AMBOIII BINATANG NI KALAU NAK MEMBODEK PUN PATUT PATUT LA...BINATANG BETUL...

 


KHAIRUL ANWAR


"Amatlah tidak bertanggungjawab kelompok binatang politik tersebut yang mahu parlimen dibuka sekarang sungguhpun mereka tahu kadar vaksinasi nasional belum mencapai liputan 50 peratus populasi negara.



Bersatu sifatkan desak parlimen segera dibuka adalah binatang

Bersatu sifatkan desak parlimen segera dibuka adalah binatang

Desakan agar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sekiranya gagal menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membuka semula parlimen secepat mungkin oleh pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) disifatkan sebagai “binatang politik”.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman dalam satu kenyataan menyifatkan desakan itu juga sebagai tidak bertanggungjawab kerana tidak mengira situasi wabak Covid-19 yang masih mengganas.

“Amatlah tidak bertanggungjawab kelompok binatang politik tersebut yang mahu parlimen dibuka sekarang sungguhpun mereka tahu kadar vaksinasi nasional belum mencapai liputan 50 peratus populasi negara.

SEBAGAI KERAJAAN, MAHIADDIN DAN MENTERI2 PN SEPATUTNYA PALING KE DEPAN TUNJUK KESETIAAN KEPADA AGONG

 

Sikap berlengah dan berdalih pimpinan dalam kerajaan PN terhadap titah Agong dan Majlis Raja-Raja berkaitan keperluan Parlimen dibenarkan bersidang dengan segera dan secepat mungkin adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Ia bukan saja memperlihatkan PN sebagai kerajaan cuba derhaka kepada Agong dan Raja-Raja, bahkan menunjukkan mereka tidak menjunjung teras kedua dalam Perlembagaan iaitu “Kesetiaan Kepada Raja dan Negara”.

Lagi pula, titah Agong dengan persetujuan Raja-Raja Melayu setelah mengadakan perbincangan khas semalam berkaitan pembukaan Parlimen bukanlah sesuatu yang sukar untuk difahami laras bahasanya.

Baik dalam kenyataan media Istana Negara atau Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, ayat dan bahasa yang digunakan cukup jelas iaitu Parlimen perlu dibenarkan bersidang dengan segera dan secepat mungkin.

Kalau yang namanya mee segera kerana hanya memerlukan masa dua minit untuk disediakan, manakala jika doktor berpesan agar seseorang itu perlu dihantar ke IJN dengan segera, ia dengan jelas tentulah bermaksud serta-merta tanpa berlengah lagi, waima pada tengah malam sekali pun.

Makanya, tidak munasabah sama sekali untuk pimpinan dalam kerajaan mempersoalkan titah diraja tersebut seperti hujah Takiyuddin Hassan kononnya ia tidak perlu disegerakan kerana Agong dan Raja-Raja tidak menyebut pun secara spesifik bulan berapa Parlimen perlu dibuka untuk bersidang.

Begitu juga dengan kenyataan media Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin yang kesimpulannya seperti hanya mengambil maklum saja titah Agong dan Raja-Raja itu.

Mengapa Perdana Menteri dan kerajaan tidak mengambil sikap proaktif berteraskan kesetiaan kepada Agong dalam mematuhi titah tersebut?

Mengapa masih cuba berlengah, berdalih dan bermain dengan masa dalam mematuhi titah Agong itu?

Apa yang takut sangat untuk membenarkan Parlimen bersidang?

Tidakkah lagi banyak berhelah dan berdalih untuk membuka Parlimen, ia lagi menunjukkan Mahiaddin memang tiada sokongan majoriti yang dimilikinya?

Tambahan lagi, dalam titah Agong semalam, selain disebutkan tentang perlunya sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil, ditekankan juga keperluan Parlimen bersidang itu antaranya adalah bagi membincangkan Ordinan Darurat.

Ini dengan sendirinya bermakna Parlimen mesti dibenarkan bersidang sebelum tamat tempoh darurat pada 1 Ogos depan yang mana Agong serta Raja-Raja menyatakan tiada keperluan ia disambung lagi tempohnya selepas itu.

Untuk apa lagi membincangkan Ordinan Darurat jika Parlimen hanya dibuka pada bulan September atau Oktober di mana tempoh darurat sudah pun berakhir ketika itu?

Yang paling penting, sesuai dengan sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara kita, terbentuknya kerajaan dan termenjadinya Mahiddin sebagai Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin lain dalam PN sebagai menteri adalah dengan perkenan oleh Agong itu sendiri.

Oleh itu, adalah tidak manis, bahkan tidak masuk akal kiranya mereka ingin mengambil sikap berlaga angin dengan Agong yang melantik mereka.

Kalau pun ingin berlaga angin, Perdana Menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan sepatutnya menjadi kelompok terakhir sekali berbuat demikian.

Perdana Menteri dan menteri-menteri harus menjadi barisan paling ke depan dalam mempertahankan Agong dan Raja-Raja serta menunjukkan taat setia yang boleh diteladani oleh rakyat jelata.

Tetapi, dengan menjadi yang pertama enggan patuh dan menunjukkan sikap derhaka kepada Agong, ia adalah contoh yang tidak baik ditunjukkan oleh kerajaan kepada rakyat.

Ia menjadikan rakyat tambah menjauhkan diri serta merasakan tidak keperluan lagi untuk mereka terus bersama dengan kerajaan. 


(ShahbudinHusin 17/06/2021)

Hormat Agong Ketua 1 Parlimen, usaha segera buka persidangan, kata Rais


Speaker Dewan Negara, Rais Yatim, berkata pandangan Sultan Abdullah menepati Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan dan harus dihormati kerana Agong yang berperanan sebagai Ketua 1 Parlimen.

PETALING JAYA: Speaker Dewan Negara, Rais Yatim, berkata semua pihak perlu menghormati pandangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan berusaha supaya Parlimen dibuka segera.

Katanya, pandangan Sultan Abdullah menepati Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan dan harus dihormati kerana Agong yang berperanan sebagai Ketua 1 Parlimen.

“Isunya sekarang adalah bila dan (maksud) perkataan sesegera, mungkin itu nampaknya tidak boleh lebih dari 1 Ogos (tarikh darurat tamat), lagipun tarikh asal pengisytiharan darurat dibuat pada 12 Januari lalu.

“Jadi tarikh 1 Ogos itu, lebih kurang sempurnalah tempoh enam bulan supaya Parlimen boleh bersidang semula. Cuma sebelum tempoh itu, perlu dikemukakan notis supaya mesyuarat bersidang,” katanya menurut laporan portal PN BBC.

Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hanya Yang di-Pertuan Agong sahaja boleh memanggil Parlimen untuk bersidang, selain mempunyai kuasa mutlak menghentikan atau membubarkan Parlimen.

Baginda turut diperuntukkan untuk menetapkan persidangan Parlimen dalam tempoh masa enam bulan antara persidangan lepas dalam penggal terakhir dan tarikh mesyuarat pertama dalam persidangan penggal akan datang.

TANDATANGAN PETISYEN TERHADAP TAKIYUDDIN DERHAKA

 

PECAT TAKIYUDDIN


Amiruddin bin Ahmad Amir Kuala Lumpur, Malaysia

Kami rakyat Malaysia yg menjunjung titah YDPA dan MRR mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan dipecat daripada jawatannya kerana 'derhaka' secara terbuka kepada institusi beraja.

Ini selepas Takiyuddin berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hanya menitahkan agar parlimen segera bersidang tanpa menetapkan tarikh yang tepat bilakah Dewan Rakyat perlu dibuka.

Takiyudin mesti disiasat dan dipecat kerana derhaka secara terbuka kepada YDPA dan MRR


Ini selepas Takiyuddin berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hanya menitahkan agar parlimen segera bersidang tanpa menetapkan tarikh yang tepat bilakah Dewan Rakyat perlu dibuka.

Kami rakyat Malaysia yg menjunjung titah YDPA dan MRR mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan dipecat daripada jawatannya kerana 'derhaka' secara terbuka kepada institusi beraja.

Start a petition of your own

This petition starter stood up and took action. Will you do the same?

Start a petition


Daulat tuanku

Takiyudin mesti disiasat dan dipecat kerana derhaka secara terbuka kepada YDPA dan MRR
Sign this petition
Sign the Petition
CHANGE.ORG
Sign the Petition
Takiyudin mesti disiasat dan dipecat kerana derhaka secara terbuka ....






DERHAKA....MANA ART HARUN ?

 May be an image of 2 people and text that says "TAKIYUDDIN DERHAKA PADA AGONG malayslakini.co "Tindakan Takiyuddin memutarbelitkan titah 'secepat mungkin' dengan menyatakan Agong tidak menyatakan tarikh yang tepat atau bulan bila Dewan Rakyat harus bersidang, adalah tidak bertanggungjawab dan tidak jujur." -Lim Guan Eng @friendsoflimguaneng"



NI DIA ART HARUN


May be an image of 1 person and text that says "Mana Speaker Dewan Rakyat, Art Harun...? I PM"

BOLEH DI ULANG SIAR BILA -BILA MASA.: (LIVE) Anwar Ibrahim: Menjunjung Kasih Titah KDYMM Seri Paduka Baginda Y...

Covid-19 boleh berjangkit melalui kentut, percaya atau tidak?


Pakar Perunding Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Dr Alzamani Mohammad Idrose, berkata disebabkan itu pengamalan SOP adalah langkah terbaik untuk mencegah jangkitan.

PETALING JAYA: Covid-19 boleh berjangkit melalui kentut – sesuatu yang bunyinya lucu, namun percaya atau tidak, logiknya berdasarkan virus berkenaan memang ditemui dalam najis manusia.

Pakar Perunding Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Dr Alzamani Mohammad Idrose, berkata susulan itu gas yang keluar daripada kentut juga berisiko mengandungi virus maut berkenaan.

Katanya, virus sama juga merebak melalui gas pernafasan yang keluar dari paru-paru pesakit yang positif Covid-19.

“Namun, sebenarnya risiko jangkitan merebak daripada kentut adalah amat rendah kerana terdapat lapisan perlindungan berupa seluar dalam dan seluar yang dipakai.

“Saya menerima pertanyaan bagi isu yang kedengaran agak lucu tetapi ini membabitkan persoalan yang serius.

“Kesimpulannya, pengamalan prosedur operasi standard (SOP) adalah langkah terbaik untuk mencegah jangkitan kerana sentiasa ada tapisan di dalam pernafasan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau mengulas kenyataan pakar Pusat Kawalan Penyakit di Beijing, China yang memberikan pandangan bahawa risiko teramat rendah melainkan kentut dihidu dari jarak dekat daripada seseorang yang tidak memakai seluar.

Selain itu, pendedahan seorang doktor dari Australia mengenai virus yang tersebar melalui kentut mengejutkan banyak pihak.

Malah, beberapa doktor sebelum ini memberi amaran bahawa kentut mempunyai zarah kotoran kecil yang boleh menyebarkan bakteria dan menjadi punca jangkitan.

Alzamani berkata, kesimpulannya disebabkan itu semua orang perlu memakai pelitup muka dengan sempurna.

“Nasihat saya, patuhilah SOP, pakai pelitup muka dan elakkan berada di kawasan ramai orang.

“Jika kita lihat kepada trend terbaru, Covid-19 turut menjangkiti orang muda, jadi kita kena lebih berjaga-jaga,” katanya.

Sidang Parlimen: Apa yang diminta, itulah yang kita dapat, hanya Tun M saja minta kuasa

 

Sidang Parlimen: Apa yang diminta, itulah yang kita dapat, hanya Tun M saja minta kuasa

1- Semua ketua parti yang mengadap YDP Agong.. Semua hanya minta sidang Parlimen diadakan.. Ada yang minta Moratorium, Ada yang minta I-Sinar..Ada yang hantar Proposal bagaimana nak hadapi Covid-19..Hanya Tun Mahathir saja datang meminta kuasa..

2- Jadi seperti aku tulis sebelum ini, Maka tibalah masa semua pemimpin parti Politik berterima kasih kepada YDP Agong kerana mendengar semua rintihan ketua parti yang mahukan Sidang Parlimen segera diadakan.. Pada mereka, dengan Sidang Parlimen semua masalah negara akan selesai..

3- Jadi janganlah selepas ini ada yang Derhaka, mengetuk ngetuk skrin HP ketika live memanggil Tuanku.. Depa tanya Tuan ku dengar tak ni ? Dengar ke tak.. Minggu lepas, YDP Agong telah mendengar semua rintihan, Sampaikan masalah Moratorium pun nak diadukan kepada YDP Agong..

4- Hanya Tun Mahathir saja meminta kuasa, Betul ! Aku sendiri menolak idea Mageran yg dicadangkan Tun Mahathir, tetapi tujuan dan matlamat mengambil kuasa dari Kerajaan Gagal itu tepat..Letak lah apa istilah pun.. Mageran ker..PM Interim ker..Kerajaan Perpaduan ker.. Paling penting Kerajaan Gagal mesti diganti.. Mesti zahirkan Kerajaan Mahiaddin sudah hilang sokongan..

5- Patutlah Mahiaddin semalam kelam kabut bentangkan Pelan Pemulihan, hari ini YDP Agong dan Raja raja minta semua MP bincangkan tentang Pelan Pemulihan..Maksudnya kena sokong lah.. jadi surat Istana yang meminta semua MP menyokong belanjawanSidang Parlimen berulang..

6- Itu sebab aku merayu, Pembangkang Bersatu.. Kalau tidak mahu terima Tun Mahathir pun.. semua MP UMNO, Nak zahirkan Sokongan kepada Ds Anwar sebagai PM ..Maka lakukan lah.. Duduk bersama buktikan sekarang Mahiaddin dah hilang Sokongan..

7- Sewajarnya kita Ketepikan Perbezaan Politik untuk gantikan Pemerintahan Kerajaan yang gagal.. Kerana kewujudan Kerajaan gagal itulah punca dan kunci kepada segala Kegagalan.. Apa pun semua peluang itu sudah berlalu..

8- Terima kasih lah yang memberikan Cadangan kepada YDP Agong untuk segera buka Parlimen.. Suara anda telah didengar.. Jangan ketuk ketuk skrin lagi dan biadap pada Tuanku YDP Agong lepas ni..Pandai pandai jer kata YDP Agong tak dengar rintihan Rakyat..

9- Kita harapkan Game Changer, tapi dapat game over.. 🙂

Ipohmali

Panas! Peguam ini tempelak menteri Pas, masih berkeras ke tak mahu segerakan sidang Parlimen?

 


Panas! Peguam ini tempelak menteri Pas, masih berkeras ke tak mahu segerakan sidang Parlimen?

DS Takiyuddin mesti faham bahawa dalam negara Raja Berperlembagaan, bukan fungsi YDPA untuk menitahkan secara spesifik hari apa dan bulan berapa Parlimen perlu bersidang.

Namun, sebagai payung rakyat, Seri Paduka Baginda YDPA berhak di bawah Perlembagaan untuk memberi nasihat kepada Kerajaan dalam perkara yang berkait dengan kepentingan rakyat.

Dalam Titah Seri Paduka Baginda YDPA sebentar tadi, Seri Paduka Baginda telah menzahirkan harapan dan pandangan agar Parlimen bersidang dengan segera.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, DS Takiyuddin seharusnya mengambil perhatian serius terhadap nasihat yang dizahirkan oleh Seri Paduka Baginda itu, apatah lagi ia merupakan nasihat kedua Seri Paduka Baginda kepada Kerajaan agar Parlimen segera bersidang.

Tambahan pula, nasihat tersebut dizahirkan setelah Seri Paduka Baginda YDPA mengambil kira pandangan daripada Raja-Raja Melayu, para pemimpin parti politik, JK Bebas Darurat 2021 serta taklimat para pakar dari agensi-agensi Kerajaan.

Malangnya, Kerajaan PN masih lagi mahu memberi bermacam-macam alasan untuk tidak mengadakan sidang Parlimen dengan segera dan seperti melepaskan kesalahan kepada Seri Paduka Baginda YDPA pula kerana tidak menetapkan bulan berapa Parlimen perlu bersidang.

Bagi saya, alasan yang diberikan oleh DS Takiyuddin terhadap titah Seri Paduka Baginda YDPA itu amatlah tidak wajar seolah-olah beliau tidak faham fungsi Seri Paduka Baginda YDPA dan maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh Seri Paduka Baginda itu.

Kalau DS Takiyuddin beranggapan bahawa mengadakan sidang Parlimen pada bulan September ini masih dianggap “segera”, maka benarlah Kerajaan PN ini kerajaan tidak efisyen dan tidak efektif.

Jika PN benar-benar ikhlas mahu menangani Covid-19, membantu rakyat dan memulihkan semula ekonomi negara, janganlah beralasan lagi. Segerakan sidang Parlimen.

Rakyat sentiasa menyokong dan selari dengan titah Seri Paduka Baginda YDPA sebentar tadi. Daulat Tuanku !

#kitajagakita

Takiyuddin Hassan Penderhaka Live#1

ALHAMDULILLAH! DOA RAKYAT AGAR RAJA-RAJA MELAYU MEMBUKA PARLIMEN....LOKMAN INI TETAP NAK SALAHKAN PH SEBAB DIA MACAI NAJIB DAN NAJIB NAK MASUK SG BULOH..DIA MELILAU SEKARANG NI

Nurul Izzah: Isu Mengenai Moratorium, Insuran Kebajikan Perlindungan & B...

BERITA VIDEO RUPANYA KITA ADA PM PALSU- SEMUANYA PALSU-JANJI LEBAI PUN PELESU



“Susulan pandangan Jabatan Peguam Negara, dimaklumkan penggunaan nama rasmi Perdana Menteri adalah seperti berikut: Mahiaddin bin Md Yasin atau Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin.. "Sehubungan itu, semua urusan surat menyurat dan dokumen rasmi kerajaan yang memerlukan penggunaan dan tandatangan atas nama Perdana Menteri hendaklah menggunakan nama rasmi Perdana Menteri seperti di atas.

BILA BAPAK BOREK ANAK RINTIK....BILA ADA PELUANG DAPAT KUASA TAK BUAT..

 May be an image of text that says "10:56 Tweet Laga Cawan Tuan puan Dalil sudah keluar! Anak kepada ulamak besar Pesuruhjaya PAS Perak. Kalau ayat Tuhan pun lebai boleh pusing, ayat Agong dengan Raja- Raja apa lebai nak an. Muhammad Rif'aat Razman 7h. La ni masih waktu Isyak. Ayah suruh solat Subuh segera awal waktu. Dia punya faham segera tu, sebelum tidur pukul 10 malam dah bentang sejadah solat Subuh. Dia faham ayah kata kena segera, jadi kena la taat cakap ayah. Bagus dan bijak anak ni. Arod"



Bila ada peluang dapat kuasa, tahu pulak bersegera sokong pengkhianat wujudkan kerajaan tebuk atap. Tak perlu keputusan majlis syura atau muktamar, berlari masuk PN.

Bila Agong minta SEGERA buka parlimen, siap cakap pulak Agong tak berikan tarikh bila kena buka parlimen. Bodo punya menteri lebai. Ko ingat Agong tu kerja kat Parlimen ke ? Ko menteri yang jaga Parlimen buat la kerja ko...takkan nak makan gaji haram? Agong suruh buat segera, buat je lah.

 

W.FAUDZIN

AMPUN TUANKU!! TITAH KEPADA YANG HIDUP, TALKIN KEPADA KERAJAAN YANG MATI.


1. GERAK menjungjung kasih ke bawah DYMM SPB Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja Raja Melayu diatas keperihatinan serta sikap dan tindakan SEGERA Duli Duli Tuanku.

2. Ianya selari dengan apa yang GERAK dan rakyat jelata lain suarakan agar tindakan SEGERA diambil bagi selamatkan negara daripada kemelut terburuk sejak Merdeka.

3. Malangnya kerajaan ini TIDAK ADA sikap dan tindakan SEGERA (Sense of Urgency) kerana kerajaan ini kerajaan yang mati malah tidak pernah hidup.

4. Kerajaan ini terdiri daripada mereka yang mencuri, menipu, merasuah dan menjual prinsip (melacur) untuk mendapatkan kuasa. Makanya tidak pernah ada ROH sebagai sebuah kerajaan.KERAJAAN INI TIDAK PERNAH HIDUP!

5. Lihatlah jawapan Menteri yang jaga hal ehwal Parlimen menjawab titah Tuanku agar Parlimen bersidang segera. Langsung tidak ada sense of urgency! Sebab dia tidak pernah HIDUP sebagai Menteri. Dia hidup sebagai pencuri kuasa yang setiap hari menjaga harta rampasannya!

6. Selama inipun adakah kita melihat dan merasai kerajaan ini hidup?

PERDANA MENTERI - Bekerja pun setengah hari. Sidang Akhbar dan soal jawab terbuka langsung tak ada. Menipu sepanjang masa. Terbaru, Pelan Pemulihan ternyata tipu. Mulanya umum sedang rangka pelan dan ambil masa beberapa minggu. Tiba-tiba 2 hari slps itu dia umumkan. Sehari sebelum Majlis Raja Raja bersidang. Itu bukan Pelan Pemulihan selamatkan rakyat. Itu Pelan selamatkan diri sendiri!

MENTERI PERTAHANAN - Jaga keselamatan dan SOP Pandemik. Jaga pintu depan sahaja.Pintu belakang bolos merintih di Media Sosial. Ini rupa menteri jaga keselamatan?

Penjaga reban ayam pun tahu erti JAGA maknanya jaga semua pintu dengan tegas dan tidak sekali-kali kompromi soal keselamatan.

MENTERI KESIHATAN - Siapa Menteri? Tanya rakyat mereka lebih tahu Ketua Pengarah Kesihatan daripada Menteri!

MENTERI KEWANGAN - Yang jaga Kementerian Kewangan itu Menteri atau CEO Bank?

MENTERI -MENTERI lain ? - Langsung batang hidup tak nampak, makan gaji buta

Oh ada MENTERI JAGA VAKSIN - Lihatlah bila Menteri yang jaga vaksin, apakah Rakyat rasa lebih selamat?

Jawapannya Rakyat tidak rasa lebih selamat, baik soal kesihatan maupun ekonomi kerana kerajaan ini tidak berfungsi. Kerajaan ini tidak pernah hidup. Yang terus mentadbir dan mengurus adalah pegawai-pegawai kerajaan!

7. Hakikatnya, kerajaan ini tidak pernah hidup. Kerajaan ini telah mati. Kerajaan ini tidak akan ada sense of urgency walaupun rakyat semakin ramai mati!

8. TITAH DIRAJA wajib dijunjung! Tetapi Titah tidak akan dijunjung oleh sebuah kerajaan yang mati. Kerajaan ini tidak akan menjunjung titah Tuanku. Kerajaan ini sepatutnya di TALKINKAN bukan di TITAH.

9. Ampun Tuanku, makanya kami hamba rakyat khususnya dari GERAK memohon agar DYMM lakukan sesuatu yang lebih luarbiasa untuk menamatkan kerajaan yang gagal ini. Krisis luarbiasa menuntut tindakan luarbiasa.

10. Kami percaya rakyat akan bersama Tuanku dalam membuat keputusan sukar ini. Kami juga yakin dan percaya Tuanku punya kebijaksaan bertindak sesuai peruntukan kuasa yang ada didalam Perlembagaan Negara walaupun mungkin tidak pernah dilakukan sebelum ini.

11. Terlibat paling penting, perutusan daripada MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU melambangkan satu keputusan tegas, peduli rakyat dan tiada tolak ansur dalam soal kestabilan kerajaan, salahguna kuasa. Amat jelas dan menyakinkan, Majlis Raja-Raja Melayu akan terus bersama DYMM Tuanku Agong dalam membuat keputusan tegas dan adil buat rakyat.

Ampun Tuanku, kami patik hamba rakyat memohon talkinkan sahaja kerajaan yang mati ini dengan PM dan semua jemaah Menteri berundur SEGERA!

DAULAT TUANKU!!

Mohamad Ezam Mohd Nor

Pertubuhan Perubahan Rakyat Malaysia

GERAK

17Jun 2021, 6 Zulkaedah 1442H.

 

SEKARANG, SIAPA YG DERHAKA?



1. KALAU zaman dolu-dolu, kenyataan Taki Rumba-rumba yg boleh dilihat samada membelit atau "Half Truth" terhadap titah YDPA dan MRRM sudah melayakkan dia sekurang-kurangnya dibuang daerah.

2. Cuba lihat dan baca betul-betul berita mengenai kenyataan Taki. Lihat video dlm Bicara Haramkahkah juga. (malas nak share atau promote Haramkahkah) Apa dia kata? Dia HANYA HIGHLIGHT ayat "SECEPAT MUNGKIN" dari Kenyataan Media Istana Negara melalui Dato' Pengelola Bijaya Diraja.

3. SEDANGKAN kita patut baca juga, BUKAN shj titah DYMM SPB YDPA melalui Kenyataan Media Istana Negara, tetapi baca BERSEKALI dengan Titah Ucapan DYMM Raja-raja Melayu (Persidangan SEMUA Raja Melayu diPengerusikan oleh YDPA) melalui PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA yg seperti di bawah :

"..... 𝘿𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩 𝙩𝙚𝙧𝙨𝙚𝙗𝙪𝙩 𝙍𝙖𝙟𝙖-𝙧𝙖𝙟𝙖 𝙋𝙚𝙢𝙚𝙧𝙞𝙣𝙩𝙖𝙝 𝙈𝙀𝙉𝙔𝙊𝙆𝙊𝙉𝙂 𝙙𝙖𝙣 𝙎𝙀𝙉𝘼𝘿𝘼 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙎𝙚𝙧𝙞 𝙋𝙖𝙙𝙪𝙠𝙖 𝘽𝙖𝙜𝙞𝙣𝙙𝙖 𝙔𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙞-𝙋𝙚��𝙩𝙪𝙖𝙣 𝘼𝙜𝙤𝙣𝙜 𝙮𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙞𝙩𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙜𝙖𝙧 𝙋𝙖𝙧𝙡𝙞𝙢𝙚𝙣 𝙎𝙀𝙂𝙀𝙍𝘼 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙞𝙙𝙖𝙣𝙜. 𝘿𝙞 𝙥𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜𝙠𝙖𝙩 𝙣𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞, 𝙍𝙖𝙟𝙖-𝙧𝙖𝙟𝙖 𝙋𝙚𝙢𝙚𝙧𝙞𝙣𝙩𝙖𝙝 𝙩𝙪𝙧𝙪𝙩 𝙗𝙚𝙧𝙥𝙚𝙣𝙙𝙞𝙧𝙞𝙖𝙣 𝙖𝙜𝙖𝙧 𝘿𝙚𝙬𝙖𝙣-𝙙𝙚𝙬𝙖𝙣 𝙐𝙣𝙙𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙙𝙞𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙞𝙙𝙖𝙣𝙜 𝙎𝙀𝘾𝙀𝙋𝘼𝙏 𝙈𝙐𝙉𝙂𝙆𝙄𝙉...."

4. Apakah Taki ni hanya mahu mengambil ayat dan perkataan yg menjadi hujah utk Parlimen dilewat-lewatkan bersidang sambil mengabaikan Titah MRRM?? Ini bukan kali pertama dia menjawab akan Titah yg dizahirkan oleh Raja-raja. Sebelum ini meskipun YDPA berpendirian bahawa sidang Parlimen BOLEH diadakan ketika Darurat, Taki pernah menolak pendapat itu.

5. Dulu, kemain lagi Walaun-cai MEMFITNAH KUNUNnya Pakatan Harapan tidak menghormati Insitusi Raja Berperlembagaan dan Raja-Raja Melayu. Mereka mainkan FITNAH dan PERSEPSI JAHAT kununnya PEMIMPIN dan penyokong-penyokong PH tidak menghormati Raja. KINI...lihatlah Menteri KESAYANGAN Walaun-cai membuat kenyataan yang bercanggah dgn titah MRRM.

6. Sebab itu juga saya sering kata Walaun-cai HaramJay adalah warganegara tidak berguna yg menyokong PNkhianat menjahanamkan negara ini. Berani mereka sanggah Taki? Saya rasa tidak, malah akan mempertahankan dia walau itu bercanggah dengan kenyataan DYMM RAJA-RAJA MELAYU itu sendiri.

7. Sekarang, siapa yang DERHAKA?

Wallahualam.

- Zus Din

17 June 2021

#KERAjaanGagal

#PNGAGAL