LAGI KELUAR PKR

KR Ranting Permatang Pasir bubar

18/07/2010 6:08pm

BUKIT MERTAJAM 18 Julai - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Permatang Tinggi di sini dibubarkan selepas kesemua 56 angotanya bertindak keluar parti itu dan menyertai UMNO hari ini.

Timbalan Ketuanya, Ismail Md. Ali berkata, keputusan itu dibuat mereka selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PKR.

"Kami juga sudah bosan dengan janji-janji manis PKR kerana sehingga hari ini iaitu selepas dua tahun memenangi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk tiada satu (janji) ditunaikan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau sebelum itu menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua Bahagian Bukit Mertajam Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Ismail juga mendakwa Anggota DUN tersebut, Tan Hock Leong tidak pernah turun padang bertemu penduduk sejak memenangi kerusi itu.

Sementara itu, Musa berkata tiga lagi ranting PKR di Bukit Mertajam telah menemuinya dan menyatakan hasrat untuk menyertai UMNO.

Ia membabitkan kira-kira 300 anggota PKR, katanya yang enggan memberitahu ranting yang terlibat. - Bernama

PELANCARAN DEMONTRASI NAIK BARANG 28-JOM SOKONG RAMAI RAMAI

1 AKAN DIUMUMKAN PADA 28 JULAI

2.PELANCARAN DI DEWAN PERHIMPUNAN CINA

3. MENJEMPUT LEBIH RAMAI NGO, DAN JUGA PERKASA DEMI ORANG RAMAI.

4. DI JEMPUT SEMUA MUFTI TERMASUK HARUSANI.....

5. JUGA AHLI UMNO ATAS PAGAR ....SEBAB SEMUA TERKENA TEMPIAS ...NAIK BARANG..

INI LAH SIKAP UMNO BILA GAGAL MENCAPAI MATLAMAT

Hisham: Pas tidak ikhlas martabatkan Islam
Kenyataan Nik Aziz tidak konsisten, sudah diduga

2Petikan di atas menggambarkan sikap umno.Selama ini pun pas tidak pernah mengajak umno berbincang.apabila gagal untuk memujuk pimpinan pas, kenyataan mereka yang mungkin merasa malu sendiri, mula membidas pimpinan pas.kononnya pas menderhakai melayu.Inilah dia.sebab itulah Mat sabu dan pimpinan yang lainnya dalam ceramah-ceramah mereka tidak mahu lagi berbaik dengan umno kerana bagi pimpinan pas, umno tidak akan boleh bersatu dengan pas.jadi bagi orang melayu anda ada 2 buah parti untuk menjaga kepentingan melayu anda.PAS dan PKR yang selama inipun tidak mempunyai pimpinan yang merampas harta benda anda pun.

USAHA TAKUTKAN MELAYU

IPOH 17 Julai - Orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu.... Berita Penuh
IPOH 17 Julai – Orang Melayu perlu bersatu dan menjadi kuat untuk mempertahankan Perlembagaan, kata Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam ... Berita Penuh


Inilah usaha-usaha bagi menakutkan orang Melayu bahawa jika umno hilang kuasa , maka melayu turut hilang kuasa.? adakah selama ini umno kekal berkuasa???atau kalah di tangan penyokong PAS?

JAGA PARTI UMNO ELOK-ELOK DAHULU,ADAKAH PAS YANG MAHU BERJUMPA UMNO?RASANYA TIDAK




Macam Umno yang mendengar seorang pemimpin juga.Jadi jangan samakan pas dengan kerajaan najib dan rosmah.PAS telah menjelaskan bahawa mereka telah bersama Pakatan Rakyat dan selama ini pun PAS tidak pernah meninggalkan perjuangan dalam Pakatan baik S46 dan juga DAP. Jadi jelas bahawa tidak akan ada pun pertemuan sebagaimana yang umno war-warkan.Orang PAS dah faham semua inin.Jadi tak payah persoalkan pendirian Tuan Guru Nik Aziz. Kerana PAS punya pendirian bahawa Nik Aziz adalah penasihat dan semua pimpinan PAS merujuk kepada beliau. Pandangan Hishamuddin nampaknya tak perlu ulas banyak-banyak sebaba apa kejayaan semasa menerajui kerajaan pusat ???Tak nampak pun.



SIAPA YANG NAK BERJUMPA???TAK ADA PUN PIMPINAN PAS NAK JUMPA DENGAN PIMPINAN UMNO.LAIN LAH KALAU-KALAU ADA PERJUMPAAN SULIT LAGI????