Pelancaran FIFA Arena di SK Sri Kelana baru-baru ini menandakan detik bersejarah buat Malaysia apabila menjadi antara negara pertama dalam kalangan ahli FIFA melancarkan projek mini-padang yang dibiayai badan induk bola sepak dunia itu.
Inisiatif ini bukan sekadar simbol kebanggaan, tetapi bukti kesungguhan negara memperkukuh ekosistem pembangunan sukan dari akar umbi.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menyifatkan pelancaran itu sebagai titik tolak penting kepada perubahan jangka panjang dalam landskap bola sepak negara.
“Saya berharap inisiatif mulia ini menjadi pelantar untuk lebih ramai pemain industri berganding bahu membangunkan projek serupa demi manfaat kanak-kanak di Malaysia dan seluruh dunia,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa Kementerian Belia dan Sukan, FIFA dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan terus bekerjasama memastikan lebih banyak fasiliti seperti ini dapat diwujudkan di seluruh negara.
Majlis bersejarah ini turut bertepatan dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara ASEAN dan FIFA sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa kerjasama ini melambangkan komitmen bersama untuk memanfaatkan kekuatan bola sepak bagi memupuk pembangunan budaya, kemajuan sosial dan keamanan serantau.
Antara hasil penting MoU tersebut ialah penganjuran kejohanan baharu, Piala FIFA–ASEAN, yang bakal menjadi platform utama memperkasa bakat muda rantau ini.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menekankan kepentingan pemberdayaan belia, keterangkuman sosial serta kerjasama serantau bagi memastikan bola sepak terus berkembang secara mampan untuk generasi akan datang.
Lebih daripada sekadar sukan, bola sepak kini menjadi wahana penyatuan dan inspirasi satu bahasa sejagat yang merentas budaya, sempadan dan bangsa.
Dengan langkah proaktif ini, Malaysia bukan sahaja membina padang untuk bermain bola, tetapi juga membuka gelanggang baharu untuk perpaduan dan masa depan bola sepak serantau.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump melayan tarian tradisional diiring kompang sebaik tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA pada 26 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 27 Okt – Klip video lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, menarik perhatian rakyat negara ini dan di media sosial dengan gelagat spontan beliau.
Namun, di sebalik keterujaan itu, debaran tetap dirasai apabila pesawat Air Force One, pesawat rasmi Presiden AS, mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pagi semalam.
Hal ini kerana keperibadian pemimpin negara kuasa besar dunia itu sukar dijangka walaupun ketika berhadapan dengan pemimpin dunia yang lain.
Bagaimanapun, ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN 2025, menyambut ketibaan Trump dengan hamparan permaidani merah di KLIA, Presiden Amerika itu kelihatan berada dalam mood yang ceria.
Beliau berjabat tangan mesra dengan Anwar dan sapaan penuh sopan antara mereka jelas kelihatan melalui skrin televisyen atau media sosial yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia.
Yang paling menarik perhatian adalah apabila Trump secara spontan menari ketika disambut mesra oleh sekumpulan penari tradisional. Mengikut irama zapin, beliau menari dengan gaya hand shuffle, seolah-olah gerakan twist yang perlahan.
Hantaran di X memaparkan jumlah tontonan ‘tarian’ Donald Trump melepasi angka 1 juta di Instagram pada 27 Oktober 2025.
Malah, Anwar yang terhibur dengan gerakan tarian signature Trump itu turut menyertai Presiden AS, namun dengan gaya tarian yang ringkas.
Keceriaan Anwar dan Trump menari bersama-sama itu sekali gus menaikkan semangat dan menambah kehangatan suasana pagi Ahad, yang sebelum itu hujan renyai-renyai sebelum ketibaan presiden.
Imej dan video “tarian bersama” itu tular di seluruh dunia, pelbagai lapisan masyarakat berkongsi, menyiarkan semula dan meninggalkan komen dalam media sosial.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengibarkan bendera Amerika dan Malaysia selepas melayan tarian tradisional diiring kompang sebaik tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA pada 26 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Satu daripada contohnya ialah video yang dimuat naik oleh Pembantu Khas dan Penasihat Komunikasi Presiden, Margo Martin.
Video itu meraih lebih sejuta tanda suka di platform media sosial Instagram dan 21.5 juta tontonan, selain 17.7 juta tontonan menerusi Facebook dan 9.3 juta di TikTok dengan kapsyen Trump is the leader of the worldand the king of social media (Trump ialah pemimpin dunia dan raja media sosial).
Rakyat Malaysia pastinya berasa bangga apabila seorang Presiden Amerika mengiktiraf Malaysia, pemimpinnya, lambang kebangsaan dan rakyatnya.
Menambah lagi keterujaan, Trump kemudian mendekati sekumpulan petugas yang mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Amerika Syarikat sebelum mengambilnya daripada mereka lalu mengibarkan bendera dua negara itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menaiki kenderaan rasmi Presiden Amerika Syarikat ‘The Beast’ atas permintaan presiden itu dari Kompleks Bunga Raya KLIA menuju KLCC pada pada 26 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Tidak berakhir di situ, Trump melanggar sedikit protokol keselamatan apabila mengundang Anwar untuk bersama-sama beliau menaiki kenderaan rasmi presiden, “The Beast”, menuju ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di ibu negara, lokasi penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN.
Selaku tuan rumah ASEAN, Anwar turut ke hotel penginapan Trump untuk mengucapkan selamat jalan kepada pemimpin itu yang berlepas ke Jepun pagi ini.
Air Force One kini dalam penerbangan ke Tokyo sebelum ke Korea Selatan, dengan Trump dijadualkan menghadiri forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang akan diadakan di bandar pesisir Gyeongju.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menaiki kenderaan rasmi Presiden Amerika Syarikat ‘The Beast’ atas permintaan presiden itu dari Kompleks Bunga Raya KLIA menuju KLCC pada pada 26 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Kedatangan Trump buat julung-julung kali ke Malaysia pastinya kekal dalam ingatan rakyat akan imej seorang presiden yang bukan sahaja tegas, tetapi juga terselit sisi lain yang ceria. Kita bangga menjadi rakyat Malaysia.
“Kini apabila parti diuji, mereka bukan tampil mempertahankan institusi kepimpinan sebaliknya menjadi duri dalam daging. Inilah wajah sebenar pengkhianat perjuangan yang bermuka manis di depan tetapi menikam dari belakang.
“Saya ingin menegaskan bahawa ini bukan masa untuk berpolitik dalaman atau berebut kuasa. Masa ini ialah masa untuk kita bersatu, memperkukuh jentera parti, dan turun membantu rakyat yang sedang berdepan kesusahan.
“Sudah tiba masanya kita hentikan politik tikam belakang. Setiap ahli yang setia kepada perjuangan perlu bangkit menolak golongan pengkhianat ini.
“Bersatu tidak akan tumbang kerana fitnah, tetapi akan lemah jika terus membiarkan pengkhianat bermaharajalela di dalam rumah sendiri.”
Sanjeevan yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi turut berkata bahawa Bersekutu Bersatu akan teguh di belakang Mahiaddin.
Kumpulan yang dimaksudkan oleh Sanjeevan merujuk kepada anggota-anggota seperti ahli MPT, Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan, ahli parlimen Tasek Gelugor yang dipecat dan ramai lagi anggota di peringkat negeri dan akar umbi.
Mereka telah melancarkan siri Jelajah Semarak. Program telah pun dibuat di Johor dan Melaka.
Anwar dan Carney mengadakan pertemuan dua hala Malaysia-Kanada di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 27 Okt – Persefahaman jitu antara Malaysia dan Kanada mendorong kedua-dua negara bersetuju memperkukuh hubungan ekonomi dan pelaburan di samping meneroka peluang baharu dalam tenaga hijau, inovasi dan pendidikan selaras dengan aspirasi bersama ke arah pertumbuhan inklusif dan mampan.
Ketika pertemuan sulung antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawat beliau dari Kanada, Mark Carney, di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, di sini hari ini, Anwar menegaskan komitmen masing-masing dalam pelbagai bidang bagi manfaat kedua-dua pihak, menurut hantaran di media sosial hari ini.
Anwar dan Carney mengadakan pertemuan dua hala Malaysia-Kanada di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim
“Kejayaan usaha sama melibatkan gas asli cecair (LNG) oleh Petronas di Kanada menjadi contoh nyata keyakinan terhadap potensi, kekuatan dan saling bergantungan ekonomi antara kedua-dua negara,” kata Anwar.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata lawatan rasmi pertama Carney ke Asia sejak memegang jawatan pada Mac mencerminkan komitmen Kanada untuk mempekukuh penglibatan dengan ASEAN, khususnya dalam kerjasama ekonomi dan pembangunan mampan.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang memfokuskan kepada tenaga boleh baharu dan penerokaan peluang kemampanan tenaga.
Anwar dan Carney mengadakan pertemuan dua hala Malaysia-Kanada di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim
Terdahulu Carney yang mengesahkan hadir ke Sidang Kemuncak berkenaan, tiba di Malaysia pada Sabtu untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan sebagai Tetamu Pengerusi, atas jemputan Perdana Menteri bersama-sama Presiden Brazil dan Afrika Selatan.
Beliau diiringi oleh isteri, Diana Fox Carney, serta Menteri Perdagangan Antarabangsa Maninder Sidhu dan kalangan pegawai kanan kerajaan.
Anwar dan Carney mengadakan pertemuan dua hala Malaysia-Kanada di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim
Untuk rekod, Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan berperanan sebagai platform penting untuk memperkukuh kerjasama dan menangani isu yang menjadi cabaran serantau serta global secara menyeluruh.
Carney dipilih sebagai perdana menteri ke-24 menggantikan Justin Trudeau bermula 14 Mac lalu.
Haris menyifatkan desakan Saifuddin sebagai berniat jahat,merosakkan parti dengan motif kepentingan peribadi dan kelompok tertentu.
“Serangan secara terbuka begini sudah pun menzahirkan niat dan motif disebaliknya.“Justeru, Pemuda Bersatu menggesa parti melalui lembaga disiplin menambil tindakan tegas dan segera tanpa perlu menunggu aduan, siasatan dan pendengaran yang panjang
.“Lebih baik Saifuddin tinggalkan parti sekiranya hilang kepercayaan terhadap presiden,” katanya dalam kenyataan.Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota telah mendesak Mahiaddin melepaskan jawatan secara terhormat kerana sudah kehilangan kualiti kepimpinan, sebagaimana dimiliki ketika awal menubuhkan parti.
Usaha global oleh para pemimpin dunia untuk menggalakkan keamanan kadang-kadang memerlukan pelanggaran peraturan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata demikian ketika menceritakan bagaimana dia menyertai Donald Trump untuk menaiki kereta limosin yang melanggar protokol keselamatan sebaik sahaja presiden AS itu tiba di Kuala Lumpur.
Perdana menteri berkongsi anekdot tersebut semasa ucapannya pada majlis menandatangani perjanjian damai, yang digelar Perjanjian Damai Kuala Lumpur, antara Thailand dan Kemboja, dengan Anwar dan Trump hadir sebagai saksi.
Mengambil alih pentas selepas Trump menjemputnya untuk berucap, Anwar terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada presiden AS itu atas peranan yang dimainkannya dalam membantu menjadi perantara gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja sebelum menceritakan semula perjalanan mereka menaiki limosin berkenaan.
“Kami mengagumi ketabahan (dan) keberanian anda (Trump), kerana dunia memerlukan pemimpin yang menggalakkan keamanan, dan untuk mencapai itu, anda perlu melanggar beberapa peraturan - seperti yang anda lakukan hari ini.
“Apabila presiden tiba, dia meminta saya untuk menyertainya di dalam kereta. Saya kata itu melanggar peraturan protokol keselamatan, dan dia gembira melanggar peraturan,” kata Anwar disambut gelak tawa ringan daripada mereka yang hadir.
Anwar juga bersetuju apabila Trump, yang bercakap di luar kamera, mencelah bahawa perjalanan itu “bagus,” sambil menambah secara berseloroh: “Kami berkongsi banyak persamaan - saya berada di penjara, tetapi anda hampir sampai ke sana”.
Kapal pengangkut pesawat USS Nimitz menjalankan operasi penerbangan di Laut China pada 26 Oktober 2025. Foto AFP
KUALA LUMPUR, 27 Okt – Dua pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) terhempas di Laut China Selatan dalam insiden berasingan pada Ahad, kata pegawai, tanpa sebarang kematian dilaporkan.
Nahas pertama membabitkan sebuah helikopter MH-60R Sea Hawk, yang “terhempas di perairan Laut China Selatan semasa menjalankan operasi rutin dari kapal pengangkut pesawat USS Nimitz,” menurut kenyataan daripada Armada Pasifik Tentera Laut AS.
Ketiga-tiga anak kapal di atas helikopter itu ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat, kata kenyataan berkenaan.
Setengah jam kemudian, menurut Tentera Laut, sebuah jet pejuang Boeing F/A-18F Super Hornet terhempas ke Laut China Selatan, juga “semasa menjalankan operasi rutin” dari USS Nimitz.
Kenyataan Tentera Laut mengatakan kedua-dua anak kapal di atas kapal itu melompat keluar dari jet dan ditemukan dengan selamat.
“Semua kakitangan yang terbabit selamat dan dalam keadaan stabil,” kata Tentera Laut AS. “Punca kedua-dua insiden itu sedang disiasat.”
Nahas itu berlaku ketika Presiden AS Donald Trump berada di rantau ini, dalam lawatan pertamanya ke Asia dalam penggal keduanya, dan ketika Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth bersiap sedia untuk memulakan jelajah ke beberapa negara Asia
Awal tahun ini, dua pesawat perang AS terjatuh dari kapal pengangkut pesawat Harry S Truman Tentera Laut AS semasa beroperasi di Asia Barat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 27 Okt – Datuk Seri Anwar Ibrahim, merakamkan penghargaan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump atas peranan pentingnya dalam menjayakan Perjanjian Damai Kuala Lumpur (KL Peace Accord) serta Pelan Damai Gaza, yang disifatkan sebagai sinar harapan ke arah keamanan yang adil dan berkekalan.
Perdana Menteri berkata demikian menerusi hantaran di Facebook susulan pertemuan singkat yang diadakan bersama Trump pagi ini sebelum Presiden AS itu berlepas ke Tokyo, Jepun.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim
Menurutnya, pertemuan itu turut membuka ruang untuk meneliti semula hasil perbincangan dua hala Malaysia–AS yang dijalankan sebelum ini, termasuk aspek kerjasama strategik dalam bidang perdagangan, teknologi dan keamanan serantau.
“Pertemuan ini memberi ruang untuk meneliti semula hasil perbincangan dua hala Malaysia–Amerika Syarikat yang telah dijalankan sebelum ini, termasuk kerjasama strategik dalam bidang perdagangan, teknologi, dan keamanan serantau,” ujarnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim
Anwar turut menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat berasaskan saling menghormati, kepentingan bersama serta semangat memperjuangkan keamanan sejagat.
“Malaysia dan Amerika Syarikat bertekad untuk terus memperkukuh hubungan dua hala berasaskan saling hormat, kepentingan bersama, dan semangat memperjuangkan keamanan sejagat,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim
Perjanjian keamanan antara Thailand dan Kemboja dimeterai di hadapan Anwar dan Trump menerusi inisiatif ‘KL Peace Accord’ ditandatangani Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dan rakan sejawatnya Hun Manet pada Ahad.
Manakala Trump pula menyifatkan Malaysia sebagai “negara yang hebat, sangat bertenaga” selepas menamatkan lawatan dua hari di sini sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim
Dalam catatan di Truth Social beliau pada Isnin, Trump berkata, AS telah menandatangani perjanjian perdagangan dan nadir bumi penting dengan Malaysia, penganjur persidangan berkenaan.
Selain itu, katanya, yang paling penting adalah beliau turut menyaksikan pemeteraian perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja pada Ahad.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim
Trump mengakhiri lawatan ke sidang kemuncak berkenaan hari ini dan berlepas dari KLIA jam 10.06 pagi menuju Jepun dalam lawatan dua hari ke negara itu bertemu Maharaja Naruhito dan Perdana Menteri, Sanae Takaichi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada pada Sidang Kemuncak ASEAN+3 ke-28 bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025. Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 27 Okt – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar gagasan ASEAN Campur Tiga (ASEAN+3) iaitu China, Jepun dan Korea Selatan mempercepatkan penubuhan Rizab Bekalan Perubatan Serantau APT (APTRMS) sebagai mekanisme kesiapsiagaan ampuh bagi menghadapi kecemasan kesihatan peringkat global.
Ketika berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga ke-28 di KLCC hari ini, Perdana Menteri menyifatkan inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen bersama untuk memperkukuh kerjasama serantau, khususnya dalam meningkatkan ketahanan kesihatan awam selepas pengalaman pandemik COVID-19.
“Pengalaman ASEAN Campur Tiga menunjukkan bahawa cabaran bersama boleh ditukar menjadi kekuatan. Justeru, kita mesti memperdalamkan lagi penglibatan dan kerjasama yang menjadi kunci kestabilan serantau,” katanya.
Presiden Korea Selatan Lee Jae-myung hadir pada Sidang Kemuncak ASEAN+3 ke-28 bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025. Foto ASEAN
Turut hadir, Menteri Hal Ehwal Luar Jepun merangkap Penyelaras ASEAN+3, Motegi Toshimitsu; Perdana Menteri China, Li Qiang serta Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung, yang buat kali pertama menghadiri sidang kemuncak itu.
Dalam ucapannya, Anwar menegaskan kerangka ASEAN+3 yang diwujudkan selepas Krisis Kewangan Asia 1997 kekal sebagai antara platform paling berdaya tahan dalam menghadapi cabaran global, termasuk krisis kewangan global 2008 dan pandemik baru-baru ini.
Menurut Anwar, pertumbuhan ekonomi serantau mesti bersifat adil dan inklusif, dengan penekanan terhadap pembangunan wanita dan belia bagi memastikan Asia Timur kekal sebagai rantau yang mampan, saling berhubung dan aman.
“Kita mesti memastikan pertumbuhan yang adil, kemakmuran dikongsi bersama dan kemajuan membawa kedamaian. Generasi muda dan wanita perlu dipersiapkan untuk membina Asia Timur yang mampan dan inklusif,” katanya.
Beliau yakin kerjasama ASEAN+3 akan terus menjadi tonggak kestabilan, peluang dan harapan bagi seluruh rantau.