BAGAIMANA DENGAN SOKONGAN PAS PADA CALON BUKAN ISLAM ???
SEBELUM ini kata.. "SOKONG UNDI calon bukan Islam membawa mudarat lebih besar kepada Islam dan Melayu, mereka pijak agama Islam", kata Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man !!
TIBA-TIBA.. Sekarang PAS beri sokongan pula kepada calon PBS bukan Islam dalam #PRKSandakan walaupun ada dua orang calon Bebas yang beragama Islam.
Malah salah seorang calon Bebas adalah bekas Pesuruhjaya PAS Sabah.
Adakah Islam bukan lagi menjadi keutamaan kepada PAS kini demi ikut telunjuk UMNO yang bobrok lagi korup penuh dengan kaki perasuah ??!
~SR
ELIT BANDAR TIDAK FAHAM KERESAHAN MARHAEN – ANWAR
Elit bandar tidak faham keresahan marhaen – Anwar
Presiden PKR, Anwar Ibrahim mempertahankan kritikannya baru-baru ini bahawa kerajaan diihat tunduk dan memberikan tumpuan terlalu banyak kepada golongan elit bandar.
Pada masa sama Anwar juga menafikan beliau hanya mahu perhatian diberikan terhadap isu-isu yang membabitkan kebajikan kaum Melayu.
“Dalam beberapa minggu lalu, kerana kritikan saya mengenai golongan elit bandar, sebahagian daripada mereka berkata, nah (dia) sebenarnya orang yang bertopeng perkauman kerana Anwar nampaknya begitu mengambil berat terhadap kebajikan orang Melayu”
“Kamu tolak perkauman, tapi ketika kamu dikritik kerana kamu tidak cukup menceritakan masalah orang miskin dan yang dipinggirkan, tiba-tiba (kamu) kata kritikan itu adalah kerana kami mewakili orang Melayu,” katanya dalam ucapan pada hari kedua Persidangan Belia Al Sharq di Kuala Lumpur pagi ini.
Anwar sebelum ini dilaporkan menggesa Pakatan Harapan (PH) mengalihkan perhatian daripada keutamaan terhadap elit bandar kepada isu-isu kos sara hidup yang dihadapi masyarakat Melayu di luar bandar.
Bagaimanapun pandangan itu dikritik beberapa pihak seperti peguam Lawyers For Liberty N Surendran yang mengatakan pembaharuan institusi dan hak asasi manusia tidak boleh dikaitkan dengan isu elit bandar.
Anwar menjelaskan beliau juga menekankan terhadap isu demokrasi, pembaharuan institusi dan hak asasi manusia, namun menegaskan ekonomi tidak harus meninggirkan orang msikin.
“Saya tidak apologetik kerana saya seorang Melayu.
“Saya prihatin terhadap kebajikan umat Islam yang membentuk majoriti di negara ini, tetapi saya (juga) manusia yang percaya keadilan kepada semua, yang faham dan menghayati masalah-masalah miskin luar bandar dan golongan miskin di bandar.
“Orang miskin tetap orang miskin.
“Sama ada dia Melayu atau Cina atau India atau Dayak. Sesiapa yang ditindas adalah mangsa, sama ada dia seorang Muslim, Kristian, Buddha atau Hindu. Itulah pendirian Islam yang saya percaya, “jelasnya.
1MDB, ECRL JANA DANA PILIHAN RAYA KE 14
1MDB, ECRL jana dana pilihan raya ke 14
1MDB dan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) digunakan oleh pentadbiran lama untuk mendanai dua kempen pilihan raya umum sebelum ini, dakwa penasihat kanan Institut Kajian Khazanah Jomo Kwame Sundaram.
Ia dilakukan, kata pakar ekonomi itu, disebabkan tamparan terhadap BN dalam pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan mereka hilang penguasaan dua pertiga dalam parlimen.
Perdana menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi dipersalahkan susulan kemerosotan itu.
“Pak Lah tunjukkan prestasi baik pada pilihan raya 2004 kerana beliau menggantikan perdana menteri dua dekad (Mahathir Mohamad).
“Rakyat agak gembira lihat beliau (Mahathir) pergi dan lihat muka baru dengan semangat baru,” katanya.
“Tetapi pada 2008, semua itu pudar. Jadi prestasi BN teruk,” kata Jomo dalam forum berkaitan pilihan raya umum ke-14 di di Universiti Malaya hari ini.
Jomo berkata selepas Najib Razak mengambil alih negara, timbul idea bagaimana mendapatkan wang, yang kemudian didakwanya dibuat melalui “rundingan-rundingan meragukan”.
Jomo merujuk kepada 1MDB, ECRL dan dua projek saluran paip di Sabah dan Melaka.
ECRL, katanya diluluskan dengan tergesa-gesa melalui kabinet pada November 2017 dan operasinya dimulakan pada Januari 2018.
Mengulas projek itu, Jomo berkata, Eximbank dari China memberikan pinjaman 85 peratus untuk projek itu untuk tempoh bayaran balik tujuh tahun.
Bagaimanapun, kata Jomo, perjanjian sebegitu, termasuk dalam projek-projek lain, tidak bertanggungjawab kerana mewariskan hutang kepada generasi lebih muda.
PENDEDAHAN DI MAHKAMAH TINGGI .
Banyak pendedahan dibuat di Mahkamah Tinggi hari ni semasa perbicaraan DS Najib @ Bosskur.
Buat pertama kalinya, orang kanan bosskur Habibul Rahman muncul di khalayak ramai utk menceritakan peranannya dlm keraanjaan lalu.
Selama ini beliau lebih suka bekerja dibelakang takbir. Tak ramai org yang kenal atau tahu keujudannya.
Tapi kepada mereka yang tahu, Habibul ini memanglah diakui seorang yang amat berkuasa dan merupakan orang penting dalam mengatur strategi PM dan BN terutama dalam hal media.
Dikalangan mereka yang tahu, beliau memang mempunyai reputasi esbagai seorang yang ruthless atau ganas dalam menjalankan tugasnya iaitu mengatur orang terutama dalam media.
Beliau juga bertanggungjawab menjalankan operasi gelap untuk pastikan semua penentang Najib akan diaibkan dengan begitu teruk.
Blackops atau fitnah memanglah makanan atau kepakarannya. Siapa yang ingkar arahannya, termasuk pemimpin Umno atau Menteri sekalipun, pasti menerima padah.
Habibul ialah seorg yang amat berkuasa dan digeruni ketika zaman BN dahulu. Suaranya adalah suara Najib.
Hari ni beliau mengaku menerima dana dpd SRC utk kerja-kerja gelapnya terutama memfitnah musuh Umno/BN terutamanya Tun Dr Mahathir.
Dana tersebut adalah icetip atau cuma sedikit daripada keseluruhan dana yang beliau perolehi untuk operasi gelapnya selamanya zaman Najib.
Mahkamah juga hari ini diberitahu tentang jumlah dana RM2bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pekerja atau KWAP yg dimasukan ke dlm akaun SRC yang merupakan tabung belanja dan politik Najib.
Kalau dulu Bosskur dengan selamba menafikan dan disokong kuat oleh pemimpin dan penyokong Umno, hari ni perkara ini telah terjawab di mahkamah.
Ini adalah wang tabungan amanah untuk pekerja sektor awam yg rata-rata org Melayu , tapi telah disalahgunakan oleh seorg pemimpin yang tidak amanah.
Bagi yang sudah lama tahu, pendedahan hari ni dan sebelum ini yang tidak kurang dasyatnya, adalah satu perkara yang amat memalukan. Tapi tidak memeranjatkan.
Dijangka banyak lagi pendedahahan ttg penyelewengan Bosskur akan dilondehkan dlm perbicaraan ini.
sebabai seorang Melayu beragama Islam, saya merasa amat sedih dan malu tentang beberapa pendedahan sejak perbicaraan ini bermula.
Saya menyeru kepada semua rakyat Msia, terutama org Melayu dan ahli Umno dan Pas, utk membuka mata dan hati mrk utk melihat pendedahan ini dgn penuh keinsafan dan keikhlasan.
Kita sentiasa mendabik dada tentang kesucian Islam dan ajaran agama Allah swt yang dibawa oleh Rasulullah saw terutama tentang perkara yang merangkul bab halal dan haram. Tentang dosa dan pahala.
Dalam keadaan hari ini dimana umat Islam amat teruji dgn pelbagai konflik dan cabaran, kita diajar untuk menegakkan kebenaran dan menghalang kebatilan yang merosakan dan memalukan Islam dan umat Rasulullah saw.
Allah swt memberi kita akal, hati dan mata. Lihatlah tentang semua kemungkaran yang berlaku. Ketepikan fahaman politik dan lihatlah dengan mata hati kita.
Janganlah kita terpedaya dengan segala retorik dan slogan terutama daripada pemimpin yang hanya untuk menutup kesalahan mereka.
ingatlah bahawa yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.
Sesungguhnya Allah swt itu tidak pernah salah dan Allah swt juga tidak pernah tidur.
Jgn sampai kita juga terpalit dgn segala kemungkaran yg berlaku dan disabitkan di akhirat kelak.
Islam itu bukan milik Umno Pas Bersatu PKR atau mana2 parti politik. Islam juga bukan milik mana2 negara atau Raja. Islam itu milik Allah swt.
Berfikirlah dgn ikhlas. Lihatlah dgn mata dan hati.
ANWAR: CABARAN,DAN HALANGAN DUNIA KEBEBASAN BERSUARA DAN MEDIA
Menyampaikan ucapan di Al Sharq Youth 5th Annual Conference di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur. Saya sentuh aspek kebebasan bersuara, sektor dan kemahiran inovasi dan cabaran demokrasi di era Malaysia Baharu.
GERAKAN REFORMASI BEREVOLUSI – TIAN CHUA
Gerakan Reformasi berevolusi – Tian Chua
Selepas 20 tahun memperjuangkan “Reformasi”, PKR kini berevolusi daripada sebuah parti yang hanya menumpukan perjuangan membebaskan Anwar Ibrahim, kepada agenda untuk memperjuangkan hak, kebebasan dan reformasi institusi bagi seluruh rakyat Malaysia, kata Naib Presiden PKR Chua Tian Chang .
Chua, yang merupakan salah seorang pengasas awal PKR, berkata kebanyakan orang melihat gerakan ‘reformasi’ pada tahun 1999 berkisar tentang Anwar, ketika bekas pemimpin Umno itu dinafikan haknya untuk menjadi perdana menteri selepas dipecat dari takhta kerajaan.
“Orang fokus kepada Anwar… Kerana hak Anwar untuk memimpin dinafikan bahkan dipenjarakan. Oleh itu, kita bersimpati dengan beliau. Jadi, agenda yang lebih besar tidak pernah dijangka.
“Fokus perjuangan adalah pembebasan Anwar, dan kemudian kami lancarkan demonstrasi,” katanya.
Chua berkata PKR meluaskan matlamat dan tujuan ia ditubuhkan, meneliti beberapa aspek masyarakat Malaysia di mana kebebasan rakyat dikekang sehingga ia menggesa pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang zalim yang lain.
“Ia meluaskan isu pembaharuan (dalam negara). Peralihan kuasa, dan pilihan raya yang lebih adil.
“Reformasi akhirnya menjadi gerakan yang mahu melihat demokrasi berbilang parti wujud. Inilah progres yang terjadi,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Anwar, yang menjalani hukuman penjara selama lima tahun selepas disabit dengan pertuduhan liwat yang kedua, akhirnya diberikan pengampunan diraja dan dibebaskan beberapa hari selepas Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya berikutan kemenangan Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu.
Ahli politik berusia 71 tahun itu kemudian memenangi kerusi Parlimen Port Dickson, dan dijangka menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.
Chua berkata PKR sentiasa menjadi parti berbilang kaum, dan menjadi pemangkin pembaharuan di negara ini.
“Saya bangga dalam dua dekad, kami dapat bangunkan parti yang dapat melaksanakan harapan (rakyat).
“Kami telah menjangkaui (pencapaian) daripada hanya sebuah parti yang berterusan mengadakan bantahan dan hanya memperjuangkan kebebasan Anwar. Sekarang kami diberi tanggungjawab untuk mengubah situasi dalam negara. “
Chua menggesa anggota baru parti itu untuk “tidak melupakan perjuangan masa lalu”, ketika PKR berada dalam kedudukan yang “selesa”.
“Orang baru dalam parti datang ketika kami sudah selesa, mereka merasa selesa. Peringatan untuk generasi baru supaya mereka sentiasa sedar dengan mandat rakyat dan tetap setia kepada rakyat,” katanya lagi.
20 tahun selepas pembentukannya, PKR kini menjadi parti yang memiliki jumlah ahli Parlimen terbesar dalam Pakatan Harapan (PH), dengan jumlah keseluruhan 49 orang ahli di Dewan Rakyat. – TMI
BUNG MOKHTAR DAN ISTERI DIDAKWA ESOK
MASIH INGAT, org kuat UMNO di Sabah tersebut sebelum ini dah dipanggil SPRM utk siasatan kes rasuah yang berjumlah berjuta-juta ringgit.
Kali ini beliau & isterinya ditahan di Sabah oleh SPRM.
Pasangan itu dijangka didakwa mengikut Akta SPRM di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
"Ahli parlimen itu akan menghadapi tiga kes rasuah, sementara isterinya akan menghadapi tuduhan bersubahat," kata sumber.
Subscribe to:
Posts (Atom)