MT: Peranan Marcos rampas Sabah (LM)

Marhaintua mengungkap sejarah permasalahan di Sabah:

Peranan mendiang Ferdinand Marcos Merampas Sabah daripada Malaysia

Dengan tewasnya Diosdado Macapagal dalam pertandingan kerusi Presiden Filipina, lantas melonjak naik nama Ferdinand Marcos sebagai pemimpin Filipina yang baru.

Kerajaan Malaysia yang amat tertekan dengan sikap Presiden Macapagal yang mencetuskan isu tuntutan Sabah oleh Sultan Sulu, merasa lega dengan pelantikan Marcos, kerana memikirkan beliau akan bangun memajukan negaranya sendiri seperti yang dilaungkan olehnya sebelum itu. 

Artikel panjang oleh Marhaintua di:  MT: Peranan Marcos rampas Sabah

PENDEDAHAN MUSA HASSAN TELAH LAMA BERLAKU


.
.



Kenyataan palsu dalam afidavit Najib


PM Najib telah mengikrarkan dua afidavit, iaitu pada 21 dan 23 September 2011, bagi menyokong permohonan beliau untuk mengenepikan sepina, yang mengehendaki beliau memberi keterangan dalam perbicaraan kes Sodomi II. Isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor juga mengikrarkan affidavit berasingan pada 21 September 2011 dalam permohonan yang sama.

Pada bulan November 2011, saya telah menyampaikan maklumat bertulis kepada KPN dan Menteri Dalam Negeri, berkaitan penegasan mustahak yang diikrarkan oleh PM Najib, yang boleh dibuktikan sebagai tidak benar atau palsu.

Setakat yang saya ketahui, dalam perkara pembikinan afidavit palsu yang dikemukakan dalam sesuatu perbicaraan, adalah tanggungjawab pegawai penyiasat kes atau Timbalan Pendakwa Raya, untuk membuat laporan polis supaya dakwaan tersebut disiasat berasingan. Ianya bukan tanggungjawab tertuduh atau peguambela tertuduh membuat laporan tersebut.

Kesalahan membuat affidavit palsu atau memberi keterangan palsu, adalah kesalahan yang tergolong sebagai kesalahan terhadap Keadilan Awam (Public Justice) dan bukan kesalahan terhadap seseorang individu. Malangnya setakat yang diketahui, tidak ada sebarang siasatan yang dilakukan ke atas perkara ini, mungkin kerana kes ini melibatkan Perdana Menteri.

Saya menegaskan di sini bahawa bukan sahaja PM Najib tidak akan dapat memberi penjelasan berkaitan kenyataan palsu yang beliau telah ikrarkan dalam afidavit tersebut, malahan beliau akan menghadapi masaalah untuk menjelaskan berkaitan kekalutan mengenai nama beliau sendiri.

Ketika mengangkat sumpah jawatan sebagai PM keenam pada April 2009, dengan nama Allah, beliau malafazkan nama beliau sebagai Muhammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Semasa mengikrarkan afidavit pada September 2011 beliau menegaskan nama beliau sebagai Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan menggugurkan nama Muhammad dari nama beliau. Sementara ketika menandatangani Ikrar Integriti PRU-13 pada Februari 2013 pula, beliau memberikan nama beliau sebagai Najib Razak sahaja, dengan menggugurkan nama “Muhammad” dari nama beliau dan nama “Abdul” dari nama Allahyarham bapa beliau.

Jika nama sendiri, sama ada terdapat nama Muhammad atau pun tidak, Perdana Menteri boleh keliru, apatah lagi dengan perkara lain. Apa pula nama yang beliau lafazkan ketika mengangkat sumpah di-masjid Guar Perahu? Wallahua’lam.

Apa pun PM Najib tidak boleh menafikan yang beliau mengikrarkan afidavit-afidavit tersebut sedemikian rupa, di atas kerelaan dan kehendak beliau sendiri. Beliau tidak boleh menyalahkan orang lain sekalipun peguam dan penasihat beliau.

PM Najib juga wajar sedar, bahawa kekeliruan berkaitan nama beliau yang sebenar dan kekalutan beliau melafazkan sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia sebagai PM Malaysia ke-6, boleh menyebabkan kesahan (legitimacy) beliau sebagai perdana menteri dicabar, sekiranya peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dipatuhi sepenuhnya.












Pendedahan Musa Hassan
Dakwaan terhadap Musa Hassan dan Gani Patail kerana telah memalsukan keterangan DNA dan lain lain pemalsuan melibatkan kes salahguna kuasa dan liwat terhadap Anwar Ibrahim, serta dalam penyiasatan insiden mata lebam telah dibuat menerusi pelbagai saluran sejak 1998 lagi.

Namun begitu, Musa Hassan dan Gani Patail serta kerajaan, telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut, walaupun rekod mahkamah dan Suruhanjaya Diraja Siasatan, menunjukkan dakwaan tersebut adalah berasas dan boleh dibuktikan sebagai benar.

Bagaimanapun pada 31 Mei 2012 secara tiba-tiba Musa Hassan sendiri, ketika diwawancara oleh pemberita Malaysiakini, akhirnya telah mengaku bahawa memang betul beliau ada mengambil contoh darah Anwar (dari simpanan pihak Hospital Kuala Lumpur) untuk ujian DNA di atas tilam masyhur yang kontroversi itu.

Pengakuan Musa Hassan yang dibuat hampir 14 tahun kemudian itu, telah membuktikan dua perkara yang sangat penting. Pertama, keterangan DNA Anwar yang dikatakan terdapat di atas tilam masyhur tersebut adalah palsu dan diperolehi menerusi jalan fraud, penipuan dan menyalahi undang-undang.

Kedua, afidavit Musa Hassan yang diikrarkan pada 2 September 1998 dan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes jenayah No:45-40-1998, menyatakan beliau telah memperolehi laporan forensik pada ketika itu, adalah palsu memandangkan tindakan Musa 'mencuri' contoh darah tersebut dari HKL ialah pada 15 Oktober 1998.

Mengenai peranan Musa Hassan dan Gani Patail dalam merekacipta keterangan DNA di atas tilam tersebut, telah saya jelaskan secara terperinci menerusi surat terhad saya bertarikh 27 Disember 2010 dialamatkan kepada KPN dengan salinannya kepada Perdana Menteri dan Peguam Cara Negara yang kesemuanya telah mengesahkan penerimaannya.


Persoalannya ialah mengapa polis tidak memanggil Musa Hassan untuk siasatan lanjut setelah beliau membuat pendedahan terbuka pada 31 Mei 2012 itu? Beliau bukan sahaja pegawai penyiasat kes salahguna kuasa, malah beliau merupakan penyelia penyiasatan semua kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim. Di samping itu, Musa telah turut memberi keterangan di Mahkamah Tinggi bersabit dengan kes kes tersebut sementara Gani Pula pula bertindak sebagai ketua pendakwa.



Adakah polis mengelak daripada menyiasat semula terhadap pendedahan Musa Hassan sedemikian itu disebabkan kebimbangan hasil siasatannya kelak, akan membongkar dan mengaitkan penglibatan pemimpin-pemimpin politik tertentu pada ketika itu? Terserah kepada KPN untuk menjelaskannya kepada seluruh rakyat. Mereka berhak mengetahui.






KPN akui PR kemungkinan besar tawan Putrajaya – Dr Manuty

KPN akui PR kemungkinan besar tawan Putrajaya – Dr Manuty

(Oleh: Ruqayya Rahman)
PERAK 12 Mac: Ketua Polis Negara sendiri akui Pakatan Rakyat ada kemungkinan besar tawan Putrajaya,  dedah Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Prof Madya Dr Muhammad Nur Manuty.

Manuty mendedahkan maklumat tersebut dalam ceramahnya ketika sesi Jelajah Merdeka Rakyat di Lumut, Perak kelmarin.
Katanya, Tan Sri Ismail Omar yang memegang jawatan Ketua Polis Negara sejak 2010, secara terbuka mengakui keupayaan Pakatan Rakyat menawan putrajaya.

Kenyataan Ismail itu dipetik dari ucapannya dalam Kursus Tarbiah di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) di hadapan 200 orang profesor senior kira-kira tiga minggu lalu.
“Kursus Tarbiah itu turut dihadiri Tun Mahathir, dia (Ismail) beritahu, Pakatan Rakyat ada potensi besar ke Putrajaya dan keadaan akan jadi huru hara.

“Beliau terlupa, bila kita (PR) kata kita nak tawan putrajaya, kita dah sediakan persediaan rapi, kita ada empat orang general terlatih sebagai penasihat keselamatan kita
“Isu huru-hara hanya dicipta untuk takutkan rakyat, tapi tak apalah, yang penting ketua polis sendiri akui kita mampu tawan putrajaya,” Katanya.

Kenyataan beliau dikuatkan lagi dengan kenyataan Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid yang turut mendedahkan persiapan rapi telah di lakukan oleh tentera untuk menghadapi perubahan kerajaan.
“Pelan perancangan strategik telah dirancang oleh pihak polis. Kalau Anwar jadi Perdana Menteri, macam mana polis nak bawa dia (Anwar) ke Istana Negara untuk angkat sumpah, itu pun sudah ditunjukkan pada saya,” katanya.

Ceramah yang turut dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Sri Anwar Ibrahim turut menyaksikan pemimpin rakyat itu berjalan di bawah sinaran cahaya lampu suluh untuk naik ke pentas.

Walaupun terpaksa bergelap, semua penyokong tetap bersama kontinjen Jelajah Merdeka Rakyat di Perak sehingga berakhir jam 2 pagi.


HUJAH ORANG YANG TAK BANYAK MEMBACA

Dalam hal ini aku buat kesimpulan bahawa mereka ini tidak membaca. Tak banyak membaca dan tidak tahu erti apa itu Demokrasi....lawak pulak rakyat dengar.Tengok..tengok tak tau  berbahasa Inggeris.



POLIS CARI SUDARA KIRAM 3 DI SABAH

MANILA, Filipina - Seorang saudara terdekat Sulu Sultan Jamalul Kiram III telah ditangkap oleh polis Malaysia, laman web berita dalam talian Malaysia telah melaporkan.

Laporan The Star Online berkata bahawa polis Malaysia masih belum mengenal pasti saudara Sultan Sulu yang ditangkap tersebut.

Pasukan Malaysia terus memburu ahli keluarga Kiram, terutamanya Raja Muda Agbimuddin Kiram, yang tiba dengan lebih daripada 200 anggota tentera Kesultanan di Lahad Datu Februari lalu 11.

Agbimuddin adalah adik sultan Sulu, yang tinggal di Kampung Maharlika City Taguig.

Laporan itu berkata bahawa selain daripada Agbimuddin, Jamalul mempunyai satu lagi saudara yang tinggal di Lahad Datu dan baru-baru ini berpindah ke Semporna.

Ia menambah bahawa abang kedua Jamalul telah terlibat dalam rundingan awal antara puak mereka dan kerajaan Malaysia dan telah hilang sejak itu

" Adalah tidak diketahui jika dia adalah satu-satunya  yang ditahan sebagai keluarga Kiram, yang mana  mempunyai saudara-marayang  ramai yang tinggal di beberapa bahagian di Sabah," kata laporan itu, sambil menambah bahawa polis Malaysia juga mencari seorang sepupu tiga saudara Kiram.

Laporan itu berkata bahawa polis Malaysia sedang mencari untuk sekurang-kurangnya 20 personaliti utama yang dikaitkan dengan Kesultanan Sulu.

Laporan awal berkata bahawa lebih daripada 30 penyokong kesultanan telah ditangkap dalam operasi berterusan polis Malaysia di Sabah.

Polis Malaysia juga telah melaporkan bahawa lebih daripada 60 penyokong kesultanan telah dibunuh oleh komando yang semasa operasi lalu.



P/S:

Bila baca cerita ni barulah disedari bahawa sedara mara Kiram ni ramai di Sabah.Dah jadi rakyat Sabah dan dah ada IC dan rakyat Malaysia.Jadinya kes ini macam la berperang dengan rakyat sendiri sebab ramai sedara mara Kiram tu ada di Sabah dan menetap disitu.

Kemudian selepas jumpa semuanya..... rasanya semua orang dah dapat agak...Anwar lagi..Anwar lagi....ha..ha..ha...