LAWATAN DSAI DAN DSWA KE HOSPITAL SEBERANG JAYA




"APEK" datuk ini menghormati DSAI kerana ini adalah pertama kali baginya seorang tokoh politik melawat beliau.








SEMPENA HARI MERDEKA DSAI DAN DSWA MELAWAT DAN MENZIARAHI HOSPITAL SEBERANG JAYA DI BAWAH PARLIMEN PERMATANG PAUH





Seberang Jaya 31 Ogos-Sempena cuti kemerdekaan negara yang ke 31 baru-baru ini DSAI dan DSWA yang dalam rangka lawatan dan pulang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga Permatang Pauh di atas kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh,telah sempat melakukan lawatan secara tidak rasmi di hospital Seberang Jaya


untuk berjumpa dan bertanya khabar para penyokong yang terlantar dalam kesakitan.




Peluang ini di lakukan kerana hospital Seberang jaya adalah antara hospital yang terletak di kawasan Permatang Pauh.






pekerja bawahan hospital beratur untuk bertemu DSAI






KES SAIFUL MENDAPAT SIMPATI AHLI PARLIMEN DAN PRESIDEN PKR



AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH MENZIARAHI RUMAH KELUARGA ALLAHYARHAM SAIFUL




PERMATANG PAUH, 31 Ogos -Ahli Parlimen Permatang Pauh dan ketua pembangkang YB Dato Seri Anwar Ibrahim beserta isteri beliau Dato Seri Wan azizah wan ismail selaku presiden PKR telah sudi menziarahi rumah keluarga allahyarham Saiful Anzani Rozi,20, yang telah meninggal dunia 26 Ogos baru-baru ini di Hospital Seberang Jaya akibat kemalangan motosikal sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos baru-baru ini.Allahyarham seorang yang aktif dalam unit amal kawasan dan kemalangan tersebut berlaku semasa beliau hendak bertugas mengiringi pimpinan PAS.Allahyarham yang tinggal di Kampung Permatang Janggus, Permatang Pauh di bawa ke hospital oleh rakanya mengalami pendarahan teruk di bahagian dalaman badan dan meninggal dunia di hospital pada 28 Ogos .
Sewaktu kemalangan berlaku, Bapanya, Rozi Din ketika dimaklumkan kemalangan yang menimpa sedang bertugas mengangkut pengundi Barisan Nasional (BN) manakala ibunya, Salmah Din sedang membuang undi.Ibu dan bapanya adalah ahli UMNO.
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 12.00 tengahari dan motosikal yang ditunggangi ahllahyarham bertemu dengan motosikal dari arah yang bertentangan . Allahyarham dikatakan terhumban dan terkena tiang elektrik.

Turut hadir ialah Presiden PKR Dato Seri Wan Azizah yang juga turut bersimpati menitiskan armata apabila kedua ibubapanya turut terharu dengan kunjungan kedua-dua tokoh politik tanahair .Tanggungjawab sebagai ahli parlimen tetap berjalan tanpa mengira fahaman politik.Sumbangan disampaikan semasa kunjungan tersebut hasil kutipan dan derma dari orang ramai sewaktu ceramah kunjungan Dato seri anwar Ibrahim ke permatang pauh pada kali pertama selepas di lantik sebagai ahli arlimen dan ketua pembangkang Malaysia pada malam 30 Ogos baru-baru ini.
.

ESKLUSIF HARI MERDEKA UPDATES 1.15 PTG 31 OGOS 2008


Petugas Unit Amal meninggal dunia ketika hendak bertugas



LAPORAN DARI HARAKAHDAILY TELAH MENDAPAT SIMPATI DSAI DAN DSWA DENGAN MENYAMPAIKAN SUBANGAN HASIL KUTIPAN DARI CERAMAH YANG DIADAKAN SEMPENA LAWATAN DSAI KE PERMATANG PAUH.


DSAI DAN WAN AZIZAH DI PERMATANG TENGAH





MACAM ARTIS TERKENAL.KANAK-KANAK BEREBUT MENDAPATKAN TANDATANGAN DARI PRESEDEN PKR










DSAI mengulangi dan mengucapkan jutaan ribuan terima kasih kepada seluruh penduduk Permatang Pauh yang tetap pendirian dan juga seluruh petugas dari seluruh negara yang turut membantu bagi memenangkan kerusi Permatang pauh yang sudah tentu menjadi asas kepada prubahan politik seterusnya.


TERIMA KASIH PENDUDUK PERMATANG PAUH DAN SEMUA RAKYAT

OLEH: Amiruddin Ahmad


Permatang Pauh 30 Ogos-YB Datuk Seri Anwar Ibrahim,memulakan ucapan beliau dengan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh penduduk Permatang Pauh khasnya dan seluruh petugas yang datang dari seluruh negara kerana berusaha dengan bersugguh-sungguh bagi memenangkan kerusi Permatang Pauh.

“Saya bersama wan Azizah serta kawan-kawan pakatan rakyat ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada seluruh penduduk permatang pauh yang tetap pendirian dan petugas seluruh negara kerana bekerja keras memangkan kerusi permatang Pauh , dan menjadi sejarah bagi negara kita. “Demikian ucap pertama selepas pertama kali pulang ke Permatang pauh sempena lawatan beliau selama 2 hari bertemu pengundi.



Selepas kemenangan dan mengetahui keputusan kemenangan di maktab Tuanku Bainon, pada malam kemenangan malam 26 ogos lalu, semua penyokong menyambutnya dengan sembahyang sujut kesyukuran sebagai menandakan betapa kemenangan ini harus di lakukan dengan sebaik yang mungkin dan bukan untuk bersikap takabur dan cara meraikannya ialah dengan melakukan solat sunat sujud di tempat ustaz Mutalib.sebuah pusat pengajian agama bagi penduduk tempatan yang diwakafkan kepada orang ramai oleh ustaz Mutalib ,yang juga memiliki hotel An-Nahdoh dan juga dewan seminar serta masjid.






“selepas mengetahui kemenangan kita semua ke An Nahdoh Ustaz Mutalib dan itu adalah kerana kita menang kerana nak tunaikan janji kepada rakyat, kata lah kalau kita tewas,sudah tentulah kita di bedal bertubi-tubi.melayu ,cina ,India meningkatkan semangat di seluruh negara”










Menurut Dato Seri Anwar lagi kemenangan ini bukan sahaja membuktikan betapa masyarakat seuruh negara mahukan perpaduan kaum dan menyuntik semangat kekuatan dan juga semangat perpaduan.


“Sesungguhnya kemenangan di Permatang Pauh ini adalah detik permulaaan meningkat azam dan semangat seluruh negara bagi seluruh kaum Cina,India, Iban, Kadazan dan ini merupakan satu perubahan yang besar.”


Beliau seterusnya mengkritik dasar kerajaan yang masih gagal membantu rakyat kerana masih takut untuk menurunkan harga minyak dan membantu yang susah kecuali sekadar memberi gula-gula yang sedikit buat rakyat.malah menyalahkan Pakatan Rakyat.Selepas kekalahan, Barisan Nasional menunjukkan sikap mereka yang sebenar.Kenaikan harga barang dan kemiskinan kaum Melayu bukanlah berpunca dari rakyat.



“Dasar perkauman ini menjadi lebih kuat ,harga barang naik bukan kerana orang Cina, orang melayu miskin bukan kerana orang Cina.Masalahnya ialah pimpinan Melayu yang melanggar peraturan undang-undan,rasuah berbillion yang dikaut oleh pemimpin dan inilah yang menjadi puncanya.Jika Cina melanggar undang-undang kita lawan mereka,jika Melayu langgar undang-undang kita lawan mereka , baru kita dapat hidup dengan baik berteras prisip beragama dan undang-undang yang betul.”



Dato Seri seterusnya menjelaskan bahawa televisyen digunakan sepenuhnya semasa kempen pilihanraya dengan menonjolkan berbagai pihak yang tampil untuk bersumpah bagi meyakinkan rakyat kononnya kita tewas dan tidak mendapat sokongan rakyat lagi.Akan tetapi sokongan rakyat tetap tidak berubah,dan inilah yang membuktikan bahawa jasad rakyat boleh dipenjara ,namun minda rakyat tidak boleh dikongkong.













“cuba anda bayangkan jika anda tidak membaca harakah, suara keadilan sudah tentulah anda dapat ,merasakan betapa kempen di Permatag Pauh ini , seolah-olah dimenangi oleh Barisa Nasional kerana saya sendiri pun merasakan sebegitu walau pun yakin memenanginya ,ingatlah betapa pemikiran pemerintah kuku besi yang sentitasa dijajah pemikiranya tetapi gagal untuk konkong pemikiran rakyat .Minda mereka (Pimpinan BN) dipenjara,jasad mereka(pimpinan BN) dipenjara tetapi minda rakyat tidak boleh dipenjara.InsyaAllah mungkin sikit hari lagi TV1 pun kita ubah”


Dato Seri Anwar kemudiannya menyuruh rakyat membaca Al-Quran di bulan Ramadhan ini dan memuliakan Al-Quran untuk dibaca diamalkan dan bukan sebagai alat pihak-pihak tertentu yang menggunakan al-quran untuk memburukkan peribadi orang lain .Ada pihak yang memberi duit dan memaki orang. Beliau merujuk sebagaimana penjelasan Ustaz Ramlang dimana beliau datang dengan sendiri menyatakan bahawa sumpah yang dilakukan oleh Saiful adalah salah.Dato Seri Anwar juga menjelaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh para ulama yang menyokong beliau tidak akan disiarkan baik di kaca televesyen dan dada akhbar.


“Banyak pandangan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh ulama seperti Dato Harun Din,mufti Perak Dato Harussani,bekas Mufti Wilayah Persekutuan Dato Hashim Yahya,Tuan guru Dato Nik Aziz tak keluar berita ,tetapi bila mufti wilayah keluar kenyataan ,cepat-cepat mereka keluarkan didada-dada akhbar. Saya bertanya Ustaz Ramlang kenapa buat begini ,dia tak sanggup melakukannya.Malah Al-Quran bukan bertujuan untuk mengaibkan orang.Saya tidak pernah mengaibkan sesiapa pun dengan mencerca mereka kecuali menyuruh dujalankan siasatan yang telus.”


Maka kerana itu bulan ramadahan untuk membaca dan mengetahui apa yang hak dan apa yang mungkar.Maka Quran ini harus lah diamalkan kerana didalamnya terdapat yang baik dan yang buruk yang patut diamalkan dan ditinggalkan.Semua unsur-unsur penilaian dan penghayatan ini adalah tidak cukup sekadar untuk bersumpah. Dato Seri Anwar seterusnya menegaskan beliau akan menumpukan perhatian di Sabah dan Sarawak dan memberi penegasan bahawa landasan untuk mengambila alih tidak jauh dari tarikh yang diberikan.