SAYA DAN AZIZAH MENYAMBUT KETIBAAN ROMBONGAN PRESIDEN JOKOWI.

 










Saya dan Azizah menerima tetamu istimewa dari negara sahabat Indonesia yakni Presiden Indonesia Bapak Joko Widodo di Seri Perdana hari ini.


Bapak Jokowi turut diiringi isterinya, Iriana Joko Widodo, menteri Kabinet dan pegawai kanan republik itu dalam lawatan kerja dua hari ke Malaysia.


Ruang lingkup ini juga peluang untuk kami mengukuhkan muafakat antara dua negara tetangga berkaitan isu mendesak seperti persempadanan, ekonomi dan keselamatan.


Moga lawatan ini terus memperkukuh hubungan dua hala Putrajaya-Jakarta lantas memanfaatkan rakyat kedua-dua negara. 


#MalaysiaMADANI



PMX DAN JOKOWI DI CHOW KIT


 

PRESIDEN JOKOWI DISAMBUT RAKYAT INDONESIA DI MALAYSIA


 

USTAZ ZUL MENGISAHKAN TENTANG AWAL DAN PUNCA KEJADIAN MEMALI.


 

KISAH MEMALI, HUKUM, DAN SIAPA YANG BUAT FATWA


 

SANUSI. KAMU BAWAK SEKARUNG DOKUMEN ATAU BUKTI UNTUK APA? INI BUKAN SAMAN FITNAH.


 

TUBA DIBERI, MADU YANG DIBALAS



“Saya tidak setuju kerana saya minta dibincangkan dalam pasukan petugas khas untuk meneliti secara tepat, apa keperluannya, dan ada syarat, umpamanya pengurusan serta memenuhi beberapa pelaksanaan projek. “Bergantung pada laporan pasukan petugas khas, saya fikir boleh diturunkan lagi jumlahnya,” katanya dipetik Free Malaysia Today, 1 Jun lalu.





Rakaman: Sidang media Anwar Ibrahim bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo

[mengejutkan] BERITA TERKINI SHAHIDAN DAN HADI AWANG DISIASAT POLIS! RAM...



Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) dan Tan Sri Abdul Hadi Awang telah disiasat oleh pihak Polis Diraja Malaysia. Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Shahidan disiasat di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan rancangan menjatuhkan kerajaan sekarang. Hadi pula disiasat di bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan usaha menumbangkan kerajaan sedia melalui sistem demokrasi negara. Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan menjenayahkan perbuatan membuat kenyataan yang mendatangkan khianat awam. Siasatan kes merujuk kepada Hadi mendakwa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tumbang.





DULU LAIN ,SEKARANG PUN LAIN

 Ketika ini, suatu waktu dahulu...



Dulu, Mahathir hina Syuhada Memali, PAS bising PH diam. Padahal kejadian tu berlaku disebabkan oleh fatwa sesat Hadi.


Hari ini, PAS jadi syaitan bisu bila terpaksa berlutut pada si tua biadap (istilah PAS) yang hina Syuhada Memali. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


ADA LAGI SAKI BAKI....

 


DS Zahid Hamidi, masih ada lagi saki baki kluster Mahiaddin ke dalam UMNO? Kenapa suka tembak kaki sendiri? Ke sebab belum dapat jawatan ni? Tak bagus dilihat rakyat kalau terus begini. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


MALAM TADI DI SARAWAK MENYAMBUT PESTA GAWAI



Malam tadi di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak bagi menghadiri Sambutan Gawai Dayak peringkat Kebangsaan. 


Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan isterinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib menjadi tetamu utama dalam majlis ini yang turut dihadiri Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta pemimpin persekutuan dan negeri.


Sewaktu majlis ini saya amat tertarik dengan cogan kata Segulai Sejalai atau Bersama Untuk Perpaduan yang digunakan di Sarawak untuk sambutan Hari Gawai ini.


Cogan kata ini telah saya angkat sebagai cogan kata perpaduan untuk seluruh negara dan ia juga bertepatan dengan matlamat Kerajaan Perpaduan untuk mengukuhkan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.


Sudah tiba masanya rakyat khususnya di Semenanjung untuk belajar dari Sarawak bagaimana perpaduan di antara pelbagai kaum dapat digunakan untuk membina negara.


Ia juga seiring dengan titah KDYMM Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tentang perlunya semangat perpaduan dipupuk, dan tidak menimbulkan isu-isu yang boleh memecahbelahkan masyarakat.


Pada majlis sama saya turut umumkan peruntukan RM10 juta kepada kerajaan Sarawak untuk inisiatif pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).


#MalaysiaMADANI 

#SegulaiSejalai


BILA KITA CAKAP SESUATU YANG BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN..

 



Cerita dia mudah. Sanusi bercakap sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan. Itu je.


Bawalah 18 lori dokumen pun, bila butir percakapan itu menentang kandungan Perlembagaan, maka ia suatu jenayah yang nyata.


Sebagai MB, Sanusi sepatutnya lebih bertanggung jawab. Tapi begitulah bila dapat jawatan pun ikut tebuk atap. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


TENGAHARI JOM KITA BERHIBUR DENGAN PARODI KAU KENAL AKU SIAPA ?


 

MEMANG ORANG KEDAH CAKAP LEMBUT SAJA- TAPI LIHAT JUGA MACAMANA SESEORANG ITU DIBESARKAN DAN DIDIDIK SEJAK KECIL


 

INI RINGKASAN KENAPA PN TIDAK MAHU BAHAS ISU LKAN

 


MAHATHIR ORANG YANG BUAT SILAP TAPI TIDAK MAHU MENGAKU

 


Siapa Mahathir? Orang yang sentiasa buat silap tapi tak pernah mengaku, tetapi hanya mahu salahkan orang lain.


Mahathir pernah ada beberapa timbalan yang hebat tapi sebab sayangkan jawatan dan rasa tergugat, mereka dipecat.


Sebelum Mahathir letak jawatan, dia pilih Paklah sebagai penggantinya. Walaupun Paklah tu jauh daripada layak.


Mahathir buat macam dia raja pulak. Jawatan PM tu macam turun temurun, dia boleh pilih siapa jadi penggantinya.


Bila Paklah tak perform, patut Mahathir mengaku dia dah salah pilih. Tapi tak, dia salahkan Paklah bulat-bulat.


Dia hasut supaya Paklah disingkirkan. Setiap hari meroyan kutuk Paklah. Sampailah akhirnya Paklah mengalah.


Kemudian dia juga yang pilih Najib dilantik jadi PM. Mahathir buat macam dia sorang je tahu siapa layak jadi PM.


Kemudian bila Najib tak layan kroni dia, tambah lagi terbongkar skandal 1MDB, Mahathir hasut supaya Najib disingkirkan.


Tapi Najib liat sikit. Tak macam Paklah. Sampaikan Mahathir terpaksa tunduk kepada DS Anwar untuk buang Najib.


Tapi pokoknya di sini, Mahathir rosakkan negara ini dengan keputusan dan pilihannya yang salah. Tapi tak mengaku.


Kalau Mahathir tak pecat Tun Musa dan DS Anwar dulu, mungkin negara kita lebih maju. Kalau Paklah tak dilantik jadi PM, mungkin kita tak ke belakang. 


Kalau Najib tak jadi PM, tak banyak duit kita hilang. Dan kalau Mahathir tak letak jawatan, Mahiaddin tak jadi PM dan tak adalah tersiksa hidup rakyat.


Mahathir rosakkan negara ini dengan kerap masuk campur urusan pentadbiran. Macam orang lain tak tahu kerja.


Sekarang ni masih ada nak percaya cakap Mahathir lagi? Tak cukup lagi saksikan kerosakan yang dia puncakan?


Orang yang sayangkan negara nescaya takkan lagi layan cakap Mahathir. Dia tak lagi relevan. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.



SIKIT LAGI KISAH KEDAH DAN MB BENGAP


 

SANUSI. HANG TAU APA BAB MISKIN ?JOM KITA LIHAT KELAKU DIA .


Ahmad Shahril

 

Sembang sal KEMISKINAN sedangkan diri sendiri tak tau apa itu KEMISKINAN...


#blueberry


AJAK BINCANG BAB KEPINCANGAN LKAN HANGPA TAK MAU. BINCANG BAK KUT TEH...APA PUNYA LEKEH PARTI NI.


 

SANUSI.. HANG TAK PAYAH NAK PERLEKEHKAN ANWAR LA. HANG SEHARI PUN BELOM MASUK JEL. KALI NI HANG SILAP MEMANG DOK DALAM

 


SUDAH SUDAH LAH MAHATHIR.. KAMU DAN MAHIADDIN TIDAK LAIN SELAIN DARI CUBA SELAMATKAN DIRI KAMU....


 

JANGAN SALEKTIF KALAU TAK MAHU BAHAS.


 

TERBAIK NGA KO MENG. JANGAN PEDULI WALAUN.MENTERI DEPA DULU HAPA PUN TARAK.....


 

DI AKHIRAT NANTI- KAMU MOHD SANUSI BIN MOHD NOOR......ADAKAH KAMU MEMBANTU RAKYAT MISKIN MEMBINA KEHIDUPAN MEREKA ?




Memang siasat kat Akhirat lagi teruk! Nak² orang yang kuat memfitnah! Kerana dosa memfitnah itu lebih berat dari membunuh! 




Firman Allah SWT


وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ


Maksudnya: ... dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan...


(Surah Al-Baqarah: 191)


وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ


Maksudnya: Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan.


(Surah Al-Baqarah: 217)


Ps: Camanalah orang yang kuat fitnah & mencarut spt Sanusi ni boleh dibenarkan jadi Tok Khatib? Memalukan agama betullah! 😥😥





KETUA BLOK PEMBANGKANG, TUN MAHATHIR SUDAH RAMPAS KEDUDUKAN MAHIADDIN?




Ketua Pembangkang di Parlimen ialah Hamzah Zainuddin, manakala ketua kepada blok pembangkang di luar Parlimen adalah Mahiaddin Md Yasin atas kapasitinya selaku Pengerusi PN.

PN mempunyai 74 Ahli Parlimen, manakala Ahli Parlimen yang bersama kerajaan perpaduan ialah seramai 148 orang.

Ertinya, selain PN, tidak ada mana-mana parti atau gabungan lain yang mempunyai wakil di Parlimen.

Dengan kedudukan Mahiaddin dan Hamzah itu, juga tidak ada pihak lain yang boleh diiktiraf untuk bercakap berkenaan blok pembangkang PN diterajui PN itu.

Tetapi, sejak semalam di mana berlangsungnya rundingan meja bulat parti-parti Melayu serta NGO yang menyokong Proklamasi Orang Melayu, Tun Mahathir Mohamad seolah-olah telah memproklamasi dirinya sendiri selaku ketua blok pembangkang di negara ini.

Bercakap dalam sidang media selepas rundingan meja bulat itu, Tun Mahathir antara lain berkata, semua pihak yang menandatangani Proklamasi Orang Melayu telah sepakat untuk bekerjasama dalam PRN enam negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Menurut beliau, semua pihak itu juga memutuskan untuk tidak bertanding sesama sendiri dan sedang memikirkan untuk bertanding bersama-sama.

“Itu tujuan kita hari ini dan kita semua setuju perlunya kita bergerak bersama.

“Kalau PRU pun kita akan bergerak bersama.

“Kalau tak ada kuasa tak boleh buat apa pun,” kata beliau.

Ehhh…apa cerita ni?

Siapa yang memberi autoriti untuk Tun Mahathir memutuskan demikian bagi pihak blok pembangkang?

Dalam rundingan meja bulat itu, selain Hamzah tidak hadir kerana berada di luar negara, Mahiaddin juga tidak hadir disebabkan keuzuran.

Hanya dilaporkan bahawa Mahiaddin bakal bertemu Tun Mahathir dalam waktu terdekat ini sebagai susulan kenyataannya minggu lalu yang menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri berusia 98 tahun itu.

Kenapa Tun Mahathir tidak menunggu sehingga bertemu Mahiaddin terlebih dahulu sebelum membuat pengumuman mengenai kerjasama parti-parti pembangkang dalam PRN?

Atas kapasiti apa Tun Mahathir berkata demikian?

Beliau mewakili parti apa dan sebagai pengerusi gabungan mana?

Adakah Proklamasi Orang Melayu yang digerakkannya itu sebuah entiti yang sah dan bila masa pula ia boleh bercakap mewakili blok pembangkang?

Adakah Tun Mahathir sebenarnya mahu merampas kedudukan Mahiaddin?

Bukankah sebagai orang tang datang kemudian dalam blok pembangkang, Tun Mahathir sepatutnya hanya layak menjadi pengikut dan membiarkan apa-apa perkara mengenai blok pembangkang diputuskan oleh Mahiaddin?

Akhirnya sebelum terlambat dan keadaan jadi gawat, sebagai pesanan buat Mahiaddin selaku ketua blok pembangkang di negara ini – berhati-hatilah selalu dengan Tun Mahathir.

Sebagaimana Tun Mahathir pernah bermusuh, kemudian berbaik tetapi akhirnya mengkhianati juga Anwar Ibrahim, tidak mustahil ulangan drama yang sama akan berulang kembali, tambahan lagi beliau sebelum ini pernah melabel Mahiaddin sebagai pengkhianat sebenar berikutan peristiwa Langkah Sheraton pada 2020 dahulu. – ShahbudinHusin 08/06/2023.


DATO MAT SAID DEDAH ISU TANAH DI TERENGGANU.MB TERLIBAT?.


 

TN IBRAHIM TN MAN- INI KAH BUKTINYA .


 

DI MANA JENTERA ANWAR ? ISU HENTAM SILIH BERAGANTI. NAMUN TIADA SIAPA MEMBELANYA.


 

PATUT TAK MAHU BAHAS. RUPANYA BANYAK KETIRISAN.

 


Ahmad Shahril


Patut la lari tak nak bahas dlm sidang parlimen...bukan sikit2 ketirisan tu 3bilion,10 bilion...


#blueberry


HANIF OMAR MOHON MAAF KEPADA LIM KIT SIANG


 

MOMOK KOMUNIS




Nak dekat PRN ni, penunggang akan tunggang habis2an cerita komunis. Dia tahu orang kita cukup sensitif. 


Saya teringat dulu saya balik ke kampung Opah saya di Pasir Salak. Dia ceritakan bapanya di bunuh tentera Jepun masa Perang Dunia Kedua. Masa tu saya masih kecil, saya tanyakan pada Opah. 


“Tentera Jepun tu sama dengan komunis ke Opah?” 


“Lain tu. Tentera Jepun ni dari Jepun, kejam dan teruk, dia buat macam2 kat orang kampung. Komunis ni orang Melayu pun ada. Cina paling banyak la”. 


Tersentak saya. Eh orang Melayu pun masuk komunis? Saya tak percaya, saya tanya pada Atok pulak. Atok cakap Melayu masuk Komunis ni pengkhianat bangsa. 


Kenapa? Walaupun diaorg lawan British dulu kala, tapi Atok cakap komunis juga nak hapuskan Raja2. 


Otak saya register benda tu sampai la besar dan belajar dalam bidang perundangan. Kami ambil subjek Jurisprudence, iaitu ilmu falsafah undang2. Kena la belajar segala teori. Termasuklah komunism yang dipelopori oleh Karl Marx. 


Apa yang saya belajar, Komunism, pada awalnya, ialah suatu gerakan buruh menentang kapitalis. Ia merupakan idea ekonomi utopia untuk negara yang mundur. Membolehkan tiada jurang antara miskin dan yang kaya. Semua sama saja. 


Namun, ia tak boleh dilaksanakan kerana ketamakan manusia. Tambah pula dihijack oleh diktator seluruh dunia, buat ia jadi gerakan jahat pula. 


************************


Masa saya mengaji di England, ada kawan yang buat jurusan War Studies. Selalu teman dia belajar di library di SOAS- School of Oriental and African Studies. Satu rumpun kolej dengan saya punya Uni. 


Selalu kami sembang pasal falsafah dan teori. Paling menarik mengenai propaganda perang. Yang dibuat oleh penjajah ke atas rakyat taklukan mereka. Termasuk la apa yang berlaku di Malaya. 


Saya dapati, gerakan komunis di Malaya bermula dengan kesatuan gerakan buruh pelbagai kaum. Melawan imperialsim British. 


British sebenarnya sangat takut Melayu masuk Komunis kerana kaum Melayu akan punya semangat peribumi nak merdekakan negara sendiri. Berbanding golongan buruh luar kerana mereka boleh kembali ke negara mereka sendiri. Tambah teori Karl Marx tu dekat dan boleh pengaruh orang miskin dan petani. Melayu especially. 


British tahu kalau petani Melayu bergabung dengan pelombong Cina dan orang India di estet2, orang Malaya akan jadi kuat menentang mereka. British akan hilang taraf tuan atau Master. 


Makanya nak buat orang Malaya tak bersatu padu melawan, mereka adakan perang saraf. Laga2kan anak watan dan pendatang buruh yang ada. 


Perang saraf pun digiatkan untuk burukkan komunis seteruk2nya. Terutamanya di kalangan Melayu. Mereka tekankan Komunis anti agama dan nak bunuh Raja. Permainkan sentimen orang Melayu kerana itu sensitiviti kita.  


Dan perang saraf mereka berjaya, tak ramai Melayu yang sertai komunis, adalah beberapa kerat saja. Tambah orang Cina pula ramai yang sertai komunis sebab nak lawan British dan Jepun selepas tu. 


Makanya, dasar pecah dan perintah itu berjaya sekali. Antara kaum di Malaya sangsi sesama sendiri. Tambah pula lepas Jepun pergi, communist wanted to take over our country. Tu yang tambah teruk, hubungan antara kaum. British biarkan kita gaduh sesama sendiri. 


Orang Cina anggap Melayu tali barut tentera British dan Jepun yang kejam pada mereka. Orang Melayu anggap orang Cina pula semua komunis yang nak take over negara. 


Itu lah stigma yang tinggal, yang dihadap sekarang oleh kita. Walaupun dah 66 tahun kita merdeka. Legasi orang British dengan prinsip divide and rule mereka. 


************************


Sekarang, divide and rule ini pulak geng2 politikus take over. Gunakan momokan komunis keatas orang Cina. 


Walhal, kalau nak berniaga dan jadi proxy, kaum Cina juga yang politikus guna. Tengokkan la kes Jana Wibawa, 1MDB dan PERWAJA. Siapa yang tolong politikus jadi kaya dan buat salahguna kuasa? Sama ada untuk mereka atau parti mereka? 


Negara Komunis China juga mereka angkat dan julang macam tiada apa2. Siap panggil Big Brother. 


Di kalangan rakyat bawah, dilagakan2 kita. Benci Cina komunis sehabisnya. Mereka cakap tak serupa bikin jua. 


Kang ada la taksuber kata LM dah jadi pro komunis. Sebab benda yang saya tulis di atas 🤦🏻‍♀️


Set2 ni otaknya tak terbuka nak terima fakta dan sejarah. Saya dah biasa. Tapi saya tetap akan bersuara. Kalau bukan untuk mereka untuk anak2 kita. 


Kepada taksuber, teruskan la pajak otak pada politikus. Di kalangan mereka ada je nak kita bergaduh antara kaum sebab momokan mereka. 


Walhal, mereka dengan geng “komunis” mereka, rilex je happy hour sama2. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



AKHLAK ISLAM AJAR KITA SUPAYA BERCAKAP DENGAN BAIK.


 

KENAPA KERAJAAN MUDAH TEWAS PERSEPSI?




Norman Radzuan


PN pantas manipulasi Wacana

ANNUAR DILIHAT HERO MELALUI TIK TOK


Semalam saya hadir ke pejabat Sinar Harian utk melihat sendiri live Wacana dgn tajuk ‘ PRN siapa yang patut rakyat pilih’.


Saya terpanggil utk hadir kerana dua sebab… pertama kerana panel bernama Annuar Musa dan kedua panel bernama Nor Azrina.


Saya hadir kerana tahu Annuar Musa terkenal dgn kebijaksanaannya memanipulasi isu. Ucapannya mungkin ada yg terpukau tetapi jika anda seorang yg kritikal, pasti tahu Annuar berhujah memanipulasi fakta.


Contohnya dia mengatakan UMNO gadaikan prinsip ketika PAU apabila bersetuju menolak ‘No Anwar, No DAP’… akhirnya hadirin yg majoriti penyokong UMNO dan PKR menjerit ‘No Bersatu’. 


Akhirnya Annuar Musa terpaksa mengalah bahawa fakta sebenar ‘No Anwar, No Dap dan No Bersatu’ bila ada jeritan penonton ‘ Kalau nak zikir biar sampai habis.’


Annuar juga mengatakan sebenarnya PN lebih dahulu mempunyai SD utk dilantik menjadi kerajaan. Fakta sebenarnya di ‘boo’ oleh penonton bahawa SD tidak laku lagi ketika Akta Lompat Parti telah diperkenalkan.


Apabila soalan dari penonton, Hussin dituju kpd Annuar mengenai prinsip, dia tidak menjawabnya. Sama juga dgn soalan dari Iswardy Morni mengenai nama Allah di Mahkamah, Annuar mengakui dia tidak tahu mengenai undang2. Itu antara sebahagian keadaan sebenar dan bukan seperti dilihat suntingan klip video di Tik Tok.


Agak tempang atau tidak seimbang apabila Sinar Harian menjemput Nor Azrina Surip sebagai salah seorang ahli panel mlm tadi. Saya tertanya mengapa Sinar Harian menjemput panelist yg kurang dikenali dan juga kurang petah berhujah.


Kebimbangan saya terjawab, Nir Azrina gagal mengimbangi serangan Annuar Musa dan Rahim Thambi Chik yg terkenal kepetahan mereka berhujah dgn propaganda perkauman. Sepanjang hujah Annuar dan Rahim seperti dijangka sentiasa menyebut DAP DAP DAP.


Nasib baik Shakar byk membantu melawan provokasi atau tohmahan Annuar dan Rahim. Nir Azrina sepatutnya menolak jemputan tersebut dan minta diganti dgn Shamsul Iskandar, Lokman Adam atau Iswardy Morni utk berhadapan individu seperti Annuar Musa yg terkenal dgn kelicikan memanipulasi fakta.


Selepas program tamat,  berborak dgn rakan2 di kedai mamak. Pulang ke rumah jam 2 pagi… apa yg mengecewakan saya Cytro PN sgt pantas mengedit Wacana tersebut seolah olah Annuar Musa hero pada malam itu. Sdgkan sebalik yg berlaku kerana saya berada di situ.


Hampir 9 video di Tik Tok mengenai Wacana Sinar Harian malam tadi kesemuanya video editing Cytro PN. Pantas mereka buat kerja dan saya tertanya tanya di mana Cytro Kerajaan Perpaduan? 


Dlm dunia teknologi medsos kekuatan kempen bukan sahaja content tetapi kepantasan menguasai berita2 terkini. Saya melihat team psywar Pakatan Nasional  tersusun, lebih strategi dan pantas.



PN NAK CUBA NASIB. TAPI KEMPEN KEBENCIAN TERHADAP RAKYAT.


 

KONTRAK AKSB LULUSKAN KEPADA SYARIKAT KRONI BUKAN BUMIPITERA.


 

DSAI BERTEMU SULTAN SELANGOR BERKAITAN ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH SEBAGAIMANA YANG SEPATUTNYA .

 







Saya telah menghadap DYMM Sultan Selangor hari ini dan menyembah maklum kepada Baginda berhubung keputusan Kerajaan dalam kes Jill Ireland melawan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia di Mahkamah Rayuan.


Dalam sesi menghadap tersebut, saya telah menjelaskan pendirian Kerajaan Persekutuan yang menghormati undang-undang yang berkuatkuasa di negeri-negeri dan kedudukan Raja-Raja Melayu yang bertindak sebagai Ketua Agama Negeri dalam menentukan perkara berkaitan agama Islam di peringkat negeri serta peranan Majlis Raja-Raja dalam menentukan perkara berkaitan agama Islam di peringkat Persekutuan.


Selepas berbincang dengan DYMM Sultan Selangor, saya menghormati pandangan Baginda yang selari dengan keputusan Jemaah Menteri Mei lalu bahawa isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak lebih sesuai diperkemas dan diperjelaskan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang berperanan menasihati Majlis Raja-Raja.


Sehubungan itu, Baginda sebagai Pengerusi MKI telah bersetuju membawa perkara ini untuk dibincangkan dalam majlis berkenaan pada Ogos ini sebelum ia diangkat untuk pertimbangan dan penelitian Majlis Raja-Raja pada bulan Oktober pula.


Justeru, saya sekali lagi menegaskan pendirian Kerajaan Persekutuan untuk memperaku dan menerima pakai dasar sedia ada yang menghadkan penggunaan kalimah Allah kepada orang Islam di Semenanjung Tanah Melayu serta kelonggaran bersyarat oleh orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak.


Kerajaan juga memberikan komitmen untuk memperkemas dasar sedia ada berdasarkan ketetapan Majlis Raja-Raja yang akan diangkat sebagai suatu dasar muktamad berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia.


#MalaysiaMADANI



JANGAN DIPERBODOHKAN RAKYAT TERENGGANU...KAMI BUKAN WALAUN


 

HADI KETAWA BILA MAHATHIR KATA PADA ALLAHYARHAM NIK AZIZ


 

HASIL DI SEKINCHAN 10-12 TAN BAGI SATU HEKTAR. DI KEDAH 5 TAN SAJA.....NUSI NAK CERITA APA.


 

BAGAIMANA NAK KENAL ULAMA SU


 

ITU DUIT RAKYAT BUKAN DUIT MAK BAPAK.,....

 


Ahmad Shahril


Awat pandir nya mamat ni,kena bahas la sebab tu babitkan duit rakyat dan rakyat berhak tau kemana duit mereka di gunakan....di ulangi sekali lgi itu duit rakyat bukan duit hang atau duit mak ayah hang....Faham.


#blueberry



KIT SIANG MENJADI KETUA PEMBANGKANG DAN MENJADI CHECK AND BALANCE KEPADA KERAJAAN


 

Sebelum di siasat Polis. Lepas di siasat Polis.




MMMS


Sembang deras macam tong kosong, hingaq tak sangga tapi hanya propa. Dia sendiri kata nak pinda perlembagaan persekutuan, bila kena siasat terus ubah nada.  Ikut pattern kes dia langgar pkp tengok raptor pun sama tapi kali in ni zaman kerajaan madani, harap dakwa sebab hasut perpecahan dalam masyarakat.

BILA KENA PANGGE HANG UBAH CERITA. RAKAMAN ADA. TAK KIRA DIPENTAS CERAMAH ATAU SEBAGAI MB


 

AHLI UMNO PERLU BIJAK.