DAPAT DUIT TAK DIBERITAHU PADA AHLI

 


Iswardy Morni


PANAS!! 


Ada Ketua cabang dah panas bila saya kata KC dpt duit cash Dari parti sebab ada mereka dah kantoi. Rupanya Selama ni ada yang tak declare dengan ahli Dan ajk mereka dapat duit. Rilek la. Jangan la stress sampai BOTAK 🫢. Kalau dah declare dgn ahli Dan jujur, nak takut apa?


Dia isu dia bukan KC dapat duit. Itu tak jadi masalah pun KC dapat duit Dari Parti sebagai Dana parti. Semua parti akan salur Dana dengan bahagian mereka.


Yang masalahnya, kenapa bagi Cash Dan tidak melalui akaun parti ke akaun KC? Apa yang Cuba disembunyikan?


And ada orang kata saya 3 tahun jadi KC? Itulah. Lain Kali cek. Tapi yelah, kami ni cabang ceruk mana orang nak cek.


Utk makluman, Saya jadi KC setahun je. Tu pun lepas tu letak Jawatan sebelum pemilihan 2025 bermula. Jadi sempat la dapat duit sikit yang saya declare dalam Mesyuarat Agong Tahunan Cabang setiap sen yang dapat.


Tak taula kalau ada KC lain tak declare sampai kena cukur kepala BOTAK 🤣🤣


Ps: saya lupa cakap. Bukan KC je dapat cash ketua wanita Dan ketua AMK pun dapat tawww. Jeng jeng jeng


PS2: saya dah kira. Secara purata zaman saya jadi KC, Parti belanja dlm 8-10 juta utk bagi KC, ketua wanita Dan ketua AMK. TAK termasuk belanja operasi dll. Menarik nak tengok audited akaun PKR 2024-2025





EKONOMI ON POINT


 

INGAT SENANG SENANG NAK ROBOH... TAPI DAH NYATA ITU BUKAN KAWASAN DAKWAH


 

NAK DAKWAH DAKWAH LAH.. TAPI SESUAI LAH DENGAN KEADAAN.


 

BULAN PUASA DAH MULA NAK FITNAH. TU JA KERJA YANG BOLEH HARAP. BAB EKONOMI... KIOK


 

PAKAI CHEONGSAM HALAL.

 


HILANG PI MANA


 

AKHIRNYA BOLEH PAKAI DAN TANAM PADI. .



 Syam Ghaz




Akhirnya boleh tanam padi, pam Kemubu ada air.


Penantian bertahun tahun berakhir, pam Kemubu Kelantan akhirnya berjaya sedut air Kelantan ke sistem taliair utama ke semua pesawah di Kelantan Timur minggu lepas.


Pesawah ucap terima kasih kepada PMX Anwar Ibrahim kerana luluskan RM20 juta bagi bina pam baru untuk mengatasi masalah pam sedia ada tidak dapat sedut air apabila musim kemarau.


Kemarau kalini pesawah Kelantan dapat tanam padi. Sebelum ini hanya harapkan air hujan ja. Alhamdulillah 🤲🏻


Media KADA kena bgtau benda baik Kerajaan Pusat bagi duit bantu pesawah untuk selesaikan masalah takda air ni? 


https://vt.tiktok.com/ZSmU9vWmV/



RUSIA LINDUNG CUBA

 

Nazri Hamdan


Vladimir Putin menyatakan yang Rusia akan “sentiasa” berdiri bersama Cuba.




Dalam konteks sekatan berpanjangan oleh AS, Cuba kini berdepan krisis bahan api yang akut akibat gangguan bekalan minyak, termasuk kesan sekatan sekunder terhadap negara atau syarikat yang menjual minyak ke Havana. 


Moscow mengambil peluang ini untuk menegaskan peranannya sebagai sekutu lama sejak era Soviet, sambil mengkritik apa yang dianggapnya sebagai “sekatan tidak adil” yang menekan kedaulatan negara kecil.


Akan tetapi Rusia belum membuat komitmen terbuka untuk menghantar minyak atau bantuan material berskala besar. Ini mencerminkan kekangan kapasiti dan keutamaan Moscow sendiri, yang masih bergelut dengan sekatan Barat susulan perang Ukraine.




TUNGGU NAIK MAHKAMAH


Iswardy


 Haha sapa koyak ni. Rilek la. Bukti boleh di bawak dalam mahkamah. Tu lagi valid sebab depan Hakim Dan boleh di soal balas. Nanti masa bicara abang katulistiwa akan ada.


Yang lain tak sabar tu, rilek la. Sorang sorang





APA PUN DIA KERJA CARI MAKAN LAH GAMAKNYA.


Ahmad Mursi



 ISU 'PLANTA': PARPUKARI DAH MINTA MAAF, WALAUN BILA PULA?


1. Parpukari akhirnya mengaku cerita “Planta” dalam penjara itu hanyalah rekaan dan dia meminta maaf.


2. Saya terfikir — bagaimana pula dengan pengikut PAS yang selama ini mengulang label itu?


3. Ikut hukum, qazaf boleh berlaku sama ada secara sorohah (lafaz jelas) atau kinayah (sindiran). 


4. Tak sebut secara terang, tapi cukup dengan istilah 'planta' yang difahami umum sebagai tuduhan liwat kepada seseorang.


5. Perlakuan dosa qazaf telah dipermudahkan, begitulah juga banyak label lain dicipta pembangkang.


6. Ada yang berhujah: “Ada keputusan mahkamah, jadi tak salah sebut.” Itu hujah yang tidak tepat.


7. Cerita “planta” ni tuduhan baharu tanpa empat saksi. Maka ia tetap qazaf bila difahami sebagai tuduhan perlakuan liwat.


8. Qazaf bukan sekadar dosa peribadi. Ia adalah jenayah syarak yang berat. Pelakunya disebat, dianggap fasiq, kesaksiannya tertolak, dilaknat di dunia dan akhirat.


9. Taubatnya pula tak cukup antara dia dan Tuhan sahaja. Mesti tarik balik tuduhan secara terbuka, mohon maaf kepada mangsa, pulihkan reputasi mangsa, dan jika dibawa ke mahkamah, mesti terima prosesnya.


10. Dosa melibatkan manusia bukan hal kecil. Hutang maruah jauh lebih berat daripada hutang harta. Selagi tidak diselesaikan, boleh menghimpit hingga ke akhirat.


11. Nak main politik, fokuslah pada dasar, prestasi, janji pilihan raya, dan kepentingan rakyat — bukan menyerang maruah peribadi.


12. Haji Hadi baru mengemukakan soalan isu peribadi dalam Parlimen. Hati-hatilah dengan pemimpin yang boleh membawa kita tersesat dalam keadaan kita rasa kononnya semakin dekat dengan agama.


13. Begitulah ilusi yang pernah menimpa sebahagian pengikut Khawarij dahulu — sangka mereka paling benar, sedangkan hakikatnya sedang jauh dari kebenaran.


Ahmad Mursi




𝗣𝗔𝗛𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗗𝗜𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗜𝗞𝗨𝗧 𝗞𝗘𝗔𝗛𝗟𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗦𝗘𝗣𝗘𝗥𝗧𝗜 𝗣𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔


Ahmad Mursi


1.  Hj Hadi dakwa (7/2/26): PAS sahaja berani kata perjuangan PAS ada pahala, cubalah tanya parti lain, mereka tak berani sebut begitu.


2.  Maknanya: hanya PAS yakin perjuangannya berpahala, seolah-olah pihak lain tidak. 


3.  Ulama salaf terkenal dengan sikap wara‘: mereka tidak mudah mendakwa amal sendiri berpahala, apatah lagi menafikan pahala orang lain, kerana takut riya’ dan takabbur.


4.  Para Ulama jelaskan, antara ciri pemikiran Khawarij ialah cenderung mengaitkan kebenaran agama secara eksklusif dengan kelompok sendiri serta meletakkan pihak lain dalam posisi salah atau syubhah.


5.  Pahala tidak ditentukan oleh parti atau pertubuhan mana seseorang sertai, tetapi oleh iman, niat dan amal seseorang.


6.  Jika seseorang bersama UMNO, AMANAH, PKR, DAP atau tidak berparti lalu berkhidmat memberi manfaat kepada umat, membina sekolah, universiti Islam, sistem halal, institusi kewangan Islam, Tabung Haji, atau membangunkan ekonomi umat — adakah semua itu tiada pahala hanya kerana bukan bersama PAS?


7.  Jika seorang berpolitik di negara Barat dengan niat membantu umat dan tegakkan keadilan, adakah tiada pahala untuknya hanya kerana tiada PAS di sana?


8.  Jika seorang guru ikhlas mendidik pelajar tetapi tidak berparti atau menolak PAS, adakah amalnya jadi sia-sia?


9.  Sebaliknya, jika seseorang aktif dalam PAS tetapi melakukan fitnah atau qazaf, tidakkah dosa itu boleh menjadikannya muflis di akhirat apabila pahalanya dipindahkan kepada mangsa?


10.  Prinsip Ahl al-Sunnah jelas dan berbeza dengan fikrah Khawarij: pahala bukan monopoli mana-mana parti atau mazhab atau kumpulan. Ia milik Allah yang diberikan berdasarkan iman, keikhlasan dan amal.


11.  “Sesiapa yang melakukan kebaikan walaupun sekecil zarah, dia pasti akan melihat (balasannya)." — Surah az-Zalzalah ayat 7

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ


12.  Inilah keadilan Allah yang mutlak — setiap kebaikan walaupun sebesar atom dinilai, tanpa bergantung kepada keahlian parti.


13.  Kesimpulannya, ketaksuban parti secara melampau tidak menguatkan iman, ia hanya melemahkan akal dan membuka pintu kesesatan.


Ahmad Mursi 


• Ucapan Hj Hadi dibuat di Majlis Makan Malam Perdana PAS Johor pada 7/2/26




WALAK APA PUN ..KENA BERAKAL. SYARAT WAJIB PUASA.


 Zainuddin Omar


WalaJib, WalaTok, WalaBah, Walaun, WalaZi, WalaRah dan sesiapa pun anti Kerajaan Madani jangan ikut perangai sorang ni ya.





DULU RASUAH PATAH. KITA KEJAR HABIS HABISAN

 


TAK DAK SAPA HALANG. JANJI BUATLAH DIKAWASAN YANG SAH.

 



"Surau di Selangor dan Perak pun pernah dirobohkan kerana tak ikut peraturan. Kuil pun kena ikut peraturan. Tak boleh pacak di mana saja tempat tak kira".

Jawapan PMX Anwar Ibrahim hari ni jelas…

Cuma tertanya juga, kenapa hampir 500 kuil haram yang dibina di Kedah tu tak ada yang bising? Padahal Menteri Besar daripada parti Islam 👀..



KES YANG DIPERKATAKAN CAPRIICE


 

PAKAR KESAN BABI MALAYSIA

 


DIA TERASA SUSAH SANGAT NI...TAK KERJA KAH.ATAU GANG PLASTIK ITAM?


Che Ibrahim



 Kalau kita mengaji bab sumpah, sumpah spt ini dipanggil sumpah lagha, sumpah yang tidak terpakai dan haram ditunaikan. Wajib ditarik dengan bayar kaffarah. 


p/s tapi kata kata di atas bukan sumpah sebab tidak disertakan dengan kalimah wallahi....



GANG MENGATA ...MAKCIK KEPOH.



 Norshidah Md Daud


Assalamualaikum rakan fb aku yg terpaling cantik Mem Mazz II 






Ni aku nk bgtau...


Si Yusnida Yusof ni penyokong tegar PAS

Aku faham kalau kau baru kenal dia sebab kau pun selama ni bz kt group KRT, page hiburan & baru2 je nak kenal rakan fb lain yg sembang politik kan...


Yusnida Yusof ni bukan saja x suka Rafizi, malah dia pembenci Anwar Ibrahim


Aku tau sebab kenal dia lama dah

Abg dia yg join Amanah tp dlm masa sama jd admin page pro Madey pun aku kenal


Bukan ape...


Kalau kita cantik, lawa & otak brilliant, kita patut kenal dgn sape kita berkawan 


Jgn tunjuk kita xtau pape mcm org gemok huduh kepam itam mcm kawan kau sorang tu 


Ehhhh 😎



ZIARAH DAN SUMBANGAN BUAT AHLINPKR


Bob Manolan


Kita mendoakan agar KAMK Bera diberikan kekuatan dan segera sembuh. Terima kasih atas lawatan dan sumbangan.









Hilmi Yakap



 Hari ini saya mengambil peluang bersama TKAMK Bera, Saudara Amir dan NKAMK Bera, Saudara Leo, serta pimpinan Cabang KEADILAN Bera untuk melawat sahabat seperjuangan, Saudari Ketua AMK Bera, Fieza di rumah beliau Felda Tementi, Bera.


Saudari Fieza telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Ahad lalu dan telah dikejarkan ke Hospital Temerloh bagi mendapatkan rawatan susulan.


Saya mewakili Pengerusi MPN Pahang, Dato’ Farhan Fauzi, menyampaikan sumbangan kepada beliau. Saudara Leo turut menyampaikan sumbangan daripada AMK Pahang.


Kami mendoakan agar Fieza diberikan kekuatan, ketabahan serta dikurniakan kesembuhan yang segera.


#AMKPahang


ZIARAH MENTERI PENDIDIKAN KE RUMAH ASAL DSAI.


Idrus Ibrahim 


Rabu 18hb Feb - Kemeriahan hari ini sempena kedatangan YB  menyemarakkan segenap ruang.  Himpunan insan pada hari yang bererti ini menautkan rasa muhibah dan persaudaraan, menjadikan detik yang berlalu terpahat sebagai kenangan yang indah lagi bermakna