AZAM TAMATKAN MISKIN TEGAR


 

BERANI DOK FITNAH ANWAR IBRAHIM. HANG MASUK JA PENJARA SG BUBUL, PENYOKONG ANWAR RAMAI... SIAP LA HANG SILAP SILAP KENA LA SONTOT DWNGAN BATANG PENYAPU..


 

AZMIN ALI JADIKAN RUMAH PENINGGALAN MAK AYAH BELIAU SEBAGAI MARKAS PARTY BERSATU.


 

DIA MANA BELAJAR SEJARAH ISLAM. TU MERAPU TU...


 

TANGKAP JA.. KURUNG LAM UMAH. DIA BANYAK DAH BUAT HAL...

 

Saya akan hadir kerana diarahkan untuk berbuat demikian. Sebelum ini saya sendiri telah meminta untuk hadir di sepanjang prosiding ini apabila ia bermula pada 21 Mei 2024.




BERHIJRAH KE LUAR NEGARA KERANA KERAJAAN TAK HARGAI???

 PEMERGIAN

Rafidah Abdullah


Ramai pakar-pakar bakal meninggalkan KKM. Ke swasta dan berhijrah keluar negara. 


Kita iringi pemergian mereka dengan doa. Jangan sesekali kita mengatakan mereka kacang lupakan kulit. Negara kita juga yang tidak menghargai mereka. Kepakaran mereka diiktiraf di luar negara; walhal di negara sendiri diberi label HARAM. 


Tidak cukup jururawat. Tidak cukup HO. MO dan pakar bakal meninggalkan kita. Tidak seronok lagi bekerja. Sedih, kecewa, penat & banyak lagi. 


Tahniah kepada manusia DAJJAL yang memang mahu, suka dan meraikan pemergian mereka. 

Siapakah Dajjal jadian ini? Saya pasti anda akan tahu nanti. Sedikit demi sedikit, aib mereka akan terbuka. #6jahanam


Gambar bersama pakar bedah kardiotorasik yang dikatakan melalui latihan “haram”. Mereka belanja pizza di Penang tempohari dan saya pasti akan belanja saya lagi bila berjumpa di London nanti. 


Malaysia yang RUGI.



KALAU KENA PUAK DIA... KHASNYA LEBAI DAN WALAUN.. DIAM MEMBISU.


Raja Mohd Shahrim


 Tapi bila kes melibatkan MB Terengganu yang jual tanah pada persatuan yang dipengerusikan isteri MB, DIA DIAM... kes MB Perlis yang sedang disiasat termasuk anak dan SUPOL.. dIA DIAM...


Ha hahaha😆😆





MUNAFIK POLITIK


Syam Ghaz


 Munafik Politik.


Tiba2 PN nak jadi hero bela rumah Kg Seri Makmur Gombak yang jelas2 duduk atas tanah yang ada Hakmilik.


Negeri Kelantan mereka (PN-PAS) tadbir mereka layan pengundi dan rakyat mereka macam takda nilai dan kain buruk!


Di Kelantan lebih 53 buah rumah dirobohkan hanya bagi pampasan RM1,000 shja di Jalan Atas Paloh, belakang Masjid Muhammadi.


Di Kelantan mereka duduk lebih 70 tahun, mereka minta hak milik dan geran dari Pjbt Tanah Kota Bharu tak dapat2, akhirnya tahun 2019 tanah tu dapat kepada GLC Kerajaan Kelantan untuk diberi kepada pemaju.



AHLI POLITIK MAINKAN ISU PERKAUMAN..TAPI DIA ...


Zunar



 Di saat sesetengah AHLI POLITIK memainkan isu KAFIR MENGKAFIR dan kebencian kaum, seorang rakyat biasa Michael Tong yang berbangsa Cina muncul menunjukkan contoh dengan mengambil dan membesarkan tiga anak angkat Melayu iaitu Rafie, Rasyid dan Rahman



KUTUK HINA DIA... DIA TETAP BEKERJA.

 

Armizan Md Ali




Almost tiap minggu saya ulang alik naik kapal atas tuntutan kerja. Syukur nikmat tuhan bagi saya; jenis masuk kapal, belum take off sudah lelap, dapat lah rehat.


Petang tadi sama-sama dgn YAB PM program PBAKL di WTC. Malam ni tumpang YAB PM terbang ke Sabah untuk Majlis Penutup Pesta Kaamatan besok pagi.


Ingat boleh lelap dalam kapal hari ni. Bila tengok big boss di depan non-stop membelek dokumen2 kerja, ndak jadi tutup mata 😷.



ADA KEJUTAN PELABURAN.


Safwan Mohamad


 Dalam sehari ada 4-5 kejutan...






1) Google nak melabur 2b USD

2) FedEX nak tambah pelaburan

3) Pemerkasaan Insurans Sosial Nasional

4) Perjumpaan dengan DPMM

5) Baucer Buku Madani RM100

6) Amazon nak update pelaburan 6b USD




BAGAIMANA DEPA NI ULAS.


 

PRK SG BAKAP. PAS BAKAL KECUNDANG KALI INI KERANA BEREBUT KERUSI


 

LAGI ISU SUAMI HANNAH YEOH WALAUN BUAT CERITA


 

INI HARAKAHDAILY TAK TUNJUKKAH KEKEJAMAN KERAJAAN NEGERI MENINDAS BANGSA SEAGAMA?


 

BAGAIMANA TKM1 PENANG JAWAB KETUA PEMBANGKANG DARI PAS.- HANGPA DENGAQ BETOI BETOI.PAS NI MP KA DUN KA OTAK SEMBELIT DEPA SAMA.TAK KAJI TAPI HENTAM..NI NAK BANTU MELAYU PENANG.?

 


KITA LIHAT BAGAIMANA PAS ANIAYA RAKYAT


 

JADI PEMBANGKANG, TAPI TAK CERDIK...NAK MAJUKAN BANGSA MELAYU DI PENANG MACAMANA.?


 

PERCUBAAN SELAMA 9 BULAN.BUKAN KONTRAK PULOH TAHUN. DENGAR SAMPAI HABIH..WALAUN CARI ISU LAIN


 

NAK TANYA DAUN KARI DAN DAUN KETUM : HGPA GADUH PASAIPA?






Wahai Daun Kari dan Daun Ketum. Hgpa gaduh ka? Pasaipa? Atok SAKA Tua TKT boleh jd Referee kot? Begitulah bila jd balaci SAKA PEMBENCI PMX, akhirnya Allah pecahkan kesatuan PNjahat kaki Fitnah. Puak Gila.


Semua dah terbarai. Dulu kes Fitnah PLANTA dah terbongkar. Tapi walaun KHAWARIJ terus tanggung dosa Fitnah. Tu la walatok, walargon nak perguna walaun tapi hgpa kawan dgn puak KHAWARIJ tu memg last sekali jadi gaduh sesama sendiri. Nahhaih..londeh melondeh.


Maklumlah, bergaul dgn puak SETAN. Lagu tu lah. Daun Kari kata Daun Ketum minum koroi, gila hgpa ni. Biaq betik. Lagi teruk dia kata Daun Ketum tak hormat Guru. Err...Guru ke Garu? 😅


Anyways...walatok, walargon, walaun & untit geng KHAWARIJ WARGANEGARA TAK BERGUNA hari2 dok maki hamun, hina dan fitnah PMX. Tapi kami tengok PMX makin Allah angkat darjat dan martabat. Pentadbiran PMX dilihat berkat. Alhamdulillah.


Hgpa puak KHAWARIJ tak fikir ke yg Allah akan beri KIFARAH kpd pendosa QAZAF dan kaki FITNAH mcm hgpa? Taubat lah weyyy...!!


- Zus Din 

30052024



NAMPAK SANGAT TAK ADA PELAJARAN

 

MSO




Makcik ini sudah terlebih cakap bila guna bahasa kesat dengan bertanya YB ke atau YB babi. Jangan begitu makcik kita masih ada adat dan tatasusila kena jaga. Tak kisah siapa kewakili kawasan makcik apakah dia pembangkang atau ierajaan kena jaga adat sikt. 


Bila kita berhemah orang akan jadi lebih simpati kepada kita. Tetapi bila kita biadap orang akan benci. Jangan kita dijadikan modal politik. Trims



KDN TERIMA TAJAAN ROHM ELECTRONICS- WALAUN NAK KERIAU APA?



 Zainuddin Omar


Dari carian saya, ROHM electronics dimiliki oleh ROHM Group Japan di mana Dow Chemical Company ada kepentingan. 



Blackrock pula mempunyai share dalam Dow Chemical Company. 


Blackrock -> Dow -> Rohm 


Adakah KDN FC dengan tidak secara langsung menerima sponsorship dari Blackrock? 


Boleh sesiapa sahkan? 


Juga harap dapat komen dari Wan Fayshal dan Fadhli Shaari. 


**************

KANTUNG kewangan pasukan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) semakin kukuh selepas menerima tajaan berjumlah RM200,000 daripada ROHM Electronics Sdn Bhd bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini.


Presidennya, Rozi Muhamad berkata, tajaan tersebut adalah kesinambungan kerjasama yang dilakukan pada musim-musim terdahulu.


"Tahun lepas pihak ROHM Electronics bersama KDN FC memberi penekanan kepada program akar umbi sehingga berjaya menghantar satu skuad bawah 16 tahun menyertai perlawanan persahabatan antarabangsa bersama tiga akademi bola sepak di Kasaoka, Jepun.


Menurut beliau, penajaan itu merupakan bentuk penghargaan kepada jenama KDN FC berharap skuad kendalian Park Jeahong itu mampu mengecapi kejayaan lebih baik selepas ini.


Sebelum itu, Rozi bersama Pegawai Komunikasi Korporat, Hisham Lokman serta Pegawai Operasi, Mohd Afiq mewakili Kelantan Darul Naim FC menandatangani kontrak perjanjian bersama Presiden ROHM Electronics, Hideki Hashimoto serta Pengurus Besar, Hiroaki Terasaka di pejabat urusan syarikat dari Jepun itu di Pengkalan Chepa.



KES TETAP BERJALAN


Hisham Fauzi


 Maksud tutup kes di sini bukanlah pendakwaan tarik balik tuduhan atau gugurkan tuduhan. Tutup kes tu maksudnya saksi pendakwaan telah selesai semua bagi keterangan. Kes pendakwaan ditutup, makanya tak boleh tambah keterangan lagi dah, kecuali dgn izin khas mahkamah.




APABILA MAHAZALIM BERCAKAP SOAL KEBEBASAN MEDIA.

 


Cuba tengok siapa yang bercakap soal 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮 ni. Oh! Sang 𝗱𝗶𝗸𝘁𝗮𝘁𝗼𝗿 𝘁𝘂𝗮 yang semasa dia di tampuk kuasa berderet rakyat 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗯𝗶𝗰𝗮𝗿𝗮.


Hari ini sang diktator tua ini mengkritik kerajaan soal kebebasan bersuara. Mana maruah dia? Takkan dia lupa bagaimana dia seronok 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗜𝗦𝗔 dulu?


Semua sebab dia tak puas hati tak dipanggil bersama 𝗥𝗖𝗜 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝗣𝘂𝘁𝗶𝗵. Takut benar Mahathir. Sampai demam panas dan meracau sepanjang masa.


Orang tua-tua kata, 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿. Jadi kalau Mahathir ketakutan ni, 𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 la kan? Kalau tak salah, kenapa meroyan tak tentu hala?


Mahathir tak layak cakap soal kebebasan bersuara. Umpama babi menegur anjing najis. Padahal dia yang 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗹𝗮𝘇𝗮𝗵. Kalau Mahathir masih PM, orang macam dia ni dah lama kena sumbat 𝗜𝗦𝗔. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


NI JENIS NAK MELINGKUP BANGSA


 Hektar tu woiii.. bukan ekar lagi,agak-agak kalau meninggal silap-silap liang lahad pun taknak terima, jangan main-main oii.




MAHAZALIM- TAK AKAN LARI GUNUNG DIKEJAR

 

MSO


Menitik Malam.


Mahathir buat lawak bodoh meminta Anwar beritahu dimana duitnya yang ada diluar negara. Katanya dia akan pergi bersama Anwar dan tunaikan duitnya untuk diberikan kepada rakyat.

Dia akan beri 100 peratus.


Saya kata lawak bodoh kerana masakan dia tidak tahu berapa banyak jumlah harta yang dikumpul oleh anak-anaknya sepanjang dia jadi PM. Kan SPRM sedang menyiasatnya dan anak-anaknya. SPRM minta anak-anaknya istyharkan harta tetapi enggan dilakukan, kenapa? 


Kalau benar anak-anaknya tidak ada wang, kenapa takut untuk istyharkan harta? Kenapa dan kenapa? Berdolak dalih.


Bila tidak mahu istyharkan harta dan berhelah, itu maknanya ada sesuatu yang disembunyikan. Mahathir tidak payah bersenikal, sampai hari cukup ketikanya dia akan menghadapi hukum karma. Tidak akan lari gunung dikejar. Trims.



MENERIMA KUNJUNGAN DPMM

 Saya telah menerima kunjungan hormat rombongan daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang diketuai Presidennya Norsyahrin Hamidon. 






DPMM yang ditubuhkan pada tahun 1938 mempunyai visi sebagai wadah perjuangan ekonomi, maruah bangsa Melayu serta Bumiputera, dan kini berdiri kukuh dengan jumlah keahlian mencecah sejuta orang melalui 15 buah cawangan dan beberapa gabungan.

Saya tegaskan supaya kepentingan perniagaan Bumiputera perlu didasari dengan prinsip keusahawanan yang tulen. 


Kesempatan yang ada juga digunakan bagi mendengar tantangan dan situasi semasa yang dibangkitkan usahawan Melayu, Insya-Allah perkara-perkara ini akan diteliti agar penyelesaian kepada isu-isu pokok dapat direncanakan. 


#MalaysiaMADANI



KENA KE PAS.. DIAM HABIH WALAUN DAN LEBAI


RMS


 Panas pulak aku, berasa nak cabut janggut lebai ni sumbat dalam lubang idung dia... 



Masa kes penduduk Kg Jalan ata paloh dihalau dan rumah dirobohkan kjaan PAS kerana penduduk didakwa duduk ditanah milik PKINK kenapa diamkan diri.??



Perjuangan Anwar Ibrahim Untuk Palestin dan Retorik Kosong Hadi Awang


 Saiful Nizam


Perjuangan Anwar Ibrahim Untuk Palestin dan Retorik Kosong Hadi Awang. 




✍️ Saiful Nizam


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menunjukkan keberanian yang luar biasa dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin di peringkat antarabangsa.


Dalam lawatan rasminya ke Jerman pada Mac lalu, Anwar secara terang-terangan mempersoalkan sikap berat sebelah negara-negara Barat terhadap isu Palestin. Beliau mengingatkan dunia mengenai peristiwa Nakbah pada 1948, satu isu yang jarang disentuh oleh pemimpin lain, terutamanya sejak serangan ke atas Palestin lapan bulan yang lalu.


Keberanian ini telah dipuji oleh Mufti Besar Australia, Syaikh Abdul Quddoos, yang menyatakan bahawa tiada pemimpin lain yang berani membangkitkan isu tersebut dengan begitu tegas.


Anwar Ibrahim juga menolak naratif yang menyatakan masalah Palestin hanya bermula dan berakhir pada 7 Oktober, sebaliknya beliau menegaskan bahawa konflik ini telah berlangsung selama beberapa dekad. Pendiriannya yang tegas ini memperlihatkan komitmennya dalam memperjuangkan keadilan bagi rakyat Palestin dan menentang keganasan yang dilakukan oleh Israel.


Di samping itu, pengiktirafan rasmi terhadap Palestin sebagai sebuah negara oleh Sepanyol, Ireland, dan Norway adalah satu langkah penting ke arah mencapai keadilan dan keamanan di Timur Tengah. Ketiga-tiga negara ini percaya bahawa tindakan mereka mempunyai kesan simbolik yang kuat dan mampu menggalakkan negara lain untuk turut mengiktiraf Palestin.


Pengiktirafan ini adalah penting dalam usaha mewujudkan sebuah negara Palestin yang rakyatnya hidup dalam keadaan aman dan selamat. Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, menyatakan bahawa pengiktirafan ini adalah keperluan penting untuk mencapai keamanan yang adil dan berkekalan.


Sebaliknya, Tan Sri Abdul Hadi Awang hanya bermain retorik dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin. Dalam ucapannya di Dewan Rakyat, Hadi menuntut kerajaan mendesak agar Israel dan sekutunya dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) atas penindasan terhadap rakyat Palestin.


Namun, kenyataan ini dilihat lebih kepada retorik politik untuk menarik sokongan pengundi daripada tindakan yang konkrit dan berkesan. Hadi juga mengancam untuk mengambil tindakan sendiri sekiranya kerajaan Pakatan Harapan tidak bertindak, tetapi beliau gagal memahami bahawa isu Palestin memerlukan tindakan diplomatik yang strategik dan berkesan di peringkat antarabangsa, bukan sekadar ancaman dan retorik kosong.


Dalam mendepani isu Palestin, penting untuk mempunyai pemimpin yang berani dan tegas seperti Anwar Ibrahim, serta sokongan dari negara-negara seperti Sepanyol, Ireland dan Norway yang mengiktiraf Palestin.


Hanya dengan gabungan usaha diplomatik yang strategik dan pengiktirafan yang meluas, keadilan dan keamanan yang sebenar dapat dicapai untuk rakyat Palestin. Retorik kosong seperti yang dibawa oleh Hadi Awang tidak akan membawa sebarang perubahan positif, sebaliknya hanya mengaburi isu sebenar dan mengalihkan perhatian daripada tindakan yang perlu diambil.


#RakyatBijak #KekalPerpaduan



AMANAH TEMERLOH AKTIF MEMBANTU MASYARAKAT SETEMPAT


Amanah Temerloh









 Menyantuni Masyarakat Orang Asli di Kampung Bukit Gabang,Lanchang.

Turut serta bersama ziarah ini Azizul Shah Mohd Noor ,Ketua Amanah Kawasan, Azharie Sulaiman,Setiausaha Kawasan, ajk kawasan Ab Wahab Ab Rahman dan Alias Mustafa.


#AmanahTemerloh 

#pedulitemerloh 

#AmanahProgresifPeduli



PELABURAN BARU


Najib Bakar


 Pelaburan baru Google bernilai 9.4 billion ringgit di Malaysia. 💪



Something to be proud of. Lepas ni developer yang guna Google Cloud boleh pilih region Kuala Lumpur.


Di Asia Tenggara setakat ini, cuma ada di Singapura dan Jakarta, nanti boleh proudly choose KL.


Pelaburan ini juga berpotensi mewujudkan 26,500 peluang pekerjaan dengan impak ekonomi keseluruhan bernilai 15 billion ringgit.


Alhamdulillah.


Satu lagi yang aku lega, Google Cloud location ni di KL, bukan AS - as in Alor Star.


Tak pasai ada orang claim dia punya kerja pulak satgi.


💆



PAS KELANTAN MUNGKIN BINCANG SEMULA KERJA SAMA DENGAN BERSATU


MSO



Kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah yang membayangkan Pas akan meletak calon sekiranya tiga kerusi, dua parlimen dan satu Dun Kelantan milik Bersatu menjadi kosong, menggambarkan hubungan Pas dengan Bersatu sudah mula retak.


Ketiga-tiga kerusi itu parlimen Gua Musang dan Jeli dan satu Dun Nenggeri yang diwakili Bersatu. 


Pas Kelantan seperti mahu membincang semula kerjasama mereka dengan Bersatu. Perubahan sikap Pas ini apabila kerajaan Kelantan yang mengambil pendekatan berbaik dengan Pusat telah memberi keuntungan kepada parti itu. Demi untuk kemajuan rakyat Kelantan Pas memilih kawan memberi untung daripada berkawan dengan mereka merugikan. 


Elok juga kalau Pas bertanding di semua kerusi berkenaan tanpa mengambil kira kewujudan Bersatu lagi memandangkan parti serpihan UMNO itu semakin hilang arah dan pupus pengaruh ke belakangan ini. Apa lagi pengaruh Bersatu di Kelantan lebih kurang pengaruh Keadilan dan Amanah sahaja, yang umpama melukut ujung gantang, mereka hanya menumpang tui pengaruh Pas. 


Bagaimana pun diingatkan supaya Pas tidak terpedaya dengan kecek-kecek Annuar Musa untuk meletakkan dia bertanding di salah satu kerusi parlimen berkenaan. Pas harus memberi keutamaan kepada ahlinya yang lama menganggotai parti tersebut daripada memberi laluan kepada mualaf parti seperti Annuar Musa itu. 


Walaupun Annuar telah disamak dan dibaptiskan dengan air tujuh telaga buruk, namun dosa dan bau hampaknya masih terhidu dan sukar untuk dimaafkan oleh orang-orang yang pernah disumpah seranahnya. Annuar Musa tidak banyak beza dengan Salentia. Trims.



BANYAK KALI DAH NAK LAKSANAKAN SUBSIDI BERSASAR.. TAPI TIADA KEBERANIAN DAN TAKUT KALAH DALAM POLITIK






 Dah banyak kali kerajaan cuba buat subsidi bersasar, walau siapa pun yang jadi PM.


Buat subsidi bersasar ni memang berisiko tinggi untuk dihukum dan kalah pada pilihan raya.


Sebab tu, kalau pemimpin yang diangkat itu cuma semata-mata politikus dan bukan negarawan, dia susah nak setuju.


Bagi dia, kalau kalah pilihan raya nanti, nak kerja apa?


Ramai politikus ni career politician dari muda. Tak pernah ada karier profesional di luar politik.


Tapi, kepada yang betul-betul negarawan, dia akan sedar bahawa tahap kewangan negara dan situasi semasa dunia tak memungkinkan lagi subsidi pukal.


Hutang 1MDB saja kerajaan dah bayar sejumlah 43.8 billion. Ada lagi baki 9.7 billion.


Kalau lah duit tu digunakan ke tempat lain, kan best?


Tapi omputih kata, don't cry over spilled milk. Benda dah jadi. Sekarang kita kena move forward untuk masa depan negara.


Jadi, tindakan paling tepat adalah buat subsidi bersasar. Memang orang akan maki, akan hentam. Dah memang itu realitinya.


Tapi, kalau sekarang taknak buat, nak tunggu bila?


Nak biar anak cucu fikir sendiri masa depa pimpin?


Masa tu dah terlambat untuk turn around the sinking ship.


Maybe it has already sunk.


Nak masuk dalam buku teks sejarah sebagai kerajaan yang tak fikir masa depan negara?


Atau sebagai kerajaan yang sanggup ambil risiko besar demi anak cucu di masa hadapan?


Jadi kepada semua, kalau ada pemimpin parti politik berjanji kembalikan subsidi pukal dalam kempen PRU16 nanti, nescaya itu semua sembang kari.


Baca ayat daripada PM9, Ismail Sabri dalam ucapan di Parlimen pada Julai 2022.


"Dari segi subsidi bersasar saya telah pun sebutkan tadi. 


Bermula daripada beberapa kerajaan tapi sampai sekarang masih belum boleh dilaksanakan.


Kerajaan hari juga pun telah sedang merangka subsidi bersasar tapi mekanismenya supaya tidak ada yang tercicir dan tidak ada tertinggal."


Mai lah siapa pun PM. Najib ka, Mahathir ka, Muhyiddin ka, Ismail ka, Anwar ka.


Semua akan dapat maklumat sama dari penjawat awam.


"YB, kita tak boleh lagi teruskan subsidi pukal, jadi apa perancangan YB untuk subsidi bersasar?"


Najib Bakar



GURU BAHASA INGGERIS BUKAN... SEBAB BEKAS POLIS KENA BUANG.. SIR DARI ENGLAND PUN BUKAN... JADINYA..


Raja Mohd Shahrim


 Geli nak loya bila Gomo bahasakan diri dia 'Sir'..hihihi



OWHHHH..DIA PERASAN UMNO NDAK LAGI KE DIA


 

WALAUN PUN KUAT GUNA E WALLET.

 



63% rakyat Malaysia gunakan 𝘦-𝘸𝘢𝘭𝘭𝘦𝘵. Tertinggi dalam dunia. Wow... Tapi kan, e-wallet tu 𝘦𝘭𝘦𝘤𝘵𝘳𝘰𝘯𝘪𝘤 𝘸𝘢𝘭𝘭𝘦𝘵 atau dalam Bahasa Melayunya 𝗱𝗼𝗺𝗽𝗲𝘁 𝗲𝗹𝗲𝗸𝘁𝗿𝗼𝗻𝗶𝗸. Bukan dompet mudah alih (𝘮𝘰𝘣𝘪𝘭𝘦 𝘸𝘢𝘭𝘭𝘦𝘵). Dompet kan memang mudah alih. Dah kena Awani ni?


Aku nak ulas bukan apa. Kalau dah 63% bermakna lebih dari separuh rakyat guna e-wallet. Kalau macam tu maknanya 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗽𝘂𝗻 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗲-𝘄𝗮𝗹𝗹𝗲𝘁 𝗷𝘂𝗴𝗮 la kan?


Teringat la dulu masa PH1.0 beri RM30 kredit e-wallet untuk galakkan rakyat guna e-wallet. Yang 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗸𝘂𝗮𝘁 𝗸𝘂𝘁𝘂𝗸 walaun la. Sekarang walaun pun guna e-wallet juga nampaknya. Inilah bukti yang 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗸𝘂𝘁𝘂𝗸 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗶𝗹𝗺𝘂. Sebab tu bila walaun buat isu, jangan dilayan. Sebab walaun bula  tahu apa pun. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



SALAM ALOHA- 3 JENIS KAKI SEMBANG


Bob Kelanang


 3 JENIS KAKI SEMBANG PARA OLAMAK SU' DAN PUAK KHAWARIJ YANG DIBENCI NABI...


SALAM ALOHA...




HANNAH YEOH - JANGAN BERDIAM DIRI,



 HANNAH YEOH - JANGAN BERDIAM DIRI, KELUARKANLAH SUARAMU!!


Sejak timbul isu berkaitan syarikat milik bersama suami Hannah Yeoh memperolehi kontrak pengangkutan dengan kerajaan negeri Selangor, paling dirindui tentunya ialah komen daripada Menteri Belia dan Sukan itu sendiri.


Sehingga ini, langsung tidak kedengaran sebarang reaksi daripadanya.


Tak tahulah sama ada sempena cuti sekolah ini beliau ada di dalam negara atau sedang bercuti di luar negara.


Tetapi, jika pun berada di luar negara, sekarang kan dunia langit terbuka dan melalui pelbagai platform media sosial yang ada, di mana-mana saja beliau boleh bersuara.


Kalaulah PH sekarang ini sebagai pembangkang dan yang memperolehi kontrak itu suami mana-mana pemimlin kerajaan, Hannah Yeoh barangkali adalah antara figura yang paling awal melantunkan suaranya.


Tambahan lagi, sejak semalam telah viral ciapan Hannah Yeoh di laman sosial X pada tahun 2012 mengenai komennya yang menolak pemberian kontrak kerajaan kepada kroni mana-mana pemimpin


Kenapa bila terkena batang hidung sendiri, diam membisu pula?


Sebagai pemimpin yang bergelar menteri, ditambah dengan PH memang menolak amalan kronisme dan nepotisme sejak dulu lagi, adalah sikap yang salah untuk Hannah Yeoh terus mendiamkan diri.


Walaupun pemimpin-pemimpin utama DAP juga berdiam dan membisu dalam isu ini, tetapi dalam keadaan di mana syarikat milik bersama suaminya sendiri memperolehi kontrak dengan kerajaan itu, Hannah Yeoh sepatutnya menjadi yang paling awal bersuara mengenainya.


Beliau wajib tampil bersuara dan menyatakan pendiriannya sebagai seorang menteri dan pemimpin DAP dalam isu tersebut sebagai pencerahan kepada rakyat.


Kalau beliau setuju suaminya memperolehi kontrak itu, nyatakanlah suara persetujuannya itu untuk didengari oleh dunia.


Jika tidak setuju pula, luahkalah pendirian tidak setuju itu tanpa ragu-ragu demi mempertahankan nama baik PH, DAP dan wibawa dirinya sendiri sebagai seorang pemimpin yang selama ini tergambar tegas menolak keras amalan kronisme dan nepotisme.


Berdiam diri, bersembunyi dan menyimpan suara bukanlah pilihan yang sepatutnya.


Jika ingin berdiam diri, lebih baik berhenti sebagai menteri dan jadilah orang biasa saja.


Setelah jadi orang biasa, tiada siapa akan marah lagi jika beliau tidak mengeluarkan suaranya.


Ketika itu nanti, kekallah berdiam diri dan memencilkan diri buat selama-lamanya. – ShahbudinHusin 30Mei2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/05/30/hannah-yeoh-jangan-berdiam-diri-keluarkanlah-suaramu.html




ELOK BLAH AWAL JADI GURU... SEBAB GURU NI HANYA YANG BIJAK SAJA NAK AJAR MURID JADI BIJAK

 



Rasa kelakar pun , rasa kesian pun ada pada 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝘀𝘂𝗽𝗲𝗿 yang sorang ni. Mungkin ini sebabnya dia nak pencen awal dari jawatan guru. Sebab dah lama dia hidup 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗾𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵. Dah tak tahan kot.


Tapi beginilah hakikat walaun. Mungkin dia rasa salah kerajaan sekarang (Madani) bila ramai pelajar yang tak dapat A. Sebab tu dia komen begitu. Sedangkan yang ambil SPM ni, mereka yang 𝗯𝗲𝘀𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗡 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿.


Dia kata padan muka tu, sebenarnya ditujukan kepada 𝗥𝗮𝗱𝘇𝗶 𝗝𝗶𝗱𝗶𝗻 yang jawat Menteri Pendidikan masa tu. Tapi biasalah. Dah jadi walaun, automatik 𝗼𝘁𝗮𝗹 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗴𝗮𝘃𝗮𝗹 𝗯𝗲𝗿𝗳𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BOLEHKAH DUN SG BAKAP DI KEMBALIKAN PADA PH.

 

Che Ibrahim


PRK Sungai Bakap.... Misi merampas kembali kerusi yang hilang pada tahun 2023 akibat "Gelombang Hijau" ...







KKMART NI ADA 800 CAWANGAN.. JUMPA 5. HELAI STOKING... KILANG CETAK DAH TUTUP.. SO DIA PI BAWA NAMA MALAYSIA..


 

DIA NIE... NAK HERAN APA NGAN DIA... IDEA MAT JENIN PALING RARE DIA SOH CETAK DUIIT... DIA TIN KOSONG


 

YANG DOK KATA ANWAR TAK CUKUP KUAT SOKONG PALESTINE TU DOK DI KAMPUNG JA... TAK LEH PI ARAB SAUDI PUNG... TAMBAH YANG MENULIS.. ORANG TAK OEDULI DAH


 

MAJLIS ILMU MADANI DI PUTRAJAYA MALAM TADI.

 


Alhamdulillah malam ini Seri Perdana, Putrajaya meneruskan Majlis Ilmu Madani dengan menerima tamu istimewa Syeikh Profesor Dr. Ali Muhyiddin Ali al-Qaradaghi, Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia. 






Saya singgung bahawa sewaktu kesedaran dan kecerdasan umat mengenai Islam semakin berkembang, namun tahap kefahaman agama masih lagi belum ditahap yang optimum. Oleh dengan itu, tradisi ilmu seperti ini adalah satu tuntutan agar dapat menyuburkan kefahaman yang benar bagi mengelak perpecahan. 


Saya turut tekuni syarahan Syeikh Ali yang antara lain menyentuh soal kebejatan nilai moral dan kemanusiaan dalam kalangan negara Barat hingga mereka sanggup membenarkan kekejaman, pembunuhan dan kezaliman di Gaza oleh rejim Zionis.


Syeikh Ali berpandangan pendirian Barat yang membingungkan ini berlaku akibat sikap Barat yang terlalu mengutamakan materi semata-mata hingga mengorbankan nilai moral dan kemanusiaan, ketimbang ketamadunan Islam yang menekankan perimbangan neraca dunia dan akhirat.


Saya juga diberi kesempatan untuk  meluncurkan terjemahan Kitab Fiqh Zakat, tulisan Almarhum Dr Yusuf Al-Qaradawi yang diterbitkan oleh Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).


Saya ingin zahirkan penghargaan atas doa dan harapan Syeikh Ali kepada Malaysia. Semoga ilmu dan hikmah dan dikongsi oleh Syeikh dapat dimanfaat oleh kita semua.


#MalaysiaMADANI



KETIKA BANGSA LAIN MAJU..

 

Abu Mishkat




Ketika bangsa lain cemerlang dalam inovasi dan reka cipta baru untk menggantikan tenaga kerja manusia serta memaksimumkan produktiviti, bangsa Arab dan Melayu berlumba-lumba untuk menjadi ustaz dan ulama popular yang paling berkaliber mengeluarkan fatwa dan hukum agama, khususnya yang menyalahkan mazhab, parti atau aliran pemikiran berseberangan. 


Kerana sedar betapa jauhnya umat Islam tertinggal di belakang dalam sains dan teknologi bahkan juga akal budi, saya fikir perlu untuk terus bercakap dan mengkritik cara fikir agamawan konservatif yang telah membina hegemoni sosial atas masyarakat Melayu.



BAIK PILIH PH.. SAH TAK BEREBUT KAWASAN TU.

 


MENERIMA KUNJUNGAN AMAZON DAN KUMPULAN MASDAR DARI UAE



Petang tadi saya telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Amazon Web Services (AWS) diketuai Naib Presiden Global Public Policy AWS, Michael Punke.










Dalam pertemuan ini saya dimaklumkan mengenai status kemajuan pelaburan AWS di Malaysia yang diumumkan tahun lalu berjumlah RM25.5 billion (US$6 billion) untuk tempoh 15 tahun bermula 2023. 


Ini antara lain melibatkan pembangunan pusat data di Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur, yang berjalan mengikut perancangan.


Sayugia, Malaysia mengalu-alukan pelaburan dan kerjasama strategik AWS dalam menyokong ekosistem transformasi digital terkini seperti cloud computing, Internet of Things (IoT), 5G dan generative artificial intelligence (AI).


Ini penting bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam arus perdana kemajuan teknologi terkini setanding dengan negara-negara maju yang lain.


Kemudiannya, saya turut menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif MASDAR Mohamed Jameel Al Ramahi, dan delegasi seraya diapit Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia Dr. Mubarak Saeed Aldhaheri.


Dalam pertemuan ini, MASDAR memaklumkan kemajuan terkait cadangan pelaburan yang akan dilaksanakan di beberapa buah negeri dengan rakan perniagaan tempatan dalam tempoh 10 tahun akan datang. 


Perkongsian dan pelaburan strategik seperti ini penting bagi mencetus anjakan kepada ekosistem infrastruktur tenaga Malaysia selari dengan matlamat Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang sedang giat dilaksanakan.


Moga kedua-dua pertemuan ini membuka lebih banyak peluang dan ruang pelaburan, penambahan pekerjaan dan lonjakan ekonomi, selain situasi menang-menang antara pihak terlibat.


#MalaysiaMADANI