TAK YAH CABAR LAH..KO RASA KUAT SANGAT KO KELUAR LAH.

 



Selepas dilihat sendu dalam isu penghinaan Jalur Gemilang di Terengganu dan tindakan Ahli Parlimen pembangkang keluar daripada Sidang Khas RCI Tabung Haji, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh akhirnya kembali dengan nada keras.






Namun, kemarahannya kali ini bukan ditujukan kepada pihak yang didakwa menghina bendera negara atau wakil rakyat yang meninggalkan perbahasan membabitkan amanah jutaan pendeposit Tabung Haji.


Sebaliknya, Akmal memilih untuk mencabar kerajaan supaya membuang UMNO sekiranya parti itu dianggap sebagai “talam dua muka”.


Beliau berkata, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Kamil Abdul Munim perlu menjelaskan pihak yang dimaksudkan menerusi kenyataannya mengenai politik “talam dua muka” dalam Kerajaan Perpaduan.


“Saya nak tanya kepada Kamil, mereka yang kamu kata ‘talam dua muka’ ini siapa? Cakaplah sekarang, UMNO ke, GPS ke, GRS ke?” soalnya.


Menurut Akmal, jika sindiran itu ditujukan kepada UMNO, parti berkenaan bersedia menerima apa juga keputusan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


“Kalau UMNO ini ‘talam dua muka’, maka buanglah kami daripada kerajaan,” katanya.


Kamil sebelum ini mendakwa Kerajaan Perpaduan sedang diuji pihak yang meletakkan kepentingan politik mengatasi kepentingan rakyat dan negara.


Beliau turut mendakwa terdapat pihak yang “berselingkuh secara terbuka” ketika kerajaan sedang berusaha membina semula keyakinan rakyat serta masyarakat antarabangsa.


Kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada keputusan BN bekerjasama dengan PN dalam PRN Negeri Sembilan sehingga menamatkan pentadbiran PH.


Bagaimanapun, Akmal menegaskan tidak pernah wujud sebarang perjanjian yang mewajibkan BN dan PH bertanding bersama dalam setiap pilihan raya.


Katanya, PH sendiri pernah bekerjasama dengan GRS dalam PRN Sabah ketika BN memilih haluan berbeza.


Beliau turut mempersoalkan sama ada GPS akan dilabel “talam dua muka” jika bertembung dengan PH dalam PRN Sarawak.


Akmal kemudian meminta Kamil menyampaikan cabaran itu terus kepada Anwar.


“Kita rasa okey saja, tak ada masalah. Kamu pun boleh teruskan kerajaan pada hari ini, silakan,” katanya.


Nada garang Akmal kembali kedengaran selepas beberapa isu besar yang biasanya menjadi medan perjuangan politiknya berlalu tanpa reaksi sekeras itu.


Isu Jalur Gemilang di Terengganu tidak mengundang amaran lantang seperti kebiasaannya.


Tindakan pembangkang keluar daripada sidang RCI Tabung Haji juga tidak mencetuskan kemarahan terbuka beliau, walaupun perkara itu melibatkan amanah dan simpanan umat Islam.


Tetapi apabila Pemuda PKR menyebut “talam dua muka”, Akmal terus bangkit dan mencabar kerajaan membuang UMNO.


Nampaknya suara lantang itu masih ada. Cuma isu yang dipilih untuk dilantangkan berbeza-beza.





KEADILAN MEMANG WUJUD..TAPI AHLI DIBAWAH PERLU DIJAGA.


Saifuddin Nasution










 Sejarah telah membuktikan bahawa KEADILAN tidak pernah takut dengan cabaran. Kita bermula sebagai sebuah parti yang serba kekurangan, berdepan pelbagai tekanan dan rintangan, namun semangat perjuangan kita tidak pernah luntur.




Hari ini, ketika mendengar ucapan dasar YAB Presiden sempena perasmian Kongres Nasional KEADILAN 2026, saya dapat rasakan bahawa api perjuangan yang sama masih hidup dan terus menyala dalam jiwa setiap anggota KEADILAN.


Saya akui, cabaran yang kita hadapi hari ini mungkin berbeza berbanding ketika KEADILAN mula ditubuhkan. Dahulu kita berjuang membawa suara perubahan, hari ini kita memikul tanggungjawab yang lebih besar untuk menterjemahkan perjuangan itu kepada tindakan.


Sebab itu Kongres bukan sekadar perhimpunan tahunan parti. Inilah ruang untuk kita bermuhasabah, mendengar suara akar umbi, berbeza pandangan secara terbuka dan akhirnya kembali mencari titik temu tentang arah perjuangan yang mahu kita bawa bersama.


Kerana perjalanan ini masih panjang, dan perjuangan ini masih belum selesai.


#MalaysiaMadani 

#KEADILAN

#Saifnasution





GUNA ISU JUDI LAK DAH..

 

Ahmad Hussein


PAS memang perguna isu Sport Toto sebagai alat politik semata-mata, sedangkan negara Malaysia tak pernah halalkan Judi & Arak keatas ummat Islam, setiap individu muslim akan didakwa di Mahkamah Syari'ah jika didapati minum arak atau berjudi, didakwa bawah enakmen yang telah wujud sebelum merdeka lagi; enakmen itu ada sebelum parti PAS wujud. 





Adapun jualan arak di Langkawi Kedah bukanlah untuk orang islam, maka begitu juga judi, setiap premis Sport Toto terpampang besar² dilarang untuk orang islam. 


Malangnya wujud Lelebai PAS bersyarah merata menuduh kerajaan Malaysia halalkan judi & arak, ia memberi gambaran seolahnya dihalalkan dalam kerangka Syara', itu sungguh melampau dan berbaur Takfir. 


Saya sarankan buat pemimpin PAS supaya jangan melampau perguna sentimen agama dalam berpolitik, berpada-pada lah sedikit.





NOHH BARU PAHAM.

 

Che Ibrahim


Sesungguhnya arak, judi, sembah berhala dan  tenung nasib itu benda tidak terpakai yang menjadi amalan syaitan.... 





- Maksud alquran dari Surah Al Maidah ayat 90.


Perlukah kita menghalang orang bukan Islam melakukannya??




TANYA SOH JAWAB DIA NAK SAMAN.

 

Iswardy Morni


Nak Saman, Samanla. Asal nanti dah Saman jangan tarik Balik.


Orang Tanya suruh dia Jawab. Dia ugut Saman.





SIN MIN SE YIEW...BERITA MCA MINTA MB KEDAH LULUS LESEN...TU DIA..MCA KAWAN KITE...

 


Aman Muhamad


Berita MCA mendesak MB Kedah meluluskan semula lesen premis judi disebar meluas oleh media portal berbahasa Cina seperti Shin Chew Daily, Oriental Daily, dan Kwongwah.









Hairan, kenapa Harakahdaily tidak mahu lapor berita ini?


Kenapa cytro-cytro PAS berbayar tidak mahu up isu ini?


Lalu ia kembali kepada persoalan, apakah hukum PAS arah ahli dan penyokon gundi MCA sebelum ini?


Halal atau haram?


:)




KEH KEH...MASA JADI APA PUN TAK BUAT




Masa jadi kerajaan pertahan kenaikan kos haji, bila dah jadi pembangkang, pakat kritik pula..... Gila sengoti






 

JANGAN TERASA SANGAT LAH..ORANG TAK SEBUT PUN


 

HAAAAA...,.BETOI...


 

DUA DUA EKOQ MASUK GUA.


 

JANGAN GADUH JANGAN PANIK..R C I ADA...

 

Mukhkis Eddie


Jadi timbalan menteri, hadir mewakili Menteri dalam majlis perjanjian TH-Al-Rawda, tetapi bila pelaburan itu bermasalah, tiba² “saya tak terlibat”. 



Tak mengapa. Jangan bergaduh dengan gambar. Biar RCI jawab siapa cadang, siapa lulus, siapa buat keputusan. Kalau memang bukan dia, rekod akan bersihkan nama dia.




JUDI HARAM..TAPI ORANG MELAYU QAMAI MAIN JUDI


 

OWHH DIA NI DOK BISING PONG PANG PONG PANG


 

BILA DITANYA KENA LOD...MAKA MERAYUNPADA YDP AGONG


 

MEZAH MEZAH....ANWAR DAH BUAT LAMA DAH BAB INI. NAK BERSIHKAN UMNO TU


 

KETUA AUDIT NEGARA YANG DI PERTIKAIKAN.


 

TAK HABIS LAGI BAB DAP. APA PUNYA PUNYA BODO.


 

TOLAK MANUSIA INI YANG BANYAK MENDATANGKAN KEBURUKAN KEPADA UMAT ISLAM DALAM NEGARA.




 Saya merayu kepada rakan² Madani supaya kuatkan semangat dan teruslah berjuang cegah kemungkaran orang ini, elak putus asa dari Rahmat Allah SWT.





Saya adalah insan yang diajar asas agama Islam sejak kecil, mengaji pondok, dan belajar juga dalam bidang sains sosial, itu membuatkan saya tak mampu nafi bahawa rentak politik yang dibawa oleh orang ini memang suatu kemungkaran.


Bahkan, jika ditimbang kelakuan orang ini dengan mengguna neraca geopolitik sekalipun, maka memang cara pembawakan politik orang ini mengundang bahaya buat negara! 


Saya merayu kepada pimpinan Madani; Izzah, Saifuddin Nasution, Anwar dan lain² para pejuang Madani seperti Harun, Syam Ghaz,  dan Abdullah supaya kuatkan semangat dalam berjuang dan jangan putus asa.


Ya, kerana negara kita tak boleh dibiarkan rosak ditangan manusia dalam gambar ini. 


Semoga Allah SWT kurnia kita semua limpahan Rahmat terus cekal berjuang demi tanah air.



MACAMANA KAMU BOLEH BODOHKAN ORANG MELAYU? KINI KAMU DIAM MEMBISU. CELAKA LAH KAMU KELAK DI AKHIRAT.

 




Macam mana Pak2 Lebai buat fitnah dalam Masjid...Surau dan dalam ceramah serata alam dulu hingga manusia terutama bangsa melayu percaya...

     Hari ni pun sama mereka perbodohkan bangsa sendiri atas nama agama hingga ramai taksub dan percaya...

     Semua ni atas nak menang politik dan masing2 dapat jawatan...

     Mereka sentiasa sebut jawab lah kat akhirat....jawab lah depan Allah...

      Tetapi mereka lupa sebenarnya mereka juga perlu jawab depan ALLAH kerana buat fitnah....tipu bangsa melayu

      Islam tak kira siapa yang bercakap....jika taraf ulama pun buat fitnah tetap kena jawab depan Allah...

        Jika penyapu sampah pun cakap betul kita wajib kata dia betul dan benar walau dia bukan ulama...itu lah Islam

       Lihat lah hari ni di media sosial...penuh dengan penipuan....sangka jahat oleh penyokong2 yang nak Islam dan kebodohan yang terlalu tinggi hasil didikan lebai yang cakap bohong...sangka jahat...





KJ, Umno boleh lipat PH dan PMX tetapi Umno sudahnya kena ratah dengan PAS dan PN juga 😄


Fathi Aris Omar


 KJ, Umno boleh lipat PH dan PMX tetapi Umno sudahnya kena ratah dengan PAS dan PN juga 😄 





Nasib Umno tidak lebih baik daripada Melaka pada 2021 - nampak gah tetapi datang 2022 - lebur! 


Malas hendak tulis lain. Saya ulang coretan lepas.


Coretan 6 Ogos 👇👇


Umno tempah maut dalam kerjasama PN + BN 👇 sebab strategi tidak untung untuk jangka panjang. 


Atau Umno tidak percaya pada PAS? Macam DS Zahid Hamidi pernah ragui TS Abdul Hadi Awang? 


Atau Umno mahu beri pada PAS tetapi risau PAS tidak akan beri pada Umno di negeri taklukannya?


Jika Umno enggan tolak ansur, PAS-PN tentunya sukar tolak ansur di negeri yang dimenanginya. 


Kalau Umno mahu bolot di Melaka, PAS-PN tentu susah runding kerusi di Perak dan Selangor.. 


Perak, Umno ada sembilan kerusi dan Selangor, Umno ada dua seperti PN ada dua di Melaka. 


Jangan sembang di SG4, langsung tiada kerusi. Jadi Umno tidak mahu pulih di enam negeri ini? Atau masih ego, mahu pulih guna kudrat sendiri?


Mari kita semak keputusan sejak awal PRN ke-15 


PRN 2021 

Melaka BN 21 PH 5 PN 2 


PRN 2022 

Johor BN 40 PH 12 PN 3 


PRU 2022 


Perlis BN 0 PH 1 PN 14 

Perak BN 9 PH 24 PN 26 

Pahang BN 17 PH 8 PN 17 


PRN 2023 


Kedah BN 0 PH 3 PN 33 

Kelantan BN 1 PH 1 PN 43 

Terengganu BN 0 PH 0 PN 32 

Pulau Pinang BN 2 PH 27 PN 11 

Selangor BN 2 PH 32 PN 22 

Negeri Sembilan BN 14 PH 17 PN 5 


PRN 2026 

Johor BN 48 PH 8 PN 0 (beri undi pada BN) 

Negeri Sembilan BN 18 PH 11 PN 7 (BN + PN)


Apa formula rundingan kerusi PN + BN? 


Jika guna formula status quo (menang sedia ada), seperti di Melaka, Umno akan jadi parti kedua umat Melayu, tiada harapan pulih. 


PAS akan muncul tonggak baharu Melayu. Hingga parti ini kemudian gagal, berpecah atau merosot. 


Sebab itu saya suarakan, sokong PAS sekarang. Biarkan Umno mereput, sudah habis tempoh!


Coretan 13 Julai 👇👇 


Formula di Johor akan dibawa ke Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Perak dan Pahang. Malah, mungkin sampai ke Pulau Pinang. Tunggu PRU. 


Namun, jangan salah faham. PAS tidak berniat tolong Umno. Cita-cita perjuangannya masih sama, tetap istiqomah: PAS Ganti Umno (PGU). 


Sasaran sebenar PAS adalah DAP (dan PH). Ia tidak boleh terima DAP, ibarat luka lama berdarah kembali setiap kali terkenang DAP berkuasa. 


PAS alami trauma berpakat dengan DAP dulu. Jadi projek di Johor ini untuk tebus dosa-dosa silam. Sebab itu saya sebut taubat nasuha (politik) 😀 


Kalau kita fikir sekali lagi, kenapa semua ini terjadi? 


Ceritanya seringkas ini. Beri perhatian untuk faham: 


1 PAS tidak sayang Umno 


2. Memang niat PAS untuk jatuhkan Umno


3. Sewaktu PAS serang Umno, DAP berkuasa 


4. Dalam fasa peralihan ini (point 3), PAS dan Umno sama-sama kerugian. Menang jadi arang (macam Umno dan DAP sekarang), kalah jadi abu (PAS-PN).


5. Jadi PAS mesti kecilkan pengaruh DAP dahulu dengan lemahkan sekutunya PKR. DAP ini onak dan duri pengganggu PAS. 


6. Jika tiada lagi faktor ini (point 3, 4 dan 5), maka pertembungan agung seterusnya: PAS ganti Umno. 


Atau macam dahulu, Umno dominan, PAS melukut. 


Jelas semua?