TEMBERANG WAN SAIFUL MAKAN DIRI? MARI TONTON APA KATA BRO ISWARDY

DENGAR PENJELASAN ORANG KAMPUNG BARU. YANG MELALAK TU DUDUK FLAT DAH DIBAYAR DUIT GANTI RUGI SEHINGGA RUMAH SIAP.


 

Isu Kampung Sungai Baru: Kerajaan PN tidak berfungsi secara bersamakah?





Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad menempelak tindakan pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melepaskan tangan dalam isu pengembalian tanah Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur.

“Mereka (dalam) kerajaan yang sama, sepatutnya perkara ini dibincangkan dalam kabinet, lainlah nak beritahu bahawa kerajaan ketika itu semua jalan ikut suka.

“Muhyiddin pun tak boleh lepas tangan nak kata dia tak terlibat, sedangkan dia perdana menteri ketika itu apabila Annuar Musa (menteri Wilayah Persekutuan ketika itu) gunakan Akta Pengambilan Tanah 1960.

“Saya nak nyatakan semua ahli-ahli parlimen PN, sama ada PAS atau Bersatu tidak boleh lepas tangan kerana mereka berada di parlimen apabila saya membantah tindakan Annuar di Dewan Rakyat dan sehingga ke tahap kena berhujah dengan Shahidan dalam kamar khas berhubung isu Kampung Sungai Baru.

“Ahli parlimen (PN) yang berpuluh-puluh (orang) itu mendiamkan diri,” katanya yang juga pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan dalam wawancara bersama semalam di Shah Alam.

Muhyiddin telah menafikan penglibatan dalam isu Kampung Sungai Baru.

Ia susulan kenyataan timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan pentadbiran PN wajar menjelaskan perkara ini.

Penduduk kampung tersebut telah mendakwa bahawa Menteri cabinet PN memihak kepada pemaju dan bukannya pemilik tanah semasa rundingan pampasan.

Menelusuri isu ini Khalid berkata isu ini seolah-olah mati sewaktu beliau menjadi Menteri Wilayah.

“Tetapi pada zaman saya menjadi menteri pada 2018, isu ini bagaikan diam, seolah-olah mati sehinggalah pemilik-pemilik tanah Kampungg Sungai Baru tertanya-tanya, jadi ke tidak projek ini? Saya pun langsung tidak tahu mengenai apa yang ditawarkan oleh pemaju dan siapa yang bersetuju dan tidak bersetuju.

“Tetapi selepas kerajaan PH 1.0 jatuh melalui proses ‘tebuk atap’ akhirnya Annuar menjadi menteri wilayah dan proses untuk melaksanakan pembangunan di kampung sungai baru telah dirancakkan, sehingga ke tahap dia (Annuar) menandatangani Akta Pengambilan Tanah 1960 yang membenarkan pemaju diberikan tanah itu walaupun ada lebih 100 pemilik kebanyakannya pemilik rumah teres yang tidak bersetuju.

“Mereka tidak bersetuju kerana khuatir syarikat pemaju yang dikatakan tidak mempunyai kekuatan kewangan dan ada kemungkinan projek itu akan terbengkalai. Oleh kerana itu mereka tidak mahu, akhirnya mereka tidak akan mendapat rumah yang dijanjikan dan mereka menuntut dibayar pampasan pada masa ini, bukan nak dapat rumah gantian.

“Lebih kurang 100 pemilik menolak dan rumah-rumah mereka telah diambil secara paksa dengan penggunaan akta pengambilan tanah,” jelasnya.

Pentadbiran Ismail Sabri kekal dasar sama

Khalid menambah bahawa pentadbiran PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyaksikan pertukaran Menteri tetapi dasarnya kekal.

“Ketika itu penilaian yang diberi kepada mereka yang tidak bersetuju dengan tawaran pemaju pada harga RM450 hingga RM500 kaki persegi, yang dilakukan (penilaian) oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) iaitu jabatan kerajaan.

“Ini amat mengelirukan, timbulkan persoalan kerana jabatan yang sama pada masa saya menjadi menteri telah memberikan penilaian tanah di Kampung Baru yang sah berstatus MAS (Malay Agricultural Settlement). Nilainya RM650 hingga RM800 kaki persegi mengikut lapis kedudukan tanah.

“Tiba-tiba apabila dibuat penilaian untuk Kampung Sungai Baru, penilaiannya jatuh merudum, sedangkan Kampung Sungai Baru pada ketika ia dinilai dianggap bukan berstatus MAS.

“Isu status MAS atau tidak baru saja ditimbulkan tapi kalau ia bukan tanah MAS pada ketika itu, sepatutnya jabatan yang sama memberikan penilaian yang lebih tinggi sebaliknya memberikan penilaian yang lebih rendah. Perkara ini saya telah nyatakan berkali-kali, benda yang sepatutnya diselidik, disiasat, macam tidak dilakukan apa-apa,” katanya.

 

‘Masalah penduduk Kampung Sungai Baru angkara Perikatan Nasional’


 

Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur Hussen Zulkarai mendakwa bahawa masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Sungai Baru berpunca dari pentadbiran Perikatan Nasional di bawah Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Tokoh-tokoh lain yang turut dinamakan sebagai punca masalah ini berlarutan ialah bekas Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa, bekas Menteri Wilayah di bawah pentadbiran Tan Sri Ismail Sabri dan bekas Ahli Parlimen Titiwangsa Rina Harun.


“Pembangkang pun datang. Merekalah punca asal tempat ini jadi begini. Puncanya mereka. Annuar Musa sepatutnya bertanggungjawab terhadap isu Kampung Sungai Baru ini.

“Bertanggungjawab bukan hanya pada penduduk flat tetapi juga pada penduduk asal Kampung Sungai Baru.



“Begitu juga dengan Shahidan Kasim. Hari ini mereka lepas tangan. Sewaktu mereka jadi kerajaan mereka ada juga terlibat dalam urusan pemindahan penduduk Kampung Sungai Baru tapi hari ini mereka semua senyap.


“Begitu juga Tan Sri Muhyiddin. Waktu itu beliau Perdana Menteri Malaysia. Hari ini boleh mengatakan beliau tak tahu – menahu isu Kampung Sungai Baru. Beliau tak campur. Ini persepsi yang tidak baik bagi penduduk asal dalam Kuala Lumpur ini.


“Buatlah secara betul. Ini lantik syarikat yang menipu masuk tipu janji tabur dengan penduduk. Akhirnya isu ini tak selesai.


“Kemenangan telah diperoleh oleh Rina Harun sewaktu beliau menjadi Ahli Parlimen Titiwangsa. Beliau campur tangan, mewakili penduduk, mungkin bermesyuarat dengan Kementerian Wilayah ketika itu. Mungkin juga berbincang dengan Pejabat Tanah untuk urusan pemindahan ini.

Hussen turut mempertikaikan bagaimana urusan surat menyurat jabatan kerajaan boleh berlaku pada hujung minggu bila mana pejabat ditutup. Ini ditambah pula dengan Malaysia pada ketika itu berdepan dengan wabak Covid-19.


“Baru-baru ini ada persoalan dalam media sosial bagaimana surat boleh dikeluarkan pada hari Sabtu dan Ahad oleh Pejabat Tanah.


“Waktu itu zaman Covid. Ini menjadi persoalan sebenarnya.

“Tapi pembangkang hari ini dari jauh pun boleh turun ke sini, kononnya nak jadi pembela tetapi apa kesudahannya?


“Akhirnya mereka sendiri mengakui apa yang berlaku di Kampung Sungai Baru ini adalah sewaktu Perikatan Nasional menjadi kerajaan.”


Isu ini kembali hangat dibincangkan apabila timbalan presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan tindakan kerajaan terdahulu.





Johari Ghani perjelas isu Kampung Sungai Baru minggu hadapan


 

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Ghani merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa akan mengadakan satu siding media khas berhubung isu Kampung Sungai Baru pada minggu depan untuk menjelaskan isu sebenar berkaitan pembangunan kampung tersebut.



“Mengenai isu Kampung Sungai Baru, satu sidang akhbar khas akan saya adakan minggu hadapan kerana badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang datang ke sini (Kampung Sungai Baru) tidak memahami (isu sebenar).


“Malah sejak penggal pertama saya menjadi wakil rakyat, saya sudah pesan untuk (mereka) tidak tandatangan tetapi mereka tetap tandatangan.

“Oleh demikian, saya akan jelaskan isu ini dari mula hingga akhir,” katanya ketika ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Perladangan dan Komoditi, di Perkarangan Pintu Gerbang Kampung Baru, di sini hari ini.


Isu pengambilan tanah kampung ini membabitkan 67 unit rumah teres dan 14 blok Pangsapuri Sungai Baru. Proses pengambilan tanah bermula sejak 2016.


Kebanyakan penghuni rumah teres tidak bersetuju dengan pampasan RM400 kaki persegi yang ditetapkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala







PERANCANGAN PEMBANGGUNAN NEGERI SARAWAK

 


Pagi tadi saya berangkat ke Kuching, Sarawak bagi menyusun beberapa perencanaan terkait pembangunan di negeri ini. Usai tiba, saya terus ke Wisma Bapa Malaysia untuk mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Sarawak.













Turut hadir Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg; Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof; serta barisan pimpinan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.


Dalam mesyuarat ini, saya menegaskan keperluan agar seluruh jentera kerajaan baik di peringkat Persekutuan mahupun Negeri untuk bersiap siaga berdepan ketidaktentuan ekonomi global, khususnya susulan pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat.


Segala perancangan harus segera diterjemah kepada pelaksanaan demi memperkukuh daya tahan dalaman ekonomi negara terhadap sebarang kejutan atau tindakan luar yang mengganggu kelangsungan kita.


Saya turut mendengar pembentangan berkaitan Pelan Hala Tuju Gas Sarawak serta insentif cukai Bank Pembangunan Sarawak yang berpotensi memperkukuh ekonomi negeri dan menjana limpahan manfaat kepada rakyat Sarawak, dan Malaysia secara keseluruhan.


Mesyuarat turut membincangkan hala tuju serta keutamaan projek-projek pembangunan di Sarawak agar diselaraskan dengan perancangan Persekutuan. Semoga usaha bersama ini terus menyuburkan kemakmuran dan kesejahteraan buat seluruh warga Bumi Kenyalang.


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja




SIAPA BERTANGGUNGJAWAB... JANGAN LEPAS TANGAN.. MUHYIDDIN... SHAIDAN KASIM... ATAU SIAPA?


 

BANGKOK SAMBUT PMX

Alif Jamil


 Lewat petang semalam, kota Bangkok bukan sekadar ibu negara Thailand tapi menjadi medan penting diplomasi ASEAN. 






PMX disambut mesra oleh pegawai kanan kerajaan Thailand, ini mengukuhkan isyarat bahawa hubungan dua hala Malaysia-Thailand bukan hubungan protokol semata-mata, tapi penuh kepercayaan dan penghormatan.


Namun, apa yg lebih signifikan ia bukan sekadar penyambutan.


DSAI hadir ke Bangkok dgn misi yang lebih besar, iaitu menggerakkan semula nadi keamanan serantau, khususnya isu yg paling membarah di Asia Tenggara hari ini yg terjadi pada Myanmar.


Tak cukup dgn itu, pagi ini DSAI adakan satu lagi sesi rundingan secara maya dgn U Mahn Win Khaing Than, pemimpin Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar yg merupakan sebuah entiti mewakili gerakan prodemokrasi rakyat Myanmar.


Apa yang berlaku ?


Rundingan ini berlaku hanya sehari selepas beliau juga mengadakan perbincangan dengan Majlis Pentadbiran Negara (SAC) yang mewakili rejim tentera Myanmar.


Maknanya jelas. 


Malaysia dibawah kepimpinan DSAI tidak memihak secara membuta tuli.


Sebaliknya, beliau memilih untuk menjadi jambatan dialog dgn membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk berbincang, bertukar pandangan dan membina kepercayaan dlm kerangka ASEAN.


Tiada bantahan diterima dari kedua-dua pihak menunjukkan legitimasi Malaysia sebagai kuasa perantara semakin kukuh.


Dan bila Malaysia bercakap, mereka dengar.

Bukan dgn ugutan, bukan dgn peluru, tapi dgn pengaruh moral, prinsip dan akal diplomasi.


Malaysia Madani bukan sekadar slogan.

Ia dibuktikan dalam aksi yg nyata. 


Bangkok semalam menyaksikan satu episod baru diplomasi Malaysia sebagai satu negara yg berprinsip, berani dan berpaksikan aman.


Kita bukan ejen kuasa besar.


Tapi kita punya kuasa rundingan yg besar apabila dipimpin oleh sosok yg tahu beza antara kuasa dan kebenaran.



HRC LIVE!! - PERTEMUAN BELAKANG PINTU XI JINPING ANTHONY LOKE | PAS & KH...

PRK Ayer Kuning: Tinjauan dan kiraan asas

Dah teruk syed jumaat ni, PAS yg patut diharamkan.....

AKIBAT TINDAKAN TRUMP. PENASIHAT PUN DIA NAK PECAT

 


KONONNYA AKAUN KENA HIJACK


 

BILA DIA KATA KITA NEGARA MISKIN. JOM BACA

 Alif Jamil




Bila O’Reilly kata Asia Tenggara takde wang, itu bukan lagi kekeliruan tapi itu sindiran dan penghinaan dalam kebodohan sendiri. 


Dia lupa bahawa dunia harini dah bergerak kedepan dan kita bukan lagi “the backyard of the Pacific.”


Sebab itu O Reilly ni perasa seolah² mereka masih dibelenggu era Pax Americana. 


Untuk pengetahuan, sebanyak 722 bilion usd nilai perdagangan ASEAN-China ni bukan main². 


Itu bukannya “ekonomi mundur” tapi itu nadi global. Bila 1 dalam setiap 5 dolar perdagangan China melalui ASEAN, itu bermakna kita bukan sekadar pengguna tapi kita adalah pengatur lalu lintas ekonomi dunia.


Dari segi FDI pulak,  nilainya 15.4Billion USD dari China pada 2022, hampir dua kali ganda dalam 3 tahun. Pelabur ni tak bodoh, sebabtu mereka tak tabur modal kat kawasan yang takde duit.


Mereka mencari momentum dan ASEAN adalah momentum itu. Dan jangan lupa, kita bukan lagi hanya pasaran tapi kita kilang dunia. 


Vietnam, Malaysia, Thailand.


Satu 'triangle' ini bukan keje pasang kipas untuk kegunaan sendiri tapi kita pasang komponen untuk Apple, Bosch dan Sony. 


Mikrofon O’Reilly tu? 

Besar kemungkinan benda tu pon direka oleh jurutera dan dipasang oleh juruteknik dari Bayan Lepas atau Bac Ninh.


Seramai 680 juta jiwa. Muda. Berbandar dan berpendidikan. 


Kalau ini bukan kuasa pengguna dan penghasil masa depan, saya tak tahu apa lagi yg dia perlukan. 


Dan bila majoriti rakyat Malaysia, Kemboja, Vietnam sendiri lihat China sebagai kuasa ekonomi utama , itu bukan semata-mata ideologi. 


Tapi itu pengalaman langsung hidup mereka.


Kita bukan pembaris atas peta Barat. 

Kita adalah laluan yg dunia cari bila mereka terhumban dalam krisis. 


Dan sementara mereka masih sibuk cari mikrofon untuk jerit “dominance” tu, kita dah solder mikrofon tu dan export ke lima benua dah..


Jadi benar dan tepatlah seperti apa yg dikata oleh saudara Faris Ariffin , 


Kita bukan pengemis di meja.

Kita adalah meja itu sendiri. 

Dan sekarang kita sedang bina restoran sendiri. 


Aliff Jamil


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Faris adalah salah satu figura yang membuatkan saya berminat dengan Parti Amanah.



CHINA GEMPAQ TAK BELI BOIENG ...KECUT US..INDUSTRI HILIRAN MALAYSIA PUN ADA SEDIA KOMPONEN.


 

ISU CEROBOH TANAH DIKAITKAN DENGAN EMAS..TAPI TUNJUK GAMBAR DI SG PETANI LOMBONG BIJIH. FITNAH JALAN TERUS.,TANGKAP JA LAIN KALI.


 

JAGA KEDAH MACAMANA NI ? BUMBUNG JEJANTAS PUN TAK BOLEH BAIKI. LEKEH AIHH..KATA MASUK BILLION BILLION..BUKAN DIA PI CARI PUN....KULIM HITECH TU PERSEKUTUAN PUNYA ..KEDAH DAPAT LA PERATUSNYA.


 

KAMPUNG BARU DAN KAMPUNG SG BARU LAIN. RAFIDAH YANG KALUT TU RUMAH FLAT DAN DAH DI BAYAR...ULANG BANYAK KALI DAH ..


 

PERINGATAN BUAT WALAUN DAN WALAUNTIT


Che Ibrahim


Dr Mohd Zuhdi Marsuki.. 


Masalah utamanya Haji Hadi hanya bentang ruu 355, kemudian terus tangguh sampai hari ini.


Macamanan kami nak sokong sedangkan kandungannya pun kami tak tahu??? 


Ruu 355 yang haji bentang tu katanya cadangan untuk hukuman di mahkamah syariah Dari denda rm5000 kepada rm100,000, penjara 3 tahun kepada 30 tahun dan sebat 6 Kali kepada 100 Kali. 


Apa hukuman tersebut dengan qazaf???



Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman adalah abang kepada ahli parlimen PAS


Kesah bermula di zaman Tun M menjadi Perdana Menteri. Anwar ditohmah dengan isu liwat. Bermula dari situ.. timbullah isu Qazaf dan ramai yg terpalit dengan dosa ‘Qazaf’. PAS adalah golongan yg paling kuat menentang isu tersebut sehinggakan terbit buku yg bertajuk ‘Qazaf’ yg ditulis oleh pimpinan PAS.


Waktu berlalu dan pelbagai peristiwa terjadi. Sebahagian besar konspirator isu tersebut menemui pengakhiran hidup yg tragis.


Bukan setakat konspirator malah UMNO sendiri mulai kecundang sedikit demi sedikit sejak bermulanya isu tersebut.


PAS memulakan slogan baru… ‘PAS GANTI UMNO’. Pada masa itu kita semua bersama PAS. DAP bersama PAS, KEADILAN bersama PAS dan pejuang kebenaran bersama PAS.


Entah apa balanya… PAS mula beralih arah. Slogan ‘PAS GANTI UMNO’ masih kekal tapi berubah dari sudut nilai. Nilai2 yg negatif dulu seakan-akan telah dihadam oleh PAS.


Kalau dulu isu liwat dimainkan oleh pengikut UMNO tetapi kali ini banyak dipermainkan oleh pengikut malah pimpinan PAS. Menakutkan.


Apa yg lebih menakutkan ialah pimpinan PAS dari kalangan agamawan seolah-olah membiarkan isu ini berlegar dikalangan ahli mereka. Mungkin mereka memikirkan boleh mendapat laba politik dari isu ini.


Sesudara… bukan semua agamawan dalam PAS yg setuju dengan tindakan pimpinan PAS. Sebahagian mereka mendiamkan diri tetapi sampai bila mereka boleh mendiamkan diri????


Mereka tidak sanggup melihat orang2 di dalam PAS yg mereka sayangi terpalit dengan isu ini. Ini isu DOSA BESAR… bukan main-main. Mereka sedar orang2 ini ikhlas memperjuangkan Islam tetapi atas kejahilan mereka dan tanpa bimbingan dari pimpinan… mereka terjerumus ke dalam DOSA BESAR.


Akhirnya timbullah Tuan Guru Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman yg dikenali sebagai Abu Anas al Madani. Tahukah anda bahawa Yb Abdul Latif Abdul Rahman, Ahli Parlimen PAS Kuala Krai adalah adik beliau. Maknanya, ada ramai ahli PAS dari kalangan keluarga TG Dr Abdul Basit.


Sebagai seorang ulama yg ingin membawa umat ke arah kebaikan… beliau bersuara walaupun mungkin mengganggu arah aliran perjalanan politik PAS.


Bermula dengan teguran beliau terhadap pimpinan pemuda PAS dalam isu ‘mic challenge’ lagu raya… hari ini tersebar rakaman video beliau menegur secara tegas tentang isu liwat dan qazaf.


Moga-moga selepas ini akan timbul lagi ulama2 dalam PAS yg boleh membawa suara kebenaran. PAS perlu diperbetulkan dari kalangan mereka sendiri kerana teguran dan kebenaran dari luar adalah suatu yg hampir mustahil ahli2 mereka boleh terima!!!!!!



Hahahaha. Hudud dan Ruu 355 dah hidup kembali!!


Che Ibrahim.




Pindaan Ruu 355?? 


1. Ruu tu maknanya rang undang undang @ draf cadangan untuk meminda Akta Ibu, Akta 355.... Takkan kamu nak semua orang pakat sokong pindaan kepada suatu cadangan untuk meminda Akta 355???


2. Ruu 355 sebenarnya hanya satu panggilan kepada satu Usul Persendirian oleh MP Marang. Usul tersebut telah  ditangguh sebelum sempat dibahas, apalagi diundi. 


Satu Usul Persendirian tidak boleh dianggap sebagai satu RUU selagi tidak diluluskan oleh Parlimen untuk Bacaan Pertama.


Jika suatu ruu itu tidak pernah dibahas dan diundi dalam Parlimen, bagaimana kamu tahu ada orang tak sokong?? 


Cukup cukuplah menipu penyokong sendiri dengan ruu 355 dan hudud.




SUDUT PANDANG DI PRK AYER KUNING: PN BERISIKO HILANG 32 KERUSI DALAM PRU16 JIKA PH-BN TERUS BERSAMA



Dalam Wacana Sinar Selasa lepas, saya sentuh bahawa PRK Ayer Kuning ini akan dijadikan medan penilaian oleh parti2 politik untuk menentukan kerjasama menjelang PRU16, bukan oleh UMNO sahaja, bahkan PAS juga.


PAS parti politik lama dan berpengalaman luas, mereka bijak membaca dan mencatur gerak politik mereka sendiri.


Sebab itu apabila berdepan beberapa isu berbangkit dalam PN, mereka kembali membuka pintu kepada Umno.


Isu2 berbangkit tersebut bukan sekadar tentang hubungan dengan BERSATU seperti yang saya sentuh dalam catatan lepas, tetapi juga tentang peluang mereka dalam PRU16 nanti.


Jika situasi politik sekarang tiada perubahan dan UMNO/BN kekal bekerjasama dengan PH menuju PRU16, PN berpotensi hilang sekurang-kurangnya 32 kerusi parlimen yang mereka sandang sekarang, berdasarkan undi yang mereka perolehi berbanding campuran undi sedia ada PH-BN.


Hilang 32 daripada keseluruhan 74 kerusi yang dimenangi dalam PRU15 2022 lalu bukanlah sesuatu yang diingini oleh PN, bahkan akan jadi mimpi ngeri jika benar2 berlaku nanti.


Sebab itu saya percaya para strategis PAS tidak akan biarkan perkara ini berlaku, mereka adalah parti tunggal yang memenangi kerusi parlimen paling banyak dalam PRU lepas, mereka akan cuba pertahan karisma yang ada.


Saya kurang sentuh tentang BERSATU kerana kekuatan sebenar akar umbi PN adalah PAS, setiap kali pilihan raya, BERSATU hanya bergantung kepada kekuatan jentera PAS.


Jika PAS memilih untuk tinggalkan kerjasama dengan BERSATU dan mereka gagal menumpang mana2 parti dalam PRU akan datang, BERSATU berisiko hilang dalam radar politik tanah air, seperti yang sedang dialami PEJUANG sekarang.


Secara umumnya 32 kerusi yang saya maksudkan itu paling banyak adalah dari Perak iaitu negeri tempat sedang berlangsung PRK Ayer Kuning sekarang.


Jika PH-BN kekal bekerjasama dan senario politik tidak banyak berubah, PN berisiko hilang 8 kerusi di Perak iaitu Gerik, Parit Buntar, Bukita Gantang, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Parit, Pasir Salak dan Lumut.


Pahang pula negeri kedua paling banyak PN berisiko terlepas dengan 7 kerusi iaitu di Jerantut, Indera Mahkota, Kuantan, Maran, Kuala Krau, Temerloh dan Rompin.


Seterusnya Selangor dengan 6 kerusi iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Tanjong Karang, Kapar dan Kuala Langat.


Melaka dan Pulau Pinang pula masing2 3 kerusi iaitu di Masjid Tanah, Tangga Batu, Jasin, Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Permatang Pauh.


Johor pula berisiko hilang 2 kerusi iaitu di Mersing dan paling menarik kerusi yang sedang disandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Pengerusi PN di Pagoh juga termasuk dalam senarai.


Selain itu Kedah dan Perlis masing2 1 kerusi parlimen Kulim Bandar Baharu dan Kangar.


Sebelum kempen Ayer Kuning bermula, pimpinan2 utama PAS telah membuat kenyataan terbuka menyatakan hasrat untuk kembali menaut kasih dengan UMNO.


Sepanjang kempen PRK ini PAS juga tidak banyak menyerang UMNO, mereka tidak berhasrat untuk membakar sisa2 runtuhan piagam muafakat yang ditandatangani sebelum ini.


Dengan harapan besar agar puing2 tersebut boleh dikutip, disusun dan dipaku semula untuk membina mahligai baru, walaupun mungkin tidak seindah dan sekukuh Taj Mahal, tapi sekurang-kurangnya bolehlah dulu untuk bermadu cinta buat sementara.


Sebab itu Ayer Kuning akan terus dijadikan medan untuk meyakinkan UMNO/BN bahawa kerjasama bersama PH dalam Kerajaan Perpaduan tidak wajar diteruskan.


Berbanding menyerang UMNO/BN, PN lebih banyak menyerang PMX dan Kerajaan Madani secara umum di Ayer Kuning.


Secara tidak langsung ini juga memberi keuntungan kepada UMNO/BN, mereka boleh fokus kepada strategi kempen tanpa banyak gangguan, seterusnya berusaha untuk capai kemenangan dengan majoriti besar yang mereka sasarkan.


Begitulah politik, ada masa anda akan dipandang seperti anjing buruk kepala di tepi jalan, pada masa lain pula anda dipandang seperti gadis cantik yang sangat menghairahkan yang perlu dimiliki segera.


Sedangkan anda adalah sama dalam kedua-dua masa pandangan itu, tidak pernah berubah apa2.



HEBAT LA SANGAT..SEBUT KES BABI..ADA KUASA SEKOQ BABI TAK HAPUS..SEBUT ARAK ,MASA PERINTAH ARAK JENAMA MELAYU PUN KELUAR...NAYA NOHHHH.....HANGPA KARUT LAH.


 RMS


Tutup Kilang ❎

Lulus TIMAH ✅

😁😁😁😁😁








WALAUAN SAKIT HATI TENGOK NI - PM Anwar Ibrahim mengiringi kepulangan Presiden China Xi Jinping usai la...

ERTINYA UMUM PROJEK BILA ADA PRK SELEPAS INI ADALAH DIBENARKAN

 

Meskipun banyak pihak tampil mempertikaikan, termasuk jika Anwar Ibrahim masih Ketua Pembangkang pun beliau pasti akan turut mempertikaikannya juga, tetapi Perdana Menteri dilaporkan mempertahankan pengumuman peruntukan RM6.13 juta bagi 33 projek pembangunan di kawasan Parlimen Tapah menjelang PRK Ayer Kuning pada 26 April depan.

Anwar berkata, peruntukan yang diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming itu dibuat pada 10 April,  sebelum hari penamaan calon bagi PRK berkenaan diadakan.

Penamaan calon PRK Ayer Kuning diadakan pada 12 April.

“Pengumuman projek itu dibuat sebelum proses penamaan calon. Kalau selepas itu (penamaan calon) kita kena bagi amaran…tidak boleh,” katanya seperti dilaporkan media.

Pada 10 April lepas, Nga mengumumkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan berjumlah RM6.13 juta bagi 33 projek pembangunan dan infrastruktur awam di bawah Program Sentuhan Kasih 3.0.

Antara yang paling awal membidas pengumuman Nga Kor Ming itu ialah Bersih.

Malah MIC melalui Timbalan Presidennya, M Saravanan turut tidak senang dengan pengumuman projek yang diumumkan dua hari menjelang hari penamaan calon itu.

Katanya, sebarang projek pembangunan perlu diumum lebih awal bagi mengelak tanggapan rakyat seolah-olah kawasan itu dianak-tirikan dan hanya diberi perhatian kerana ada pilihan raya.

“Patut projek diumum lebih awal, ini macam (umum) bila sudah semua orang mula bising, jadi perkara-perkara seperti ini walaupun mungkin tak ada niat, ia tidak memberi keselesaan antara parti-parti dalam kerajaan perpaduan,” katanya.

Parti-parti yang bertanding di Ayer Kuning juga turut mempertikaikan pengumuman projek oleh Nga Kor Ming itu dan menyifatkannya sebagai “rasuah pilihan raya”.

Pengumuman tarikh sesuatu PRK biasanya dibuat oleh SPR lebih sebulan sebelum tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian ditetapkan.

Dalam kes PRK Ayer Kuning, pengumuman SPR mengenainya dibuat pada 7 Mac lalu.

Dengan menggunakan hujah Anwar itu, bermakna selepas ini semua menteri dan kementerian adalah dibenarkan mengumumkan projek-projek pembangunan setiap kali ada PRK, asalkan ia dibuat sebelum hari penamaan calon.

Yang salah hanya jika ia diumum selepas hari penamaan calon.

Pasti dalil Anwar ini akan menyebabkan PRK selepas ini lebih meriah kerana tempoh masa antara pengumuman SPR dengan hari penamaan calon adalah lebih panjang berbanding tempoh masa antara hari penamaan calon dengan hari pengundian.

Tak begitu? – ShahbudinHusin



DATO LOKMAN JAWAB KATA TUAN IBRAHIM "AYER KUNING TAK PERNAH RASA BERWAKI...

Protokol fitosanitari hanya untuk kelapa muda wangi sebagai minuman segar



 

Protokol Keperluan Fitosanitari yang dimeterai antara kerajaan Malaysia dan China hanya untuk kelapa muda dengan keutamaan kepada kelapa wangi adalah untuk tujuan minuman segar sahaja.

Dengan pelaksanaan protokol fitosanitari, akan ada peningkatan kawalan biosekuriti dengan elemen kebolehkesanan yang lebih sistematik, kata Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Datuk Nor Sam Alwi.

Perkara seperti pengurusan amalan pertanian baik serta pematuhan kepada sistem kawalan perosak bersepadu akan memastikan hanya kelapa muda yang berkualiti tinggi dan selamat dieksport mengikut piawaian antarabangsa, tambah beliau.“Pada tahun 2023, pengeluaran kelapa negara mencecah 624,000 tan metrik. Daripada jumlah ini, sebanyak 6,000 tan metrik kelapa muda telah dieksport.

“Keutamaan eksport kelapa muda adalah berasaskan permintaan pengguna luar negara dan memberi pulangan nilai tambah, khususnya dalam bentuk minuman segar.

Para pengusaha kelapa wangi digalakkan untuk mengeksport kelapa nuda wangi di bawah protokol ini dengan mendaftar ladang sumber yang dipersijilkan dengan myGAP dan fasiliti pemprosesan.

Pengusaha yang berminat boleh menghubungi Jabatan Pertanian melalui e-mel di pro@doa.gov.my.

Justeru itu keutamaan diberikan kepada pembangunan industri kelapa bagi tujuan meningkatkan SSR kelapa.

Bantuan penggalak

Sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan bagi Projek Pembangunan Industri Kelapa dan RM6.25 juta untuk Projek Pengukuhan Benih Kelapa.

Ia bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran kelapa negara kepada 669,000 tan metrik menjelang tahun 2030.Insentif turut disediakan kepada pengusaha kelapa termasuk input pertanian seperti anak benih, baja dan racun perosak, selain sokongan infrastruktur asas ladang.

Skop projek merangkumi penanaman baharu, penanaman semula, pemulihan pokok tua serta integrasi tanaman.

Jabatan Pertanian turut melaksanakan pelbagai program latihan secara teori dan amali melibatkan pengusaha kelapa di seluruh negara.

Tiga negeri utama pengeluar kelapa di Malaysia ialah Selangor, Johor dan Perak.

Sebanyak 93% kawasan kelapa diusahakan oleh pekebun kecil, manakala selebihnya dimiliki oleh estet (6.5%) dan agensi kerajaan (0.5%).

Mengikut rekod Jabatan Pertanian, dianggarkan seramai 60,000 pengusaha kelapa di seluruh negara.

Dari segi pengeluaran, pekebun kecil menyumbang lebih 80% kepada jumlah pengeluaran.



KEZALIMAN MAHATHIR TIDAK TERKATA?? CAKAP SIKIT KENA ISA RAMAI YANG KENA!



Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, sekali lagi tampil sinis mengkritik kerajaan. Kali ini dia menjadikan slogan reformasi – yang sinonim dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim – sebagai sasaran. Ketika ini, kata Mahathir, rakyat berada dalam ketakutan kerana didakwanya kebebasan untuk bersuara sudah tiada. “Kerana tidak boleh silap sikit akan disoal oleh polis. "Sekarang tidak boleh cakap 3R (raja-raja Melayu, agama dan kaum). Tetapi masalah yang timbul ialah yang berkaitan dengan 3R. “Mereka Melayu. Tidak boleh cakap pasal Melayu. Mereka beragama Islam tidak boleh cakap pasal Islam. "Mereka nak rujuk kepada raja. Jangan cakap pasal raja. Jangan cakap berkenaan addendum. Jangan tiup wisel. Awak akan disiasat. Jangan politikan itu dan ini,” katanya dalam satu hantaran di media sosial petang ini. Tambah Mahathir – yang kini menjadi penasihat kepada empat negeri ditadbir PN (SG4) – ketakutan itu juga dialami oleh wakil rakyat. “(Kalau) Cakap kena gantung tak bertali. Sebab itu mereka takut. Bukan sahaja akan disoal oleh polis. Boleh masuk dalam tahanan pun. Bukan sehari dua, tetapi berbulan," katanya lagi. Mengulas lanjut, Dr Mahathir mendakwa mahkamah kini tidak digunakan sebaik mungkin bagi menentukan kesalahan individu tertentu. Lebih daripada itu, dakwa bekas Ahli Parlimen Langkawi itu lagi, ada individu yang sedang dibicarakan tetapi kes berkenaan “dihentikan” dan individu terbabit diberi jawatan menteri. Malah, Mahathir mendakwa, proses pelantikan hakim juga ingin diubah oleh kerajaan. "Sekarang nak tukar cara hakim dipilih. Sudah tukar pentadbiran dewan-dewan. "Reformasi – tutup mulut rakyat itulah re-4-ma-si Liau-Liau," katanya lagi.






RAKYAT SARAWAK SAMBUT HEBAT PMX! SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT SARAWAK!

Tarif AS: EU Minat Meterai Semula FTA Segera Dengan ASEAN – PM Anwar

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Ilmuan Malaysia MADANI siri ke-5 di Subang Jaya, Selangor pada 18 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

SUBANG JAYA, 18 Apr – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kesatuan Eropah (EU) menyatakan semula minat untuk memeterai perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan ASEAN, susulan pengumuman tarif besar-besaran oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump baru-baru ini.

Mendedahkan perkara positif itu, Perdana Menteri berkata, justeru Malaysia perlu memastikan proses tersebut dapat dilaksanakan segera.

“Kita perlu bergerak segera (ke arah itu) ,” katanya ringkas dalam Forum Ilmuan Malaysia MADANI Siri Lima di sini, malam tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Ilmuan Malaysia MADANI siri ke-5 di Subang Jaya, Selangor pada 18 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menurut catatan terdahulu, usaha untuk meneroka kemungkinan menjalin FTA secara menyeluruh antara EU dan ASEAN bermula sejak 2007.

Walau bagaimanapun, rundingan itu dihentikan pada 2009 untuk memberi laluan kepada rundingan dua hala antara EU dengan negara-negara ASEAN secara berasingan.

Hasil daripada pendekatan ini, EU telah berjaya memeterai FTA dengan Singapura dan Vietnam dan sedang berunding dengan negara lain termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Ilmuan Malaysia MADANI siri ke-5 di Subang Jaya, Selangor pada 18 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Yang turut hadir pada forum itu ialah Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Datuk Amirul Feisal Wan Zahir dan Pengerusi Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Dr Nungsari Ahmad Radhi.

Untuk rekod, pada mulanya Anwar melihat EU agak ragu-ragu untuk menandatangani perjanjian dengan ASEAN, namun kini telah meminta Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 mempercepatkan proses rundingan tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Ilmuan Malaysia MADANI siri ke-5 di Subang Jaya, Selangor pada 18 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

EU kini merupakan rakan dagang ketiga terbesar ASEAN selepas AS dan China, dengan jumlah dagangan barangan bernilai sekitar €252 bilion (RM1.2 trilion) pada 2023 dan perkhidmatan sebanyak €126 bilion (RM633 bilion) pada 2022.