BAIK TIM PENGARAH JADI KETUA AUDIT.

 


Norman Daud



Kalau ketua pengarah jabatan Audit perlukan timbalan untuk menjawab soalan teknikal.. lebih baik lantik timbalan tu yang jadi pengarah. 🤣🤣🤣




Nampak sangat selaku pengarah Jabatan Audit beliau tak tahu secara detail isu TH ni.. kalau tak masakan beliau perlukan backup dari timbalan untuk menjawab soalan RCI ni.


Apa apa keterangan dan jawapan di bawah mana mana RCI adalah keterangan bersumpah. Keterangan tersebut tidak boleh diberikan secara berpasukan atau jawapan kolektif di kandang saksi kerana setiap kenyataan membawa implikasi liabiliti undang-undang individu.


Rekod rasmi RCI memerlukan atribusi jawapan yang tepat kepada seorang individu sahaja.


 Kehadiran lebih daripada seorang saksi di temubual one to one boleh menimbulkan kekeliruan dari segi siapa yang membuat kenyataan atau pengesahan.


Melalui sop one to one ini juga Panel RCI boleh menilai sejauh mana Ketua Pengarah memahami, mengendalikan, dan mengesahkan dapatan audit berkenaan secara peribadi mengikut skop tugas jawatannya.


Jadi no wonderlah kalau laporan JAN terhadap TH boleh berubah dari berteguran kepada bersih kan?


Maaf TS.. you have chosen wrong answer dalam hal ini.





No comments: