WOII FADLI..CUBA HANG CERITA BAGI HABIS. NI CERITA TAK NAK HABIS..APA LA HANG NI.


 

HEROT MULUT MULUT MENGATA KE ORANG. MOVE ON LA.


 

SIAPA TAK SEDIH BILA SAHABAT SYAHID


 

KONVENSYEN SIMPANG RENGGAM.

 

Maslee Malik

Keadilan Cabang Simpang Renggam Hadir Ke Konvensyen KEMAS16 & POP25 (Johor),Majlis Berlangsung Di Impiana Hotel Senai Bermula 8 Pagi Berakhir 6.30 Petang, Turun Hadir Ketua Cabang Keadilan Simpang Renggam Prof Dr Maszlee Malik.









SIAPA DATUK BANDAR KUALA LUMPUR YANG BARU


 

UNDI PERPADUAN UBAH NASIB

Zuwairi Mohd Yusof





Kemenangan besar BN di Nenggiri memberi petanda UMNO kembali pulih di Kelantan,kerjasama BN dengan PH tunjuk hasil baik dan mengesahkan bahawa sokongan rakyat Kelantan kepada PAS tak kekal sudah tepu.Kamu tengok punyalah jijik politik PN sampaikan budak2 kecil bawah umur pun di tunggang PAS dan BERSATU.Pastikan anak2 anda tidak di perlakukan seperti Fayhsal dan lain2 buat ini.


Ayuh semua mari beramai ramai bersama MADANI PHBN pimpinan Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi.Ekonomi Malaysia kita naikkan,kebajikan anda semua kami jagakan,nasib PALESTINE juga kita perjuangkan bersama sama tanpa perlu menunggang sesiapa.Itu baru permulaan saja lebih ramai lagi warga PALESTINE yang cedera akan di bawa pulang untuk di rawat nanti.



MELAWAK


 

NAK JUAL AGAMA TAK ADA JALAN DAH


 

PAS PERCAYA ANNUAR MUSA?


 

KENA SCAM KE TU


 

Sesi Tanya Menteri: Rafizi Ramli memberi nasihat kepada pelajar jurusan ...

18 OGOS 2024 - BERITA PAGI

BERBAHAYA! MENGAKU ANAK TUHAN, LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT HARAP DITANGKAP!


Sidang Media oleh Dato’ Hishamuddin Hashim Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) berkaitan seorang individu yang mendakwa seorang tukang tilik telah memperdaya dan mencabul pelanggan di Megan Avenue 1, Jalan Tun Razak, 50100 Kuala Lumpur. 17hb Ogos 2024 (Sabtu)




NANTI UNDI PH.


Zuwairi Md Yusof


 Anda semua mesti undi menangkan calon-calon MADANI PH BN ramai2 di peti undi PRU16 nanti.PMX mesti di angkat jadi PM11 pula nanti supaya anda dapat lagi banyak manfaat.











Ekonomi rakyat?Naik.Buktinya:


1) Gaji penjawat awam naik

2) Gaji pekerja swasta akan naik

3) Semua bantuan rakyat naik


Ekonomi negara?Naik.Buktinya:

1) KDNK Q2 2024 naik 5.9%


99 SPEEDMART yang dulunya kedai runcit kecil ja sekarang sudah berkembang pesat tumbuh melata 2600+ cawangannya di semua negeri.Itu baru SPEEDMART 99 belum kira KKMART,MYDIN dan lain2 Pasaraya.Ringgit Malaysia matawang paling konsisten dan Bursa Malaysia juga turut menunjukkan potensi untuk melonjak ke tahap tertinggi di peringkat Asia dan Dunia.


Bukan selalu kita lalui keadaan macam ini.Ekonomi negara dan ekonomi rakyat naik serentak 👏 Kepada jutaan pekerja2 SWASTA,GAJI PROGRESIF sedang di uruskan RAFIZI RAMLI dan Kementerian Ekonomi serta KESUMA oleh Steven Sim Chee Keong jangan risau ya.Nasib anda semua juga akan terbela akhirnya selepas puluhan tahun di abaikan beberapa Perdana Menteri sebelum ini.


Hargailah apa yang di buat Anwar Ibrahim sementara dia masih Perdana Menteri Malaysia.Anda boleh beri dia 5 tahun kedua untuk menaikkan Malaysia ke tahap seterusnya lepas PRU16.



RAMAI YANG NAK CARI DIA NI NAK SOH LARII BOGEL.. NOHHHHH..

 Kami Sayang Tun Mahathir 



Betul ke ni? Bila nak lari tu? Admin ni 𝗽𝗲𝗿𝗲𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 𝗸𝗲 𝗹𝗲𝗹𝗮𝗸𝗶? Ramai sedia nak buat 𝗧𝗶𝗸𝗧𝗼𝗸 𝙡𝙞𝙫𝙚 ni. Kalau perempuan, lagi banyak 𝘨𝘪𝘧𝘵𝘴 boleh dapat. Dah berani buat 𝘴𝘵𝘢𝘵𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 tu kena la bertanggungjawab. Ye tak? Kena la 𝘁𝘂𝗻𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

Pemikiran takfiri adalah sesuatu yang diindoktrinasikan oleh pemimpin ke atas pengikut.




Jamzuri Ardani


Saya ambil contoh satu posting FB oleh Presiden PAS yang disiarkan pada tahun 2018. 


Dalam posting itu, beliau mengumpamakan seolah-oleh anak-anak pemimpin PAS yang meninggalkan perjuangan PAS adalah seperti anak-anak Nabi Nuh AS yang menolak kerasulan ayah mereka. 


Kalau ini bukan pemikiran takfiri apa lagi? 


Logik beliau ialah, DAP sebuah parti yang anti Islam, maka sesiapa yang bekerjasama dengan DAP adalah musuh Islam. 


Pemikiran seperti ini adalah anti-thesis kepada teras utama pembinaan maayarakat demokratik.  


Perbezaan dan pertembungan politik dalam konteks masyarakat demokratik adalah di dalam kerangka besar undang-undang dan perlembagaan negara. Apa pun pertembungan fahaman politik, samada dalam isu agama, ekonomi, pendidikan, keselamatan, dan lain-lain, selagi ianya beroperasi dalam kerangka demokrasi, undang-undang, dan perlembagaan maka tidak harus dibenarkan mana-mana pihak menuduh pihak lain sebagai anti atau memusuhi mana-mana agama atau kaum. 


PAS, DAP, dan semua parti politik yang sah adalah parti politik yang beroperasi dalam kerangka besar ini. Menuduh mana-mana parti yang tidak sealirannya dengannya sebagai anti-Islam adalah perbuatan yang melampaui batas demokrasi dan tidak adil. Ia adalah satu bentuk kezaliman. Allah tidak suka orang yang berbuat zalim. 


Ibarat kita masuk pertandingan bolasepak.  Semua pasukan yang bertanding mesti menggunapakai peraturan bolasepak. Jika kita mahu guna peraturan rugbi dalam pertandingan bolasepak, itu zalim. 


Samalah juga dengan pilihanraya. Semua parti mesti punya status keabsahan yang sama dari sudut undang-undang dan perlembagaan negara. Baru adil.  


Jika kita melemparkan tuduhan 'musuh Islam' terhadap lawan politik, itu sudah menafikan keabsahannya parti itu sebagai sebuah parti yang sah yang bernaung di bawah undang-undang dan perlembagaan negara yang sama dengan semua parti lain. 


Kekeliruan inilah antara punca tersebarnya pemikiran ghuluw dan takfiri dalam masyarakat akibat berbeza fahaman politik. 


Malangnya seorang Presiden sebuah parti politik yang besar dan memerintah tiga negeri kelihatannta seperti tidak faham perkara asas seperti ini. Cukup malang.



MOKKK... TEDIA..

 


Kerajan MADANI hari ini harus tegas dalam isu kumpulan yang dimaksudkan oleh Dato' Mufti Perlis. 



Jangan biarkan mereka berkembang dengan pemahaman songsang yang boleh merosakkan umat.


Ianya melibatkan keselamatan bersama, terutamanya untuk kesejahteraan rakyat dalam beragama.


Mereka datang dengan pakaian muslim seperti kita, akan tetapi mempunyai akidah yang berbeza sehingga sanggup memperbodohkan ahli sendiri dengan agenda taksub yang membabi buta.


Miqdad Zakaria



SEJARAH PENUBUHAN ABIM







Sebelum solat Jumaat semalam saya kunjung ziarah Datuk Dusuki Ahmad, bekas ahli parlimen Tumpat. Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bergerak cergas dalam politik ditahun 70an hingga 90an beliau pernh dilantik jadi Setiausaha Parlimen di dua kementerian Tanah dan Penerangan.


Kerana pengetahuan luasnya dalam bidang agama khasnya dakwah dan pendidikan beliau dilantik jadi Pengerusi Dewan Ulama Umno (DUU) kini. Dewan ini diwujudkan sejak Dr Ahmad Zahid Hamidi jadi presiden Umno.


Dewan ini berfungsi sebagai badan pengembanag Islam khususnya dalam mengatur program dan memantapkan lagi kegiatan dan gerakan agama dalam Umno disamping menjadi badan pemantau dan penangkis aliran dan fahaman Islam yang salah. Badan ini juga menjadi jaringan Umno dengan negara negara Islam diseluruh dunia.


Paling penting ia bertindak jadi penasihat, merancang dan meletakkan Umno sebagai sebuah parti memperjuangkan Islam secara progresif.


Dalam kesempatan tadi kami banyak bercerita tentang sejarah permulaan gerakan penubuhan persatuan² belia di negara ini. Salah satu ialah sejarah bagaimana permulaan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) diwujudkan sekitar awal tahun 1970.


Sesuatu yang mengejutkan saya apabila mendengar kisah ini, bahawa beliau adalah orang terlibat dengan penuhuhan Abim. Cetusan untuk tubuhkan Abim menurutnya lahir daripada idea Anwar Ibrahim yang melihat keperluannya ditubuhkan selepas tertubuhnya persatuan belia Hindu, Budha dan pertubuhan belia 4B, MAYC dan lain.


Bertolak dari cetusan itu maka diadakan perbincangan bagi tujuan itu bertempat di pejabat MAYC di Jalan Syed Putera Kuala Limpur.


Hasil daripada perbincangan itu terbentuklah Abim yang kemudian didaftarkan. Individu yang bertanggungjawab mendaftar Abim terdiri daripada dirinya, Datuk Fauzi Rahman Talib, Muhammad Ismail dari Kelantan dan Anwar Ibrahim.


Dalam pendaftar itu Dr Razali Nawawi yang baru pulang dari London dinamakan sebagai presiden. Bagaimana pun sejarah itu tidak tertulis dalam buku buku mengenai penubuhan Abim. Trims.




TAK PASAL BAGI KERUSI

 Sham Ghaz. 

Faktor utama kekalahan PN di DUN Nenggiri adalah sebab Dato' Nik Amar, Speaker Dun Kelantan yang agah gi umum Kerusi Dün Nenggiri kosong.



Ibarat bagi FREE kerusi tu kepada PH/BN, daripada 2 orang YB di Dün Kelantan kini jadi 3/45. Alhamdulillah 🤲🏻


"Maka dengan ini saya mengisytihar menurut Fasal 1 Perkara 31A bahawa berlaku kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri diwakili Mohd Azizi. - Nik Amar



Sesi Forum & Dialog Setahun Pencapaian Ekonomi MADANI - PM Anwar, Rafizi...

Sesi Tanya Menteri: Rafizi Ramli kongsikan sebab ambil perakaunan selepa...

PAPAGOMO SANG PENGECUT NASIONAL DAN PULA ABAHCOW TERUS MEROYAN MEMALUKAN!

RENTASAN 1628 | ISU KAFIR HARBI: KINI PAS CUBA 'PLAYING VICTIM'?

PENOREH LEGA DI ZAMAN PERPADUAN.

 


Alhamdulillahhh...rezeki hari minggu walaupun hujan turun agak lobek...basah lokoih laa pg nii..lopeh laa buat modai nak pi dating potang nii😜😜😜






TIPU HELAH.

 

MSO


Ada pepatah berbunyi “sekiranya kamu gagal mengalahkan musuh, maka hendaklah kamu bersama mereka.” Pepatah ini suatu tipu helah dan muslihat licit bagaimana untuk selamat diri dan tidak kalah sepanjang masa.



Walaupun ia bersifat munafik tetapi cara ini terbaik, apa lagi hipokrit dalam politik dihalalkan.


Saya melihat tindakan diambil Annur Musa yang bermusuh dengan Pas selama lebih tiga dekad kerana ingin praktis bidalan kata ini. 


Apabila dia sudah letih berlawan dengan Pas di Kelantan dan tidak pernah menang beliau ubah strategik dari melawan kepada berkawan.


Pada saya kemasukannya ke dalam Pas dan diiktiraf oleh setengan pemimpin parti itu terutamanya Setiausaha Agongnya Taki Tembus suatu kejayaan buat Annuar Musa. Namun kerana Annuar pernah disumpah berbakul oleh orang Pas yang dianiayanya strategi itu tidak menjadi.


Memberi peluang dan mengangkat Annuar kononnya panglima itu memburaikan Pas di Nenggiri. Annuar hanya panglima cangkul saja. Kekalahan Nenggiri itu menandakan Tuhan masih sayangkan Pas dari terus diperalatkan oleh perkakas buruk barang buangan Umno. 


Apa yang berlaku di Nenggiri itu sesuatu yang perlu difikirkan semula oleh Pas dan jangan terpancing dengan retorik Annuar Musa. #Ikut aku pitih aku. Trims



ANALISIS FAKTOR KEKALAHAN PAS DAN KEMENANGAN UMNO Dİ PRK DÜN NENGGIRI.

 


ANALISIS FAKTOR KEKALAHAN PAS DAN KEMENANGAN UMNO Dİ PRK DÜN NENGGIRI.


BUKTI PENGUNDI DI PENDALAMAN FAHAM USAHA KERAS KERAJAAN MALAYSIA PULIHKAN NEGARA BERJAYA.


Tahniah YB Awie dan semua jentera Umno/Bn dan Ph kerana berjaya memenangkan PRK Dün Nenggiri.


BN menang di kerusi DUN Nenggiri dengan memperoleh 9,112 undi berbanding PAS 5,741 undi. BN menang dengan majoriti 3,352 undi.


◼️Isu Kelantan


1. Isu perkauman dan agama yang sentiasa menjadi alat bagi PN (Pas) tidak berkesan di Nenggiri, serangan isu 3R yang dilancarkan oleh jentera Pas mula tumpul. Isu penarikan larangan komik superbaby hew yang dimainkan oleh Timbalan Presiden Pas Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Penerangan Pas Ustaz Fadhli Shaari tidak memberi kesan signifikan kepada pengundi kerana ia keputusan Mahkamah Persekutuan bukannya keputusan Kabinet.


2. Rakyat tidak termakan hasutan isu tanah yang dimainkan oleh PAS Kelantan berkaitan isu Peneroka KESEDAR dan penjualan aset FELCRA. Usaha positif KESEDAR dan FELCRA era Kerajaan Perpaduan lebih berkesan dan berjaya selesaikan tuntutan tanah peneroka dan pulihkan agensi berkenaan semula dibawah Dato Jazlan dan Dato Zawawi.


3. Tindakan PAS recycle muka lama seperti Annuar Musa tidak memberi kesan signifikan kepada undi, sebaliknya menjadi liabiliti kepada Pas kerana Annuar Musa bawa watak angkuh, sombong dan menunjukkan kekayaan ditolak oleh pengundi.


4. Kebijakan UMNO menggunakan Tengku Razaleigh Hamzah (Kuli) sebagai barisan hadapan jentera UMNO di PRK Nenggiri berkesan, rakyat masih ingat jasa Kuli sekian lama.


5. Jentera parti BERSATU Gua Musang dan PAS akar umbi retak dan tidak tolong kempen pada PRK Nenggiri, kerana calon bidang terjun yang di ambik dari ahli Pas, isi borang ahli BERSATU semata mata nak jadi calon sahaja. Keretakan ini makin membarah, ahli BERSATU makin tidak puas hati dengan kergoan pemimpin PAS.


6. Orang Asli makin faham dan boleh terima pendekatan dan pembaharuan yang dibuat oleh Kerajaan Perpaduan berbanding kerajaan kerajaan terdahulu yang mengabaikan mereka. Mereka juga jelas kezaliman yang dibuat oleh PAS Kelantan terhadap mereka termasuk merampas tanah adat dan kawasan rayau mereka dimusnahkan. Hutan dimusnahkan, sungai terkambus, haiwan buruan makin hilang dah biodiversiti pupus hinggakan Harimau makan orang sebab tiada makanan di hutan. Kawasan PDM orang asli swing kepada Umno. 


7. Rakyat Kelantan terutamanya Melayu di hulu sedar balik Kezaliman Kerajaan Pas Kelantan yang rampas tanah tanah kebun dan rumah yang telah mereka teroka selama berpuluh tahun akhirnya jadi milik tauke tauke dari China benua. Malah tindakan Kerajaan Kelantan nak buat nyah Warta Kawasan Hutan Simpan dan kawasan Tadahan Air hingga habis 88% hutan simpan kekal dalam Rancangan Struktur Kerajaan Kelantan juga jadi faktör kemarahan rakyat hulu, kerana kawasan tandak air mereka akan musnah.


8. Rakyat hulu mula protes kemusnahan hutan disebabkan pembalakan, kecurian balak kronik Kerajaan, pembukaan ladang hutan secara besar besaran dan diberikan kepada tauke tauke luar menyebabkan hutan simpan di sekitar Gua Musang musnah habis habisan sebab tangan manusia bertopengkan agama hinggakan Ladang Musang King terbesar di Malaysia boleh diberikan kepada syarikat luar, tetapi untuk rakyat sendiri nak dapat tapak rumah pun terpaksa merempat di bumi sendiri.


9. Rakyat Gua Musang mula sedar Pas Kelantan janji kosong peluang kerja dan sibuk bagi tanah kepada kroni kroni rapat di Bandar Gua Musang tetapi tidak berjaya dimajukan termasuk untuk dijadikan Bandar Perabot Gua Musang dan Kilang Simen tidak siap sampai sekarang.


10. Undi pos/awal memberikan signal Penjawat awam terutamanya badan beruniform terutamanya polis, staf klinik dan hospital, tentera dan petugas SPR mula sedar usaha positif Kerajaan memulihkan Negara ke arah lebih baik mula menampakkan hasil.


11. Pengundi Muda dan Wanita Dun Nenggiri mula beralih kepada parti Kerajaan Pusat kerana yakin dengan dasar dasar baru Kerajaan Madani, masej masej usaha baik Kerajaan buat sekarang sampai di peti peti telefon mereka. Antara pengundi muda respect adalah komitmen Kerajaan Pusat secara serius menyiapkan segera Lebuhraya CSR Karak - Gua Musang - Kuala Krai dan jalan pendalaman di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang dipimpin oleh Dato Seri Dr Zahid Hamidi sendiri telah memberi impak secara langsung kepada penduduk Gua Musang.


◼️Isu Nasional 


1. Isu penarikan subsidi diesel yang dimainkan oleh pimpinan utama Pas tidak berkesan, rakyat di pendalaman sudah faham rasionalisasi subsidi diesel yang diterangkan oleh Kerajaan penarikan ini secara bersasar dan kembali menyokong parti Kerajaan Pusat. 


2. Penjawat awam dan keluarga penjawat awam mula berterima kasih kepada parti Kerajaan Pusat kerana menaikan gaji dari 7 hingga 15% tahun ini. Rakyat mula berterima kasih kepada Kerajaan Pusat terutamanya Dato Seri Anwar Ibrahim yang berusaha keras menaikan gaji Penjawat awam selepas 12 tahun tiada kenaikan.


3. Tahap tahap ekonomi Malaysia sampai 5% lebih, kenaikan matawang dan pengekalan OPR 3% memberikan kestabilam ekonomi, harga getah dan sawit mahal dan menyebabkan pendapatan pengundi di kawasan pendalaman stabil dan mereka makin faham usaha baik Kerajaan Madani yang dipimpin oleh PMX Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Zahid Hamidi di buat sekarang. 


4. Kehadiran top gun PN; Presiden PAS Tan Sri Hadi Awang dan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin yang recycle isu dia tidak dilantik jadi Perdana Menteri dan menyerang mantan YDP Agong makan diri balik. Rakyat dah muak dengan muka Perdana Menteri dan Duta Timur Tengah kerajaan gagal tebuk atap/ BackDoor kerana ia satu pengkhianatan.


5. Rakyat makin percaya usaha mengembangkan syiar İslam oleh PMX, Dato Seri Anwar İbrahim sebagai figura yang boleh menaikan martabat Islam di Malaysia dan dunia dengan memperkenalkan konsep Malaysia Madani, menjemput alim ulama Ahli Sunnah Wal Jemaah level antarabangsa ke Malaysia, mengepalai Negara Islam dalam perjuangan Negara Palestin termasuk membawa rakyat Palestin berubat di Malaysia, akan membentangkan RUU355 di Parlimen dan memperkasakan Mahkamah Syariah,  menaikan martabat pakaian Pramugari Islam di MAS, usaha membanteras rasuah dan cuba menyelesaiakan isu krisis Islam di Selatan Thailand dan dunia Islam.


6. Empangan Hidroelektrik Nenggiri tidak menjadi kesan besar kepada penolakkan parti Kerajaan Pusat kerana TNB/pemaju membayar pampasan tanah dengan jelas, sebaliknya isu ini menjadi liabiliti kepada Kerajaan PAS kerana kawasan untuk penempatan orang asli telah digondolkan kemudian baru nak letak Mereka. Malah berberapa kawasan hutan simpan simpan di Nenggiri sampai tersilap lulus dan berlaku kecurian balak berleluasa hingga tauke kaya raya, rakyat tempatan miskin melarat. 


Terima kasih pengundi kerana cekap membuat pilihan dan  Tahniah jentera UMNO/BN dan PH di atas kemenangan bergaya di DÜN Nenggiri, Gua Musang.


Baru boleh tubik gua, selesai kerja survey di Nenggiri, boleh balik nanam padi pula ambo. Sekian pandangan ambo, nanti akan bersambung tulisan yang lebih mikro. Wassalam.


Syam Ghaz



Ini berita yang boleh 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗴𝗶𝗹𝗮.




Walaun sibuk jaja cerita/reka fitnah konon barang naik harga. Sekali tengok yang naik tu,


𝗞𝗗𝗡𝗞

𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗴𝗲𝘁𝗮𝗵

𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝘀𝗮𝘄𝗶𝘁

𝗝𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 (tertinggi dalam sejarah)

𝗡𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁 (terkuat dalam Asia berbanding USD)

𝗕𝘂𝗿𝘀𝗮 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗺

𝗕𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗻𝗮𝗶

𝗚𝗮𝗷𝗶. Penjawat awam melalui 𝗦𝗦𝗣𝗔 manakala swasta dengan 𝗗𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗶 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗲𝘀𝗶𝗳.


Banyak lagi perkara baik berlaku, 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 dengan cerita yang walaun naratifkan. Mana walaun tak jadi gila. Walaun ni jenis 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗸 𝗺𝘂𝗹𝘂𝘁 𝗷𝗲 𝗺𝘂𝗵𝗼𝗻𝗴.


Harga diesel diapungkan pun tak buat harga barangan naik. Malahan 𝗮𝘆𝗮𝗺 𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗺𝘂𝗿𝗮𝗵. Zaman Mahiaddin dulu, harga 𝘀𝗲𝗸𝗶𝗹𝗼 boleh dapat 𝘀𝗲𝗲𝗸𝗼𝗿 ayam hari ni.


𝗠𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗸 jadi separuh dari harga masa PN dulu. Bekalan 𝘁𝗲𝗹𝘂𝗿 stabil dan harga balik asal. 𝗖𝗶𝗹𝗶 pun dah banyak dan turun harga. 𝗕𝗲𝗿𝗮𝘀 𝗽𝘂𝘁𝗶𝗵 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 akan menyusul lepas projek 𝗞𝗣𝗞𝗠 membuahkan hasil.


Sekarang ni walaun/walajib 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗻𝗴 yang sindir sindir DS Anwar 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗔𝘀𝗶𝗮 pun dah boleh nampak, kan? Gelaran tu bukannya gelaran 𝘀𝘆𝗼𝗸 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 macam lebai gelar diri ustaz/ulama.


Aku rasa mungkin sebab tu DS Anwar tak layan ejekan walaun semua sebab beliau yakin 𝗿𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 yang beliau dan pasukannya bawa 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮.


Rakyat akan melihat bahkan menikmati 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗸𝗺𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶. Dan masa tu rakyat akan tahu betapa lebai dan walaun penipu bahkan pemfitnah. Dengan itu 𝗣𝗡 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶𝗻𝘆𝗮. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



'Luar jangkaan saya' - Awie tak jangka menang lawan PN



Calon Barisan Nasional, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang dipilih sebagai wakil rakyat baru DUN Nenggiri menyifatkan kemenangannya sebagai satu perkara yang diluar jangkaannya. Mohd Azmawi atau Awie secara rasmi meraih 9,091 undi menewaskan pencabarnya Mohd Rizwadi ataupun Ustaz Wadi yang mendapat 5,739 undi.





HABIS ANAK ANAK MAHATHIR AKAN BERDEPAN PENDAKWAAN JIKA MASIH GAGAL ISTIHAR!

TERDESAK MENANG SAMPAI MEMFITNAH! SAMAN DITERUSKAN TERHADAP PEMIMPIN PAS...

SEKEJAP ITU SEKEJAP INI


Migdad Zakaria





 Nak kata lidah bercabang kot kata kasar sangat dengan tuang guru. 


Jadi kita kata ijtihadnya berubahlah dengan sebab perubahan suasana.. 


Lembut sikit kan gitu 😁



ULASAN POLITIK

 

Wisata Roh


Kalam Sufi: Bang WR, Najib ada wish birthday kat PMX. Ada apa-apa ke tu hihihi

++++++

Hubungan Bossku dengan PMX mmg baik , semua org tak boleh nafi. Cuma orang bawahan dia terlalu anti DSAI dan banyak jadi deep state.


Sama situasi macam MB Kelantan , terlalu akrab sebab Anwar  sayang dan tolong negeri Kelantan gila², banyak melabur(pembangunan) , sebab negeri Klate dah lama dianaktirikan dan org PAS la yg banyak tolong dia lawan GrandMaster dulu. Tetapi orang bawahan , walaun PAS khawarij melayu terlalu jahat , ikut kata Mahathir main isu liwat , buat dosa qazaf 🤦


Keputusan malam ni adalah imbal balik kesabaran tahap dewanya.

Maju tak gentar pantang sekali berundur. 


Sukar diterima akal sekitar 12% pengundi putih PAS dah tak nak pangkah bulan, sanggup undi kerajaan PMX Malaysia Madani.


Pengundi muda saluran 5 , 6 , dak dak gen Z semua swing habis sokong kerajaan PERPADUAN.

Sebelum ni saya banyak kali bagi hint banyak orang PAS dan orang UMNO terlalu sayang dan dambakan Pak Sheikh. Parlimen Tambun adalah bukti paling kuat🙏🇲🇾✨


Cuma tak sangka ianya terzahir dan bermula dengan baik di Nenggiri , seterusnya Mahkota.


Maksud makrifat politiknya orang melayu senang dengan usaha dan kerja keras Perdana Menteri , fighter nombor satu Palestin.


Jawapan mudah pula begini , daripada dapat ke PAS , lagi baik Anwar/PMX.

So bukan kerana pengaruh Anwar itu kuat , PH tak payah nak perasan. Tetapi sentimen undi selain PAS itu lebih kuat.

*

*

*

Dan Anwar akan bebaskan Najib ke?

Soalan ni kerap saya dapat dari Ultras Najib kat PM atau komen.


Bacaan politik saya , SISTEM BARTER. Ulang part ni banyak kali.

PMX dan masonslayer akan pastikan 2 Mah dan Daim Mata Satu masuk penjara dulu , antara 3 ni la.. 2 orang tu dah terlalu uzur selalu buat ritual kat IJN.

Sebab tu sorang lagi masih tak nak bersara jadi pengerusi PN. Konon nak wat comeback jadi PM lagi sekali la..


Kemudian bila salah sorang dari 3 tu dah sah convicted , baru Sultan Johor a.k.a Agong kita akan usulkan pengampunan dengan syarat bersara politik terus.


Ketika itu pengundi tegar PH dah reda dan takkan marah.

Semua orang rakyat Malaysia suka bila 2 Mah atau Daim Mata Satu masuk jail.


Tahun 2030 nanti boleh komen balik kat post ni , cakap saya dari masa depan.. 


Ahahaha gurau jah... 🤣🤣


Macam biasa baca boleh percaya jangan. Semua orang ada teori , ilmu dan kalam masing² , so show some respect lah ~


Tak boleh lari.....


Demi jiwaku dalam genggaman Allah. Alastu Birobbikum ..,

Bala Syahidna ... 🙏🇲🇾✨


WR