutupan kedai judi berlesen yang berlaku di Kedah adalah keputusan kerajaan negeri dan di pihak persekutuan masih belum ada ketetapan untuk mengharamkan premis judi di negara ini.

“Ini tidak akan menghapuskan judi. Judi haram akan muncul sebab kita tidak pernah mengharamkan judi di negara ini, walaupun ada lesen pun masih ada judi haram.

“Apabila kedai judi haram bertambah, kerajaan akan hilang pendapatan daripada cukai,” katanya di Dewan Rakyat.

Rayer mempersoalkan adakah Kementerian Sumber Manusia menyedari bahawa langkah penutupan kedai judi akan memberi impak yang serius memandangkan ramai individu yang beragama Islam dan bukan beragama Islam bekerja di tempat tersebut.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan larangan pengoperasian premis perjudian di negeri itu.

Sanusi berkata, pihak berkuasa tempatan tidak akan memperbaharui lesen premis kedai perjudian sekali gus melarang operasi pengendali nombor ramalan seperti Magnum 4D, Sports Toto dan Damacai.

Dalam pada itu beliau menggesa pengendali kedai perjudian supaya kreatif dan mencari jenis perniagaan lain.

(KEMASKINI) PN guna ‘soalan perangkap’ untuk paksa ADUN Amanah sokong henti kedai nombor ekor?

 

Ketua Pembangkang Kedah, Phahrolrazi Zawawi, berkata, ADUN Amanah di Kedah menyokong rancangan kerajaan PN menghentikan operasi kedai nombor ekor disebabkan ‘soalan perangkap’. (Gambar Facebook)

ALOR SETAR: Perikatan Nasional didakwa menggunakan ‘soalan perangkap’ untuk menyebabkan ADUN Amanah di Kedah menyokong rancangan kerajaan PN menghentikan operasi kedai nombor ekor di Kedah dalam satu pengundian di Dewan Undangan Negeri semalam.

Ketua Pembangkang Kedah, Phahrolrazi Zawawi, difahamkan para ADUN ditanya adakah mereka setuju atau menyokong judi diharamkan dalam usaha penyokong kerajaan cuba menarik sokongan wakil rakyat kepada rancangan pentadbiran Muhammad Sanusi Md Nor itu.

“Kalau ditanya soalan begitu siapa pun sebagai seorang Islam kena bangun menyokong,” kata Phahrolrazi kepada FMT, sedangkan undang-undang Islam lebih terperinci, tambahnya.

“Kenyataan itu terlalu umum…sebenarnya ia perlu pada suatu penjelasan…apakah judi itu boleh diharamkan untuk semua orang? Tidak boleh. Hanya untuk orang Islam sahaja.”

Phahrolrazi berkata dua ADUN Amanah yang bangun selepas ditanya ‘soalan perangkap’ itu akan diminta untuk memberikan penjelasan.

Semalam, Mohd Azam Abdul Samad (PN-Sungai Limau) memberitahu ADUN beragama Islam bahawa mereka harus menyokong langkah PN itu kerana tuhan memerintahkan mereka mencegah kemungkaran.

“Asasnya untuk dapat pahala adalah dengan melaksanakan perkara itu kerana perintah Allah. Jadi saya mengajak ADUN-ADUN semualah yang menyokong tindakan kerajaan negeri ini untuk sama-sama kita bangun bagi kita melahirkan kejituan kita dalam usaha kita ‘amar makruf nahi mungkar’,” katanya.

Semua ADUN pemerintah bangun menyokong langkah itu, serta dua wakil rakyat Amanah, Ismail Salleh (PH-Pengkalan Kundor) dan Mohd Asmirul Anuar Aris (PH-Kubang Rotan).

Di Kedah, PAS mempunyai 15 kerusi dan Bersatu 6. Umno mempunyai 2 kerusi. Amanah pula 4 kerusi, PKR 5, dan DAP 2. Pejuang mempunyai 2 kerusi.

“Soalan-soalan seperti itu tidak dibenarkan kerana ia boleh ‘memerangkap’ ADUN,” kata Phahrolrazi.

Beliau menambah pengundian semalam juga menyalahi peraturan Dewan, kerana hanya Speaker boleh meminta pengundian diadakan.

Malah, Speaker pun tertakluk kepada peraturan yang menetapkan kerajaan atau ADUN mesti membuat usul, yang kemudian perlu dibahas, sebelum undian boleh diadakan.

Undi awal: Agen calon PH DUN Lendu dihalang masuk ke pusat mengundi

 


Pengundian awal hari ini di DUN Lendu dicemari insiden agen calon Pakatan Harapan (PH) dihalang masuk oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM) biar pun telah menunjukkan dokumen dikehendaki


Menurut Calon DUN Lendu, Mohamad Asri Ibrahim, tindakan tidak membenarkan agen calon masuk ke tempat mengundi di Balai Polis Alor Gajah itu dan pengundian diteruskan tanpa agen calon merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.

"Saya calon bertanding di Pilihan Raya Negeri Melaka, DUN Lendu membuat laporan polis terhadap Ketua Tempat Mengundi kerana tidak membenarkan Ejen Tempat Mengundi yang mewakili saya masuk bertugas di pusat mengundi awal, di Balai Polis Masjid Tanah bermula jam 8 pagi.


"Sedangkan agen saya telah membawa dokumen mencukupi, iaitu surat lantikan yang ditandatangani oleh agen atau wakil calon, Borang A atau Borang Sumpah Kerahsiaan yang ditandatangani oleh Pengurus Pilihan Raya dan Pas Ejen Tempat Mengundi.


"Walaupun wakil calon datang memberi penjelasan kelayakan ejen tersebut untuk bertugas namun KTM masih enggan membenarkan. Pengundian tetap diteruskan tanpa agen saya. KTM meminta satu lagi dokumen iaitu surat lantikan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang mana surat itu sebenarnya tidak perlu," katanya


Asri menunjukkan laporan polis KTM tidak membenarkan agen calon masuk ke pusat mengundi awal

Asri menunjukkan laporan polis KTM tidak membenarkan agen calon masuk ke pusat mengundi awal


Sehubungan itu, Asri mendakwa beliau telah dikhianati oleh KTM dan mahu pihak polis melakukan penyiasatan segera serta membawa pihak yang melakukan kesalahan ke muka pengadilan.


"Kita tak mahu SPR jadi alat pihak tertentu untuk mengekalkan kuasa.


"Ini penting untuk SPR ambil sebagai perkara penting kerana proses undi awal ini amat penting kepada pasukan beruniform mempunyai kesedaran, tetapi kalau proses (pengundian) diganggu maka akan terjadi penyelewengan dan sebagainya.


"Saya pun pernah jadi KTM, saya pernah jadi wakil calon. Tolong jangan jadi pekakas dan diperalatkan dengan perkara macam ini. Saya berharap isu ini tidak berlaku pada 20 November nanti," kata Asri lagi.


Dalam pada itu, wakil calon, Rosli Ali yang membuat laporan polis berkenaan insiden terbabit kesal dengan sikap KTM tidak membenarkan agen calon bertugas selepas menunjukkan dokumen yang sah.


"Pada pagi ini kita menghadapi masalah berkenaan petugas kita tidak dibenarkan masuk ke tempat mengundi awal di Balai Polis Masjid Tanah di mana petugas kita mengatakan KTM pegawai SPR tidak membenarkan masuk atas alasan kita tak ada watikah atau kebenaran untuk petugas


"Situasi sama juga berlaku di Depoh Gudang Peluru di Sungai Udang akan tetapi kita telah menyerahkan watikah dan KTM di sana membenarkan PACA kita masuk, tetapi di balas polis ini tidak dibenarkan


"Pagi ini kami membuat laporan polis berkenaan hal tersebut," katanya.


Rumah PPR Kelebang terbengkalai: Tanya Menteri BN jangan salahkan PH - Gue Teck

 

Calon Pakatan Harapan (PH) untuk DUN Kelebang, Gue Teck mengingatkan calon BN, Datuk Lim Ban Hong agar bertanya kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkenaan projek perumahan rakyat (PPR) yang terbengkalai di DUN itu serta tidak menyalahkan kerajaan PH di atas perkara berkenaan.


"Berkenaan Datuk Lim mengatakan rumah PPR adalah kesalahan atau kesilapan kerajaan PH, saya beri sedikit hujah


"Faktanya projek PPR Kelebang ini dijalankan semasa BN berkuasa pada 2016 dan disambung pula pada 2018 oleh PH


"Sebelum PH diambil alih oleh PN ia ditangguh selama 6 bulan. Tetapi selepas PN ambil alih sampai sekarang hampir 20 bulan tiada apa-apa tindakan berlaku kepada projek ini.


"Saya menyeru pihak MCA beritahu penduduk di Kelebang kenapa projek ini terbengkalai semasa pemerintahan PN. Kementerian Perumahan yang bertanggungjawab dan menterinya dari BN, YB Reezal Merican, Ahli Parlimen Kepala Batas.


"Saya harap Datuk Lim boleh tanya menteri BN dan jangan salahkan PH. Ini projek Persekutuan dan bukan projek negeri," katanya dalam sidang media, tengah hari tadi.




Sidang media itu juga, menurut Gue Teck, untuk mengumumkan pelancaran kempen stiker PH di motorsikal


Katanya, kempen itu adalah untuk menyampaikan mesej kepada pengundi yang tidak boleh dilakukan seperti biasa kerana larangan berceramah yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Berkenaan pertanyaan pengundi mengenai Prosedur Operasi Piawai (SOP) keluar mengundi yang ketat, Gue Teck menasihatkan mereka agar tidak khuatir kerana SPR telah bersedia menguruskan pengundi pengundi pada 20 November ini.


"Baru-baru ini terdapat banyak panggilan telefon dari orang ramai berkenaan hari menundi. Mereka bimbang dengan pandemik yang melanda Melaka masih belum reda, maka kita bimbang peratusan mengundi tidak tinggi berbanding PRU.


"Pada masa sama banyak pengundi Melaka yang bekerja di Singapura tidak dapat balik menundi. Maka sekiranya orang tempatan juga tak ambil berat maka memang akan menjejaskan peratusan mengundi.


"Kita juga difahamkan SPR mengambil berat (SOP) hal ini. SPR juga mengambil langlah sepatutnya, di mana jika pengundi bersuhu 37.5 atau ada selsema dan batuk-batuk mereka akan diasingkan ke bilik khas mengundi.


"Kedua, kalau kita buat carian di google kita boleh dapat masa mengundi digalakkan SPR pada pukul 10 hingga 12 tetapi bukan bermaksa selepas itu tidak boleh mengundi. Itu adalah masa terbaikyang disyorkan


"Saya juga difahamkan semua pengundi diberi sarung tangan untuk jaga keselamatan. Maka saya menyeru orang ramai agar keluar mengundi beramai-ramai," katanya lagi


Pada sidang media yang dipengerusikan oleh ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing itu juga diperkenalkan seorang anak muda Young Jie Yu (gambar, kanan) yang bekerja di Singapura dan mengambil keputusan untuk bercuti agak panjang demi tidak terlepas peluang mengundi yang menentukan masa depan Melaka.


Young menyeru anak rantau Melaka yang bekerja di luar negeri agar pulang pada 20 November menunaikan tanggungjawab masing masing.




VIDEO PENDEK PRN MELAKA CARA MODEN ROMPAK DUIT


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : MUSA HITAM


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : JANGAN UNDI PN


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : ANWAR BERSAMA CALON


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : KAYUHAN BERSAMA CALON


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA :: HARAM KATAK !!!


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : KEBOCORAN PUNCA RASUAH BANYAK


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : BANYAK KALI DAH CAKAP TAK SERUPA BIKIN


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : PILIHLAH YANG TAK ADA MUDARAT


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : NAK MAKAN PASIR UNDI PN BN


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : KAH.KAH..KAYAKAN JIRAN -APA PUNYA DASAR MERAPU ANNUAR MUSA


 

PEMIMPIN DAPAT BILLION..WALUNCAI DAPAT APA ???


 

PEMIMPIN dapat BILLION.

Please Share

More @ www.zunar.my

OLEH KERANA DIA SOMBONG DAN ANGKUH- AKU SERU SEMUA WARTAWAN BOIKOT MENTERI AGAMA NI DENGAN MENYOAL APA SAHAJA YANG BERKAITAN DENGAN AGAMA SETIAP KALI JUMPA DIA,,,

 


Bongkak! Menteri Agama enggan minta maaf kepada wartawan wanita

Bongkak! Menteri Agama enggan minta maaf kepada wartawan wanita

Naib Presiden PAS Idris Ahmad menolak “nasihat” supaya memohon maaf kepada seorang wartawan, sebaliknya memberitahu Dewan Rakyat beliau tidak melakukan sebarang provokasi terhadap petugas media itu.

“Walaupun ini perkara luar konteks, saya rasa, pada saya, tiada unsur bersifat provokasi pun,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu pada sidang Parlimen petang tadi.

Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar daripada Pakatan Harapan (PH) menggesa Idris dan Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim memohon maaf kerana dikatakan menggunakan kata-kata kasar terhadap wartawan FMT, Minderjeet Kaur semalam.

Awang adalah Ahli Parlimen Pendang daripada PAS.

Sivakumar berkata, wartawan FMT itu tidak sepatutnya dilayan sebegitu kerana bertanya isu penutupan kedai judi nombor ekor di Kedah dan impaknya ke atas hak bukan Muslim.

“Saya rasa perkara seperti itu perlu dielakkan sebab wartawan itu menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Dia nak tahu apakah sebab kerajaan Kedah mahu menutup semua kedai-kedai nombor. Jadi, tidak salah untuk wartawan itu bertanya seperti ini.

“Saya minta kepada YB menteri dan juga kepada timbalan menteri (Awang Hashim) supaya memohon maaf kepada beliau dan juga keluarganya secara terbuka,” katanya dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun Idris tidak berbuat demikian, sebaliknya berkata, beliau tidak melakukan sebarang provokasi.

Semalam, apabila ditanya mengenai isu penutupan kedai judi nombor ekor di Kedah oleh Minderjeet, Idris membalas dengan bertanya “You setuju ke kalau suami you kaki judi?”.

Minderjeet mengingatkan menteri itu bahawa isu berkenaan bukan mengenai keluarganya.

Idris enggan menjawab sebarang soalan lanjut selagi wartawan FMT itu tidak menjawab soalannya.

Beberapa kumpulan advokasi media dan ahli politik hari ini membidas dua pemimpin PAS itu kerana bersikap bermusuh terhadap wartawan yang hanya menjalankan tugasnya.

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Farah Marshita Abdul Patah berkata, kesatuan itu tidak berpuas hati dengan tindakan beberapa pemimpin dan ahli politik seperti pemimpin PAS berkenaan yang “membuli wartawan ketika menjalankan tugas”.

Dalam temu bual kontroversi itu, Awang turut mencelah dan beberapa kali berkeras mahukan Minderjeet bertanya soalan dalam Bahasa Melayu, malah secara sinis bertanya sama ada wartawan itu warga Malaysia.

Sivakumar berkata, penggunaan kata-kata kasar terhadap wartawan tidak harus berlaku walaupun dia “faham” kenapa kerajaan pimpinan PAS di Kedah mengumumkan tidak lagi akan memperbaharui lesen perniagaan kedai nombor ekor.

“Saya faham ini adalah niat PAS untuk meraih undi pilihan raya negeri Melaka. Itu adalah strategi tetapi cara YB menteri menangani isu ini dengan mengadakan konfrontasi dengan bahasa kasar terhadap wartawan wanita itu tidak baik,” katanya, seperti dilaporkan FMT.

JAHANAM MALAYSIA

May be an image of text that says "Flows of Inward Foreign Direct Investment (FDI) to ASI 1 8 2 9 YEAR 3 HOST COUNTRY Brunei Darussalam 2017 4 2010 Cambodia 460.15 2 625.39 5 2 788.06 Indonesia 6 782.55 Lao PDR 20 579.22 7 13 770.19 1 695.38 Malaysia 8 332.59 9 295.79 Myanmar 9 9 155.88 4 002.43 Philippines 2 248.79 10 Singapore 10 256.44 1 298.00 11 Thailand 84 685.10 57 460.60 2 Viet Nam 8 285.17 14746.67 14 099.98 8 000.00"

May be an image of text that says "GDP growth (annual %)- Malaysia World Bank national accounts data, and OECD National Accounts data files. License CC BY-4.0 Line Bar Also Show Map Share Details LABEL MALAYSIA 1988 2018"


1. Kita telah lalui 4 Kerajaan dalam masa kurang 5 tahun: BN, PH, PN dan PN+/BN+ (nama belum ditentukan).
2. Propaganda politik yang kuat dicanang sekarang adalah negara jahanam dalam 22 bulan PH memerintah. Katanya ekonomi merudum, pelabur lari dan rakyat sengsara.
3. Jangan kita senang lenang termakan propaganda. Oleh itu, mari kita semak fakta dan data yang ada:
Dalam 22 bulan PH memerintah dari bulan May 2018- Feb 2020, ini merupakan indikator ekonomi negara:
i. KDNK negara NAIK pada tahun 2019 pada kadar USD365b berbanding tahun 2017 bila BN memerintah iaitu pada USD319b.
ii. KDNK PER KAPITA juga turut MENINGKAT dengan signifikan pada tahun 2019 berbanding 2018 dan 2017. Tahun 2019: RM11,414 berbanding tahun 2017: RM10,259 per kapita.
iii. RIZAB TUNAI NEGARA turut BERTAMBAH iaitu pada RM104b (2019) berbanding RM102b (2017). Ini bermakna simpanan wang tunai negara oleh BNM lebih baik di bawah PH.
iv. NILAI EKSPORT NEGARA juga MENINGKAT dua tahun berturut-turut berbanding tahun 2017. Nilai eksport negara pada tahun 2018 ialah USD 246b dan tahun 2019: USD238b, berbanding 2017: USD223b.
Ini bermakna barang buatan Malaysia dieksport lebih banyak di bawah PH.
v. KADAR PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI) y.o.y pada tahun 2018 ke 2019 juga MENINGKAT. Berbanding kadar FDI y.o.y 2016 ke 2017 (BN) yang menurun dengan banyak semasa tahun2 terakhir BN memerintah.
vi. KADAR INDEKS PENGGUNA (CPI) juga BERTAMBAH BAIK pada nilai 0.66 (2019) berbanding 3.39 (2017). Ini menunjukan harga barang stabil dan kuasa beli rakyat bertambah dengan signifikan ketika PH memerintah negara.
4. Ini merupakan fakta dan data yang saya ambil dari laporan World Bank dan bukan dari blog cap ayam. Bagi yang rajin boleh semak sendiri dan sahkan atau betulkan data yang diberi.
5. Data dan fakta tidak menipu tuan puan. 6 indikator di atas jelas menunjukkan ekonomi negara berada atas landasan yang betul ketika PH memerintah negara. Rakyat terjaga dan pelabur asing makin meyakini pentadbiran negara pada ketika itu.
6. Ini juga boleh dilihat dengan pelbagai pengiktirafan dalam indeks antarabangsa:
i. Indeks Persepsi Rasuah, kedudukan negara adalah yang terbaik dalam masa 10 tahun iaitu pada tangga ke-51 pada tahun 2019, berbanding tangga ke-67 (2017) dan tangga ke-57 (2020).
ii. Ease of Doing Business tangga ke-12 (2019) berbanding tangga ke-24 (2017).
iii. Indeks Kebebasan Media tangga ke-123 (2019) berbanding tangga ke-144 (2017).
iv. Indeks Kedamaian Antarabangsa tangga ke-25 (2019) daripada tangga 35 (2017).
v. Indeks Kesejahtera Antarabangsa: tangga ke- 42 (2019) berbanding tangga ke-41 (2017)
7. Kecuali Competitive Index yang turun pada tahun 2019, indeks2 antarabangsa yang lain meningkat dengan baik sepanjang 22 bulan di bawah PH.
8. Jadi saya tak paham mana datang negara jahanam ketika PH memerintah?
9. Kalau betul nak tahu jahanam ke tak negara, cuba tanyakan Kerajaan sebelumnya.
10. Kenapa 1MDB yang dikata fitnah, namun negara masih menanggung hutangnya sebanyak RM32b? Kenapa tanah rizab Melayu hanya tinggal 12% ketika tahun 2018? Kenapa ekuiti rakyat tempatan menurun dengan banyak pada tahun 2015 berbanding tahun 1990-an? Yang meningkat ekuiti asing pula.
11. Kenapa eksport barang buatan negara dan FDI makin menurun pada tahun2 terakhir BN memerintah 2014-2017? Yang lebih menyedihkan, kenapa sejak tahun 2015, Thailand dan Vietnam meninggalkan kita dalam banyak perkara? Dan Indonesia sekarang bila2 masa boleh potong kita.
12. Yang paling afdal untuk ditanya, kenapa ketika BN memerintah Malaysia, dunia menggelarkan kita Kerajaan Kleptokrat terteruk dalam sejarah dunia?
13. Kalau semua ini tak menjahanamkan negara, saya tak tahu apa pula. Nampak sangat propaganda dibuat untuk menutup dosa mereka kepada negara.
Wallahu a’alam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki






+2

ALAAAA...TAK PAYAH NAK COVER SANGATLAH.....MANA SAMA YANG BERPENDIDIKAN WALAU RAKYAT BIASA DENGAN YANG KURANG BERPENDIDIKAN...WALAU TAK JADI MB. KAN DULU MENTERI UNDANG UNDANG LEBIH KURANG SAJA PERANGAINYA

 


Derhaka! Pemuda Pas mohon maaf pada TMJ bagi pihak MB Kedah


Derhaka! Pemuda Pas mohon maaf pada TMJ bagi pihak MB Kedah



Gara-gara sikap “nakal” Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang mengusik pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Pemuda PAS negeri itu memohon maaf kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ia susulan “percakaran” di media sosial antara Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu.

Ketua Pemuda PAS Johor, Ahmad Nawfal Mahfodz, berkata pihaknya maklum perlawanan yang berlangsung antara pasukan JDT dengan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Nawfal berkata, pihaknya mengambil maklum berlaku salah faham dikhuatiri berpunca kekhilafan laras bahasa digunakan Sanusi kepada TMJ lantaran teguran diberikan merujuk kepada isu tunggakan gaji staf dan pemain KDA FC, menurut laporan Kosmo.

“Tanpa niat menderhaka, kami percaya bahawa beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Menteri Besar Kedah hanya membangkitkan semangat kesukanan, bukan atas dasar kepentingan peribadi.

“Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor dengan rendah hati ingin merafak sembah ampun kepada Tunku Mahkota Johor di atas kekhilafan yang berlaku,” katanya.

BIADAP....

 


Walaupun diejek, TMJ hantar buah tangan pada Sanusi


Walaupun diejek, TMJ hantar buah tangan pada Sanusi



Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengirimkan bunga dan makanan segera, McDonald’s kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Buah tangan itu sebagai respon balas susulan kenyataan Muhammad Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengejek pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) berhubung soal diet.

“No diet? One way to keep a Clown happy. McDonalds…Always work. (Tidak diet? Dalam perjalanan untuk Badut gembira. McDonalds sentiasa berfungsi,”tulis baginda menerusi Instastories miliknya hari ini, menurut laporan Kosmo.

TTerdahulu, Muhammad Sanusi mengusik TMJ menerusi media sosial selepas JDT terikat seri tanpa jaringan ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman, Kedah semalam.

“Diet sakan pun tak leh menang jugak… tertomos (tertumus) pulak…adeh!!,”tulis Muhammad Sanusi.

‘Percakaran’ dua figura ini tercetus selepas Tunku Ismail menegur pengurusan KDA FC yang didakwa lewat membayar gaji pemain Helang Merah.