TENTANG DEEP STATE

 Menitik Malam.

TENTANG DEEP STATE

MSO


Cerita deep state atau daulah tersembunyi masih terus berlaku dan mengodak kerajaan Madani. Ia bukan cerita untuk memburukkan keadaan atau pun suatu psywar kepada kerajaan. Tetapi ia benar-benar berlaku. Realiti.


Soalnya apakah pihak kerajaan, seperti menteri dan timbalan menteri ataupun pengerusi GLC dan sebagainya, tahu ataupun terpedaya dengan cerita deep state ini? Pertanyaan juga buat perdana menteri sendiri.


Hakikatnya ia wujud dan sedang menerawang. Siapa gerangan pelakunya, sudah pasti mereka yang berada di barisan hadapan dalam urusan kerajaan, pelaksana dasar dan polisi kerajaan. Ringkas kata, ia dalam kalangan segelintir pegawai tinggi kerajaan yang mempunyai sentimental velue dengan kerajaan sebelum ini.


Saya percaya kerajaan tahu hal ini, cuma enggan menghebuhkan untuk menjaga situasi agar tidak kalut. Sikap sebegitu tidak baik, ia seperti ibu ayam yang diam mengeram telor, dimana lama-lama telor itu akan tetas nanti. Mendiamkan keadaan sebegitu sesuatu yang merbahaya. Daulah tersembunyi akan terzahir kelak.


Baik saya bongkar satu kejadian disebuah kementerian, bagaimana pegawai kerajaan secara berani menggunakan peraturan sedia ada untuk terus menguasai menteri atau bertindak diluar kawalan menteri. Ada seorang menteri membuat arahan (minit) untuk meluluskan satu permohonan, tetapi dengan mudah ia ditengkis oleh seorang bergelar pengarah. Pegawai berkenaan tidak mematuhi suruhan menteri. 


Bertindak atas dasar konon untuk tidak mendatangkan keburukan kepada kerajaan, arahan menteri itu disilang begitu sahaja dan mengekalkan keputusan sebelum ini, yang bertentangan dengan hasrat menteri. Walhal kalau mengikut akta dan peraturan menteri memang ada kuasa untuk memutus atau mengarah sesuatu mengikut kehendaknya. Pegawai hanya melaksanakan apa yang diingini menteri. Itulah amalan dan standardnya.


Namun tidak demikian, pegawai berkenaan berstatus ketua pengarah, secara berani membatalkan arahan menteri dengan jawaban yang agak sombong menyebut TIDAK DILULUSKAN. Tentu bera hati menteri membacanya.


Boleh sahaja untuk tidak melaksanakan kehendak atau arahan menteri, tetapi jawablah dengan penuh tertib, misalnya menggunakan perkataan, "saya harap YB Menteri mempertimbangkan sebaik mungkin untuk menjaga wibawa kementerian," atau sebagainya. Tanggungjawab hakikat pegawai ialah menasihati dan mengingatkan menteri bukan melanggar arahannya. 


Amalan dan situasi beginilah menyebabkan kerajaan hari ini dilihat lemah dan seakan tidak ada kuasa dipandang oleh rakyat bawahan. Reputasi kerajaan buruk dan kohong. Trims.