TERBAIK DR ZALEHA NI


 

KEH. KEH.. KEH... AKIBAT SALAH CAKAP...


 

NI LAGI LAMA MEMERINTAH


 

AIIKKK.. DAH BAGI DAH RITU...


 

AKIBAT SAINGAN DARI HARGA TAYAR YANG LEBIH MURAH



 Owh… Ingatkan Malaysia je…




SAPA PELINGKUP NI.

 

Jamzuri Ardani


Ini lapuran audit tahun 2022. Masa ni negara ditadbir oleh parti janawibawa ... 😅😅😅




SYARIKAT ANAK MAHATHIR DISIASAT


 

TU DIA AIHH.


 

NOH... PUJAAN HATIKU....




SEJAK MUDA DOK SEMBANG KARI....


 Sejak muda lagi… Orang lain buat serba tak betul… Masa ni kurang lagi sebut nama binatang…




HIPOKRIT PN




 Nampak tak 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗮𝘀𝗶 puak PN ni? Tak ingat masa konsert 𝗖𝗼𝗹𝗱𝗽𝗹𝗮𝘆 dulu macamana dorang main isu? Siap fitnah Coldplay 𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗺𝗲𝘀𝗲𝗷 𝗱𝗮𝗷𝗷𝗮𝗹 lagi padahal orang tu buat bahasa isyarat.


Terbaru, konsert 𝗘𝗱 𝗦𝗵𝗲𝗲𝗿𝗮𝗻 pun sama juga. Mereka mainkan isu dan menuduh PMX liberal. Bermacam tohmahan dilemparkan terhadap 𝗣𝗠𝗫 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 disebabkan konsert tu.


Hari ni, pemimpin PN juga bising bila negara terlepas peluang menganjurkan 𝗸𝗼𝗻𝘀𝗲𝗿𝘁 𝗧𝗮𝘆𝗹𝗼𝗿 𝗦𝘄𝗶𝗳𝘁. Ungkit tentang keuntungan pula. Apa benda ni? Apa PN nak sebenarnya? Serba tak kena.


Bila dia bantah penganjuran konsert, dia ingat berita tu tak sampai ke 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮? Para artis tahu jika kehadiran mereka dialukan atau tidak. Bukan artis tu je bahkan artis lain juga.


Takkan 𝘵𝘦𝘢𝘮 𝘛𝘢𝘺𝘭𝘰𝘳 𝘚𝘸𝘪𝘧𝘵 tak dengar cerita apa yang terjadi pada konsert Coldplay dan Ed Sheeran? Ingat minah tu nak rosakkan reputasi datang ke Malaysia dan 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗲𝗺𝗶𝗸?


Inilah kebodohan PN. Sebab itu negara jadi kucar kacir di bawah pemerintahan PN. Sebab mereka 𝘤𝘭𝘶𝘦𝘭𝘦𝘴𝘴. Tapi bila jadi pembangkang, habis semua perkara 𝗻𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻. Nampak sangat dungunya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


CIUM HAJARUL ASWAD WAJIB?

Kenyataan Hj Hadi skim KWSP tidak Islamik mengelirukan - Nik Nazmi


 

Kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, demikian menurut Naib Presiden KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.



Beliau berkata dakwaan Ahli Parlimen Marang itu kononnya Kerajaan Persekutuan akan mengurang atau menghentikan skim pencen dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat semalam tidak tepat kerana cadangan untuk menyemak semula saraan kakitangan kerajaan tidak menyentuh penjawat awam sedia ada.



"Hakikatnya, cadangan kerajaan adalah untuk menyemak semula saraan semua penjawat awam sedia ada dan mengkaji opsyen pengambilan penjawat awam baharu dengan kaedah persaraan baharu seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggantikan skim pencen sedia ada.



"Sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama, Abdul Hadi tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang tidak memberi gambaran sebenar terhadap cadangan Kerajaan Persekutuan," katanya menerusi kenyataan.



Dalam perkembangan sama, Nik Nazmi mendakwa Hj Hadi cuba memberi gambaran keliru bahawa caruman KWSP adalah tidak Islamik sedangkan dana persaraan itu turut memiliki pilihan simpanan syariah.



"Pilihan simpanan syariah diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip syariah. Untuk memastikan prinsip syariah dipatuhi, suatu rangka kerja tadbir urus syariah diwujudkan untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi simpanan pencarum," katanya.



Nik Nazmi yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Kelantan dan Terengganu berkata, cadangan menggantikan sistem pencen dengan caruman KWSP juga pernah diumumkan oleh agensi kerajaan Kelantan iaitu Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada 2022 yang dinamakan Skim Jawatan Tetap Bercarum.



"Mengapa semasa YIK mengumumkan cadangan ini tiada bantahan daripada Pas kalau hendak dikatakan KWSP tidak Islamik atau tidak mengikut ajaran Rasulullah SAW," katanya.



Nik Nazmi berkata Pas seharusnya memiliki tanggungjawab moral untuk memastikan kebajikan guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) milik parti itu yang ditubuhkan sejak lebih 30 tahun lepas terjaga, mengambil kira dakwaan guru terlibat tidak memiliki pelan persaraan termasuk KWSP selain dibayar di bawah paras gaji minimum RM1,500.

 

Dewan kecoh MP PAS bangkit isu PM bukan Melayu



Dewan Rakyat kecoh hari ini apabila seorang wakil pembangkang membangkitkan isu orang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri ketika membahaskan usul junjung kasih kepada titah Diraja. Ucapan Takiyuddin Hasan (PN-Kota Bharu) terganggu beberapa kali apabila beberapa wakil rakyat DAP bangun membantah. Bagaimanapun, RSN Rayer (PH-Jelutong) bangun dan mempertahankan bahawa kenyataan bekas Pengerusi DAP itu berasas di segi undang-undang.



MAAQOB SINTOK NI DULU BUAT APA [parlimen] MP PAS ULANGI FITNAH SAMA SEPERTI SAIPOOL! PATUT USUL X DITA...

NAK KONSERT JUGA NAK JUGA.. YA AMPUSALAM..


 

Anwar seru pemimpin ASEAN, Australia sokong gencatan senjata di Gaza


6 Mac 2024 


Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pemimpin ASEAN dan Australia agar dapat menyokong resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Disember lalu yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan berkekalan di Gaza, Palestin. 


Perdana Menteri membuat gesaan itu ketika menyentuh situasi getir di Gaza sebelum Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Melbourne hari ini.


"Kita harus mendesak agar permintaan ini direalisasikan dengan segera dan kekal," katanya pada sesi pemukiman sidang kemuncak itu.


Anwar berkata, hari demi hari situasi di Gaza terus bertambah buruk dan sehingga kini telah mengorbankan lebih 30,000 orang awam Palestian termasuk lebih 12,000 kanak-kanak manakala bayi yang tidak berdosa mati akibat kebuluran. 


"Oleh itu, gencatan senjata segera dan kekal adalah sangat mendesak," katanya.


Selain itu, Anwar berkata penyaluran bantuan kemanusiaan yang selamat, cepat dan tanpa halangan kepada orang awam di seluruh Gaza perlu dibenarkan untuk diteruskan.


"Malaysia menggesa komuniti antarabangsa mengambil tindakan lebih berani untuk memaksa Israel agar mematuhi langkah sementara yang dikeluarkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Januari lalu dan menyeru semua pihak untuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza," katanya.


Perdana Menteri berkata, Malaysia juga menyeru negara-negara tidak mensensasikan hasil siasatan terhadap dakwaan baru-baru ini melibatkan beberapa petugas Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA). 


Selain itu katanya pertubuhan dunia itu perlu mempertimbangkan semula hukuman kolektif yang diputuskan dan merayu sokongan kewangan mereka kepada UNRWA dikembalikan semula, katanya.


Anwar berkata secara kolektif, ASEAN dan Australia boleh memainkan peranan konstruktif dalam masyarakat antarabangsa ke arah mencari penyelesaian secara aman dan berpanjangan dalam konflik itu.


"Sebagai negara yang bertanggungjawab, kita terikat dengan Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa untuk menegakkan prinsip asas keadilan," ujarnya.

https://www.suarakeadilan.my/post/anwar-seru-pemimpin-asean-australia-sokong-gencatan-senjata-di-gaza




KOMENTAR


MSO





 Pagi ini saya dan Sdr Shahbudin Husin diundang untuk makan pagi bersama beberapa rakan terdiri bekas pegawai tinggi kerajaan. Sambil makan membicarakan segala hal negara termasuk menilai performance kerajaan hari ini. 


Saya dan Shahbudin yang dikira dapat memberi pandangan telus tentang beberapa isu sebagai penulis, dan dianggap ada pelbagai maklumat. Sebenarnya kami sedia datang untuk mendapat apa² komentar mereka sebagai bekas penjawat awam tentang kerajaan hari ini dan juga penilaian mereka terhadap Perdana Menteri ke 10.


Selepas setaruk, setaruk isu yang dibuallah dari mengkritik sesetengah tindakan karajaan dan Anwar kepada pujian dan kekaguman yang ditunjukan oleh PM itu.


Misalnya seorang perserta jemputan melepaskan kekecewaannya kepada cara Mahiaddin Yassin berpolitik. Beliau kesal apabila Mahiaddin menolak cadangan Yang diPertuan Agong agar diwujudkan kerajaan Pepaduan. 

Beliau yang juga bekas pimpinan Umno bahagian menyifatkan penolakan Mahiaddin itu suatu kebodohan. Beliau meletakkan kecelaruan politik Melayu kini kerana tidak bijaksananya Mahiaddin membuat tindakan dan keputusan.


Ahli jemputan lain pula lebih bersikap terbuka dan mengharapkan Anwar dapat melakukan reform ke atas kerajaannya dengan lebih objektif lagi.


Perjumpaan pagi ini boleh dirumuskan bekas penjawat tinggi kerajaan menaruh harapan perubahan pentadbiaran negara dibawah Anwar lebih baik. 


Sehubungan itu mereka sepakat, semua pihak perlu bekerjasama dengan kerajaan dan menggunakan apa juga kemahiran yang ada. Jelas beberapa reform dilakukan Anwar menarik perhatian rakyat. Trims.



KEH..KEH..KEH.....LUPA DAH LA TU


 

PMX DAH LAKSANAKAN TUNTUTAN PAS

 


BERTEMU DIASPORA MALAYSIA DI MELBOURNE












 Tidak lengkap jika kunjungan saya ke Melbourne ini andai tidak menemui diaspora Malaysia sambil menyampaikan amanat dan hasrat kerajaan kepada mereka yang berada di luar negara.


Hatta, saya maklumkan hadirin, rakyat Malaysia mesti berani membawa perubahan, dengan meninggalkan budaya lama dari segi tugasan harian mahu pun amanah kepada negara dalam membina masa hadapan yang lebih baik.


Keberanian dituntut dengan anjakan atau perubahan tanpa menganggu-gugat keberagaman budaya dan agama masing-masing.


#MalaysiaMADANI



DI SENARAIKAN DIBAWAH... KEH.. KEH.. KEH..



 D senaraikan pembangunan, pembaharuan yang d bawa oleh Al Fadhil Tuan Guru Dr Dato Tan Sri ustaz Hj. Hadi Awang semasa menjadi Duta Khas Malaysia.


1 .......

2........

3........

4........

........

........

........

........

........

........

.........

.

.

.

.

.


9999. Hapuskan tol RM0.50 di Jambatan Sultan Mahmud


Sekiang



BARANG SST 0%


Jamzuri Ardani


 Barang-barang yang cukai SSTnya ialah 0%



PULAK DAH....

 

Che Ibrahim


Pencen... Kali pertama ambo dengar pejuang Islam pertahan warisan penjajah... Alhamdulillah

Bila mereka buat undang undang utk tangkap rakyatnya yang beramal dengan riba, mereka berhujah kerana nak tegakkan syariah Islam.

Bila kita tanya pasal apa tak tutup saja operasi bank riba, jangan beri mereka lesen premis untuk menduduki mana mana bangunan, mereka mereka jawab nak jaga hak orang bukan Islam.


Tapi bila orang bukan Islam nak perkenalkan kampung warisan mereka, Bak Ku Teh sebagai makanan warisan negara, mereka bantah pula....




Terus siasat, dakwa walaupun setelah minta ampun





Terus siasat, dakwa walaupun setelah minta ampun

Mac 6, 2024 


Bukan sekali dua kita menyaksikan insiden pemimpin parti politik mengeluarkan kenyataan melampaui batas, termasuk terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Sultan, tetapi kemudian menarik balik dan memohon ampun. Mereka seolah-olah tidak memahami peribahasa 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya' biarpun sudah sebati dalam adat bangsa dan adab agama.


Terbaharu, Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengutuskan warkah Menjunjung Kasih kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas mengeluarkan kenyataan ditujukan kepada alim ulama, peguam, hakim, Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Raja-Raja Melayu. Baginda menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan Abdul Hadi itu yang turut disiasat polis berhubung tulisannya, 'Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan'.


*Di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengakui kekhilafan kenyataannya pada minggu lalu mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalahguna kuasa dan memohon maaf jika kenyataan dikeluarkannya menyentuh Yang di-Pertuan Agong. Susulan kenyataan itu, Wan Saiful terlepas daripada usul menggantung kehadiran Sidang Dewan Rakyat apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik balik, sebelum dipersetujui Speaker, Tan Sri Johari Abdul.*


Walaupun tiada manusia tidak melakukan kesalahan, kita mengingatkan ahli politik, termasuk Ahli Parlimen sepatutnya menunjukkan teladan, terutama dalam adab dan etika dengan Yang di-Pertuan Agong serta Sultan. Bukankah semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara perlu mengangkat sumpah termasuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya dengan institusi diraja termaktub secara jelas?


Hakikatnya, ahli politik terutama pemimpin parti tidak boleh menjatuhkan kedudukan mereka setaraf orang biasa seperti pempengaruh mudah-mudah memuat naik kandungan media sosial melampaui batas, tetapi kemudian meminta maaf. Mereka sepatutnya menunjukkan adab, etika dan integriti lebih tinggi daripada masyarakat umum termasuk kepada pemimpin bawahan dan ahli parti pada peringkat akar umbi kerana kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari.


Justeru, kita meminta Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menelaah tulisan pakar Perlembagaan, Prof Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain tersiar di Muka 10 hari ini menjelaskan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sama sekali berlainan dengan konsep Westminster di United Kingdom (UK). Jika ada perbezaan pandangan sekalipun, ia perlu disampaikan kepada baginda secara beradab kerana digariskan dalam Perlembagaan melalui amalan adat bangsa.


Di sebalik permohonan maaf itu, kita meminta polis meneruskan siasatan seperti dilakukan kepada Menteri Besar Kedah sebelum ini yang walaupun meminta ampun, perlu berdepan dengan implikasi undang-undang. Ini kerana penyiasatan dan pendakwaan jika ada kes perlu dijalankan bukan sahaja set keadilan sama perlu dikenakan kepada semua tanpa mengira sama ada pemimpin politik mahupun orang biasa, bahkan sebagai pengajaran supaya tidak mengeluarkan kenyataan melampaui batas terutama kepada institusi diraja.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1220080/terus-siasat-dakwa-walaupun-setelah-minta-ampun



PULAK DAH. BURUNG TIONG PULAK.

 




Dah 𝗯𝘂𝗿𝘂𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗼𝗻𝗴 pulak dah. Kenapa tiong? Sebab dia kata, pandai cakap tapi tak tahu makna. Hm... Hampir habis dah semua haiwan dijadikan contoh ni.


Tapi betul ke Madani 𝗰𝘂𝗺𝗮 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽 je? Bagi orang yang buta hati, mungkinlah. Tapi orang yang membuat penilaian dengan jujur, pasti boleh nampak.


Dah banyak perubahan yang kerajaan lakukan. Banyak inisiatif diterbitkan untuk 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 mengukuh, 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗿𝗮𝗻 mengurang, 𝗶𝗻𝗳𝗹𝗮𝘀𝗶  turun dan 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗮𝘀𝗮𝘀 mulai stabil.


Tapi yang ditekankan cuma 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁 sedangkan itu berpunca dari 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗼𝗿 luaran. Tapi begitulah bila dah tak ada isu. Pakai je la mana yang dia boleh capai.


Kalau dia nak kata burung tiong pun, katalah. Tapi, baik lagi burung tiong daripada 𝘂𝗹𝗮𝗿. Sebab ular ni, bukan saja lidah bercabang, kuat belit dan 𝗽𝗮𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗶𝘀𝗮.


Contoh macam isu PTPTN. Yang 𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶 𝗻𝗮𝗸 𝗵𝗮𝗽𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 dulu tu PAS. Lebih spesifik lagi, Tuan Ibharim. Tapi dia bising PH pulak tak hapuskan PTPTN. Kan kelakar tu?


Begitu juga dengan 𝗥𝗨𝗨355. Yang sibuk dulu sampai berhimpun di 𝗣𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗿𝗯𝗼𝗸 tu PAS. Tiba-tiba hari ni Fawwaz boleh nak sindir PH. 𝗧𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗿 𝗱𝗶𝗿𝗶.


Dan lagi dia punya belit, 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗣𝗠𝗫 𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵, sekali bila kata nak kena gantung, lekas minta maaf. Tau takut 6 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗲𝗹𝗮𝘂𝗻.


Hadi nak kata Madani burung tiong? Tak ada masalah. Sebab rakyat nampak 𝗣𝗔𝗦 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗡 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘂𝗹𝗮𝗿. Masalahnya di sini, Hadi dan pemimpin PAS yang lain 𝘁𝗮𝗸 𝗿𝗲𝘁𝗶 𝗻𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗼𝗸 𝗰𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



PANDAI BETUL PULAS ISU


 Mukhlis Eddie


Alahai Pak Braheng minta mansuhkan Tol Gombak ...tapi gang dia juga yang sign kontrak lanjutkan tempoh konsuse dengan ANIH pada Nov 2022.



Memang aneh aneh  perangai penunggang agama ni ..


JEMIN. KO LAGI PENGKHIANAT


Ko Jemin lagi bapak pengkhianat.  Jemin  sanggup khianat parti dan jatuhkan kerajaan PH/mandat rakyat.  Adun Selat Kelang tak keluar parti, dia cuma sokong MB Selagor je.  Dia tak jatuhkan mana-mana kerajaan pun. Allah balas pengkhianatan ko Jemin dan Bersatu.




TENTANG DEEP STATE

 Menitik Malam.

TENTANG DEEP STATE

MSO


Cerita deep state atau daulah tersembunyi masih terus berlaku dan mengodak kerajaan Madani. Ia bukan cerita untuk memburukkan keadaan atau pun suatu psywar kepada kerajaan. Tetapi ia benar-benar berlaku. Realiti.


Soalnya apakah pihak kerajaan, seperti menteri dan timbalan menteri ataupun pengerusi GLC dan sebagainya, tahu ataupun terpedaya dengan cerita deep state ini? Pertanyaan juga buat perdana menteri sendiri.


Hakikatnya ia wujud dan sedang menerawang. Siapa gerangan pelakunya, sudah pasti mereka yang berada di barisan hadapan dalam urusan kerajaan, pelaksana dasar dan polisi kerajaan. Ringkas kata, ia dalam kalangan segelintir pegawai tinggi kerajaan yang mempunyai sentimental velue dengan kerajaan sebelum ini.


Saya percaya kerajaan tahu hal ini, cuma enggan menghebuhkan untuk menjaga situasi agar tidak kalut. Sikap sebegitu tidak baik, ia seperti ibu ayam yang diam mengeram telor, dimana lama-lama telor itu akan tetas nanti. Mendiamkan keadaan sebegitu sesuatu yang merbahaya. Daulah tersembunyi akan terzahir kelak.


Baik saya bongkar satu kejadian disebuah kementerian, bagaimana pegawai kerajaan secara berani menggunakan peraturan sedia ada untuk terus menguasai menteri atau bertindak diluar kawalan menteri. Ada seorang menteri membuat arahan (minit) untuk meluluskan satu permohonan, tetapi dengan mudah ia ditengkis oleh seorang bergelar pengarah. Pegawai berkenaan tidak mematuhi suruhan menteri. 


Bertindak atas dasar konon untuk tidak mendatangkan keburukan kepada kerajaan, arahan menteri itu disilang begitu sahaja dan mengekalkan keputusan sebelum ini, yang bertentangan dengan hasrat menteri. Walhal kalau mengikut akta dan peraturan menteri memang ada kuasa untuk memutus atau mengarah sesuatu mengikut kehendaknya. Pegawai hanya melaksanakan apa yang diingini menteri. Itulah amalan dan standardnya.


Namun tidak demikian, pegawai berkenaan berstatus ketua pengarah, secara berani membatalkan arahan menteri dengan jawaban yang agak sombong menyebut TIDAK DILULUSKAN. Tentu bera hati menteri membacanya.


Boleh sahaja untuk tidak melaksanakan kehendak atau arahan menteri, tetapi jawablah dengan penuh tertib, misalnya menggunakan perkataan, "saya harap YB Menteri mempertimbangkan sebaik mungkin untuk menjaga wibawa kementerian," atau sebagainya. Tanggungjawab hakikat pegawai ialah menasihati dan mengingatkan menteri bukan melanggar arahannya. 


Amalan dan situasi beginilah menyebabkan kerajaan hari ini dilihat lemah dan seakan tidak ada kuasa dipandang oleh rakyat bawahan. Reputasi kerajaan buruk dan kohong. Trims.



CAKAP DULU KEMUDIAN TARIK BALIK...


 

KISAH DIN SPANCO


 

Resolusi KEB bagai bercermin di air keruh?

 



Pendekatan yang berbeza yang lebih mesra dan inklusif terhad
ap golongan di bawah diperlukan

Kampung Sibiew in Bintulu, Sarawak - THE VIBES

Follow us on our Malay and English WhatsApp, TelegramInstagramTiktok and Youtube channels.

Oleh Safiyuddin Sabri

“Definisi kegilaan ialah melakukan perkara yang sama berulang kali dan mengharapkan hasil yang berbeza.”

Pelbagai reaksi dapat dilihat selepas resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera berlangsung dan inisiatif kerajaan diumukan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Reaksi daripada media sosial berlainan mengikut platform dan bahasa artikel berkenaan kongres tersebut.

Di Instagram, misalnya, dipaparkan berita tentang bumiputera hanya memiliki satu daripada 97 syarikat tersenarai di Bursa disampaikan melalui medium Bahasa Inggeris. Ini diiringi komen seperti “You have to work on it, not by comparing races”.

Di TikTok pula, video cadangan di kongress iaitu 30% barangan bumiputera di semua hypermarket dijadikan syarat oleh kerajaan mendapat pelbagai reaksi seperti:

“Why 30%? Just make it 100% happy?”

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

“Buat macam mana pun kalau malas apa pun tak jadi.”

“Tapi Melayu pun kurang sokong barangan buatan tempatan.”

Turut dicadangkan oleh Timbalan PM Zahid Hamidi, perlaksanaan dasar Transformasi Ekonomi Bumiputera (TEB). TEB dikatakan bukan untuk menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) tetapi untuk menjadi panduan kepada perlaksanaan DEB yang katanya lebih progresif dan dapat merapatkan jurang sosioekonomi rakyat.

Tetapi menurut laman sesawang Transformasi Pembangunan Bumiputera (TPB 2030), Bidang Transformasi Ekonomi Bumiputera (Beta) ialah salah satu komponen dari TPB 2030 untuk mengenal pasti potensi untuk meningkatkan penglibatan bumiputera. TPB 2030 dilancarkan pada 2021.

Ya, memeningkan!

Pendirian saya terhadap dasar membangunkan ekonomi bumiputera adalah untuk kerajaan meneruskannya tetapi bukan untuk kekal sebegitu, hanya sehingga golongan bumiputera terpinggir atau underclass (etnik Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak) dapat dibantu.

Pada masa yang sama, adakan usaha konkrit untuk mengeluarkan rakyat tidak kira kaum dari kitaran ganas kemiskinan. Ini memerlukan pedekatan yang lebih melibatkan golongan di bawah.

READ MORE:  Bumiputra Economic Congress – focus on more 'gimme, gimme' or plight of the lower class?

 

DEB yang telah dilaksanakan sejak dulu terbukti tidak memberi kesan secara menyeluruh. Kongress kali ini diharapkan dapat memberi satu idea dan pandangan baharu untuk kerajaan merangka dasar baharu untuk bumiputera. Namun, kongress ini dihadiri oleh ahli korporat yang berada di ‘atas’.

Dasar kerajaan kebanyakkannya membawa pandangan “ini adalah untuk kebaikan rakyat”. Tetapi proses merangka dan mengambil idea untuk lakukannya tidak melibatkan rakyat.

Jika TEB yang di cadangkan adalah untuk bumiputera yang masih ketinggalan, maka proses membuat dasar itu perlu mengambil kira pandangan dan keperluan rakyat yang di bawah.

Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2023 melaporkan, pada 2022, median pendapatan rumah bulanan bumiputera adalah paling rendah berbanding etnik Cina dan India iaitu RM5,793, manakala dua lagi adalah RM8,167 dan RM6,627.

Ketua ekonomi Bank Muamalat, Afzanizam Rashid, menyatakan bahawa nisbah pendapatan etnik Cina dan Melayu adalah 1:0.709 pada 2022 – menurun daripada tahun 2014 iaitu 1:0.738.

Namun, jurang antara bumiputera juga tinggi, contohnya di negeri majoritinya bumiputera iaitu Sabah. Pendapatan isi rumah bukanlah yang paling rendah iaitu RM5,745 tetapi mencatat kemiskinan tegar paling tinggi dalam negara iaitu sebanyak 19.5% (Jabatan Statistik).

Kemiskinan mutlak daripada komuniti India – dianggarkan 5.4% – juga tidak boleh ketinggalan dalam usaha kerajaan membantu bumiputera dan mereka tidak boleh hanya berharap kepada limpahan ekonomi bumiputera yang dijanjikan (Kementerian Ekonomi, 2022).

Selepas meneliti hasil kongress kali ini, satu persoalan terlintas di minda saya: apa bezanya resolusi kongres dengan polisi kerajaan untuk “memartabat agenda bumiputera” sebelum ini?

Ia masih bercorak “top-down” yang masih tidak diketahui jika ia dapat bermanfaat kepada golongan “underclass”. Ia dibincang dan diputuskan oleh ahli-ahli korporat dan dibentang kepada ahli politik demi ‘kebaikan” golongan yang di bawah.

READ MORE:  Limiting PM's position to Malays would be 'textbook racism'

 

Unsur inklusif yang wajar dipuji apabila tiada perbincangan retorik bumiputera di kongres tersebut dan penekanan kepada kerjasama untuk membangunkan ekonomi bumiputera.

Dalam ucapan penutup kongress oleh perdana menteri, ada dinyatakan unsur inklusif termasuk tidak hanya bergantung kepada syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan tetapi juga bersama syarikat swasta “terpilih”.

Tambahan pula, majlis ekonomi bumiputera ditubuhkan dan dipengurusikan oleh perdana menteri sendiri, jawatankuasa pemantauan dipengurusikan oleh timbalan PM dan jawatankuasa perlaksanaan dipengurusi oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Rekod dan reputasi Zahid Hamidi tidak berapa baik dan tanggungjawab yang digalas ini menimbulkan syak wasangka.

Perbezaan peranan Teraju dengan jawatankuasa ini juga menjadi tanda tanya.

Resolusi ke-tujuh daripada kumpulan reformasi pendidikan dan modal insan adalah untuk memperkasakan kualiti sekolah kebangsaan. Salah satu strateginya adalah dengan mewujudkan “dana khas kecemerlangan sekolah harian” untuk membantu pelajar kurang bernasib baik.

Salah satu strategi daripada resolusi pertama (memperbetulkan sikap bumiputera untuk mementingkan pendidikan dan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk perubahan) adalah semua bantuan dan insentif akan dipastikan berprinsip bersasar, sebagai contoh berdasarkan kehadian ke sekolah atau menyambung pelajaran.

Berkenaan dana khas dan insentif ini tidak mencukupi kerana ia seperti bersifat berdasarkan ganjaran, oleh itu mereka terpaksa pergi ke sekolah atau menyambung pelajaran. Ia akan memberi kesan juga kepada pelajar lain di dalam kelas yang betul berminat untuk belajar.

Sepatutnya ada satu resolusi khas untuk menjaga jaringan keselamatan sosial.

Ketiadaan sistem keselamatan sosial yang kukuh bukan sahaja akan memberi impak kepada pendidikan, malah semua kumpulan resolusi di kongres itu. Ini adalah contoh keburukan resolusi yang akan menjadi panduan kepada dasar yang bersifat “top-down”.

READ MORE:  Surat terbuka kepada Kongres Ekonomi Bumiputera 2024

 

Kongres kali ini bukanlah untuk membentuk dasar kerajaan. Ia adalah perbincangan dengan ahli korporat bumiputera tentang apa dasar yang mereka ingin kerajaan laksanakan dan ia ‘mewakili’ suara bumiputera walaupun realitinya tidak semua.

Saya menyambut baik usaha untuk membangunkan ekonomi bumiputera kerana tidak boleh dinafikan yang masih tinggi peratusan bumiputera terutamanya golongan underclass yang ketinggalan.

Tetapi ia memerlukan pendekatan yang berbeza yang lebih mesra terhadap golongan di bawah dan yang lebih inklusif untuk mengeluarkan rakyat tidak kira kaum dari kitaran ganas kemiskinan.

Safiyuddin Sabri merupakan pelajar sains politik yang sedang menjalani latihan ilmiah di Aliran.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

 




[panas] BERSATU AKAN HILANG 2 KERUSI! BERSATU MAKIN TERDESAK!

MAKCIK PAKCIK...AWAT KALUT SANGAT


 

AZMIN KENA SAGAT KEPALA