BILA SALAH TEMPAT NAIK ANGIN


 

TU DIA... BUAT MENIFESTO HAPUS JUDI DALAM KEMPEN UNTUK JADI KERAJAAN

 




  • PONG PANG PONG PANG  LAKSAKAN MENIFESTO DALAM KEMPEN PILIHANRAYA. 







Satu hantaran PU Syed mengenai isu judi mencuri perhatian apabila beliau mempersoalkan cadangan supaya PAS memasukkan pengharaman judi dalam manifesto pilihan raya.






Dalam hantaran tersebut, PU Syed berkata hukum judi sudah jelas haram dalam Islam dan bukan perkara baharu.


“Sampai nak minta PAS masukkan pengharaman judi dalam manifesto pilihan raya.


“Sedangkan hukum judi itu sudah jelas haram dan bukan perkara baharu. Takkan manifesto politik pula yang nak menentukan apa yang memang telah diharamkan oleh syarak?” tulisnya.


Persoalannya, hantaran itu ditujukan kepada siapa?


Ini kerana sebelum ini Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr MAZA mencabar parti politik yang lantang mahu menghapuskan judi supaya berani memasukkan dalam manifesto janji untuk tidak membenarkan judi dan arak kepada bukan Islam sekiranya berjaya membentuk kerajaan Persekutuan.


Kalau hantaran PU Syed itu merujuk kepada cabaran tersebut, nampaknya isu yang dijawab sudah pergi jauh ke tempat lain.


Dr MAZA bukan mempersoalkan sama ada judi haram kepada umat Islam.


Bab itu memang jelas dan tak perlu manifesto politik untuk menentukan hukumnya.


Yang dicabar ialah keberanian parti politik menjadikan pengharaman judi dan arak kepada bukan Islam sebagai dasar kerajaan.


Itu dua perkara berbeza.


Seorang netizen turut menegur perkara sama di ruangan komen PU Syed.


Menurutnya, kalau benar mahu menutup perjudian, masukkan dalam manifesto janji untuk menutup semua pusat judi di Malaysia.


“Kalau bab hukum haram memang haram untuk orang Islam, orang tahu belaka,” tulisnya.


Mudah cerita, orang Islam memang tak perlukan manifesto PAS untuk tahu judi itu haram.


Soalan Dr MAZA ialah lain.


Kalau PAS mahu membawa naratif menghapuskan judi, berani tak beritahu seluruh Malaysia sebelum pilihan raya bahawa apabila mendapat kuasa, judi akan diharamkan termasuk kepada bukan Islam?


Kalau berani, tulis dalam manifesto.


Biar pengundi Melayu baca.


Pengundi Cina baca.


Pengundi India baca.


Semua boleh buat keputusan dengan jelas sebelum mengundi.


Sebab itu kalau hantaran PU Syed memang ditujukan kepada Mufti Perlis, memang jauh sangat pusingnya ustaz.


Orang tanya berani tak haramkan judi untuk bukan Islam.


Kita jawab pula orang Islam memang dah tahu judi haram.


Soalan lain, jawapan lain.




AS TAK TIDUR NYENYAK

 



Belum sempat tentera US tarik nafas lepas lelahnya, pangkalannya kena serang lagi pagi tadi.






Iran lancarkan serangan balas berikutnya guna peluru berpandu dan dron terhadap dua kemudahan tentera US iaitu Pangkalan Ahmad al-Jaber di Kuwait dan Pangkalan Al-Minhad di UAE.


Mereka sasarkan sistem komunikasi satelit, gudang peralatan dan hangar pesawat pejuang US di pangkalan Kuwait. 


Di pangkalan UAE pula, kawasan penempatan anggota tentera dan sistem radar di sasarkan.


Menurut risikan Iran, pangkalan US di Kuwait mainkan “peranan utama dalam logistik dan sokongan kepada tentera penceroboh US di Asia Barat” serta ada “kesan besar terhadap operasi udara dan pengawasan negara tersebut”. 


Sementara itu, pangkalan di UAE pula adalah “salah satu pusat penting bagi sokongan dan pengangkutan udara untuk pasukan US”.


Dan ini belum berakhir.


Berdasarkan kenyataan Iran sebelum ini, dijangka ada lagi serangan berikutnya.


Nampaknya tak lena tidurlah tentera US lepas ini.





OOOOOO MAKNA KATA MEMANG ADA KAKI CARUT.




 Seorang ulamak PAS, Mokhtar Senik mencuri perhatian selepas berkongsi satu perbualan bersama beberapa bakal perwakilan parti itu dalam perjalanan ke Kota Bharu.






Menurut Mokhtar, beliau mengingatkan bahawa Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah menyebut ahli PAS yang merokok tidak boleh menjadi calon.


Namun seorang daripada mereka kemudian mencelah:


“Kalau kaki cerut Ust?”


Soalan itu terus disambut dengan gelak ketawa.


Mokhtar sendiri mengakui turut ketawa sebelum terfikir satu persoalan:


“Ada ke ahli PAS peringkat pimpinan ‘kaki cerut’?”


Beliau tidak menamakan mana-mana individu, namun perkongsian itu cukup untuk membuat ramai tertanya-tanya siapa yang sebenarnya dimaksudkan.


Dalam hantaran sama, Mokhtar turut mengingatkan PAS supaya tidak melupakan asas perjuangan yang dibina sejak dahulu.


Katanya, apabila sudah menang dan berjaya, bukan setakat kawan boleh diterajang, malah prinsip perjuangan pun boleh ditendang.


Siapa pimpinan PAS yang dimaksudkan sebagai “kaki cerut”, Mokhtar tak sebut.


Tapi bila cerita itu dikongsi sendiri oleh orang lama PAS, memang susah netizen nak tak mula meneka.


#unofficialinfo





The Man Behind the Banking Group and TH RCI













 Wan Amirul Hafiz

 
The Man Behind the Banking Group and TH RCI
Tan Sri Dato' Abdul Rashid bin Hussain ialah pengasas Kumpulan RHB. Beliau mengahwini anak perempuan kepada Tan Sri Robert Kuok. Rashid Hussain merupakan anak lelaki bongsu kepada seorang lelaki kelahiran Pulau Pinang Mohammed Hussain, yang kemudian berpindah ke Singapura dan membangunkan perniagaan yang berjaya di sana. Ibu beliau berketurunan Melayu dan Arab.
Rashid Hussain merupakan salah seorang usahawan paling berjaya dari Malaysia. Dalam tempoh kurang daripada satu dekad, beliau berjaya membina konglomerat perkhidmatan kewangan yang terdiri daripada firma bursa saham, bank komersial, syarikat kewangan dan bank perdagangan - RHB Bank. Beliau memulakan khidmat kerjaya kewangan beliau pada tahun 1971 bersama Strauss Turnbull di Britain dan kembali ke Malaysia pada tahun 1975 bagi bekerja dengan Bumiputra Merchant Bankers Bhd. Beliau kemudian meninggalkan Bumiputra Merchant Bankers pada tahun 1983 untuk menubuhkan Rashid Hussain Securities. Di bawah kepimpinan beliau, RHB Securities menjadi salah satu broker saham terbaik di Malaysia.
Rashid Hussain pernah menjadi Pengerusi, Putrajaya Holdings Sdn Bhd dari 1995 sehingga 2000 dan juga pernah menjadi ahli lembaga dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Khazanah Nasional Berhad dari 1994 sehingga 1998.
Tan Sri telah membina Masjid Sri Sendayan yang menelan kos pembinaan melebihi RM100 juta. Dibina di atas tanah seluas 4.5 hektar dan mampu memuatkan sehingga 5,000 jemaah. Masjid ini menampilkan rekaan indah yang mendapat tarikan ramai serta sering disamakan dengan kehalusan seni bina Taj Mahal dan Masjid Nabawi. Masjid Sri Sendayan diiktiraf di peringkat antarabangsa dan telah memenangi anugerah masjid terbaik dunia pada tahun 2026.
Tan Sri Rashid Hussain adalah panel RCI Tabung Haji ditubuhkan untuk menyiasat isu pengurusan dan kedudukan kewangan TH bagi tempoh tahun 2014 hingga 2020. Hasil siasatan suruhanjaya mendapati TH sebelum ini telah menyembunyikan kedudukan kewangan sebenar, termasuk mengisytiharkan keuntungan RM3.4 bilion pada tahun 2017 sedangkan institusi itu sepatutnya mencatatkan kerugian bersih RM1.4 bilion di bawah piawaian perakaunan yang betul.
Selain memiliki empayar perniagaan yang besar, Tan Sri Rashid Hussain memilih untuk mempengerusikan Lembaga Tabung Haji demi membawa TH ke puncak semula. Pada masa yang sama juga beliau merupakan Presiden Ke-10 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

NAMPAK YANG TAK NAMPAK






 "try berdiri tegak tengok bawah pulak? Nampak Tak masa Tak tegak? Ka nampak perut boroi saja? Yang nu tengelam sudah? Perasan Dak?

Islam masa Tak tegak? , tegak ka? Dibina dari diri dengan contoh peribadi ? Bukan gaji saja sebat ? Elaun ? Tanah anugerah ? Mahligai sapu sekali? Rakyat di tipu dengan slogan Islam saja?






HUKUM DALAM ALQURAN WAJIB DITAQNINKAN @ DIJADIKAN UNDANG UNDANG SEBELUM DIKUATKUASA.

 







Dalam dunia moden @ amalan demokrasi berpelembagaan, tidak ada undang undang atau peraturan yang boleh dikuatkuasa tanpa satu RUU yang diluluskan oleh Parlimen atau Dun.
Hukum hukum dalam Al Quran, Al Hadis, ijma', qias atau apa apa sumber hukum dalam Islam tidak boleh dilaksanakan tanpa terlebih dahulu di "taqninkan" @ dijadikan sebagai satu undang undang atau peraturan oleh Pihak Berkuasa.
Oleh itu hukum haramnya Judi, rasuah, fitnah, menghina orang lain atau lain lain hukum yang disebut dalam alquran/hadis tidak sah untuk dikuatkuasa tanpa diluluskan oleh Parlimen/Dun.



SKANDAL RASUAH PEMBELIAN HELIKOPTER MD530G MINDEF ??



Penang Netizen


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/05/kertas-siasatan-pembelian-6-helikopter-sudah-dibuka-kata-kp-sprm


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/981325/tiada-pendakwaan-kes-perolehan-helikopter-md530g



CnP







Harrison Hassan bekas Setiausaha Sulit kepada Menteri Pertahanan Hishamuddin Tun Hussein untuk tahun 2013 ke 2014 yang kini ADUN Jeram di bawah Perikatan Nasional berjaya memperolehi kontrak pembelian helikopter MD530G. Harison mengunakan syarikat beliau Halaman Optima Sdn Bhd untuk membeli helikopter ringan MD530G dengan nilai kontrttak sebanyak RM322 juta untuk 6 buah helikopter.


Helikopter ringan MD530G buatan gergasi aeroangkasa AS McDonnell Douglas, MD Helicopters Inc, ditempah oleh Kementerian Pertahanan pada 2016 dengan harga RM322 juta. Oleh itu  sebuah helikopter yang di beli berharga  RM53 juta. 


Spesikasi helikopter MD535G


Helikopter MD535G adalah helikopter ringan yang di gunakan untuk pertanian, pemburuan, rekreasi dan pemantauan jarak dekat.


Helikopter ini hanya berkelajuan 240 km/jam dengan jarak penerbangan 400km tanpa tangki tambahan. Ianya mampu terbang selama 1.5 jam sahaja. Mengikut pencarian di laman sesawang harga helikopter ini tanpa senjata hanyalah UD$2 juta atau RM8 juta sahaja. Helikopter ini hanya boleh menbawa senjata ringan sahaja. 


Perjanjian pembelian di tanda tangani di antara Halaman Optima Sdn Bhd dengan Mindef pada November 2016. Selepas perjanjian di menterai maka bayaran pendahuluan 35% di beri atau sebanyak  RM112 juta.


MASALAH HARRISON HASSAN & HALAMAN OPTIMA SDN BHD 


Selepas Harrison dan syarikatnya gagal menyelesaikan bekalan Helikopter tempur ringan MD530G pada tahun 2017 kerana masalah kewangan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien mengarahkan Dato’ Rozabil @ Rozamujib Bin Abdul Rahman (Proksi) Pengarah Urusan Destini Berhad membeli syarikat HALAMAN OPTIMA SDN BHD daripada Dato’ Harrison Hassan dengan nilai RM5.5 juta. 


Destini Berhad mengumumkannya di Bursa Malaysia pada 16 Februari 2017 membolehkan pengambilalihan Halaman Optima Sdn Bhd (HOSB) itu bagi membekalkan membekalkan enam helikopter peninjau kepada Kementerian Pertahanan Malaysia.


Pengambilalihan kepentingan sebanyak 70 peratus dalam HOSB dibuat melalui anak syarikat Destini, Destini Prima Sdn Bhd (DPSB). 


ENAM HELIKOPTER MD530G SAMPAI FEBRUARI 2022 


Sekalipun tahun 2022 Syarikat MD Helicopters daripada Amerika Syarikat membuat permohonan bankrap di bawah Chapter 11 mengikut undang-undang Amerika Syarikat namun pembekal itu berjaya menghantar enam buah helikopter MD530G kepada Kementerian Pertahanan Malaysia. Kesemua enam helikopter itu mengambil masa selama 31 hari untuk tiba di Malaysia selepas pemeriksaan prapenghantaran selesai pada Disember tahun lalu. 


KRITIKAN DAN ISU PEMBELIAN HELIKOPTER MD530G 


Pembelian enam unit helikopter tempur ringan MD530G bernilai RM322 juta oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) dilanda pelbagai kritikan dan isu kelewatan ketara sejak kontrak dimeterai pada tahun 2016.


Antara isu utama dan kritikan berhubung perolehan ini termasuklah: 


Kelewatan dan Kegagalan Patuhi Kontrak 


○ Aset yang sepatutnya mula diterima secara berperingkat (dengan jadual asal penerimaan sekitar November 2017) gagal diserah milik kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengikut jadual. 


○ Bagaimana boleh syarikat yang telah menerima bayaran permulaan sebanyak RM112 juta mengalami masalah kewangan. 


Helikopter ringan tidak sesusi di gunakan untuk pentempuran tentera 


○ Helikopter ada banyak kelemahan untuk di gunakan untuk pentempuran seperti jarak perjalanan yang menghadkan pergerakan dan masa pertempuran. 


○ Persenjataan untuk helikopter hanya terhad kepada senjata ringan juga di anggap tidak sesuai dan tidak memberi kelebihan berbanding helikopter tempur negara jiran. 


Harga yang mahal tak sepadan dengan helikopter ringan 


○ Harga sebenar helikopter MD530G ini dengan pensejataan ringan di anggarkan tidak melebihi RM10 juta berbanding dengan harga sebuah yang di bayar Mindef sebanyak RM53 juta sebuah 


○ Jika di bandingkan dengan harga, Mindef sepatutnya membeli helikopter tempur yang lebih hebat dan sesuai di gunakan untuk peperangan dan setanding dengan negara jiran.


SIASATAN SPRM BERKAITAN PEMBELIAN MD530G


Namun sehingga sekarang tidak diketahui status kes rasuah Halaman Optima dan Harrison Hassan ini sama ada kekal berjalan atau sudah ditutup. Fail video keterangan pengakuan itu masih tersimpan dengan SPRM jika dibuka semula. 


RUNDUNGAN TUN M DENGAN HISHAMMUDIN UNTUK MEMBANTU LANGKAH SHERATON 


Maklumat di terima bahawa Tun M mengunakan kes ini sebagai senjata untuk mencapai kesepakatan dengan Hishammudin untuk menarik Ahli Parlimen BN menyertai Bersatu dan menyokong kerajaan baru. Jika bersetuju maka kes dalam siasatan SPRM di tarik balik sebagai balasan.???


 Akhirnya 16 Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu dan akhirnya sisatan rasuah kes helikopter MD530G tidak di teruskan.???


  

Pada Februari 2023 Datuk Rozabil Abdul Rahman mengumumkan persaraannya sebagai Pengerusi Eksekutif yang telah berkhidmat selama 12 tahun bersama kumpulan itu, dengan alasan “untuk mengejar kepentingan peribadinya”. Beliau juga sekarang adalah Ketua Bahagian UMNO Arau selepas tewas dalam PRU15 lalu menentang bekas bosnya Datuk Seri Shahidan Kassim. Beliau turut melepaskan pegangan sahamnya dalam Destini Berhad dan digantikan dengan budaknya Abdul Rahman Rejab.  Rozabil sebelum ini memegang pegangan langsung sebanyak 6.229% dan pegangan tidak langsung sebanyak 9.527% dalam Destini. 


Kesimpulan 


Semua yang terlibat dalam skandal perolehan ini adalah orang UMNO dari Menteri Pertahanan, Syarikat yang memperolehi kontrak iaitu Syarikat Halaman Prima Sdn Bhd dan Syaikat yang mengambil alih Destini. Percaturan politik ketika itu telah menghalalkan kes rasuah dan Hishammudin terselamat. 


Persoalannya adakah SPRM sekali lagi membawa kes ini ke makhamah dan menghukum pelakunya.


JIKA DAKWAAN INI BENAR MAKA KERAJAAN MADANI HARUS MENERUSKAN SIASATAN DAN MENDAKWA MEREKA YANG TERLIBAT


KUALA LUMPUR: Tiada pendakwaan akan dilaksanakan berhubung kes pembelian helikopter tempur ringan MD530G bernilai lebih RM300 juta yang lewat diterima oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata perkara itu diputuskan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menjalankan siasatan.

"Bagi kes pembelian helikopter MD530G, siasatan selesai dijalankan.

"Berdasarkan kertas siasatan, AGC memutuskan tiada pendakwaan atas kesalahan rasuah yang dilakukan oleh mana-mana individu bagi isu ini," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang bertanya sejauh mana Menteri Kanan Pertahanan dan pegawai Kementerian Pertahanan dipanggil SPRM untuk tujuan penyiasatan berkaitan dakwaan rasuah dan penyelewengan berkaitan perolehan Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) dan helikopter MD530G.

Pada 13 Jun 2019, Kementerian Pertahanan membuat laporan kepada SPRM berhubung pembelian enam helikopter MD530G bernilai lebih RM300 juta pada 2015, yang ketika itu belum diterima ATM.

Media ketika itu melaporkan, kelulusan kontrak pada November 2015 bagi pembelian helikopter keluaran syarikat gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat (AS), McDonnel Douglas, dibuat secara rundingan terus dengan ejen syarikat berkenaan yang berpangkalan di Malaysia, selain ia tidak melalui prosedur sepatutnya, dengan kebanyakan terma kontrak merugikan kerajaan.

Kontrak itu juga dilaporkan diluluskan dalam keadaan tiada spesifikasi ketenteraan mengenai pembelian helikopter itu, sedangkan ia perkara wajib dalam pembelian aset tentera.

Pada 13 Jun lalu, Destini Bhd dilapor menyelesaikan penghantaran enam helikopter MD530G kepada tentera Malaysia selepas menamatkan 'Final Acceptance Test'.

Berhubung siasatan membabitkan perolehan LCS, Wan Junaidi memaklumkan perkara itu masih dalam siasatan SPRM.

"SPRM memanggil saksi yang terbabit daripada pelbagai pihak termasuk Kementerian Pertahanan," katanya.







BAIK TIM PENGARAH JADI KETUA AUDIT.

 


Norman Daud



Kalau ketua pengarah jabatan Audit perlukan timbalan untuk menjawab soalan teknikal.. lebih baik lantik timbalan tu yang jadi pengarah. 🤣🤣🤣




Nampak sangat selaku pengarah Jabatan Audit beliau tak tahu secara detail isu TH ni.. kalau tak masakan beliau perlukan backup dari timbalan untuk menjawab soalan RCI ni.


Apa apa keterangan dan jawapan di bawah mana mana RCI adalah keterangan bersumpah. Keterangan tersebut tidak boleh diberikan secara berpasukan atau jawapan kolektif di kandang saksi kerana setiap kenyataan membawa implikasi liabiliti undang-undang individu.


Rekod rasmi RCI memerlukan atribusi jawapan yang tepat kepada seorang individu sahaja.


 Kehadiran lebih daripada seorang saksi di temubual one to one boleh menimbulkan kekeliruan dari segi siapa yang membuat kenyataan atau pengesahan.


Melalui sop one to one ini juga Panel RCI boleh menilai sejauh mana Ketua Pengarah memahami, mengendalikan, dan mengesahkan dapatan audit berkenaan secara peribadi mengikut skop tugas jawatannya.


Jadi no wonderlah kalau laporan JAN terhadap TH boleh berubah dari berteguran kepada bersih kan?


Maaf TS.. you have chosen wrong answer dalam hal ini.





PATUT LE BANYAK BERHIJRAH CARI MAKAN KAT LUAR..BINA RUMAH BAGAI







 Tular di media sosial perkongsian seorang wanita yang menyifatkan Kelantan sebagai antara negeri paling selesa dan selamat untuk didiami berdasarkan pengalaman peribadinya.


Menurutnya, kehidupan di sana terasa lebih tenang apabila anak-anak bebas bermain di halaman rumah. Malah, dia mendakwa dengan RM50 pun seseorang masih boleh meneruskan kehidupan jika tidak terlalu mengejar gaya hidup mewah.


Perkongsian itu turut meraih perhatian beberapa rakyat Kelantan yang tampil berkongsi rasa bangga terhadap negeri mereka.


#ohmedia #as





AKAI TAK DAK.



 Akmal nak orang Melayu percaya bahawa dia lebih arif pasal tatakelola kewangan negara berbanding Ketua Setiausaha Perbendaharaan. 


Akai ...





BAGAIMA PILA PAS MENGHINA ULAMAK LAIN

 

Aman Muhamad




Antara sebab aku dikafirkan oleh penyokong PAS, kerana aku dikatakan menghina ulamak PAS.


Bagaimana pula dengan penyokong PAS menghina ulamak yang lain?

Apakah penyokong PAS tidak menjadi kafir?


Tapi jangan risau, aku tidak akan mengkafirkan penyokong PAS yang menghina ulamak baik seperti Syeikh Wazir.


Cuma aku nak tanya balik kepada tukang posting ni:


Apa hukum Presiden PAS arah ahli dan penyokong PAS undi calon kapir MCA dan GERAKAN yang sokong judi?


minta dia jawab.


;)


p/s: Aku adalah pencinta ulamak baik seperti Syeikh Wazir.





SEMBANG JA....KEPUTUSAN BERSAMA..PAS MENIPU LAGI


 

ELOK LA ....


 

BETUL MAKSUD TUNGGANG MELEBIHI AGAMA....


 

SOQANG PEMBOHONG. SATU LAGI PENIPU...ELOKS.,.







 2.0


1. Tan Sri Madinah telah dipanggil untuk beri keterangan dalam RCI TH, tapi dia tak hadir.


- Tan Sri Rashid Hussin.


2. Keputusan menaikkan cabutan Judi Dari 8 kepada 22 adalah keputusan kabinet bersama menteri2 Pas. 


- Tengku Zaprul.




TIADA LAGI ORANG POLITIK






 Lembaga Tabung Haji kini tidak lagi mempunyai ahli politik aktif dalam komposisi lembaga pengarahnya.


Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, keputusan tersebut sebagai usaha memperkukuh tadbir urus dan memastikan pengurusan institusi berkenaan lebih profesional. 


#malaysiagazette  #lembagapengarahtabunghaji  


Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com





Dah diviralkan pempengaruh, baru Menteri nak bertindak?”







Saya nampak banyak komen seperti ini sejak isu kelewatan bekalan Baja 3 di kawasan MADA mendapat perhatian.

Kritikan itu hak masing-masing. Tetapi untuk berlaku adil kepada semua pihak, elok kita lihat fakta dan kronologi sebenar.

Surat Setuju Terima (SST) kepada syarikat pembekal dikeluarkan pada 27 April 2026, dengan tempoh kontrak bermula 5 Mei hingga 1 Oktober 2026. Pembekalan pula bermula pada 11 Jun 2026 dengan komitmen 400 metrik tan sehari.

Namun, melalui laporan yang dibentangkan dalam mesyuarat mingguan bersama Menteri, didapati penghantaran terhenti beberapa kali dan pembekal gagal memenuhi komitmen yang ditetapkan.

Apabila keadaan berlarutan dan timbul pula persoalan mengenai kualiti bekalan, pada 12 Ogos 2026, YB Datuk Seri Mohamad Sabu sendiri turun ke kawasan MADA untuk mendapatkan gambaran sebenar daripada pihak pengurusan dan pesawah.

Pada ketika itu, pendirian Menteri sudah jelas — kegagalan tersebut tidak boleh dibiarkan berterusan dan tindakan menamatkan kontrak perlu dipertimbangkan. Alasan nak beri peluang kepada syarikat Bumiputera tidak lagi boleh diterima. Enough is enough. 

Namun sebuah kontrak Kerajaan tidak boleh ditamatkan hanya dengan satu arahan lisan atau kerana tekanan media sosial. Ia perlu melalui proses undang-undang dan tatacara yang betul supaya kepentingan Kerajaan tidak terdedah kepada implikasi kemudian hari.

Pada 18 Ogos 2026, Menteri memanggil Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras, Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Padi serta Pengurus Besar MADA bagi mencari jalan penyelesaian segera.

Menteri dimaklumkan pembekal mempunyai tempoh sehingga 26 Ogos 2026 untuk memenuhi obligasinya. Jika mereka gagal - penamatan kontrak boleh dipertimbangkan.

Seperti dijangka syarikat tersebut telah gagal  memenuhi obligasinya. 

Maka pada 27 Ogos 2026, sehari selepas tempoh tersebut tamat, Menteri terus menulis kepada YAB Perdana Menteri memohon kontrak berkenaan ditamatkan dan NAFAS dilantik melalui rundingan terus untuk menyelesaikan baki pembekalan kepada pesawah.

Permohonan tersebut kemudiannya dipersetujui oleh YAB Perdana Menteri.

Jadi apabila netizen berkata Menteri hanya bertindak selepas isu ini viral, pada saya sangat tidak tepat. 

Tindakan telah berjalan lebih awal — daripada pemantauan melalui mesyuarat pasca kabinet, turun sendiri ke lapangan, mendapatkan nasihat undang-undang, menunggu tarikh akhir obligasi pembekal sehinggalah akhirnya memohon penamatan kontrak.

Tidak semua mesyuarat, arahan dan proses dalaman Kerajaan diumumkan setiap hari di Facebook.

Sekarang keutamaan Menteri bukan untuk menang berhujah di media sosial. Keutamaannya ialah memastikan baki baja bagi kawasan tanaman sekitar 63,100 hektar sampai secepat mungkin dan nasib pesawah sentiasa dibela.

Kritiklah. Tegurlah.

Menteri sendiri terbuka menerima kritikan.

Tetapi biarlah berdasarkan fakta.

Akhirnya ukuran yang paling penting bukan siapa paling cepat membuat hantaran di media sosial — tetapi fakta dan kebenaran yang menjadi panduan dalam menyampaikan maklumat.

Nota: Foto ini diambil sebelum perbincangan Menteri bersama KPB, SUB PIP dan GM MADA di MARDI Kota Raja, Selangor pada 18 Ogos 2026 bermula.




MENJAWAB PARTI JALANG TERHADAP KEKELIRUAN HARBI



Che Ibrahim





1. Tidak boleh seorang warganegara bukan Islam dianggap harbi selagi dia tidak terang terangan melawan kerajaan Islam. Berlainan agama atau kefahaman politik tidak menjadikan seorang itu harbi. 


Tidak wajar seorang bukan Islam dianggap harbi semata mata kerana melawan Pas. Jangan salahguna istilah agama kerana politik, itulah dipanggil menunggang agama.


Pas tidak pernah iktiraf Malaysia sebagai Kerajaan Islam, kok celah mana lahirnya kafir harbi???


2. Kebenaran dan kebathilan hendaklah diukur dengan neraca agama, bukan neraca Pas.


3. Menentang Pas bukan menentang perjuangan Islam sebab Pas hanya mengaku berjuang Islam, tapi hakikatnya Pas hanyalah sebuah parti politik yang dijenamakan dengan Islam. 


Isu bersekongkol dengan orang kafir harbimenyerang orang yang perjuangkan Islam hanya kata kata bathil yang dibalut dengan agama.


Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar, bukan ajaran Islam mengikut neraca Pas yang menghina semua orang yang Pas tidak suka.