SELAMAT HARI JADI BUAT BANG MAT
DSAI
Selamat hari jadi
kepada sahabat lama dan pejuang rakyat Mohamad Sabu. Saya mendoakan beliau
sentiasa sihat dan teguh mendukung agenda rakyat.
SURAT YBM TENGKU RAZALEIGH HAMZAH (Ku Li) KPD DATO' SPEAKER MENANYAKAN "USUL TIDAK PERCAYA" YANG PERNAH DIKEMUKAKAN KE DEWAN RAKYAT.
1. CUBA anda baca betul-betul persoalan yang ditimbulkan oleh Ku
Li dalam surat bertarikh 25 September 2020 ini. Apa yang boleh kita
"digest" dari surat ini? Cuba kita lihat di mukasurat pertama Ku Li
menyebut "pencadang mendakwa". Adakah ini bermakna YB Langkawi,
kerana cadangan VoNC olehnya telah diletakkan di nombor paling corot dan tidak
dibacakan?
2. Ku Li menyebut dengan jelas bahawa perkara VoNC ini
sepatutnya menjadi amat penting dan kesan perlembagaan terhadapnya mesti
dilaporkan kepada Kebawah DYMM SPB YDPA.
3. Di mukasurat 2 Ku Li memetik Perkara 43 Perlembagaan
Persekutuan yang menuntut seseorang Perdana Menteri mendapat kepercayaan Dewan
Rakyat sebagai pra syarat beliau menuntut hak yang sahih sebagai Perdana Menteri.
Bukankah kita ada duluan mengenai hal ini sewaktu Tun Hussein Onn menggantikan
Tun Abdul Razak yang meninggal dunia? Bermakna PM yang dilantik TANPA menang
PRU masih perlu membawa Usul "UNDI PERCAYA" (VoC) ke Dewan Rakyat untuk
keabsahan jawatan Perdana Menteri.
4. Di sini juga Ku Li memaklumkan Dato' Speaker bahawa beliau
enggan menerima jawatan GLC kerana percaya Perkara 48(1)(c) Perlembagaan
Persekutuan mengenai Hilang Kelayakan menjadi Ahli Parlimen sekiranya dia
memegang sesuatu jawatan berpendapatan.
5. Menurut Ku Li sub-seksyen ini telah dipersetujui bagi
MENCEGAH Ahli-ahli Parlimen menerima "sogokan" politik. Implikasi
dari kenyataan ini sangat besar. ANDAInya DIKUATKUASAKAN undang-undang ini yang
pernah ditimbulkan persoalannya di SocMed oleh seorang peguam wanita yang pernah
bertugas di pejabat AG, bermakna hampir kesemua Ahli Parlimen yang menyokong PN
sudah hilang kelayakan.
6. Pada mukasurat 3 Ku Li menekankan mengenai keperluan
menghormati Perlembagaan, mengelak sogokan politik yang mencemarkan integriti,
memberi amaran ekpada Dato' Speaker yang beliau juga tertakluk kepada sumpah jawatan
mempertahankan Perlembagaan Persekutuan kerana Negara ini terbina dengannya.
7. Dato' Speaker diberikan peringatan bahawa Ku Li juga akan
meneliti samada keengganan Dato' Speaker memberi keutamaan kepada VoNC adalah
kecuaian terhadap Perkara 43 dan 62 Perlembagaan Persekutuan.
8. Anda baca sendiri surat jawapan dari Dato' Speaker yang
awal-awal lagi menyalahkan susunan yang dibuat oleh MANTAN Speaker Tan Sri Arif.
Tak perlu saya ulas panjang surat berkenaan anda pun faham yang Menteri Undang-undang Lebai Takiyuddin yang boleh memutuskan samada VoNC yang merupakan Private Bill
boleh dijadikan keutamaan kerana Peraturan Mesyuarat Memperuntukkan Rang
Undang-undang oleh KERAjaan mesti didahuluikan.
9. JIKA begitu keadaannya sampai bila pun Rang Undang-Undang
Persendirian (Private Bill) seperti VoNC (Vote of No Confidence) ini boleh
"DILENGAH-LENGAHKAN". Takkan kita lupa betapa pembentangan dan
perbahasan ARWAH Pindaan kpd RUU355 boleh ditangguh-tangguhkan sampai kesudahannya
tak dibahaskan di era BN dulu? Tidakkah En. Azalina sewaktu tu menjadi Menteri
Undang-undang? Mungkin beliau mampu memberi gambaran yang lebih terperinci.
10. Melalui surat ini timbul beberapa persoalan. Adakah Ku Li
sedang "build the case against the Prime Minister". Apa maksud
jawapan yang "memuaskan hati"?? JIKA tak puas apa penyataan awamnya?
Timbul pula persoalan KUNUNnya PT95 di belakang Ku LI. Seawal 25 September 2020
mereka berpakat? Tapi semua itu hanya Teori Konspirasi yang belum terbukti.
Eloklah kita sama-sama tunggu apa yang akan terjadi berbanding percaya dengan
spekulasi. Masanya akan tiba jua.
11. Dalam keadaan sekarang Menteri Undang-undang masih menentukan
usul apa yang patut didahului. Legislative tidak sepatutnya dikuasai oleh
Excutive. Speaker di Parlimen seharusnya bebas dari campurtangan Executive
dalam menentukan tugasnya. Ini perlukan REFORM Parlimen bagi mengatasi masalah
sebegini.
Wallahualam.
- Zus Din
14 Oktober 2020
UMNO BUKAN SAJA MAHU BERPISAH DENGAN BERSATU, MALAH SEDIA KEHILANGAN PAS
Ada dua perkara besar yang diputuskan oleh Biro Politik UMNO dalam mesyuaratnya semalam.
Pertama, menimbang untuk meninggalkan kerajaan PN dan akan memberi syarat baru yang mana perjanjiannya akan dilakukan secara bertulis serta perlu dilaksanakan segera jika ingin meneruskan kerjasama dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.
Kedua, mencadangkan kepada Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN) agar MN didaftarkan sebagai sebuah gabungan politik yang sah.
Kedua-dua perkara besar yang diputuskan itu pula memberi kesan kepada hubungan UMNO dengan dua parti lain.
Pertama, kepada Bersatu dan kedua, kepada Pas.
Dalam perkara pertama yang dituntut UMNO, kita tidak pula diberitahu apakah syarat-syarat baru yang diminta itu.
Mungkin antaranya adalah berkaitan pembahagian kementerian kanan tertentu yang harus diberi kepada wakil UMNO, sesuai dengan kedudukan parti itu sebagai pemegang kerusi terbanyak dalam PN.
Tidak mustahil juga ia turut melibatkan jaminan nasib pemimpin-pemimpin UMNO yang sedang berdepan kes mahkamah kerana seperti yang kita sedia maklum, semua pendakwaan itu dilakukan semasa era Tun Mahathir Mohamad dahulu.
Apa pun syarat-syarat yang diminta UMNO, ia pasti sukar untuk dipenuhi oleh Muhyiddin, kecuali jika beliau memang tidak mahu berada lebih lama sebagai Perdana Menteri.
Dalam erti kata lain, pertimbangan UMNO untuk meninggalkan PN, sambil memberi syarat-syarat baru, ia adalah suatu bentuk tekanan dan alasan untuk parti itu berpisah dengan Bersatu dan sedia menjatuhkan Muhyiddin bila-bila masa.
Setelah dibuli dalam PRN Sabah, UMNO kini jelas telah mengeluarkan taringnya untuk mereka pula mahu membuli Bersatu.
Berkaitan perkara kedua iaitu mendaftarkan MN, ini pula sebenarnya adalah satu bentuk kata dua kepada Pas.
Pas dan UMNO sebelum ini bermuafakat dalam MN, tetapi gabungan itu tidak didaftarkan secara sah dengan Pendaftar Pertubuhan atau RoS.
Kemudian, apabila Muhyiddin mengambil keputusan mendaftarkan PN, Pas mengambil keputusan setuju menyertai PN, walaupun UMNO awal-awal bertegas tidak mahu menyertainya.
Dengan menyertai PN yang diketuai Bersatu dan bermuafakat bersama UMNO dalam MN, bermakna Pas berkubang mencari ikan di dua kolam dalam waktu yang sama.
Tetapi, sesebuah parti tidak boleh berada di dalam dua gabungan pada waktu yang sama.
Ertinya, apabila UMNO mencadangkan agar MN didaftarkan secara sah, ia adalah suatu bentuk kata dua atau pilihan kepada Pas – terus bersama PN atau kembali kepada MN.
Yang nyata, dengan dua perkara besar yang diputuskan oleh Biro Politik UMNO semalam, tanpa keraguan bahawa UMNO bukan saja tiada masalah untuk meninggalkan Bersatu, malah juga bersedia kehilangan Pas jika parti itu akhirnya lebih mementingkan kedudukan serta jawatan berbanding kesetiaan.
Dalam hal ini, keberanian UMNO membuat pendirian terkait Bersatu dan Pas tentu saja harus diberikan pujian kerana ia menampakkan parti itu sudah sedia untuk bangkit dan kembali berkuasa melalui pengukuhan semula BN.(Shahbudindotcom 14/10/2020)
UNDI TIDAK PERCAYA...JAWAPAN BALAS SPEAKER
Spekaer jawab minta KU LI
berunding dengan Takiyuddin. Makna, sidang parlimen akan datang tambah panas.
KU LI JUGA DIBURUKKAN SEPERTI ANWAR
Ku Li juga diburukkan seperti Anwar
Blogers Liang Lahad
Jujur cakap ye, aku dulu masa Ku Li lawan Mahathir sekitar tahun 86 – 87, masa tu aku ada baca buku propaganda pasal Ku Li yg mana kandungan buku tersebut hanyalah memburukkan Ku Li, tunjuk kemewahan itu dan ini gambar dia pakai topi yg ada tanda salib le, banyak sekali propaganda dalam buku tu,rasanya orang lama dalam politik mesti ingat buku tu..
Masa tu mana le ada internet, sumber maklumat masa tu dari saluran media perdana je, mmg kuat le propaganda yg terpaksa Ku Li hadapi, dengan kehadiran buku propaganda tersebut, ditambah pula surat berantai yg memburukkan Ku Li mmg makan dalam pada orang² macam aku ni yg masa tu masih kecik lagi dan tak faham mainan sepak terajang orang² politik ni..
Malangnya, kesan propaganda dari buku tu beri impact yg sangat besar pada pemikiran aku terhadap Ku Li, puluhan tahun ianya beri kesan terhadap cara aku memandang Ku Li..
Apatah lagi masa tu aku berulang kali membaca buku propaganda tersebut, mmg makan dalam le jawabnya..
Seingat aku, hanya selepas PRU12 menjelang PRU 13 barulah aku agak berlapang dada menerima Ku Li selepas membaca betapa rasionalnya beliau membicarakan tentang perjanjian Petronas dengan kerajaan Malaysia..
Bayangkan, dari kecil sehingga selepas PRU12 barulah aku rasa bebas dari pandangan buruk aku terhadap Ku Li..
(Namun, bebas pandangan buruk terhadap Ku Li tidaklah menjadikan aku penyokong politik beliau, cuma cara aku memandang beliau lebih adil berbanding dulu)
Itulah juga yg sedang dihadapi Anwar kini, generasi baru kadang² tak tahu pun yg Anwar ni pernah jadi TPM dan pernah jadi Menteri Kewangan apatah lagi pernah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia..
Mereka tidak tahu..
Sedari kecil ramai dari kalangan mereka disumbatkan dengan info² yg salah mengenai Anwar..
cumanya zaman ini mereka lebih beruntung kerana zaman ini ada media sosial, mereka boleh dapatkan info alternatif yg tepat mengenai Anwar Ibrahim dari pelbagai sumber..
Tidak hanya bersumberkan media perdana sebagaimana aku dulu..
Tahun lepas, pernah seorang pemuda berusia sekitar 24 tahun membuat pengakuan di dalam satu majlis (yg aku berada di dalam majlis tersebut) bahawa beliau dulunya tidak mengenali Anwar, yg beliau tahu adalah tuduhan² ke atas Anwar, pernah kena penjara dan sebagainya..
Sedari belasan tahun beliau baca tentang Anwar ini kononnya Anwar begitu dan begini, macam tu macam ni..
Beliau kata ketika berada di IPT, beliau mula mencari siapa Anwar kerana pada waktu itu beliau berasa sangat hairan, mengapa di sebelah pihak, Anwar ini sangat dimusuhi, tetapi disebelah pihak yg lain, Anwar sangat disanjung dan disayangi..
Maka beliau cuba cari maklumat tentang siapakah Anwar ini, apa prinsipnya apa perjuangannya, beliau fikir mesti ada sebab mengapa orang menyanjungi insan yg bernama Anwar Ibrahim ini..
Kaji dan mengkaji, baca dan membaca, banding dan membandingkan, akhirnya beliau mula menjadi faham mengapa pemimpin² elit tertentu terlalu memusuhi Anwar dan mengapa pula rakyat bawahan menyanjungi Anwar..
Beliau mengakui terpesona dengan kekuatan prinsip Anwar Ibrahim ini…
Akhirnya beliau sendiri menjadi penyokong kuat Anwar Ibrahim…
Propaganda hebat , fitnah yg hebat boleh diatasi dengan fakta yg benar, asalkan ada yg sentiasa sanggup berusaha menyampaikan fakta yg benar tanpa jemu..
dan diri kita sendiri pula, rajin kan mencari fakta, baca kedua² sumber jika mahu menilai dengan adil..
Malam ni sengaja aku ceritakan tentang dua sosok ini, sebab ramai yg bercakap pasal keduanya pada hari ni..
UMNO ANCAM TARIK DIRI, PN SEMAKIN TIDAK MENENTU
Umno ancam tarik diri, PN semakin tidak menentu
Oleh: Redzuan RF8 Media
Wartawan veteran, A Kadir Jasin berkata, kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) semakin tidak menentu susulan pengumuman Umno mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan itu.
Beliau merujuk kenyataan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan selepas mesyuarat Biro Politik parti itu malam tadi yang
Umno mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong PN dan menetapkan syarat baru kepada kerajaan bagi meneruskan kerjasama politik.
Ahmad berkata, syarat baru Umno akan dikemukakan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang dijadualkan berlangsung hari ini. Namun, Ahmad tidak memperincikan pertemuan parti itu dengan presiden PPBM berkenaan.
Kadir berkata, kenyataan Ahmad itu dilihat memberi kewibawaan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang Muhyiddin sudah hilang majoritinya di Dewan Rakyat dan menjadikan kedudukan PN semakin tidak menentu.
Katanya, tindakan Umno meminta pendaftaran Muafakat Nasional (MN) sebagai parti politik disegerakan turut memberi gambaran PAS perlu membuat pendirian jelas.
“Dengan cadangan menyegerakan pendaftaran MN itu, Biro Politik Umno secara tidak langsung memberi kata dua kepada PAS, sama ada hendak terus bersama PN atau kembali kepada MN,” katanya dipetik.
Kadir berkata, keputusan itu juga dilihat akan memberi masalah kepada Umno kerana ia dibuat tanpa mendapat dan menunggu pengesahan Majlis Tertinggi parti itu.
“Boleh jadi jika dibawa kepada MT akan berlaku perbezaan pendapat kerana jelas ada sebahagian ahli MT yang ternyata menjadi penyokong kuat Muhyiddin kerana mereka ada jawatan empuk dalam kerajaan PN.”
APAKAH KU LI AKAN KERJASAMA DENGAN PT95 UTK SAILANG DSAI?
Teori Konspirasi sedang berlegar di SocMed tentang Ku Li yang mengadap YDPA selepas DSAI diterima mengadap baginda. Macam-macam Teori termasuklah yang mengatakan Ku Li dicalonkan sebagai TPM oleh DSAI tapi cuba disailang oleh PT95 lalu ditawarkan sebagai PM jika MP-MP di belakang Ku Li sanggup membuat U-turn dan tidak menyokong DSAI. Benarkah?
Saya hanya membaca Teori berkenaan dalam Whatsapp group. Tidaklah berniat untuk mengesahkan atau menolaknya kerana dalam Politik apapun boleh berlaku, tambahan pula demi kuasa.
CUMA, bagi mereka yang mungkin terlepas pandang akan dokumentari dari CNA sebulan yang lalu mengenai PT95 yang bertajuk PRIME MINISTER'S SLAYER - Mahathir's Last Fight Link video penuh : https://www.youtube.com/watch?v=hGXisHaySao cuba TUMPUKAN atas "EXCERPT" atau keratan video berkenaan pada segmen yang mana Ku Li beri pandangan beliau dan PT95 menceritakan dari sisi dia pula. Offcoz mempertahankan bahawa dia benar belaka. But that is beside the point.
Dari sini anda nilaikan sendiri, dalam isu kemungkinan berlaku perubahan kuasa sekarang ini, ADAKAH ANDA RASA Ku Li akan berpakat atau bekerjasama dengan PT95 untuk sailang DSAI walhal dia sangat kenal Org Tua itu?
Meskipun ternyata saya ada pendirian sendiri, anda nilaikan melalui yang terakam dalam video ini. Wallahualam.
- Zus Din
14 Oktober 2020
PKPB tidak akan berlaku jika kerajaan wajibkan kuarantin 14 hari dari Sabah
Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB) yang mula dilaksanakan di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya
tidak akan berlaku jika kerajaan mewajibkan kuarantin 14 hari kepada mereka
yang kembali dari Sabah, kata jurucakap Kesihatan KEADILAN, Dr Lee Boon Chye.
Beliau berkata, ini adalah
disebabkan majoriti peningkatan bilangan kes di sekitar Lembah Klang adalah
disebabkan individu yang dari Sabah sejak awal bulan September.
"Sekiranya mereka dapat
melakukan kuarantin dua minggu bagi mereka yang kembali dari Sabah sejak awal,
kita mungkin dapat menghindari PKPB sekarang," katanya seperti dilaporkan
Free Malaysia Today.
Walaupun sudah agak terlambat
untuk melaksanakan PKPB, Boon Chye berharap ia dapat mengekang wabak COVID-19
daripada terus berleluasa.
"PKPB akan dapat mengekang
penyebaran virus dan menurunkan kadar jangkitan.
"Sekiranya ia tidak
menjadi juga, ia akan menjadi satu bencana," katanya.
Boon Chye yang juga bekas
timbalan menteri kesihatan menggesa kerajaan supaya memastikan rakyat jelas dan
tidak keliru dengan prosedur operasi standard (SOP) ketika PKPB.
"Jangan umumkan langkah
baru setiap hari. Apa sahaja langkah di bawah PKPB, ia mesti dilaksanakan selama
dua minggu. Jenis aktiviti harus diseragamkan, supaya semua orang dapat
mengikuti dan memahami," katanya.
Boon Chye bagaimanapun
meluahkan kebimbangannya terhadap kekurangan tenaga kerja dalam sektor
kesihatan serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri bagi melakukan
kegiatan seperti mengesan kontak rapat, pemeriksaan dan pengujian, dan juga
untuk merawat pesakit baru COVID-19.
“Mereka kekurangan kakitangan
untuk menangani aktiviti kesihatan awam kerana terpaksa merawat begitu banyak
pesakit dalam jangka masa yang singkat, terutamanya di Sabah. Banyak hospital
merasakan tekanan.
"Di atas kertas kelihatan
baik-baik saja, tetapi kami tahu, di lapangan, kakitangan sangat tertekan. Ia
membimbangkan. "
Justeru, Boon Chye berpendapat
rancangan KKM untuk mengambil seramai 1, 899 pekerja kesihatan secara kontrak
adalah langkah pertama yang baik.
"Buat masa ini 1, 899,
tetapi saya rasa mereka merancang untuk membawa masuk 2,000 orang. Semoga 2,000
orang dapat diambil bekerja dengan segera. "
Katanya, kementerian juga harus
membuka kriteria pekerjaan untuk aktiviti kesihatan awam seperti mengesan
kontak rapat.
"Ini sebenarnya tidak
memerlukan seseorang untuk menjalani latihan kesihatan awam. Ini boleh dilakukan
oleh sesiapa sahaja.
"Kementerian boleh
memberikan latihan dan dalam waktu empat minggu mereka dapat melakukan tugas
mudah seperti mengesan kontak rapat."
Jangan terkejut jika UMNO beri sokongan kepada Anwar - Tajuddin
Wan Syamsul Amly
Oktober 14, 2020
Tajuddin menegaskan, sokongan itu juga tidak mustahil diperolehi daripada parti-parti lain seandainya mereka merasakan ketua pembangkang itu boleh memberi apa yang dimahukan. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: UMNO sedia memberi kerjasama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim jika Presiden PKR itu mempunyai formula yang boleh membahagiakan semua pihak di dalam parti itu sendiri.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan, sokongan itu juga tidak mustahil diperolehi daripada parti-parti lain seandainya mereka berpendapat Ketua Pembangkang itu boleh memberi apa yang dimahukan.
Katanya, UMNO sendiri sudah tidak berpuas hati sejak Perikatan Nasional (PN) ditubuhkan di mana mereka tidak memperoleh peluang berkhidmat kepada rakyat seperti yang diharapkan.
Ujarnya, ia sekali gus membantutkan kekuatan UMNO untuk kembali sebagai sebuah parti yang boleh memperjuangkan nasib rakyat terutamanya kaum Melayu.
"Kalau UMNO merasakan (peluang) dia dikurangkan, pihak kerajaan PN kena melihat perkara ini supaya dapat diatasi. Kalau tidak nanti masalah perhubungan ini akan menjadi lebih rumit dan orang lain akan mengambil kesempatan untuk membawa satu cadangan lain
"Umpamanya, sekarang mungkin Anwar ada formula yang boleh membahagiakan pihak yang sanggup bekerjasama dengannya, (kalau sekiranya) pihak lain, UMNO, GPS (Gabungan Parti Sabah) atau Warisan.
"Kalau parti-parti ini merasakan Anwar boleh memberi apa yang dia mahu, mungkin mereka akan tertarik untuk memberikan sokongan kepada Anwar, jangan terkejut kalau itu berlaku," katanya semasa dihubungi di sini, pada Rabu.
Pada Selasa, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu sedang membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong PN.
Tegasnya, parti itu turut memberi syarat baharu kepada kerajaan PN jika mahu meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.
Dalam pada itu jelas Tajuddin, kerjasama PN dilihat tidak boleh berkekalan sekali gus gagal bertahan untuk jangka masa panjang.
Oleh itu ujarnya, Kerajaan PN perlu mengutamakan faktor kesaksamaan selain kekuatan sama rata kepada semua parti gabungan itu sendiri dalam pentadbiran negara.
Katanya, ia sekali gus langkah mengelakkan usaha mana-mana pihak untuk melemahkan parti lain dan membina kekuatan sendiri di dalam PN.
Anwar pada Selasa turut mendakwa mempunyai sokongan lebih daripada 120 Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu menggantikan PN.
Dalam sidang media khas, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, telah menyampaikan bukti berupa surat akuan sumpah dan pengesahan ketua parti berkaitan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun, menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak menerima senarai Ahli-ahli Parlimen yang menyokong Anwar dalam majlis menghadap pada Selasa.
Al-Sultan Abdullah juga telah menasihati Anwar untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Lantik PM berdasarkan kepercayaan majoriti, bukan SD
LANTIK PM BERDASARKAN KEPERCAYAAN MAJORITI, BUKAN SD
Persoalan berbangkit yang tular di media arus perdana sejak
semalam mengenai tiadanya senarai nama atau Akuan Berkanun (SD) yang
dipersembahkan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang
di-Pertuan Agong bukanlah syarat khusus dalam Perlembagaan Persekutuan untuk
melantik Perdana Menteri (PM).
Menurut pakar undang-undang Perlembagaan Dr Aziz Bari,
Perlembagaan Persekutuan hanya menyebut calon PM hendaklah ‘mendapat
kepercayaan majoriti’ ahli-ahli Dewan Rakyat.
Katanya, tidak timbul isu Anwar tidak mengikut lunas undang-undang
atau prosidur standard perlantikan PM sebagaimana dilaporkan media.
“Kalau disebutkan bahawa prosidur dan lunas-kunas Perlembagaan itu
tidak dipatuhi, saya pun tidak jelas
“Dari apa yang kita baca dalam Perlembagaan, khususnya Perkara 43,
yang disebut ialah ‘kepercayaan majoriti’ sahaja. Tidak disebut soal bilangan
dan soal senarai nama. Inilah yang saya fikir menimbulkan banyak persoalan.
“Sebab dalam kenyataan semalam disebut supaya Datuk Seri Anwar
mengikuti lunas-lunas Perlembagaan. Jadi bila saya buka (buku Perlembagaan),
tidak ada di sini yang mengatakan lunas-lunas. Yang ada hanyalah kepercayaan
majoriti. Itu sahaja,” kata Dr Aziz dalam sesi siaran langsung Facebook, malam
tadi.
Mantan Profesor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia itu juga menolak keperluan calon PM menyatakan dengan jelas bilangan
Ahli Parlimen yang menyokong beliau, sebelum boleh dianggap layak dilantik
sebagai PM.
“Kalau nak melantik (PM maka) berdasarkan kepercayaan majoriti. PM
(semasa) yang wajib meletak jawatan pun berdasarkan kepercayaan majoriti. Tidak
ada disebut berapa bilangannya (Ahli Parlimen) kerana kita tahu (jumlah Ahli
Parlimen) berubah-ubah sejak merdeka hingga sekarang.
“Mungkin 50, mungkin 150, bergantung kepada jumlah keseluruhan
Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat.
“Soal kepercayaan majoriti itu merupakan perkara yang saya fikir
bergantung kepada keadaan, dan tidak menjadi isu sebenarnya. Dikatakan Datuk
Seri Anwar gagal mengemukakan (senarai SD). Memang tak ada keperluan (senarai)
dan bukan SOP yang diperlukan pun.
“Saya pun tidak tahu syarat yang sama dikemukakan kepada Tan Sri
Muhyiddin sewaktu beliau jadi PM kira-kira 6 bulan lepas. Adakah Muhyiddin
serahkan nama kepada Agong dan berapa bilangannya kita pun tidak tahu dan tak
dimaklumkan sampai sekarang,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Dr Aziz tidak menolak sekiranya pihak istana
memerlukan senarai nama sebagai proses memastikan seseorang calon PM
benar-benar mempunyai cukup sokongan.
Cuma, menurut Ketua Pembangkang DUN Perak itu, perkara yang tiada
dalam peruntukan Perlembagaan seharusnya dimaklumkan terlebih dahulu kepada
Anwar untuk dipersembahkan ketika mengadap Agong.
“Benda ini sekurang-kurangnya dimaklum lebih awal. Pegawai istana
hubungi Anwar minta bawa senarai yang kamu kata sokong kamu. Kalau nak lebih
tegas, bawa SD dan sebagainya.
“Sekarang sudah macam-macam cara kita nak menentukan apa yang
dipanggil kepercayaan majoriti. Kalau di Perak 2009, Sultan Azlan Shah panggil
seorang demi seorang. Dengar dari mulut sendiri, betulkah mereka sokong calon
MB pada waktu itu.
“Jadi ini gaya baru. Kalau kita imbas apa yang diamalkan sejak
merdeka, tak ada benda ini,” katanya lagi.
Semalam, laporan media membayangkan seolah-olah mustahil PM
dilantik tanpa SD dipersembahkan terlebih dahulu dan usaha Anwar mengadap Agong
adalah langkah yang tidak mengikut Perlembagaan kerana tidak menyertakan jumlah
Ahli Parlimen tertentu tanpa menyebut peruntukan khusus dalam Perlembagaan
Persekutuan yang mewajibkan syarat sedemikian.
Subscribe to:
Posts (Atom)