PUNCA KEBAKARAN

Fathi Aris Omar


 Kebakaran saluran paip gas PETRONAS sepanjang 500 meter di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor hari ini dipercayai berpunca daripada fenomena letupan wap cecair mengembang atau Boiling Liquid Expanding Vapor Explosion (BLEVE).






Bekas Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata insiden itu berlaku apabila gas mudah terbakar bocor, menyebabkan wap gas terapung di udara sebelum berlaku pencucuhan yang mencetuskan letupan besar.


“Apabila wap gas yang mudah terbakar ini terapung di udara, ia hanya menunggu masa untuk dinyalakan atau menjadi punca kebakaran, menyebabkan satu letupan yang cukup kuat akibat kebocoran paip ataupun bekas yang mengandungi gas mudah terbakar.


“Bekas ini mungkin mengalami kerosakan atau pecah, mungkin terdapat kebocoran atau mungkin disebabkan oleh injap yang terbuka dan sebagainya,” katanya dalam program Bernama World terbitan Bernama TV hari ini.


Berita penuh: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2408115


📷 FB Putra Height Residence

#BernamaNews

#Kebakaran #putraheights



DAKWAH LA SANGAT. TEAM KO LA KAKI FITNAH BANYAK

 Cinta Jannah


Konon sampaikan dakwahlah sangat😆. Orang yang berdakwah tak mungkin akan jadi kaki fitnah, menghina orang dan menuduh orang yang buruk buruk😏. Moga kau dapat balasan nanti😒..



5 FAKTA. BENARKAH MAMAT NI PATAH TULANG BELAKANG?

 


MEREKA MENJALANKAN TUGAS. HANIS SIAPA NAK SIMPATI PADA MEREKA? KENA BUANG KERJA MACAMANA. MEREKA IKUT SOP.


 

KES MAMAT BELON...RAMAI MENDAHULII DARI MENEMUI JALAN BENAR


 

ECRL...MAMPUKAH RAKYAT PANTAI TIMUR MENGHUNAKANNYA KERANA ADA PILIHAN LAIN


 

PM Anwar Terima Panggilan Telefon Daripada PM Shehbaz, Bincang Hubungan Dua Hala Malaysia-Pakistan

 



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif berbincang mengenai kerjasama pelbagai bidang dan hubungan dua hala pada 31 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 31 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya dari Pakistan, Shehbaz Sharif.

Perbincangan mereka antara lain menyentuh mengenai hubungan dua hala dan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Selain bertukar ucapan Aidilfitri, kedua-dua pemimpin juga berbincang mengenai perkembangan terkini di Gaza.

Anwar berkata persahabatan antara Malaysia dan Pakistan yang semakin erat, membuka ruang untuk meneroka pelbagai kerjasama baharu, terutama ketika pertemuannya dengan Shehbaz di Pakistan pada Oktober tahun lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Presiden Iran, Dr Masoud Pezeshkian membincangkan mengenai usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Iran, di samping bertukar ucapan Aidilfitri pada 31 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Katanya, jumlah pelaburan Pakistan di Malaysia berkembang baik dan kini mencecah kira-kira AS$397 juta (RM1.76 bilion).

“Saya mengalu-alukan lebih banyak pelaburan baharu, terutama dalam bidang pertanian, petrokimia dan biojisim.

“Kami juga sempat menilai semula memorandum persefahaman (MoU) yang dipersetujui sebelum ini, terutama terkait pelaburan, perdagangan, pendidikan, penyelidikan dan pembangunan serta sains.

“Insya-Allah, kami sepakat mahu menyegerakan sebarang urusan tertunggak untuk segera merealisasikan kerjasama ini,” katanya dalam hantaran pada akaun Facebook miliknya hari ini.

Mengenai Gaza, Anwar berkata Israel sudah melanggar perjanjian gencatan senjata dan menggagalkan usaha damai menerusi serangan ganas terhadap rakyat Palestin.

Beliau dan Shehbaz juga bertukar pandangan dan menyelaras idea mengenai menghentikan keganasan serta pemulihan semula Gaza.

Perdana Menteri berkata, beliau juga menantikan kunjungan Shehbaz yang buat pertama kalinya akan ke Malaysia pada 9 Mei ini.

“Mendoakan semoga keberkatan Ramadan dan Aidilfitri membawa rahmat buat hubungan persahabatan Malaysia-Pakistan demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara,” katanya.


PM Anwar Terima Panggilan Telefon Daripada Presiden Masoud, Nyata Komitmen Hubungan Malaysia-Iran

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Presiden Iran, Dr Masoud Pezeshkian membincangkan mengenai usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Iran, di samping bertukar ucapan Aidilfitri pada 31 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 31 Mar – Hari Raya Aidilfitri tahun ini terus menceriakan buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menerima panggilan telefon daripada Presiden Iran, Dr Masoud Pezeshkian, hari ini.

Terdahulu Anwar turut menerima panggilan serupa daripada rakan sejawatnya di Pakistan, Shehbaz Sharif juga pada hari raya pertama membincangkan hubungan dua hala yang terus terjalin erat ketika ini.

Perbincangan antara Anwar dan Dr Masoud antara lain menyentuh mengenai usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dan Iran selain bertukar ucapan sempena sambutan Aidilfitri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif berbincang mengenai kerjasama pelbagai bidang dan hubungan dua hala pada 31 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kami menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan persahabatan kedua-dua negara, terutama dengan mempertingkatkan pelaburan dan perdagangan, selain memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang yang berpotensi.

“Alhamdulillah, kunjungan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan ke Tehran pada bulan lepas membawa perkembangan positif dalam hubungan serta kerjasama dua hala Malaysia dan Iran,” katanya.

Justeru, Perdana Menteri berkata beliau akan memastikan kesinambungan kunjungan berkenaan dengan menyegerakan dan mempermudahkan segala usaha untuk mengembangkan kerjasama dalam bidang pelaburan, perdagangan, pendidikan, penyelidikan dan bidang lain yang berkaitan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berbual bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan menerusi perbualan telefon pada 30 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menurut Anwar, dalam perbualan bersama Pezeshkian itu, beliau turut mengulangi penghargaan Malaysia terhadap pendirian teguh dan konsisten Iran dalam memperjuangkan hak serta keadilan buat rakyat Palestin, selain menentang kezaliman Israel.

“Kami percaya solidariti dan kesatuan dalam kalangan negara Islam serta warga dunia amat penting dalam usaha memastikan keadilan dan keamanan berpanjangan di bumi Gaza,” katanya.



Syarikat penerima konsesi Menara KL ditentukan kerajaan, dakwa TM

 



Proses untuk memilih syarikat konsesi baru bagi menguruskan Menara Kuala Lumpur telah dibuat oleh kerajaan selepas Telekom Malaysia (TM) membuat keputusan untuk menumpukan kepada perniagaan asas mereka iaitu perkhidmatan telekomunikasi.

Langkah kerajaan memilih syarikat baharu itu berikutan keputusan TM untuk meninggalkan konsesi itu, lapor Malaysiakini.

“TM dimaklumkan mengenai syarikat yang dilantik itu untuk mengambil alih saham MKLSB dan konsesi MKL.


“MKLSB akan terus mengendalikan konsesi dan memastikan kesinambungan operasi MKL untuk orang awam Malaysia, termasuk pelawat antarabangsa,” kata TM dalam kenyataannya.

TM menjawab kekecohan tentang penjualan salam TM dalam Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB), syarikat yang menguruskan Menara Kuala Lumpur kepada syarikat kosmetik yang hampir ditutup bernama Hydroshoppe Sdn Bh.

Fahmi melayan peminat beliau dalam satu majlis dengan penulis baru-baru ini.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil mengesahkan saham syarikat pengurusan Menara Kuala Lumpur, Menara KL Sdn Bhd telah dijual oleh TM Malaysia (TM) kepada sebuah syarikat kosmetik .

“KKD memantau rapat isu ini dan bersedia untuk memberikan kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa melakukan sebarang siasatan berhubung isu ini,” kata beliau dalam satu kenyataannya.



Sebelum ini, bekas Menteri Komunikasi, Tan Sri Annuar Musa, kerajaan tidak terlibat dalam keputusan Telekom Malaysia Bhd (TM) menjual anak syarikat yang menguruskan Menara Kuala Lumpur, kata bekas menteri komunikasi dan multimedia Annuar Musa.


Katanya perjanjian itu melibatkan syarikat tersenarai awam, bukan kerajaan.


“Tiada kaitan dengan menteri komunikasi,” katanya


TM hari ini berkata ia memutuskan untuk tidak lagi memegang konsesi bagi pengurusan Menara KL kerana mahu menumpukan kepada perniagaan terasnya iaitu perkhidmatan telekomunikasi.


Dalam satu kenyataan, syarikat berkaitan kerajaan itu juga menafikan dakwaan bahawa rancangan berkenaan dibuat secara senyap-senyap.


Menurut TM, perubahan dalam pegangan saham Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, yang merupakan syarikat yang menguruskan Menara KL, telah dimaklumkan kepada Bursa Malaysia melalui pengumuman kewangan TM pada suku ketiga 2022.


“Sebagai sebahagian daripada program transformasi perniagaannya, TM menumpukan usaha dan sumbernya untuk mengukuhkan perniagaan terasnya telekomunikasi dan teknologi.


“Selepas pertimbangan sewajarnya terhadap perubahan sifat perniagaan Menara KL, daripada perkhidmatan telekomunikasi kepada pelancongan dan hospitaliti, TM memutuskan pada Oktober 2021 untuk tidak memperbaharui konsesi MKL dan telah memaklumkan kerajaan dengan sewajarnya,” kata syarikat itu.




Menara KL: SPRM sudah panggil 3 saksi, ambil dokumen




BORHAN

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil tiga saksi dan mengambil dokumen berkaitan dengan penjualan saham dalam Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd.


Dalam satu kenyataan bertulisnya petang ini, SPRM berkata, pihaknya akan membuat siasatan secara terperinci dan profesional dari semua sudut berkaitan isu ini.


SPRM mengesahkan bahawa pihaknya sedang menyiasat dakwaan penjualan saham mencurigakan hak milik Menara Kuala Lumpur (Menara KL).


“SPRM akan menyiasat smada wujudnya elemen rasuah dalam penjualan 100% saham Telekom Malaysia (TM) di dalam syarikat Menara KL Sdn Bhd kepada Hydroshoppe Sdn Bhd pada Oktober 2022,” kata kenyataan itu.


Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengesahkan penjualan itu berlaku dan sedia membantu siasatan pihak berkuasa mengenainya.


TM mendakwa, proses untuk memilih syarikat konsesi baru bagi menguruskan Menara Kuala Lumpur telah dibuat oleh kerajaan selepas Telekom Malaysia (TM) membuat keputusan untuk menumpukan kepada perniagaan asas mereka iaitu perkhidmatan telekomunikasi.


“TM dimaklumkan mengenai syarikat yang dilantik itu untuk mengambil alih saham MKLSB dan konsesi MKL.


“MKLSB akan terus mengendalikan konsesi dan memastikan kesinambungan operasi MKL untuk orang awam Malaysia, termasuk pelawat antarabangsa,” kata TM dalam kenyataannya.





Menara KL: Pengarah didakwa beri rasuah RM500,000 untuk Annuar Musa

 




Pengarah syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak didakwa memberikan rasuah RM500,000 kepada seorang datuk bagi faedah seorang bekas menteri dalam pengambilalihan konsesi pengurusan Menara Kuala Lumpur.


Beliau didakwa di bawah Seksyen 16(b)(B) dan 24(1) Akta SPRM Akta 2009 dengan dakwaan cuba memberikan rasuah kepada Tan Sri Annuar Musa melalui Datuk Tan Ser Lay antara Julai dan Ogos tahun 2022 di ibu pejabat Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu.


Beliau didakwa menawarkan rasuah RM500,000 setahun  selama 15 tahun kepada Annuar Musa untuk mempercepatkan kelulusan pembelian konsesi Menara KL itu.


Bagaimanapun beliau tidak mengaku salah dan minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.

Pertuduhan dibacakan di depan Hakim Suzana Husin yang kemudiannya memerintah dia dibebaskan dengan jaminan RM50,000 dan memerintahkan beliau melapur diri setiap dua bulan kepada SPRM manakala pasport beliau ditahan oleh Mahkamah.


7 Januari lalu, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman selama empat hari kepada dua pengarah terlibat dalam skandal pengambilalihan Menara Kuala Lumpur.


Datuk Abdul Hamid Shaikh bin Abdul Razak Shaikh Pengarah Hydroshoppe dan Datuk Tan Ser Lay Ahli Lembaga Pengarah bebas bukan eksekutif MyCreative Ventures dikenakan reman selama empat hari hingga 10 Januari ini

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Penahanan Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd dan MyCreative Ventures oleh SPRM itu dijangka akan mendedahkan bagaimana syarikat pengurusan Menara KL boleh terjual kepada sebuah syarikat kosmetik.


Ini kerana, kedua-duanya dipercayai terlibat secara langsung dalam penjualan Menara KL Sdn Bhd dari TM Malaysia kepada Hydroshoppe.


Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil mengesahkan saham syarikat pengurusan Menara Kuala Lumpur, Menara KL Sdn Bhd telah dijual oleh TM Malaysia (TM) kepada sebuah syarikat kosmetik.

 


Annuar Musa dan menara jadi mainan nakal pengkritik





Tindakan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang kerap memuatnaik gambar beliau berada di tanah suci Mekah ketika isu Menara KL memuncak menimbulkan respon nakal dari netizen.


Apa yang mereka nampak bukannya Annuar Musa berada di Mekah tetapi mereka nampak beliau bergambar di depan menara jam, menara ikonik di hadapan Kaabah itu.

Ini kerana, bukan sekali bekas Setiausaha Agung Umno itu menaikkan gambar di depan menara tetapi banyak kali.


Annuar Musa sendiri telah menukar gambar profile beliau dengan gambar beliau berada di depan menara jam yang ikonik di Mekah itu.

Annuar Musa telah menjadikan gambar beliau berada di depan menara jam Mekah sebagai gambar profile beliau.

Komen-komen yang diterima Annuar Musa pula banyak datang dari laskar siber Pas yang memuji dan memuja beliau ekoran berita angin yang menyatakan beliau akan bertanding atas tiket Pas dalam pilihan raya di enam buah negeri akan datang.


Di celah-celah komen para laskar siber Pas, ada sahaja netizen yang memainkan isu menara.

“Lawa Menara kat belakang tue yer???” tulis Awe Aniemira ketika memberikan komen dalam Facebook Annuar Musa.

“Menara Kat Mekah tu jangan Usik2 Tan Sri. Bergambar je ok. Selamat berpuasa,” Faizal Abdullah pula menulis.

Pai Queqon pula menulis, “cantik menara..macam menara kat KL jugak cantiknya.”

5 April lepas, pengarah syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak didakwa memberikan rasuah RM500,000 kepada seorang datuk bagi faedah seorang bekas menteri dalam pengambilalihan konsesi pengurusan Menara Kuala Lumpur.


Beliau didakwa di bawah Seksyen 16(b)(B) dan 24(1) Akta SPRM Akta 2009 dengan dakwaan cuba memberikan rasuah kepada Tan Sri Annuar Musa melalui Datuk Tan Ser Lay antara Julai dan Ogos tahun 2022 di ibu pejabat Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu.

Beliau didakwa menawarkan rasuah RM500,000 setahun selama 15 tahun kepada Annuar Musa untuk mempercepatkan kelulusan pembelian konsesi Menara KL itu.

Bagaimanapun beliau tidak mengaku salah dan minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ketika pertuduhan itu dibuat, Annuar sudah berada di Mekah untuk menunaikan umrah.

 






Menara KL: Hanya syarikat pengurusan berubah, masih dimiliki kerajaan

 




Menara Kuala Lumpur dimiliki oleh kerajaan sepenuhnya dan hanya pengurusan yang berubah menerusi pengambilalihan konsesi dan operasi menerusi notis pelawaan cadangan(RFP), jelas Kementerian Komunikasi.

RFP ialah tender terbuka untuk projek kerjasama awam swasta (PPP).

“Bagi maksud tersebut, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri telah melaksanakan RFP dan seterusnya Jemaah Menteri telah memperakukan pembida yang berjaya berdasarkan penilaian ke atas RFP tersebut.


“Pembida yang berjaya telah diumumkan oleh kerajaan pada 29 Mei 2024,” kata Kementerian Komunikasi dalam satu kenyataan.



“Kementerian Komunikasi kekal komited terhadap tatakelola yang baik dan akan memastikan perkara ini ditangani dengan sewajarnya,” menurut kenyataan itu.


Ini kerana Syarikat Hydroshoppe yang merupakan pemegang konsesi terdahulu Hydroshoppe telah memfailkan writ saman dan memohon injunksi terhadap pelantikan syarikat konsesi baharu.


Hydroshoppe berbuat demikian dengan mendakwa bahawa ia telah pun memperoleh bidaan untuk tempoh 30 tahun.


Pada masa sama, semua pihak terlibat termasuk orang ramai dinasihat agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau mengambil tindakan yang boleh mengganggu proses perundangan yang sedang berjalan.


Syarikat yang memenangi konsesi pada tahun lalu ialah usahasama LSH Best Builders Sdn Bhd dan Service Master Sdn Bhd.


Kedua-dua syarikat yang telah bergabung sebagai LSH Service Master Sdn Bhd telah memperoleh konsesi terbaharu mulai 1 April hingga 31 Mac 2045.


Dua syarikat ini mengambil konsesi pengurusan Menara KL setelah syarikat terdahulu Hydroshoppe Sdn Bhd terpalit dengan skandal rasuah di pentadbiran kerajaan terdahulu.


Kerajaan beri jaminan bantu penjaja belon dapatkan lesen – Setpol PM

 


Kerajaan memberi jaminan akan membantu penjaja belon, Muhamad Za’imuddin Azlan untuk mendapatkan lesen penjaja apabila pulih dari kecederaan kelak.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin, berkata bimbingan akan diberikan bagi membantu penjaja itu yang tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk menyara kehidupan diri dan keluarganya.

“Kita sudah bagi jaminan, bahawa selepas pulih dia boleh jumpa saya untuk kita (MPN) bantu mendapatkan lesen penjaja,” katanya kepada media memetik Bernama.


Azman hari ini menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada Muhamad Za’imuddin, 29, yang sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.


Merujuk kepada keadaan Za’imuddin, Azman berkata laporan perubatan penuh akan dikeluarkan pihak hospital, namun Muhamad Za’imuddin yang masih terlantar boleh berinteraksi secara jelas dengan orang lain.


Azman yang turut bersimpati dengan keadaan mangsa bagaimanapun mengingatkan golongan penjaja mahupun anggota penguat kuasa untuk beroperasi dan menjalankan tugas mengikut lunas undang-undang ditetapkan.


“Cuma kebanyakan peniaga ‘rambo‘ ini, mereka tidak tahu cara mohon (lesen), sebab itu kita kena bekerjasama dengan persatuan penjaja atau lain-lain badan bukan kerajaan untuk bantu mereka yang menjaja ini termasuk DBKL, (untuk) bagaimana permudahkan mereka dapatkan lesen, tapi mesti di kawasan sesuai,” katanya.



DBKL LUMPUHKAN KARTEL TERBESAR BAZAR JALAN TAR


Ketegangan antara peniaga dan kartel selama beberapa waktu telah memaksa pihak berkuasa untuk bertindak tegas. Dalam langkah yang luar biasa, kerajaan memutuskan untuk mengambil pendekatan proaktif dengan melibatkan semua pihak berkepentingan, termasuk peniaga dan organisasi yang berkaitan, untuk menyusun semula pengurusan bazar.


Pelaksanaan pengawasan yang ketat dan pembentukan sistem aduan yang mudah kini membolehkan peniaga melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan dengan lebih berani. Usaha ini bukan sahaja menampakkan hasil jangka pendek, tetapi juga mengejutkan ramai apabila semangat kerjasama antara kerajaan dan peniaga berjaya menembusi halangan yang selama ini menyekat keadilan.

Peniaga kini boleh kembali berniaga dengan yakin, tanpa rasa tertekan dari penguasaan pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab. Cuma satu je nak pesan, kalau tak pandai masak, jangan cuba cuba nak meniaga.. Sekian terima kasih.




LAIN DITANYA LAIN YANG DIJAWAB | HAMZAH ZAINUDDIN - Betul-betul gagal se...

PMX TERIMA PANGGILAN DARI AZMIN!! SEPANDAI PANDAI TUPAI MELOMPAT AKHIRNY...

BIAR BETUL MAMAT NI. MEMANG SEBELUM KENA ADA DAH BAGI TAHU ,AKAN DAPAT SIMPATI BANYAK ORANG.

 Ustaz Al Asri.


Tisu koyak je tapi belon ni tetap nak highlight tulang belakang patah.Tengok VTT Sharina calling adik abg belon ni,lagi la sian..adik dia bagi tahu keadaan belon teruk , 3:tempat belon ni tahan sakit ..edmia ,tulang belakang patah dan bahu patah.Orang biasa x boleh nak melawat sebab kes under siasatan polis katanya.


 🤣..Masyallah bila pulak polis buat undang² mcmni ntahla ..(VTT kat komen)



Terpeley victim ni ramai yang simpati.Politician, Influencer ramai datang tunggang.Datuk seri bagi sampul tebal.Sharina belikan baju raya , Ebitliu nak hantar family buat Umrah



KONSPIRASI MEMBURUKKAN DBKL DAN MENTERI WILAYAH


 

KES MENARA KL.

 

Sebuah syarikat yang dilantik mengendalikan Menara Kuala Lumpur pada 2022 oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia ketika itu memfailkan saman ke atas kerajaan, dan beberapa pihak lain untuk menuntut ganti rugi lebih RM1 bilion.





Hydroshoppe Sdn Bhd, bersama anak syarikatnya Menara KL Sdn Bhd (MKLSB), membuat tuntutan itu susulan dakwaan penamatan perjanjian mereka secara salah pada Nov 2022, termasuk lanjutan konsesi syarikat daripada 15 tahun kepada 30 tahun.


Ini berikutan keputusan kerajaan pada Mei tahun lalu untuk menganugerahkan konsesi pengurusan menara tersebut kepada entiti lain, iaitu LSH Service Master Sdn Bhd sebagai gantinya.


LSH Service Master adalah syarikat usaha sama antara LSH Best Builders Sdn Bhd dan Service Master (M) Sdn Bhd.


Menurut pernyataan tuntutan mereka, Hydroshoppe dan MKLSB memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan perjanjian 2022 sebagai masih sah dan mengikat kerajaan.


Syarikat-syarikat itu merayu supaya mahkamah memerintahkan bahawa mereka masih berhak mendapat konsesi menara selama 30 tahun mulai 31 Dis 2022, dan bahawa kerajaan telah melakukan pecah amanah apabila memberikan kontrak kepada entiti lain.


Selain itu, Hydroshoppe dan MKLSB mahu mahkamah turut mengisytiharkan bahawa Perkhidmatan LSH dan syarikat induknya telah melakukan tort mendorong (inducement) dan memperolehi pelanggaran perjanjian 2022.


Mereka memohon pampasan daripada semua defendan untuk ganti rugi, termasuk kehilangan peluang perniagaan "untuk menikmati kontrak dan faedah komersial" daripada perjanjian konsesi.


"Tertakluk kepada taksiran, berdasarkan pengetahuan dan anggaran terbaik plaintiff-plaintiff, jumlah kerugian jangkaan tersebut melebihi RM1 bilion," kata syarikat itu dalam pemfailan mahkamah mereka.


Untuk rekod, MKLSB sebelum ini dimiliki sepenuhnya oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) telah mereka bentuk dan membina Menara KL yang dibuka kepada orang ramai pada 1996.


Ia menjadi pengendali tunggal Menara KL sejak di bawah perjanjian konsesi daripada kerajaan, yang diperbaharui setiap 15 tahun.


Pada 2022, dilaporkan TM telah memindahkan 10 juta sahamnya dalam MKLSB kepada Hydroshoppe.


Perjanjian yang dibuat pada Oktober tahun itu, telah menimbulkan persoalan kerana anak syarikat tersebut dikatakan amat menguntungkan dan pembelinya bukan syarikat yang terkenal.


Menurut laporan Malaysiakini, Annuar Musa adalah menteri yang bertanggungjawab ke atas komunikasi ketika penjualan merosot. Netizen juga menimbulkan persoalan jika bekas ahli Parlimen Ketereh itu ada kaitan dengan keputusan itu.


Annuar telah menafikan dirinya terlibat dalam pemindahan saham itu.


SPRM kemudiannya mengumumkan bahawa mereka telah memulakan siasatan ke atas penjualan saham TM yang "mencurigakan" kepada Hydroshoppe.


Berikutan itu, Hydroshoppe telah mengeluarkan kenyataan yang mengancam tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan penyebaran maklumat palsu dan/atau fitnah berkenaan syarikat, MKLSB, dan/atau pengarah mereka.


Pada April 2023, Pengarah Urusan Hydroshoppe Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh didakwa di mahkamah atas tuduhan menawarkan rasuah berjumlah RM7.5 juta kepada Annuar.


Dia didakwa melakukan kesalahan itu sebagai dorongan kepada menteri ketika itu untuk mempercepatkan cadangan penjualan saham dan pengambilalihan konsesi daripada Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd.


Abdul Hamid telah mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan.



SALAH TETAP SALAH.


Ah Mie


 Aku anak anggota polis yang pernah tolong arwah Abah berniaga kuih di pasar malam sekitar Muar dan juga pernah ada pengalaman sikit merembo onexox suatu ketika dahulu...


suka statement mamat nie...selamat menjalani ibadah puasa yang terakhir hari ini, InsyaAllah.




Belon dah kantoi banyak dah...


Ustaz Al Asri


 Belon dah kantoi banyak dah...




1.Dia menangis nampak sangat fake .


2.Dia bagitahu belakang dia patah tak tahu la belah mana yang patah  tu.Dia dah kena x ray ,jadi dia tahu tulang mana yang patah.Sebelum ni kita dengar tulang rusuk la tulang pinggangla tapi kita semua tahu kalau  tulang patah pergerakan dia terbatas,dia tak dapat peluk Akmal.Kita husnuzon masa tu belum di x-ray jadi dia agak²je.Bila result keluar, doktor mesti dah bagitahu dia informasi yang perlu so bila dia kata belakang dia patah susahlah kita nak percaya.Ok satu jalan kita netizen nak tahu,kita tengok bila dia boleh keluar ward.Kalau  keluar awal maksudnya dia menipu.


Nak dapat simpati public xde masalah cuma bagitahu cerita yang betul.Tercyduk nanti payah, tambah lagi sekarang ni semua orang nak dengar cerita dari side kamu yang terpaling victim kes jalan TAR ni.


3 Belon cakap DBKL tipu.DBKL x pernah pun warning belon.Alasannya dia takut  jumpa penguatkuasa jadi dia x dihalau 


."Saya nak jumpa diarang pun saya takut sebab kalau saya jumpa dorang barang saya kena rampas.


Ni alasan apa kamu bagi ni belon.Kamu baca skripka??Siap buat persepsi jualan kamu kena rampas kalau jumpa DBKL.


Kamu meniaga selama ni kamu ingat DBKL tak tahu ke.Kamu bawak belon punya banyak macamana kamu nak lari atau menyorok dari DBKL??


DBKL bersepah dalam tu samaada yang pakai uniform atau baju preman.Merekalah yang datang kat kamu bagi amaran.Ramai peniaga Rambo yang lain DBKL warming ,mereka ok je beredar.Kamu je yang bermasalah.


4.Kita harap mak belon boleh posting report polis kat FB, gentle la macam DBKL baru kita boleh popcorn.