MOMOK KOMUNIS




Nak dekat PRN ni, penunggang akan tunggang habis2an cerita komunis. Dia tahu orang kita cukup sensitif. 


Saya teringat dulu saya balik ke kampung Opah saya di Pasir Salak. Dia ceritakan bapanya di bunuh tentera Jepun masa Perang Dunia Kedua. Masa tu saya masih kecil, saya tanyakan pada Opah. 


“Tentera Jepun tu sama dengan komunis ke Opah?” 


“Lain tu. Tentera Jepun ni dari Jepun, kejam dan teruk, dia buat macam2 kat orang kampung. Komunis ni orang Melayu pun ada. Cina paling banyak la”. 


Tersentak saya. Eh orang Melayu pun masuk komunis? Saya tak percaya, saya tanya pada Atok pulak. Atok cakap Melayu masuk Komunis ni pengkhianat bangsa. 


Kenapa? Walaupun diaorg lawan British dulu kala, tapi Atok cakap komunis juga nak hapuskan Raja2. 


Otak saya register benda tu sampai la besar dan belajar dalam bidang perundangan. Kami ambil subjek Jurisprudence, iaitu ilmu falsafah undang2. Kena la belajar segala teori. Termasuklah komunism yang dipelopori oleh Karl Marx. 


Apa yang saya belajar, Komunism, pada awalnya, ialah suatu gerakan buruh menentang kapitalis. Ia merupakan idea ekonomi utopia untuk negara yang mundur. Membolehkan tiada jurang antara miskin dan yang kaya. Semua sama saja. 


Namun, ia tak boleh dilaksanakan kerana ketamakan manusia. Tambah pula dihijack oleh diktator seluruh dunia, buat ia jadi gerakan jahat pula. 


************************


Masa saya mengaji di England, ada kawan yang buat jurusan War Studies. Selalu teman dia belajar di library di SOAS- School of Oriental and African Studies. Satu rumpun kolej dengan saya punya Uni. 


Selalu kami sembang pasal falsafah dan teori. Paling menarik mengenai propaganda perang. Yang dibuat oleh penjajah ke atas rakyat taklukan mereka. Termasuk la apa yang berlaku di Malaya. 


Saya dapati, gerakan komunis di Malaya bermula dengan kesatuan gerakan buruh pelbagai kaum. Melawan imperialsim British. 


British sebenarnya sangat takut Melayu masuk Komunis kerana kaum Melayu akan punya semangat peribumi nak merdekakan negara sendiri. Berbanding golongan buruh luar kerana mereka boleh kembali ke negara mereka sendiri. Tambah teori Karl Marx tu dekat dan boleh pengaruh orang miskin dan petani. Melayu especially. 


British tahu kalau petani Melayu bergabung dengan pelombong Cina dan orang India di estet2, orang Malaya akan jadi kuat menentang mereka. British akan hilang taraf tuan atau Master. 


Makanya nak buat orang Malaya tak bersatu padu melawan, mereka adakan perang saraf. Laga2kan anak watan dan pendatang buruh yang ada. 


Perang saraf pun digiatkan untuk burukkan komunis seteruk2nya. Terutamanya di kalangan Melayu. Mereka tekankan Komunis anti agama dan nak bunuh Raja. Permainkan sentimen orang Melayu kerana itu sensitiviti kita.  


Dan perang saraf mereka berjaya, tak ramai Melayu yang sertai komunis, adalah beberapa kerat saja. Tambah orang Cina pula ramai yang sertai komunis sebab nak lawan British dan Jepun selepas tu. 


Makanya, dasar pecah dan perintah itu berjaya sekali. Antara kaum di Malaya sangsi sesama sendiri. Tambah pula lepas Jepun pergi, communist wanted to take over our country. Tu yang tambah teruk, hubungan antara kaum. British biarkan kita gaduh sesama sendiri. 


Orang Cina anggap Melayu tali barut tentera British dan Jepun yang kejam pada mereka. Orang Melayu anggap orang Cina pula semua komunis yang nak take over negara. 


Itu lah stigma yang tinggal, yang dihadap sekarang oleh kita. Walaupun dah 66 tahun kita merdeka. Legasi orang British dengan prinsip divide and rule mereka. 


************************


Sekarang, divide and rule ini pulak geng2 politikus take over. Gunakan momokan komunis keatas orang Cina. 


Walhal, kalau nak berniaga dan jadi proxy, kaum Cina juga yang politikus guna. Tengokkan la kes Jana Wibawa, 1MDB dan PERWAJA. Siapa yang tolong politikus jadi kaya dan buat salahguna kuasa? Sama ada untuk mereka atau parti mereka? 


Negara Komunis China juga mereka angkat dan julang macam tiada apa2. Siap panggil Big Brother. 


Di kalangan rakyat bawah, dilagakan2 kita. Benci Cina komunis sehabisnya. Mereka cakap tak serupa bikin jua. 


Kang ada la taksuber kata LM dah jadi pro komunis. Sebab benda yang saya tulis di atas 🤦🏻‍♀️


Set2 ni otaknya tak terbuka nak terima fakta dan sejarah. Saya dah biasa. Tapi saya tetap akan bersuara. Kalau bukan untuk mereka untuk anak2 kita. 


Kepada taksuber, teruskan la pajak otak pada politikus. Di kalangan mereka ada je nak kita bergaduh antara kaum sebab momokan mereka. 


Walhal, mereka dengan geng “komunis” mereka, rilex je happy hour sama2. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki