RAFIZI RAMLI! NIK NAZMI UCAPAN & KONGSIAN TENTANG RAFAZI!
SIRI 1 MENELUSURI DENAI HARAPAN
Ada beberapa orang yang membaca artikel saya yang lepas berjudul
“Melihat bayangan
risiko masa depan” merespon dengan penuh keraguan.
Mereka bertanya kepada saya jika perubahan benar-benar boleh
berlaku, ketika melihat bagaimana terpecah-belah dan rosaknya Malaysia hari
ini.
Saya memahami bagaimana terdesaknya kita pada hari ini yang
meraba dalam kegelapan serta penuh ketidaktentuan ini, lebih dari yang lain.
Pastinya kita semua mempunyai bahagian dalam otak kita yang
mampu mentaksir sesebuah keadaan, merasionalisasikannya dan kemudian memilih
untuk ‘bertindak’ atau ‘tidak bertindak’. Otak kita pasti tahu bagaimana untuk
bertindak bagi mengelakkan kita berada dalam keadaan yang mengelirukan ini.
Jika itulah apa yang dialami oleh diri kamu, ini pula kisah
bagaimana saya dapat membantu kamu untuk memahami bagaimana saya dapat berfikir
dan bertindak seperti apa yang saya sudah lakukan.
Lama dahulu, ketika saya diberikan peluang naik pangkat sebagai
pengetua di sebuah sekolah pedalaman hampir 75km jauhnya dari Sandakan (di mana
saya tinggal), gerak hati saya adalah untuk terus menolak tawaran itu. Sebagai
ibu kepada anak perempuan remaja yang sedang menghadapi peperiksaan, pastinya
saya mempunyai tanggungjawab peribadi yang lain.
Suasana sekolah itu juga bukanlah sesuatu yang mendorong saya.
Ia terletak di sebuah perkampungan nelayan yang kecil, usang dan terkesan
akibat salah urus tadbir serta pengabaian.
Support
the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off
donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Schedule an auto donation to Aliran
every month or every quarter
Namun, ia masih sebuah sekolah ‘gred A’ dengan kemasukan pelajar
yang ramai. Sekolah itu mempunyai asrama pelajar, flat kakitangan,
kuarters artisan, kelas bagi Tingkatan Enam, kelas vokasional, aliran pengajian
agama dan sains, serta pendidikan khas antara lainnya.
Begitu ramai calon sebelum saya sudah pun menolak tawaran itu.
Saya hanyalah seorang daripada begitu ramai calon dalam senarai yang dipangkah
satu persatu oleh Jabatan Pendidikan ketika itu.
Tiada seorang pun yang waras, dengan begitu sedikit pengalaman melibatkan pentadbiran sekolah, akan menerima tawaran yang gila itu. Ia sesuatu yang cukup sukar, dan saya rasa saya tidak mempunyai tenaga atau pengalaman untuk melakukannya. Saya yang begitu keliru ketika itu patutnya boleh saja memilih untuk tidak menerima tawaran itu.
Saya tahu apa yang akan ditanggung jika saya menerima tawaran
itu. Sekolah di Sabah bermula jam 6.45 pagi. Saya wajib bangun jam empat
setengah, keluar rumah jam lima setengah dan memandu sepanjang jalan balak yang
kecil namun cukup sibuk menggunakan lampu besar kereta saya di antara Sandakan
dan Kota Kinabalu.
Menelusuri jalan bengkang-bengkok, melintas lori balak dan
kelapa sawit sepanjang jalan akan menjadi sebahagian dari cabaran saya. Membina
semula sekolah itu, dan paling penting, membinanya semula bermula dari kosong,
adalah cabaran lainnya.
Saya hampir menolak tawaran itu sehinggalah suami saya
mengingatkan saya tentang cita-cita dan tanggungjawab saya sebagai seorang
pendidik. Beliau menyatakan bahawa jika ada seorang yang boleh melakukan
kebaikan untuk sekolah itu, orangnya itu adalah saya.
Apa pun yang akan saya lakukan, jika pun ia hanya sedikit, ia
hanya akan menjadikan sekolah itu bertambah baik, katanya. Tidak kisahlah
berapa banyak sekali pun. Melakukan apa-apa dengan sedikit masih baik dari tiada
langsung.
Bagi anak perempuan saya yang berumur 15 tahun itu pula, suami
saya berkata yang beliau sudah cukup matang dan berdisiplin untuk menguruskan
perkembangan pelajarannya sendiri. Anak saya pastinya tidak mahu saya mengatur
segala-galanya dalam kehidupannya.
Akhirnya, suami saya juga berkata, sebagai seorang ayah kepada
dua anak perempuan, beliau mahu menunjukkan kepada mereka apa yang seorang
perempuan boleh lakukan. Anak perempuan, kata suami saya, memerlukan suri
teladan wanita yang sebegitu.
Saya cukup terkesima dengan pandangan suami saya ketika itu.
SIRI 2 MENELUSURI DENAI HARAPAN
Kami memastikan semua hal di rumah dapat dibereskan, dan dengan itu saya menuju ke perkampungan nelayan tersebut, memandu sejauh 150km setiap hari.
Ia menjadi sebuah pengalaman paling bernilai yang saya lakukan sepanjang
hidup. Jalan ke hadapan cukup berliku, namun ia memberi rangsangan untuk saya
berbakti kepada negara. Saya tidak menyesal akan keputusan saya ini.
Saya tahu selama sembilan tahun saya mengetuai sekolah ini, ia
hanya bertambah baik. Pada mulanya saya hanya melakukan segalanya mengikut
dorongan hati saya, dan perlahan-lahan, semuanya menjadi semakin sempurna. Saya
mendapatkan sokongan penuh dari guru di sekolah, yang membuatkan saya rasa
cukup terhutang budi dengan mereka semua.
Dan ia bukan kerja saya seorang. Kami semua bekerja bersama.
Pelajar tempat kami menumpah bakti mengajar kami akan nilai serta arah tujuan.
Ia menjadi sebuah sekolah yang semakin bagus ketika saya meninggalkannya.
Pastinya kalian dapat melihat bagaimana membina sebuah sekolah atau
negara mempunyai begitu banyak persamaan. Semua kita mempunyai peranan sebagai
warga. Dan kita semua mempunyai pilihan. Kita semua terus melakukan pilihan
mengikut keutamaan peribadi kita.
Pun begitu, seringkali kita bertindak mengikut keutamaan kita,
ia akan membawa kita ke pengakhiran yang sama. Apa yang kita lakukan hari ini
untuk dunia kita pastinya akan memberi kesan kepada ruang dan kehidupan
peribadi kita pada masa hadapan.
Membina semula sekolah (atau negara) seringkali bermula dengan
‘seseorang’. Ia akan sering bermula dengan ‘anda’. Anda takkan pernah tahu ke
mana kita akan pergi hinggalah kita mencubanya. Akhirnya, ia merupakan soal
strategi dan kemampuan untuk membawa semua orang bersama-sama. Tiada seorang
pun yang dapat melakukan perubahan seorang diri.
Dan begitulah, pesan saya kepada kalian tentang harapan, yang barangkali begitu ramai di antara kita yang merasakan ia seperti tidak kena pada tempatnya. Usaha kita boleh jadi berkesan atau tidak. Kita tidak tahu. Siapa pun tidak tahu. Kita hanya boleh menghadapi halangan jika kita menelusurinya dengan hati-hati, penuh komitmen, kecerdasan, strategi serta mempunyai pandangan yang jauh.
Jangan gusar akan jalan yang sesak, atau soal menuai hasil atau
masa yang dileburkan. Jangan fikir terlalu banyak akan segalanya. Rancanglah
setakat mana yang boleh, asalkan anda bertanggungjawab akannya. Lakukan saja,
jika pun anda tidak tahu ke mana hala tuju seterusnya. Apa jalan yang ada juga
sudah cukup baik.
Saya cukup minat dengan slogan Nike – ‘Just do it!’ Hanya buat
apa yang kalian boleh lakukan. Jika setiap orang melakukan sesuatu yang
bermakna setiap hari, pastinya, keajaiban akan tiba. Inilah rahsia bagaimana
saya dapat berfikiran positif. Kadang kita berfikir terlalu mendalam dan
akhirnya putus asa. Jika tiada seorang pun melakukan apa-apa, pastinya kita
akan gagal sepenuhnya.
Jadi, apa yang boleh kita lakukan? Lakukan apa saja supaya kita
dapat memujuk yang lain melihat apa yang terbentang di hadapan kita. Setitis
air pun lama-lama kan menjadi laut… atau pun tidak. Tiada seorang pun di antara
kita yang tahu.
Kita boleh saja menubuhkan satu kumpulan perbincangan dan mula
merancang sesuatu bersama. Kita boleh sahaja sertai kelompok masyarakat sivil
atau NGO atau sumbangkan apa saja kepakaran atau mula membuat kelompok
perbincangan dalam mendidik antara satu sama lain.
Atau anda boleh menjadi salah seorang calon di pilihan raya akan
datang.
Yang pasti jangan sebut “saya putus asa” sebelum kalian
memulakan perjalanannya.
Sukeshini Nair
Editor bersama, surat berita Aliran
16 April 2022
Terjemahan oleh: Zikri Rahman
Kakak peguam Siti Bainun tampil pertahan adiknya tapi teruk dikecam Netizen
Sepanjang minggu lalu sehingga ke hari ini, media sosial peguam, Hafidzah Hassan dibanjiri dengan pelbagai kritikan dan kecaman oleh netizen kerana mempertahankan orang kena tuduh (OKT), Siti Bainun.
Tidak terhenti di situ, kontroversi yang dicetuskan oleh peguam tular itu makin memuncak apabila tular beberapa kepingan gambar dan video TikTok yang dimuat naik olehnya.
Kakak pertahankan tindakan adik
Dia yang dikenali sebagai Nurul Hayati Hassan tampil mengulas tuduhan liar yang dilemparkan oleh netizen kepada Hafidzah adalah tidak wajar .Bagaimanapun, seorang kakak kepada peguam tersebut memuat naik satu kenyataan di laman Facebook miliknya dengan mempertahankan tindakan adiknya itu.
Ini kerana adiknya itu hanya menjalankan tugas sebagai seorang peguam sahaja, bukannya bersubahat dengan pengasas Rumah Bonda tersebut.
Mahkamah tempat tahu kebenaran, bukannya media sosial
Selain itu, dia ambil maklum bahawa ramai ingin mengetahui kebenaran disebalik penderaan adik Bella, namun ia bukanlah melalui media sosial.
Katanya, hanya keputusan daripada pihak mahkamah saja yang boleh dipercayai.
Ia dikatakan sedemikian kerana kemungkinan saksi ‘bertukar cerita’ kerana Siti Bainun sendiri mengaku tidak bersalah sepanjang sesi perbicaraan itu berlangsung.
“Bainun kata dia tak dera, saksi asyik bertukar cerita, ada orang yang mengambil sebelah cerita sahaja tanpa bercerita bukti mahkamah juga tidak membantu.
“Semua orang NAK TAHU siapa buat bella. Tapi proses undang undang perlu dilalui. Pengesahan siapa pelaku, siapa terlibat perlu dibuat. Kalau tidak, kat mana keadilan tu?
Diam jelah daripada memekak!
Walau bagaimanapun, kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook miliknya itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meminta kakak kepada peguam kontroversi, Hayati untuk mendiamkan diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan.
Ni mesti nak tumpang glamour adik sekali…
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan Hayati hendak menumpang populariti adiknya itu.
Kau jual jelah insurans tu diam2
Peguam Siti Bainun ‘koyak’ dengan kecaman netizen “Dah tanya ke both side, sebab tu jangan sibuk hal orang.
Kita sepatutnya matang menggunakan sosial media, kalau kecam tanpa tahu isi kes u dapat apa? Confirm masuk syurga ke?”- peguam
Sejak kebelakangan ini isu penderaan adik Bella kembali hangat dibincangkan di sosial media yang melibatkan pengasas rumah bonda Siti Bainun.
Kejadian yang dilaporkan terjadi sejak setahun yang lalu membangkitkan rasa marah orang ramai terhadap pengasas rumah bonda tersebut yang melakukan kezaliman terhadap seorang kanak-kanak OKU hingga kini.
Baru-baru ini saksi menyatakan bahawa Adik Bella dicili, disimbah air panas dan diikat oleh manusia durjana ini sebelum tular satu gambar Siti Bainun bersama beberapa orang peguam yang menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen..
Di sosial media, netizen mengutuk sekeras-kerasnya terhadap peguam-peguam yang bersama Siti Bainun dan mereka disifatkan seperti manusia yang tidak berhati perut demi duit kata netizen.
Tak tahan dengan kecaman itu, seorang peguam Siti Bainun tampil memberikan penjelasan mengenai foto tersebut bagi menepis spekulasi yang dibuat netizen menerusi akaun sosial medianya.
Peguam ini jelaskan kenapa tak ramai pihak pendakwa mewakili adik Bella berbanding 10 peguam Siti Bainun
Isu berkaitan kes penderaan yang dialami kanak-kanak istimewa, adik Bella kembali hangat sejak minggu lalu apabila satu persatu laporan baharu yang diceritakan saksi.
Kes ini difahamkan masih berada dalam siasatan pihak berkuasa tempatan. Bagi yang mengikuti kes, pastinya perasaan bercampur baur terhadap apa yang dilaporkan menerusi media mahupun pihak awam yang berkongsi pengalaman mengikuti kes perbicaraan tersebut.
Lebih-lebih lagi apabila salah seorang peguam yang mewakili pihak pemilik Rumah Bonda, Siti Bainun memuat naik status memilih untuk mempercayai versi klien dan membiarkan pihak mahkamah menentukan keputusan.
Dalam pada itu, dia juga memuat naik sekeping foto di media sosial yang memaparkan barisan peguam mewakili Siti Bainun.
Tindakan peguam tersebut mendapat kritikan netizen kerana dianggap bersikap tidak profesional dalam mengendalikan kes besar ini.
Seorang peguam yang sering mengulas isu tular di media sosial, Nor Zabetha Muhammad Nor tampil memberi penjelasan apabila disoal tiada kehadirannya sebagai pihak pendakwaan.Perkara ini juga menimbulkan persoalan netizen, walaupun ramai peguam yang dikenali menerusi media sosial memperjuangkan kes Bella tetapi tidak bersama mewakili pihak pendakwaan.
“Kenapa puan tidak mewakili Bella bersama dengan team pendakwaan? Baru nampak ramai dan kuat”.
Saya terangkan prosedurnya. Ini kes jenayah. Berbeza dengan kes sivil.
Kes sivil menuntut ganti rugi dan lain-lain terhadap dua pihak. Contoh Plaintif tuntut dari Defendan ganti rugi dan injunksi.
Jadi Plaintif yang menuntut diwakili peguam dan Defendan yang dituntut ada peguamnya. Jadi saya boleh wakili salah satu, sama ada Plaintif atau Defendan.
Bagi kes jenayah, memandangkan kesalahan melibatkan kepentingan awam. Perbuatan jenayah ini, kalau ramai-ramai buat maka memberi kesan kepada keamanan negara.
Jadi yang menyiasat kes adalah polis. Kemudian selepas mendapat izin dakwaan, kes akan dimulakan di mahkamah dan yang mewakili itu adalah pendakwaraya.
Siapa itu pendakwaraya? Mudah kata, bahasa mudah hendak faham iaitu Peguam Negara. Peguam Kerajaan. Mereka bukan peguam swasta. Mereka memang dilantik untuk mewakili pertuduhan dan prosiding di mahkamah jenayah untuk memastikan tertuduh dihukum secara penjara atau denda bagi memastikan keamanan dalam masyarakat.
Jadi dalam kes Bella, contoh peguam Tuan Mahmud Jumaat yang banyak membantu dan memperjuangkan kes Bella dari awal, bukan kami tidak mahu membantu di mahkamah sama-sama mewakili kes Bella terhadap tertuduh tetapi kami tidak boleh. Kami bukan pendakwaraya.
Perlu faham juga, kenapa pendakwaraya tidak update di media sosial tentang kes? Sebab etika dan sebab mereka terikat dengan peraturan.
Jika gagal mematuhi peraturan, tindakan displin boleh diambil terhadap mereka. Kita semua pun tahu, larangan penjawat awam.
Kalau disuruh sebenarnya nescaya kami buat tetapi tidak boleh. Jangan salah faham, bukan tidak mahu mewakili. Kalau boleh itu, saya rasa bersusun peguam-peguam lain yang menyokong kes ini.
Jadi kami peguam-peguam yang bersama Bella, akan sentiasa berikan nasihat dan sokongan.
Bagi tertuduh pula, mereka diwakili oleh peguam yang dilantik dan bersetuju untuk mewakili.
Begitu rupanya, semoga kes ini menang dipihak yang benar.
Beberapa fakta baru terungkap yang mengejutkan ramai orang.
Tiada Liputan Media: Menurut pengguna twitter ini yang menggelarkan diri dengan nama ‘Tok’ menulis, tiada media yang hadir ketika perbicaraan dan tiada media yang membuat liputan.
Di dera dalam jangka masa yang lama: Dalam hantarannya itu juga menulis, saksi ke 2,3,4 ialah doktor-doktor pakar yang merawat Bella mengesahkan Bella telah didera dalam jangka masa yang lama. Ada parut dan luka lama akibat disimbah air panas, ada juga luka dan parut akibat ditekap dengan alat panas seperti seterika. Luka kepala disiram air panas. Lebam pada tubuh disebabkan disepak atau dipijak. Bella ada kecederaan kerana mungkin dipijak orang bertubuh besar. Kecederaan Bella yang tidak dirawat menyebabkan terkena jangkitan dan setelah sembuh terdapat parut yang sangat mengerikan.
Bella Mengalami Trauma yang dahsyat: Tambahnya lafi, salah seorang doktor telah mengesahkan yang Bella telah mengalami trauma yang sangat dahsyat termasuk mentalnya. Bella akan mengalami mimpi-mimpi ngeri didera yang tidak diketahui bila akan hilang.
Mangsa Menggelupur Kesakitan: Ketika perbicaraan, pengadu utama dan juga saksi utama iaitu Yasmin atau SP 5 telah memberikan keterangan bahawa OKT mengarahkan beliau untuk memegang Mangsa dan kemudiannya OKT akan simbahkan air yang panas menggunakan cawan plastik IKEA pada badan Mangsa.
Mangsa terus menggelupur dalam kesakitan. SP 5 kemudian menambah, bahawa OKT telah melakukan tindakan yang sama tersebut melebihi lima (5) kali terhadap Mangsa dan setiap kali perbuatan tersebut dilakukan, SP 5 telah dipaksa untuk memegang Mangsa. Pernah SB suruh SP 5, bersama beberapa anak-anak jagaan OKT yang lain untuk mengikat Mangsa. Setelah itu, OKT akan menolak Mangsa menyebabkan Mangsa jatuh dan kemudian SP 5 dan anak-anak yang lain disuruh untuk mengangkat semula Mangsa dan OKT kemudiannya bertindak untuk simbah air panas pada badan Mangsa.
Mangsa telah diikat tangan dan kaki didalam tandas: SP 5 kemudiannya menyatakan terdapat 1 hari kejadian dimana Mangsa telah diikat tangan dan kaki didalam tandas. OKT telah bertindak memandikan Mangsa dengan air yang telah dipanaskan ‘heater’ dan kemudian OKT akan mengarahkan SP 5 untuk mengambil air panas ‘cuckoo’ untuk diberikan kepada OKT dan kemudian OKT akan simbah lagi pada badan Mangsa.
Mangsa Dibogelkan: Mangsa dibogelkan dan menggelupur lemah, minta tolong dan keletihan. Tertuduh larang orang lain tolong mangsa.
Badan Mangsa berbau busuk: SP 5 turut menyatakan bahawa badan Mangsa berbau busuk akibat daripada kesan dan luka-luka yang telah bernanah sehinggakan jikalau Mangsa ditempatkan didalam bilik, seluruh bilik tersebut boleh dipenuhi dengan bau Mangsa.
Dipaksa Makan Cili: Antara kejadian lain yang berlaku pada Mangsa melibatkan Cili. SP 5 menyatakan OKT telah memaksa Mangsa untuk memakan sebanyak dua puluh (20) biji cili yang telah dihancurkan. Kemudian OKT sendiri telah menyuapkan pada Mangsa cili-cili hancur tersebut. Andai Mangsa enggan, OKT akan tonyoh pada mata Mangsa. Mangsa juga pernah memakan makanan yang telah dicampur gaul dengan sisa makanan penghuni lain dalam premis tersebut.
Mangsa Dipaksa Makan Najis: Kemudian terdapat kejadian lain yang berlaku pada Mangsa melibatkan najis, Mangsa pernah terberak di ‘laundry’ dalam premis. OKT telah memarahi Mangsa dan kemudian OKT telah menyuruh Mangsa mengutip semula najis tersebut dan kemudian OKT telah memaksa Mangsa makan. Kemudian apabila Mangsa telah termuntah akibat memakan najis tersebut OKT akan menyuruh lagi Mangsa untuk memakan muntah beliau digaul bersama dengan najis sehingga habis.
Nor Zabetha
NAJIB JANGAN SENTAP..
ZUWAIRI MOHD YUSOF
Najib Scammer Kleptokrat sentap koyak rabak lepas dia post orang kaitkan Siti Bainun dengan kerajaan BN UMNO kemudian dia terus post gambar dia dengan Presiden Rusia.Kemudian seperti biasalah dia kata nak kaitkan dengan perang Ukraine ke.Nak sorok mana lagi BossCOW.Benda betul terima sajalah.Janganlah kerjanya nak perhambakan pemikiran rakyat.Kes Yassin Sulaiman yang juga aktivis mesra Keadilan berdepan dengan hukuman gantung sampai mati meskipun ada perkara yang perlu di pertimbangkan mengenai ganja dan keperluan menggunakannya.Tetapi kes kuncu mereka, mereka diam.Rupanya dah ada kabel dalam diam.Sebab itu kes penderaan ini pimpinan kerajaan banyak yang berdiam diri.Inilah bentuk penindasan dan helah UMNO dalam diam.UMNO tidak pernah berubah.
ISMAIL SABRI DAN TANGGUNGJAWAB MORAL YANG MENANTINYA
Berikutan Ismail Sabri Yaakob telah dinamakan sebagai calon
Perdana Menteri bagi menghadapi PRU15, pemilihan beliau itu seharusnya diterima
sebagai berita gembira oleh semua pihak yang mahu melihat berlakunya perubahan
lebih baik dalam UMNO.
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sedang berdepan 87 pertuduhan
di mahkamah berkaitan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram dan
perbicaraan kes beliau dijangka akan memakan masa bertahun-tahun lamanya.
Dari segi moralnya selepas ini, beliau bukan saja tidak harus
memimpin UMNO, malah keberadaannya lebih menjadikan parti itu terus dipandang
tidak elok oleh masyarakat.
Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan pula dikatakan sedang
dibuka kertas siasatan terhadapnya berkaitan isu pembelian rumah yang dibelinya
di London yang dikaitkan dengan amalan rasuah.
Sama ada beliau akan didakwa atau sebaliknya, hanya masa yang
akan menentukannya berdasarkan bukti-bukti baru yang bakal ditemui pihak
berkuasa.
Meskipun kes beliau adalah kes lama yang tiba-tiba terbuka
semula, hakikatnya sudah ada “kekotoran” yang memercik tubuh serta wibawanya.
Dengan itu, tidak saja untuk menggantikan Presiden UMNO yang
sedang dibicarakan dilihat tidak sesuai, beliau bahkan sedang terancam
kedudukannya sebagai Timbalan Presiden.
Iyalah…mana tahu, tiba-tiba kesnya dibawa ke mahkamah dalam
waktu terdekat ini dan takkanlah selain Presiden UMNO, Timbalan Presiden juga
daripada kluster mahkamah.
Bekas Presiden UMNO, Najib Razak lebih buruk keadaannya kerana
sudah pun dijatuhi hukuman bersalah 12 tahun penjara serta denda RM210 juta
dalam kes SRC International.
Bagaimanapun beliau masih menikmati kebebasan kerana dibenarkan
menangguhkan hukuman sementara rayuannya didengar di Mahkamah Persekutuan iaitu
proses terakhir dalam sistem keadilan negara ini.
Berbanding Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan, Najib lebih berdepan
kesukaran untuk kembali memimpin UMNO kerana banyak kes lain sedang menunggu
seperti 1MDB, meminda laporan audit dan lain-lainnya.
Sebelum ini, UMNO sudah mempunyai peraturan bahawa mana-mana
pemimpinnya yang didakwa di mahkamah, mereka hendaklah melepaskan jawatan
sehingga kesnya selesai.
Entah mengapa, di era Zahid Hamidi mengetuai UMNO, peraturan itu
tidak terpakai lagi, bahkan Najib yang sudah dijatuhi hukuman bersalah pun
masih dibenarkan kekal memegang jawatan parti sebagai Ketua UMNO Bahagian
Pekan, Pahang.
Bermakna dalam semua keadaan itu, siapa lagi yang tinggal untuk
memimpin UMNO selepas ini?
Oleh kerana Ismail Sabri telah disahkan sebagai calon Perdana
Menteri dan “poster boy” untuk BN bagi menghadapi PRU15, selain ia merupakan
berita gembira buat UMNO kerana siapa calon Perdana Menteri tidak lagi menjadi
pertikaian, sokongan keatasnya juga tidak harus terhenti setakat ini saja.
Ismail Sabri harus terus dilonjakkan kedudukannya untuk memimpin
dan mengambil alih teraju kepimpinan UMNO pula.
Kiranya BN berjaya menang PRU15 akan datang, sebab utamanya
tentulah kerana Ismail Sabri yang tidak kontroversi, berpenampilan sederhana,
boleh berbaik dengan sesiapa saja demi rakyat, tidak terpalit dengan kes
mahkamah dan mempunyai isteri yang tidak campurtangan serta tidak menonjol
telah berjaya memberi keyakinan dan menarik hati rakyat.
Dengan itu, apalah maknanya jika rakyat telah memberi sokongan
kepadanya dengan memberi kemenangan kepada BN, tetapi UMNO masih enggan
menjadikannya sebagai Presiden UMNO?
Sudah tentu apabila rakyat memberi kemenangan kepada BN dengan
beliau sebagai “poster boynya”, harapan mereka juga ialah untuk melihatnya mengetuai
UMNO selepas itu kerana itulah tradisinya selama ini iaitu Perdana Menteri
mestilah Presiden UMNO.
Dari segi Ismail Sabri sendiri, berdasarkan mandat yang diberi
kepadanya sebagai calon Perdana Menteri, kemudian diberi pula kemenangan oleh
pengundi, beliau sebenarnya turut mempunyai tanggungjawab moral untuk memulih
dan membina semula UMNO berdasarkan sokongan rakyat kepada BN itu.
Meski belum diketahui bila waktunya itu, tapi Ismail Sabri tidak
boleh lari daripada hakikat tersebut kerana hanya dengan menjadi Perdana
Menteri dan Presiden UMNO saja dapat memastikan kestabilan sebenar di mana
parti dan kerajaan berjalan seiring, selain kedudukannya sebagai ketua kerajaan
tidak lagi mudah diugut dan diancam. - ShahbudinHusin 19/04/2022.