PRU UNTUK MENUKAR KERAJAAN. BUKAN MEMILIH PM BARU.



Daripada semasa ke semasa, bila-bila saja isu peralihan kuasa timbul menjadi bahan perdebatan, tidak kurang yang menyarankan agar Perdana Menteri mengadakan pilihanraya umum atau PRU bagi tujuan itu.
Terutama daripada pembangkang, mereka ternampak ghairah benar dengan melihat hanya PRU saja merupakan satu-satunya penyelesaian untuk menentukan siapa Perdana Menteri selepas Tun Mahathir Mohamad.
Kata mereka, oleh kerana sehingga sekarangTun Mahathir masih tidak menetapkan tarikh untuk peralihan kuasa dan ia ditafsirkan sebagai keengganan menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim, maka mengadakan PRU adalah pilihan terbaik ke arah itu.
Oleh kerana pembangkang bertalu-talu dan tanpa jemu membuat saranan itu, kadangkala pemimpin PH sendiri, terutama yang anti, benci dan dengki kepada Anwar, turut terikut-ikut setuju dengan perkara itu.
Mereka seterusnya berhujah bahawa apabila Tun Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri selepas PRU14 lalu, ia adalah untuk tempoh sehingga habis penggal dan bukannya bagi jangka masa dua tahun saia.
Lalu, mereka pun bertempik agar Tun Mahathir terus memegang jawatan Perdana Menteri sehingga PRU15 akan datang, seolah-olah mereka lupa kepada konsensus PH berhubung peralihan kuasa serta janji Tun Mahathir sendiri yang mahu memegang kuasa selama dua tahun dan melakukan penyerahan kuasa sebelum tibanya PRU15.
Sebenarnya keyakinan mereka jika PRU diadakan tanpa menunaikan janji peralihan kuasa, maka PH akan berpecah, seterusnya akan kalah dan melepaslah peluang Anwar menjadi Perdana Menteri.
Bagi golongan yang anti, benci dan dengki terhadap Anwar, tidak kira daripada pembangkang atau PH, itulah kepuasan sebenar dalam perjuangan mereka.
Dalam hal ini, harus disedari bahawa isu peralihan kuasa adalah hal dalaman PH yang perlu diselesaikan tanpa melibatkan rakyat atau pengundi melalui PRU.
Tugas rakyat atau kuasa pengundi melalui PRU ialah untuk menukar atau mengekalkan kerajaan dan perkara itu sudah pun dilakukan dalam PRU14 lalu, manakala melakukan pertukaran Perdana Menteri adalah hal PH yang sudah pun berjaya menjadi kerajaan.
Pertukaran atau peralihan kuasa itu boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa menunggu PRU diadakan sebagaimana Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri pada 1981 dahulu, Tun Abdullah Badawi pada 2003 dan Najib Razak pada 2009.
Hanya apabila Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali kedua pada 2018 lalu saja melalui PRU, tetapi ia berlaku bersekali dengan pertukaran kerajaan.
Maka itu, di mana perlunya Anwar menjadi Perdana Menteri melalui PRU terlebih dahulu?
Lagi pun, konsensus sudah ada dan calon PM8 juga sudah ditetapkan.
Kita bukannya seperti Amerika atau Indonesia yang hanya melalui PRU saja baru boleh memperolehi seorang ketua kerajaan yang baru.
Apabila rakyat memenangkan PH yang menggunakan logo PKR dalam PRU14 lalu, bermakna pengundi bukan saja ingin melihat BN tumbang, malah mereka juga mahu Anwar menjadi Perdana Menteri seterusnya selepas Tun Mahathir sebagaimana perkara itu telah dikonsensuskan sebelumnya lagi.
Ini kerana PKR yang mewakili PH ketika PRU14 itu adalah parti yang diasaskan oleh Anwar berdasarkan semangat perjuangan reformasi yang dibangkit dan dipeloporinya.
Maka itu, keperluan menunggu PRU untuk melihat Anwar menjadi Perdana Menteri adalah terkeluar daripada perjanjian yang telah disepakati oleh PH, malah beliau seharusnya diberi ruang yang mencukupi untuk mengepalai kerajaan bagi menghadapi PRU15 nanti. (ShahbudinHusin 24/12/2019)

NASIB HAYAT POLITIK BARU BIAN UMPAMA NASIB @AzminAli DI TANGAN...



Kenyataan berani mati Baru Bian pada 20 Julai sebagaimana dilaporkan berita bahawa "Saya tak tanda tangan dan tidak akan memeterainya," katanya, lapor The Star dalam keadaan majoriti ketua cabang dan pimpinan PKR menyatakan sokongan terhadap presiden Parti PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Anwar) adalah satu kenyataan biadap.

Walaupun selepas itu, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) menukar nada kepada menyokong Presiden dan Timbalan sebagai langkah “play safe”, umum mengetahui bahawa Baru Bian sudah mulai naik tocang selepas memegang jawatan sebagai pengerusi perhubungan negeri Sarawak bagi PKR.

Ini pun berlaku selepas tular bahawa kumpulan yang menyokong Rafizi (yang kuat menyokong Presiden) dan diketuai oleh Iswardy Morni dan Larry Sng akan membuat satu kenyataan akhbar menyatakan sokongan secara terbuka kepada Presiden PKR.

Menyedari desakan ini, MPN secara tergesa-gesa mendapatkan tandatangan ketua-ketua cabang dalam masa sehari sehingga ada ketua cabang dan nama tertera yang di dalam surat tersebut, menurut satu sumber, sebenarnya tidak pernah bersetuju menandatangani apa-apa dokumen sokongan kepada Presiden dan Timbalan Presiden.

Apa yang ramai tidak ketahui ialah Baru Bian dan konco-konconya sudah lama meninggalkan pimpinan di bawah Anwar semenjak PKR di bawah pentadbiran isteri Anwar, Dato’ Seri Dr Wan Azizah (Wan Azizah). Semenjak dipenjarakan di bawah tuduhan liwat pada 2015, dan selepas pemilihan parti 2014, PKR dipimpin oleh Wan Azizah bagi menggantikan tempat suaminya.

Konflik terbesar bermula apabila Azmin menujuk belang apabila berkomplot dengan Pas bagi menaikkan dirinya menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan mengenepikan keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR bagi melantik Wan Azizah selaku Menteri besar.

Dengan menggunakan pengaruh Istana dan sokongan Pas, Azmin menggunakan pintu belakang bagi menjadi Menteri besar.

MENGAPA AZMIN DAN BARU MERASAKAN MEREKA AKAN BERKUASA

Pemenjaraan Anwar di bawah akta 377B Kanun Keseksaan menyebabkan Anwar akan kehilangan hak untuk bertanding lagi sebagai seorang Ahli Parlimen apatah lagi menjadi Perdana Menteri seperti yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara 41 Fasal 1(e).

Perkara inilah yang menjadikan Azmin merasakan bahawa tidak ada orang lain lagi yang layak menjadi Presiden dan sekaligus bakal perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat pada ketika itu memenangi Putrajaya.

Beliau dan konco-konconya tidak nampak bahawa Wan Azizah mampu melawan gerombolan kekuatan Azmin, dengan percaturan bahawa Zuraida dan Baru Bian yang akan mengambil alih kuasa Wan Azizah dalam pemilihan parti yang dijangka berlaku sekitar 2017 atau 2018.

Malah Baru Bian telah merancang untuk memohon agar Sarawak diberikan kuasa autonomi seperti DAP Sarawak yang berhak menentukan hala tuju politik mereka sendiri tanpa perlu merujuk keputusan dari pusat.

Ini yang disebut-sebut dan dimahukan oleh Baru Bian dan konco-konconya dan demi memastikan perkara ini berlaku, mereka perlu terus bersama dengan Azmin dan bukan Wan Azizah.

Ini terbukti jelas dalam pilihanraya Negeri Sarawak pada 2016 apabila arahan presiden satu demi satu dilanggar. Tian Chua dan Xavier Jayakumar selaku perancang kerusi dan Baru Bian dan Azmin selaku ketua yang meluluskan, meletakkan calon-calon yang tidak berkemampuan dan berkelayakan pada pilihanraya ini.

Apa yang lebih teruk, arahan presiden agar tidak berlaku pertembungan dengan DAP tidak diendahkan apabila Xavier menolak permintaan DAP bagi memberikan Dun Batu Kitang dengan tukaran beberapa Kawasan yang lain.

Akhirnya, berlaku pertembungan 3 penjuru dengan DAP di 6 kawasan yang kita ketahui menjadi sejarah kekalahan terburuk kepada DAP. Walaupun begitu, pasukan Baru Bian dimalukan oleh DAP di Batu Kitang apabila wakil Cina PKR hilang deposit dengan wakil Melayu DAP di kawasan yang 59% Cina, 22% lain-lain dan hanya 10% Melayu.

Inilah kesan akibat kesombongan pimpinan Baru Bian terhadap presiden parti diserlahkan dengan hilang deposit Voon Shiak Ni di kawasan “mudah” untuk Pakatan Rakyat pada waktu itu menang sekiranya tidak berlaku pertembungan 3 penjuru.

PENUBUHAN PAKATAN HARAPAN DAN PILIHANRAYA UMUM 14

Ramai juga tidak mengetahui bahawa pada saat Presiden Parti, Wan Azizah mahu mengumumkan penubuhan Pakatan Harapan pada 2015, Azmin tetap mahu Selangor bersama dengan Pas.

Azmin pada ketika itu tidak merestui penubuhan Pakatan Harapan dan bersama 25 pimpinan dan ahli parlimen/Dun kelompok Azmin, kini lebih dikenali dengan nama kartel, telah menandatangani surat bagi memecat Wan Azizah dari kerusi presiden kerana tidak kompeten mewujudkan Pakatan Harapan.

Ini diakui sendiri oleh Rafizi Ramli yang menerima surat tersebut memandangkan beliau adalah setiausaha agung pada ketika itu.

Namun, perancangan Wan Azizah dan Rafizi ternyata lebih licik dan surat tersebut disimpan sementara kerana ia diserahkan pada waktu hampir sambutan hari raya haji. Selepas hari raya haji, maka pengumuman Pakatan Harapan dilangsungkan dan terlucutlah cita-cita Azmin, Zuraidah dan Baru Bian mahu menjatuhkan Wan Azizah.

BARU BIAN DAN SELANGAU. NASIB SI LUNCAI

Pernah kita bertanya kenapa Baru Bian bertanding di Selangau dan bukan di Lawas, tempat beliau menjadi Adun? Jawapan kepada persoalan ini mudah. Di Lawas, Baru Bian mungkin mendapat sokongan dari golongan Lun Bawang dan pengundi Ba’kelalan, tetapi bukan dari golongan Melayu dari Dun Bukit Sari.

Inilah kekurangan Baru Bian. Beliau bukan seorang pemimpin Sarawak yang dapat dilihat membimbing dan mentadbir seluruh bangsa dan agama. Beliau hanya mampu untuk mentadbir beberapa kelompok etnik sahaja.

Rakyat Sarawak tidak dapat merasa bahawa Baru Bian adalah pemimpin rakyat. Malah golongan majoriti Iban dan Bidayu sekalipun tidak nampak kredibiliti Baru Bian mampu menjadi pemimpin mereka apatah lagi golongan Cina.

Berbalik kepada kenapa Selangau, bagaimana Baru Bian boleh menang? Jawapannya mudah. Ini berlaku kerana beberapa faktor:

1. Faktor Joseph Entulu – Jospeh Entulu pada masa tersebut telah dipecah dari parti beliau. Seperti yang diketahui Joseph adalah seorang berpengaruh di Selangau. Apabila namanya hendak digugurkan dari calon PRU beliau membuat pengumuman menyatakan bahawa akan bertanding bebas. Ini menyebaban beliau dan beberapa orang lain dipecat dari parti. Namun akhirnya mereka merubah strategi dengan tidak bertanding tetapi sebaliknya membuat protest vote dan memberikan undi kepada Baru Bian.

2. Faktor Awang Tengah – Lawas merupakan kubu kuat Awang Tengah. Baru Bian bukan sahaja tidak mampu mentadbir PKR Sarawak, malah cabang beliau sendiri tidak kuat. Beliau dilihat menyishkan Timbalan Ketua Cabang, Haji Japar yang merupakan orang lama di dalam parti PKR dan mempunyai pengaruh di kawasan Melayu. Apabila Hj Japar disisih dari cabang Lawas dan kepimpinannya, maka sokongan orang Melayu yang diperlukan oleh Baru Bian bagi menghadapi parlimen itu hampir langsung tidak ada.

3. Tiada tempat lain sesuai termasuk Miri – Baru Bian, sebelum melihat kepada Selangau telah terlebih dahulu pergi ke kerusi Miri. Apa yang tidak diketahui umum, Baru Bian pernah meminta Dr Micheal Teo pada PRU yang lalu untuk tidak bertanding dan memberi laluan kepada dirinya di kerusi Miri. Malah Baru Bian turun ke pasar Miri dan kononnya membuat survey dan mendapati bahawa sokongan kepada Dr Teo di Miri sudah tiada dan beliau pasti akan kalah sekiranya bertanding pada PRU ke 14 yang lepas. Permianan kotor Baru Bian ini bukan sahaja tidak berjaya, malah ia jelas melesat apabila Dr Micheal Teo menang lebih besar dengan jumlah 61.8% berbanding dengan 51.6% pada PRU ke 13.

4. Datuk Sng – Faktor besar kenapa Baru Bian mampu dan mahu bertanding di Selangau ialah kerana dana dari seorang jutawan bernama Datuk Sng. Datuk Sng memberikan dana dengan tukaran kerusi di Julau. Sekiranya kita lihat, kerusi di Julau, yang tradisinya kerusi PKR, diputuskan oleh Baru Bian dan Azmin agar tidak ditandingi. Yang bertanding di Julau hanya Larry (anak Datuk Sng) dan wakil BN. Dalam perjanjian, sekiranya Larry menang, beliau akan menyertai PKR dan Larry memang menunaikan janji dengan menyertai PKR dan kemasukkannya disambut oleh Zuraida serta Azmin (rujuk berita 12 Mei 2018 apabila kemasukan Larry dan Jugah disambut oleh Zuraida). Namun, Larry dan Jugah akhirnya dibuang oleh pasukan Azmin dan Baru Bian, malah diboo dan dihina kerana mereka menyatakan sokongan terbuka kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan bukannya Azmin Ali.

Malah walau dengan pelbagai faktor ini, Baru Bian hanya mampu memenangi sebanyak 486 undi berbanding calon Barisan Nasional. Bayangkan sekiranya beliau terpaksa menentang Joseph Entulu pada pilhanraya ke 15 akan datang nanti. Apakah nasibnya akan sama seperti sebelum ini. Ingat, semangat dan sentimen PH di Semenanjung dan Sabah jangan sesekali disamakan dengan PH di Sarawak. Ia amat jauh sekali.

KE MANA BARU BIAN PADA PRU15

Cita-cita tinggi itu tidak menjadi masalah. Namun, apabila ia dilaksanakan dengan cara kotor, maka kesannya juga akan menjadi kotor.

Untuk kekal menjadi ahli parlimen, Baru Bian mesti mengekalkan kerusi parlimen. Joseph Entulu telah menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan sudah pasti akan bertanding di Selangau. Lawas adalah suatu yang sukar buat Baru Bian walaupun Awang tengah tidak bertanding lagi (sekiranya) kerana dia tidak mempunyai sokongan kuat di kawasan Melayu yang mempunyai pengundi seramai 12,418 orang berbanding Ba’kelalan yang hanya mempunyai 7,375 pengundi.

Apakah Miri? Mustahil Dr Teo akan melepaskan kerusi tersebut, sekurang-kurangnya untuk satu atau 2 penggal lagi. Jadi di mana kawasan yang kuat bagi Pakatan harapan dan PKR?

Jawapannya TIADA.

Baru Bian juga tidak digemari oleh Anwar setelah dibebaskan, malah Anwar mahu menukar Baru Bian kepada Ali Biju menjadi Pengerusi Negeri Sarawak yang lepas sebelum ditentang oleh pengikut Baru Bian.

Berkemungkinan besar, sekiranya Azmin jatuh kerana video lucah beliau, politik Baru Bian boleh dikatakan telah berakhir. Sekiranya dia jatuh, maka pengikutnya seperti See Chee How, Hj Baharudin, Vernon, Willie Mongin, Ali Biju, Nazib Johari, Joshua Jabeng, George Chen dan lain-lain juga akan jatuh dan gugur. Ini kerana nama-nama ini telah naik dan dicanangkan sebagai penyokong kuat Baru Bian dan penentang kuat Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

PENUTUP

Pada lawatan pertama Anwar ke Kuching selepas pembebasan di Hilton, Anwar menyebut secara jelas bahawa watikah calon ditentukan oleh beliau selaku presiden. Ini seolah-olah menjadi satu amaran keras kepada pimpinan Sarawak yang sebelum ini menggunakan watikah “palsu” untuk meletakkan calon mereka sendiri dan secara sendirinya berunding kerusi kepada parti lain tanpa persetujuan pusat.

Kita lihat sama ada Baru Bian sanggup merendahkan ego beliau, atau beliau masih lagi berasa besar dan akan terus melawan arus dan presiden. Kita lihat sama ada beliau akan jatuh, sebagaimana jatuhnya Dominic Ng di tangan-tangan ghaib kumpulan Baru Bian ini atau dia mahu berdegil dan melihat perjalanan politiknya mati perlahan-lahan.

- Catherine Jiwa


BEKAS DUTA AMERIKA SYARIKAT PERSOAL SUMBER KEKAYAAN @AzminAli




Bagai langit dengan bumi.

Itulah yang dapat disimpulkan daripada komentar bekas Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott apabila membandingkan majlis persandingan anak Anwar Ibrahim dengan si kitol Azmin Ali.

Malott yang dua kali menghadiri majlis resepsi anak Anwar yang serba sederhana, mempersoalkan dari mana pula datangnya wang untuk membiayai majlis sama untuk anak Azmin?

Dengan merujuk video majlis resepsi yang mula tular seluruh dunia sejak minggu lalu, Malott amat hairan bagaimana Azmin mampu mengadakan majlis sebegitu mewah sedang pastinya dia juga tahu Azmin berhutang kos penerbangan RM300 ribu dalam masa sama?

Adakah Latheefa Koya sudah cukup berani mengarahkan para pegawai #SPRM nya untuk menyiasat sehingga ke lubang cacing atau makin jelas pelantikannya adalah melindungi pengkhianatannya sejak dulu kepada negara?

Zulimran Nasution


KENA TANYA PM.


PEGUAM NEGARA MUNGKIN BUKA SEMULA KES BUNUH ALTANTUYA

MIC PROTES KERAJAAN BN PAHANG HALAU PETANI INDIA CAMERON HIGHLANDS

NITIZEN PERSOAL KERAJAAN TERENGGANU HALANG PENIAGA JALANAN

KENAPA BERSUNGGUH? ADAKAH UJIAN POLIGRAF PENUDUH ANWAR GAGAL.



Berbeza dengan kes Azmin Ali yang sudah berlarutan lebih enam bulan tanpa sebarang keputusan, pihak polis nampaknya begitu bersungguh dan bertindak agak pantas dalam kes Anwar Ibrahim.
Setelah penuduh, Mohamad Yusoff Rawther diambil keterangan dan kemudian dibawa menjalani ujian poligraf, pihak polis kini mahu melebarkan lagi siasatan untuk mengenal pasti di mana Anwar berada pada 2 Oktober 2018 iaitu hari di mana kejadian cabul itu didakwa berlaku.
Baru sekarang juga Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mengatakan ujian poligraf tidak boleh diterima di mahkamah.
Katanya, ujian poligraf hanyalah sebagai prosedur siasatan polis saja.
Tetapi, mengapakah ketika ujian poligraf mahu dijalankan kepada Yusoff dahulu, ia begitu digegak-gempitakan seolah-olah ujian itu pemutus kepada kebenaran?
Kenapa sejak awal lagi tidak dikatakan ujian poligraf tidak diterima di mahkamah?
Kenapa baru sekarang disebut ia tidak diterima di mahkamah?
Atau adakah kerana ujian poligraf itu negatif atau Yusoff dikesan gagal berkata benar, maka pihak polis kini mahu menyiasat lagi dengan lebih mendalam di mana Anwar berada pada hari yang didakwa berlaku kejadian itu?
Apakah dalam hal ini, keterangan Anwar bahawa beliau pada 2 Oktober 2018 itu sibuk berkempen untuk PRK Port Dickson diragui oleh pihak polis?
Bagaimanapun, berbanding kes Azmin yang ada video, ada pengakuan Haziq yang mengatakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu sebagai pasangan semburitnya, malah disahkan juga beliau berada di Sandakan pada hari kejadian, kenapakah pihak polis masih berlengah-lengah mengambil tindakan seterusnya?
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Siapa pemegang kata putus dalam siasatan kes Azmin sebenarnya dan siapa pula yang bersungguh benar dalam kes Anwar? (ShahbudinHusin 24/12/2019)

APABILA IMEJ ISLAM DICEMAR OLEH OSTAT LUCAH





Memang layak pun dia jadi saksi sumpah.  Hanya ostat yang jahil lagi bodoh saja akan sanggup buat kerja bodoh untuk orang bodoh.  Patutlah akhlak ostat jari tengah ini hancur.  Dia mengajar dlm masjid, apa yg dia ajar tu menyesatkan orang iaitu mahu Anwar bersumpah mcm Najib bersumpah.  

Seolah2 itulah Islam iaitu ditegakkan keadilan hanya dgn sumpah.  Aku nak beritahu rakan2 Non Muslim di sini, Islam itu tidak sedemikian.  Islam tidak jadikan sumpah sebagai kaedah untuk melarikan diri dari jenayah.  Ostat jari tengah ini sanggup cemarkan masjid hanya untuk memuja Najib yang tangan kleptokrasi ini diciumnya setiap kali berjumpa.  Malang sungguh kariah masjid yg menjemputnya mengajar.

Muslim Eropah rayu Anwar perangi Islamofobia di KL Summit 2019


Dec 24 2019
Pemimpin-pemimpin masyarakat Muslim Eropah merayu Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim untuk bersuara tentang Islamofobia pada sidang kemuncak KL Summit 2019.
Menurut Anwar, beliau baru sahaja bertemu Presiden Forum Muslim Eropah yang menyuarakan hasrat itu kepadanya, 14 Disember lalu.
“Saya sedang mengetengahkan isu-isu terkait Islamofobia dan sedang menggembeleng dukungan dari rakan-rakan dalam rencana ini.
“Kami akan mengutus surat dukungan dari pemimpin-pemimpin Muslim dan surat itu akan ditonjolkan pada sidang kemuncak di KL pada 19 Disember 2019 ini.
“Pemimpin-pemimpin Muslim Eropah melalui Presiden European Muslim Forum Abdul Vakhed Niyazov telah mengajukan kepada saya atas kapasiti sebagai mentor kepada Honorary Board European Muslim Forum untuk mengutuskan surat dukungan kepada kepala-kepala negara Malaysia, Pakistan dan Turki.
“Ketiga-tiga negara tersebut telah bersetuju untuk berpadu di dalam satu kesatuan bagi memerangi gejala Islamophobia di #UNGA (Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) tiga bulan yang lalu,” katanya.
Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 adalah satu wadah menghimpun pemimpin, cendekiawan, ulama dan pemimpin Islam untuk berkongsi idea dan mencari penyelesaian kepada masalah umat Islam.
Tiga orang pemimpin Islam mengesahkan kehadiran mereka iaitu Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Anwar: Kembalilah berdialog tentang Jawi

Anwar: Kembalilah berdialog tentang Jawi

Dec 24 2019 / Keadilan Daily
Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim hari ini menggesa kedua-dua pihak yang pro atau antitulisan Jawi supaya tidak menganjurkan sebarang sidang bagi meredakan suasana.
Bakal perdana menteri Malaysia kelapan itu gusar jika penganjuran mana-mana sidang berkenaan akan “menghangatkan suhu politik dan kaum”.
“Justeru itu, saya menggesa semua pihak termasuk Dong Zong untuk kembali ke ruang dialog.
“Penganjuran sidang anti-Jawi akan mengundang reaksi sidang pro-Jawi,” katanya.
Beliau merujuk kepada kongres kumpulan pendidikan Cina Dong Jiao Zong di Kajang, yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini.
Anwar juga menggesa “pertubuhan Melayu lainnya” tidak meneruskan agenda mereka, jika ada.
Anwar juga mengingatkan bahawa tulisan Jawi merupakan sebahagian dari khazanah budaya bangsa dan negara.
“Bahasa Melayu dan kini bahasa kebangsaan mula ditulis dalam huruf Arab yang diubah suai kepada tulisan Jawi,” katanya.
Justeru, katanya, Ikhtiar kerajaan perlu dilihat sebagai antara langkah menyemarakkan kesedaran merentasi budaya.
“Malaysia kekal sebagai negara pelbagai kaum dan budaya; dan kita harus berbangga dan menghormati kepelbagaiannya.
“Keutamaan bidang pendidikan adalah ke arah peningkatan mutu pelajaran,” katanya.

BANGSA UIGHUR..SIAPAKAH MEREKA.



1. Ramai yang telah berkongsi kisah masyarakat Uyghur di Xinjiang yang ditindas. Ramai yang beremosi dengan menzahirkan perasaan marah, sedih, geram dan berbagai-bagai lagi.       

2. Tapi hakikatnya tidak ramai yang mengetahui siap sebenarnya Uyghur? Kalau tuan puan jumpa Uyghur di depan mata mahukah tuan puan tolong mereka. Kalau kami sedang lindungi mereka daripada kezaliman kerajaan China mahukah tuan puan bantu kami membantu mereka dari dizalimi?    

3. Isu Ughyur bukan isu baru. Bukan baru tahun ini mereka dilarang berpuasa, tetapi telah berpuluh tahun. Bukan baru ini mereka dilarang dan dihalang dengan ibadah yang lain, tetapi larangan seperti memakai hijab bagi wanita, larangan bersolat dan berbagai bagai lagi telah berlaku sejak sekian lama.    

4. Tahukan tuan puan bahawa sebenarnya kaum Uyghur itu bukanlah etnik Cina? Dan Xinjiang itu sebenarnya bukanlah sebahagian dari China.

5. Hakikatnya bangsa Uyghur itu ialah satu bangsa tersendiri dan istimewa tiada kaitan keturunan dengan bangsa Cina!! Mahu buktinya? Tuan puan lihat gambar dibawah ini. Tiga orang bangsa Uyghur yang kami selamatkan dan melepaskan mereks daripada sebarang pertuduhan di Mahkamah Perundangan Malaysia. Ini rupa paras mereka tiada langsung rupa paras orang Cina! Rupa mereka hampir kepada rupa orang Turki dan mereka berbahasa Turki bukannya berbahasa Cina.   

6. Tetapi kenapa pulak Xinjiang dan China? Sebenarnya nama asal Xinjiang ialah Turkistan Timur. Turkistan bermaksud tanah orang-orang Turki. Orang Turki mereka berasal daripada sini iaitu Turkistan. Sehingga ke hari ini mereka masih berkongsi bahasa yang sama, agama yang sama dan budaya yang sama, selain wajah mereka juga hampir sama.

7. Turkistan adalah sebuah wilayah Islam, penduduknya ialah bangsa Ugyhur beragama Islam, dan beramal dengan Islam. Turkistan telah dijajah oleh China sejak sekian lama. Namun tahun 1955 Parti Komunis China telah secara rasmi menukar nama Turkistan Timur kepada Xinjiang (bermaksud “The new terittory” iaitu wilayah baru”). Hakikatnya Turkistan itu berbeza dengan China, mereka mempunyai bahasa sendiri, budaya sendiri, malah mereka mempunyai perlambagaan negara sendiri dan bendera sendiri. Bendera mereka berwarna biru sama seperti Turki yang berbendera merah.

8. Mulai tahun itu IDENTITI ISLAM dihilangkan. Nama negara Turkistan Timur ditukar kepada Xinjiang manakala nama penduduk turut ditukar (cth Salahuddin kepada Shalayiding).    

9. Mula tahun itu juga penindasan demi penindasan dialami mereka. Identiti Islam dilarang ditonjolkan seperti larangan menyimpan janggut bagi lelaki, dilarang memakai tudung bagi perempuan. Ajaran Islam tidak dibenarkan diamalkan di sesetengah tempat seperti dilarang solat, dilarang berpuasa, semua itu dilarang dan diharamkan.       

10. Kaum Uyghur turut ditangkap tanpa sebab, dipenjarakan,diseksa dan dibunuh selain kaum wanita pula dirogol.

11. Rekod kerajaan China terhadap Uyghur ini paling buruk sekali berbanding rekod layanan tentera Israel terhadap penduduk Palestine.         

12. Nasib penduduk Uyghur pula lebih malang berbanding penduduk Palestine. Palestine hanya tinggal Gaza yang sekangkang kera, sedangkan Uyghur sudah tidak bernegara. Turkistan pula sudah hilang dari peta dunia.   

13. Kerana itu orang Uyghur ini diibaratkan sebagai Palestine di Asia, hakikatnya lebih teruk dari Palestine.         

14. Selain dari penindasan, pembersihan etnik juga sedang dilakukan. Kaum Han dimaksudkan beramai ramai ke dalam Xinjiang bagi mengurangkan majoriti kaum Uyghur selain membunuh kaum Uyghur.

15. Zalimnya kerajaan komunis China ini lebih zalim daripada kaum Zionis. Bezanya kezaliman Komunis China terhadap Uyghur tidak diketahui pihak antarabangsa kerana polisi tertutup kerajaan Komunis China dengan menyekat access media seperti Facebook, YouTube dan internet.      

16. Malah mengikut rekod hak asasi manusia di peringkat antarabangsa juga menunjukkan bahawa kezaliman kerajaan Komunis China berada ditempat pertama diikuti oleh Zionis kemudian Amerika Syarikat.   

17. Maka adalah menjadi tanggungjawan umat Islam seluruh dunia mendedahkan situasi sebenar masyarakat Uyghur yang ditindas, diseksa, dirogol dan dibunuh di sebuah negara mereka yang dirompak Komunis bernama Xinjiang.

18. Oleh itu, marilah bersama sama kita memperbanyakkan doa agar Allah memelihara mereka dan memberilan keamanan buat mereka selain memberilan ketabahan dan kekuatan kepada mereka menghafapi telanan, cabaran dan rintangan datipada musuh- musuh Islam.         

Amin ya Allah.     

Yang benar. 
Mohd Khairul Anwar @ Abu Akhyar Al Qudsi.      
Peguambela& Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.      
Timbalan Presiden Abim Pusat


Kenyataan Media



Tindakan Kerajaan Negri Pahang menggunakan keganasan keatas pekebun sayur di CH adalah amat di kesali. Dan tidak seharusnya berlaku. Tambahan pula dimusim perayaan ini. 

Seharusnya Kerajaan Negri Pahang mengenalpasti tanah untuk di pajak jangka masa panjang oleh pekebun sayur yang bercucuk tanam secara kecil- kecilan ini. Supaya mereka boleh melabur dengan peralatan sewajarnya untuk hasil yang lebih baik serta demi pembangunan ekonomi negara. Mereka juga boleh di latih untuk menggunakan teknologi moden serta Good Agricultural Practises. Elak daripada menggunakan racun terlarang dan sebagainya. Kerajaan Negri Pahang seharusnya menggunakan cara rundingan menang- menang didalam hal ini.

Saya ambil maklum bahawa kawasan tersebut merupakan kawasan tadahan air namun adalah lebih berperi kemanusiaan untuk menunggu hasil kebun mereka dituai dahulu. Sebelum memindahkan mereka secara rundingan dengan baik keatas lot yang di kenalpasti kerajaan negri. Tambahan pula waktu ini merupakan musim perayaan. Dan anak2 mereka akan mula bersekolah. Tentu sekali hasil tuaian mereka di perlukan untuk membiaya persekolahan awal tahun anak2 mereka nanti.

Hajah Fuziah Salleh
Pengerusi PH Pahang.


KISAH KAPIR JAHAT DAN SEMUA BANGSA ADA.

Oleh: miqdad zakaria.

Semalam ana singgah tempat wakil TM untuk daftar line Unifi Plan Unlimited untuk Mak.. 

Masa ana sampai kebetulan tak ada orang.. Dalam duk proses nak saftar.. Datang seorang Pak cik mengadu tempat dia line tak kuat.. Dan wakil TM bagi tahu dia.. "tunggu jap, kita settle yang ni dulu" sambil tunjuk kat ana.. 

Dalam duk menuggu tu.. Dia ambil kerusi duduk tepi ana.. Dan membebel pasal ucapan "Merry Christmas ".. Dia marah bila orang islam duk sibuk cerita pasal ni setiap tahun.. Kononnya perkara ini kecil sahaja.. Masih ada isu besar yang perlu dibicarakan.. Seperti isu umat islam diseksa dan dizalimi di China dan Palestine.. 

Peringkat awal ana malas nak masuk tajuk dia.. Hanya bagi "senyum tawar" je.. Tapi mulut dia masih duk sambung pasal orang kapir ramai yang jahat.. Kononnya di malaysia pun sama.. Tunggu mereka ada kuasa lebih sikit lagi.. Orang islam akan disembelih macam tempat lain.. 

Ana mula rasa cuping telinga panas.. Dalam hati.. "kalau aku jawab nanti kan.. Dua hari tak ada selera makan.. " ha ha.. 

Lalu ana mencelah.. Ana kata.. "maaf pok cik".. "kalau ikut logik ayat pok cik tadi.. Orang kapir kalau kuat dia sembelih habis orang islam.. Bermakna di eropah yang diperintah oleh orang kapir hari ni.. Tak ada seorang dah orang islam kat sana.. Hari ni pelik.. Orang kapir yang pok cik kata jahat tu.. Beribu setiap bulan masuk islam.. "

Dia mula terdiam.. Ana sambung lagi.. "pok cik.. Bab baik dengan jahat ni semua bangsa dan agama ada.. Bukan kata orang kapir.. Orang islam pun ada yang jahat dari orang kapir.. Orang islam ada yang bunuh orang.. Orang islam ada yang rogol anak dara orang.. Bukan tu saja.. Orang islam ada yang cabul kehormatan nenek orang.. "

Dia masih diam.. Ana sambung lagi..  "pok cik.. Anak kita sendiri yang semua keluar dari celah kangkang bini kita pun ada yang baik.. Dan ada yang tak baik.. Tu mari dari air mani kita sendiri.. "

Dia masih diam lagi.. Ana tambah lagi.. "Pok cik.. Anak Nabi nuh dan isteri Nabi Lut pun tak beriman.. Boleh pilih jadi kapir.. Tak nak ikut ayah dan suami dia sendiri.. Isteri Firaun yang mengaku Tuhan tu..  isteri dia sendiri boleh beriman.. "

Jadi.. "Bab baik atau jahat ni tak kira siapa.. Tak kira dia mari dari agama mana.. Bangsa apa.. "

Alhamdulillah urusan ana dah selesai.. Dia masih lagi diam membisu.. 

Sebelum ana pulang.. Ana sebut dengan nada lembut.. "Pok cik.. Akhir zaman ni bukan kata orang kapir je ada yang jahat.. Hatta ulamak islam pun ada yang jahat.. Ulamak su' yang Nabi sendiri takut kepada golongan ini kerana kerja mereka hanya menyesatkan ummat"..

Dia pandang wajah ana.. Mungkin dia baru perasan siapa ana.. Sebab selepas ana minta maaf dengan kata² ana.. Dia tanya "ustaz nak balik Rusila ke..?" ana kata "Tak".. "ana tidur umah mak malam ni"..

Itulah kisah semalam.. Dan kisah ini membuatkan ana lebih bersemangat untuk bertemu dengan semua lapisan masyarakat untuk mengembalikan fikrah sebenar yang diajar oleh islam.. 

Terima kasih pok cik.. 

Sekian.. 

😁😁

BAH TERMENUNG, MANGSA BANJIR SEGAMAT BELUM BOLEH PULANG

PBT SEDIA TEMPAT KHAS MEROKOK

NEGARA LUAR KURANG KERJASAMA TANGKAP JHO LOW – HAMID