MASUK POLITIK LA . BERTANDING . NANTI BOLEH UBAH DASAR.
Aman Muhammad
Wahai Dr Maza, lebih baik kamu sibuk dengan tugas kamu, berbanding kamu sibuk dengan tugas IGP.
Bukankah di Perlis sendiri pun ada kuil haram?
Dah berpuluh tahun kamu jadi Mufti di Perlis, apa kamu buat sampai membiarkan kuil-kuil Hindu haram membiak di Perlis?
Bahkan kamu tidak pernah bising pasal kuil haram di Perlis, tapi kamu kuat membising pasal kuil haram di negeri orang lain.
Ada kamu pertikaikan tugas kerajaan negeri kenapa Perlis kenapa tidak bertindak tegas ke atas kuil-kuil haram di Perlis?
Biarlah IGP buat kerja dia, dan kamu buat kerja kamu sebagai mufti.
Kerja kamu sebagai mufti sekarang ini ialah, pergi buat desakan segera kepada kerajaan Perlia agar ambil tindakan tegas dan pantas kepada kesemua kuil haram di Perlis.
;)
TAK KAN LAH NAK INTERVIEW KO....KO KAN TERLIBAT BAKAR KETA BAGAI. SAMSENG NAK PECAH BELAH..NASIB TAK KENA TAHAN LAMA.. ..TU LA CARA LAYAN DIA.TU KIRA BAIK LA TU.
Suspek kes serang Cikgu Chandra dakwa diseksa polis
Seorang lelaki yang ditahan dalam kes serangan terhadap S Chandrasegaran atau lebih dikenali sebagai "Cikgu Chandra", mendakwa anggota polis memukulnya ketika berada dalam tahanan.
Malaysiakini difahamkan lelaki berusia 40 tahun dan bekerja sebagai operator trak tunda itu membuat laporan polis semalam, dengan mendakwa dia dipukul beberapa kali oleh pegawai polis semasa soal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.
Dia mendakwa sekurang-kurangnya dua anggota polis menggunakan kasut but untuk memukul kepalanya,manakala seorang lagi meletakkan pensel di antara jari kakinya dan memulasnya, sehingga dia menjerit kesakitan.
"Tangan saya yang digari di bahagian belakang telah dipijak oleh beberapa anggota polis dengan kuat sehingga saya menjerit kesakitan.
"Pada masa yang sama seorang anggota/pegawai juga telah berdiri di atas kaki kanan dan kiri saya di mana kaki kaki saya masih ada kesan pijakan
"Saya juga telah ditampar sebanyak sekali oleh siapa saya tidak pasti. Saya juga telah diberikan kejutan elektrik di bahagian telinga kanan sebanyak sekali oleh anggota yang saya tidak Pasti siapa memandangkan mata saya telah ditutup,” katanya dalam laporan yang dilihat Malaysiakini.
Mangsa berkata pegawai yang melakukan penderaan didakwa itu termasuk seorang Melayu dan seorang bukan Melayu.
Lelaki itu mendakwa polis menyiksanya untuk memaksa dia mengaku terhadap kesalahan tersebut.
Peguamnya, S Vinesh, memberitahu Malaysiakini bahawa laporan itu dibuat di Subang Jaya sejurus selepas anak guamnya dibebaskan daripada tahanan polis semalam.
Mereka juga merancang untuk membuat aduan kepada Suhakam, tambahnya.
Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihak polis telah menerima laporan lelaki itu.
“Ya, saya boleh sahkan bahawa polis telah menerima laporan dan kami sedang menyiasat,” katanya dalam kiriman teks.
Suspek merupakan antara 12 individu yang telah ditahan polis setakat ini berhubung insiden yang melibatkan Chandrasegaran awal bulan ini.
Pada 10 Mac, Malaysiakini melaporkan tiga kereta milik Chandrasegaran dibakar dalam kejadian awal pagi di kediamannya.
Sehari sebelumnya, dia memuat naik video mendakwa pintu rumah dan keretanya telah dirosakkan oleh individu bertopeng dan bersenjatakan parang.
Semalam, Shazeli dalam satu sidang mediaberkata kesemua 12 suspek berumur antara 30 hingga 40 tahun, termasuk seorang wanita,telah ditahan di beberapa lokasi termasuk Banting, Subang dan Serdang antara Khamis hingga Ahad.
Menurut Shazeli, polis telah mengenal pasti tujuh daripada suspek tersebut mempunyai kaitan langsung dengan insiden berkenaan, termasuk dalang utama. (Malaysiakini)
ADAKAH KITA BERHARIRAYA PADA SABTU, 21 MAC 2026?
Che Ibrahim
Berdasarkan kedudukan hilal syawal pada petang 19 Mac 2026 di Tanjung Dumpil, Putatan dan Telok Chincin, Langkawi, anak bulan syawal tidak memenuhi kriteria imkanurrukyah yang telah diterimapakai oleh MABIMS ( Majlis Menteri Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura). Thailand tidak terlibat dlm MABIMS kerana negara Thailand tidak ada menteri agama.
Oleh itu anak bulan syawal pada petang 19 Mac 2026 dianggap tidak dapat dicerap, dan tarikh hariraya Adilfitri 2026 akan jatuh pada hari Sabtu, 21 Mac 2026...
Wallahu'alam, apa pun keputusan muktamad bergantung kepada rukyah kerana rukyah adalah hakiki/real, adapun kiraan falak hanya satu anggapan/teori yang bersifat "zonni".
MP MERUNGUT TAK CUKUP DUIT ISI MINYAK DIESEL. HABIS ELAUNS YANG KO DAPAT BUAT APA ? TAK CUKUP MINTA LA SEDEKAH PADA WALAUN.KIOK.TOYA MATMIN..
Minyak diesel naik sampai RM 4.72 seliter, saya pengguna diesel sejak tahun 2020 kerana mudah bagi saya untuk bawa barang sumbangan untuk rakyat. Dahulu ramai beli kereta pickup kerana istimewa harga diesel yang murah.Kereta ini juga di gunakan ulang alik ke KL untuk sidang parlimen.Kereta ini juga saya pusing satu Padang Terap untuk berjumpa rakyat.
Saya rasa hadiah paling mahal yang kerajaan bagi kepada rakyat ialah kenaikan harga minyak terlalu mendadak menjelang Aidilfitri, tanpa justifikasi jelas dan hanya beralasankan perang dan harga minyak dunia sedangkan kita pengekesport minyak dunia.
Dengan tiada langsung peruntukan kerajaan kepada ahli parlimen pembangkang, saya bertekad untuk memastikan kerajaan yang di ketuai PMX yang pernah mengulang-ulang kita ada formula untuk minyak murah, akan pastikan kerajaan ini di tolak oleh rakyat kerana begitu membebankan rakyat, nantikan kenaikan mendadak kos harga barang, kasihan kepada orang kampung yang akan terkesan, para penoreh, pesawah, peniaga kecil, bahkan pelajar sekolah pun akan rasai tekanan ini.
Di kala banyak negara panik kesan harga minyak.
Di kala banyak negara panik kesan harga minyak.
ANWAR JANGAN BERSEDIH… BERSEDERHANA BERHARI RAYA
Anwar bersedih bukan kerana makian kerana dia sudah lali dengan makian dan fitnah. Barangkali yang bermain di fikirannya bagaimana untuk membela nasib rakyat untuk terus kekalkan subsidi minyak.
Di kala negara2 dunia sedang panik, Malaysia masih teruskan kekalkan subsidi. Tapi ada yang fitnah beliau dengan ejekan ‘ Hari ini menang esok…’
Ada yg bising kenapa harga minyak tidak bersubsidi naik mendadak. Punca kenaikan harga minyak tidak bersubsidi kerana Israel-US sabotaj ekonomi dunia dengan menyerang Iran, dan mengakibatkan Selat Hormuz ditutup.
46% minyak untuk kegunaan tempatan dibawa melalui Selat Hormuz.
Malaysia bukan lagi “net exporter” minyak mentah. Kita hasilkan 465,000 tong sehari, tapi guna 800-900,000 tong sehari.
Sejak 2017, Automatic Price Mechanism (APM) diguna untuk tetapkan harga minyak di pasaran secara mingguan.
Setiap Rabu lewat petang, pengumuman akan dibuat oleh Kementerian Kewangan, dan harga bagi minggu berikutnya akn mula dikuatkuasakan Khamis.
Bagi rakyat Malaysia, RON95 kekal RM1.99/liter.
Bagi rakyat Malaysia di Sabah & Sarawak, mereka kekal nikmati diesel pada harga RM2.15/liter kerana lebih ramai yang menggunakan kenderaan 4WD dan enjin diesel di sana.
Malaysia bernasib baik, kerana walaupun keadaan ekonomi global tidak tentu
1) nilai Ringgit mengukuh berbanding Dollar
2) bekalan makanan dan minyak mentah cukup
3) subsidi RON95 dan diesel ( Sabah & Sarawak ) utk rakyat diteruskan
4) Malaysia terus menjadi destinasi pelabur asing, kerana politiknya stabil dan asas ekonominya kuat.
Jangan bersedih Anwar, rakyat yang bijak faham keadaan ekonomi akibat konflik Iran Israel ini telah membuat seluruh dunia terkesan.
Rakyat faham dalam 3 tahun ini kamu bekerja keras untuk naikkan gaji kakitangan awam, untuk berikan bonus kpd kakitangan awam, berikan subsidi kepada petani dan nelayan, berikan banguan SARA STR dan bermacam lagi untuk ringankan beban rakyat.
Rakyat yang bijak sebenarnya hairan… ketika anda serius memikirkan bagaimana untuk kekalkan subsidi minyak, pemimpin mereka minta penyokong menderma untuk PAS/PN.
Mereka maki pemimpin yang mahu berikan subsidi tapi mereka bergembira pemimpin yang mahukan wang mereka dihulurkan.
Untuk rakyat Malaysia di kala ekonomi tidak menentu ini bersederhanalah dalam berbelanja.
RAYA 2021. DIN PDF PUNYA PUKULAN.LEBAI PAS MEMBISU. KIOK.
Throwback pada bulan Ramadan 2021, awal bulan puasa je dah mencanak naik harga, apatah lagi menjelang hari raya di mana kesemua harga barang naik mendadak.
Aku masih ingat beli ayam masa tu RM13 hengget sekilo.
Di zaman Madani ni, takde pula kedengaran harga barang asas naik berkali-kali.
Allah nak tunjuk kat kita, siapa yang lebih pandai jaga negara.
Maaflah, aku tak rindu nak balik ke zaman PN jadi keraaan.
:)
ISU KUIL KUMPULAN ISLAM DAN HINDU AKHIRNYA BERDAMAI HARINI, BIJAKSANA PMX DAN PDRM.
Akhirnya 2 kumpulan yang saling bertempur isu kuil tak sah harini bertemu, bersalam, berdialog dan capai konsesus Terbaik untuk kedua dua belah pihak.
Harini Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Presiden Kuil-Kuil Hindu dan Persatuan Persatuan Agama Hindu Malaysia (MAHIMA), Datuk N Sivakumar
Turut sama, Penyelaras Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) Zamri Vinoth; aktivis, Cikgu Chandra atau nama sebenar, S Chandrasegaran serta pendakwah Bebas, Firdaus Wong.
Turut dilihat hadir ialah aktivis yang juga pempengaruh, Kumaresan Jothi @ Santhanar Dronachariyar.
Bab ni bijaksana dan hikmah kempinan Dato Seri Anwar Ibrahim, KDN dan PDRM, cari titik temu kedua dua belah pihak. Akhirnya capai kata sepakat iaitu berDAMAI.
Terima kasih PMX. Terima kasih Majlis Peguam Muslim Malaysia, terima kasih Persatuan Agama Hindu Malaysia, terima kasih NGO-Ngo Muslim dan Hindu, terima kasih PDRM dan KDN.
Kan bagus jika mcmni dari awal, Negara kita ada Undang Undang, selama ini kita hidup damai dan harmoni, kini panas sekejap sebab ada pemimpin politik Pembangkang nak tunggang isu ni.
Alhamdulillah atas kebijaksanaan PDRM terutamanya Cawangan Khas, isu ini dapat diselesaikan dengan baik sempena Aidilfitri yang bakal tiba.
Syam Ghaz
RAKYAT MALAYSIA SEBAGAI JURUTERA NUKLEAR DI AMERIKA.
Dari seorang pelajar yang meminati sains, Ikhwan Khaleb kini antara jurutera muda yang mereka bentuk reaktor nuklear di Amerika.
Laluan penuh penolakan dan cabaran, akhirnya membawa beliau mengharumkan nama Malaysia di pentas global.
MB PERLIS WAJAR BUAT KEPUTUSAN MENANG-MENANG YANG MENGUNTUNGKAN RAKYAT DAN NEGERI
19 MAC 2026
MB PERLIS WAJAR BUAT KEPUTUSAN MENANG-MENANG YANG MENGUNTUNGKAN RAKYAT DAN NEGERI
Selama dua hari berturut-turut saya berkesempatan bertemu mangsa dan melihat sendiri kesan kebakaran yang berlaku di Kampung Pulau Ketam, Kuala Perlis dan Kampung Kota, Indera Kayangan.
Oleh kerana sedar sumbangan peribadi tidaklah seberapa, maka inisiatif telah diambil untuk berhubung dengan Pejabat Perdana Menteri bagi mendapatkan pandangan tentang sumbangan tambahan yang boleh diberikan.
Kelmarin kami dimaklum oleh Pengarah Pembangunan Negeri Perlis, Puan Maznah binti Musa tentang persetujuan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai pembinaan semula rumah-rumah mangsa yang layak berdasarkan syarat-syarat yang diperlukan pada kadar biasa rumah baru bantuan kerajaan iaitu sebanyak kira-kira RM80,000 sebuah.
Kelmarin juga saya difahamkan YAB Menteri Besar turut sama datang sekali lagi dan mengumumkan pembiayaan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) untuk membina semula rumah ganti pada kadar yang tidak dinyatakan.
Saya percaya yang penting dalam isu kebakaran ini ialah mangsa boleh mendapatkan semula rumah untuk didiami. Pada masa yang sama, YAB Menteri Besar juga boleh menjimatkan peruntukan negeri.
Oleh kerana itu, eloklah YAB Menteri Besar menyambut kesudian Kerajaan Persekutuan membantu mangsa-mangsa yang layak dan MAIPs pula melengkapkan lagi bantuan terutama kepada mangsa yang terlepas daripada syarat kelayakan rumah baru ini.
Dengan cara ini, semua mangsa boleh mendapat pembelaan optimum sewajarnya dan MAIPs juga boleh menjimatkan sebahagian peruntukannya untuk kegunaan lain sepanjang tahun. Ia adalah keputusan menang-menang yang bukan saja menguntungkan rakyat tetapi juga negeri. YAB Menteri Besar mesti membuat keputusan terbaik untuk manfaat semua.
NOOR AMIN BIN AHMAD
Pengerusi Pakatan Harapan Perlis
Pengerusi KEADILAN Perlis
ANWAR IBRAHIM BERJIWA BESAR
Norman Radzuan.
Keistimewaan Anwar Ibrahim… beliau tidak mudah melenting untuk menyerang kembali sesiapa yang menyerangnya. Sejak dulu saya lihat Ezam Mohd Nor, Azmin Ali, kini terbaru Rafizi dan Akmal Salih menyerangnya… beliau tetap fokus dengan perjuangan reformasinya.
Akmal Salih bukan sindir tapi kritikannya sangat keras. Malah dilihat seperti membawa suara pembangkang. Tapi hari ini seorang Perdana Menteri bertemu dengan pengkritiknya dan sanggup mendengar segala rungutan dan candangan diberikan.
Kita pun tidak sekuat hatinya apabila diserang saban hari. Sebab itu saya katakan Anwar tidak hairan jika hasutan dan fitnah menyerangnya buat dirinya tidak lagi dilantik menjadi Perdana Menteri lagi.
Kita akan sedar kehilangannya bila rasuah kembali bermaharajalela, kita akan sedar Anwar bila Malaysia tidak lagi disegani di peringkat antarabangsa. Kita akan sedar pengaruh Anwar membuatkan pelabur luar negara berlumba lumba melabur di sini…
TMJ beritahu KJ, Anwar Ibrahim bila menjadi Perdana Menteri beliau menanggung hutang negara sebanyak RM 1.5 trillion.
Namun Anwar kerja kuat cari pelabur, buat subsidi bersasar agar orang miskin tidak susah, LHDN berfungsi untuk kutipan cukai, stop korupsi pintu pelabuhan dan pintu masuk negara semata mata hendak naikkan juga gaji kakitangan awam yang majoriti org Melayu.
Yang rugi bukan dirinya.. Anwar sudah berjuang melakukan terbaik. Kita hanya terpengaruh dengan persepsi orang yang mahukan kuasa untuk salah gunakan kuasa…
Acapkali kita beritahu itulah Anwar Ibrahim tahap kesabarannya luar biasa. Kata orang alim, hati yang dijaga Allah akan menang dengan cara tenang, bukan dengan membalas hinaan dengan hinaan.
Cuba fikirkan baik2…. Apa hebatnya kerajaan 33 bulan yang lalu.
APA KERAJAAN 33 BULAN LAKUKAN DULU.? JOM KITA FIKIRKAN.
- Pelabur lari ke negara jiran.
- Ringgit jatuh hingga hampir RM5 berbanding dolar.
- Wang EPF habis begitu sahaja.
- Bazir duit negara lantik ramai menteri compare PH
22 bulan.
- Arak jenama TIMAH di lancar.
- Cabutan Judi dari 8 naik ke 22 kali.
- Minyak masak cecah RM 50.
APA ANWAR BUAT. TANYA WALAUN? INI BUKTINYA.
- Bantuan SARA ‘ Anwar belikan beras setiap bulan’.
- Bantuan sekolah ugama yang di mansuh sejak 2003 di
kembalikan pada 2023.
- Gaji basic rm1700 (majoriti melayu kerja).
- Gaji kakitangan kerajaan naik 15% (majority melayu
dapat manfaat).
- Harga minyak warganegara RM1.99.
- Rm100 myKasih (kali ke-2) pada semua
warganegara umur 18 tahun ke atas.
- Rm150 bantuan awal sekolah hingg6 tingkatan 6
(tanpa kira pendapatan).
- Bantuan pelajaran percuma pada OKU.
- Ringgit kembali kuat dan kini di bawah RM 4.
- Pramugari boleh menutup aurat.
- Individu blacklist/bankrap bawah RM 50k diputihkan.
- Beribu Doktor kontrak berjaya diserapkan ke jawatan tetap.
- Sabah berjaya mendapat 40% di bawah Anwar Ibrahim.
- Pesara dapat kenaikan pencen.
- BUAT PERTAMA KALINYA DI BAWAH KERAJAAN MADANI TIDAK LAGI KITA DENGAR KEKURANGAN BEKALAN MAKANAN ATAU KENAIKAN HARGA YANG SABAN TAHUN MENJELANG PERAYAAN KITA DENGAR SEBELUM INI. Itulah sebabnya kenapa Anwar Ibrahim selalu tekankan tata kelola.
Faktanya PHBN tak sempurna, tapi jauh lebih baik dari PN
RATU MESIN MALAYSIA
Digelar Ratu Mesin Malaysia, Prof. Dr. Rosnah Shamsudin mencipta lebih 60 inovasi mesin pemprosesan makanan untuk bantu IKS tempatan. Dari luar bandar ke menara akademik, kejayaannya bukti ilmu dan kegigihan mampu mengubah industri.
KAPAL DAN RUMAH API
Iswardy Morny
Di sebuah lautan yang sering dilanda badai bernama Nusantara, terdapat sebuah cahaya yang berdiri teguh di atas batu karang yang paling keras. Cahaya itu datangnya daripada sebuah Rumah Api yang dinamakan Prinsip.
Selama puluhan tahun, para pejuang di pesisir pantai melihat cahaya itu sebagai satu-satunya penunjuk jalan untuk membaiki negara yang karam akibat rasuah dan ketidakadilan. Mereka berjanji, "Suatu hari nanti, kita akan bina sebuah kapal yang akan berlayar tepat mengikut kompas Rumah Api ini."
Pelayaran Bermula: Kapal Reformasi
Akhirnya, kapal itu siap. Sebuah kapal besar yang megah, dicat dengan warna harapan, dan membawa bendera Reformasi. Rakyat bersorak di pelabuhan. Mereka percaya, dengan adanya kapal ini, segala janji untuk meruntuhkan tembok KKN (Korupsi, Kronisme, Nepotisme) akan terlaksana.
Namun, selepas sauh diangkat dan layar dikembangkan, sesuatu yang aneh mula berlaku.
Rumah Api Tidak Berpindah, Tapi Kapal Melencong
Dari jauh, para pemerhati melihat cahaya Rumah Api itu tetap di situ—tidak berganjak seinci pun. Tetapi, Kapal Reformasi mula berpusing-pusing.
"Kenapa kapal itu menjauh dari cahaya?" tanya seorang pemuda di daratan.
Nakhoda di atas kapal menjerit pulang, "Arus kuat! Kami terpaksa berkompromi dengan kapal-kapal lama (UMNO, GPS, GRS) supaya kita tidak karam!"
Tetapi rakyat melihat dengan teliti:
* Janji Membuang Sauh Berkarat: Dulu katanya mahu membuang Akta Hasutan dan SOSMA ke dasar laut. Tapi sauh itu masih terikat kuat di geladak.
* Kuasa Nakhoda: Katanya kuasa melantik pengawal (SPRM & Polis) akan diserahkan kepada parlimen, tetapi nakhoda masih memegang erat kunci gari tersebut.
Ancaman di Dalam Geladak: Mafia Korporat
Bukan sekadar arah yang melencong, di dalam perut kapal, muncul kelibat Mafia Korporat. Mereka ini bukan lanun biasa yang menyerang dari luar, tetapi mereka yang menggunakan kuasa "orang dalam".
Modus operandi mereka licin:
* Mereka membekukan bekalan makanan (akaun syarikat) pesaing.
* Mereka melumpuhkan kemudi perniagaan orang lain.
* Apabila mangsa sudah hampir mati lemas, mereka datang menawarkan bantuan—membeli saham dengan harga sampah.
Kapal yang sepatutnya membawa keadilan, kini menjadi tempat di mana jerung-jerung kecil dibiarkan membaham sesama sendiri, sementara Jerung Besar terus berenang bebas di bawah bayang-bayang kapal.
Dilema Penumpang: Kapal atau Rumah Api?
Kini, selepas empat tahun berlayar, kapal itu masih terapung, tetapi kompasnya seolah-olah sudah hilang magnet. Isu ekonomi mula membadai; baja, benih, dan racun untuk rakyat di daratan masih perlu diimport dari kapal asing. Harga minyak semakin tinggi, menyebabkan ombak inflasi memukul dinding kapal dengan kuat.
Iswardy Morni, berdiri di anjung, melemparkan satu persoalan falsafah yang menggegarkan jiwa penumpang:
> "Adakah anda berada di atas kapal... atau anda adalah Rumah Api?"
>
* Jika anda di atas "Kapal": Anda akan sentiasa membela nakhoda walaupun dia melanggar karang. Anda akan menghalalkan cara demi kelangsungan kuasa.
* Jika anda adalah "Rumah Api": Anda tidak akan berganjak. Jika kapal melencong, anda akan terus menyuluh jalan dan berkata, "Kapal yang salah, bukan cahaya aku yang malap."
Penutup: Lawan Tetap Lawan
Kisah ini belum berakhir. Kapal itu masih di tengah lautan, penuh dengan godaan duit, kuasa, dan jawatan GLC yang manis bagai sirap. Para pejuang asal kini sedar:
Prinsip tidak pernah berubah. Yang berubah hanyalah hati manusia apabila mereka mula memegang kemudi.
Cahaya itu masih di sana, membelah kegelapan malam. Persoalannya, adakah nakhoda akan memusingkan semula stereng ke arah kebenaran, atau membiarkan kapal itu hanyut menjadi sebahagian daripada sistem lama yang pernah mereka lawan dulu?
Pilihan di tangan anda: Mahu terus memuja Kapal yang sesat, atau setia pada Rumah Api yang tetap?
ADA WALAUN TERSAKITI
@PHan Fizs nak nafi apa lagi? Sampai suruh PMX dan DS Saifuddin tak perlu masuk dh Kedah.
1. Saya saksi dan ada waktu PMX, Saifuddin dan Sanusi ziarah Bazar Ramadhan Taman Selasih, Kulim.
2. Situasi masa tu mmg ketara, rakyat berebut nak bersalam dan selfie dengan PMX dan Datuk Seri Saifuddin.
3. Satu vibe yang luar biasa dan jarang berlaku, terutamanya di Negeri Kedah yang diperintah PAS. Yang selama ini Pas rasa mereka kuat, kalini tidak lagi.
4. Malah kehadiran Sanusi selaku Mb Kedah di belakang PMX, DS Saifuddin tengelam lenyap dengan aura PMX petang tu. Aura PMX sebijik aura arwah Tuan Guru Nik Aziz masa dulu bila jumpa rakyat.
5. Lihat sendiri video yang di add oleh peniaga, rakyat dan portal2 yg rakyat sendiri rakam sampai ratus ratus ribu view setiap video, jika total semua lebih jutaan tontonan. Ini jarang berlaku.
7. Paling dasyat, majoriti komen sangat positif. suka kehadiran PMX dgn Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail haritu.
8. Boleh tengok video di bawah, berebut rakyat nak jumpa PMX.
9. Ini realiti yang Pas kena telan, PAS Kedah sudah kena tergugat, dah tak boleh nafikan Imej PMX Anwar Ibrahim lagi diterima oleh rakyat berbanding Sanusi. Ia fakta jelas depan mata.
10. PHan Fiz kamu tu cytro berbayar Sanusi, tak patut kamu hentam PMX waktu PMX datang ke Kedah bantu Negeri Kedah, malah PMX ajak Sanusi mtg bersama sama di Majlis Perbandaran Kulim dan luluskan berpuluh juta peruntukkan untuk Rakyat Kedah.
11. Tahun 2026 sahaja lebih RM2.218 billion untuk Kedah dalam RMK13, meningkat RM100 juta lebih.
12. Sekolah Pondok pun dapat RM2 juta lebih, keseluruhan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dapat lebih RM200 juta.
13. Jadi apa lagi nak nafi kebaikan Kerajaan Madani? Nak sindir menyindir lagi? Kita lawan prestasi lah, hentikan caci maki bulan Ramadhan ni.
InsyaAllah gelombang perubahan telah landa Negeri Kedah. Berubah kalini di PRU16.
Jalan terus, ambil alih Kedah. REFORM
Syam Ghaz
YANG KENA TEMBAK, KINI DAPAT KENAIKAN PANGKAT.
Syam Ghaz
.
Komander AKPS Bukit Kayu Hitam yang kena tembak, kini DS Saifuddin lantik jadi Timbalan Ketua Pengarah Operasi AKPS HQ.
Beliau lah yang kena tembak 2 das di Bukit Kayu Hitam waktu nak ke Masjid.
Allah Swt selamatkan beliau, dia kejar balik yang tembak tu dengan kereta hingga lesap dalam kawasan Industri.
Allah Swt nak angkat darjat beliau, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail angkat nama dia jadi Timbalan Ketua Pengarah Operasi di AKPS Ibu Pejabat.
Jawatan lebih besar, posisi lagi strategik, jika dulu hanya jaga Bukit Kayu Hitam, kalini jaga 22 pintu masuk Negara.
Orang yang tegas, takda kompromi dengan penyeludupan, tak makan duit haram dan sangat berani.
Kini memimpin pasukan lebih besar, tak lama lagi lebih 200 bekas tentera akan masuk AKPS, lagi ketat dan tegas la pintu masuk sempadan Negara.
Inilah REFORM yang rakyat tak nampak apa yang berlaku, DS Saifuddin Nasution buat kerja senyap senyap.
AKPS air tangan DS Saifuddin yang gabung 7 Agensi Kerajaan jadi 1 Agensi sahaja untuk jaga pintu masuk sempadan sah Negara, untuk elak ketirisan, elak RASUAH, red tape dan melindungi Negara dari ancaman dalam dan luar Negara.
7 Agensi terlibat adalah; Polis, Kastam, Jpj, Kesihatan, Perhilitan, Maqis, Pertanian/Veterinar/Perikanan dll.
Tahniah, semoga terus sukses!! Amen 🤲🏻






























