SUKAR UNTUK KALI INI.


HAMDAN TAHA


 PRN melaka adalah sangat menarik buat saya kerana kali pertama berlaku dalam keadaan kempen yang sebenarnya memberi peluang kepada semua calun di sebabkan sop yang di syaratkan oleh KKM dan SPR

Ikut pengalaman sahabat yang duduk sana dari hari pernamaan calun lagi sangat menguja saya mendengarnya dan rakyat nampak telah cukup matang dan bermaklumat kerana cara rakyat melaka menerima sesiapa saja berkempen dengan keadaan tersenyum dan terbuka
Berbeza dengan pru tahun 99 yang saya lalui dan prk lunas pada tahun 2000 yang melihatkan dengan jelas pengundi berpihak dan memihak. Pengalaman saya bertanding dalam pilihanraya ketika berkempen saya sudah dapat merasakan sama ada di terima atau di tolak. Masa itu india dan cina menyokong BN dengan kuat dan melayu pula terbagi dua sokong dan tidak. Ketika saya cuba mendekati pengundi cina di pasar saya sudah tahu mereka menolak saya,jelas dari segi raut wajah dan tak berminat untuk bersalam dan sebagainya....
Begitu juga penyokong kuat sesuatu tempat melayu yang totok umno masa itu saya solat di masjid atau surau saya telah nampak dengan jelas sikap jawatankuasa surau atau masjid tersebut. Menariknya waktu itu kami tak dapat sokongan orang cina dan india tetapi saya calun keadilan di lihat enti melayu dan ejen asing juga ejen kepada cina....masa tu lagi dah ejen pada cina ni sudah ada walaupun saya di sokong oleh melayu lebih kuat berbading dengan bukan melayu
Tapi kali ini di melaka rakyat dah bijak siapa datang mereka terima secara terbuka dan tunjukan sikap menerima. Mereka boleh terima calun BN dan PN dan PH termasuk Bebas dan Putra....dengan sikap rakyat ini membuktikan sukar untuk di ramal siapa yang menang. Seorang teman saya dari pkr sebut dia terkejut kerana mak cik dan pak cik pakcik pada pru 14 nak di dekati oleh PH pun susah tak di layan dan siap kena marah lagi jika mereka datang kali ini sikap berbeza mereka terima saja siapa datang...dan ramai juga meluahkan tak berpihak mana mana calun dan parti kerana meluat dan tak mau keluar mengundi...ambil sikap tak perduli....
Tg bidara tempat kuat umno pada pru ke 14 kali ini nampaknya sukar untuk di ramal bahawa umno akan menang mudah. Calun dari umno berdepan dengan penolakan dari orang kampung kerana dia di serang cukup kuat dari semua sudut. Lebih menarik lagi dalaman umno juga berbisik bisik sikap beliau yang serba tak kena. Bagi saya kali ni rakyat juga nampaknya ambil peduli tentang calun bukan lagi terus pejam mata mengundi atas nama lambang....ini memberikan peluang sama rata kepada sesiapa saja tetapi tetap ada kelebihan pada umno kerana faktor jentera yang kuat,tersusun dan berada di semua tempat...m
Semalam LKS buat ugutan kepada Pengerusi SPR bahawa jika peratus keluar mengundi di bawah 50 peratus LKS mengugut Pertangungjawapan dari SPR kononnya gagal menarik pengundi keluar mengundi. Bacaan saya kenyataan LKS itu satu tanda yang mana PH terutama DAP sedang bergelut untuk menang ke semua 8 dun yang mereka pertandingkan. Untuk PH menang mereka memerlukan limpahan pengundi luar dan wajib peratus keluar mengundi di atas 75 peratus,baru PH ada harapan besar untuk menang 16 ke 18 kerusi...tapi jika sekitar 50 peratus atau di abqah 60 peratus Dap pun susah nak kekalkan 8 kerusi mereka....
Saya pula melihat bukan saja pengundi luar bermasalah tetapi pengundi tempatan pun ramai yang setakat hari ini mengambil sikap tal mau keluar mengundi jika mereka bukan ahli parti ini juga bahaya buat BN dan PN juga PH....dan kali ini ada juga yang bersedia mengundi tapi nak bagi kepada calun Bebas...ini juga akan mempengaruhi kemenangan calun...
Bagi saya hari khamis,jumaat adalah penentu kepada kemenangan calun. Mana parti yang lengkap jentera perayu undi dan berjaya membawa keluar pengundi putih parti masing masing seramai yang boleh maka parti itu yang akan menang. Kecuali kawasan pengundi bandar yang tak perlukan perayu kerana cina cina nampaknya sudah ada pilihan tapi walaupun begitu pengundi cina dari luar melaka di perlukan untuk memenangkan PH .....siapa yang ada jentera kenderaan dan perayu rumah ke rumah kuat itu lah yang akan menang.....
Pemgundi luar pula jika masing masing parti dapat kenal pasti mereka dan gunakan jentera masing masing untuk memujuk tidak juga saya terkejut mereka akan balik tetapi yang tinggal di KL tapi yang tinggal di singapore,atau utara atau pantai timur nampaknya susah nak pujuk mereka pulang...
Apa pun setakat hari ini masing masing calun telah tahu jumlah undi yang mereka boleh dapat dan yang perlu mereka cari....bilik gerakan masing masing dah ada keputusan awal....dan mereka masing masing dah tau nak buat apa....pengalaman itu ada kelebihan pada UMNO dan Pas....
Tapi saya belum nampak Azmin Ali dan Zuraidah atau pun geng bekas PKR berkempen di melaka secara team.....puak puak ini nampak belum mengorak langkah lagi....tak tahu kenapa....tapi sepatutnya mereka bertugas di tempat PKR dan Dap kuat....untuk memastikan PN menang.....nampak macam jentera PN juga ada masalah....barangkali calun calun geng azmin ali tak ada seorang pun yang berjaya di tampilkan menjadi calun PN....ini agak mengejutkan saya....jadi serangan terhadap PH kurang kuat dari pihak PN...tapi serangan PH pula kuat terhadap PN walaupun modal tetap membelasah BN.


No comments: