Alif Kadir
Wow! Program apa tu? Sampai ajak budak² birukan N9 lagi. Tu laa, jangan ingat dalam JKOM aje ada deepstate tukang bocor email dalaman.
Dalam MOHE pun ada tau. Bezanya dalam MOHE tak de dinosaur hat tak reti nak pencen aje.
Alif Kadir
Wow! Program apa tu? Sampai ajak budak² birukan N9 lagi. Tu laa, jangan ingat dalam JKOM aje ada deepstate tukang bocor email dalaman.
Dalam MOHE pun ada tau. Bezanya dalam MOHE tak de dinosaur hat tak reti nak pencen aje.
Oleh: *Shahbudin Embun*
Penganalisis Politik
Pengerusi Biro Kepimpinan & Pentadbiran Kerajaan
Majlis Perundingan Melayu (MPM)
*Sejarah tidak pernah menilai seseorang pemimpin hanya berdasarkan kritikan semasa. Sejarah menilai keberanian, pengorbanan dan keikhlasan ketika memimpin sebuah negara yang sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran*
Keputusan Pilihan Raya Negeri Johor baru-baru ini bukan sekadar menentukan siapa yang membentuk kerajaan negeri. Ia turut membawa satu mesej yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.
Ramai mula bermuhasabah dan menyedari bahawa mungkin selama ini kita terlalu cepat menghukum Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim (PMX).
Selama ini kita terlalu banyak melihat apa yang belum berjaya dilakukan, tetapi kurang memberikan perhatian kepada apa yang telah berjaya dicapai dalam keadaan yang amat mencabar.
Hakikatnya, PMX tidak mewarisi sebuah negara yang berada dalam keadaan mudah.
Beliau mengambil alih tampuk pemerintahan ketika ekonomi dunia masih belum pulih sepenuhnya daripada kesan pandemik, konflik geopolitik semakin meruncing, kos sara hidup meningkat, pelabur antarabangsa menjadi lebih berhati-hati dan landskap politik negara pula memerlukan sebuah Kerajaan Perpaduan yang stabil.
Inilah realiti yang diwarisinya.
Namun beliau tidak pernah memilih jalan mudah.
Beliau memilih untuk memikul amanah.
Beliau memilih untuk bekerja.
Beliau memilih untuk berkhidmat kepada negara.
Rakyat sendiri dapat melihat bagaimana jadual beliau hampir tidak mengenal waktu rehat. Sama ada di dalam negara mahupun di luar negara, beliau sentiasa berusaha membawa masuk pelaburan, membuka peluang pekerjaan, memperkukuh hubungan diplomatik serta mengangkat semula imej Malaysia di mata dunia.
Sudah tentu masih ada rakyat yang bertanya mengapa reformasi berjalan lebih perlahan daripada yang diharapkan.
Jawapannya juga perlu difahami dengan jujur.
Malaysia hari ini ditadbir melalui sebuah Kerajaan Perpaduan yang memerlukan persefahaman antara pelbagai parti. Banyak pembaharuan institusi memerlukan sokongan Parlimen dan proses perundangan yang bukan boleh diselesaikan oleh seorang Perdana Menteri sahaja.
Walaupun berhadapan dengan pelbagai kekangan tersebut, Malaysia tetap mencatatkan perkembangan yang memberangsangkan dalam beberapa bidang.
Keyakinan pelabur terus diperkukuhkan.
Malaysia semakin mendapat perhatian dalam sektor teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), pusat data dan industri semikonduktor.
Disiplin fiskal diperkukuhkan melalui usaha mengurangkan defisit secara berperingkat.
Sektor pelancongan kembali pulih dan projek-projek strategik seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) terus menunjukkan kemajuan.
Di pentas antarabangsa pula, Malaysia terus mengamalkan dasar luar yang seimbang dengan menjalinkan hubungan baik bersama pelbagai kuasa dunia tanpa mengabaikan kepentingan negara.
Semua ini bukan berlaku secara kebetulan.
Ia lahir daripada usaha yang berterusan.
Namun sebagai seorang penganalisis politik, saya juga berpandangan bahawa kerajaan masih mempunyai ruang yang besar untuk melakukan penambahbaikan.
Isu kos sara hidup masih perlu diberi perhatian yang lebih serius.
Kecekapan penyampaian perkhidmatan awam perlu terus dipertingkatkan.
Agenda reformasi institusi juga wajar diteruskan secara berperingkat dengan mendapatkan sokongan yang lebih luas.
Inilah harapan rakyat.
Tetapi dalam kita menegur, marilah kita berlaku adil.
Janganlah kita menafikan setiap usaha yang telah dilakukan hanya kerana masih ada kelemahan yang belum dapat diselesaikan.
Sebagai rakyat Malaysia, kita berhak mengkritik kerajaan.
Namun kita juga mempunyai tanggungjawab untuk menghargai setiap usaha yang membawa manfaat kepada negara.
Perbezaan pandangan politik adalah lumrah dalam demokrasi.
Tetapi kestabilan negara, kemakmuran ekonomi dan perpaduan rakyat mesti sentiasa menjadi keutamaan.
Saya percaya bahawa sejarah akhirnya akan memberikan penilaian yang lebih adil terhadap kepimpinan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Beliau bukan seorang pemimpin yang sempurna.
Tiada seorang pun pemimpin yang sempurna.
Namun beliau telah menunjukkan kesungguhan, komitmen dan daya tahan yang tinggi dalam memimpin Malaysia pada saat negara melalui tempoh yang amat mencabar.
Marilah kita memberikan beliau ruang untuk meneruskan usaha membina sebuah Malaysia yang lebih makmur, stabil dan dihormati.
Kritikan yang membina akan menjadikan kerajaan lebih baik.
Sokongan yang bertanggungjawab pula akan menjadikan negara lebih kuat.
Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan, kekuatan, kebijaksanaan dan petunjuk kepada YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam memikul amanah besar memimpin negara.
Marilah kita bersama-sama mempertahankan kestabilan, memperkukuhkan perpaduan dan mewariskan sebuah Malaysia yang lebih baik kepada generasi akan datang.
"Negara ini tidak akan maju hanya dengan kritikan semata-mata. Negara akan maju apabila seluruh rakyat bersedia berganding bahu, menghargai setiap usaha yang ikhlas, menegur dengan hikmah dan meletakkan kepentingan Malaysia mengatasi segala perbezaan politik."
Yang Benar,
Shahbudin Embun
Penganalisis Politik
Pengerusi Biro Kepimpinan & Pentadbiran Kerajaan
Majlis Perundingan Melayu (MPM)
End
TANAH MELAYU SATU-SATUNYA TANAH AIR ORANG MELAYU.
Diiktiraf dalam rekod rasmi Parlimen British sejak 1946
https://www.khairulfaizi.com.my/2026/07/tanah-melayu-satu-satunya-tanah-air.html
Tiga pengiktirafan bersejarah:
1946 – Oliver Stanley: "Tanah Melayu ialah tanah air tradisional orang Melayu."
1949 – Lord Killearn: "Malaya ialah tanah orang Melayu."
1957 – Lord Ogmore: "Malaya is the Malays' only home."
Inti pati utama:
Hubungan sejarah Tanah Melayu dengan orang Melayu diiktiraf sejak era penjajahan British.
Pengiktirafan sejarah bukan bermaksud menafikan hak kewarganegaraan rakyat Malaysia bukan Melayu.
Perlembagaan dan kerjasama semua kaum tetap menjadi asas negara.
Kesimpulan:
Ucapan bahawa "Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu" bukan gagasan baharu, tetapi selari dengan rekod rasmi Hansard Parlimen British pada 1946, 1949 dan 1957
https://www.khairulfaizi.com.my/2026/07/tanah-melayu-satu-satunya-tanah-air.html
https://harakahdaily.net/2026/07/27/tanah-melayu-satu-satunya-tanah-air-orang-melayu/

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya membawa negara untuk mencapai sasaran muncul dalam kelompok 12 ekonomi paling berdaya saing di dunia. Foto PMO
KUALA LUMPUR, 29 Jul – Rakyat terutama pengundi Negeri Sembilan harus menyokong usaha-usaha yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjaya membawa negara untuk mencapai sasaran muncul dalam kelompok 12 ekonomi paling berdaya saing di dunia.
Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Seremban berkata, Dr. Mazlan Che Soh berkata, pencapaian tersebut harus disokong sepenuhnya kerana ia lebih penting untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia berbanding persaingan politik yang lebih kepada usaha untuk merebut kuasa berdasarkan perkauman, bukan prestasi kemajuan.
Katanya, peningkatan Malaysia ke tangga ke-15 dalam IMD World Competitiveness Ranking 2026 merupakan pencapaian yang wajar dihargai kerana menunjukkan negara berada pada landasan yang semakin kukuh untuk mencapai sasaran kelompok 12 ekonomi paling berdaya saing di dunia.
“Dalam PRU Negeri Sembilan, rakyat seharusnya menilai setiap parti berdasarkan prestasi, kestabilan, keupayaan mengurus ekonomi serta dasar yang benar-benar meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya hari ini.
Baru-baru ini, Timbalan Menteri Ekonomi, Shahar Abdullah berkata, Malaysia berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk muncul dalam kelompok 12 ekonomi paling berdaya saing di dunia.
Ujar Shahar Abdullah, keyakinan itu disokong kedudukan Malaysia di tangga ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) berbanding kedudukan ke-23 tahun lalu.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata, politik pembangunan dan pencapaian mesti mengatasi persaingan berasaskan sentimen perkauman atau perebutan kuasa semata-mata.
Katanya, sokongan rakyat perlu diterjemahkan sebagai tuntutan supaya usaha reformasi ekonomi, peningkatan daya saing, penciptaan pekerjaan berkualiti dan pengukuhan pendapatan rakyat terus diperhebatkan.
“Akhirnya, ukuran kejayaan sesebuah kerajaan bukan sekadar kedudukan dalam ranking dunia, tetapi sejauh mana pencapaian itu dapat dirasai dalam kehidupan seharian rakyat,” katanya.

Shamsulkahar Mohd Deli disiasat berhubung ucapannya ketika berkempen di Seremban Jaya yang didakwa mengandungi unsur hasutan.
SEREMBAN, 29 Jul – Polis membuka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Jempol daripada Umno, Shamsulkahar Mohd Deli berhubung ucapannya ketika berkempen di Seremban Jaya yang didakwa mengandungi unsur hasutan.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata siasatan itu dibuat susulan laporan oleh seorang lelaki berusia 55 tahun yang tidak berpuas hati dengan hantaran video menerusi media sosial yang memaparkan ucapan ahli politik itu ketika berkempen.
“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 4(A)(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Media semalam, melaporkan DAP membuat laporan polis terhadap Shamsulkahar susulan dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah yang mengaitkan parti itu dengan karikatur menghina Sultan Selangor ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Sembilan. – BERNAMA
JAMIL
𝗕𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹𝗼𝗶 𝗞𝗲 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗡𝗮𝗸 𝗦𝗽𝗲𝗻𝗱 RM300 𝗝𝘂𝘁𝗮 𝗦𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗕𝗮𝘄𝗮𝗸 F1 𝗕𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗞𝗲 𝗦𝗲𝗽𝗮𝗻𝗴 ??
Rosly Yusof
Hitam adalah warna yang di sinonimkan dengan perkara negetif yang antonim dengan warna putih segala-galanya cantik berlaka.
Begitulah nasib dengan "Orang Hanyut"yang sangat di benci pada waktu ini.
Nasib "orang hanyut" mungkin tidak sama yang mereka hadapi sekarang ini jika kulit mereka putih macam orang Palestine atau orang Bosnia.
Tapi betullah juga, "orang hanyut" yang hitam ini memang menyusahkan, pengotor, beranak macam tikus, semakin besar kepala bila mereka semakin ramai, itu salah mereka jugalah.
Cumanya hairan jugalah macam mana "orang hanyut" yang hitam ini dapat masuk ke negara ini sebegitu ramai sekali.
Siapa yang jadi ajen membawa mereka masuk?
Siapa yang makan rasuah di sempadan?
Siapa yang makan pau di kedai-kedai dan penempatan komuniti "orang hanyut" yang hitam ini?
Ishh nak bohong pun agak-agaklah "orang hanyut" ini sampai beratus ribu di negara ini siap ada bisnes besar, jadi kontraktor, jadi gangster, buka kedai malah yang ada IC pun ada.
Siapa lagi kalau bukan "orang kulit sawo matang" yang buat semua kerja-kerja jahat ni.
Apa pun sebab sebenar bukan kerana agama, bukan kerana bangsa, bukan kerana mereka "orang hanyut" tapi sebenarnya mereka "orang hitam"
Iyerker
Seorang penduduk DUN Kota mendedahkan, permintaan menaikkan elaun imam, siak dan bilal pernah ditolak ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN), namun akhirnya dilaksanakan selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran Negeri Sembilan.
Orang lama itu berkata beliau masih mengingati satu majlis yang dihadiri Datuk Seri Mohamad Hasan ketika menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan di Surau Kampung Sungai Mengkuang.
Menurutnya, pada majlis tersebut seorang siak mengambil peluang memohon supaya kerajaan negeri menaikkan elaun imam, siak dan bilal kerana kadar yang diterima ketika itu terlalu rendah.
“Tok Mat datang merasmikan surau. Masa itu ada siak minta elaun imam, siak dan bilal dinaikkan.
“Jawapan yang diberi ialah kerajaan negeri tiada peruntukan,” katanya.
Bagaimanapun, Haji Mahmud berkata keadaan berubah selepas PH membentuk kerajaan negeri apabila elaun imam, siak dan bilal dinaikkan.
“Masa PH ambil alih kerajaan negeri, elaun terus dinaikkan. Malah mereka juga diberi bayaran one-off yang dinikmati oleh imam, siak dan bilal di seluruh Negeri Sembilan,” katanya.
Beliau berkata, perubahan itu menunjukkan kebajikan petugas institusi masjid dan surau diberi perhatian apabila terdapat iltizam politik untuk melaksanakannya.
Dalam masa sama, beliau turut memuji usaha calon PH DUN Kota, Ustaz Allif Ibrahim, yang menurutnya aktif membantu masyarakat walaupun belum pernah menjadi wakil rakyat.
Katanya, Ustaz Allif menggerakkan pelbagai inisiatif termasuk kelas al-Quran percuma menggunakan bas mengaji, menyediakan khidmat kereta percuma untuk membawa penduduk ke hospital, selain terus menyalurkan bantuan kebajikan kepada penduduk yang memerlukan.
Beliau turut menyifatkan kejayaan membawa kemudahan ATM pertama ke pekan Kota sebagai bukti kesungguhan Ustaz Allif menyelesaikan masalah rakyat.
“Sejak merdeka, Pekan Kota tak pernah ada ATM. Hari ini penduduk akhirnya dapat menikmati kemudahan itu hasil usaha beliau.
“Belum jadi wakil rakyat pun macam-macam dia dah buat. Jadi rakyat boleh nilai sendiri siapa yang benar-benar bekerja untuk masyarakat,” katanya.
Mengapa sesebuah negara yang kecil mampu memberi pengaruh besar kepada seluruh dunia?
Jawapannya bukan hanya terletak pada kekuatan askar, tetapi juga pada keupayaan untuk menjadi berharga dan sukar dicari ganti dalam sektor yang strategik.
𝗧𝗮𝗶𝘄𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗮𝘀𝗮𝗶 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝟵𝟬% 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗰𝗶𝗽 𝗹𝗼𝗴𝗶𝗸.
𝗕𝗲𝗹𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗺𝗲𝘀𝗶𝗻 𝗹𝗶𝘁𝗼𝗴𝗿𝗮𝗳𝗶 𝗘𝗨𝗩 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗽𝗲𝗺𝗯𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗰𝗶𝗽 𝗸𝗼𝗺𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿.
𝗝𝗲𝗽𝘂𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗖𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴-𝗺𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗼𝗺𝗶𝗻𝗮𝘀𝗶 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗸𝗶𝗺𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗺𝗶𝗸𝗼𝗻𝗱𝘂𝗸𝘁𝗼𝗿 𝗸𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗰𝗶𝗽 𝗺𝗲𝗺𝗼𝗿𝗶 𝗗𝗥𝗔𝗠.
𝗦𝗶𝗻𝗴𝗮𝗽𝘂𝗿𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗵𝗮𝗯 𝗹𝗼𝗴𝗶𝘀𝘁𝗶𝗸 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮.
𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗮𝗿𝘂𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗴𝗲𝘁𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮.
Fakta yang menarik bukan?
Persoalannya, untuk tempoh 20 tahun akan datang, dalam bidang apakah Malaysia mahu dikenali di mata dunia?
Ikuti Frekuensi JPA Edisi 95/2026 di pautan:
https://docs.jpa.gov.my/docs/dailybuzz/2026/JPA-Daily-Buzz---Edisi-95-2026/
Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#berkhidmatuntuknegara
#taatsetia
#agendareformasiperkhidmatanawam
#JPA
#SeiringSepakat
#HEMAT
#RealisasiReformasi
#JPA_JagaPenjawatAwam
Che Ibrahim
Mengapa mereka amat berani melakukannya??
Kuala Nal bukan kawasan pedalaman, jalan masuk bertar, boleh keluar melalui Temangan atau Bukit Sireh, tak jauh dari Bandar Kuala Krai dan Machang.
Che Ibrahim
Semoga Allah memberi keadilan kepada keluarga Wan Ahmad Faris dan semoga Allah memberi pembalasan setimpal kepada pembunuhnya dan mereka yang bersyubhat dengannya
DARIPADA:
WAN ABDUL RAHMAN BIN WAN YAACOB
RUHANI BINTI HUSSIN
Lot xxx, Kg Bayu Lalang
17000 Pasir Mas
Kelantan
No. Telefon: xxxxxx /xxxxxxx
Tarikh: 28 Julai 2026
SEGERA / MELALUI POS BERDAFTAR (AR REGISTERED)
KEPADA:
1. PENGARAH
YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK)
Kompleks Pentadbiran Yayasan Islam Kelantan
Peti Surat 248, Jalan Tunjung - Pasir Mas
Bandar Baru Tunjung
16010 Kota Bharu, Kelantan
2. PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI KELANTAN
(Bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan)
PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI KELANTAN
Blok 5, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu, Kelantan.
3. PENGETUA
KOLEJ TAHFIZ SAINS NURUL AMAN
Kok Lanas, Ketereh
16450 Kota Bharu Kelantan.
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,
Tuan/Puan,
PER: NOTIS TUNTUTAN PENZAHIRAN DOKUMEN PENGURUSAN DAN OPERASI ASRAMA SEBELUM TINDAKAN SIVIL BERKAITAN TRAGEDI KEMATIAN ANAK KAMI, ALLAHYARHAM WAN AHMAD FARIS BIN WAN ABDUL RAHMAN PADA 12 DISEMBER 2013
Kami, nama-nama yang tertera di atas, adalah ibu bapa kandung, waris sah, dan bakal Pentadbir Harta Pusaka kepada Allahyarham Wan Ahmad Faris bin Wan Abdul Rahman ("Allahyarham").
2. Kami merujuk kepada keputusan Mahkamah Koroner Kota Bharu pada 27 Disember 2016 yang memutuskan secara kehakiman bahawa kematian anak kami yang ditemui tergantung di tandas asrama Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman adalah akibat perbuatan jenayah pihak ketiga (dibunuh), dan bukannya bunuh diri sebagaimana naratif awal yang diberikan oleh pihak pengurusan sekolah.
3. Sila ambil maklum bahawa kami kini dalam persiapan akhir untuk memfailkan Tindakan Sivil di Mahkamah Tinggi Kota Bharu terhadap pihak tuan/puan atas kausa tindakan Kecuaian Institusi, Pelanggaran Kewajipan Berwaspada (Duty of Care), dan Misfeasance in Public Office.
4. Kami menegaskan bahawa tuntutan kami terhadap dokumen-dokumen pengurusan ini bukanlah satu tuntutan baharu. Pihak kami melalui peguam terdahulu serta pihak keluarga sendiri telah menghantar surat permohonan rasmi untuk menuntut maklumat dan laporan siasatan sejak tahun 2014, antaranya seperti berikut:
4.1 Surat bertarikh 18.09.2014 daripada Tetuan Alias Ibrahim & Co. kepada Pengarah, Yayasan Islam Kelantan (Rujuk Lampiran A)
4.2 Surat bertarikh 18.09.2014 daripada Tetuan Alias Ibrahim & Co. kepada Pengetua, Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman (Rujuk Lampiran B)
4.3 Surat bertarikh 27.08.2025 daripada Tetuan Asri Musa & Co. kepada Pengarah, Yayasan Islam Kelantan (Rujuk Lampiran C)
4.4 Memorandum bertarikh 01.09.2025 daripada kami kepada Kerajaan Negeri Kelantan (Rujuk Lampiran D)
Walau bagaimanapun, sehingga ke tarikh notis ini, pihak tuan/puan telah gagal, enggan, dan/atau abai untuk menyerahkan atau menzahirkan laporan tersebut kepada kami
5. Berikutan kegagalan pihak tuan/puan menzahirkan maklumat dalaman tersebut, dan memandangkan Nota Keterangan Koroner berada di bawah kawalan pihak Mahkamah (yang mana hanya berjaya kami perolehi pada 2 Januari 2025 akibat kelewatan birokrasi), kami dengan ini membuat tuntutan undang-undang terakhir sebelum memfailkan kes.
6. Kami dengan ini MENUNTUT pihak tuan/puan untuk menyerahkan salinan dokumen asal yang berada di bawah milikan eksklusif pihak tuan/puan dalam tempoh EMPAT BELAS (14) HARI dari tarikh surat ini diterima:
A. REKOD PENGURUSAN DAN OPERASI ASRAMA (9 – 12 DISEMBER 2013)
i. Buku Log Rondaan Fizikal Warden Asrama bagi tempoh material kejadian.
ii. Buku Rekod Kehadiran Harian (Roll-Call) Pelajar Asrama.
iii. Buku Log Keluar-Masuk Pondok Pengawal Keselamatan Utama Sekolah.
B. REKOD DISIPLIN & SIASATAN DALAMAN
i. Laporan Penuh Jawatankuasa Siasatan Dalaman Yayasan Islam Kelantan (YIK) / Pihak Sekolah berkaitan tragedi tahun 2013.
ii. Fail Disiplin dan Rekod Tindakan Penggantungan Sekolah bagi pelajar bernama Mxxx bin Mxxxxx (dan/atau suspek berkaitan) bagi tahun 2013.
iii. Buku Rekod Aduan Kes Buli Sekolah bagi keseluruhan tahun 2013.
C. DOKUMEN PENTADBIRAN PEROBOHAN STRUKTUR
i. Minit Mesyuarat atau Arahan Bertulis daripada Penolong Pengarah YIK/Pengurusan Sekolah yang meluluskan perobohan struktur fizikal tandas asrama (lokasi kejadian).
7. AMBIL PERHATIAN SEPENUHNYA, sekiranya pihak tuan/puan memberikan alasan bahawa dokumen-dokumen di atas "telah dilupuskan atau hilang kerana faktor masa", kami akan menggunakan surat permohonan kami sejak tahun 2014 tersebut serta surat-surat kami pada tahun-tahun seterusnya termasuk keterangan pihak tuan/puan dalam prosiding koroner sebagai bukti bertulis di mahkamah bahawa pihak tuan/puan telah mengetahui tentang tuntutan kami sejak awal lagi. Sebarang tindakan melupuskan rekod penting selepas tuntutan dibuat pada 2014 akan dihujahkan sebagai tindakan berniat jahat untuk memusnahkan bukti kes sivil (spoliation of evidence), dan kami akan memohon perintah Kesimpulan Bertentangan (Adverse Inference) di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap pihak tuan/puan.
8. Surat ini dihantar dengan prejudis kepada hak-hak sivil kami dan kami berhak sepenuhnya untuk mengemukakan notis ini sebagai bahan bukti rasmi di mahkamah kelak
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
..................................................
WAN ABDUL RAHMAN BIN WAN YAACOB
..................................................
RUHANI BINTI HUSSIN
Sumber: Ali Hanafiah Mohamed