KU LI PULAK AKAN MENGAMOK




Kali ke tiga kalau tak salah Ku Li tawar khidmat nak lawan Presiden UMNO,pertama dengan Che Det di sekat, kemudian dengan Pak Lah tak dapat cukup undi, tapi kali ni tentu orang UMNO lihat-lihat keadaan sekeliling, kerana tak ada sesiapa pun lagi yang nampak berkalibar dalam UMNO. Memang UMNO ketandusan Kepimpinan yang berkualiti, yang ada pun kaki ampu,bodek dan tak tahu buat kerja. Elok juga la Ku Li lawan.
Lawan jangan tak lawan kerana usaha-usaha ini akan membuahkan keadilan dalam sesebuah parti yang dianggap akan berkubur.Kerana-kerana orang dan ahli UMNO sendiri sudah tidak diberi peluang untuk bersuara dan memilih pemimpin.Akhirnya yang tinggal tunggul-tunggul lama yang itu-itu sahaja tanpa ada tunas untuk tumbuh melainkan anak-anak muda dan generasi muda menyertai PKR,PAS,dan DAP.

Dari atas sampai bawah punya cita-cita, iaitu, masuk UMNO nak bikin duit. Itulah dia apa yang terjadipada parti bangsa sendiri. Rasanya PKR dan juga PAS serta DAP telah belajar dari kesilapan yang dibuat UMNO. Ada bukan tak ada dalam PKR pun, maklum anak bekas-bekas UMNO, jadi perangai macam ini perlu dibuang jauh-jauh.Rakyat melihat dan bukan buta kayu. Maka kerana itu jika kita kaki adu dumba, mengadu hal itu ini dari buat kerja , maka jangan salah anggap bhawa kemenangan ini atas kekuatan jentera, tetapi kemenangn ini adalah kerana ditolak oleh semua rakyat, Maka keran itu penilaian jentera parti harus dilakukan sekarang dan diperkemaskan lagi.

PRO KRONI TUNTUT PAK LAH LEPAS JAWATAN


PROWARIS MENUNTUT PAK LAH LETAK JAWATAN

KUALA LUMPUR, 19 MAC 2008 / 10 RABI'UL AWAL 1429H - Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (PROWARIS) melihat kegagalan Barisan Nasional (BN) dalam mempertahankan jumlah kemenangan kerusi di Parlimen serta kehilangan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor kepada pihak pembangkang merupakan petanda jelas "PROTES RAKYAT MALAYSIA" terhadap BN. Berdasarkan kekalahan teruk BN dan UMNO dalam Pilihanraya Ke-12 ini juga, YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi adalah merupakan PEMIMPIN MELAYU PALING LEMAH DALAM TEMPOH 50 TAHUN.



Kegagalan merampas kembali Kelantan buat penggal Ke-5 dan kehilangan banyak kerusi Parlimen di Kuala Lumpur telah gagal dihidu oleh BN jelas menunjukkan kelemahan kepimpinan Pak Lah selaku Pengerusi BN dalam mengemudikan jentera-jentera BN.



Menurut pengamatan ProWaris dalam Media-Media Alternatif, jentera-jentera UMNO dan BN telah melakukan sehabis baik mungkin untuk memastikan kemenangan dalam Pilihanraya Ke-12 milik BN namun ISU KEPERIBADIAN PAK LAH DALAM MEMIMPIN, ISU KHAIRY JAMALUDIN MEMPENGARUHI KEPUTUSAN PAK LAH, ISU SICOMI MENGAUT KEBANYAKAN KONTRAK KERAJAAN SERTA PERILAKU TIDAK SENONOH BEBERAPA ORANG PEMIMPIN UMNO DAN BN adalah PUNCA UTAMA PROTES RAKYAT MALAYSIA TERHADAP BN DAN UMNO.



Perkembangan negatif ini amat menggusarkan UMNO dan orang Melayu di seluruh tanah air kerana semenjak kemenangan pilihanraya 2004, Pak Lah telah banyak menunjukkan tanda-tanda kelemahan yang ketara di dalam struktur pentadbiran yang akhirnya dibuktikan dengan kekalahan teruk UMNO dan BN pada pilihanraya 2008 baru-baru ini.



KEGAGALAN PAK LAH MEMPAMERKAN CONTOH MORAL POSITIF ISLAM HADHARI, MENANGANI ISU HARGA MINYAK, ISU KENAIKAN HARGA BARANG, PENINGKATAN PERATUSAN JENAYAH YANG MENDADAK, ISU DADAH YANG SEMAKIN KRITIKAL, ISU MURTAD, KELEMBAPAN EKONOMI NEGARA DAN PELBAGAI LAGI MASALAH LAIN telah menyebabkan PAK LAH DILIHAT SEBAGAI SEORANG PERDANA MENTERI YANG CUAI DAN LALAI sekaligus GAGAL MENJALANKAN TANGGUNG JAWAB YANG TELAH DIAMANAHKAN OLEH RAKYAT dengan penuh cekap dan berkesan. ProWaris juga sedar bahawa hubungan Pak Lah di peringkat antarabangsa juga telah menunjukkan peranan yang tidak berkesan malahan dilihat sebagai PEMIMPIN YANG HANYA MENCUKUPKAN KORUM lantas gagal menaikkan nama Malaysia di mata dunia terutamanya di mata negara-negara Islam.



Atas rasa tanggung jawab dan demi maruah orang Melayu, kami PROWARIS DENGAN SEPENUH SUARA MENDESAK DAN MENUNTUT PAK LAH MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN JUGA PRESIDEN UMNO DI DALAM MASA YANG TERDEKAT.



Percayalah bahawa Pak Lah akan terus dibuai dan dikaburi oleh kepimpinan atasan serta orang sekeliling Pak Lah atas sebab-sebab tertentu walhal begitu banyak sepanduk, surat dan kenyataan yang mendesak Pak Lah berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO berselerakan di seluruh tanahair. ProWaris khuatir PROTES RAKYAT MALAYSIA ini akan berpanjangan sekaligus menyemarakkan gerakan REVOLUSI AKAR UMBI terhadap kepimpinan tertinggi UMNO dan BN yang akhirnya akan memberikan KESAN NEGATIF TERHADAP PRODUKTIVITI NEGARA SEKIRANYA PAK LAH TERUS MEMANDANG REMEH TERHADAP KEHENDAK RAKYAT MALAYSIA.



PROWARIS sangat yakin dan berpendapat bahawa kini telah tiba masanya untuk orang Melayu bebas memilih pemimpin mereka dan menentukan masa depan mereka sendiri. ORANG MELAYU TIDAK LAGI BOLEH TUNDUK KEPADA KELEMAHAN DAN KEALPAAN PEMIMPIN MEREKA YANG TERUS-TERUSAN MENGUGUT DAN MENUNTUT KESETIAAN ORANG MELAYU SEMATA-MATA DEMI "SURVIVAL" MEREKA YANG TELAH MENGHANCURKAN AMANAH, HARAPAN DAN MARUAH BANGSA MELAYU DI BUMI TERCINTA INI.



SESUNGGUHNYA, MULAI DARI TIKA DAN SAAT INI, PROWARIS INGIN MELIHAT SEORANG PEMIMPIN MELAYU YANG TIDAK MENDERHAKA KEPADA RAKYAT DAN BENAR-BENAR MENITIK BERATKAN MASA DEPAN NEGARA DAN ORANG MELAYU KHUSUSNYA, DIBERIKAN PELUANG DAN MANDAT MENGEMBALIKAN MARUAH UMNO DAN BARISAN NASIONAL UNTUK MEMACU DAN MENERAJU NEGARA KE ARAH WAWASAN 2020.





FERIZ OMAR

Presiden PROWARIS Malaysia

Bagi Pihak Barisan Peneraju & Ahli Majlis Penasihat PROWARIS Malaysia

BETUL AKAN BERLAKU LAGI TSUNAMI DALAM UMNO




Tolak jawatan timbalan menteri
Mar 19, 08 1:07am





Ahli parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman, malam ini menolak jawatan timbalan menteri pengangkutan selepas namanya diumumkan dalam barisan kabinet baru Perdana Menteri tengah hari tadi.

Penolakan seumpama itu dipercayai pertama kali berlaku, lapor Bernama tengah malam ini.

Anifah dilaporkan memberikan alasan bahawa beliau sudah berkhidmat selama dua penggal sebagai timbalan menteri perusahaan perladangan dan komoditi dan sewajarnya "memberi laluan kepada orang yang lebih muda".

Ketika prestasi BN paling buruk kerana gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan hilang lima negeri ke tangan pembangkang, penolakan ini dijangka menjadi satu tamparan hebat buat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut laporan itu lagi, Anifah, adik Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (foto kiri), tidak menyebut alasan lain berhubung keputusannya itu.

"Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana melantik saya tetapi saya telah memutuskan untuk tidak menerimanya," beliau dipetik sebagai berkata.

Anifah menang di kerusi Beaufort pada 1999 dan 2004 sebelum bertanding di kerusi parlimen barunya itu.

Belum jelas penolakan beliau itu akibat bantahan atau sebab-sebab lain.

Bagaimanapun BN Sabah dilaporkan kecewa apabila tidak diberikan lebih banyak jawatan utama walaupun negeri itu dan Sarawak menyumbang jumlah kerusi yang besar di Dewan Rakyat.

Daripada 140 kerusi BN di parlimen, 51 dimenangi di Malaysia timur. Parti-parti pembangkang kini memperolehi 82 kerusi - dua daripadanya di Sabah dan Sarawak.

Timbalan ketua perhubungan Umno Sabah, Datuk Mohd Shafie Apdal berkata pemimpin-pemimpin negeri itu meluahkan rasa kecewa selepas pengumuman tengah hari semalam kerana harapan mereka begitu tinggi untuk mendapat jawatan kanan.

Sebaliknya, lapor laman web New Straits Times, mereka perhatikan negeri-negeri yang berprestasi kurang baik dalam pilihanraya umum tetap diutamakan.

Tan Sri Bernard Dompok, presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), meluahkan sikapnya yang sama dengan pemimpin Sabah itu.

Pergerakan Wanita Umno turut membantah pengguguran dua pemimpin kanan mereka, termasuk ketuanya Datuk Seri Rafidah Aziz (foto bawah) yang mengekalkan kerusi Kuala Kangsar.

Naib ketua Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang tewas di kerusi Lembah Pantai, tidak tersenarai sebagaimana janji Abdullah untuk tidak melantik calon BN yang kecundang.

Bagaimanapun beliau tiba-tiba dilantik penasihat khas Perdana Menteri bagi hal-ehwal sosial dan wanita petang semalam selepas Wanita Umno mengadakan mesyuarat khas membincangkan barisan kabinet baru itu.

Pelantikan mengejut Shahrizat dilaporkan gagal meredakan kekecewaan mereka.

Kira-kira 50 pemimpin Wanita bergerak ke pejabat dan kediaman rasmi Abdullah di Putrajaya lebih kurang 8 malam tadi untuk menyatakan bantahan mereka.

Mereka kecewa kerana Wanita Umno yang sering bertungkus-lumus memenangkan calon-calon BN tidak dihargai.

Bekas timbalan perdana menteri, yang juga penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam meramalkan Umno akan terus bergolak susulan pengagihan jawatan dalam kabinet kali ini.