Ku Li juga diburukkan seperti Anwar
Blogers Liang Lahad
Jujur cakap ye, aku dulu masa Ku Li lawan Mahathir sekitar tahun 86 – 87, masa tu aku ada baca buku propaganda pasal Ku Li yg mana kandungan buku tersebut hanyalah memburukkan Ku Li, tunjuk kemewahan itu dan ini gambar dia pakai topi yg ada tanda salib le, banyak sekali propaganda dalam buku tu,rasanya orang lama dalam politik mesti ingat buku tu..
Masa tu mana le ada internet, sumber maklumat masa tu dari saluran media perdana je, mmg kuat le propaganda yg terpaksa Ku Li hadapi, dengan kehadiran buku propaganda tersebut, ditambah pula surat berantai yg memburukkan Ku Li mmg makan dalam pada orang² macam aku ni yg masa tu masih kecik lagi dan tak faham mainan sepak terajang orang² politik ni..
Malangnya, kesan propaganda dari buku tu beri impact yg sangat besar pada pemikiran aku terhadap Ku Li, puluhan tahun ianya beri kesan terhadap cara aku memandang Ku Li..
Apatah lagi masa tu aku berulang kali membaca buku propaganda tersebut, mmg makan dalam le jawabnya..
Seingat aku, hanya selepas PRU12 menjelang PRU 13 barulah aku agak berlapang dada menerima Ku Li selepas membaca betapa rasionalnya beliau membicarakan tentang perjanjian Petronas dengan kerajaan Malaysia..
Bayangkan, dari kecil sehingga selepas PRU12 barulah aku rasa bebas dari pandangan buruk aku terhadap Ku Li..
(Namun, bebas pandangan buruk terhadap Ku Li tidaklah menjadikan aku penyokong politik beliau, cuma cara aku memandang beliau lebih adil berbanding dulu)
Itulah juga yg sedang dihadapi Anwar kini, generasi baru kadang² tak tahu pun yg Anwar ni pernah jadi TPM dan pernah jadi Menteri Kewangan apatah lagi pernah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia..
Mereka tidak tahu..
Sedari kecil ramai dari kalangan mereka disumbatkan dengan info² yg salah mengenai Anwar..
cumanya zaman ini mereka lebih beruntung kerana zaman ini ada media sosial, mereka boleh dapatkan info alternatif yg tepat mengenai Anwar Ibrahim dari pelbagai sumber..
Tidak hanya bersumberkan media perdana sebagaimana aku dulu..
Tahun lepas, pernah seorang pemuda berusia sekitar 24 tahun membuat pengakuan di dalam satu majlis (yg aku berada di dalam majlis tersebut) bahawa beliau dulunya tidak mengenali Anwar, yg beliau tahu adalah tuduhan² ke atas Anwar, pernah kena penjara dan sebagainya..
Sedari belasan tahun beliau baca tentang Anwar ini kononnya Anwar begitu dan begini, macam tu macam ni..
Beliau kata ketika berada di IPT, beliau mula mencari siapa Anwar kerana pada waktu itu beliau berasa sangat hairan, mengapa di sebelah pihak, Anwar ini sangat dimusuhi, tetapi disebelah pihak yg lain, Anwar sangat disanjung dan disayangi..
Maka beliau cuba cari maklumat tentang siapakah Anwar ini, apa prinsipnya apa perjuangannya, beliau fikir mesti ada sebab mengapa orang menyanjungi insan yg bernama Anwar Ibrahim ini..
Kaji dan mengkaji, baca dan membaca, banding dan membandingkan, akhirnya beliau mula menjadi faham mengapa pemimpin² elit tertentu terlalu memusuhi Anwar dan mengapa pula rakyat bawahan menyanjungi Anwar..
Beliau mengakui terpesona dengan kekuatan prinsip Anwar Ibrahim ini…
Akhirnya beliau sendiri menjadi penyokong kuat Anwar Ibrahim…
Propaganda hebat , fitnah yg hebat boleh diatasi dengan fakta yg benar, asalkan ada yg sentiasa sanggup berusaha menyampaikan fakta yg benar tanpa jemu..
dan diri kita sendiri pula, rajin kan mencari fakta, baca kedua² sumber jika mahu menilai dengan adil..
Malam ni sengaja aku ceritakan tentang dua sosok ini, sebab ramai yg bercakap pasal keduanya pada hari ni..