TYT beri isyarat minta rakyat Melaka beri peluang kepada PH?

 


Oleh MOHD SAYUTI OMAR / November 16, 2021

Bekas Tuan Yang Dipertua Melaka Khalil Yaacob hadir di suatu majlis yang turut ada sama calon Pakatan Harapan (PH) di Tanjung Dahan Kuala Linggi disifatkan sebagai suatu yang positif buat PH oleh Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.

Katanya, kebersamaan Khalil itu membawa perkembangan positif dan memberi peluang cerah untuk Adly Zahari menjadi Ketua Menteri.

Ya, agak sedikit pelik dengan telatah bekas Menteri Besar Pahang dan pemimpin veteran Umno itu. Apakah yang beliau hendak pamerkan dengan keberadaanya di majlis PH itu?

Apakah ia merupakan isyarat Khalil yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu meminta rakyat Melaka memberi peluang kepada PH untuk memerintah Melaka sekali lagi bagi meneruskan agenda kerajaanya yang ditumbangkan oleh PN dan BN?

Sebagai rekod, semasa Adly menjadi Ketua Menteri Melaka tempoh hari beliau mengangkat sumpah memegang jawatan di hadapan Khalil Yaacob yang menjadi TYT.

Mungkin Khalil dapat merasakan keberkesanan Adly Ketua Menteri tempoh hari.

 

No comments: